Monday, February 22, 2010

Khilaf Pada Kalimah Azan

PENDAPAT YANG PERTAMA
            Jumlah lafaz-lafaz azan kesemuanya ada senbanyak 19 kalimah, perdapat ini adalah pendapat iman Syafie dan amalan penduduk Mekah. Pendapat ini berpandukan kepada hadis Abi Mahzurah r.a.
1- daripada Abi Mahzurah r.a :
أن رسول الله صلى الله عليه وسلم علمه الأذان تسع عشرة كلمة
Ertinya :” bahawa Rasulullah s.a.w mengajarkannya azan 19 kalimah (riwayat berlima dan kata At-tizmizi hadis hasan sahih).
Kaifiat pula seperti yang terdapat dalm hadis riwayat Abu Daud, iaitu :
2- Daripada Abi Mahzurah r.a berkata :
قلت : يا رسول الله علمنى سنة الأذان, قال : فمسح مقدم رأسه, قال : تقول : الله أكبر الله أكبر ترفع بها صوتك ثم تقول : أشهد أن لا إله إلا الله أشهد أن لا إله إلا الله, أشهد أن محمدا رسول الله أشهد أن محمدا رسول الله تخفض بها صوتك ثم ترفع صوتك بالشهادة أشهد أن لا إله إلا الله أشد أن لا إله إلا الله أن محمدا رسول الله أن محمدا رسول الله حى على الصلاة حى على الصلاة حى على الفلاح حى على الفلاح فإن كان صلاة الصبح قلت : الصلاة خير من النوم الله أكبر الله أكبر لا إله إلا الله.
Ertinya :”Aku berkata : wahai Rasulullah s.a.w : ajarkan aku sunnah azan, maka Rasulullah s.a.w menyapu kepalanya dibahagian hadapan dan baginda bersabda : ( cara azan adalah ) engkau katakana :الله أكبر الله أكبر  dengan nyaring, kemudian engkau katakana : أشهد أن لا إله إلا الله أشهد أن لا إله إلا الله أشهد أن محمدا رسول الله أشهد أن محمدا رسول الله  dengan perlahan kemudian engkau angkatkan suaramu mengatakan syahadah ( kalimah syahadah ) dan حى على الصلاة حى على الصلاة حى على الفلاح حى على الفلاح  jika solat subuh engkau sebutkan الصلاة خير من النوم الصلاة خير من النوم الله أكبر لا إله إلا الله .

PENDAPAT YANG KEDUA
            Jumlah keseluruhan lafaz azan ialah 17 sahaja iaitu sama seperti pendapat yang pertama tadi dengan azan tarji`, tetapi takbir yang pertama Cuma dua kali takbir dan bukannya empat kali takbir. Pendapat ini ialah pendapat Iman Malik dan amalan penduduk Madinah Al-Munawwarah. Pendapat ini berpandukan kepada hadis Abi Mahzurah r.a yang diriwayatka oleh iman Muslim :
عن أبي محذورة أن رسول الله علمه هذا الأذان الله أكبر الله أكبر أشهد أن لا إله إلا الله أشهد أن لا إله إلا الله أشهد أن محمدا رسول الله أشهد أن محمدا رسول الله ثم يعود أ فيقول أشهد أن لا إله إلا الله  مرتين أشهد أن محمدا رسول الله مرتين حى على الصلاة مرتين حى على الفلاح مرتين الله أكبر لا إله إلا الله.
PENDAPAT YANG KETIGA
            Jumlah keseluruhan lafaz-lafaz azan hanyalah 15 sahaja iaitu sama dengan pendapat yang pertama tadi, dengan 4 takbir  tetapi dengan menyebut tarji`. Pendapat ini adalan pendapat iman Abu Hanifah dan iman Ahmad dan amalan penduduk Khufah.
            Pendapat ini berdalilkan azan saidina Bilal r.a sebagaimana pada hadis daripada Abdullah bin Zaid yang melihat azan dalam mimpinya.
PERHATIAN
1-      Azan yag dilakukan oleh umat Islam sekarang adalah sama seperti pendapat Iman Syafie kerana ia adalah pendapat yang paling rajih. Wallahu `alam
2-      Jumhur ulama` termasuk iman Syafie, hanafi dan Ahamad mengatakan dengan 4 takbir pada permulaan azan. Dan ini adalah amalan penduduk Mekah dan Mekah merupakan tempat berhimpunya semua orang Islam pada setiap tahun dan tidak ada pun dikalangan sahabat-sahabat lain yang ingkar akan 4 takbir itu dan iman Malik telah khilaf dengan pendapat itu dengan mengatakan dua takbir sahaja kerana ia adalah amalan penduduk Madinah dan penduduk Madinah adalah orang yang paling arif dengan sunnah kerana mereka hidup bersama Rasulullah s.a.w.
3-      Jumhur ulama` termasuk iman Malik dan iman Syafie menyatakan tarji` pada azan dan khilaf iman Hanafi padanya. Manakala jumhur ulama` menyatakan 4 takbir pada azan dan khilaf iman Malik padanya. Kesimpulannya iman Hanafi sama dengan Iman Syafie pada 4 takbir dan tidak sama pada menyatakan tarji`, manakala iman Malik sama dengan Iman Syafie pada mensabitkan tarji` dan tidan sama pada bilangan takbir pertama. Wallahu `alam.
TARJI`
            Taarif tarji` ialah :
الترجيع هو إعادة الشهادتين بصوت عال بعد ذكرهما بخفض الصوت
Tarji` ialah mengulangi dua ucapan dua kalimah syahadah dengan nyaring selepas menyebut dengan perlahan.
            Jumhur ulama` termasuk iman Malik, iman Syafie, penduduk Mekah, penduduk Madinah dan penduduk Mesir mengatakan bahawa tarji` adalah amalan yang disyariatkan yang sabit ( tetap ) dengan nas hadis. Iman Hanafi dan penduduk Kufah pula menyatakan tidak disyariatkan terji` kerana mengikut hadis Abdullah bin Zaid.
            Hujah jumhur dalam mensabitkan tarji` adalah berpandukan hadis yang diriwayatkan oleh iman Muslim, Nasae, Abu Daun, Ibnu Majah dan dua riyawat daripada iman Tirmizi. Berkata Iman Nawawi dalam kitab syarah hadis Muslim ketika mensyarahkan hadis daripada Abi Mahzurah r.a :” pada hadis tersebut menjadi hujah yang nyata dan dalil yang terang bagi mazhab Maliki, Syafie, dan jumhur ulama` bahawa tarji` pada azan adalah sabit dan disyariatkan “. Tambahan lagi hadis Abi Mahzurah r.a adalah tahun kelapan hijrah sedangkan hadis Abdullah bin Zaid yang menjadi dalil iman Hanafi adalah tahun pertama hijrah.
            Iman Al-hafiz Mubarakfiri dalam kitab Tuhfatul Ahwazi syarah Jame` Tirmizi memanjangkan perbincangan ini tentang sabit tarji` sehingga 6 muka surat dan beliau menjawab kesemua dalil yang tidak mensabitka tarji` dan diakhir perbahasan beliau menyatakan :
فحاصل الكلام أنه ليس لإنكار سنة الترجيع فى الأذان وجه إلا التقليد وقلة الطلاع
 Ertinya :” kesimpulannya sesungguhnya tidak ada wajah ( dalil ) bagi orang yang ingkar sabit sunnah tarji` pada azan melainkan taklid ( ikut semata-mata tanpa dalil ) dan kurang pemerhatian  ( terhadap hadis-hadis Rasulullah s.a.w ). Penulis sengaja tidak ingin memanjangkan perbahasan tentang tarji` memandangkan dikawasan kita yang bermazhab Syafie sudah pun mengamalkan sunnah tarji` ini.

TASHWIB
            Tashwib pada bahasa bererti "رجوع" atau dalam bahasa melayunya adalah kembali dan pada istilah pula ialah mengucapkan " الصلاة خير من النوم " pada azan bagi solat subuh. Antara dalil yang menunjukan sabit Tashwib pada azan subuh ialah hadis Abi Mahzurah r.a yang di riwayatkan oleh Abu Daud ( sebagaimana dalam bab yang telah lepas ) yang juga diriwayatkan oleh Ibnu Hibban dalam sahihnya.
Juga hadis daripada Anas r.a katanya :
  من السنة إذا قال المؤذن فى الأذان الفجر حي على الصلاة حي على الفلاح قال : الصلاة خير من النوم
Ertinya :” sebahagian daripada sunnah Rasulullah s.a.w  apabila mengucapkan حي على الصلاة حي على الفلاح ialah mengucapkan الصلاة خير من النوم ( di riwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah dalam sahihnya dan Darqutni kemuadian Baihaqi dalam sunan mereka ).
Adapun hadis daripada saidina Bilal r.a katanya : bersabda kepadaku Rasulullah s.a.w :
لا تثوبن فى شئ من الصلوات إلا فى صلاة الفجر
Ertinya :”  janganlah kamu bertashawib pada sesuatu azan pun daripada azan-azan solat melainkan azan bagi solat subuh ( adalah hadis Dhaif ).
            Adapun hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud yang menyatakan bahawa Ibnu Umar r.a ketika beliau masuk kedalam masjid  dan mendengar muazin bertashwib dan beliau berkata : فإن هذه بدعة  ertinya :” sesungguhnya perkara ini adalah bid`ah “ dan beliautidak bersolat didalam masjid tersebut adalah kerana muazin tersebut bertashwib pada azan solat zuhur atau asar dan bukannya pada azan solat subuh. Dan Ibnu Umar pada masa itu sudah pun buta.( fathul Bari dan subulul muhtadin jilid 1 m/s 170).
( masalah 1 ) disunatkan ketika bersangatan ribut atau hujan sekira-kira tidak dapat datang para jamaah mengucapkan ألا صلوا فى الرحال  selepas dua حي على الصلاة .     

No comments: