Friday, December 23, 2011

Takhrij Hadith " Menyapu Muka Selepas Solat "


Takhrij Hadith
“ Menyapu Muka Setelah Selesai Solat “
Oleh
Musa Bin Mohamad*


1.0 Matan Hadis
كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا قضى صلاته مسح جبهته بيده اليمنى ثم قال : أشهد أن لاإله إلا الله الرحمن الرحيم اللهم أذهب عني الهم والحزن
Maksubnya:
Adalah baginda Rasulullah s.a.w apabila selesai solat ( sembahyang ) baginda akan menyapu wajahnya dengan tangan kanan kemudian baginda berkata : Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah Yang Maha Penyayang dan Maha Pengasihani, Ya Allah jauhkanlah daripadaku kerisauan dan kesedihan


2.0 Takhrij Hadith

1-      Hadis ini Diriwayatkan oleh al-Tabrani di dalam Mu`jam al-Ausot, Bab al-Alif bab man Ismihi Ibrahim, Jil 3, hlm 66, no 2499 dan di dalam Bab al-Baul man Ismihi Bakr, jil 3, hlm 289, no 3178. ( dua hadith dengan sanad yang sama, tetapi berbeza lafaz ).
2-      Juga oleh al-Tabrani juga di dalam Ad-Dua lil al-Tabrani  di dalam bab minhu, hlm 109,110, no 658 dan 659. ( dua hadith lafaz yang sama tetapi sanad berbeza ).
3-      Diriwayatkan pula oleh Ibnu Suni di dalam cAmal al-Yaum wa al-Lailah, hlm 101, no 112.
4-      Di keluarkan juga oleh Abu Nucaim al-Asbahani didalam Hulyah al-Auliya` wa Tabaqat al-Asbahan, bab Muawiyyah bin Qurah, jil 2, hlm 301, no 2522.
5-      Juga oleh Abu Nucaim al-Asbahani didalam Akhbar al-Asbahan, bab Man Ismuhu cUbaidullah, hlm 365, no 1834.
6-      Juga oleh Ibnu Samacun didalam Amāliy Ibnu Samacun, Bab Awal al-Majlis al-Thaman, hlm 159,no 121.

3.0 Perbincangan

Dalam kajian ini tidak memfokuskan kajian terhadap matan hadith tersebut, kerana matannya tiada kecacatan cuma berbeza sedikit lafaz dan ada penambahan yang di lihat tidak menyalahi kaedah bahasa Arab. Pengkaji hanya akan membincangkan jalan periwayatan hadith yang sememangnya perlu di nilai dengan teliti sebelum kita menerima hadith tersebut sebagai suatu amalan harian.

            Secara umumnya hadith ini diriwayatkan melalui tiga cabang utama selepas Anas bin Malik r.a. iaitu melalui jalan tersebut :

1-      Kathir bin Sulim.
2-      Muawiyyah bin Qurah.
3-      Thabit bin Aslam.

Melalui jalan mereka bertiga yang mengambil daripada Anas bin Malik r.a. inilah yang sampai kepada Imam-imam penulis kitab Hadith sebagaimana berikut :-

1-       al-Tabrani
i-                     Mucjam al-Ausot
ii-                  al-Duca` lil Tabrani,
2-      Ibnu Suni
i-                    cAmal al-Yaum wa al-Lailah.
3-      Abu Nucaim al-Asbahan
i-                    Hulyah al-Auliya` wa Tabaqat al-Asbahan.
ii-                  Akhbar al-Asbahan.
4-      Ibnu Samacun
i-                    Amāliy Ibnu Samacun





4.0 Perbincangan al-Jarh wa al-Tacdil

Dalam bahagian ke-4 ini pengkaji akan membincangkan pandangan ulama al-Jarh wal al-Tacdil terhadap ketiga-tiga perawi tersebut, ini adalah kerana sanad hadith yang kita bincangkan hanya melalui jalan mereka bertiga sahaja.

            4.1 Kathir bin Sulim
           
Nama penuh beliau ialah Kathir bin Sulim al-Dobbiy al-Madaini, di kenal dengan gelaran Abu Salamah1. Beliau mengambil riwayat daripada Anas bin Malik dan al-Dhahak.

al-Jarh wa al-Tacdil

al-Dhahabi memetik pendapat beberapa orang tokoh ulama al-Jarh wa al-tacdil sebagaimana berikut2 :-

Ulama
Al-Jarh wa al-Tacdil
Ali ibnu Madini
Ḍhacif
Al-Nasaie dan selain beliau
Matruk
Abu Hatim
Ḍhacif  Hadith dan beliau meriwayatkan daripada Anas sesuatu yang palsu
Al-Bukhari
Mungkar
Yahya bin Macin
Tidak di tulis hadithnya

Pandangan Pengkaji

Di dalam menjelaskan hal ini, al-Dhahabi telah mengambil pendapat Imam al-Bukhari dengan menghukumkan Kathir bin Sulim sebagai seorang yang Ḍhacif  Hadithnya3. Pengkaji lebih memihak kepada pendapat Abu Hatim didalam masalah riwayat hadith ini, kerana beliau memfokuskan pada sanad sedangkan al-Dhahabi hanya membincangkan pada aspek diri perawi itu sahaja. Sanad Kathir daripada Anas adalah palsu pada pandangan Abu Hatim.
4.2 Muawiyyah bin Qurah
           
Nama penuh beliau ialah Muawiyyah bin Qurah bin Iyas bin Hilal al-Muzani4. Al-Dhahabi memuji beliau dengan mengatakan beliau seorang Imam, Alim, Thabit, Abu Iyas al-Muzani al-Basri, anak kepada Qadi Iyas5. Semua ulama berpendapat bahawa beliau seorang yang Thiqah.

Melalui jalan Muawiyyah bin Qurah ini masalah pada jalannya bukan terletak pada beliau tetapi pada dua orang perawi selepas beliau yang mengambil hadith melalui jalan beliau iaitu :
i-                    Zaid al-cAmi ( زيد العمي ).
ii-                  Salam al-Towil ( سلام الطويل ).
Dalam kes ini kita akan meneliti pandangn ulama al-Jarh wa al-Tacdil mengenai mereka berdua yang harus kita bincang secara terperinci dan sangat teliti.

4.2.1 Zaid al-cAmi

Nama penuh beliau ialah Zaid bin al-Hawari al-cAmi, di kenali dengan gelaran Abu al-Hawari al-Basri, merupakan seorang Qadi di Hurrah6. Beliau masyhur dengan gelaran Zaid al-cAmi. Beliau meriwayatkan daripada Anas bin Malik, Said bin Musayyad dan beberapa orang lagi. Dan meriwayatkan daripada beliau ialah anaknya cAbdul al-Rahman, Syucbah dan Hisham.

al-Dhahabi meringkaskan pendangan ulama mengenai beliau sebagaimana berikut7 :-
Ulama
Al-Jarh wa al-Tacdil
Ibnu Macin
Ḍhacif  dan di tulis hadithnya / beliau tidak berguna
Abu Hatim
Ḍhacif  dan di tulis hadithnya
al-Nasaie
Ḍhacif  
Al-Darulqutni
Soleh
Pandangan Pengkaji

Di sini pengkaji ini mengemukankan padangan Ibnu Hibban di dalam Kitab al-Majruhain, katanya8 :
“ Zaid al-cAmi, nama sebenarnya Zaid bin al-Hawari, di gelar dengan Abu al-Hawari. Beliau meriwayatkan daripada Anas dan Muawiyyah bin Qurah. Mengambil riwayat daripada beliau ialah Syucbah dan al-Thauri. Beliau merupakan seorang Qadi di Hurrah. Beliau meriwayatkan daripada Anas bin Malik sesuatu (hadith) yang palsu dan tiada asal baginya “.

Yang mesti kita fahami di sini ialah dua aspek utama di dalam perbincangan iaitu diri Zaid al-cAmi dan jalan riwayatnya yang sampai kepada Anas bin Malik. Pendapat ulama tentang beliau ialah secara umumnya mengatakan beliau seorang perawi yang Ḍhacif  dan di tulis hadithnya.

Aspek kedua ialah kenyataan Ibnu Hibban mengenai jalan riwayat beliau ialah dengan mengatakan beliau meriwayat daripada Anas melalui jalan Muawiyyah bin Qurah hadith yang palsu.

4.2.2 Salam al-Ṭowil

Nama penuh beliau ialah Salām bin Salam, di panggil juga dengan Ibnu Salim, atau Ibnu Sulaiman dan yang tepat ialah Ibnu Salam al-Tamimin al-Sacdi, Abu Sulaiman9. Pandangan ulama mengenainya seperti berikut :

Ulama
Al-Jarh wa al-Tacdil
Imam al-Bukhari10
Salām bin Salam daripada Zaid al-cAmi mesti di tinggalkan (tidak boleh mengambil riwayat )
Abi Hatim11
Salam al-Towil Ḍhacif  hadith dan perlu di tinggakan
Ibnu Hibban12
Beliau meriwayatkan daripada perawi yang Thiqat hadith palsu
Khatib al-Bagdad13
Matruk hadithnya
al-Nasaie14
Matruk hadith
Ibnu Hibban
Beliau meriwayatkat daripada mereka yang thiqat hadith-hadith palsu15.
           
Pandangan Pengkaji

Secara ringkas boleh di simpulkan bahawa riwayat beliau melalui Salam al-Towil daripada Zaid al-cAmi boleh di simpulkan sebagaimana pendapat Ibnu Jauzi16 :

“Salām bin Salam, ada juga memanggil dengan Ibnu Sulaiman, atau Ibnu Sālam, Abu cAbdullah al-Tamimi al-Sacdi al-Towil ialah penduduk Kharasan. Beliau mengambil riwayat daripada Zaid al-cAmi dan Hamid al-Towil. Kata Yahya bin Macin beliau adalah seorang yang dhacif dan tidak ditulis hadithnya dan pada pendapat beliau yang lain tidak berguna dan sangat mendhacifkannya. Kata Imam Ahmad beliau seorang yang mungkar hadith, kata Bukhari dan al-Razi beliau perlu ditinggalkan (tidak diambil riwayat), kata cAbdul al-Rahman beliau seorang yang dusta. Kata al-Nasaie, cAli bin Junaidi, al-Azdi dan al-Darqutni beliau seorang yang matruk dan kata Ibnu Hibban beliau meriwayatkan daripada perawi yang thiqat hadith-hadith palsu “.

Setelah kita meneliti karangan Ibnu Jauzi barulah kita fahami bahawa beliau membuat satu ringkasan pada pendapat beliau tentang hadith ini iaitu dengan memgambil pendapat Ibnu Hibban bahawa Salam al-Towil meriwayatkan daripada perawi yang thiqat hadith palsu.

al-Albani juga menganggap hadith ini adalah palsu pada satu riwayat dan dhaif jiddan pada riwayat yang lain yang akan dibincangkan nanti17.

4.3 Thabit bin Aslam

Nama beliau ialah Thabit bin Aslam al-Bunani, di gelar Abu Muhammad18. Beliau merupakan seorang yang Thiqah lagi soleh19.

Melalaui jalan beliau ini terdapat tiga orang perawi yang gugur iaitu pada tabaqat (generasi) ke 5, 7 dan 8. Sila rujuk rajah sanad keseluruhan. Hadith dengan jalan beliau ini tidak dapat di kuatkan dengan hadith yang lain kerana kesemua dua jalan terdahulu yang kita bincangkan iaitu jalan Kathir bin Sulim dan Muawiyyah bin Qurah juga mengalami masalah pada jalan masing-masing. Melalui jalan ini sudah pasti tidak mencapai syarat-syarat hadith soheh dan hasan kerana gugur 3 perawi pada sanad hadith ini.

5.0 Hukum Hadith

al-Albani menghukumkan hadith ini sebagai hadith yang sangat Ḍhacif ( Ḍhacif  Jiddan )20. Manakala pada pandangan pengkaji hadith ini mesti di nilai melalui tiga jalan tersebut sebagaimana berikut :

1-      Kathir bin Sulim
Melalui jalan ini ulama telah sepakat menghukum beliau sebagai seorang yang Ḍhacif  di dalam meriwayatkan hadith. Kesepakatan ini adalah terhadap diri beliau bukan pada sanad yang beliau bawa/riwayatkan. Sedangkan Abu Hatim menegaskan sanad Kathir bin Sulim daripada Anas bin Malik adalah merupakan riwayat yang palsu (Mawdhuc).

2-      Muawiyyah bin Qurah.
Pengkaji mengambil pendapat daripada Ibnu Hibban didalam al-Majruhain, bahawa kebanyakkan ulama menghukumkan salah seorang perawi Muawiyyah bin Qurah iaitu Zaid al-cAmi sebagai seorang yang Matruk (ditinggalkan Hadithnya), iaitu padangan pada diri, sedangkan Ibnu Hibban menjelaskan pada ambilan riwayat bahawa riwayat Zaid al-cAmi daripada Muawiyyah daripada Anas bin Malik adalah Palsu.

3-      Thabit bin Aslam.
Manakala pada jalan ini tidak perlu di bincangkan lagi kerana telah jelas sanad daripada Thabit ini adalah tidak mengcukupi syarat hadith soheh dan hasan, juga tidak boleh membantu dua sanad pertama daripada Kathir bin Sulim dan Muawiyyah bin Qurah kerana kedua-dua sanad itu adalah palsu dan sanad ketiga terputus dan tidak dikenali perawinya.

6.0 Kesimpulan

Hadith ini bila kita teliti sanadnya maka kita akan mendapati beberapa pandangan ulama mengenai sanad hadith ini sebagaimana berikut :-

i-                    Ibnu Hibban mengatakan riwayat tentang hadith ini adalah riwayat yang palsu.
ii-                  Ibnu Jauzi menaqakan pendapat ibnu Hibban bahawa hadith ini adalah palsu sanadnya.
iii-                al-Albani telah menghukum palsu salah satu sanad dan menghukum dhaif jiddan pada sanad yang lain.

Pengkaji pula berpengan pada pendapat Ibnu Hibban dan Abu Hatim al-Razi dalam masalah ini setelah menilai keseluruhan sanad dan pendangan ulama mengenai hadith ini. Wallahu cAlam.

Hukum Hadith : Mawdhuc (PALSU)

Nota Hujung

* Penulis ialah penuntut M.a al-Quran dan al-Sunnah UKM, B.a Usuluddin KUIN, B.a Usuluddin (Hadith wa Ulumhu, KIAS)

1-      Dhahabi, Tarikh al-Islam wa Wafayat al-Mashahir wa al-cAlam, jil 4, hlm 484, no 330, Mizan al-Ictidal, jil 3, hlm 405, no 6940.  Khatib al-Bagdad, Tarikh al-Bagdad, jil 14, hlm 506, no 6905. Ibnu Hajar, Lisan al-Mizan, jil 9, hlm 398, no 2291.
2-      Tarikh al-Islam wa Wafayat al-Mashahir wa al-cAlam, jil 4, hlm 484, no 330. Mizan al-Ictidal, jil 3, hlm 405, no 6940. 
3-      Dhahabi, al-Kasyah, jil 2, hlm 144, no 4633.
4-      Dhahabi, Sir al-cAlam al-Nubala`, jil 5, hlm 153, no 55.
5-      Ibid.
6-      Mizan al-Ictidal, jil 2, hlm 102, no 3003.
7-      Ibid.
8-      Ibnu Hibban, al-Majruhain Min al-Muhadithin wa al-Dhucafa` wa al-Matrukin, jil 1, hlm 309, no 369.
9-      Al-Mizzi, Tahzib al-Kamal fi al-Asma` al-Rijal, jil 12, hlm 277, no  2654.
10-  Al-Bukhari, Tarikh al-Kabir, jil 4, hlm 133, no 2224, Kitab al-Dhucfa`, jil 1, hlm 72, no 156.
11-  Abu Hatim, al-Jarh wa al-Tacdil, jil 4, hlm 206,no 1122.
12-  Ibnu Hibban, al-Majruhain Min al-Muhadithin wa al-Dhucafa` wa al-Matrukin, jil 1, hlm 339, no 428.
13-  Khatib al-Bagdad, Tarikh al-Bagdad, jil 9, hlm 196, no 4474.
14-  Ibnu Sacdi, Tabaqat al-Kubra, jil 7, hlm 173, no 3141.
15-  Al-cAjili, Tarikh al-Thiqat, hlm 89, no 180.
16-  Al-Albani, Silsilah al-Ahādith al-Ḍhacif ah, jil 3, hlm 171, no 1058.


Bibliografi

al-Tabrani, Sulaiman bin Ahmad bin Ayyub bin Matir bin al-Lakhami al-Shami, Abu al- Qasim (t.t.), Mucjam al-Ausot, Dar al-Haramai, Tahqiq Toriq bin Audha Allah bin Muhammad, Abdul al-Muhsin bin Ibrahim al-Hasini.

____________________(1991), al-Duca`Lil Tabrani, Dar al-Kutub al-cIlmi, Beyrut. Cet Pertama, Tahqiq Musthafa cAbdul al-Qadir cAto.

Ibnu Suni, Ahmad bin Muhammad bin Ishaq bin Ibrahim bin Asbat bin cAbdullah bin Ibrahim bin Budaih al-Dinnawari (t.t.), cAmal al-Yaum wa al-Lailah Suluk Nabi mac Rabihi Azza Wajala wa Mucashiratih mac al-cIbad, Dar al-Qiblah Lil Thaqafah al-Islamiyyah / Mua`ssah cUlum al-Quran, Jiddah / Beyrut, Tahqiq Kuthar al-Barni.

Abu Nucaim, Ahmad bin cAbdullah bin Ahmad bin Ishaq bin Musa bin Mahran al-Asbahi (1974), Hulyah al-Auliya` wa Tabaqat al-Asbahan, Dar al-Kutub al-cIlmi, Beyrut.

____________________(1976), Akhbar al-Asbahan, Dar al-Kutub al-cIlmi, Beyrut.

Ibnu Samacun, Ibnu Samacun al-Waciz; Abu al-Hussin Muhammad bin Ahmad bin Ismail bin cAnbas al-Bagdad (2002), Amāliy Ibnu Samacun, Dar al-Bashāir al-Islamiah, Beyrut, Tahqiq Dr. cĀmir Hasan Ṣobri.

Dhahabi, Shamsu al-Din Abu cAbdullah Muhammad bin Ahmad bin Uthman bin Qaimaz al-Dhahabi (2003), Tarikh al-Islam wa Wafayat al-Mashahir wa al-cAlam, Dar al-Gharbi al-Islami, Tahqiq Dr Bashar cAwad macruf.

___________________(1963), Mizan al-cItidal, Dar al-Macrifah li Tabcah wa al-Nashr, Beyrut, Tahqiq cAli Muhammad al-Bajawi.

___________________(1992), al-Kasyah fi Macrifah Man Lahu Riwayat fi al-Kutub al-Tiscah, Dar al-Qiblah li Thaqafah al-Islamiah, Jiddah, Cet Pertama, Tahqiq Muhammad cAwamah Ahmad Muhamad Namr al-Khatib.

Khatib al-Bagdad, Abu Bakar Ahmad bin cAli bin Thabit bin Ahmad bin Mahdi (2002), Tarikh al-Bagdad, Dar al-Gharbi al-Islami, Tahqiq Dr. Bashar cAwad macruf.

Ibnu Hajar, Abu al-fadhil Ahmad bin cAli bin Muhammad bin Ahmad bin Hajar al-Asqolani (2002), Lisan al-Mizan, Dar al-Bashair al-Islamiah, Tahqiq cAbdul al-Fatah Abu Ghudah.

Ibnu Hibban, Muhammad bin Hibban bin Ahmad bin Hibban bin Mucaz bin Macbad, al-Tamimin, Abu Hatim, al-Darimi, al-Basti (1974), al-Majruhain Min al-Muhadithin wa al-Dhucafa` wa al-Matrukin, Dar al-Wacie, Halib, Tahqiq Mahmud Ibrahim Zayad.

Al-Mizzi, Yusuf bin cAbdul al-Rahman bin Yusuf ; Abu al-Hajj, Jamal al-Din Ibnu Zaki Abi Muhammad al-Qadhaie al-Kalbi al-Mizzi (1980) ,Tahzib al-Kamal fi al-Asma` al-Rijal, Mua`sasah al-Risalah, Beyrut, Tahqiq Dr. Bashar cAwad macruf.

al-Bukhari, Muhammad bin Ismail bin al-Mughirah al-Bukhari; Abu cAbdullah (t.t.), Tarikh al-Kabir, Dairah al-Macrif al-cUthmaniah, Haidar Abad, al-Dakan.

_______________(2005), Kitab al-Dhucafa`, Maktabah Ibnu Abbas, Tahqiq Abu cAbdullah Ahmad bin Ibrahim bin Abi al-cAini.

Abu Hatim, Abu Muhammad cAbdul al-Rahman bin Muhammad bin Idris bin al-Manzir al-Tamimi al-Hanzoli al-Razi (1952),  al-Jarh wa al-Tacdil, Dar Ihya` al-Thurath al-cArabi, Beyrut dan Dairah al-Macrif al-cUthmaniah, Haidar Abad, al-Dakan.

Ibnu Sacdi, Abu cAbdullah Muhammad bin Sacdi bin Manic al-Hāshimi bi al-Walai` al-Basri al-Bagdad (1990), Tabaqat al-Kubra, Dar al-Kutub al-cIlmi,Beyrut, Tahqiq Muhammad cAbdul al-Qadir cAto`.

Al-cAjili, Abu al-Hasan Ahmad bin cAbdullah bin Soleh al-cAjili al-Kufi (1984), Tarikh al-Thiqat, Dar al-Baz.

Al-Albani, Abu cAbdul al-Rahman Muhammad Nasir al-Din bin al-Hajj Nuh bin Najati bin Adam al-Ashqudi al-Albani (1992), Silsilah al-Ahādith al-Ḍhacif ah, Dar al-Macarif,al-Riyadh, Cet Pertama.