Wednesday, February 10, 2010

Syarat Sah Azan & Iqamah

SYARAT-SYARAT SAH AZAN DAN IQAMAH

Disyaratkan bagi azan dan iqamah beberapa syarat, antaranya  :

1- Niat : kerana hadis daripada Umar r.a :( إنما الأعمال بالنية )  ertinya : bermula segala amalan itu dengan niat. Kerana itulah tidak sah azan seseorang yang melaungkan kalimah azan tanpa niat, melainkan orang yang mengigau. Tetapi tidak disyaratkan niat disisi pendapat yang terkuat dalam Mazhab Syafie, namun begitu pun mereka mensyaratkan       ( عدم الصارف ) iaitu tidak pengubah seperti orang yang melafazkan azan dan iqamah dengan niat mengajar, itu kerana ia dikira mengubah qasad memberitahu, tetapi jika dilafazkan azan dengan niat memberitahu serta mengajar maka sah azannya. Kesimpulannya niat dalam ( عدم الصارف )  adalah perkara yang agak sama.

2- Masuk waktu kecuali bagi waktu subuh. Ini kerana azan adalah untuk memberitahu waktu solat kerana itu tidak harus dan tidak sah azan sebelum masuk waktu dengan itfak Ulama` kecuali azan bagi solat subuh, kerana harus azan selepas ( نصف الليل ) atau ½ malam, dan diazankan pula selepas masuk waktu iaitu ketika ( طلوع الفجر ) atau terbit fajar sodik dan yang afdhanya diazankan pada waktu sahur sebelum subuh kerana hadis yang sahih iaitu :
إن بلال يؤذن بليل فكلوا واشربوا حتى يؤذن ابن أم مكتوم
Ertinya :”sesungguhnya Bilal azan ketika masuk waktu malam, maka makanlah dan minumlah sehingga azan Ibnu Ummi Maktum ( azan pada waktu subuh )”.

Bermula hikmah azan dua kali bagi solat subuh ialah kerana bahawasanya manusia tahkala dekat dengan fajar, ada dikalangan mereka yang berjunub dan ada dikalangan mereka yang sedang tidur, maka disunatkan azan sebelum fajar sebagaimana zaman Rasulullah s.a.w bagi mengigatkan mereka supaya mereka bersedia untuk mendapat fadhilat jamaah dan fadhilat solat awal waktu. Dan ada juga untuk menolong orang yang ingin berpuasa untuk bersahur dan disunatkan dua muazin jika ingin azan dua kali bagi waktu subuh supaya berlainan orang yang azan sebelum subuh dan selepas subuh sebagaimana sunat pada zaman Rasulullah s.a.w.

Perhatian : azan dua kali bagi solat subuh adalah sunnah Rasulullah s.a.w, manakala bacaan-bacaan al-Quran dan zikir-zikir  dengan pembesar suara sebagaimana yang menjadi adapt sekarang sehingga boleh menganggu orang-orang yang sedang tidur dan orang-orang yang sedangkan bertahjud di rumah adalah adat dan bukannya sunnah Rasulullah s.a.w, manakah yang anda rasa lebih baik ? sunnah atau adat ?

قال تعالى :" قل إن كنتم تحبون الله فاتبعوني يحببكم الله "
Ertinya :”katakanlah ( wahai Muhammad )kalau kamu mencintai Allah, maka ikutilah aku ( sunnah ) nescaya Allah akan mencintai kamu”.

Sama-samalah kita menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w dalam menghapuskan bid`ah.

Adapun iqamah, maka di syaratkan masuk waktu, dan waktu iqamah bagi yang mumfaridhah ( seorang diri ) adalah ketika hendak menunaikan solat, manakala bagi yang berjamaah pula ialah selepas izin Iman dan jika dengan isyarat sekalipun. Terdapat hadis riwayat Ibnu `Adi daripada Abu Hurairah r.a bahawa RAsulullah s.a.w bersabda :
والإمام أملك بالإقامة
Ertinya :”dan Imam lebih memiliki iqamah itu “. Tetapi hadis ini adalah Dha`if, dan jika didahulukan iqamah atas izin Iman, maka telah khilaf Ulama` pada iqamah itu, adakah memadai atau tidak dan pendapat yang paling kuat ialah sah iqamat itu.

3- Syarat yang ketiga ialah tertib pada kalimah-kalimah azan, maka tidak boleh mendahului kalimah yang akhir mendahului kalimah yang awal.

( masalah 1 ) jika terlepas muazin dengan mendahulukan kalimah yang akhir sebelum kalimah yang awal seperti ia bertakbir kemudian mengucapkan ( حى على الصلاة ) , maka hendaklah ia kembali melafazkan  yang ditinggalkan itu supaya wujub tertib, maka hendaklah iakembali mengucapkan ( أشهد أن لا إله إلا الله ) , ( أشهد أن محمدا رسول الله  ) dua-dua kali dan kemudian hendaklah ia mengucapkan sekali lagi (حي على الصلاة ) sehinggalah akhir azan , kerana itu mana-mana lafaz yang tidak diletakkan di tempatnya, maka hendaklah muazin itu kembalikan lafaz itu di tempat asalnya sebagaimana kata Iman Syafie dalam kitabnya Al-Um.

( masalah 2 ) jika ia tidak kembali mengucapkan kalimah-kalimah yang di tinggalkan itu, maka tidak sah azannya itu dan hendaklah di azankan sekali lagi supaya gugur fardhu kifayah atas sunat kifayah.

( masalah 3 ) jika meninggalkan muazin kalimah azan sehingga akhir azan walaupun terlupa sekalipun tidk sah azannya.

4- Syarat yang ke-4 ialah mawalah atau berterus-terusan dalam melafazkan kalimah azan itu tanpa ada sengam yang lama atau kat-kata yang banyak.

( masalah 1 ) jika ada sengam dengan diam yang sebentar atau kata-kata yang sedikit maka itu tidaklah memberi mudharat dan sah azannya melainkan dengan kata-kata keji yang haram, maka ai adalah membatalkan azan  disisi mazhab Hambali.

5- Syarat yang ke-5 ialah azan dengan bahasa arab.

( masalah 1 ) jika azan seseorang dengan selain bahasa arab tetap sah azannya.
( masalah 2 ) jika azan orang ajam ( bukan arab ) yang tidak mengerti bahasa arab dengan bahasanya untuk dirinya atau untuk jamaah yang tidak mengerti bahasa arab , maka tidaklah sah azannya disisi mazhab  Hambali, tetapi sah azannya disisi mazhab Hanafi, Maliki dan Syafie. ( tetapi masalah ini tidak timbul kerana orang yang tidak mengerti bahasa arab manakala tahu kalimah azan dalam bahasanya, dan juga bahasa arab adalah bahasa Islam dan merupakan kewajipan bagi muslim mempelajarinya. Azan dengan bahas selain bahasa arab adalah bid`ah – penulis )

6- Hendaklah keadaan azan itu seorang dan bukan beberapa orang.
( masalah 1 ) jika azan seorang sebahagiannya kemudian datang seorang yang lain pula untuk menyambung kalimah azan, tidak sah azannya walaupun suara kedua-dua itu sama sekalipun.

( masalah 2 ) kerana inilah tiada penganti dalam azan, tidak seperti Iman dalam solat yang boleh diganti, kerana itu jika muazin tidak keluar suaranya, maka hendaklah seseorang yang lain azan baru dan bukanlah menyambungkannya ( azan muazin tadi ).

7- Hendaklah memperdengarkan kalimah azan dan iqamah itu sebahagian ahli jamaah walau seorang sekalipun ( jika azan itu untuk jamaah ) dan memperdengarkan dirinya jika azan untuk dirinya.

( masalah 1 ) tidak sah azan dengan memperlahankan suara sehingga tidak kedengaran walaupun seorang dari kalangan ahli jamaah kerana azan itu pemberitahuan dan tidak dinamakan pemberitahuan tanpa kedengaran suara ahli jamaah.

( masalah 2 ) jika tidak kedengaran azan kecuali sebahagian sahaja, sahlah azannya melainkan jika yang kedengaran hanyalah kalimah “ tarjii` kerana tidak hasil pemberitahuan dengan tarjii`.

8- Hendaklah muazin itu seorang Islam, lelaki dan `akil ( lebih secara teperinci pada bab syarat-syarat muazin )
  

No comments: