Monday, February 22, 2010

Sejarah pensyariatan azan

           
            Azan disyariatkan pada tahun pertama daripada hijrah Rasulullah s.a.w ke madinah Al-Munawarah. Ada juga pendapat yang mengatakan pada tahun ke-2 hijrah. Pensyariatan azan adalah suatu perkara yang maklum dengan Darurah dalam Islam, karana itu sesiapa yang mengingkari pensyariatan azan menjadi kafir( والعياذ بالله ) .

Firman Allah Taala dalam surah Maidah ayat 58

Ertinya :” Dan apabila kamu menyeru (mereka) untuk (mengerjakan) sembahyang, mereka menjadikannya buah ejekan dan permainan. yang demikian itu adalah Karena mereka benar-benar kaum yang tidak mau mempergunakan akal”.

( Mereka tidak memikirkan ganjaran pahala yang bakal mereka terima jika mereka menyahut seruan azan itu dengan beriman kepada Allah Taala dan RasulNya serta menunaikan solat, mereka juga tidak memikirkan ganjaran dan balasan buruk yang bakal mereka terima dengan ejekan dan mempermain-mainkan seruan azan,sebaiknya jika mereka berfikir mereka tidak akan mempersendakan seruan azan itu ).

            Ayat itu menunjukkan bahawa bermulanya pensyariatan azan di Madinah Al-Munawwarah dan telah menyebut sesetengah ulama` tafsir bahawa sesungguhnya orang-orang yahudi tahkala mendengar seruan azan, mereka berkata :”sesungguhnya kamu wahai Muhammad telah mencipta suatu perkara yang belum pernah ada sebelum ini “, maka turunlah ayat ini. Iman Qurtubi tlah meriwayatkan dalam kitab tafsirnya, bahawa seorang Nasrani di Madinah, apabila dia mendengar muazin melafazkan
 ( أشهد أن لا اله إلا الله )  dia menjawab : ( حرق الكاذب )  : ertinya :” moga-moga terbakar orang-orang yang dusta, maka pada suatu malam, khadamnya telah masuk kerumahnya dengan membawa api, nasrani dan keluarganya itu sedang tidur tiba-tiba bunga api itu terjatuh, maka hanguslah rumah dan terbakarlah nasrani dan kerluarganya itu. Itu adalah balasan di dunia sebelum balasan di hari pembalasan yang Allah tenpatkan untuk mereka yang mendustakan dan membohongi seruan yang benar ( azan ).( والعياذ بالله من ذلك ).

Firma Allah Taala dalam surah Jumaat ayat 9 :
$pkšr'¯»tƒ tûïÏ%©!$# (#þqãZtB#uä #sŒÎ) šÏŠqçR Ío4qn=¢Á=Ï9 `ÏB ÏQöqtƒ ÏpyèßJàfø9$# (#öqyèó$$sù 4n<Î) ̍ø.ÏŒ «!$# (#râsŒur yìøt7ø9$# 4 öNä3Ï9ºsŒ ׎öyz öNä3©9 bÎ) óOçGYä. tbqßJn=÷ès? ÇÒÈ
Ertinya :”Hai orang-orang beriman, apabila diseru untuk menunaikan shalat Jum'at, Maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu Mengetahui”.

Ayat itu juga menunjukkan tentang permulaan azan di Madinah kerana di fardhukan solat jumaat di Madinah Al-Munawwarah pada tahun pertama daripada hijrah mengikut pendapat yang rajah ( terkuat ) dan ada pendapat yang mengatakan pada tahun ke-2 hijrah dan di riwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a bahawa pensyariatan azan turun bersama ayat ini.

            Berkata Syeikh Jazari dalam kitab feqahnya ( الفقة على المذاهب الأربعة ) : di syariatkan azan pada tahun pertama hijrah Rasulullah s.a.w ke Madinah Al-Munawwarah. Ia adalah perkara agama yang telah diketahui dengan darurahnya ( mudah ) dan sesiapa yang mengingkarinya menjadi kafir. Adapun sebab pensyariatan azan adalah kerana Rasulullah s.a.w ketika sampai ke Madinah Al-Munawwarah, adalah sukar bagi orang Islam untuk mengetahui waktu solat Rasulullah s.a.w. maka mereka telah mengadakan mesyuarat untuk mengadakan satu tanda untuk mengetahui waktu solat baginda. Ini adalah kerana mereka tidak mahu terlepas daripada berjamaah bersama-sama baginda. Maka ada dikalangan mereka mencadangkan untuk menggunakan NAQUS ( kayu yang dipukul dengan kayu yang lebih kecil untuk mengeluarkan bunyi adalah sebahagian daripada syariat orang Nasrani – Fathul Bari j 2 m/s 280 ) dan Rasulullah s.a.w menjawab bahawa NAQUS itu untuk orang nasrani, ada juga yang mencadangkan mengunakan BUK ( Buk ialah terompek atau alat yang di tiup untuk mengeluarkan bunyi ), maka baginda mengatakan BUK adalah untuk orang Yahudi, ada juga dikalangan mereka mencadangkan untuk mengunakan DAF ( adalah gendang atau alat yang di pukul untuk mengeluarkan bunyi ), maka baginda menjawab bahawa Daf untuk orang Rom. Mereka juga mencadangkan supaya di nyalakan api, jawab baginda api untuk orang-orang Majusi dan ada juga yang mencadangkan supaya di naikkan bendera, maka apabila dilihat bendera itu hendaklah saling memberitahu ( tenteng masuk waktu solat antara satu sama lain ).

            Rasulullah s.a.w tidak tertari dengan pandangan-pandangan itu, dan baginda ditak pula menyetujui satu pun   daripada cadangan-cadangan tersebut. Sehingga pada satu malam, ketika seorang sahabat iaitu Abdullah bin Zaid sedang tidur ( beliau memang mengambil berat perkara itu ) beliau bermimpi bahawa seorang malaikat mengajarnya azan dan iqamah, maka beliau pun memberitahu nabi s.a.w tentang mimpi tersebut, maka telah muafakat ( sebulat suara ) mimpi itu dengan wahyu. Maka Rasulullah s.a.w menyuruh azan dengannya untuk menberitahu masuk waktu solat.

            Dan katanya lagi : inilah makna hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Dawwud, Ibnu Majah, dan telah dikeluarkan sebahagiannya oleh Imam Tarmizi, dan Tazmizi berkata hadis hassan soheh.

            Kesemua kitab-kitab hadis ( yang saya rujuk ) ada mencatatkan tentang kisah permulaan azan di Madinah Al-Munawwarah, disini aka disebuk sebahagiannya :
1-  antaranya ialah apa yang diriwayatkan oleh Iman Bukhari dan Muslim melalui hadis Ibnu Umar r.a :
كان المسلمون حين قدموا المدينة يجتمعون فيتحينون الصلاة. ليس ينادي لها. فتكلموا يوما قرن اليهود, فقال عمر رضى الله عنه : أولا تبعثون رجلا ينادي بالصلاة ؟ فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : يا بلال قم فناد بالصلاة.

Ertinya :” Abdullah bin Umar berkata : adalah orang-orang Islam ketika mereka sampai di Madinah ( daripada Mekah ) mereka berhimpun untuk menentukan masa untuk datang solat. ( Pada masa itu ) belum pun ada seruan azan untuk solat. Maka pada suatu hari mereka bermesyuarat memperkatakan perkara tersebut, maka berkata sebahagian daripada mereka : ambillah NAQUS seperti NAQUS orang nasrani, dan ada yang berkata : bahkan ambillah QARAN seperti QARAN Yahudi. Maka berkata Umar r.a : mengapakah tidak di suruh seorang leleki supaya berseruan untuk sembahyan, maka Rasulullah s.a.w bersabda : wahai Bilal! Bangun dan serulah kepada sembahyan
( Riwayat Bukhari dan Muslim ).

2- Dari Anas bin Malik berkata :
أن يعلموا وقت الصلاة بشئ يعرفونه فذكروا أن ينوروا نارا أو يضربوا ناقوسا فأمر بلاب أن يشفع الأذان ويوتر الإقامة.
Ertinya : orang Islam menyebut tentang suatu alamat yang boleh mereka kenal dengan waktu sembahyan. Ada dikalangan mereka yang mencadangkan supaya dinyalakan api atau dipukul NAQUS, maka disuruh Bilal menyebut kalimah-kalimah azan dua-dua kali dan kalimah Iqamah satu-satu kali. ( Riwayat muslim)

3- Berkata Abdullah bin Zaid
لما أصحبنا أتينا رسول الله صلى الله عليه وسلم فأخبرته بالرؤيا, فقال : إن هذه لرؤيا حق, فقم مع بلال, فإنه أندى وأمد صوتا منك, فألق عليه ما قيل لك وليناد بذلك, قال فلما سمع عمر ابن الخطاب نداء بلال بالصلاة خرج إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم وهو يجر إزاره, وهو يقول : يا رسول الله, والذى بعثك بالحق, لقد رأيت مثل الذى قال, قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : فلله الحمد, فذلك أثبت.
Ertinya :” daripada Abdullah bin Zaid r.a katanya : tahkala pagi, kami pun pergi menemui Rasulullah s.a.w, maka kami ceritakan kepada baginda mengenai mimpi ( tentang azan itu ) maka sabdanya :itu adalah mimpi yang benar, maka pergilah kamu kepada bilal r.a. kerana seruannya lebih merdu dan lebih panjang daripada mu, maka ajarkanlah apa yang diajarkan kepada mu ( dalam mimpi itu ) dengan yang demikian itu. Apabila di dengar oleh saidina Umar bin Al-Khatab r.a  seruan ( azan ) Bilal r.a itu, ( untuk memanggil kepada sembahyan ) keluarlah beliau pergi kepada Rasulullah s.a.w dalam keadaan beliau menarik selindangnya ( menunjukkan beliau bersegera ) kepada Rasulullah s.a.w dan katanya : wahai Rasulullah s.a.w, demi ( Allah ) yang membangkitkan engkau dengan membawa kebenaran, sesungguhnya aku telah bermimpi sama sepertiazan Bilal r.a itu, maka sabda Rasulullah s.a.w : bagi Allah Taala sahaja segala kepujian. Maka yang demikian itu adalah lebih tetap.

4-
فانصرف عبد الله بن عبد ربه وهو مهتم لهم رسول الله  صلى الله عليه وسلم, فأرى الأذان فى نومه فغدا على رسول الله صلى الله عليه وسلم فأخبره, فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم, إنى لبين نائم يقظان إذ اتاني آت فأرانى الأذان وكان عمر ابن الخطاب قد رآه قيل ذلك فكتمه عشرين يوما ثم أخبر النبي صلى الله عليه وسلم فقال له : ما منعك أن تخبرنى ( تخبرنا ) ؟ فقال  : سبقن عبد الله بن زيد فاستحييت, فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : يا بلال قم فنظر ما يأمرك به عبد الله بن زيد فافعله فأذان بلال : ( قال أبو بشر : فأخبرني أبو عمير أن الأنصار تزعم أن عبد الله بن زيد لولا أنه كان يومئذ مريضا لجعله رسول الله مؤذنا )
Ertinya :” Abdullah bin Abdul Rabah memang mengambil berkata dengan keinginan Rasullah s.a.w ( dalam hal menentukan cara menyeru kepada sembahyan ), maka diperlihatkan didalam tidurnya kalimah-kalimah azan, maka beliau memberitahu Rasulullah s.a.w  dengan mimpi itu, katanya : wahai Rasulullah s.a.w ketika mana aku dalam keadaan separuh tidur dan separuh jaga tiba-tiba datang kepadaku seorang dan dia mengajarkan kepadaku azan. Dan saidina Umar telah bermimpi sebelum itu ( tetapi ) beliau menyembunyikannya selama 20 hari kemudian beliau memberitahu Rasulullah s.a.w, maka Rasulullah mengatakan kepadanya : apakah yang menegah kepada mu daripada memberitahuku? Saidina Umar menjawab : Abdullah bin Zaid telah mendahuluiku, maka aku malu intuk memberitahunya. Kemudian Rasulullah menyuruh Bilal azan sebagaimana yang dilihat Abdullah bin Zaid didalam mipinya, maka Bilal pun azan. ( orang-orang Ansor pula menyangka bahawa keluarlah Abdullah bin Zaid tidak tahu dimana pada hari itu nescaya beliau akan dijadikan muazin oleh Rasulullah s.a.w.

No comments: