Tuesday, October 28, 2008

bacalah dengan nama tuhanmu

Detik awal sinar Islam di alam maya ini bermula dengan pancaran cahaya wahyu Ilahi melalui kalimah Iqra bermaksud ‘Bacalah’ dan melambangkan ilmu yang di dalamnya terangkum makna membaca, mengkaji, menyelidik dan berfikir.
Istilah ‘ilmu’ yang menjadi teras sistem nilai dalam Islam dan menduduki tempat tinggi mempunyai hubungan rapat dengan istilah ‘buku’ yang menjadi sumber kepada ilmu dan pengetahuan.
Di dalam buku terkandung khazanah intelektual, dokumentasi pengekalan warisan dan budaya serta idea besar, yang kadang-kala menjadi pencetus bahaya mengakibatkan peperangan atau diharamkan atas sebab idea yang dilontarkan pengarangnya. Namun, buku saja tetap akan tinggal sebagai buku jika tiada proses perpindahan ilmu yang ada di dalamnya ke dalam minda manusia melalui proses dikenali sebagai pembacaan.
Pembacaan dengan kata lain seharusnya membawa kepada kesahihan ilmu yang dapat membezakan antara kebenaran dan kepalsuan. Melalui wahana inilah usaha keilmuan dapat membangunkan intelektualan, membentuk budaya berfikir yang kreatif dan dinamis yang akhirnya melahirkan masyarakat progresif.
Dalam peradaban Islam, buku adalah kekasih dan teman paling setia dalam memimpin ke arah kebenaran dan membentuk kemajuan unggul. Sikap orang Islam ketika itu yang mencintai buku jelas dilihat daripada kehidupan seharian mereka terutama ketika mereka berbicara. Membaca buku bagi mereka yang mencintai ilmu sama seperti berkomunikasi dengan teman yang begitu setia untuk mendengar.
Profesor Ahmad Shalaby dalam bukunya bertajuk Sejarah Pendidikan Islam ada menyatakan, dalam sejarah Islam pernah diriwayatkan apabila seseorang berbicara mengenai buku, maka pendengarnya akan mengira bahawa dia sedang berbicara mengenai seseorang yang amat setia dan jujur, seorang kekasih yang sudah lama tidak bertemu atau seorang pemimpin yang memimpin ke jalan kebenaran dengan satu tujuan yang suci murni.
Dalam buku itu, beliau juga telah menulis satu bahagian khusus mengenai hubung kait buku dan perpustakaan. Pada zaman Harun al-Rasyid, iaitu kemuncak perkembangan ilmu di bumi Arab terutama apabila Baitul Hikmah iaitu perpustakaan dan juga sebuah pusat penterjemahan mula beroperasi.
Di sinilah tempat berkumpul segala ilmu yang didapati daripada tamadun luar seperti kaedah mantik atau logik dari tamadun Yunani, penghasilan kertas daripada tamadun China dan ilmu nombor diambil daripada tamadun India. Ilmu yang dikumpulkan itu terus dikaji dan diselidiki dengan lebih mendalam, juga diterjemahkan ke dalam bahasa Arab dan dihasilkan semula dalam bentuk buku untuk dimanfaatkan semua.
Bagi pencinta ilmu, buku adalah pasangan paling setia. Ke mana saja mereka pergi akan tetap ditemani pasangannya ini. Al-Jahiz, seorang ulama besar Islam yang mempunyai komitmen tinggi terhadap ilmu dan pembacaan sehingga mati tertindih oleh bukunya pernah berkata ‘buku itu akan diam bila engkau menyuruhnya diam. Dia tidak akan mengganggumu jika engkau sedang bekerja. Tetapi apabila engkau diulik kesepian, dialah teman yang akan menjadi temanmu paling baik’. Dalam mencari buku yang boleh dijadikan pasangan atau teman, aspek kualiti perlu diberi perhatian sewajarnya.
Buku karya besar atau agung dalam pelbagai tradisi bangsa dan peradaban manusia penting terutama dalam memanusiakan pembaca kerana ia mewakili tradisi dan perkembangan pemikiran dan intelektualisme sesuatu bangsa.
Sejarah juga membuktikan hanya dengan ketinggian budaya ilmu, sesuatu bangsa dapat mempengaruhi negara dan bangsa lain yang lebih besar dan kuat. Kefahaman kepada idea dan gagasan besar yang dilontarkan adalah antara usaha manusia untuk memahami dan menghayati kebijaksanaan santapan mental dan rohani manusia.
Ahli sufi klasik tersohor, Muhyiddin Ibnu Arabi, pernah menceritakan mengenai penghargaan seorang ulama mengenai buku: “Belum pernah ku melihat kebun buah-buahan yang dapat diletakkan di lengan baju atau taman bunga yang dibawa dalam pangkuan”.
Dalam sejarah peradaban Islam, buku berperanan sebagai terapi atau dikenali sebagai biblioterapi. Bagi ulama pencinta ilmu, mereka akan meletakkan buku di atas kepala untuk menghilangkan sakit kepala atau demam.
Jika hilang rasa sakit, mereka akan terus membaca buku berkenaan.Antara buku dan budaya menulis, dua perkara tidak dapat dipisahkan sebagaimana Saidina Ali pernah berkata: “Ikatlah ilmu dengan menulisnya”.
Prof Hamka juga berkata, jika seseorang sudah mencapai tahap membaca yang tinggi, secara semula jadi akan terpanggil untuk memindahkan ilmu pengetahuan yang didapatinya dalam bentuk penulisan. Ini jelas dilihat dalam diri Prof Hamka sebagai seorang ulama, sasterawan, pemikir dan penulis.
Prof Syed Muhammad Naquib al-Attas ,di dalam pendahuluan bukunya bertajuk A commentary on the Hujjah al-Siddiq of Nur-Din al-Raniri menyatakan, ‘sumbangan yang abadi yang dapat diberikan oleh seseorang dalam keadaan seumpama ini adalah menulis sebuah buku kerana sebuah buku dapat kekal lama selepas kerajaan, manusia, negara, catatan pemikiran dan tindakan manusia lupus.’ Dalam hal ini, buku berperanan sebagai penzahiran pemikiran seseorang melalui tulisan.
Sebagai contoh, Syed Sheikh al-Hadi, seorang tokoh pembaharuan Islam yang hidup sezaman dan seangkatan dengan Muhammad Iqbal, pemikir Islam tersohor dari Pakistan. Sifatnya yang agak positif dengan Barat sering disalah ertikan. Beliau menyarankan ajaran Islam harus menerima idea dan falsafah Barat supaya umat Islam boleh mengecapi kemajuan dan bersaing dengan bangsa lain.
Bagi beliau, wadah terpenting dalam menyampaikan idea ialah melalui kaedah penulisan sama ada buku ataupun majalah. Hal ini boleh digunakan untuk mengejutkan umat Islam di Tanah Melayu dari tidur untuk bangkit menebus kemunduran masa lalu. Bagaimanapun hal itu masih tidak diberi perhatian serius hingga ke hari ini.
Oleh itu, tidak hairanlah walaupun Malaysia kaya dengan hasil buminya namun anak watan, khususnya bangsa Melayu masih tidak dapat memanfaat sepenuhnya lantaran kekurangan pengetahuan mengenai bagaimana semua itu dapat digunakan.
Rasulullah SAW pernah menyatakan mengenai kepentingan ilmu pengetahuan dalam kehidupan sebagaimana sabda Baginda yang bermaksud: “Bila kamu menghendaki hidup berjaya di dunia hendaklah kamu berilmu dan bila kamu menghendaki hidup berjaya di akhirat hendaklah berilmu dan bila kamu menghendaki kedua-duanya hendaklah juga kamu berilmu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Buku sebagai khazanah ilmu pengetahuan perlu diberi kedudukan tinggi kerana di dalamnya tersimpan rahsia kehidupan dan kunci kemajuan. Nilai terkandung dalamnya akan mencorak kehidupan manusia dan telah banyak mempengaruhi golongan pemikir, pemimpin, ilmuwan dan ulama.
Sikap mementingkan ilmu melalui membaca akan memajukan manusia dalam seluruh aspek kehidupan termasuk budaya, kemanusiaan dan adab. Bagaimanapun, budaya ilmu tidak hanya terbatas di sekolah atau universiti, malah perlu dikembangkan dalam kehidupan masyarakat.
Apabila budaya ilmu menjadi sebahagian hidup mereka, konsep penghidupan tidak lagi untuk hidup semata-mata tetapi memberi keutamaan kepada pentingnya memburu ilmu, menambah ilmu untuk meningkatkan corak pemikiran atau intelek sebagai satu keperluan dalam menghadapi cabaran hidup.
Seorang penyair Arab yang terkenal pada zaman Abbasiah, Al-Mutanabbi berkata: ‘Teman yang paling mulia sepanjang zaman adalah buku.’

Thursday, October 9, 2008

KE ARAH KESATUAN GERAKAN ISLAM



Oleh Ustaz Fathi Yakan
PENGANTAR PENTERJEMAH

Alhamdulillah dengan izin Allah, risalah kecil ini dapat disiapkan terjemahannya. Mudah-mudahan dengan izin Allah, risalah ini dapat berperanan membuka jalan ke arah kesatuan amal dan gerakan Islam, untuk berdepan dengan musuh-musuh Islam.
Al Ustaz Fathi Yakan, memulakan buku ini dengan melihat kelemahan-kelemahan beberapa jama ‘ah Islam dengan tujuan mengambil pengajaran dan mengelakkan dan kesilapan-kesilapan yang sama, jika ada dan seterusnya menjadi panduan melengkapkan harakah Islam kini dan akan datang. Kemudian barulah Ustaz Fathi menerangkan tentang ciri-ciri harakah Islamiyyah ‘alamiyyah yang dicadangkan.
Semoga Allah sentiasa memberi taufik kepada kita dan memberkati amal Islam kita. Insya Allah.
Mohd. Kamil Abdul Majid
Akademi Islam, Universiti Malaya, Ramadhan 1404
KEWAJIPAN MEMBENTUK HARAKAH ISLAMIYYAH‘ALAMIYYAH YANG TUNGGAL
Berbagai-bagai cabang amal Islam yang terdapat di zaman moden ini menimbulkan ketakutan dan kegelisahan bahawa ianya akan memberikan gambaran yang buruk kepada tabiat dan ciri-ciri amal Islam yang betul dan asli. Berikutnya, ia akan melemahkan kekuatan dan kekerasan Islam dalam pertarungan dan persaingan di antara puak Islam dan jahiliyyah. Bukan setakat ianya tidak menolong Islam malah saya berpendapat ia membawa kekacauan pada akal manusia dan akibatnya mereka akan menjauhkan diri dan amal Islam itu tadi dan menjadikan mereka itu berada di pihak yang menentang Islam. Dan alangkah banyaknya keadaan sedemikian berlaku pada hari ini.
Pertentangan yang berlaku mutakhir ini, selain daripada ianya menjadi tuntutan syara’ dan Islam, kedua­duanya berkehendakan kesatuan kekuatan tenaga Islam dalam satu saf untuk menghadapi jahiliyyah dan menegakkan daulah yang berhukumkan syari’at Allah.
Alasan-alasan kebangkitan sebuah harakah Islamiyyah ‘alamiyyah yang satu
Alasan-alasan yang memestikan terdirinya sebuah harakah Islamiyyah Alamiyyah yang tunggal amat banyak dan lebih daripada hanya untuk dijadikan bahan perbincangan penting. Para pekerja, atau petugas dalam bidang amal Islam yang mengkaji dan menganalisa sehingga amal dan usaha untuk mewujudkan harakah Is!amiyyah yang dicita-citakan terbentuk, hendaklah melaksanakannya berdasarkan kepada iman dan keyakinan. Bukan berdasarkan kepada emosi dan semangat yang sementara.
Islam pada masa ini menghadapi cabaran yang berat. Cabaran yang dihadapi datang Iebih dan satu pihak. Hukum hukum Islam dan undang-undang yang terpancar dan syari’at Islam tidak dilaksanakan walau di mana sekalipun pelusuk watan Islam. Malah, hukum taghut, sistem-sistem dan pemikiran materialisma ciptaan manusia yang bertentangan dengan Islam, yang berdendam dengan Islam dan bercanggah dan segi falsafah dan prinsip akhlak, itulah yang sedang berperanan. Pemikiran materialisma dan falsafah atheisma merosakkan intelek generasi muda. Keadaan moral menurun hingga ke tahap yang paling rendah. Kezaliman sistem yang memerintah dan undang-undang yang berjalan, serta kurangnya keadilan, kebebasan dan persamaan membolehkan fahaman Marxisma yang menafikan keujudan Allah men yerang umat Islam atas nama melaksanakan keadilan, membela mereka yang terzalim dan meningkat taraf hidup golongan miskin proletariat (yang tertindas).
Peperangan yang berlaku pada hari ini diantara Islam dan jahiliyyah bukan setakat perbincangan ilmiah semata mata atau dalam batas-batas perbincangan ideologi sahaja tetapi sampai ke peringkat berdarah yang ganas.
Jahiliyyah hari ini dalam serangannya terhadap Islam dan para pendakwah menggunakan segala senjata yang menghancurkan, senjata dalam bentuk pembunuhan, pengurungan, penyiksaan atau pembuangan. Fitnah, khianat, tashkik usaha untuk timbulkan keraguan) dan tuduhan dalam berbagai bentuk dan rupa adalah di antara cara-cara yang dilakukan oleh jahiliyyah moden untuk memukul Islam dan menghapuskna para pendakwah di setiap tempat.
Seluruh dunia hidup dalam kesesatan, sedang menggigil di bawah tapak kaki penyelewengan. kekosongan dan tidak normal.
Dunia yang dibalut dengan gejala ketamadunan moden, dibakar oleh api revolusi sex dan diancam oleh pertentangan gejala kebinatangan telah mengancam keujudan, akhlak dan pemikiran manusia.
Satu lagi alasan yang memerlukan keujudan sebuah harakah Islam Alamiyyah (antarabangsa) yang satu, iaitu cabaran-cabaran yang dihadapi oleh Islam dan gerakan antarabangsa umpamanya gerakan zionisma, freemason, komunisma dan missionary Kristian dan gerakan-gerakan lain yang seumpamanya; gerakan-gerakan yang mempunyai kemampuan, kemudahan, tenaga manusia dan kebendaan juga teknikal yang tidak mungkin, malah tidak harus dihadapi kecuali dengan kemampuan pada peringkat yang sama.
Alasan-alasan ini dan lain-lain alasan membuktikan tanpa syak lagi bahawa perlu wujudnya sebuah harakah Islamiyyah ‘Alamiyyah yang mempunyai peringkatpersediaan yang sama dalam pertembungan dengan musuh Islam dan segi pemikiran, organisasi, perencanaan dan persediaan.

Pengalaman-Pengalaman Dalam Skop Amal Islam
Sebelum dibincangkan ciri-ciri umum dan asas yang perlu ada pada sesebuah gerakan Islam, perlulah dibentangkan pengalaman-pengalaman yang telah dilalui dalam amal Islam pada zaman moden ini sebagai mengambil pengajaran, semoga Allah membeni petunjuk pada jalan yang betul.
1. Cara nasihat (pengalaman Jama’ah Tabligh)
Uslub ini digunakan oleh para pendakwah secara individu atau secara jamaah dalam satu jamaah tabligh. Jama’ah Tabligh mewajibkan para pengikutnya mengorbankan waktu tertentu bagi menunaikan tanggugjawab ini, satu jam dalam seminggu, sehari dalam sebulan atau sebulan dalam setahun, di mana mereka berdakwah di seluruh watan Islam.
Jama’ah Targhib mempunyai semangat dakwah pada Allah dengan keikhlasan dan kebersihan hati tetapi mereka sebenarnya tidak mampu memerangi jahiliyyah yang ganas jika cara dakwah ini masih berterusan hingga ke masa hadapan atau menjadi polisi yang berterusan dalam setiap peringkat amal dan dalam setiap keadaan.
a) Uslub atau cara ini tidak membawa natijah terdirinya satu kumpulan harakah (pergerakan) yang tersusun yang mampu menghadapi jahiliyyah dan cabaran yang semakin bertambah, apa lagi mewujudkan satu masyarakat Islam atau negara Islam.
b) Cara seumpama ini akan terus mengekalkan skop amalnya yang sempit dan akan terkurung di Masjid­Masjid dan khusus kepada pengunjung-pengunjungnya. Dengan lain perkataan kesannya tidak menjangkau kepada orang lain yang merupakan majoriti manusia dan tidak kepada kelompok-kelompok yang berbagai ragam.
c) Cara ini tidák membolehkan ia menghadapi cabaran serta menolak pemikiran dan falsafah materialisma kerana ia perlu mengambil cara uslub nasihat secara emosional yang berkesan. Uslub targhib dan tarhib (dorongan dan ancaman) ini tidak akan berkesan kepada orang orang yang asalnya tidak beragama.
d) Dan cara zahir uslub ini tidak dijalankan secara berencana (wallah hualam), mengawasi benih yang ditabur, sehingga ia berkembang dan menjadi pokok untuk melahirkan buah. Kadangkala ia menyerupai uslub yang digunakan oleh Tahir al-Jazairy dan Jamaludin al-Afghani di mana Afghani pernah mengatakan “katalah kalimah kami dan pergi”. Cara ini tiada terjamin hasil natijahnya selain daripada ianya lambat berkesan dan sedikit buahnya.
Ustaz Abul A’!a Al-Maududi, amir Jama’ah Islamiyyah Pakistan pernah mengatakan tentang mandul atau kurang berhasilnya cara nasihat ini: “Adalah menjadi sia-sia menjalan kan dakwah mengikut cara missionary Kristian. Walaupun dicetak berjuta-juta sebaran yang mengajak ke arah berperang atas nama Islam menjerit supaya manusia bertakwa kepada Allah pagi dan petang tetapi ianya mempunyai faedah yang boleh disebut. Langkah yang praktikal untuk membuktikan bahawa Islam itu sesuai untuk semua masa dan tempat serta banyak faedah dan keistimewaannya bukan hanya melalui pena dan ucapan semata-mata tetapi keperluan hari ini menuntut supaya keistimewaan ini dilahirkan secara praktikal dalam alam realiti. Problem dunia materialisma tidak boleh diselesaikan dengan semata-mata mengatakan bahawa Islam mampu menyelesaikannya. Nilai Islam yang sebenar semestinya dilahirkan ke alam nyata dalam bentuk satu sistem yang praktikal yang mana kesannya dapat dirasai dan buahnya dapat dinikmati oleh manusia. Kita hari ini hidup di alam pertentangan dan perjuangan. Syarahan dan nasihat sahaja tidak mungkin berjaya mengubah arus. Tetapi perjuangan yang berbentuk revolusi sahaja yang mampu mengubah arus. (Rujuk Risalah Penyakit Umat Islam dan Ubatnya, halaman 15)
ii. Cara kekerasan atau revolusi bersenjata
Di zaman moden ini telah berlaku beberapa percubaan dalam skop amal Islam yang berbentuk revolusi dan menjadikan kekuatan sebagai satu asas bagi menghadapi cabaran dan memulakan kebangkitan Islam.
Antara pengalaman-pengalaman ini ialah pengalaman Al-Syahid Ahmad bin Irfan di India yang disokong oleh ramai orang-orang Islam pada masa itu. Beliau telah mengepalai mereka itu mengangkat bendera jihad dan mereka telah mampu mengasaskan sebuah negara Islam di bandar Pesyawar di Utara India. Tetapi Inggeris telah menipu mereka dengan jahatnya dan mengadu domba antara pemimpin kabilah untuk menentang beliau. Akibatnya, berlakulah peperangan yang sengit di antara dua pihak yang menyebabkan beliau dan sahabat­sahabatnya yang rapat terbunuh pada tahun 1246H.
Antara lain ia!ah pengalaman Al-Shahid ‘Izzudin Al Qassam yang merasa malu kepada Allah bila ia mengajar murid-muridnya mengenai jihad sedangkan beliau sendiri tidak bersama mereka yang cuba mengambil alih bumi Palestin yang sedang dijajah pada masa itu. Beliau te!ah mengumpu!kan pengikut-pengikutnya dan melatih mereka berperang lalu mengisytiharkanjihad ke atas musuli Allah sehingga beliau gugur syahid pada tahun 1936.
Bukanlah maksud kita untuk membincang us!ub yang digunakan o!eh gerakan-gerakan ini melawan seteru-seterunya. Tetapi kita ingin menyatakan menurut logik zaman, logik pertentangan dan logik Islam, wa!aupun ia mementingkan kekuatan tetapi ia hanya merupakan satu bahagian daripada strategi, bukanlah strategi keseluruhannya.
Kita ingin menunjukkan bagaimana penggunaan kekuatan dalam skop amal Islam seperti yang dikatakan oleh Hassan Al-Banna; “Ramai orang bertanya adakah Ikhwan Muslimin herazam untuk menggunakan kekerasan bagi mencapai tujuan mereka dan untuk sampai kepada matlamat mereka? Adakah Ikhwan Muslimin sedang bersedia mengadakan persiapan revolusi ke atas sistem politik dan sosial? Saya tidaklah ingin meninggalkan mereka yang tertanya-tanya itu dalam kehairanan, tetapi sukalah saya mengambil peluang ini untuk memberi jawapan terus terang; bahawa kekuatan itu menjadi satu daripada syiar Islam dalam setiap sistem dan perundangannya. Al-Quran al-Karim dengan terang menyebut;

“Hendaklah kamu mempersiapkan kekuatan semampu bOleh, begitu juga tentera berkuda. Yang boleh menggerunkan musuh-musuh Allah dan musuh-musuh kamu “.
Tetapi Ikhwan Muslimin lebih mendalam pemikiran dan lebih jauh pandangan mereka dan menyukai kerja kerja dan pemikiran yang dangkal, pemikiran yang tidak berdasarkan kepada kefahaman yang mendalam dan pertimbangan matlamat dan natijah yang waras. Mereka dan awal-awal lagi, meyakini bahawa kekuatan yang hakiki bergantung kepada kekuatan ‘aqidah dan Iman. Berikutnya ialah kekuatan penyatuan dan ikatan, kemudian barulah kekuatan tenaga dan persenjataan. Sesebuah jama’ah tidak dapat disifatkan sebagai Jama’ah yang kuat. selagi tiga faktor kekuatan ini tidak terbentuk. Kalau dipergunakan kekuatan tenaga dan persenjataan. pada hal hubungan sesama mereka kacau bilau, peraturan Jama’ah mereka tidak kemas, atau aqidah mereka lemah dan kosong, maka masa hadapan mereka akan berakhir dengan kebinasaan dan kehancuran.
Dilihat dan sudut yang lain, satu persoalan boleh ditimbulkan. laitu adakah Islam yang ditegakkan di atas asas kekuatan itu tadi sepatutnya menggunakan kekuatan pada setiap masa dan tempat? Atau adakah kita akan menentukan batas batas dan syarat-syarat penggunaan kekuatan itu’? Malah, adakah kekuatan itu sebagai ubat pertama atau ubat terakhir sekali? Islam juga mewajibkan supaya dibandingkan antara natijah­natijah penggunaan kekuatan yang bermanfaat dengan kesan buruk yang akan timbul daripada penggunaan kekuatan itu. (Sila lihat, Risalah Muktamar Yang Ke 5, Tahun 135H).
iii. CARA REVOLUSI PEMIKIRAN (ATAU PENGALAM AN HIZBUL TAHRIR)
Hizbul Tahrir percaya operasi melepaskan umat dan penyakit mereka ialah dengan mengembalikan mereka percaya kepada kebenaran pemikiran dan hukum-hukum Islam. Caranya ialah dengan melalui revolusi pemikiran politik yang dapat menghancurkan pemikiran batil dan hukuman yang safah. Oleh itu parti ini telah menerbitkan buku-buku dan risalah-risalah dalam berbagai tajuk, serta sebaran-sebaran pemikiran dan politik dan masa ke semasa, samada menerangkan hukum Islam dalam satu-satu masalah atau menentukan sikap parti tersebut dalam kes-kes dan isu-isu tertentu.
Pandangan golongan Islam terhadap Hizbul Tahrir adalah berbagai ragam. Ada yang meragui tentang asas penubuhan parti tersebut, serta meragui matlamat dan tujuannya. Di mana mereka menganggap tertubuhnya parti itu bertujuan untuk mengacau fikiran orang ramai dan meragukan mereka terhadap gerakan-gerakan Islam yang mendahuluinya, atau sekurang-kurangnya menimbulkan keraguan tentang peribadi peribadi dalam gerakan-gerakan terdahulu.
Alasan golongan Islam itu terhadap Hizbul Tahrir ialah kesamaran yang melindungi gerakan tersebut dan pimpinannya, tetapi juga tentang isi pendahuluan risalah “al-Takattul al-Hizbi” yang menganggap segala perkumpulan dan harakah yang mendahuluinya merupakan perkumpulan-perkumpulan yang gagal dan bertentangan antara satu sama lain dan masing-masing diasaskan atas asas yang salah belaka. Mereka juga berpegang kepada alasan bahawa Hizbul Tahrir cuba mempengaruhi golongan yang telah bekerja untuk Islam (bukannya mengambil keahlian golongan baharu). Usaha ini dibuat dengan menanamkan keraguan terhadap perjalanan jama’ah-jama’ah lain, melalui usaha melemahkan fikrah fikrahnya dan membesar-besarkan perbezaan­perbezaan fikrah ini hingga tidak ada penyatuan yang akhirnya menyebabkan kegagalan harakah-harakah Islam itu untuk menegakkan Negara Islam dalam beberapa tahun. Sebaliknya Hizbul Tahrir menarik elemen-elemen tersebut dengan kekuatan parti dan kemampuan luarbiasa mereka untuk menegakkan negara Islam dengan cepat, malah dikhayalkan kepada mereka negara Islam telah pun tertegak.
Mereka menyatakan tertegaknya negara Islam tidak perlu yang lain kecuali pengisytiharan tertubuhnya negara tersebut. Kesan psikologi yang ditujui dan cara ini ialah untuk menghancurkan golongan yang telah tertarik dengan psikologi Hizbul Tahrir ini sejak lama tetapi masih ragu ragu samada Hizbul Tahrir ini mendatangkan lebih mudharat dan manfaatnya kepada Islam, atau elemen yang kacau fikiran mereka akibat realiti yang pahit menimpa mereka.
Ada pula golongan yang menganggap Hizbul Tahrir merupakan suatu pengalaman yang telah dilalui dalam amal Islam dan akan terus dilalui, iaitu pengalaman yang ada baik dan buruknya. Pengalaman yang menunjukkan kegagalan mereka untuk sampai kepada matlamat secara cepat mengikut mereka tetapkan sendiri. Malah menjadi alasan kepada perkumpulan perkumpulan yang diserangnya itu untuk berhujah.
“Tidak adanya kesan uslub Hizbul Tahrir ini kepada orang ramai dan segi fikrah Islamiyyah yang asas, bukanlah timbul dan hasil kesilapan mereka dalam cara bergerak, atau kerana kesalahan dalam praktiknya, atau kerana penyelewengan; tetapi sifat uslub itu sendiri yang menyebab kan ianya tidak mendatangkan kesan secara cepat, dan keadaan pemikiran masyarakat terutama masyarakat zaman mutakhir yang memerlukan jangka masa yang panjang dan ubat yang kuat untuk terubah pemikiran mereka.
Saya tidaklah bertujuan membentang secara terperinci segala pandangan orang lain terhadap Hizbul Tahrir. Tujuan saya ialah untuk mengambil pelajaran dan kajian ke atas Hizbul Tahrir ini sebagai suatu pengalaman dan pengalaman- pengalaman Amal Islam di zaman moden tanpa terpengaruh dengan sikap orang lain. Lebih-lebih lagi jika diperhatikan bahawa tiada satu dalil pun yang dapat disahkan terhadap khabar angin yang dilemparkan kepada Hizbul Tahrir. Di kalangan gerakan Islam sepatutnya tidaklah berlaku kata mengata, tetapi segala kritikan hendaklah secara objektif dan logik dengan matlamat untuk memperbaiki, dan inilah saja jalan yang betul supaya terbentuk sebuah harakah Islamiyyah yang layak memimpin.
Berikut sebahagian daripada kesalahan Hizbul Tahrir sebagai satu pengalaman dan pengalaman- pengalaman umat Islam dan sebagai rang bagi penubuhan sebuah harakah Islam antarabangsa yang tunggal: —
1. Ia hanya menjadikan pemikiran sebagai satu satunya jalan bagi pembinaan Syaksiyyah Islamiyyah. Sedangkan Ikhwan Muslimin yang dipandang salah oleh Hizbul Tahrir, dalam waktu yang sama menggunakan cara Tarbiyyah dan takwin rohani dan akhlak dengan tidak mencuaikan aspek pemikiran.
Cara uslub Rasulullah s.a.w adalah jelas ber dasarkan kepada kesedaran pemikiran, Tarbiyyah rohaniyyah, akhlak dan jihad dalam pembinaan syaksiyyah Islamiyyah.
2. Ia menggunakan konsep melompat dan peringkat “pengetahuan” keperingkat “operasi”. Di sini Hizbul Tahrir telah terjun ke peringkat operasi sebelum melalui peringkat pembmaan dan dalam. Dalam ertikata lain ia berusaha menentang pemikiran dan segala bentuk Jahiliyyah bagaikan orang yang ingin melewati ke satu perlembahan tanpa jambatan. Peringkat atau fasa “Tatqif”, parti Hizbul tidak cukup untuk menghadapi cabaran Jahiliyyah sekaligus. Ia jugà tidak memberikan kemampuan kepada anggota-anggota parti supaya dapat menghadapi cabaran yang ganas itu. Hizbul Tahrir seharusnya mempengaruhi orang ramai selangkah dan membina rakizah­rakizah serta mengadakan pengawalan-pengawalan yang sempurna terhadap mereka. Hijrah Rasulullah s.a.w boleh dijadikan contoh dalam hal ini ianya satu contoh yang kemas kalau dilihat dan sudut operasi ketenteraan.
3. Ia menjadikan golongan luar atau dalam Istilah mereka “mendapatkan nasrah” sebagai cara untuk sampai kepada matlamat memerintah. Hizbul Tahrir memandang bahawa menggunakan kekuatan merupakan sebagai jalan untuk mencapai kuasa dan memulakan kehidupan secara Islam. Dalam waktu yang sama mereka memandang penting memiliki kekuatan itu.
Dalam satu sebarannya bertajuk “Soal Jawab”, Hizbul Tahrir telah meminta pertolongan di Syria untuk membolehkan ia memikul tanggungjawab dakwah seterusnya kekuasaan pemerintahan. Keadaan demikian berterusan sehingga awal tahun 1964 tanpa ada mereka yang menyahut seruannya. Menurut sebaran itu lagi,
untuk memohon pertolongan dan seorang ketua negara mereka memerlukan satu rombongan atau seorang pemuda sahaja. Begitu juga untuk memohon pertolongan dan ketua kumpulan, pemimpin satu jama’ah, pemimpin Kabilah atau dan seorang duta atau Seumpamanya, memerlukan hanya beberapa orang sahaja.
Anihnya, logik “memohon pertolongan” ini bagi Hizbul Tahrir sepatutnya ditolak awal-awal lagi, kerana Ia satu permohonan yang tidak akan diterima oleh sesiapa pun. Harakah sepatutnya bergantung kepada kekuatan sendiri,. dan elemen-elemen harakah itu sepatutnya dapat menguasai tempat-tempat strategik. Ini merupakan uslub yang lebih tepat dan selamat dalam usaha mencapai matlamatnya, apa lagi dalam suasana buruk seperti sekarang di mana dunia Islam sekarang berada di bawah kawalan perisik-perisik dalam dan luar negeri.
Adalah satu pandangan yang menyeleweng dan tidak masuk akal bagi menjadikan uslub mengharapkan pertolongan puak luar ini sebagai jalan untuk melaksanakan perubahan Islam dan mendapat kekuasaan. Natijahnya nanti perubahan Islam yang dicita-cita itu akan tinggal menjadi suatu laungan sahaja atau suatu hembusan dalam debu.
4. Kesalahan Hizbul Tahrir seterusnya ialah apabila ia berpegang kepada fikrah “membangunkan hukum dan pemikiran secara umum”. Fikrah ini mempercayai bahawa setiap soalan itu perlu dijawab dan setiap satu persoalan ada satu jawapan. Perkara ini pada zahirnya baik terutama kepada para pemuda yang terhad pengetahuan Islam mereka. Tetapi natijah jangka panjangnya. ia memupuskan pengetahuan dan menyempitkan pemikiran Islam. Dalam buku buku yang diterbitkan oleh Hizhul Tahrir tidak kedapatan pengetahuan dan pemikiran Islam ini dibicarakan secara meluas.
Fikrah yang mengambil satu pendapat dalam persoalan khilafiah dalam hal yang hersangkut paut dengan harakah dan politik adalah satu hal yang baik dan berfaedah, tetapi jika ianya diperluaskan bagi mencakupi semua hal perundangan, natijah yang buruk dan menakutkan akan dapat dirasai.
Sukalah saya menukilkan satu perenggan dan buku Maalim FiT-Tariq’ — Petunjuk sepanjang Sepanjang Jalan — di mana Syed Qutb telah menyatakan “sebahagian golongan yang ikhlas tetapi gopoh gapah, yang tidak memandang akan tabiat agama ini manhajnya yang rabbani lagi betul; yang diasaskan atas hikmat Allah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Allah mengetahui akan segala tabiat manusia dan keperluan hidup mereka”.
Ada di kalangan umat Islam yang mengkhayalkan bahawa dengan membentangkan asas-asas peraturan, sistem dan perundangan Islam akan memudahkan jalan dan menyebabkan orang mencintai agama ini Mereka menyangka Islam dapat ditegakkan dengan membentangkan Islam dalam bentuk teori atau sebagai suatu sistem perundangan, sedangkan tidak ada dimukabumi suatu masyarakat pun yang benar-benar mahu berhakimkan syari’at Allah serta menolak segala syariat yang lain semudah itu. Orang-orang yang menghendaki dan Islam segala-galanya ini sebenarnya tidak faham akan tabiat agama ini, tidak faham bagainiana cara Islam berkerja dalam kehidupan manusia, sebagaimana dikehendaki oleh Allah.”
Sesungguhnya, pada masa akhir-akhir ini telah jelas bahawa Hizbul Tahrir telah terjebak dalam kesalahan­kesalahan dan segi politik dan fekah hasil dan menyempit-nyempitkan perbincangan. Sebagai contohnya, mereka telah meragukan kewujudan jama’ah Islam di Pakistan. Kedua: mereka mengharuskan ‘kucupan’1 sewaktu mengucapkan selamat tinggal atau memulakan musafir. Ini merupakan satu kesilapan besar. Ini disebarkan dalam sebaran parti itu.
Cukuplah setakat ini pembentangan kesilapan-kesilapan Hizbul Tahrir sepanjang pengalaman yang dilaluinya.
iv. CARA IMAN YANG MENDALAM, PEMBENTUKKAN YANG RAPI DAN KERJA YANG
BERTERUSAN (ATAU PENGALAMAN IKHWAN AL-MUSLIMIN).
Gerakan Ikhwan Muslimin buat masa ini merupakan sebuah gerakan yang berpengaruh di seluruh pelusuk dunia Islam, walaupun sehingga kini ia belum merupakan sebuah harakah yang satu dan segi perencanaan dan penyusunan. Imam Hassan al-Banna, pengasas harakah telah menjelaskan sejak awal lagi cara­cara dakwah, uslub dan wasilahnya:
“Wahai Ikhwan, Allah telah menghendaki untuk kita mewarisi pusaka yang amat berat tanggungjawabnya, maka cahaya dakwah kita hendaklah menerangi di tengah-tengah kegelapan ini, dan kamu akan disediakan untuk meninggikan agama Allah, menzahirkan syari’atNya dan menegakkan semula Negara Islam”.
1 Kucupan yang diharuskan oleh Hizbul Tahrir di sini ialah kucupan di antara lelaki dan perempuan yang sah kahwin di mana hukum sebenarnya ialah tidak harus sama sekali — editor.
Adapun persoalan yang akan timbul ialah, bagaimana kita bekerja untuk mencapai tujuan ini. Sesungguhnya, syarahan, ceramah, tulisan, pengajian, menentukan penyakit dan ubat; kesemuanya itu tidak mendatangkan manfaat dan tidak akan mencapai tujuannya sebelum kita memahami bahawa dakwah itu mempunyai jalan-jalan (wasilah) yang mesti diamalkan di mana wasilah umum yang tidak berubah ialah:
1. Iman yang mendalam.
2. Takwin (pembentukan) yang rapi.
3. Aman yang berterusan.
Para Ikhwan,
“Kamu semua bukanlah sebuah persatuan kebajikan, bukan juga parti politik2 tidaklah sebuah pertubuhan yang ditubuh bagi tujuan yang sempit. Tetapi kamu merupakan semangat baru yang mengalir dalam jantung umat ini; yang menghidupkan umat dengan al-Qu’ran. Kamu adalah cahaya yang memancar, yang menghapuskan kegelapan malam dengan ma’rifat Allah. Kamu juga adalah suara nyaring yang berkumandang mengulangi dakwah Rasullullah s.a.w. Oleh itu kamu hendaklah merasakan bahawa diri kamu memikul tanggungjawab yang berat itu setelah semua orang menyisihkannya”.
Maka jika dikatakan, ke manakah dakwah kamu? Maka jawablah, dakwah kami ialah dakwah kepada Islam yang dibawa oleh Muhammad s.a.w. Di mana pemerintahan (kerajaan) adalah sebahagian daripadanya, kebebasan adalah satu kefardhuan dan kewajipan-kewajipannya. Jika ini dikatakan politik!
Jawablah: Inilah Islam dan kami tidak mengenal pembahagian pembahagian seperti itu. Jika dikatakan kamu pendakwah revolusioner, jawablah: Kami pendakwah kebenaran dan
Keselamatan yang kami beriman dan merasa bangga dengannya. Jika kamu semua melawan kami, dan menyekat dakwah ini ditengah jalan, maka sampailah masanya kami mempertahan diri kami dan kamulah revolusioner yang zalim”.
Jika dikatakan lagi, kamu memohon pertolongan dengan individu-individu dan pertubuhan-pertubuhan, jawablah: kami beriman dengan Allah yang Esa, kami kufur dengan apa yang kamu syirikkan itu Kalaulah mereka meneruskan perseteruan mereka katakanlah: Selawat sejahtera ke atas kamu, kami tidak mengingini orangorang yang jahil
Dan pembentangan di atas, ternyata gerakan lkhwan Muslimin berbeza secara umumnya dengan seluruh gerakan gerakan lain; Ia adalah dakwah dan segi fikrah kerana ia mengajak supaya beriltizam dengan fikrah Islam dan hukum hukum syari’at Islam, bahkan mengajak supaya meninggalkan kesemuanya selain daripada Islam baik dan segi pemikiran, perundangan, prinsip, falsafah dan sebagainya, (semata-mata untuk membentuk pemikiran atau rasional secara Islam).
Ia juga dakwah tarbiyyah (pendidikan) kerana ia menyeru supaya beriltizam dengan akhlak Islam, adab­adabnya dan supaya menyucikan diri serta meningkatkannya dalam menuju tangga rabbaniah (semata-mata untuk membentuk kejiwaan secara Islam).
Ia juga adalah dakwah jihad yang menyeru ke arab persiapan jihad dengan segala jalan dan sebab­sebabnya. Sehinggalah kebenaran itu mempunyai kekuatan yang dapat mengawalnya. dan sehingga membolehkan dakwah menghadapi cabaran cabarannya.
Imam Hassan Al-Banna dalam risalah Ke Arab Mana Kita Menyeru, telah mengisytiharkan:
“Alangkah baiknya orang yang mengatakan: Kekuatan adalah jaminan yang paling baik untuk membenarkan “kebenaran”. Alangkah indahnya pula apabila kekuatan dan kebenaran itu berjalan seiring. Inilah jihad dalam menyebarkan dakwah Islam, selain daripada kewajipan mempertahankan tempat tempat suci Islam; kewajipan yang telah difardukan Allah ke atas umat Islam, sebagaimana juga mereka difardhukan sembahyang, puasa, zakat dan haji, berbuat baik dan meninggalkan keburukan. Tidak seorang pun terlepas dan tanggungjawab jihad ini mengikut kemampuan masing-masing. Al-Qur’an menegaskan:

“Pergilah kamu sama ada ringan atau berat dan berjihadlah dengan harta dan jiwa kamu pada jalan Allah”
2 Maksudnya gerakan Ikhwan Muslimin tidak menjadi sebuah pertubuhan yang hanya menitikberatkan aspek-aspek tertentu sahaja, iaitu Ikhwan Muslim ini bukanya pertubuhan kebajikan atau politik semata-mata tetapi sebuah gerakan yang menepati kehendak Islam yang Syumul, di mana kebajikan & politik menjadi sebahagian darinya — editor
Imam Hassan al-Banna telah mengukuhkan pengertian jihad ini dalam kebanyakkan ucapan-ucapan, kerana kebenaran yang tersisih tidak akan mencapai apa-apa dan tidak sampai ke mana-mana tanpa jihad. Kerana tidak ada nilai kebenaran yang tidak didokong oleh kekuatan. Pemusatan demikian jelas dalam ucapannya dalam Muktamar kelima Ikhwan Muslimin dalam tahun 1358H.
“Dalam waktu di mana kamu — wahai para Ikhwan — 300 katibah yang telah dipersiapkan dirinya dengan iman dan ‘aqidah dan segi kerohanian, dengan ilmu dan pengetahuan dan segi pemikiran, dan dengan latihan dan kesukanan dan segi jasmani, pada waktu itu kamu meminta aku mengharungi lautan atau meredah angkasa tinggi, atau memerangi setiap yang angkuh dan sombong, sesungguhnya aku akan berbuat, insya-Allah. Benarlah sabda Rasullullah s.a.w., Tidak akan kalah 12,000 dan kumpulan yang sedikit”.
HARAKAH ISLAMIYYAH DAN SITUASI KAWASAN SERTA LOGIK PERTENTANGAN
Sepatutnya gerakan Ikhwan Muslimin telah berjaya dan mencapai matlamat kewujudannya setelah ia diterima di seluruh dunia, kalaulah tidak kerana dipukul bertubi-tubi dan semua sudut atau dibuat pakatan jahat oleh kuasa-kuasa penjajah dan semua pihak. Pukulan demi pukulan dan ujian demi ujian telah berlaku. Bermula dan kesyahidan pengasasnya Almarhum Hassan Al-Banna pada tahun 1948 dan kemudiannya diikuti oleh sebilangan besar pemimpin serta tokoh-tokoh gerakan itu yang merangkumi mereka di peringkat daerah dan antara bangsa.
Natijahnya, gerakan Ikhwan merosot dalam pertarungan politik walaupun masih kekal kewujudannya dan segi aqidah dan fikrah. Ujian-ujian yang menimpa gerakan Islam telah menjadikan sistem-sistem kufur menguasai negeri-negeri kaum Muslimin dan fahaman marxisma beroperasi merosakan akal dan fikiran manusia. Dengan itu kawasan negeri Arab yang dulunya mengamalkan kehidupan demokrasi yang mengizinkan kebebasan berpolitik telah hapus tanpa kembali lagi.
Sistem-sistem yang wujud di kawasan negeri Arab telah dipakaikan dengan pakaian dendam kesumat terhadap Islam dan kaum Muslimin.
Pertentangan parti-parti politik bukan lagi sekadar perbincangan dan dialog ideologi tetapi sudah memasuki tahap pertumpahan darah.
Itu semua faktor-faktor yang telah membekukan gerakan Islam dan menyekat perjalanannya. Berikutnya timbullah fenomena kesempurnaan dan kerosakan dalam hidup gerakan Islam. Selain daripada itu, kebanyakan harakah Islamiyyah di beberapa tempat telah surut ke belakang bila berhadapan dengan gelombang materialisma, yang membolehkan pula kuasa-kuasa Jahiliyyah di negara kaum Muslimin mengambil tempat dan memudahkan mereka sampai ke mercu kekuasaan. Kekuasaan yang dirampas itu dipergunakan untuk menyerang Islam secara umumnya dan untuk memukul gerakan Islam berleluasa sebagaimana yang telah berlaku.
Sukalah saya berhenti sekejap untuk membincangkan sebab-sebab timbulnya gejala-gejala kesempurnaan dan kerosakan dalam kehidupan harakah Islamiyyah semasa.
Dimaksudkan dengan kesempurnaan dan kerosakan di sini pengalaman-pengalaman yang berlaku dalam skop amal Islam yang hampir sampai kepada kesempurnaan kemudian mula rosak; atau segala potensi yang hampir terkumpul kemudian mula berkurangan sebelum tercapai kepada matlamat asasi kewujudannya untuk menegakkan masyarakat Islam dan memula kehidupan Islam.
RAWATAN PENGESANAN PENYAKIT
Para petugas dalam bidang amal Islam yang menerima kewujudan fenomena ini mengambil penilaian yang berbeza beza terhadap sebab-sebab tumbuhnya penyakit kepada gerakan Islam.
Ada setengah kalangan beranggapan bahawa kemerosotan kebaikan dan penguasaan kejahatan terhadap diri sebagai satu perkara tabi’e dan natijah yang pasti. Juga mereka menganggap bahawa ‘kedagangan’ Islam dan para pendakwahnya di akhir zaman sebagai suatu kemestian. Mereka membawa dalil-dalil dengan hadith Rasulullah s.a.w.
“Akan datang kepada manusia satu zaman di mana orang yang sabar dalam agamanya sebagai orang yang memegang bara api”.

“Sebaik-baik abad ialah abadku kemudian berikutnya dan kemudian yang berikutnya dan mereka yang akhir zaman semakin hina”
Ada juga kalangan umat Islam yang mengatakan bahawa mula terjadinya kerosakan ekonomi, sosial dan politik umat Islam ialah apabila berlaku kejatuhan negara Islam dan pupusnya hukum Islam. Hasutan jahat kuasa­kuasa besar dunia zionis Yahudi, komunis dan massionari Kristian juga memainkan peranan dengan menetang aliran-aliran Islam dan menyisihkan pemikiran Islam daripada kehidupan dengan menimbulkan semangat ‘asabiyah dan perkauman dan menubuhkan gerakan gerakan materialisma, atheisma dan massionari. Juga dengan segala cara yang boleh menjadikan orang-orang Islam ragu ragu kepada ‘aqidah dan syari’at Islam.
Sebahagian mereka pula berpendapat bahawa trajedi sedih ini berlaku kerana kekurangan kemampuan tenaga manusia, teknikal dan juga kebendaan yang dimiliki oleh gerakan Islam dibandingkan dengan yang dipunyai oleh Jahiliyyah.
PERBINCANGAN
Pada hakikatnya pendapat-pendapat yang telah diutarakan tadi tentang sebab timbulnya fenomena kesempurnaan dan kerosakan dalam skop pengalaman-pengalaman amal Islam semasa merupakan sebahagian dan sebab-sebab itu, bukan keseluruhannya. Tetapi pada hakikatnya, ianya bukanlah merupakan sebab utama.
Orang-orang yang menganggap fenomena tersebut sebagai satu perkara tabi’e dan kemestian serta natijah yang tidak boleh dielakkan, di mana kebaikan harus berhadapan dengan penguasaan keadaan sebenarnya dan ada pula hadnya. Kejahatan telah wujud sejak awal lagi. Tidak ada alasan lagi bagi para Rasul dan para Anbia’ untuk menyeru kepada kebaikan kalau sudah tidak wujud kejahatan dan penyelewengan umat manusia yang memerlukan reformasi (islah) dan pembetulan. Malah kebatilan dan tenteranya perlu berhadapan dengan kebenaran dan perajuritnya yang bertambah kukuh. Pada hakikatnya kebatilan tidak akan tersebar luas kecuali kerana kelalaian atau kelemahan tentera kebenaran dan penyisihan mereka dan medan jihad dan pergorbanan.
Kumpulan yang berpendapat bahawa tidak ada harapan lagi untuk memperbaiki suasana, adalah salah. Mereka terkeluar dan tasawwur Islam kerana kepercayaan mereka ini tidak syak lagi akan mendorong mereka mengundur dan lari dari medan pertempuran dan peperangan. Berikutnya mereka akan ditimpa oleh rasa putus asa dan seterusnya melempar senjata dan menyerah kalah.
Islam menuntut agar pengikut-pengikutnya dan orang orang yang beriman supaya berkerja, berkorban dan berjihad sepenuh tenaga dan masa. Adapun kemenangan adalah urusan dan takdir Allah sebagaimana juga ianya tertulis dalam catatan dan ilmu Allah.
Tentera kebenaran dituntut menggunakan seluruh kemampuan dan potensi mereka serta mengorbankannya untuk mencapai keredhaan Allah walaupun sekiranya telah terjamin kemenangan kebenaran itu. Inilah yang dimaksudnya oleh firman Allah:
“Sesungguhnya Allah membeli dan orang-orang mukmin itu jiwa raga dan harta mereka dengan ganjaran syurga"
Adapun orang-orang yang menyatakan di hadapan kita terdapat situasi yang buruk, kekalutan nilai, penguasaan Jahiliyyah dan kerosakan zaman, maka kami mengiktiraf bahawa Islam memang seaang berhadapan dengan cabaran-cabaran itu dengan hebat. Tetapi ini bukanlah sebabnya yang asas membawa kepada terhentinya penerusan perjalanan Islam dan kacau bilau yang membawa kepada timbulnya fenomena kesempurnaan dan kerosakan dalam kehidupan Islam.
Di sana ada satu faktor lain; kedudukan buruk yang menimpa dunia secara umumnya dan umat Islam khususnya bertambah dari hari ke sehari mengakibatkan harakah Islamiyah tidak mampu mengambil teraju inisiatif dan menyelamatkan keadaan. Jika kita menunggu perubahan suasana dengan sendirinya ‘tanpa pengorbanan apa-apa maka ini membawa erti terjun ke dalam kesesatan yang nyata.
Adalah menjadi kewajipan harakah Islamiyyah pada hari ini berfikir secara rasional, bukannya cara konservatif, kerana masa lampau, dengan suasana dan kondisinya, tidak semestinya sesuai dengan realiti han ini malah ia merupakan kenang kenangan yang telah berlalu yang tidak mungkin akan kembali lagi. Sistem-sistem yang mengizinkan berlakunya kegiatan parti politik yang berbagai ragam itu telah tamat tempohnya. Ia telah digantikan oleh sistem-sistem politik kepartian yang berbentuk diktator yang amat dendam terhadap Islam dan membuat pakatan jahat terhadapnya. Adalah sia sia harakah menunggu perubahan suasana tanpa membayar harga yang mahal; bukankah barang dagangan Allah itu mahal harganya dan bukankah barang dagangan Allah itu ialah syurga!
Terhadap mereka yang memandang timbulnya fenomena kesempurnaan dan kerosakan dalam kehidupan dakwah dihasilkan oleh kekurangan kemampuan dan kelemahan potensi, maka kita tidak bersama dengan mereka sedikitpun! Harakah Islamiyyah pada realitinya tidak mengalami kekurangan kemampuan. Apa yang berlaku ialah kemampuan yang ada pada mereka itu tidak diambil beratkan, tidak disuburkan, tidak ditingkatkan dan tidak dimanafaatkan sepenuhnya. Dalam sejarah harakah Islamiyyah semasa, telah berlalu peluang peluang dan situasi yang membolehkan mereka untuk sampai kepada kekuasaan dan memerintah, lebih dan satu tempat. Tetapi persoalannya kecuaian harakah Islamiyyah mengambil peluang dan kemungkinan-kemungkinan itu dan tidak bertindak sesuai dengan tabiat, ciri-ciri dan kemampuannya. Natijahnya mereka tidak dapat menampung sepenuhnya pemikiran pengarahan dan pergerakan, membawa kepada hilang sebahgiannya dan tumbuh sebahagian yang lain secara tidak tabi’e.
BAGAIMANA RAWATANNYA.
Pada pandangan saya ubatnya terdapat dalam tubuh harakah. Islamiyyah itu sendiri, walaupun saya tidak menafikan kesan tekanan luar ada memainkan peranan ke atas harakah Islamiyyah; Terjadinya kacau bilau fikrah di kalangan pimpinan dan anggotanya, tidak ada ketaatan dan penyusunan di kalangan petugas dan tidak ada pula ikutan di kalangan perajurit. Begitu juga berlakunya kurang perasaan bertanggugjawab dan kekeringan rohani di kalangan semua, dan mengambil mudah serta tidak cekal dalam beberapa perkara. Ini sepertilah yang ‘digambarkan oleh Al-Ustaz Al-Nadwi dalam bukunya Rabbaniyyah La Ruhbaniyyah. Katanya: “Barisan bengkok dan lintang pukang! Hati-hati kering kebingungan! Sejuk beku tiada roh, tiada kepanasan dan tiada kerinduan!”.
Gambaran tabiat sedemikian amat mendatar. Perencanaan menghad pertentangan yang simpang­perenang. Amal didapati lemah terputus-putus, tidak ada penerusan dan tidak teguh.
Supaya kita lebih bersikap objektif dalam menghadapi penyakit kronik seperti in kita akan menentukan tempat tempat sakit secara lebih teliti dan membincangkan secara lebih terperinci dengan harapan ianya menolong kita keluar dan dilema ini.
DALAM SKOP TARBIAH DAN TAKWIN
Pembentukan syaksiyah muslimah ialah langkah pertama dalam skop pembinaan agama Islam, walau apapun uslub harakah dan manhaj amalnya.
Syaksiyah Islamiyyah tidak mungkin terbina dan sempurna kelahirannya selagi ia tidak terlepas dan pengaruh kesan kesan masyarakat Jahiliyyah dan dan dualisma penerimaan dan pengarahan.
Patut disebut di sini bahawa maksud pembinaan syaksiyah muslimah ialah pembentukan kadar kepimpinan atau penyusunañ hairaki perkadaran diperingkat yang dituntut oleh penentangan jahiliyyah.
Sifat-sifat yang unggul yang perlu ada dalam syaksiyah Islamiyyah: — Pertama:
Melepaskan dan Jahiliyyah sepenuhnya sama ada dalam perasaan, atau pemikiran dan konsep, atau amalan dan urusan.
Kedua:
Beriltizam dengan Islam dan hukum-hukumnya secara sepenuhnya dan menjadikannya paksi hidup, titik tolak berfikir pengkalan tasawwur dan punca hukum dalam setiap persoalan dan objek.
Ketiga:
Menganggap jihad pada jalan Allah sebagai matlamat asasi dan kewujudan kita. Di mana konsep ini memerlukan persiapan yang cukup untuk berkorban dengan segala sesuatu untuk melicapai tujuannya.
Hakikat yang tidak boleh dipertikaikan lagi bahawa manhaj dan uslub yang dipegang oleh harakah Islamiyyah belum mencapai peringkat yang mampu untuk membentuk syaksiyah Islamiyyah dan segi sifat dan ciri-cirinya. Pada realitinya apa yang dikemukakan oleh manhaj-manhaj ini tidak melebihi sebahagian kecil dan pengetahuan umum Islam dan pengarahan kerohanian atau akhlak yang tidak memampukan kita membentuk individu muslim yang dicita-citakan. Yang membolehkan seseorang itu berkeahlian sebagai ‘rajul al-Aqidah’ — tentera ‘aqidah yang beriman dan hidup untuk ‘aqidahnya mengorbankan sesuatu yang mahal dan berharga demi untuknya.
Tujuan asasi dan tabiyah dan takwin Islam ialah tercapainya operasi antara Islam dan individu­individunya yang membolehkan mereka tajarrud dan sebarang nilai lain, tajarrud dan nilai-nilai bumi ciptaan manusia dan tarikan kebendaan, tajarrud dan kemegahan panggilan hawa nafsu, malah hanya megah dengan kebenaran, di mana merka mengikuti kebenaran, tidak lagi mengik hawa nafsu atau perasaan peribadi. Itu semua bererti tajarrud kerana Allah S. W. T .3
TUNTUTAN TARBIYAH DAN TAKWIN
Bagi tarbiyah dan takwin secara Islam meminta tuntutan yang perlu bagi kejayaan operasi. Tanpa tuntutan ini dipenuhi akan menggagalkan usaha percubaan di bidang tabiyah dan tidak akan tercapai kelahiran individu muslim yang merupakan tulang belakang dalam amal Islam.
Pada pandangan saya tuntutan yang paling penting ialah: Pertama:
Manhaj yang betul-betul boleh mencernakan individu dan generasi muslim ialah manhaj yang sempurna dan menyempurnakan dan kesemua sudut, sama ada dan segi pemikiran, kerohanian akhlak dan individu dan harakah yang boleh mencapai kesempurnaan (takamul) dan perimbangan (tawazun) dalam pembinaan syaksiyah Islamiyyah. Satu sudut harus dipastikan tidak menguasai yang lain sehingga membawa gambaran yang buruk terhadap syaksiyah Islamiyyah atau membawa ketidak sempurnaan syaksiyah itu tadi.
Manhaj yang dihajati oleh harakah ialah manhaj yang telah dapat melahirkan sebaik-baik umat dan kalangan manusia yang jahil dan manhaj yang mampu melahirkan pada tiap zaman dan tempat jenerasi yang berpegang kepada kebenaran, yang berjuang demi kebenaran dan yang tidak dapat dimudaratkan oleh musuh­musuhnya sehinggalah datang ketetapan Allah.
Tanpa jenerasi manusia seumpama ini tidak mungkin harakah Islamiyyah dapat menghadapi realiti Jahiliyyah dan dapat mengatasi mereka.
‘Umar bin Al-Khattab telah menulis surat kepada ‘Umar bin Al-’Ass, tatkala ‘Umar lambat dapat menakluk negeri
Katanya: “Amma ba’du: Aku hairan di atas kelambatan kamu menakiuk negeri Mesir setelah kamu berperang sejak dua tahun. Itu tidak lain kerana kamu menyintai dunia yang juga menjadi kesukaan musuh­musuh kamu. Allah Ta’ala tidak menolong sesuatu kaum itu kecuali atas niat mereka yang betul”.
Dalam wasiatnya kepada Sa’ad bin Mu’az, ketna tentera Islam ke Farsi. Katanya:”Amma ba’du. Aku berpesan kepada kamu dan mereka yang bersama kamu supaya bertakwa kepada Allah dalam semua keadaan. Sesungguhnya takwa kepada Allah adalah sebaik-baik bekalan menghadapi seteru, ia juga sekuat-kuat helah dalam perang. Aku berpesan kepada kamu dan tentera semua supaya kamu mengawal diri dan maksiat lebih daripada seteru kamu. Sesungguhnya dosa tentera-tentera (kita sendiri) itu lebih menakutkan dan musuh-musuh. Ke menangan kaum muslimin hanyalah dengan maksiat musuh musuh Allah. Kalau tanpa demikian, kita tidak lagi ada kekuatan terhadap musuh, kerana bilangan kita tidak sepadan dengan mereka. Kalaupun kita sama dengan maksiat nescaya mereka itu akan lebih dan kita dalam kekuatan. Ketahuilah kamu bahawa dalam
3 Lihat, Muhammad Qutub, Minhaj Tarbiah Islamiah.
perjalanan kamu itu ada kawalan Allah. Mereka mengetahui apa yang kamu lakukan. Malulah kamu kepada mereka dan jangan kamu lakukan maksiat kepada Allah sedangkan kamu berada pada jalan Allah”.
Kedua:
Ikutan yang baik, adalah faktor yang asas dan terpenting dalam kejayaan tarbiyah. Tidak cukup bagi seorang pendidik (murabbi) itu ianya seorang Fakih, alim atau khatib yang berjaya, tetapi semestinya lebih daripada itu, iaitu sifat-sifat bertakwa, wara’ dan beramal dengan iimunya. Apabila amaiannya ber tentangan dengan ilmunya, terdindinglah petunjuk, hidayat dan tidak ada kesannya lagi. Malik bin Dinar pernah mengungkapnya: Orang alim bila tidak lagi beramal dengan ilmunya, hilang nasihatnya di hati sebagaimana hilang hujan dan langit cerah.
Ketiga:
Persekitaran yang baik. Kejayaan tarbiyah bergantung kepada sejauh mana kebaikan persekitaran yang ingin dididik dan dibentuk. Hampir mustahil kejayaan tercapai dalam operasi tarbiyah dalam masyarakat jahiliyyah, yang terputus hubungan nya dengan Islam.
Penyelesaian problem ini bergantung kepada sejauh mana kemungkinan penyisihan harakah daripada elemen-elemen jahiliyyah dan menyediakan suasana dan situasi yang sesuai khususnya dalam peringkat pertama pembentukan, sebelum diserahkan tugas-tugas harakah yang umum.
Fikrah pengasingan elemen Islam dan persekitaran jahiliyyah dalam fasa-fasa takwin patutlah dikaji dan diberikan perhatian. Begitu juga lebih patut diberi perhatian terhadap cara memboleh kan pengasingan ini berlaku.
Operasi takwin pembentukan Islam tidak mungkin berjaya selagi tidak sempurna persekitaran Islam yang kokoh yang tidak dapat dipengaruhi oieh Jahiiiyyah.
Pada hakikatnya harakah Islamiyyah hari ini hidup dalam realiti yang tidak memberikan kuasa penyerahannya dalam kehidupan individu muslim, tetapi menjadikan seorang individu itu berada dalam persekitaran yang berkecamuk antara pengaruh dan tekanan yang berbagai-bagai.
Kalaulah harakah mampu menyediakan kepada anggota individunya suasana Islam dalam lingkungan keluarga, atau di tempat kerja, dan dapat pula memisahkan mereka daripada kehidupan masyarakat jahiliyyah di segi ‘aqidah dan akhlak, maka bererti ia telah mula meletakkan jalan awal yang menjamin berlakunya pemberontakkan jiwa pada diri individu dan mempersiapkan mereka untuk menjadi benih kader yang menjadi harapan Islam.
DALAM AMAL HARAKAH DAN PERTENTANGAN
Faktor kedua yang ada di sebalik fenomena kesempurnaan dan kerosakan dalam harakah Islamiyyah semasa ialah tidak jelasnya jalan dan kaburnya amal dan perjalanan emosi yang berpunca dan penglihatan yang kabur serta konsep yang salah dan serba kekurangan dalam wasilah, tujuan dan matlamat.
Mungkin boleh dibataskan penyelewengan dalam tubuh harakah kepada:
1. Tidak jelasnya jalan yang lebih betul untuk menegakkan negara Islam dan mencapai Inqilab Islam.
2. Perjalanan yang tidak berencana, dan tidak beriltizam dengan perencanaan, di mana perkara ini boleh menghabiskan tenaga dalam pertarungan sampingan dan amalan juz’i yang tidak memberi kemuslihatan hakiki kepada Islam.
3. Tidak beriitizam dengan yang telah diputuskan dan kurang mengambil inisiatif sendiri. Akibatnya harakah bertindak lambat terhadap peristiwa yang berlaku. Ini menyebabkan banyak peluang terlepas dan hilang kesempatan dan segi kewajipan dan masa.
4. Kehilangan punca diantara iltizam (commitment) dengan garis asal bagi amal Islam iaitu tabligh serta di antara tujuan politik dan usaha mengambil faedah dalam semua keadaan.
5. Tidak ada uslub tertentu bagi menerima hokum Islam.
6. Terlampau berhati-hati menggunakan kekuatan (samada di permulaan atau di akhir).
7. Tidak jelasnya penyusunan yang baik dan lebih berkesan dalam harakah.
Persoalan-persoalan ini memerlukan jawapan yang terang supaya harakah dapat keluar daripada kekaburan dan kehilangan. Jawapan-jawapan yang semestinya berdasarkan dalil syarie bukannya berdasarkan hawa nafsu dan emosi.
Adalah menjadi hak Islam supaya ia digambarkan oleh harakah Islamiyyah hari ini dengan gambaran yang betul dalam tabiat amal Islam dan supaya ia dapat difahami sesuai dengan roh perencanaan yang dihasilkan ôleh generasi pertama harakah dalam syari’ah Islam. Gambaran ini mewajibkan harakah Islam berjalan mengikut garis yang asal yang telah dilalui oleh nabi dalam menghadapi konfrantasi realiti Jahiliyyah dalam rangka menegakkan masyarakat Islam. Bukankah akibat dan perse lisihan dan tanggapan serta tasawwur moden hagi tabiat dan matlamat amal Islam yang banyak, menghablskan tenaga dan ticlak tertaectah?
Harakah Islamiyyah telah melalui suatu zaman di mana banyak usaha dihabiskan dengan usaha-usaha sampingan dan persoalan remeh-temeh yang tidak ada hubungan dengan matlamat jangka panjang yang memestikan penyatuan seluruh kekuatan dan keupayaan harakah.
Harakah Islamiyyah harus mengenal matlamat, garis perjalanan, tabiat dan ciri-ciri yang menjadikan setiap langkah dan keupayaan kena pada sasarannya. Di samping itu juga ia harus memelihara usaha yang dicurahkan agar tidak sia-sia dan hilang begitu sahaja, selain daripada ianya memendekkan jalan untuk sampai kepada matlamat dan tujuan.
APAKAH TUGAS UTAMA HARAKAH ISLAMIYYAH.
Harakah Islamiyyah mestilah mengetahui bahawa tugas utamanya ialah mengembalikan pengabdian diri manusia kepada Tuhan mereka baik sebagai individu mahupun sebagai masyarakat. Tugas ini tidak mungkin tercapai selagi tidak tertegak sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai sumber hukum dan perundangannya, serta kembali kepada Islam dalam segala urusannya. Dalam setiap langkahnya negara itu hendaklah berjalan mengikut petunjuk yang betul dan jalan yang lurus.
Dengan menyedari akan hakikat tugas utamanya itu tadi harakah Islamiyyah hendaklah beristiqamah dalam perjalanannya menuju ke arah tujuan tersebut walau dalam bagaimana keadaan sekali pun.
Membebaskan negara-negara yang tidak terjamin ke Islamannya pada masa hadapan, samalah seperti menimbuskan usaha di bawah pasir. Begitu juga usaha menyatukan bangsa bangsa dan kawasan-kawasan bukan atas dasar Islam boleh diumpamakan seperti membangunkan bangunan tanpa asas. Demikian sebahagian dan hidup bersama dengan Jahiliyyah’. Den gan pengukuran ini dapat dinilai keutamaan-keutamaan dalam usahanya dalam banyak hal.
Islam berhajat benar kepada tapak tempat berpijak untuk dikemukakan kepada umat manusia suatu contoh praktikal sebuah masyarakat Islam yang terjamin keadilan, persamaan, keamanan dan kestabilannya. Sesungguhnya pemikiran pemikiran, aliran-aliran dan falsafah kebendaan yang menyerang dunia di zaman moden ini tidak akan terjelma secara berkesan sepertimana yang terdapat sekarang ini sekiranya pada asalnya tidak terdapat tapak tempat mereka berpijak!
PARA MUJAHID BUKAN FAILASUF.
Satu faktor yang patut diambil perhatian ialah bahawa harakah lslamiyyah perlu ada satu mess yang dapat melahirkan pada mujahid dan pahiawan selain daripada sebuah kohj tempat menyebarkan pengetahuan dan kefahaman Islam. Kita niemerlukan kepada kesedaran mendalam dan kebijaksanaan sebagai mana kita juga memerlukan keberanian dan pengorbanan. Penekanan konsep menjaga keselamatan dan berlebih-lebihan dengannya serta menjadikannya polisi yang tetap dalam semua keadaan dan ketika adalah mematikan semangat pengorbanan individu-individu. Ianya mengubah harakah menjadi sebuah sekolah teori atau aliran pemikiran semata-mata.
Kaedah yang mesti diambil oleh harakah Islamiyyah sekarang dalam persoalan ini ialah kepentingan Islam mesti diutama kan dan yang lain. Kalau ia mendatangkan kemaslahatan ke pada Islam ia mestilah dilakukan walaupun terpaksa mengorbankan jiwa yang banyak.
Apa yang perlu menjadi pegangan harakah sekarang dalam menilai sikap, pertempuran dan konfrantasi ialah memenuhi keseluruhan tabiat pertempuran dan ciri-cirinya yang tepat dan mengenal pasti jangkauan­jangkauan dan reaksi-reaksi yang akan berlaku. Perkiraan yang rapi perlu diberi terhadap kemungkinan­kemungkinan yang mendadak yang mungkin berlaku dan tidak.
Adalah dikira tindakan membunuh diri memasuki mana mana pertempuran — walaupun kelihatan sampingan — tanpa mempunyai tanggapan yang tepat dan tanpa persiapan yang cukup untuk mengharunginya, kerana penerimaan konsep “irtijal”
— tidak berencana dalam satu kes akan mengembalikan cara kerja tersebut dalam kes-kes yang lain. ini adalah pekerjaan yang merbahaya dan merugikan Islam itu sendiri yang hendaklah sentiasa berwaspada dan dilarang daripadanya.
Adapun apabila dibuat persiapan yang cukup — dalani skop kemampuan yang ada — dan dalam tasawwur yang betul tentang tabiat harakah, keperluan dan tuntutannya, maka mengharunginya adalah wajib malah melarikan din daripadanya adalah suatu sikap yang salah dan menghinakan. Tidak sepatutnya orang-orang mukmin bersikap pengecut dan hina.
Untuk harakah Islamiyyah sampai ke peringkat mampu memikul tanggungjawab wajiblah ianya merenung kembali tempat bertolaknya yang asasi, iaitu organisasi dalaman, manhaj tarbiyah dan garis perjalanan, wasilah amal, uslub konferantasi, dan juga mengetahui peranannya dalam masyarakat serta alasan alasan kewajipannya. Kemudian barulah dimulakan tindakan walaupun bermula dengan angka kosong.
CIRI-CIRI ASASI YANG PERLU ADA PADA HARAKAH YANG DICADANGKAN
Akhir sekali, pada saat menghadapi suasana dan kedudukan yang tidak normal ini mewajibkan tertubuhnya satu gerakan Islam antarabangsa ( yang merangkumi segala kebolehan untuk menghadapi cabaran, konferantasi dan mampu bertahan. Di sini diterangkan sebahagian ciri-ciri yang perlu ada.
A — Revolusioner (Perubahan)
Satu daripada sifat yang wajib ada pada harakah ialah sifat inqilabiyah (perubahan). Islam merupakan manhaj inqilabi (methodologi perubahan) bukannya methodologi tempelan. Pencapaian manhaj inqilabi ini akan berhasil dengan adanya kumpulan yang bergerak ke arah perubahan (tajamu haraki inqilabi). Maka harakah yang mengepalai amal Islam ini hendaklah berada pada taraf yang boleh mengadakan perubahan secara Islam dan segi kesedaran, manhaj dan kebolehan.
Harakah Islamiyyah ini lebih memerlukan strategi yang boleh dilaksanakan secara praktikal bagi mencapai matlamat dan dasarnya. Yang dimaksudkan dengan strategi perubahan ini ialah teori harakah dan uslubnya dalam mengubah realiti jahiiyyah yang ada kepada realiti Islam yang dicita-citakan. Perubahan dalam ertikata menyeluruh dan rapi dengan kesedaran terhadap kekuatan dan faktor-faktor yang menggerak dan memberikan kesan kepadanya. Juga tasawwur yang mendalam terhadap realiti Islam yang dinanti-nantikan itu dan sejauhmana keperluannya dalam realiti hidup yang dihadapi.
Perlulah strategi harakah ini mengandungi perhatian berat terhadap dirinya sendiri untuk mencapai atau melaksanakan manhajnya dalam pemerintahan Islam. Bukanlah ikhlas dan tajarrud namanya — seperti yang difahami oleh setengah orang — tidak mahu kepada kuasa memerintah. Kerana dunia dan sejarah tidak pernah mengenal mana-mana organisasi yang bukan Islam dapat mengemukakan natijah manis perjuangannya sesuai dengn matlamat Islam. Negara Islam pertama yang bakal dibentuk adalah tidak lain daripada natijah jihad Rasulullah s.a.w. dan para pengikutnya.
Tasawwur ini mengehendaki supaya harakah menilai tanggungjawab dan tugasnya dengan penilaian yang tepat dan jitu. Bukannya setakat sebagai sebuah pertubuhan dakwah sekadar memberi nasihat dan pengajaran. Bukan pula sekadar kelab perbahasan dan ceramah atau sekadar maktab pengajian agama untuk melahirkan ulama’ di bidang syari’ah dan pemikiran Islam. Malah tidak juga merupakan sebuah balai penerbitan sekadar mencetak buku-buku Islam.
Tetapi ia merupakan dakwah yang memikul warisan kenabian dan membawa risalah Islam di zaman moden dengan segala jangkauan dan tanggungjawab.
Harakah hendaklah membawa pemikiran yang mendedahkan dan menelanjangi kepalsuan pemikiran­pemikiran, dasar dan prinsip serta falsafah materialisma yang mengancam itu. Ia juga adalah jihad yang menentang kebatilan dalam segala bentuknya. Ia juga hendaklah mengenepikan taghut-taghut sehingga tidak berlaku fitnah dan sehingga Ad-Deen itu keseluruhannya untuk Allah; sehingga tegak sebuah negara Islam yang dapat menyebarkan kebaikan dan mencapai ketenangan, keadilan dan persamaan; mengeluarkan manusia yang menyembah sesama manusia kepada menyembah Allah yang Esa lagi Maha Perkasa, dan dan kesempitan dunia kepada keluasan Islam, dan kezaliman agama kepada keadilan Islam.
Tugas-tugas dan tanggungjawab seumpama ini memerlukan sebuah harakah yang berada di peringkat tinggi. Tinggi dan segi persiapan dan keupayaan dalam semua segi dan peringkat.
B — Desentralisasi
Sifat utama yang lain, harakah Islamiyyah antarabangsa yang tunggal wajiblah bersifat desentralisasi.
Hijrah pada zaman kenabian dalam pengertian yang mendalam memamparkan uslub amal Islam desentralisasi. Ia menunjukkan bahawa pencapaian Islam kadangkala mudah di satu tempat dan payah serta mustahil di tempat yang lain. Ketika itu menjadi mustahak dicurahkan seluruh tenaga pada tempat yang berpontesi dan mudah agar waktu tidak terbuang dan disia-siakan.
Logik ini dengan sendiri memestikan adanya perencanan antarabangsa dalam amal Islam di zaman moden. Di mana ia mengarah segala potensi, kekuatan dan menggunakan segala keupayaan dengan sekaligus pada tempat yang membuahkan hasil yang baik.
C — Fikrah
Harakah Islamiyyah haruslah bergantung kepada fikrah yang jelas bukannya emosi, sebagai asas bertolak. Ia adalah dakwah hujjah dan dalil, dakwah rasional dan logik. Itulah satu keistimewaan dakwah Islam berbanding dengan dakwah dakwah lain sejak dahulu sampai sekarang.
Antara syarat-syarat ideologikal ini ialah Islam itu hendaklah difahami dan didakwahkan berdasarkan hujjah-hujjah dan tasawwur yang mendalam serta penglihatan yang umum dan jelas.
Antara syarat-syarat ideologikal juga ialah konferantasi dengan jahiliyyah heridaklah berdasarkan terlebih dahulu kepada kajian yang berpusat di sekitar pemikiran, prinsip, wasilah (jalan) dan strategi jahiliyyah.
Dalam ertikata yang lain harakah hendaklah berusaha mengambil faedah dan pengalaman-pengalaman ilmiyyah yang dihasilkan oleh ketamaddunan masing-masing dan dan . buah fikiran manusia dalam semua bidang pengajian, selama mana jalan-jalan tersebut boleh dimanafaatkan untuk kebaikan umat manusia.
Harakah boleh memanafaatkan umpamanya, kajian-kajian ilmiah mengenai teori-teori baru di dalam organisasi, cara yang paling baik dalam bidang media massa dan dalam kerja-kerja yang berhubung dengan pelajar, juga dan segi politik atau lainnya. Dan segi kejiwaan, pemikiran, politik dan kepartian serta hubungannya dan sudut antarabangsa, harakah boleh mengambil faedah dan pengetahuan dan luar yang sedia ada.
D — Rabbaniyyah
Akhir sekali harakah hendaklah bergantung kepada tarbiyah Rabbaniyah (pendidikan ketuhanan) sebagai jalan pembentukkan individu-individu dan barisan kader-kadernya. Syaksiyah
Islamiyyah tidak hadir semata-mata dengan kesedaran ideologi tetapi semestinya diikuti oleh tarbiyah sehingga Islam dijadikan sebagai neraca asas dalam memenuhi tuntutan kecenderungan, keinginan, dorongan ke arah kebaikan dan keburukan dan batas antara halal dan haram.
Syaksiyah Islamiyyah adalah faktor asas dalam operasi merangka pelaksanaan inqilab Islam dalam menegakkan negara Islam. Kejayaan harakah dalam membentuk syaksiyah Islamiy yah akan menjadikan Iebih berkemampuan dan berkesan dalam mengatasi kepayahan untuk mencapai cita-cita dan harapan. Oleh itu wajiblah dipersiapkan (kader-kader Islam) itu dengan prsiapan yang luarbiasa, baik persiapan kejiwaan dan maknawi, persiapan ‘aqidah dan akhlak, mahupun dalam persiapan fikrah serta harakah untuk memikul peranan yang besar. Harakah harakah yang diajak menghadapi matlamat bersama, dan menghadapi tanggungjawab yang besar dengan meneliti lembah pengalaman-pengalaman lampau dan merancang kaedah-kaedah perjalanan masa kini dan hari depan dengan secepat mungkin, penuh teliti dan penuh keupayaan sepertimana dituntut oleh Islam dalam konferantasi dengan jahiliyyah yang amat penipu. Dengan demikian sahaja barulah tercapai pengertian praktikal dan firman Allah s.w.t.
“Persiapkanlah bagi mereka itu kekuatan dan askar berkuda sedaya mungkin yang boleh menggerunkan musuh­musuh Allah dan musuh kamu".
Allahu Akhbar Walillahil-hamd.

Hari Esok Untuk Islam II


Kemenangan Islam Menurut Al Quran.
Kemenangan Islam terhadap agama-agama lain.

" Dia yang mengutuskan RasulNya dengan petunjuk dan agama yang benar(agama Islam), supaya Dia memenangkannya dan meninggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrikin tidak menyukai" (At Taubah: 33)
Mukmin sebagai khalifah di muka bumi .
"Dan Allah telah menjanjikan bagi orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amalan soleh, bahawa Allah akan mengangkat mereka menjadi khalifah di muka bumi, sebagaimana orang-orang dahulu telah menjadi khalifah, dan Allah akan menetapkan agama mereka(Islam) yang diredhainya untuk mereka, dan akan menggantikan ketakutan mereka dengan keamanan. Mereka menyembah Aku dan tidak menyekutukan Aku dengan sesuatu juapun. Barang siapa yang kafir sesudah itu, maka mereka itulah orang yang fasik." (An-Nur: 55)
Pertolongan Allah kepada Mukminin .
"Sehinggalah rasul-rasul itu telah berputus asa, dan mereka menyangka bahawa mereka telah didustakan, datanglah kepada mereka pertolongan kami, lalu diselamatkan orang-orang yang kami kehendaki. Dan tidak dapat ditolak siksa kami daripada orang-orang yang berdosa." (Yusuf: 110)

Hancurnya perancangan dan tipu daya musuh
"Mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya mereka dan Allah adalah sebaik-baik pembalas tipu daya."( Al Anfal: 30)
Kemenangan Islam menurut As Sunnah
Tersebarnya Islam di seluruh alam.
Diriwayatkan oleh Tamim Ad Dari, berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya, urusan ini (Islam) akan sampai ke mana sahaja ruang sampai oleh malam dan siang. Allah tidak akan meninggalkan sebuah rumah pun daripada penduduk dusun dan kampung melainkan Allah akan memasukkan ke dalamnya agama ini, sama ada memuliakan orang yang mulia ataupun dengan menghina orang yang hina, iaitu Allah muliakan dengan Islam dan menghinakan dengan kekufuran. (Riwayat Ahmad)
Kekuasaan Islam di Timur dan Barat
Daripada Thauban daripada Nabi s.a.w bersabda: " Sesungguhnya Allah telah melipatkan bumi bagiku (menghimpunkan dan mengumpulkannya) lalu akau dapat melihat timur dan baratnya. Sesungguhnya kekuasaan umatku akan sampai ke semua tempat bumi yang dilipatkan bagiku.." (Riwayat Muslim)
Kemenangan Muslimin terhadap Yahudi
Daripada Abu Hurairah, bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Tidak berlaku qiamat sehingga muslimin memerangi Yahudi. Mereka dibunuh oleh muslimin sehingga orang yahudi bersembunyi di sebalik batu dan pokok. Batu dan pokok itu berkata: Wahai muslim, wahai hamba Allah, Ini dia yahudi berada dibelakangku. Kemarilah dan bunuhlah dia. Melainkan pokok gharqad. Sesungguhnya ia adalah daripada pokok Yahudi" (Riwayat Muslim)
Kembalinya khalifah di atas manhaj Nubuwwah
Daripada Huzaifah, bahawa Nabi s.a.w bersabda: Berlakunya zaman kenabian di kalangan kamu sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah untuk belaku. Kemudian Allah mengangkatkannya (menghilangkannya) ketika mana dia mengkehendaki. Kemudian berlaku pula khilafah di atas manhaj kenabian. Maka berlangsunglah ia sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah untuk berlaku. Kemudian Allah mengangkat ketika mana Dia mengkehendakinya. Kemudian berlakunya pula pemerintahan raja yang 'menggigit' (zalim). Maka berlakula ia sepertimana yang dikehendaki oleh Allah. Kemudian Allah mengangkatkannya. Kemudian berlaku pula pemerintahan raja 'paksaan' (kuku besi). Maka berlakulah ia sepertimana yang dikehendaki oleh Allah. Kemudian Allah mengangkatkannya ketika mana dia mengkehendaki. Kemudian berlaku pula khilafah di atas manhaj kenabiaan.

Hari Esok Untuk Islam I

oleh : Ibnu mohamad

Setelah kejatuhan empayar Islam Othmaniah, kita telah melihat beberapa siri penindasan dan kekejaman yang telah menimpa umat Islam sehingga hari ini. Umat Islam seolah-olah telah hilang taringnya yang tidak mampu melawan kekuatan musuh. Islam telah kehilangan rijal-rijal yang akan kembali membawa kegemilangan Islam. Pukulan hebat dan penangkapan serta penyembelihan berlaku pada umat Islam apabila umat Islam mula bangun cuba untuk menegakkan Islam kembali. Umat Islam seolah-olahnya kehilangan pedoman dan panduan apabila melihat kekuatan musuh yang begitu hebat.
Ramai di kalangan muslimin menyangkakan bahawa pada akhir zaman nanti akan berlakunya al-fitan dan kerosakan di muka bumi. Mereka menyangka bahawa kekufuran beleluasa, kejahatan menguasai alam. Islam berada di dalam kemunduran dan penegak kebenaran dihina dan ditindas.
Sebenarnya ini merupakan satu tasawwur yang silap yang seharusnya diperbaiki. Kegelapan yang menimpa umat Islam kini tidak akan selama-lamanya. Fajar Islam akan menyinsing tidak lama lagi. Jahiliyah pasti akan runtuh di bawah kekuatan Islam. Islam akan sekali lagi menjadi pentadbir alam ini. Maka muslimin seharusnya merasa yakin dan tidak berputus asa dengan janji Allah bahawa Islam akan muncul mentadbir alam ini walaupun orang kafir cuba untuk menghapuskannya.
Firman Allah Taala : " Mereka cuba untuk memadam cahaya Allah dengan mulut-mulut mereka, dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahaya Nya walaupun orang kafir tidak menyukai" (at Taubah: 32)
Sebenarnya sikap berputus asa dan keluh kesah terhadap suasana yang menimpa umat Islam kini merupakan sikap yang sepatutnya dikikis. Umat Islam seharusnya merasa optimis dengan kejayaan yang bakal dihadapi oleh Islam pada suatu hari nanti.
Apabila kita melihat sirah perjuangan Rasulullah s.a.w, Rasulullah sering memberikan khabar gembira kepada sahabat tentang kemenangan-kemenangan yang bakal diperolehi oleh muslimin. Di dalam peristiwa hijrah, semasa Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah, baginda telah berjanji kepada Suraqah yang telah cuba untuk membunuh Nabi dengan menghadiahkan kalung Kisra raja Parsi kepada Suraqah. Walaupun pada masa itu Islam masih lagi diperingkat awal, namun Rasulullah mampu menjanjikan bahawa Islam akan mengalahkan kerajaan Parsi.
Begitu juga semasa di dalam peperangan al-Ahzab, ketika mana Rasulullah cuba memecahkan batu untuk menggali Parit. Rasulullah telah menyatakan kepada para sahabat bahawa Islam akan menawan kota-kota Yaman, Rom dan Parsi. Sedangkan pada ketika ini umat Islam sedang berada di dalam kegetiran berhadapan dengan jumlah musuh yang begitu ramai, tetapi Rasulullah s.a.w. mampu menjanjikan kepada para sahabat tentang kemenangan yang bakal diperolehi oleh mereka.
Dengan keyakinan inilah para sahabat berjuang bersungguh-sungguh untuk menyebarkan Islam di muka bumi ini dan seterusnya melaksanakan janji-janji yang telah dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. kepada mereka.
Fajar menyinsing
Tanda-tanda awal telah kita lihat pada hari ini bahawa fajar Islam akan kembali bersinar tidak lama lagi. Kita melihat kebangkitan Islam telah mula bersinar di seluruh pelosok dunia. Umat Islam telah mula kembali kepercayaan mereka terhadap Islam. Dan musuh-musuh Islam telah mula bimbang dan khuatir dengan kebangkitan ini dengan menyebarkan dakyah bahawa golongan-golongan ini merupakan 'terrorist' dan 'fundamentalist'.
Kuasa-kuasa besar dunia semakin hari semakin hilang kekuatannya. Keruntuhan kerajaan Komunis Soviet Union dan kerajaan-kerajaan komunis yang lain merupakan satu petanda bahawa kekuasaan kekuatan musuh tidak akan selama-lamanya. Amerika Syarikat pada ketika ini telah mengalami masalah dalaman negara yang begitu teruk. Golongan remajanya yang bakal menjadi teraju kepemimpinan negara telah mengalami keruntuhan moral yang amat dahsyat. Amerika Syarikat yang mendabik dada kekuatan mereka sebenarnya merupakan negara yang menunggu saat-saat kehancuran seperti mana runtuhnya kerajaan komunis.
Ini merupakan bibit-bibit awal bahawa fajar Islam akan mula menyinsing dan akan menjadi penguasa alam ini. Kesedaran Islam telah mula tercerna di dalam hati-hati umat Islam. Pemuda-pemuda Islam di seluruh pelosok alam telah mula melaungkan slogan Islam. Kebangkitan Islam telah berlaku kepada umat Islam dalam bentuk fikri, akhlak, ekonomi dan jihad. Maka kita yakin bahawa Allah pasti akan bersama-sama mereka dalam menegakkan Dinul Islam ini.
Kekuatan yang dimiliki oleh Muslimin.
Sesungguhnya Muslimin mempunyai kekuatan yang tidak ada pada manusia yang lain. Penegakan Daulah Islam yang pertama di Madinah telah meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati umat Islam. Gerakan dan cara yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah menjadi panduan kepada Muslimin hari ini untuk menegakkan Islam kembali. Perlu diyakini bahawa marhalah dakwah dan cara yang dilakukan oleh Rasulullah itu merupakan 'Rabbani Taujih' (panduan dari Allah) yang diberikan kepada Rasulullah sehingga Islam tertegak dengan megahnya dimuka bumi ini. Maka dengan bekalan pengalaman ini, muslimin mengatur langkah dalam menegakkan Islam kembali di muka bumi ini.
Selain daripada itu, muslimin mempunyai kekuatan yang tidak boleh dipandang lekeh oleh manusia. Kita boleh simpulkan bahawa muslimin mempunyai tiga unsur kekuatan yang mampu menggugat kekuatan musuh.
Pertama: Kekuatan kuantiti.
Islam pada hari ini mempunyai bilangan penganut yang hampir suku penduduk dunia yang tersebar di seluruh benua di dunia. Sesungguhnya jumlah yang ramai ini merupakan antara aset utama dalam menegakkan Islam. Ianya merupakan satu nikmat yang seharusnya di syukuri. Sepertimana firman Allah swt : "Ingatlah, ketika kamu masih sedikit, kemudian kamu telah menjadi banyak…" (Al A'araf: 86).
Jamaluddin Al Afghani pernah berkata kepada rakyat India: "Jika sekiranya bilangan kamu yang berjuta-juta ini semuanya menjadi lalat, nescaya kamu mampu untuk menghancurkan telinga Inggeris."
Kedua: Hasil Bumi.
Muslimin pada hari ini menetap di negara-negara yang amat kaya dengan hasil buminya. Negara yang yang kaya dengan minyak dan bahan galian yang lain serta tanah yang subur untuk pertanian. Semuanya ini merupakan kepunyaan muslimin.
Ketiga: Manhaj Rabbani.
Inilah kekuatan yang tidak ada pada manusia yang lain. Muslimin menyeru manusia kepada satu sistem yang mampu membawa keadilan dan kebahagiaan kepada alam sejagat. Sistem ciptaan manusia yang wujud pada hari ini sebenar telah membawa kepada kerosakan dan kesengsaraan kepada manusia. Manusia yang berfikir tidak akan sekali-kali menolak sistem Allah ini.
Oleh itu jelaslah kepada kita bahawa kelemahan umat Islam ini tidak akan selama-lama. Islam sekali lagi akan mencapai kejayaan dan menjadi pentadbir alam ini.

Sikap kita
Kita sebagai pejuang agama Allah ini seharusnya mempunyai sikap yang optimis dengan kejayaan yang bakal di hadapi oleh Islam. Kita tidak seharusnya bersifat putus asa dan keluh kesah dengan suasana dan penindasan musuh terhadap umat Islam. Malah kita yakin dengan janji-janji Allah bahawa Allah akan memenangkan agamanya walaupun dihalang oleh orang-orang kafir.
Dengan keyakinan ini bukan bermakna kita akan berdiam diri dan berpeluk tubuh dengan menunggunya kemenangan yang dijanjikan oleh Allah. Tetapi dengan keyakinan ini, seharusnya kita mempergandakan amalan dan usaha kita dalam menegakkan agama Allah ini.
Janganlah umat mengimpikan kemenangan muslimin terhadap Yahudi sedangkan umat masih lagi berpecah belah, berselisihan dan pergaduhan. Janganlah umat berangan-angan dengan kemenangan sedangkan umat masih lagi bermalasan dan tidak bersungguh-sungguh.
Mustahil kemenangan diberikan kepada orang yang bermalasan dalam berhadapan dengan musuh yang berjuang bersungguh-sungguh menghancurkan Islam. Mustahil kemenangan diberikan kepada umat yang hanya meluangkan cebisan waktu untuk Islam dalam berhadapan dengan musuh yang meluangkan sepenuh waktu untuk meruntuhkan Islam. Maka cepat atau lewatnya kemenangan Islam adalah di bahu kita bersama yang akan dipersoalkan oleh Allah Ta'ala nanti.
Dan ingatlah kata-kata Saidina Umar kepada sahabatnya: " Impikanlah" Seorang pemuda berkata: " Aku mengimpikan jika sekiranya negeri ini dipenuhi dengan emas lalu aku infakkan pada jalan Allah." Umar berkata lagi: "Impikanlah". Seorang pemuda berkata: "Aku mengimpikan jika negeri ini dipenuhi dengan batu permata lalu aku infakkan pada jalan Allah." Umar berkata lagi: "Impikanlah". Mereka berkata: "Kami tidak tahu apa yang hendak dikatakan wahai Amirul Mukminin" Umar pun berkata: "Tetapi aku mengimpikan rijal seperti Abu Ubaidah bin al Jarrah, Muaz bin Jabal dan Salim, hamba Abu Huzaifah. Lalu aku meminta pertolongan dari mereka untuk meninggikan kalimah Allah".
Itulah sebenarnya modal utama untuk kembali memerintah dunia. Seorang pemuda lebih berharga dan bernilai dari seluruh isi dunia. Maka pemuda inilah yang akan berjuang sehingga tertegaknya Dinul Islam ini. Wallahu A'alam.







PERANAN PELAJAR



Oleh – Al-Maududi

Dengan nama Allah yang pemurah lagi mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, dan sejahtera ke atas seluruh hambaNya yang terpilih.
Sebelum saya masuk kepada tajuk yang hendak saya sampaikan kepada saudara-saudara, sukalah saya melahirkan perasaan gembira yang tersemat di hati saya. Apa yang saya lihat di seluruh universiti dan pusat-pusat pengajian di dunia Islam, bahkan di setengah-setengah dunia bukan Islam, wujudnya kumpulan pemuda Islam yang beriman penuh dengan 'akidah Islam, menyedari tanggungjawab mereka sebagai orang Islam dan sanggup mengorbankan sepenuh tenaga mereka untuk menegakkan semangat Islam di pusat-pusat pengajian tinggi tersebut.
Gejala ini patut sangatlah mendapat sanjungan, penghargaan dan sambutan dari orang yang mempunyai perasaan tulus ikhlas kepada dunia Islam, kerana Allah dengan kemurahanNya telah mengurniakan kepada umatnya yang lemah ini pemuda-pemuda yang tahu akan tanggungjawab. Mereka ini menunaikan tanggungjawab itu secara aktif dengan penuh kesedaran di pusat-pusat pengajian tinggi dalam semua bidang pendidikan, sekalipun sistem pendidikan di seluruh dunia Islam sekarang ini dikuasai oleh cara berfikir dan tradisi barat.
Adapun tajuk yang ingin saya sampaikan di sini ialah: Apakah peranan yang harus dimainkan oleh pemuda, khususnya pelajar-pelajar dalam membina masa depan dunia Islam?
Keadaan dan masalah yang sama
Sebelum itu saudara-saudara patutlah percaya bahawa perbualan saya ini saya tujukan kepada semua pelajar di seluruh dunia Islam; iaitu satu kawasan dunia yang telah menyerah kalah kepada fikiran dan tamadun barat setelah merengkok secara langsung beberapa lama di bawah penindasan mereka. Setiap cabang kehidupan mereka yang antaranya ialah pelajaran dan pendidikan membayangkan teori-teori dan sistem yang diterima dari barat.
Sesungguhnya segala keadaan dan corak hidup yang ada di seluruh dunia Islam pada hari ini adalah sama. Kerana itu para pelajar di dunia Islam menghadapi problem yang sama.
Umat Islam dan bukannya negeri Islam
Perkara kedua yang harus saudara-saudara berikan perhatian, bahawa bukanlah maksud saya dengan NEGERI-NEGERI ISLAM itu sempadan­sempadan negerinya yang memanjang, bukit bukaunya yang mengawan, sungai-sungainya yang tenang atau air terjunnya yang menjunam. Apa yang saya maksudkan ialah penduduknya yang hidup dalam kawasan-kawasan yang berkenaan.
Adalah diketahui bahawa manusia itu sentiasa terdedah kepada kemusnahan. Setiap orang ada ajalnya yang sudah ditetapkan. Oleh itu hendaklah kita memindahkan dengan amanah, suci dan jujur segala apa yang kita warisi daripada orang terdahulu dari kita kepada generasi akan datang sekiranya kita ingin melihat segala tamadun dan kebudayaan kita kekal di negeri-negeri itu. Bukan ini saja, bahkan kita mesti memupuk supaya generasi akan datang sanggup memikul amanah yang berat ini dengan penuh kemampuan dan kesedaran, agar mereka juga berkesanggupan memindahkan, amanah itu kepada generasi-generasi yang berikutnya.
Hakikat kemusnahan umat
Sesungguhnya umat-umat yang telah lenyap tanpa meninggalkan kesan itu bukanlah ertinya lenyap dari dunia ini, tetapi sebenarnya ialah keruntuhan kebangsaannya dari alam nyata. Maksud kita apabila kita mengatakan bahawa tamadun bangsa BABIL dan FIR'AUN itu telah lenyap, ertinya tamadun bangsa­bangsa itu telah hilang ciri-cirinya ditelan zaman. Adapun generasi bangsa Babil itu masih membiakkan keturunannya, tetapi identiti kebangsaannya telah lenyap. Begitu juga tamadun bangsa Mesir tua masih kekal di muka bumi, tetapi tamadun yang dikenali dengan nama Tamadun Fir'aun tidak lagi dilihat kesannya.
Segalanya itu ialah kerana generasi mereka yang silih berganti telah hilang kemampuan untuk memindahkan pusaka warisan yang diwarisinya dari generasi yang lalu kepada jenerasi yang lahir selepasnya.
Oleh yang demikian nyatalah bahawa generasi sesuatu bangsa itu apabila hiiang identiti kebangsaannya dan hancur ke dalam identiti yang lain tnaka itulah ertinya bangsa itu telah lenyap dan musnah.
Sejarah telah membuktikan bahawa dua belas golongan dari bangsa Israel telah hilang dan dunia ini dan tidak ditemui oleh sejarah hingga hari ini. Dalam hal ini tidak pula diriwayatkan bahawa mereka telah dibunuh kesemuanya atau telah dilenyapkan asal-usulnya dari muka bumi ini untuk selama-lamanya. Sebenarnya apa yang dimaksudkan dalam hal ini ialah kesedaran keisraelan telah lenyap dari golongan itu dan kesedaran itu tidak berpindah kepada generasi-generasi yang lahuselepas mereka. Apabila lenyap sifat keisraelan dan tamadun keisraelan tadi lalu meresaplah ia ke dalam bangsa-bangsa lain di dunia ini hingga anak cucu mereka sendiri tidak mengetahui yang mereka itu berketurunan Israel.
Dari sini nyatalah bahawa hidup dan kekalnya sesuatu bangsa itu adalah bergantung kepada sikap ingin menyediakan generasi akan datangnya supaya meraka berkemampuan menielihara identiti kebangsaannya. Mungkin inilah tajuk penting yang hendak saya terangkan dengan jelas kepada saudara semua.
Kewajipan memindahkan perbendaharaan tamadun pada
generasi akan datang
Sesungguhnya bumi yang saudara-saudara hidup di atasnya ini telah pun diteroka oleh orang-orang yang terdahulu dari saudara supaya tamadun Islam dapat bertapak di atasnya, supaya dikuatkuasakan pelaksanaan peraturan­peraturan hidup yang mereka anuti dan supaya diperintah oleh undang-undang yang dianggap benar dan peraturan-peraturan sistem kerja yang mereka fikirkan baik.
Perlu kita ingat bahawa kekalnya generasi Islam adalah bergantung penuh di atas usaha generasi yang akan datang untuk memindahkan tamadun Islam dalam bentuk hidayah ketuhanannya yang kita warisi dari nenek moyang kita yang mulia dan yang telah membezakan kita dari bangsa-bangsa lain di dunia.
Sudah pasti bahawa setiap orang Islam tidak akan kekal, tetapi umat Islam boleh kekal sepanjang masa, dengan syarat ada kemampuan yang diperlukan dalam setiap peringkat masa untuk memindahkan perbendaharaan tamadun kepada generasi yang akan datang. Pemindahan ini hendaklah sentiasa berjalan dalam setiap pertukaran generasi.
Sekiranya kita tidak sanggup mengekalkan sifat-sifat istimewa tamadun yang membezakan umat kita itu, dan generasi muda kita pula tercekup dengan tamadun asing, katakan tamadun Amerika umpamanya, lalu terpengaruh dengannya dan terbentuk dengan acuannya tidak lagi dengan acuan tamadun Islam, maka lambat laun bumi ini akan bertukar menjadi bumi Amerika.
Ya, generasi Islam akan tinggal di bumi itu, tetapi ianya dibentuk dengan acuan Amerika yang menandakan tamadun Islam tidak lagi kekal di atas bumi yang dikhususkan untuk umat Islam. Itulah yang menandakan kekalnya tamadun lain yang menghapuskan identiti kebangsaan kita atau dengan lebih tepat identiti keislaman kita.
Maka hendaklah saudara-saudara mengamati kedudukan masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar ini dan memahami bagaimana penting peranan masalah ini dalam sejarah.
Masalah ini tidaklah merupakan masalah pelajaran semata-mata, bahkan ianya juga menjadi masalah yang mempunyai hubungan langsung dengan adanya identiti Islam dan juga dianggap menjadi masalah hidup mati identiti itu secaia terus menerus.
Hidup kita tidak akan kekal sebagai satu umat Islam melainkan apabila kekalnya anak-anak muda kita yang sedang melalui peringkat pembentukan dan persediaan di pusat-pusat pengajian dan pendidikan. Kekal dalam erti berpegang teguh dengan tamadun Islam, mengibarkan benderanya serta menyeru kepadanya.
Dua cara untuk memindahkan perbendaharaan tamadun.
Tujuan ini tidak akan terlaksana melainkan dengan dua jalan.
Jalan pertama: Pelajar-pelajar sendiri hendaklah bergerak
melaksanakannya.
Jalan kedua: Pemerintah hendaklah merangka polisi pelajaran dan pendidikan yang boleh mencapai kepada tujuan ini. Sekarang saya terangkan secara ringkas berhubung dengan kedua-kedua cara tersehut.
Jalan yang khusus bagi pelajar
Pelajar-pelajar yang sedang berada di universiti-universiti dan fakulti­fakulti tentulah sudah besar, matang, mempunyai kesedaran dan boleh membezakan di antara buruk dan baik. Begitu juga pelajaran yang diterimanya membolehkan mereka mengetahui identiti mereka jika mereka mahu dan juga membolehkan mereka maju ke hadapan jika mereka bergerak.
Segala kerumitan dalam hal ini bukanlah menjadi beban kerajaan semata­mata, bahkan menjadi tanggungjawab pelajar-pelajar juga. Pelajar-pelajar adalah muda-muda belaka. Mereka hendaklah menyedari secara sungguh-sungguh bahawa mereka adalah orang Islam yang dijemput untuk hidup di atas muka bumi ini dengan cara hidup yang bercorak Islam. Hal ini memastikan diri
mereka bersemarak dengan api cinta untuk mengetahui apakah sistem yang menjamin hidup mati mereka dan apakah sifat-sifat nyata yang membezakan umat Islam, iaitu sifat-sifat yang mesti ada untuk hidup mati identiti Islam.
Prinsij-jrinsij utama islam
Hakikat Islam dan prinsipnya ialah akidah tauhid, kerasulan dan beriman dengan hari kiamat. Maka wajiblah bagi setiap orang Islam mengetahui asas yang tiga ini. Patut juga ia mengetahui bahawa prinsip-prinsip ini apabila diresapi oleh perasaan syak atau apabila ia lemah maka ianya tidak boleh hidup lagi di dunia ini di bawah lindungan tamadun Islam.
Apa saja bentuk syak dan kelemahan yang menembusi akidah-akidah ini dan asas-asas hakikat Islam, ianya akan memupuskan tamadun Islam hingga ke akar umbinya. Sesudah itu bumi ini bukan lagi bumi Islam jika sekiranya tamadun Islam tidak ada di situ. Begitu juga tamadun Islam tidak akan kekal di dunia ini jika tidak diteraskan atau disokong oleh tiga prinsip tersebut.
Pentingnya jemusatan kuasa ke arah mengawasi jrinsij‑
jrinsij itu
Sesungguhnya apa yang patut diberi perhatian yang lebih berat dari yang lain ialah bahawa pelajar-pelajar yang mempunyai kesedaran keislaman hendaklah bangun menentang segala gerakan anti Tuhan dan fahaman kebendaan yang bergerak untuk mengabui atau meragu-ragukan akidah Islam serta melemahkan orang yang beriman kepadanya. Dengan itu mereka tidak akan menentang segala gerakan yang bertujuan menghapuskan akidah-akidah ini dan menghalangnya dari bertapak di kalangan mereka.
Pelajar-pelajar harus menentang gerakan tersebut dengan apa cara sekalipun demi menjaga hidup mati identiti Islam di muka bumi ini. Perlu diketahui bahawa orang yang menimbulkan keraguan ke dalam fikiran orang ramai tentang akidah di bumi Islam ini, maka dia bukan saja melakukan dosa kufur atau murtad, bahkan ia telah melakukan pengkhianatan yang maha dashyat terhadap hak bumi Islam dan juga ia berniat mencabutnya hingga ke akar umbinya.
Ini adalah satu hakikat yang mesti disematkan di hati saudara-saudara semua. Jika ada di antara saudara-saudara yang mencuaikan perkara ini maka hendaklah beri peringatan akibat-akibat masa akan datang. Dengan demikian tidaklah dibiarkan fikiran-fikiran yang merosakkan dan prinsip-prinsip anti Tuhan itu tumbuh subur di pusat-pusat pengajian tinggi, di universiti-universiti atau di sekolah-sekolah dalam negara-negara Islam. Dengan demikian juga
dapatlah dielakkan dari tersebarnya falsafah-falsafah yang merosakkan prinsip asasi Islam dan yang mengkaburkannya yang sudah tentu membuahkan hasil­hasilnya yang tidak diingini.
Pentingnya berpegang dengap akhlak Islam dan tamadunnya
Perkara kedua yang wajib diberi perhatian oleh saudara-saudara kita pelajar-pelajar muda ialah mereka patut menyedari bahawa perjuangan hidup mati kita bukan saja bergantung kepada akidah Islam, bahkan bergantung juga kepada akhlak dan nilai-nilai Islam, kerana adanya hubungan yang rapat antara akidah dan akhlak, bahkan wujudnya salah satu darinya memestikan adanya yang satu lagi. Sesungguhnya akidah Islamlah yang memestikan kita berpegang dengan akhlak dan nilai-nilai yang tertentu.
Apa yang dapat dilihat sejak zaman berzaman bahawa pusat-pusat pengajian tinggi kita telah melalaikan asuhan akhlak di kalangan pelajar-pelajar. Bahkan yang lebih teruk lagi ialah pusat-pusat pengajian tinggi itu telah bersungguh-sungguh menabur benih-benih pengetahuan yang bertentangan dengan nilai Islam serta bercanggah dengan segala prinsip akhlak Islam.
Patutlah kita ingat bahawa akhlak dan nilai-nilai yang menjadi teras kebangkitan umat barat tidaklah dapat kita jadikan asas kebangkitan kita, bahkan kita tidak dapat bangun, maju dan berkuasa melainkan setelah kita menerima prinsip-prinsip akhlak yang telah disediakan kepada kita oleh Islam, Allah dan rasulnya.
Orang barat boleh berkorban dengan diri dan hartanya untuk mempertahankan tanahairnya dengan keadaan ia hidup sebagai seorang gila, menari dan mabuk arak serta melakukan segala perkara kejahatan dan keruntuhan akhlak, kerana falsafah kebendaan yang menjadi pegangan mereka tidak menegah itu semua. Tetapi orang Islam mengetahui bahawa semua perkara tersebut dilarang oleh Allah dan rasulnya tidaklah boleh mengikuti cara hidup sebegitu dan tidak boleh memilih kebudayaan bentuk sedemikian kecuali setelah mereka berpaling tadah dari asas-asas pelajaran Islam.
Sesungguhnya disisi orang barat, apabila mereka melakukan perkara­perkara tersebut, tidaklah bertentangan dengan prinsip-prinsip akhlak dan nilai­nilai tamadun mereka, tetapi bagi orang Islam, dengan melakukan dosa-dosa itu, ia telah meruntuhkan prinsip-prinsip yang menjadi landasan akhlak dan nilai­nilai kita.
Kedudukan orang Islam jika ia minum arak adalah berlainan sekali daripada kedudukan orang barat. Soal bahaya akibat arak kepada tubuh dan jiwa manusia adalah sama, tidak kira samada ia Islam atau kafir. Oleh kerana arak tidak haram di sisi ugama kafir, maka apabila orang kafir meminumnya, ia
hanya merosakkan tubuh dan jiwanya saja. Adapun akidah dan ugamanya tidak terlibat.
Hal ini berlainan sekali dengan keadaan orang Islam. Orang Islam tidak akan melakukan kejahatan itu melainkan apabila jiwanya sudah dirasuk oleh perasaan memberontak terhadap Allah dan Rasulnya serta oleh perasaan tidak memperhitungkan lagi hari yang akan ditimbang segala kebaikan dan kejahatan. Sesudah itu ia tidak akan memadai melakukan satu dosa, bahkan akan melampaui kepada dosa-dosa lain dan akan mempersetankan segala ikatan dan kewajipan-kewajipan akhlak, hingga pada satu hari kelak tidak ada lagi perkara dalam Islam yang patut dihormati dan dimuliakan dan semuanya dihinakannya.
Sejauh mana bahaya tamaddun bukan Islam dalam
masyarakat Islam
Dari itu saudara-saudara patut menyedari bahawa apabila tamadun bukan Islam itu meresapi di kalangan umat Islam maka bahaya dan kecelakaannya akan lebih hebat lagi sekiranya ia meresap dikalangan umat bukan Islam, kerana kesan buruk yang lahir pada umat-umat bukan Islam adalah sama seperti kesan yang menimpa bagi orang-orang lain juga, seperti kesan buruk dari orang yang minum arak atau melakukan sesuatu perbuatan yang buruk.
Adapun kita orang-orang Islam, apabila kita melaku dan menuruti tamadun sundal itu maka ia melibatkan akidah dan prinsip-prinsip iman, menggoyang asas-asasnya, juga melemahkan dasar-dasarnya di hati kita, serta menimbulkan bibit memberontak terhadap Allah dan Rasulnya dan mungkin menyebabkan keluar dari Ugamanya.
Apabila sebab-sebab buruk ini timbul maka kita tidak boleh lagi tetap mentaati sesuatu peraturan di dunia ini, kerana orang yang patut kita taati dan menyerahkan diri kita kepadanya telah pun kita tentangi dia dan kita abaikannya. Dengan sebab inilah juga apabila seorang Islam itu mula mengingkari hukum-hukum Islam ia tidak akan memadai dengan sekali dua, bahkan ia akan terus tergelincir dan mengingkarinya secara berterusan hingga tidak ada lagi perasaan tanggungjawab tersemat di hatinya dan tidak lagi menghormati apa jenis undang-undang. Ketika itu keruntuhan akhlaknya tidak terbatas lagi.
Saudara-saudara juga harus meneliti bahawa apabila seorang Islam yang percaya kepada Allah, kepada Rasul dan kepada al-Quran, kemudian ia melakukan perbualan yang ia tahu bahawa Allah menegah ia melakukan demikian dan Rasul pula mencacinya serta al-Quran telah mengharamkannya juga telah menjanjikan azab kepadanya pada hari kiamat, maka apa lagi sesudah
ini yang boleh dikatakan bahawa ia menghormati nilai-nilai akhlak serta menyanjungnya? Tidak ada lagi yang boleh memaksanya supaya ia patuh kepada undang-undang yang dibuat oleh lembaga perundangan yang ia tidak bertuhan kepadanya? Dan manalah ia akan mengorbankan diri dan kepentingan dirinya demi maslahat bangsa dan tanahair yang ia fikir tidak mesti disembahnya? Dan oleh kerana ia telah biasa menceroboh kehormatan syariat Tuhan yang mulia dan perbuatan melanggar undang-undang itu telah menjadi tagehannya serta memberontak terhadap undang-undang yang suci di sisi akidahnya, maka perbuatan menentang undang-undang itu sudah menjadi kebiasaannya. Oleh itu tidaklah dapat diharapkan darinya lagi untuk mentaati sesuatu undang-undang pun dalam segala aspek hidup. Orang seperti ini tidak layak menjadi anggota dalam masyarakat yang bertamadun, apa lagi menjadi anggota dalam masyarakat Islam.
Dosa mereka yang menyebar kebudayaan sundal di kalangan
pemuda Islam
Apabila manusia faham hakikat yang nyata ini serta tahu benar-benar sifat-sifatnya, maka mestilah ia menyedari betapa dahsyatnya kesalahan yang dilakukan oleh orang-orang yang menjadikan pemuda-pemuda kita di pusat­pusat pengajian tinggi itu sebagai orang-orang yang mewah lalu ditanamkan perasaan suka menari, bergembira, melucah dan mempermain-mainkan nilai­nilai ugama, di samping ditaburkannya pula kebudayaan sundal, disogokkan pula wanita-wanita jelita hingga mereka mati dalam pelukan wanita-wanita itu dan disebarkan pula penyakit menodai nilai-nilai akhlak Islam. Alangkah dahsyatnya pengkhianatan mereka!
Oleh yang demikian wajiblah bagi pelajar kita menyedari akibat-akibat perbuatan ini. Sekiranya pihak-pihak yang berkuasa terjerumus ke lembah kesalahan ini kerana kejahilan dan kebodohan mereka, maka pelajar-pelajar wajiblah menjauhinya seberapa yang dapat. Dia samping itu mereka juga hendaklah membentuk satu pendapat dan kesedaran yang menyeluruh untuk menjauhkan mereka daripada menjadi mangsa kebudayaan sundal itu dan untuk menghapuskannya.
Di sini kita harus bertanya sesama kita: Jika timbul di kalangan pelajar­pelajar sendiri perasaan ingin menentang kebudayaan tersebut, maka dimanakah lagi kekuatan yang dapat meluluskan tamadun tidak bertuhan dan kebudayaan kuning itu masuk ke pusat-pusat pengajian tinggi dengan cara paksa?
Memang sudah tidak boleh dinafikan lagi bahawa sekiranya saudara­saudara sendiri sudah tidak suka menari misalnya, maka sudah tentulah tidak ada kuasa lagi yang dapat memaksa saudara-saudara untuk menari.
Memanglah ada di sana galakan dan godaan syaitan yang menggalakkan manusia supaya melakukan perkara-perkara mungkar dan merosakkan adat­adat, nilai,perasaan dan kecenderungan mereka. Tapi apabila pelajar-pelajar sendiri menyedari bahawa kebudayaan sundal ini merupakan penyakit kronik yang akan meresap ke dalam diri mereka, maka sudah tentulah mereka boleh menjauhinya dan menentang gerakan cuba memasukkannya ke pusat­pusat pengajian tinggi. Saya ingin agar ada suatu usaha ditumpukan ke arah memupuk kesedaran di kalangan pelajar untuk menentang perkara-perkara mungkar tersebut.
Inilah dua dari beberapa perkara yang bersangkut paut dengan pelajar­pelajar sendiri. Jika mereka amalkan kedua-duanya maka dapatlah mereka menghapuskan segala perkara mungkar yang bertaburan di pusat-pusat pengajian tinggi kita dan yang menyebabkan banyak berlaku kerosakan fikiran dan akhlak.
Sementara itu biarlah saya kaji sekarang dengan ringkas kewajipan­kewajipan dan tanggungjawab kerajaan dalam bidang ini.
Bahaya tersebarnya khianat dalam masyarakat
Sesungguhnya perkara pertama sekali yang harus difikirkan oleh kerajaan dengan cara mendalam ialah: Apakah sebab meluasnya perbuatan rasuah dan khianat, dan apakah dorongan-dorongan yang berada di belakangnya yang menyebabkan segala usaha untuk menghapuskannya sia-sia belaka?
Gejala ini sedang menyelubungi umat Islam pada masa ini dan menjadikan segala peraturan perundangan tidak berfaedah belaka, kerana undang-undang yang diciptakan untuk memperbaiki kerosakan itu hampir­hampir dipersia-siakan oleh badan-badan pelaksanaan sendiri. Bahkan setiap kewajipan yang lahir dari pihak pencipta undang-undang itu sendiri yang membuka pintu baru bagi rasuah.
Perkara ini tidaklah terhenti setakat ini saja, bahkan dengan restu rasuah inilah penyeludup-penyeludup akan membawa keluar negeri barang-barang berharga dan menjualkannya kepada seteru-seteru. Bahkan mercka juga menyeludupkan keluar barang-barang yang sangat diperlukan dalam negeri.
Sebenarnya rasuah ini menguntungkan seteru-seteru kita.
Saudara-saudara patut melangkah setapak lagi ke hadapan, kemudian hendaklah saudara-saudara berfikir: Orang-orang yang mengamalkan penipuan terhadap saudara sebangsanya untuk mendapatkan seratus rupiah umpamanya, ia tidak akan merasa berat untuk menjual rahsia negara kepada seteru-seteru apabila diupah dengan berpuluh-puluh ribu rupiah.
Apabila penyakit khianat dan menjual maruah dilakukan oleh beribu-ribu orang dalam sesuatu negeri maka erti mereka bersedia pula mengorbankan ugama, akidah, amanah dan tanahair mereka demi kepentingan diri mereka sendiri. Pada ketika itu anak-anak negeri yang biasa melakukan kerosakan secara profesional akan menggunakan mereka itu tadi untuk mencapai tujuan­tujuan mereka. Begitu juga seteru-seteru akan menjadikan mereka alat yang boleh menurut telunjuk untuk memusnahkan kewujudan umat Islam.
Punca-punca tersebarnya khianat
Saudara-saudara, fikirkanlah sejenak, apakah perkara yang menyebabkan berlakunya gejala yang tidak sihat ini? Adalah satu perkara yang nyata bahawa mereka yang melakukan gejala tidak sihat, seperti khianat, rasuah, menipu dan sebagainya itu ialah sekumpulan mereka yang terpelajar dari kalangan kita di negeri kita sendiri. Mereka itu orang-orang yang berkuasa dalam kerajaan. Mereka bukanlah orang-orang kampung yang buta huruf.
Mereka itu juga adalah keluaran dari pusat-pusat pengajian tinggi kita yang ada sekarang. Ini menunjukkan adanya kepincangan dalam sistem pelajaran kita, kerana ia menghasilkan sebilangan besar orang yang terkena penyakit khianat dan rasuah.
Apabila kita amati sistem pelajaran ini dapatlah kita mengetahui bahawa kelemahan asasinya adalah disebabkan oleh asas-asas akidah, tamadun dan akhlak kita yang sepatutnya berdiri tegak secara berkekalan, tetapi sebaliknya ia lemah. Di sekelilingnya terdapat nilai-nilai yang mengelirukan dan galakan­galakan supaya orang ramai mengingkari akidah-akidah ini. Hanya sebilangan yang sedikit saja yang melalui sistem ini dikatakan terselamat tanpa bergoyang keimanan di hati mereka.
Apa yang memaksa kita berfikir sesudah apa yang saya katakan itu ialah apabila akidah sebilangan besar kaum terpelajar menjadi lemah maka apakah lagi yang ada pada kita untuk menjadikan mereka itu pendokong prinsip-prinsip dan nilai akhlak?
Orang-orang yang tidak takut kepada Allah dan tidak gerun kepada azab hari kiamat, tidak ada apa-apa lagi yang boleh menghalangnya daripada menjadi pengkhianat, pembohong dan mempermudahkan tanggungjawab.
Orang yang tidak percaya kepada kekuasaan yang lebih tinggi selain dari diri dan kepentingan sendiri, bagaimanakah saudara-saudara dapat meyakinkan hatinya supaya ia dapat mengorbankan kepentingan dirinya sendiri demi sesuatu kemuliaan? , kerana untuk sanggup berkorban dengan jiwa dan harta itu adalah sebahagian dari tunduk kepada kuasa yang tertinggi.
Bagi orang-orang Islam tidak ada tempat yang mesti dipatuhi melainkan kepada Allah, Rasulnya dan ugamanya. Apabila kita lemahkan perasaan patuh ini di hati manusia maka akan tumbuhlah perasaan mementingkan diri dan tidak akan ada lagi perasaan mahu mengorbankan sesuatu yang berharga dan mulia selain daripada untuk mencapai tujuan-tujuan peribadi mereka.
Kekuatan prinsip Islam dalam memperbaiki umat
Dengan hanya menyematkan sifat patuh tadi ke dalam hati mereka maka bolehlah saudara-saudara menjadikan mereka golongan orang yang melaksanakan keadilan, kebenaran dan menjadikan mereka menjauhi segala kerja yang haram di dunia dengan dorongan takwa kepada Allah dan dengan perasaan bertanggungjawab di hadapan Allah pada hari kiamat kelak, juga menjadikan mereka golongan yang senang hati dalam memberikan segala pengorbanan yang mulia dengan dorongan patuh kepada Allah, Rasul dan ugamanya.
Sesungguhnya orang-orang bukan Islam itu mempunyai nilai-nilai yang berbeza dan tempat patuh yang berlainan yang dijadikan asas akhlak mereka. Jadi, misalnya jika saudara-saudara mahu menanamkan perasaan kasih kepada punca-punca patuh kepada yang lain daripada Allah, Rasul dan ugamanya di kalangan umat Islam, maka saudara-saudara memerlukan masa selama lima puluh tahun untuk menjayakan proses ini, iaitu untuk menukarkan umat Islam itu kepada yang bukan Islam. Dan saudara-saudara juga perlu kepada lima puluh tahun yang lain lagi jika saudara-saudara mahu menjadikan mereka satu bangsa barat yang sempurna. Sebelum tempoh ini, saudara-saudara tidak berupaya menanamkan di kalangan mereka akhlak kebangsaan yang saudara­saudara dapati dan gemari pada bangsa-bangsa barat.
Tetapi jika saudara-saudara mahu menegakkan pembentukan umat Islam ini di atas nilai-nilai akhlak Islam, maka saudara-saudara boleh memulakan untuk itu dari sekarang juga dan saudara-saudara akan berjaya dalam tempoh beberapa tahun saja, kerana akidah-akidah Islam yang tersimpul pada tauhid kerasulan dan percaya kepada hari akhirat itu telah pun diwarisi dari ibubapa mereka dan akidah-akidah pula telah menjadi darah daging dalam suasana sekeliling masyarakat Islam dan tradisi kebangsaan orang-orang Islam.
Benih-benih akidah yang telah berakar umbi di bumi Islam sejak beberapa lama ini jika saudara-saudara siram dengan sedikit air pun nescaya akan tumbuh subur dan berbuah.
Sesungguhnya penjajah, sekali-kali tidak pernah mengambil berat tentang tamadun dan akhlak umat islam, bahkan mereka menganggap bahawa keadaan umat Islam yang ikhlas kepada Islam serta bersifat dengan akhlak Islam itu akan melahirkan bahaya kepada mereka. Oleh sebab itulah mereka telah
mempraktikkan di negeri-negeri Islam yang dijajahinya sistem pelajaran dan pendidikan yang mempunyai keistimewaan menggoncangkan tapak iman di hati-hati kita.
Sistem itu juga mempunyai keistimewaan bagi menimbulkan kekaburan di sekitar akidah Islam, memperkecilkan tamadun dan menghina-hinakannya di hadapan mata kita. Perasaan tamak politik penjajahlah yang memaksa mereka memesongkan kita dari ugama Islam dengan sesungguh hati. Tetapi jika kita amalkan sistem pelajaran dan pendidikan penjajah sesudah kita bebas dari belenggu pengabdiannya dan sesudah kita sanggup berdikari, maka itu bererti kita bersungguh-sungguh mahu membunuh diri.
Guru-guru yang dicurigai merbahaya kepada Islam
Di pusat-pusat pengajian tinggi kita, terdapat sekumpulan guru-guru yang menabur benih-benih kekeliruan mengenai Islam di kalangan pelajar. Mereka sentiasa berusaha menerangkan kepada pelajar-pelajar bahawa ugama Islam itu tidak mempunyai tamadun, tidak mempunyai kemajuan, tidak mempunyai dasar-dasar politik dan ekonomi. Kalau pun ada, maka itu tidak sesuai lagi dengan tuntutan masa sekarang.Mereka berkata bahawa undang­undang Islam itu sudah lapuk dan tidak sesuai lagi dengan zaman kemajuan sekarang.
Orang-orang Islam menurut mereka tidak pernah mencatit peristiwa kepahlawanan dalam lembaran sejarah. Pahlawan-pahlawan yang kita dengar selama ini adalah dari orang-orang yang bukan Islam. Jaguh-jaguh segala ilmu pengetahuan dan bermacam-macam kesenian dan sastera, juga pereka-pereka alat sains moden semuanya dari orang-orang yang bukan Islam.
Di sini sukalah saya berkata dengan terus terang bahawa guru-guru yang mengajar pelajaran-pelajaran seperti ini kepada pemuda-pemuda kita dan menuangkan fikiran-fikiran sempurna ini, mereka itu adalah pengkhianat bahkan mereka itulah pengkhianat dan seteru yang paling buruk kepada negeri­negeri Islam, kerana merekalah yang menghapuskan tamadun Islam atau dengan lain perkataan merekalah yang berusaha untuk menghancurkan negeri.
Alangkah buruknya nasib bangsa yang generasinya dididik oleh pengkhianat-pengkhianat seperti ini. Dan perkara yang lebih membahayakan hal ini, terdapat beberapa jabatan di pusat-pusat pengajian tinggi di setengah­setengah negeri Islam dikendalikan oleh mahaguru-mahaguru bangsa Amerika dan pakar-pakar pengajian timur. Paling malang lagi mereka ini mengendali jabatan-jabatan pendidikan dan ilmu kemasyarakatan. Mereka itu tidak silu-silu mencurahkan tenaga mereka untuk merosakkan generasi kita dalam hal-hal yang berkaitan dengan pendidikan dan kemasyarakatan. Tidakkah ini membunuh diri namanya?
Keaiban sistem-sistem pelajaran
Kerajaan kita juga harus memikirkan: Bagaimanakah cara kita boleh menghapuskan keaiban yang terdapat dalam sistem pelajaran dan pendidikan kita? Ada pun pengetahuan-pengetahuan dan kesenian yang diajar di negeri­negeri Islam sebenarnya tidaklah ada cacatnya, Apa yang merosakkannya ialah orang-orang yang mengendalinya itu tidak beriman dengan Allah dan Rasulnya.
Oleh sebab itulah mereka menciptanya dengan cara yang dengan sendirinya menimbulkan di kalangan pelajar-pelajar perasaan tidak percaya kepada alam semesta dan apa yang ada di dalamnya ini tumbuh. Dengan itu pelajar-pelajar akan memikirkan bahawa alam ini terjadi dengan sendirinya tanpa kehendak pihak yang mentadbirkannya, berjalan tanpa dikuasai oleh sesiapa dan di sana tiada Tuhan yang menjadikannya, menguruskannya dan mengatur perjalanannya.
Begitu juga tanggapan yang menjadi asas pengetahuan ini ialah: Bahawa manusia itulah tuan dan pengarah kepada dirinya. la tidak lagi memerlukan Tuhan untuk memberi petunjuk kepadanya, bahkan pertunjuk dari Tuhan itu dianggapnya tidak ada. Kedua-dua tanggapan inilah yang mencabut tamadun Islam dari akar umbinya.
Maka berkewajipanlah kita mengubah aliran ini dalam mencipta setiap pengetahuan secara aliran baru yang berasaskan iman kepada Allah. Tidaklah dapat dipertikaikan lagi bahawa kita semua wajib melibatkan diri untuk mengkaji segala pengetahuan, seperti falsafah dan ilmu kemasyarakatan. Kita juga harus melibatkan diri untuk mengkaji setiap cabang pengetahuan serta mengambil faedah dari maklumat-maklumat yang telah dihasilkan oleh manusia dalam peringkat-peringkat sejarah.
Tetapi sekiranya kita mahu hidup kekal sebagai orang Islam maka wajiblah kita mempelajari pengetahuan-pengetahuan ini dengan syarat sesudah pengetahuan itu diislamkan. Tidak syak lagi bahawa pengetahuan ini dalam bentuknya yang ada sekarang ini akan mengkafirkan kita, samada kita mahu atau tidak. Inilah masalah pokok bagi sistem pelajaran kita sekarang. Sekiranya ia lekas difahami dan diubati maka akan hampirlah kita kepada kebajikan dan kebahagian.
Ramai orang hairan dan dukacita apabila mendengar pendapat ini. Mereka berkata: Adakah ilmu pengetahuan praktikal (yang memerlukan ujian dalam bilik makmal) itu mempunyai hubungan dengan ugama Islam. Mereka bersuara demikian sekalipun mereka telah menyaksikan dengan mata kepala mereka sendiri apa yang telah berlaku di Rusia yang menyeru kepada konsep sovit bagi ilmu pengetahuan praktikal.
Dengan nama Allah, katakanlah kepada saya wahai saudara-saudara sekalian: Jika ilmu pengetahuan praktikal itu tidak ada kaitannya dengan ugama Islam, maka adakah ianya pula mempunyai kaitan dengan Marxsism?.
Mana-mana anggota masyarakat komunis tidak mahu mempelajari ilmu pengetahuan, falsafah, sejarah dan ekonomi yang bercorak borjois, tetapi orang­orang itu mempelajari ilmu-ilmu pengetahuan tersebut yang sudah dicelup dengan fahaman Marx dengan tujuan akan lahirlah dengan banyaknya ulama­ulama dan pakar-pakar sosialis.
Masyarakal sosialis tidak akan kekal tegak atas dasar-dasarnya sekiranya pelajaran yang dicipta mengikut acuan borjois dibenarkan diajar dalam pengetahuan masyarakat mereka. Bahkan sudah menjadi kebiasaan bahawa setiap orang yang mempunyai tamadun dan cara hidup yang tertentu tidak rela anak-anak mereka dididik dengan ilmu pengetahuan dan kesenian yang dicipta oleh orang-orang yang menentang tamadun dan cara hidupnya yang tersendiri. Kerana ini ertinya, akan menghapuskan identitinya serta meresapkannya ke dalam bentuk yang lain.
Ilmu pengetahuan praktikal mempunyai dua aspek
Untuk mengatakan bahawa ilmu pengetahuan praktikal itu bersifat antara bangsa tidak memihak kepada mana-mana ugama, maka ini adalah satu kesalahan yang besar dan kejahilan yang tiada berkesudahan. Sesungguhnya ilmu pengetahuan tersebut mempunyai dua aspek: Aspek pertama, merupakan hakikat-hakikat dan undang tabie yang diketahui oleh manusia setelah ia melalui beberapa percubaan, ujian dan renungan. Aspek ini tidak syak lagi berbentuk antarabangsa.
Ada pun aspek yang kedua adalah merupakan bentuk pemikiran yang mencipta atau merakamkan hakikat-hakikat dan maklumat tersebut, kemudian diletakkan diatas asas teori tertentu. Terjumlah juga ke dalam aspek kedua ini ialah bahasa yang dipilih oleh pemikiran tadi untuk dijadikan alat takbir bagi teori-teori tadi. Aspek ini tidaklah sesuatu yang bersifat antarabangsa. Bahkan setiap penyeru kepada berbagai-bagai tamadun di dunia ini mempunyai cara­cara yang tersendiri, ini adalah perkara biasa. Dan apabila kita menyeru untuk melakukan perubahan dalam ilmu pengetahuan praktikal maka yang kita maksudkan ialah aspek kedua tadi dan bukanlah aspek yang pertama.
Saya misalkan kepada saudara-saudara semua. Telah menjadi kenyataan ilmiah bahawa sesuatu benda yang ada di dunia ini apabila ia sejuk maka ia mengecut kecuali air, kerana apabila air membeku ia memanjang dan apabila ia menjadi salji maka ia ringan. Dengan sebab itulah salji itu timbul di permukaan air. Ini adalah perkara yang diakui oleh kenyataan ilmiah dan percubaan eksperimen.
Berhadapan dengan hakikat ini, ada dua pendapat;
Pertamanya mengatakan bahawa gejala ini sudah sememangnya menjadi sifat dan hakikat air itu. Pendapat kedua pula mengatakan bahawa Allah telah mengurniakan air dengan sifat itu dengan kemurahan nikmat dan ketuhanannya yang sempura, supaya benda-benda yang ada di lopak-lopak dan di sungai-sungai dapat hidup. Sekiranya makhluk itu tidak diberi sifat-sifat sedemikian tadi, nescaya apabila air itu membeku maka jatuhlah ia ke bawah dan akhirnya lopak-lopak, sungai-sungai dan laut akan bertukar menjadi batu yang tiada didiami oleh makhluk yang hidup.
Fikirkanlah wahai saudara-saudara: Satu hakikat ditafsirkan oleh dua orang dengan dua cara tafsiran yang berlainan mengikut dua pendapat yang berlainan juga: Kedua-dua cara pentafsiran ini meninggalkan dua kesan yang berbeza dalam fikiran pembaca dan pelajar. Satunya membayangkan hakikat yang berlaku dan pada waktu yang sama ianya meninggalkan kesan akidah mentauhidkan Allah, hikmat dan ketuhanannya di dalam fikiran pelajar-pelajar.
Pentafsiran yang satu lagi membayangkan hakikat yang berlaku, tetapi dengan tafsiran ini orang perseorangan tidak dapat membayangkan konsep ketuhanan. Lebih jauh dari itu tafsiran ini juga membayangkan satu pendapat yang berbunyi: Sesungguhnya segala yang berlaku diatas dunia ini adalah berlaku dengan sendirinya tanpa campurtangan dari hikmat pencipta yang maha bijak dan ketuhanan Tuhan yang maha berkuasa.
Dan contoh tersebut itu hendaklah disedari bahawa salah satu dari dua cara mengajar ilmu-ilmu pengetahuan praktikal akan menghasilkan ulama­ulama kebendaan dan cara yang kedua pula akan menghasilkan ulama-ulama Islam.
Sebenarnya semua bahagian ilmu pengetahuan praktikal itu boleh menguatkan keimanan kepada Allah dalam hati manusia. Sebagai contoh, ambillah bahagian-bahagian ilmu tersebut, seperti fizik, kimia, phisiologi, bedah, biologi dan falak, maka saudara-saudara akan dapati ilmu-ilmu tersebut membentangkan hakikat-hakikat yang mengkagumkan dan mampu untuk menjadikan manusia itu benar-benar beriman dengan Allah. Tiada suatu yang lebih mampu menyuruh beriman dengan Allah selain daripada melalui hakikat­hakikat ilmu pengetahuan.
Inilah tanda-tanda atau bukti yang terang benderang yang selalu diisyaratkan oleh al-Quran dari masa ke semasa. Tetapi oleh kerana ulama kafir merakamkan hakikat-hakikat ini menurut pandangan mereka maka sebab itulah perkara ini menjadi tunggang balik. Sepatutnya ia menanamkan akidah tauhid kepada pelajar-pelajar, tapi ia telah bertukar kepada kebendaan dan mengingkari wujudnya Allah Taala di samping mentertawa dan mengejek­ngejekkan tanggapan yang mengatakan adanya Tuhan.
Saya mahu kerajaan-kerajaan Islam menyedari perbezaan antara dua aspek ini dan cuba menyelami rahsia persoalan ini. Kita tidak akan dikira sebagai orang-orang yang beriman dengan Allah dan Rasulnya sedangkan di pusat pengajian tinggi kita diajarkan ilmu yang mengingkari Allah, ilmu-ilmu kemasyarakatan yang kufur kepada pencipta yang maha agung dan falsafah yang enggan mengakui adanya Tuhan.
Sekiranya kita mahu kepada kehidupan bercorak Islam maka hendaklah kita segera menubuhkan satu badan yang bertugas mengubah kembali susunan struktur ilmu pengetahuan dan kesenian yang ada sekarang, menyusun buku­buku baru yang sistematik diterangkan di dalamnya ilmu pengetahuan dan sastra-sastra mengikut konsep Islam. Selagi kerja-kerja ini tidak selesai maka ugama dan akidah kita terancam dalam negeri-negeri kita sebagai negeri-negeri Islam.
Kewajipan kerajaan dalam pendidikan moral
Perkara kedua yang wajib saya beri ingatan kepada kerajaan ialah pentingnya mengambil berat tentang pendidikan moral atau akhlak. Sesungguhnya pendidikan ini sekalipun ianya diperlukan oleh badan pengajian tapi badan-badan yang menyediakan pegawai-pegawai kerajaanlah yang paling berhajat kepadanya, samada badan-badan itu khusus melatih tentera, anggota polis atau pegawai awam.
Adalah wajib diajarkan di institusi ini akhlak-akhlak dan kebudayaan Islam sebagai mata pelajaran wajib. Fikiran pelajar-pelajarnya hendaklah penuh dengan akidah-akidah Islam. Mereka hendaklah dididik dengan cara mematuhi hukum-hukum Islam. Segala unsur yang berbentuk fasik yang boleh mempermain-mainkan ugama di institusi ini hendaklah ditutup rapat-rapat. Inilah di antara perkara perkara yang boleh menegakkan negara dan menguatkan kewujudannya.
Kita sekarang hanya melatih seorang anggota polis dan kita menyangka apabila ia bernama Abdullah atau Abdul Rahman misalnya maka mestilah ia berugama Islam. Kita hanya melatihnya dari segi yang diperlukannya untuk menunaikan tugasnya sebagai seorang anggota polis. Kita langsung tidak merasa perlu untuk menjadikannya seorang polis yang Islam yang teguh imannya. Ini memberikan gambaran bahawa sistem latihan kita tidak berbeza dengan sistem latihan polis lain di dunia, bahkan sistem kita itu bulat-bulat tiruan dari sistem lain tadi.
Sistem ini akan mengakibatkan bahawa anggota polis itu akan tamat dari pusat latihan tanpa menghiasi dirinya dengan akhlak-akhlak Islam. Hanya sekadar yang boleh menjadikannya seorang yang layak menunaikan tugas-tugas penjaga keamanan, melainkan beberapa orang yang Tuhan kasihi saja yang
mempunyai akhlak Islam. Tetapi ini bukanlah hasil cara latihan kita, bahkan ia telah sedia berakhlak demikian atau pun ia dapati dari punca yang lain.
Oleh yang demikian tak usahlah saudara-saudara mengeluh jika ada di antara anggota polis kita yang terkena penyakit rasuah dan segala macam rupa jenayah dan skandal berlaku di bawah jagaan mereka serta merebaknya penyeludupan di bawah kawalan mereka, kerana saudara-saudara tidak pernah berusaha sedikitpun untuk menghiasi mereka dengan akhlak Islam yang mulia.
Pentingnya pendidikan ketenteraan di samping dasar-dasar
Islam
Perkara yang berhubung dengan pendidikan corak ini di negeri-negeri Islam, jika saudara-saudara lihat sebilangan pejuang di tengah-tengah perjuangan mereka ini bersemarak dengan sifat kepahlawanan, semangatnya berkubar-kubar untuk berjihad, cinta kepada mati syahid kerana Allah dan persediaan yang bersungguh-sungguh dan menghairankan, semuanya ini bukanlah hasil dari pendidikan di pusat-pusat latihan mereka, tetapi sebenarnya berpunca dari asuhan ibu yang muslim yang telah menyematkan di hati pejuang-pejuang gagah itu nama Allah dan Rasulnya sejak pejuang-pejuang itu masih kecil lagi, ataupun berpunca dan masyarakat Islam yang masih lagi mempunyai warisan mulia yang meniupkan ke hati pejuang-pejuang itu makrifat kepadaTuhan, Rasulnya, perjuangan yang mulia, mati syahid kerana Allah dan menaburkan nilai-nilai keislaman ke dalam fikiran mereka yang kesemuanya ini tidak ada dalam sistem latihan kita sekarang.
Tetapi, jika kita teruskan usaha-usaha kita untuk merosakkan masyarakat Islam, maka sampai bilakah kekalnya kesan-kesan makrifat Islam yang mulia itu? Tidak syak lagi habuan generasi akan datang akan lebih berkurangan lagi. Ini ialah kerana gadis-gadis yang akan keluar dari pusat-pusat pengajian tinggi kita pada hari ini tidak dapat kita harapkan lagi untuk mendidik generasi akan datang dengan makrifat-makrifat ini serta nilai-nilai keislaman melainkan sebilangan kecil saja.
Ini disebabkan makrifat-makrifat dan nilai tersebut tidak akan tertanam di hati seseorang melainkan jika ia sentiasa melihat ibunya sembahyang, puasa dan membaca al-Quran dan sesiapa yang mendengar salah satu darinya maka ia akan teringatlah kepada Allah dan Rasulnya.
Ada pun ibu-ibu pada masa akan datang mereka tidak pernah menyebut melainkan nama-nama artis, penari, penyanyi, memberi komentar filem-filem baru, berbual-bual berkenaan hiburan dan permainan. Amatlah jarang salah seorang dari mereka itu melembutkan lidahnya dengan menyebut nama Allah dan Rasulnya.
Dengan keadaan begini bolehkah diharap dari mereka yang terdidik dengan cara ini untuk berjuang kerana Allah dan Rasulnya, sanggup pula mati kerana kedua-duanya dan mempunyai perasaan ingin berjihad yang ada pada setengah-setengah pemuda kita zaman sekarang yang telah memberangsangkan mereka dari masa ke masa untuk mencatit sejarah kepahlawanan dan pengorbanan yang gemilang.
Sesungguhnya apabila kita ingin menyediakan pemuda-pemuda yang sanggup menggadai nyawa dan harla kerana Islam, sanggup mati, senyum mempertahankan negeri Islam, sanggup mempertahankan peraturan hidup Islam maka tidak ada jalan lain selain dari memikirkan untuk mendidik mereka dengan pendidikan yang mengukuhkan iman di hati mereka dan menanamkan akidah dan akhlak untuk memberanikan mereka melakukan pengorbanan yang besar terhadap Allah mengikut tanggapan orang-orang Islam. Kesemuanya ini hendaklah diberikan dalam bentuk yang paling tinggi mutunya di samping latihan ketenteraan yang bermutu.
Inilah alat penangkis tunggal yang boleh melindungi kita dari musuh yang berganda-ganda lebih kuat dari kita, dan inilah kubu kuat yang melindungi kita dan membolehkan kita hidup mulia dalam dunia yang penuh dengan seteru-seteru yang sentiasa merancang untuk menghapuskan kita dari alam nyata ini. Muga-muga Allah tidak perkenankan usaha mereka.
Di akhirnya kita pohonkan doa kepada Allah Tuhan semesta 'alam.