Thursday, February 4, 2010

Etika Pemakaian Dalam Islam

Definisi Pakaian

Dalil Pensyatiatan Pakaian
 
Bahagian Pakaian
Tahap pakaian yang dipakai oleh seseorang pada hakikatnya bukan berada pada satu tahap hukum sahaja.  Amalan berpakaian itu kadang kala menjadi wajib atau sunat atau wajib, malah kadang kala boleh menjadi haram.  Kedudukan hukum itu bergantung kepada elemen-elemen lain yang tirit memberikan pengaruh kepada penentuan status hukum.

Seperti yang ditegaskan sebelumnya bahawa menutup aurat dengan pakaian merupakan salah satu cabang pengabdian kepada Allah s.w.t. Justeru, ruang lingkup pengabdian itu memiliki tahap-tahap khusus yang tentunya amalan berpakaian itu dinilai oleh Allah s.w.t menurut tuntutan dan kedudukannya. Untuk memperjelaskan tahap hukum dalam berpakaian, penulis terus memindahkan pandangan cendikiawan Islam Mesir, Sayyid Sabiq yang telah memecahkan tahap hukum berpakaian kepada tiga bahagian. ( h.35-36)

            Pakaian Wajib
Tahap wajib1 berpakaian ini ialah seseorang yang berpakaian yang menutup bahagian-bahagian badan yang menjadi aurat dan mampu memeliharanya daripada kepanasan atau kesejukan di samping menghindarkan sebarang kemudharatan ke atas dirinya.

Hal ini memperlihatkan selain daripada pakaian itu menutup aurat, pakaian itu juga dalam situasi yang lain perlu bertindak sebagai “siverval”.
Misalnya, seseorang yang dalam kesejukan bersangatan wajiblah bukan sekadar menutup auratnya, malah menebalkan pakaiannya demi memelihara nyawa daripada mati kesejukan. Begitu juga wajib menutup aurat dan badannya bagi menghindar seseorang pesakit lelaki yang dinasihati oleh pakar kulit supaya menutup lengannya daripada kepanasan wajb menutup lengannya walaupun pada hukum asalnya lengan bukan aurat kepada lelaki. Menutup lengan tersebut bukan kerana bahagian lengan itu aurat, tetapi kerana sesuatu kemudharatan  kesihatan pada dirinya.
           
Pakaian Sunat
Pakaian yang dalam tahap sunat2 ialah pakaian yang bermaksud untuk kecantikan dan perhiasan.

            Pakaian Haram
Pakaian haram3 bermaksud memakai pakaian yang diharamkan oleh syarak iaitu lelaki memakai sutera dan emas, lelaki memakai pakaian yang dikhususkan kepada perempuan, perempuan memakai pakaian yang dikhususkan kepada lelaki dan memakai pakaian syurah (menunjuk-nunjuk), ikhtiyal (bermegah-megah) dan semua pakaian yang israf (melampau).

Syeikh Muhammad Bukait al-Muti’iy (Lihat. Fatawa al-Syeikh al-Albaniy, h.621 & 622) yang merupakan bekas mufti Mesir pernah ditanya berhubung bergaya dan mencantikan pakaiani. Beliau  menjelaskan pertanyaan tersebut dengan menarik kerana mengabungkan nas daripada ayat al-Quran, al-sunnah dan al-athar daripada Ibn Abbas.

Allah berfirman;

Ayat al-Quran di atas ditafsir oleh hadith di bawah
          كلوا واشربوا وتصدقوا فى غير اسراف ولامخيلة
“Makanlah oleh kamu, minumlah oleh kamu dan bersedekahlah oleh kamu tanpa isyraf dan tanpa mukhayyalah”

            Hadith di atas pula diperjelaskan lagi oleh Ibn Abbas
كل ما شئت والبس ما شئت ما أخطأتك اثنان سرف أو مخيلة
“makanlah apa yang anda inginkan dan pakailah apa yang anda inginkan selama tidak perlakuan ini tidak menyalahkan anda dalam dua perkara: syaf atau mukhayyalah.

Tegasnya, deretan nas ini menunjukan bahawa manusia harus memakai apa sahaja yang diingikan dengan syarat tidak berlebih-lebihan yang melampui batasan, tidak takbur dan ‘ujub (menunjuk-nunjuk)

Syarat Pakaian
Secara umumnya prinsip asas pakaian lelaki dan perempuan adalah sama iaitu menutup anggota-anggota badan yang dikategorikan aurat oleh syarak yang berkonsepkan “pengabdian”.  Kerana itu, perintah wajib menutup aurat ini merangkumi semua mukallaf daripada lelaki dan perempuan samada dalam solat atau luar solat. Namun begitu, fitrah kejadian lelaki dan perempuan adalah berbeza, maka dalam sesetengah peraturan syariah turut memberikan perhatian kepada perbezaan jantina tersebut bagi memelihara fitrah kejadiaannya. (Dr. Yusof al-Qardawi, Markaz al-Mar’ah fi al-Hayat al-Islamiyyah, h.16, al-Maktabah al-Islamiy, 1998, Cet.3, Beirut) Justeru, kita tidak seharusnya merasa pelik dan bingung tentang syarat pakaian perempuan lebih ketat dan banyak berbanding lelaki.

Melihat kepada pandangan Atiyyah Saqar (j.5, h.191) berhubung syarat pakaian perempuan, beliau menetapkan syarat pakaian perempuan seperti di bawah;
الشرط في ملابس المرأة التى تسترها وتمنع الفتنة بها ألا تصف وألاتشف ،  يعني ألا تكون ضيقة تصف أجزاء الجسم وتبرز المفاتن ، وألا تكون رقيقة شفافة لا تمنع رؤية لون البشرة
“Syarat pakaian perempuan ialah pakaian yang menutup auratnya dan menghindarkannya daripada  fitnah dengan maksud  tidak ketat dan nipis, yakni jangan pakaian itu ketat sehingga menyifatkan struktur badan dan menonjolkan fitnah serta janganlah terlalu nipis yang tidak menegah kelihatan warna kulit”

Tinta Atiyyah Saqar ini boleh dijadikan asas bagi membentuk skema pakaian. Menurut pandangan beliau sekurang-kurangnya memerlukan empat syarat asas iaitu, menutup aurat, menghindar fitnah, tidak ketat dan tidak nipis.

Jika diteliti dengan lebih jauh, memperlihatkan pandangan Atiyyah Saqar ini telah mengasingkan unsur fitnah dengan unsur nipis dan ketat. Pada hal, jika kita simpul secara umum akan sifat ketat dan nipis itu, kedua-duanya adalah penarik da penyebab utama kepada fitnah. Pengasingan ini dibuat oleh beliau kerana mungkin pada peninjauannya bahawa unsur fitnah itu mempunyai kedudukan tersendiri dalam etika pakaian di samping unsur ketat dan nipis itu juga boleh berdiri dengan sendirinya. Dengan erti yang sama, semata-mata ketat atau nipis walaupun pada perkiraan kasar tidak menarik fitnah tetap juga dianggap mendedahkan aurat dan hukumya berdosa.

Manakala Abu Anas ‘Ali bin Husin  (h.32-34) menetapkan syarat pakaian wanita lebih ketat kepada lapan syarat, bukan empat syarat seperti penetapan Atiyyah Saqar sebelumnya. Lapan syarat tersebut ialah;

1. Menutup Aurat
2. Tidak Ketat
3. Tidak Tipis
4. Tidak Pakaian Syuhrah.
5. Tidak Menzahirkan Perhiasan
6. Tidak Menyerupai Pakaian Lelaki
7. Tidak Menyerupai Pakaian Orang Kafir
8. Tidak Mempunyai Wangian.
 
Skop Larangan Penyerupaan
Rasulullah s.a.w telah mengutuk dengan keras perlakuan penyerupaan ini melalui hadith sahih di bawah;

عن بن عباس عن النبي  صلى الله عليه وسلم  ثم أنه   لعن  المتشبهات من النساء بالرجال  والمتشبهين من الرجال بالنساء
Daripada Ibn Abbas daripada Nabi s.a.w sesungguhnya ia melaknat perempuan-perempuan yang menyerupai daripada wanita dengan lelaki-lelaki dan lelaki-lelaki yang menyerupai daripada lelaki dengan wanita.
( Al-Bukhari : 5885 )

عن أبي هريرة قال ثم   لعن  رسول الله  صلى الله عليه وسلم  الرجل يلبس لبسة المرأة والمرأة تلبس لبسة الرجل

Daripada Abi Hurairah berkata; Rasulullah s.a.w melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki
( Abu Dawud 4098 )

Berhubung penjelasan kepada larangan Rasulullah s.a.w dalam dua hadith ini, kita perlu meneliti dalam dua dimensi;

i.                    Penggunaan kalimat laknat. Laknat dalam pemakaian bahasa harian adalah menginginkan sesuatu yang buruk dan binasa kerana laknat itu bermaksud kutuk dan hina. Malah, dalam penggunaan mana-mana bahasa di dunia ini perkataan laknat tidak pernah dipadankan dengan perkara baik. Kalau ada yang mendakwa dipakai juga untuk makna yang baik dan sejahtera, kita kena buat forum dan perdebatan lain.

Kutuk dan murka daripada “pihak yang lebih atas” sangatlah dalam dan agung analoginya dan dalam konteks syariah “pihak atas” ialah Allah s.w.t yang berkuasa mutlak mengubal syariah atau undang-undang. Jika kita kaitkan dengan perlakuan penyerupaan lelaki dan perempuan terhadap budaya berpakaian, memperlihatkan sikap syarak yang sebenarnya membenci dan tidak senang dengan perlakuan tersebut. Lalu syarak berkomunikasi dalam bentuk yang agak “keras” supaya yang silap cepat membetul diri, yang jahil terus belajar, yang tak faham segera bertanya dan yang sudah sedar dan beramal soleh makin mantap keimanannya. Ungkapan “laknat” seolah-olah memberikan satu “sentakan” dan “kejutan” dalam kesedaran manusia. Maha Bijkasana Engkau Ya Allah !

Hal tersebut memberikan penunjukan bersuluh bahawa perbuatan penyerupaan silang jantina bukan sahaja haram, malah layak menerima kutukan, sindiran dan ingatan buruk. Perlakuan non-tabie sesuatu yang membibit perlanggaran kepada fitrah kelelakian dan kewanitaan yang membawa kemusnahannya.
     
i. Penyerupaan secara umum dan menyeluruh dan mana-mana bentuk
      Dalam hadith pertama melalui riwayat Ibn Abbas, Rasulullah s.a.w mengutuk dan mengharamkan sama ada lelaki atau wanita menyerupai secara umum. Persoalannya,  kenapa Rasulullah s.a.w bersabda sedemikian sedangkan tidak lebih mudah dan senang untuk difahami oleh semua golongan manusia tanpa mengira taraf pendidikan daripada ulama atau orang awam, pemimpin atau rakyat, bapa atau anak dan sebagainya. Jika ada yang terfikir begitu, katakan bahawa kerangka perkataan Rasulullah s.a.w itu memikul pengertian yang lebih istimewa dan komprehensif kerana keinginan sebenar syarak (Waallahu’alam) ialah menegah dan membenci penyerupaan lelaki dan wanita dalam semua aspek mencakup sifat dan fizikal yang khusus kepada jantina berlawanan seperti cara bercakap, gaya berjalan, rambut, berhias dan lain-lain.

      Oleh itu, penegasan kedua terhadap objektif primer dan jelas daripada hadith riwayat Ibn Abbas ini ialah menjadi “induk” atau “ibu” kepada sistem kawalan fitrah kejantinaan yang menjamin kewanitaan dan kelakian seseorang terpelihara secara menyeluruh.

      Kefahaman ini dipertaut  dengan hadith kedua di atas melalui riwayat Abu Hurairah yang bertindak sebagai “penerang” atau “pembayan” kepada cabang-cabang larangan penyerupaan lelaki dan wanita melalui penonjolan pakaian yang menjadi penterjemah kepada naluri seseorang.
 
 
Tidak Menyerupai Pakaian Lelaki
Manusia perlu menerima hakikat secara jujur bahawa setiap jantina mempunyai keistimewaan tersendiri yang secara langsung membedakan di antara satu sama lain. Perbezaan tersebut merupakan sunnahtullah yang difitrahkan kepada setiap lelaki dan perempuan supaya setiap jantina saling bertaut melaksanakan tanggungjawab khalifatullah di bumi. Seseorang yang bijaksana pasti menilainya dari sudut keindahan identiti jantina tersebut yang sangat indah dan istimewa. Hanya orang bodoh dan jahil sahaja yang membuang identitinya dan melanggar hak orang lain serta mengambil sesuatu yang bukan haknya.

Dari mana seseorang itu boleh dikenal pasti kejantinaannya bahawa ia seorang lelaki atau wanita jika tidak melalui pengecaman cara berpakaian. Hal ini disebabkan, dalam Islam tubuh atau fizikal seseorang pada zahirnya ditutup dari pandangan dengan pakaian. Justeru, secara praktikal kita tidak mampu mengenal secara mudah jantina seseorang melainkan ia berpakaian menurut fitrah kejantinaannya. Oleh itu, objektif utama berpakaian bukan sahaja menutup aurat malah, memberikan identiti kepada kejantinaan seseorang supaya masyarakat tidak bercampur-baur antara jantan dan betinanya.

Lebih besar daripada itu, penyerupaan wanita dengan lelaki dan begitulah sebaliknya melalui budaya berpakaian sebenarnya satu isyarat terbuka perlakuan melanggar penciptaan Allah s.w.t yang telah menentukan had-hadnya secara adil dan bijaksana supaya wanita kekal asli sebagai wanita dan lelaki tetap original dengan kelakiannya. Dengan maksud yang lain, keaslian wanita itu terpelihara dan terjamin dalam semua aspek dan cabangnya bermula dari suara, aurat, kelembutan, rambut, perhiasan, pakaian dan lain-lain. Tidakkah saudari merasa hebat dan bertuah bahawa hanya saudari sahaja yang memiliki keperibadian wanita dan lelaki diharamkan meniru atau mencemplak keperibadian anda. Maka apakah kewajaran anda beria-ia melempar ketulenan tersebut dengan berlagak berpakaian lelaki !

عن أبي هريرة قال ثم   لعن  رسول الله  صلى الله عليه وسلم  الرجل يلبس لبسة المرأة والمرأة تلبس لبسة الرجل

Daripada Abi Hurairah berkata; Rasulullah s.a.w melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki
( Abu Dawud 4098 )


Hadith riwayat Abi Hurairah di atas melarang keras penyerupaan dalam konteks pakaian secara khusus. Maksudnya wanita secara khusus diharamkan menyerupai pakaian lelaki dan lelaki juga diharamkan secara khusus menyerupai atau meniru pakaian wanita. Wanita dan lelaki yang saling menghormati etika pakaian masing-masing mewujudkan suasana adil dan selamat. Tetapi jika salah satu jantina menceroboh seperti lelaki berpakaian wanita, perlakuan ini telah merosakan keseimbangan fitrah bukan sahaja kepada kaum lelaki yang berpakaian wanita sahaja, malah kepada kaum Hawwa juga yang telah tidak senang dengan sebab adanya “wanita tiruan”. Dalam bahasa berseloroh, nanti susah masyarakat nak cam wanita original dengan wanita klon.

Masyarakat perlu melihat impaknya secara bijaksana dan serius. Persoalan ini bukan permasalahan remeh lantaran kita begitu rakus memperkira aspek loba ekonomi dan membina megah, mercu menaraberkembar bersifat fizikal sehingga apabila muncul kemelut ini di depan mata, kita tidak merasa cemas dan membinasakan tamadun kemanusiaan. Ibn Taimiyyah melahirkan kekhuatirannya berhubung masalah ini dengan tintanya;

“wanita yang menyerupai lelaki akan membentuk akhlak seperti mereka sehingga  penyerupaan itu membawa kepada bertabarruj, menonjol diri, bergaul dengan lelaki yang mengakibatkan sesetengahnya menampakkan tubuhnya seperti lelaki, menuntut penguasaan ke atas kaum lelaki seperti mana mengatasinya lelaki ke atas mereka dan melakukan perkara yang bertentangan dengan sifat malu yang disyariatkan kepada wanita. Tahap ini terhasil dengan semata-mata menyerupai

Pandangan Ulama Berhubung Penyerupaan

Pandangan imam al-Nawawiy dalam permasalahan ini amat jelas. Beliau menegaskan;
قال النووي حرمة   تشبه  الرجال بالنساء وعكسه لأنه إذا حرم في اللباس ففي الحركات والسكنات والتصنع بالأعضاء والأصوات أولى بالذم والقبح فيحرم على الرجال التشبه بالنساء وعكسه في لباس اختص به المشبه بل يفسق فاعله للوعيد عليه باللعن

Imam al-Nawawiy berkata; hukum haram lelaki menyerupai perempuan dan sebaliknya kerana penyerupaan itu apabila diharamkan kepada pakaian, maka dalam persoalan segala pergerakan dan diamnya, menyerupai anggota-anggotanya dan suaranya lebih utama mendapat kejian dan kutukan. Oleh itu, diharamkan ke atas lelaki menyerupai perempuan dan sebaliknya dalam berpakaian yang dikhususkan sebagai penyerupaan. Malah pelakunya jadi fasik disebabkan ingatan keras melalui kalimah laknat.



Pemilihan Warna Pakaian

            Pakaian Melepasi Aras Tumit

            Pakaian Sutera







Tidak berpakaian Syurah
عن ابن عمر قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم من لبس ثوب   شهرة  ألبسه الله يوم القيامة ثوب مذلة من لبس ثوب   شهرة
Daripada Abdullah bin Umar katanya; Rasulullah s.a.w bersabda sesiapa memakai pakaian syuhrah, nescaya Allah akan memperpakaikannya baju yang hina daripada pakaian baju syuhrah. ( Awn al-Ma’bub j.11, h.50)


Ilmuan Islam berselisih pandangan dalam memahami maksud sebenar pakaian syuhrah lantaran Rasulullah s.a.w menggunakan ungkapan “Tawb syuhrah” yang mungkin membawa maksud bahasa atau juga menunjuk kepada satu istilah jenis pakaian yang diharamkan. Secara ringkasnya penulis bentangkan di bawah.

            i. Ibn al-Athir mengupas maksud tawb syuhrah dengan katanya,

قال ابن الأثير الشهرة ظهور الشيء والمراد أن ثوبه يشتهر بين الناس لمخالفة لونه لألوان ثيابهم فيرفع الناس إليه أبصارهم ويختال عليهم بالعجب والتكبر
Berkata Ibn al-Athir; al-syuhrah ialah menzahirkan sesuatu. Dengan maksud, bahawa pakaiannya tertonjolkan di khayalak disebabkan kepelbagaian warna yang saling berbeza (warna yang kontra)  yang menyebabkan manusia menumpukan perhatian mereka kepada pakaian tersebut  dan mengakibatkan timbul rasa ‘ujub dan takbur. ( Awn al-Ma’bub j.11, h.50)



1 Wajib ertinya suatu amalan yang disuruh oleh syarak secara putus. Melakukannya mendapat pahala, manakala meninggalkannya mendapat dosa. Atau juga ulama usul fiqh mengistilahkan sesuatu perintah melakukan sesuatu perbuatan secara putus dan muktamad.
2 Sunat ialah suatu amalan yang diperintah oleh syarak tidak secara putus. Melakukannya mendapat pahala, manakala meninggalakannya tidak berdosa.
3 Haram bermaksud suatu amalan yang tegah syarak secara putus. Dengan maksud melakukannya mendapat dosa, manakala meninggalkannya mendapat pahala.

1 comment:

-amiera- said...

really fascinating...