Saturday, June 13, 2009

KEUNIKAN GERAKAN ISLAM TURKEY


KEUNIKAN GERAKAN ISLAM TURKEY
SETELAH tumbangnya Daulah Uthmaniyyah pada tahun 1924, muncul kerajaan Turki Moden yang ditubuhkan oleh Musthapa Kamal Ataturk yang mengamalkan dasar sekular. Sekular berasal daripada perkataan Latin ‘saeculum’ yang mempunyai pengertian masa dan tempat atau kedudukan. Menurut Syed Naquib al Attas, faham sekular merujuk makna pengasingan.
Syed Naquib menyimpulkan sekular sebagai idea yang lebih dekat dengan ideologi positivisme yang bertentangan dengan Islam kerana positivisme menyatakan bahawa wujudnya alam hanyalah fakta [fizik] dan tidak ada disebalik fakta [metafizik] sedangkan Islam mengakui kewujudan unsur fizik dan metafiziknya alam. Secara mudahnya, sekular telah memisahkan antara agama dengan urusan dunia.

Bagi menjamin keteguhan sekularisme, Musthapa Kamal telah mengubal perlembagaan negara Turki berteraskan ajaran sekular melalui Parti Republik Rakyat dan mengarahkan tentera sebagai pengawal kepada ideologi sekular. Musthapa Kamal adalah legasi yang dibentuk oleh Freemason Yahudi untuk mengucar-kacir perpaduan umat Islam. Beliau dididik oleh Freemason Yahudi yang berpusat di Salonika, Macedonia dan memasuki Islam untuk memusnahkan Islam dari dalam atau dikenali sebagai Dunmah. Beliau mempunyai seorang penasihat Yahudi yang bernama Hakham Yahudi Hasyim Nahun yang menasihat Ataturk dalam politik, ekonomi dan sosial. Islam telah dianggap sebagai penghalang kepada kemajuan, dengan menggunakan slogan garbie doegeo [berarak menuju ke Barat], penggunaan bahasa Arab, pemakaian menutup aurat dan jawatan khalifah telah dihapuskan. Ataturk telah cuba menerapkan prinsip Kamalisme iaitu republik, nasional, populis, estatis, sekular dan revolusionari ke dalam pemikiran masyarakat Turki.

Kedurjanaan Ataturk dengan menggunakan sekularisme telah cuba menghancurkan ajaran Islam ditentang hebat oleh seorang ulama yang bernama Badiuzzaman Said Nursi. Walaupun ditindas dengan kejam, beliau telah berjuang melalui mata pena. Said Nursi menulis risalah yang dikenali Risalah-i Nur ialah himpunan surat yang mentafsir ayat al Quran. Risalah ini cuba membuktikan kebenaran dan kemantapan sistem hidup Islam dengan menggunakan nas al Quran, hadis, ilmu kalam, sains dan sejarah. Selain itu, Said Nursi juga pernah menganggotai parti al-Ittihad al-Muhammadi yang bertujuan mengembalikan ketuanan Daulah Uthmaniyyah dan pelaksanaan syariat selepas kebangkitan gerakan sekular melalui Parti Perpaduan dan Kemajuan sebelum Perang Dunia Pertama. Gerakan al-Nur yang dipelopori oleh Said Nursi ini merupakan asas kepada Jemaah Zaman yang diusahakan oleh murid-muridnya. Angin kebangkitan Islam yang ditiup oleh Risalah-i Nur terus bersemarak di Turki hingga hari ini.

Pada tahun 1946, Turki mengamalkan demokrasi liberal melalui pilihanraya yang memberi peluang golongan Islam menyertainya. Setelah sekian lamanya, parti sekular menguasai pilihanraya, Necmettin Erbakan seorang berkelulusan ijazah kedoktoran [PhD] dalam kejuteraan telah membentuk parti berlatar belakang Islam yang pertama iaitu National Order Party pada tahun 1970 tetapi diharamkan oleh mahkamah perlembagaan pada 20 Mei 1971 atas desakan tentera. Pada 11 Oktober 1971, Erbakan menubuhkan sebuah parti baru iaitu National Selvation Party [NSP] yang telah menyertai pilihanraya pada tahun 1973 dan menang sebanyak 48 kerusi atau 11.8 peratus. Kejayaan ini membolehkan Erbakan membentuk kerajaan campuran dengan parti sekular, Republican People Party.
Dengan kepintaran politik Erbakan, golongan Islamis berjaya memperolehi beberapa jawatan politik seperti Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kehakiman. Pada tahun 1974, NSP bergabung parti Justice Party dalam kerajaan campuran ekoran tentera Turki menyerang Cyprus. Dalam pilihanraya 1977, NSP mendapat 8.6 peratus undi atau 27 kerusi. Peratusan yang kecil ini masih menghidupkan peluang NSP menyertai kerajaan campuran Justice Party. Kerajaan campuran telah dibubarkan oleh rampasan kuasa tentera pada tahun 1980 ekoran kebimbangan impak negatif daripada Revolusi Iran pada tahun 1979.

Turki kembali kepada pemerintahan demokrasi pada tahun 1982, Erbakan melalui pengikutnya, Ali Tukmen telah menubuhkan Parti Refah pada 19 Julai 1983. Dalam pilihanraya 1984, Parti Refah telah berjaya mendapat 7.8 peratus tetapi 10 tahun kemudian Parti Refah mendapat 21.38 peratus atau 158 kerusi yang diadakan pada 25 Disember 1995. Sebelum itu dalam pilihanraya bandaran pada 27 Mac 1994, Parti Refah berjaya menguasai 327 majlis bandaran termasuk Istanbul dan Ankara. Dalam pilihanraya ini juga Parti Refah berjaya menguasai 28 daripada 76 wilayah di seluruh Turki. Parti Refah telah mengadakan kerajaan campuran dengan parti sekular True Party pimpinan Tansu Ciller. Erbakan telah dilantik sebagai Perdana Menteri Turki.

Dasar pro-Islam Erbakan menyebabkan pemerintahannya ditekan oleh tentera dan Erbakan terpaksa meletakkan jawatan pada tahun 1997. Mahkamah Perlembagaan Turki telah mengharamkan Parti Refah pada bulan Januari 1998 kerana mengancam prinsip sekular dan Erbakan dilarang bergiat dalam politik. Berikutan pengharaman ini, Virtue Party ditubuhkan oleh pengikut Erbakan, Rejai Kutan pada akhir tahun tahun 1997 tetapi parti diharamkan pada tahun 2001. Setelah pengharaman parti Virtue, Rejai Kutan telah menubuhkan parti Saadet manakala golongan reformis dalam Parti Refah yang dipimpin oleh Recep Tayyip Erdogan dan Abdullah Gul menubuhkan Justice and Development Party [AKP] pada tahun 2001.
Dalam pilihanraya yang diadakan pada 3 November 2002, AKP telah berjaya memperolehi 34.28 peratus atau 365 kerusi telah membolehkan AKP menubuhkan kerajaan Turki sehingga kini. Erdogan telah dilantik sebagai Perdana Menteri setelah AKP meminda perlembagaan agar Erdogan dibenar bergiat aktif dalam politik. Sebelum ini, Erdogan adalah Dato Bandar Istanbul yang pernah dipenjara dan dilarang berpolitik kerana membaca puisi Mehmet Akif yang dianggap menghina prinsip sekular Turki. AKP semampu yang mungkin cuba menerapkan semangat Islami dalam pentadbiran dan cuba menggelak konflik dengan tentera yang mengawal prinsip sekular.

Walaupun Turki mengamalkan sekularisme secara total, parti berakar-tunjangkan Islam berjaya menjadi kuasa penentu dalam proses penubuhan kerajaan di Turki kerana kelemahan prinsip populis Kamalisme iaitu siapa yang lebih popular akan berkuasa. Erdogan merupakan Dato Bandar Istanbul yang popular telah berjaya menyediakan kemudahan untuk rakyat Turki semasa pemerintahan Parti Refah. Parti Refah sendiri pernah menyelesaikan masalah hutang bandar-bandar dikuasainya yang berjumlah USD16 bilion dan meningkat pendapatan daripada USD 150 juta pada tahun1994 kepada USD1.87 bilion dalam tahun 1997.
Menurut Perlembagaan Turki setiap warganegara yang berusia 18 tahun ke atas mempunyai hak menubuhkan parti politik, menyertai parti politik atau meninggalkan mana-mana parti politik. Peluang ini memudahkan parti berlatar belakang Islam yang diharamkan menubuhkan kembali organisasi mereka dengan hanya menukar nama baru. Sistem pilihanraya berasaskan peratusan undi popular juga membantu parti berasaskan Islam. Dalam sistem ini, setiap parti perlu mendapat 10 peratus undi bagi mendapat kerusi. Setiap wilayah akan diberi satu kerusi parlimen dan bakinya akan dibahagikan kepada parti yang mendapat lebih daripada 10 peratus undi.

Cabaran parti Islam dalam pemerintahan di Turki adalah menghadapi 3 institusi yang melindungi ideologi sekular iaitu tentera, badan birokrasi dan badan politik. Perlembagaan Turki telah menetapkan negara tersebut adalah sebuah negara sekular dan tiada kuasa yang dibenarkan menggugatnya. Ideologi sekular ini dilindungi oleh tentera yang bertindak seganas mungkin termasuk merampas kuasa jika ada pihak yang cuba mencerobohi ideologi sekular. Erbakan sendiri beberapa kali ditekan sehingga beliau dibersarakan daripada kancah politik. Kebangkitan generasi muda untuk memperjuangkan Islamisasi diharapkan membawa perubahan baru kepada gerakan Islam. Selama ini rakyat Turki dididik secara sekular sehingga mereka bersifat lebih Barat daripada orang Barat dan bersifat anti-Islam yang dianggap agama anti-pembangunan dan mundur.

Kebijaksanaan Erbakan dapat dilihat apabila beliau telah melatih kadernya melalui sekolah Iman Hatip supaya dilahirkan profesional berjiwa Islam dan menubuhkan jaringan perdagangan Islam yang dikenali MUSIAD [Persatuan Peniaga dan Pengusaha Bebas] pada 5 Mei 1990. Persatuan ini menyatukan usahawan pro-Islam dalam pelbagai bidang. Pada tahun 1991 sebanyak 400 orang telah menyertai MUSIAD dan jumlah ini bertambah kepada 1700 orang pada tahun 1993. Jumlah ini bertambah kepada 3000 orang pada tahun 1998 dengan anggaran pendapatan $ 2.97 bilion. Kedudukan ekonomi yang kukuh membolehkan MUSIAD pimpinan Ali Bayramoglu membantu parti politik berlatar belakang Islam di sebalik tabir.
Selain gerakan politik Islam dan ekonomi, gerakan sosial berasaskan Islam turut memainkan peranan penting di Turki. Gerakan sosial Islam Turki ini dipimpin oleh Fethullah Gulen seorang pemikir yang terpengaruh dengan pemikiran Said Nursi. Gerakan Gulen menggunakan pendekatan non-politik berasaskan semangat dialog dan toleransi. Gulen sering berbicara tentang sains dan Islam, demokrasi, pemodenan, agama dan semangat toleransi. Gulen sendiri kerap kali mengkritik dan menyokong cadangan sama ada daripada pihak sekular atau Islamis. Gulen cuba merapati semua pihak di Turki dengan menggunakan kesederhanaan tanpa terlalu pro atau kontra terhadap mana-mana pihak. Penyertaan non-muslim dalam gerakannya membuktikan Gulen mementingkan dialog antara agama bagi mendekatkan ajaran Islam dengan non-muslim.

Gerakan Gulen bukanlah satu gerakan yang mempunyai institusi khas atau lambang rasmi tertentu. Pembabitan gerakan ini dapat difahami dalam kerangka kumpulan kepentingan [intrest group]. Ia digerakkan oleh Yayasan Guru Turki dan Yayasan Penulis dan Wartawan yang bergiat dalam aktiviti pendidikan dan media massa. Gerakan Gulen memiliki hampir 200 buah sekolah daripada Tanzania ke China dan 100 buah sekolah di Turki. Dalam media massa, gerakan Gulen memiliki akhbar Zaman, saluran TV Samanyolu dan stesen radio Burc. Kekuatan ini membolehkan Gerakan Gulen menjadi pengimbang kuasa antara pihak Islamis dan sekular sehingga cuba didekati oleh semua pihak di Turki. Sokongan Gerakan Gulen dapat mempengaruhi keputusan-keputusan dalam pemerintahan di negara Turki.

Begitulah keunikan gerakan Islam di Turki, sebuah negara mengamalkan ideologi sekular secara total. Secara keseluruhannya, gerakan Islam haruslah menggunakan kebijaksanaan bagi mendepani setiap cabaran berdasarkan suasana tempatan. Kebolehan gerakan Islam di Turki mendepani cabaran pihak sekular perlu ditauladani oleh gerakan Islam di seluruh dunia. Oleh sebab itu, keupayaan menggunakan strategi san jieche [gabungan tiga] iaitu penyatuan kekuatan politik daripada dalam kerajaan, luar kerajaan dan gerakan non-politik perlu digembleng bagi memperkasakan sesebuah gerakan Islam.

Thursday, June 11, 2009

Kepentingan Memahami Sejarah Rasulullah SAW

Muqaddimah / Makna Sirah / Sumber-sumber Kajian Sirah Nabawiyah / Karakteristik Sirah Nabawiyah / Fungsi Sirah Nabawiyah / Penutup

I.Muqaddimah

• Tidak ada satu pun biografi kehidupan seseorang di dunia ini selengkap biografi Rasulullah SAW.
• Kita boleh menyemaknya mulai dari masa pernikahan Abdullah dan Aminah -ayah bunda beliau- sampai dengan wafatnya.
• Kita boleh mengenal jelas waktu kelahirannya, masa kecil dan masa mudanya. Apalagi setelah beliau diangkat sebagai Nabi dan Rasul, dengan terperinci.
• Biografi beliau merupakan sejarah lengkap kehidupan seorang manusia yang dimuliakan dengan risalah Allah, yang tidak terlepas dari sisi-sisi kemanusiaannya.
• Maka sangatlah relevan bila Allah SWT memerintahkan agar individu Muhammad SAW diteladani dan dijadikan rujukan hidup umat manusia.
• Firman Allah : "Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah." (QS. Al Ahzab : 21)
• Kehidupan beliau sangat kompleks, menyangkut segala aspek kehidupan, sehingga tidak ada satu sisi pun dari kehidupan manusia yang terlepas dari sisi kehidupan beliau.
• Beliau adalah seorang suami terbaik dari beberapa orang isteri, seorang ayah terbaik dari beberapa orang anak, seorang datuk terbaik dari beberapa orang cucu, seorang mertua terbaik dari beberapa orang menantu, seorang menantu terbaik dari beberapa orang mertua, seorang pemimpin yang adil, seorang panglima yang cerdas, seorang politikus yang ulung, seorang yang paling sukses dalam dakwahnya, dan kesemuanya itu dilandasi dengan keagungan akhlak beliau. Firman Allah : "Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung." (QS. Al Qalam : 4)
• Biografi beliau juga merupakan petunjuk praktis dan aplikatif bagi umat manusia dalam menjalankan tugasnya sebagai khalifah dan pelaksana hukum Allah (Al Qur'an) di muka bumi ini.
• Aisyah ra. menyimpulkan : "Akhlak Rasulullah adalah Al Qur'an"
• Al Imam Asy-Syafi'i mengatakan, "Apa yang beliau perbuat adalah apa yag beliau fahami dari al Qur'an."
• Oleh karena itu, memahami biografi beliau merupakan bahagian yang tidak terpisah dari memahami Islam itu sendiri, karena ia adalah saksi nyata, saksi hidup dari buah Iman dan keyakinan yang mantap terhadap Dienul Islam, yang terjelma pada sosok pemimpin teladan yang agung, juga tercermin dalam kehidupan generasi pertama yang tumbuh hidup ditangan didikan beliau sendiri.
• Biografi Rasulullah SAW ini kita kenal sekarang dengan istilah Sirah Nabawiyah.

II.Makna Sirah

• Ibnu Mandzur dalam ‘Lisanul Arab' mengatakan bahwa As Sirah menurut bahasa berarti kebiasaan, jalan / cara, tingkah laku.
• Sedangkan menurut istilah umum, berarti rincian hidup seseorang atau sejarah hidup seseorang.
• Namun sudah menjadi kesepakatan umat manakala menyebut as-Sirah, yang dimaksud adalah as-Sirah an-Nabawiyah artinya sejarah hidup Rasulullah SAW dan kini sudah menjadi satu nama / istilah dari disiplin ilmu tersendiri.

• Para ulama ahli sejarah dahulu memakai istilah ‘Ilmu peperangan dan Sejarah' .
• Pada dasarnya pembahasan Sirah Nabawiyah mencakup 3 bahasan pokok :

1. Sejarah kehidupan Rasulullah SAW sejak tanda-tanda kenabian (sejak lahir) sampai wafatnya.
2. Sejarah kehidupan para sahabat yang beriman dan berjihad bersama beliau.
3. Sejarah penyebaran Dienul Islam yang dimulai turunnya Al 'Alaq di gua Hira sampai berduyun-duyun umat manusia di jazirah Arab memasuki Islam.

III.Sumber-sumber Kajian Sirah Nabawiyah

1. Al Qur'an: Al Qur'an merupakan sumber pokok kajian Sirah nabawiyah, karena Al Qur'an merupakan data paling tepat untuk catatan semua peristiwa-peristiwa penting yang pernah terjadi di alam ini.
• Yang menuturkannya adalah satu-satunya saksi sejarah yang masih hidup dan tidak akan pernah mati, bahkan Allah sendirilah pemprogram semua peristiwa sejarah itu.
• Tetapi Al Qur'an sendiri tidak secara rinci memuat peristiwa-peristiwa sejarah, hanya secara global saja.
• Oleh karena itu kita tidak hanya cukup bersandar pada Al Qur'an saja dalam kajian Sirah Nabawiyah ini, tetapi perlu didukung oleh sumber-sumber lainnya.

2. As Sunnah An Nabawiyah Ash Shahihah: Yakni Sunnah yang telah dihimpun oleh para ulama hadits dengan cara periwayatan yang sangat cermat, seperti 6 kitab standard dalam ilmu hadits : Shahih Bukhari, Shahih Muslim, Sunan Abu Dawud, Sunan An-Nasa'i, Sunan Ibnu Majah, dan Sunan At-Tirmidzy. Juga Muwaththa' Imam Malik dan Musnad Imam Ahmad boleh dijadikan sumber kajian Sirah.

3. Kitab-kitab Sirah, Dalail dan Syama'il. Seperti Sirah Ibnu Hisyam karya Abu Muhammad Abdul Malik Ibn Ayyub Al Humairy (213 atau 218 H), Thabaqat Al Kubra (Thabaqat Ibnu Sa'ad) karya Muhammad Ibnu Sa'ad Ibnu Munei' Az-Zuhry (168 - 230H), Tarikh Ath-Thabary karya Abu Ja'far Muhammad Ibnu Jarir Ath-Thabary (223 - 310 H), Dala'ilunnubuwwah karya Al Imam Al Baihaqy, Asy-Syamail karya Al Imam At-Turmudzy, Al-Khashaish Al Kubra karya Imam As-Suyuthy, dll.

IV.Ciri-ciri Sirah Nabawiyah

• Ciri-ciri Sirah Nabawiyah sangat terkait dengan karakteristik Al Qur'an dan As-Sunnah, karena ketiganya merupakan mata rantai yang tidak terpisahkan.

• Namun di sisi lain ada perbezaan-perbezaan yang disebabkan karena unsur kemanusiaan peribadi Rasulullah SAW. Asy-Syumul (Universal), yakni mencakup seluruh aspek kehidupan manusia. Karena beliau diutus untuk dicontoh dan dijadikan tauladan oleh umat manusia.

• Al-Mahfudh (Terpelihara), yakni Allah SWT memelihara Sirah Nabawiyah seperti Sunnah Nabawiyyah, karena pemeliharaan keduanya merupakan indikasi pemeliharaan terhadap Al Qur'an sendiri. Al-'Amaliyyah (Aplikatif), yakni Sirah Nabawiyah sangat mungkin untuk diaplikasikan dalam setiap masa, setiap tempat dan keadaan serta setiap permasalahan.

V.Fungsi Sirah Nabawiyah Mengkaji Sirah Nabawiyah

• Fungsi Sirah Nabawiyah Mengkaji Sirah Nabawiyah dan memahaminya bukanlah seperti merenungkan peristiwa-peristiwa sejarah, bukan pula menguraikan keindahan tutur kata dari pencatatan suatu peristiwa, sebagaimana pencatatan sejarah hidup seorang raja atau pemimpin biasa.

• Akan tetapi bertujuan supaya seorang muslim mempunyai gambaran nyata tentang hakikat Islam yang sebenarnya, yang tercermin dalam sosok kehidupan Rasulullah SAW.

• Jadi tiada lain kecuali suatu usaha aplikatif untuk merealisasikan hakikat Islam yang sempurna.

• Fungsi memahami Sirah Nabawiyah tercermin dalam point-point berikut:

Meletakkan dasar yang kuat tentang Kerasulan Muhammad SAW. yang hasil darinya:

• membenarkan setiap apa yang beliau khabarkan (QS 53:3-4),
• mentaati apa yang diperintahkan (QS. 4:59),
• menjauhi apa yang beliau larang (QS 59:7)
• beribadat menurut syari'atnya dan
• mencintainya (QS 9:23-24).
• Bersabda Rasulullah SAW: "Tidak beriman seseorang (dengan sempurna) di antara kalian kecuali aku lebih dicintai dari pada dirinya sendiri, orang tua dan seluruh manusia."
• Dengan dasar ini maka secara langsung merupakan senjata yang ampuh dan kuat untuk menangkis setiap serangan yang dilancarkan oleh musuh-musuh Islam yang selalu berupaya melontarkan syubuhat (kerancuan-kerancuan) tentang kebenaran risalah dan kenabian Muhammad SAW.
• Mereka bertujuan supaya kalimat kedua dari dua kalimat syahadat hanya menjadi pemanis bibir dan hiasan basa-basi pada percakapan resmi. Penjelmaan di hadapan seorang muslim sebuah sosok yang jelas dengan sisi-sisi kehidupan yang patut dicontoh sebagai aplikasi dari ayat 21 surat Al-Ahzab, sehingga mendapatkan contoh yang nyata dalam pelaksanaan Dienul Islam.
• Akan tetapi sayangya, sejarah hidup Rasulullah SAW untuk sementara ini hanya sekedar buku bacaan yang terkadang tidak difahami karena berbahasa arab, interaksi dengannya hanya sebatas seremonial / ritual yang belum tentu didizinkan oleh Allah dan RasulNya.
• Hasilnya umat Islam sudah kehilangan figur contoh dan idolanya.
• Kajian Sirah Nabawiyah membantu dalam menelaah Kitabullah (Al Qur'an), merasakan ruhnya dan menangkap pesan-pesannya. Dengan demikian Al Qur'an difahami dengan benar, baik secara tektual ataupun kontektual.
• Banyak sekali ayat-ayat Al Qur'an yang tidak bisa difahami / ditafsirkan secara benar kecuali dengan merujuk kepada Sirah Nabawiyah yang berkaitan dengan ayat-ayat itu.
• Sebagai contoh surat Al-Anfal. Surat ini hanya bisa difahami dan bisa diambil ibrahnya manakala kita baca Sirah Nabawiyah tentang perang Badar.
• Kajian Sirah Nabawiyah memberikan manhaj (methode) yang jelas bagi para da'i untuk meneruskan perjuangan mulia para Nabi dan Rasul. Juga memberikan gambaran susunan agenda dan alpabeta kerja da'wah secara rinci dan jelas.
• Dalam perjalanan da'wah Rasulullah SAW, di kenal dua buah fase/tahapan da'wah :
Fasa Makkiyah (selama beliau berda'wah di Makkah ).

1. Penekanan dengan penyampaian dan penyebaran da'wah, baik secara rahasia ataupun secara terang-terangan, dimulai dari keluarga terdekat, sebagai penyelamatan manusia dari kesesatan kepada petunjuk yang terang, mengeluarkan umat manusia dari kegelapan jahiliyah kepada cahaya Islam yang terang benderang.

2. Penekanan dengan mendidik / mentarbiyah orang-orang menerima da'wah dan beriman kepada da'wah beliau, mentazkiyah / menyucikan jiwa mereka, untuk membentuk basis masyarakat Islami dengan jalan: -mengajarkan Dienul Islam -mengaplikasikan Islam dalam kehidupan mereka. -memperdalam makna ukhuwah islamiyah di antara mereka -saling berwasiat dengan haq dan kesabaran.

3. Berusaha untuk tidak memberikan perlawanan secara fisikal terhadap gangguan dan rintangan da'wah, cukup dengan jihad da'wah. Padahal musuh-musuh Islam menyerangnya dengan berbagai kekuatan fisikal. Bahkan Khobbab ibn Al-Arot ra pernah mengadu kepada Rasulullah SAW tentang siksaan yang diderita oleh shahabat yang lain. Shahabat Khobbab lalu mengusulkan agar kaum Muslimin diizinkan memberikan perlawanan fisikal atau Rasulullah berdo'a kepada Allah untuk kehancuran orang-orang kafir. Tapi beliau menganggap tindakan itu sebagai langkah isti'jal (ketergesa-gesaan).

4. Terus bergerak dengan da'wah, tidak terfokus pada Makkah saja, hijrahnya beberapa orang ke Habasyah, perginya beliau ke Tha'if, usaha beliau untuk menjalin hubungan dengan jemaah haji yang datang ke Makkah di musim haji merupakan bukti amanah beliau dalam menyampaikan Risalah Islam.

5. Kesinambungan kerja dalam meletakkan strategi dan langkah-langkah untuk masa depan da'wah islamiyah. Seperti mengadakan perjanjian dan sumpah setia (bai'at) dengan orang-orang Yatsrib; kemudian mengutus Mus'ab bin Umair kepada mereka untuk mengajarkan Al Qur'an dan Islam; berusaha memiliki kontak dengan kabilah-kabilah di luar kota Makkah untuk mencari suaka dan tempat berlindung; Dan akhirnya beliau hijrah ke Yathrib/Madinah dengan strategi yang sangat rapi dan matang.

Zaman Madaniyah (selama beliau berda'wah di Madinah)

1. Penekanan dalam pemantauan proses penyampaian da'wah, tarbiyah dan tazkiyah kepada orang-orang yang menerima da'wah dengan cara penyampaian Al Qur'an, mengajarkannya dan menerapkannya dalam kenyataan hidup mereka. Juga kepentingan pembangunan masjid sebagai tempat pembinaan umat, mempersaudarakan antara orang-orang Ansar dan Muhajirin serta terus mempererat hubungan persaudaraan di antara mereka.

2. Penuh perhatian dengan berdirinya suatu tatanan masyarakat atau tata perlembagaan masyarakat Islami (daulah) setelah ketiga unsurnya sempurna, yaitu: - adanya basis masyarakat yang beriman, hal ini sudah beliau persiapkan sejak diutusnya Mus'ab bin Umair ke Yatsrib sebelum Hijrah. - adanya basis geografis yang aman, di mana kota Yathrib sangat strategis kalau dilihat dari berbagai aspeknya, di samping sebagai realisasi petunjuk Allah dalam mimpi beliau (mimpi seorang Nabi merupakan wahyu yang benar). - adanya aturan hidup yang jelas, yakni syari'at Islam yang terus mengatur interaksi masyarakat.

3. Penekanan pada melaksanakan aplikasi syari'at Islam bagi seluruh lapisan masyarakat tanpa pandang bulu, baik untuk perorangan atau masyarakat luas. Malah beliau menegaskan, putri beliau tercinta pun tidak akan lepas dari hukum tersebut, apabila ia melanggar.

4. Berusaha mengadakan perdamaian dengan musuh-musuh Islam yang mahu berdamai dan berusaha untuk hidup berdampingan dalam suatu tatanan masyarakat Islami.

5. Menghadapi musuh-musuh Islam yang berusaha menyerang dengan jalan melakukan peperangan, mengadakan latihan dan patroli ketenteraan serta terus mengadakan mobilisasi pasukan mujahidin yang siap tempur bila saja beliau minta. Sebagai contoh adalah kesah Hanzalah. Beliau tidak sempat mandi junub setelah malam pengantinnya karena mendadak ada penggilan jihad menuju Uhud. Di dalam perang Uhud sahabat Hanzalah syahid. Malaikatlah yang memandikan beliau sebelum akhirnya dikuburkan oleh kaum muslimin.

6. Merealisasikan Alamiyatudda'wah Al-Islamiyah, sebagai Rahmatan lil ‘Alamin dengan cara mengirim utusan-utusan dan surat-surat da'wah ke berbagai daerah atau negara tetangga serta menerima tamu-tamu dari utusan negara lain sebagai bukti bahwa da'wah beliau untuk seluruh umat manusia.

7. Kajian Sirah Nabawiyah termasuk aktiviti ilmiah kita yang bernilai ibadah. Ayat 21 surat al-Ahzab secara jelas memerintahkan kita berqudwah kepada Rasulullah SAW. Tidak mungkin kita boleh berqudwah kepada beliau kecuali dengan mengenal, mengkaji dan memahami Sirahnya. Dalam kaidah syar'iyyah sering kita jumpai: "Segala sesuatu yang mendukung sempurnanya suatu kewajiban, maka hukumnya wajib".

8. Dengan mempelajari Sirah Nabawiyah, Umat Islam secara tidak langsung mempunyai standard baku dan benar dalam menilai keadaan kehidupan masyarakat semasa, di mana masa kehidupan Rasulullah SAW dan para sahabatnya merupakan puncak kesempurnaan dari kehidupan umat manusia sepanjang sejarah.

VI.Penutup

• Para ulama Salaf (terdahulu) dan Khalaf (kontemporari) sangat mengambil berat dengan kajian Sirah Nabawiyah.
• Ali Ibn Al-Hasan menuturkan:"Kami mengajarkan Maghazi (peperangan) Nabi SAW seperti kami mengajarkan salah satu surat dari Al Qur'an". Lihat Al-Bidayah Wan-Nihayah - Ibn Katsir juz 3 hal. 241.
• Urwah ibn Az-Zubair ibn Awwam (23 H - 93 H) adalah orang yang pertama mentadwin peristiwa-peristiwa Sirah yang ia dengar dari para shahabat, kemudian Aban ibn Utsman ibn Affan (32 H - 105 H), Abdulloh ibn Abu Bakar Al-Anshary ( wafat 124 H ), Muhammad ibn Muslim ibn Syihab Az-Zuhry ( 50 H - 124 H ) dll.
• Di kalangan ulama semasa, kajian Sirah Nabawiyah tetap bersandar kepada apa yang ditulis oleh para ulama salaf, tapi lebih dititikberatkan kepada ibrah dan komentar-komentar untuk dijadikan bahan pemahaman mendalam. Seperti „Fiqhus Sirah" karya Syekh Muhammad Al-Ghazali) (sudah diterjemahkan) dan masih banyak buku-buku sejenis yang belum diterjemahkan.
Semoga makalah sederhana ini menjadi penyulut semangat kita dalam mengkaji Sirah Nabawiyah selanjutnya.

DAFTAR KEPUSTAKAAN

1. As-Sirah An-Nabawiyah, Ibnu Hisyam.
2. Fiqhus-Sirah An-Nabawiyah, Munir Muhammad Ghadban, Ummul Quro University, cet. I, th 1989.
3. Fiqhus-Sirah, Dr. Muhammad Said Ramadhan Al-Buthy, Darul Fikry, cet. 2 th. 1980.
4. As-Sirah An-Nabawiyah (durus wa'ibar). Dr. Musthafa As-Siba'y, Al-Maktab Al-Islami, cet. 7, th. 1984.
5. Syu'aun min As-Sirah An-Nabawiyah, Dr. Rajih Abd. Hamid Al-Kurdy, Darul Furqan, cet. I, th. 1985


Thursday, June 4, 2009

Manisnya Cinta


2Siapa yang tidak mau mencicip manisnya cinta tidak akan bisa menikmati kehidupan” – Ibn Qayyim Al-Jauziyah


Hari ni, panjang lidah saya mahu berbicara erti CINTA. Saya bukanlah arif tentang CINTA, tapi minda saya kerap kali berfikir. Apakah rasanya bila kita dilamun CINTA? What is like to love and be loved in return? Orang kata first love is the greatest, CINTA pertama adalah kenangan. Seorang kawan pernah mengatakan pada saya bahawa dia merasa hidupnya telah sempurna, setidaknya dia telah memiliki cinta pertama, cinta sejati dan (masih katanya pula) cinta terakhir. Lantas dia bertanya kepada saya: “Bagaimana denganmu?”

Memang, jika menggunakan persepsi cinta mutakhir temuan kawan saya itu, hidup saya belumlah sempurna, setidaknya saya masih menemukan satu cinta dalam hidup saya: cinta pertama yang berakhir tragis. Akan tetapi, bukan bererti saya tidak pernah merasakan hal-hal yang istimewa dari kisah cinta yang saya, dan darinya pulalah, saya belajar mengenai apa yang disebut dengan cinta. Hasilnya.....

Tapi, benarkah CINTA tu buta? Pada pendapat saya, CINTA sebenarnya tidak buta. CINTA adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan. Apa yang buta ialah bila CINTA itu menguasai diri kita tanpa pertimbangan. CINTA ITU TIDAK BUTA, TETAPI IA TIDAK MELIHAT. Kata pujangga, CINTA letaknya di hati. Meskipun tersembunyi, namun getarannya jelas sekali. Ia mampu mempengaruhi fikiran sekaligus mengendalikan tindakan kita sehingga kadangkala kita melakukan hal terbodoh tanpa sedari...



Jika saya mula menyayangi, akan saya ikhlas menyayangi dia atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi sekiranya aku benar menyintainya setulus hati. Anda pula macam mana? Masing2 punya kisah CINTA sendiri, tapi CINTA lebih tua daripada alam ini kerana alam ini dijadikan Allah atas dasar CINTA. Usah diratapi perpisahan dan kegagalan bercinta kerana hakikatnya jodoh itu bukan ditangan manusia. Atas kasih sayang Tuhan, kamu dan dia bertemu dan atas limpahan kasih-Nya, jua kamu dan dia dipisahkan bersama hikmah yang tersembunyi. Pernahkah kamu terfikir kebesaran-Nya itu? Sesungguhnya ALLAH MAHA BESAR..


Kata orang. kahwinilah orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang itu. Betul ke? Saya setuju dengan kenyataan yg satu ni. Sebab, itu adalah lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tetapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian diri sendiri daripada mengubah pendirian orang lain.


Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan CINTA namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu. Cemburu dalam bercinta adalah perkara biasa. Kata orang cemburu tu tandanya sayang, tapi jangan disebabkan cemburu, CINTA yang terbina hancur. Apa yang diperlukan adalah perasaan saling percaya dan hormat menghormati…


Saya bukanlah seorang pujangga CINTA…tapi tulisan saya ini terhasil dari perasaan dan kata hati saya yang amat menghormati perasaan CINTA itu sendiri. Jangan sesekali mengkhianati perasaan hati kita kerana akibatnya, hanya kita yang akan sengsara; bukan orang lain. Salah satu cabaran paling sukar dalam hidup ialah mencari orang yang tahu segala kelemahan dan kekurangan diri kita, tetapi dia masih sanggup menyayangi dan mencintai kita dengan sepenuh hatinya.


Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita. Nasihat saya, jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kita tidak mencintainya lagi jika masih tidak dapat melupakannya. Kata orang..Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cubamenutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama. Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.


Cinta dalam Al-Qur’an terkesan tunggal, sederhana, mampu dibilang hitam-putih. Islam dengan tegas mengategorikan cinta dalam dua bingkai besar, yaitu cinta kepada Allah (mahabbah ilallah) dan cinta karena Allah (mahabbah billah/mahabbah ma’allah). Bila dibentukkan dengan konsep cinta menurut pandangan masyarakat awam, realiti hidup , atau ranah pengetahuan dan budaya lain, keyakinan tersebut terkesan ganjil, naif, menafikan jenis cinta yang lain. Akan tetapi, pada hakikatnya kita mampu mamaknainya dengan begitu luas diselaraskan dengan pengalaman-pengalaman yang melahirkan pengetahuan pada kehidupan kita sehari-hari, seperti contoh-contoh yang diberikan sendiri oleh Allah melalui kisah-kisah orang-orang pilihan-Nya di dalam Al-Qur’an.

Ada CINTA yang agung antara hamba dan Tuhannya. CINTA kudus antara bonda dan anaknya. Ada CINTA rafik yang setia. Ada CINTA berahi antara kekasih teruna dara. Ada CINTA persaudaraan yang tiada bandingnya. Ada CINTA sesama makhluk yang begitu mulia dan CINTA dikatakan hampir tidak memilih usia. Ia juga tidak mengira rona bangsa. Tidak ada miskin kaya dalam catatan kamus CINTA. Justeru, CINTA dikatakan sesuatu yang cukup luar biasa dalam cakerawala hidup setia jiwa.


“ Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak Mengetahui “.al-Baqarah Ayat 216.

Tuesday, June 2, 2009

Cinta Oh Cinta


Romantik, Caring, Sentimental Value, Sehati Sejiwa, Fantastik: Semuanya Hanyalah Plastik

Melibatkan diri dalam perhubungan erat yakni dunia percintaan yang lebih ke arah nilai-nilai di atas semuanya adalah plastik atau tiada pengertian cinta hakiki sebenarnya. Cinta di atas lebih ke arah kepada rangsangan nafsu yang disalah erti kerana perhubungan persahabatan yang rapat dan terbuai oleh dodoian perasaan.

Sebab hakikat percintaan yang di benarkan oleh Islam ialah asas daya tarikan kepada kewarakan seseorang yang menjadi tarikan kepada cinta yang bersyariatkan islam.

Kebanyakan persahabatan yang lebih bermotifkan memikat sememangnya lebih ke arah sentimental value yakni lebih kepada pemberian hadiah tidak kira apa jua barangnya. Jika tidak berminat masakan nak mengorbankan wang kepada seseorang. Romantik pada dasarnya adalah bukan satu prinsip di dalam Islam. Oleh itu, bagaimanakah akan wujudnya hubungan romantik sekiranya mereka tidak berhubungan atas alasan kalau hanyalah melalui asas pendekatan Islam ?

Cinta di dalam Islam sebenarnya tiada hubungan romantik atau caring atas alasan jika benar pencinta pencinta yang memahami corak Islam lebih ke arah menulis peringatan peringatan Allah yang senantiasa takutkan kemurkaan Allah di dalam konteks cara perhubungan walaupun mungkin tidak pernah berdating. Malah orang yang bercinta di dalam bentuk syariat Islam takut untuk berhubungan secara menulis kerana was was dengan keupayaan menahan bentuk luahan hati yang akan menimbulkan zina hati.

Malah orang yang benar benar beriman takut untuk berhubungan melalui telefon atau kaedah bercakap yang penuh lemah lembut dalam bentuk hubungan lain seperti chat kerana biasanya kekerapan hubungan percakapan lebih ke arah tidak tertapis dan bisa menggoda keimanan dengan rasa rindu dengan suara dan gurauan sehingga akhirnya membuat tautan rasa cinta asmara dana bermula kecuali bagi mereka yang benar-benar tidak ada masalah hati, itu pun boleh menjadi satu bentuk perhubungan awalan jika tidak disekat. Semakin kerap berhubung akan menjadikan semakin rapat perhubungan dan akhirnya tanpa mengimbangkan kewarasan akal dan lebih mementingkan perasaan dan nafsu akhirnya menjerumus kepada kefahaman itulah cinta yang sebenarnya.

Kerana atas dasar apa rasa rindu yang amat sangat? Sedangkan hakikat rindu yang sebenar ialah rindukan Allah. Orang yang beriman dapat menangkis ketahanan rindu apabila asas cinta benar benar berlandaskan iman. Bukankah di dalam Islam sendiri sudah menggaris pandu corak meminang wanita, tetapi anak-anak muda dewasa ini lebih suka kepada bercinta dan mencari cinta serta mencari masalah di dalam konteks perhubungan cinta yang mana akhirnya akan terjebak di dalam lautan cinta yang memabukkan.

Cinta berasaskan Islam ialah cintakan kebaikan, keimanan dan keutuhan pendirian kerana ia adalah asas kepada tiang pengukuhan iman di hari depan. Malah cinta di dalam Islam lebih ke arah rasa hormat, malu dengan kewarakan responden kerana itulah cinta hakiki yang tidak boleh dijual beli.

Malah malu untuk berkata-kata di sebalik kata-kata yang tidak sepatutnya. Apabila individu itu benar-benar mencintai seseorang itu atas sifat-sifat di dalam diri respondennya, ia lebih ke arah sifat mengkagumi untuk memilikinya tanpa syak dan was was akan kebaikan, keimanannya dan keutuhan pendirian responden. Jika ia benar-benar memahami konteks iman di dalam percintaan yang terbina di dalam dirinya, daya tarikan ke arah cabaran cabaran cinta luaran murahan yang mendatang tidak bisa menembusinya. Maka tidak ada dua tiga ke atau empat sikap jatuh cinta di dalam satu masa.

Malah, masalah samada sayang atau tidak sayang tidak timbul kerana asas cinta sebenar ialah keupayaan untuk sama sama menggembeling meningkatkan iman andaikata terbina ikatan yang di akhiri ukhwah di dalam percintaan iaitu ikatan rumahtangga. Cinta berasaskan Islam dan syariat lebih ke arah memupuk ukhwah islamiyah di dalam pemantapan jasmani dan rohani. Itulah cinta yang sebenar di dalam Islam. Bukan seperti sebahagian dari anak-anak muda yang tidak memahami konteks percintaan hakiki yang mana terlalu mudah jatuh cinta dengan hanya sekali pandang, dan juga dengan hanya tautan kata -kata.

Sememangnya tidak dinafikan kuasa cinta benar-benar dapat menguasai respondennya. Ada yang berubah sikap dengan rangsangan cinta. Sebagai contoh ada yang semakin beriman, semakin baik dan semakin terdidik kerana nasihat dan peringatan oleh orang yang dicintainya. Tetapi adakah rangsangan itu akan terus berkekalan andaikata cinta berpaling arah atau tidak menjadi. Inilah yang dibimbangi kerana rangsangan cinta murahan hanya satu kepura-puraan yang tidak berkekalan atas asas tujuan untuk memikat hati. Ada yang jadi baik dan bercakap yang baik-baik di depan orang yang dicintainya. Maklumlah orang yang dicintai itu seorang yang beriman. Tetapi bila bercakap dengan kawan-kawan lain mulalah membebel entah apaapa kerana tiada asas malu.

Sebab itu di dalam konteks perhubungan cinta sesama Islam, jika ingin memulakan ikatan cinta itu berasaskan cinta yang penuh didikan iman, perhatikan muamalat responden agar tidak tersalah jatuh di dalam jerat percintaan yang tidak patut. Sebab ia lebih ke arah mengheret masalah baru. Mungkin akan menjatuhkan ke lembah hina seperti yang terjadi di dalam kes Nur Aisyah Bukhari. Semuanya bermula dari kesilapan Nur Aisyah sendiri yakni tidak memerhati, memikir baik-baik dan memutuskan apa yang di cintainya itu layak atau tidak untuk dicintai. Sungguhpun di katakan Nur Aisyah sudah terdidik sebelum ini, akan tetapi iman yang sebenarnya ialah dari asas pendekatan dirinya sendiri. Ilmu yang dipelajarinya sekiranya tidak diamalkan akan menjadi perosak di dalam dirinya maka itulah yang berlaku di dalam diri Nur Aisyah.

Begitu juga dengan anak-anak muda kita bila mana seorang pemuda menyampaikan hasrat cintanya, jangan mudah terusik hati. Perhatikan agamanya, kebaikannya dan segalanya sejak dia belum mengenali kita. Maksudnya ialah sifat asalnya dan muamalat asalnya, kerana jika kita mudah membenarkan hati dilalui, ia hanya akan membuka peluang kepada ke arah ketidak fahaman konsep cinta berasaskan islam. Uji mereka dulu dengan corak akhlak dan pergaulan iaitu jangan membenarkan kita dirapati akan perasaan mereka agar menimbulkan keraguan dan was-was yang kita tidak menerima cinta mereka. Ini tidak, anak-anak gadis dan pemuda suka melayan dan melayan dan akhirnya terbuai kata-kata asmara yang terbina sendiri dan menimbulkan kerosakan hati di dalam hati mereka sendiri. Biarlah dikatakan diri kita ego tetapi ego untuk kebaikan iaitu menjaga diri untuk mengimbangi antara kewarasan akal dan iman yang akan menjadi benteng dan senjata melumpuhkan pihak lawan.

Benarkah begitu? Sebab bagi perempuan mahupun lelaki yang beriman mempunyai sifat sifat yang konkrit di dalam pendirian mahupun akhlak. Bukankah akhlak yang cantik terbina dari didikan hati nurani iman yang cantik?

Bagi yang memahami dan mengerti apa itu iman, dia tidak ragu-ragu untuk terus memiliki perempuan itu dengan jalan terbaik iaitu apa? Tentulah sekali dengan meminang wanita ini. Sebab wanita ini bukan calang-calang imannya. Tentulah terfikir di hati mereka "Akulah yang paling bertuah andaikata aku berupaya memiliki wanita yang paling payah untuk dikuasai kerana apabila diberinya cintanya pada aku, akulah orang yang paling agung dan terhormat di atas pemberiannya itu dengan cara yang diizin dan dihalalkan oleh Islam dan Allah Ta`ala"

Oleh itu, kata-kata bidalan "Berkawan biar beribu bercinta biar satu" tidak begitu tepat di dalam konteks Islam dan patut ditambah "Bercinta biarlah untuk teman di akhirat yang dihalalkan oleh Islam" disebabkan faktor-faktor semua panahan cinta di atas konsep berkawan adalah tidak tepat dan bercanggah di dalam konteks perhubungan di dalam Islam kerana ia hanya boleh menjatuhkan ke arah perhubungan dalam suasana fitnah.

Akhir kalam, hanya Jauhari sahaja yang mengenal Manikamnya yakni hanya orang-orang yang beriman akan menghargai dan mengagungi keimanan orang yang patut dicintainya kerana hanya orang yang baik-baik sahaja yang inginkan sesuatu yang baik. Di situ sudah menampakkan penilaiannya di mana jodoh yang baik adalah untuk orang yang baik dan begitulah sebaliknya. Kerana orang yang tidak baik tidak menyanggupi untuk hidup bersama dengan orang yang baik kecuali dalam dirinya itu adalah mempunyai zat yang baik juga.

Berkata Imam Nawawi:

"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu"

kebenaran itu bukanlah sesuatu yang boleh disembunyikan



Monday, June 1, 2009

Imtihan Buat Kita

Sentiasa ada di dalam diri kita sesuatu yang paling kita suka kepadanya, tetapi tidak pernah kita mendapatnya sehingga ada manusia menyalahkan Allah taala yang menjadikan takdir baginya begini dan begini, sedangkan Allah taala menguji hambanya sebagaimana firmanya didalam surah al-Ankabut ayat 1-3 :

“Alif laam miim, Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami Telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan Sesungguhnya kami Telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, Maka Sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan Sesungguhnya dia mengetahui orang-orang yang dusta”.

Yang mana telah jelas Allah taala menjelaskan kepada kita semua sebagai hamba tentang kehidupan yang yang dijadikanNYA kepada semua hambaNYA sehingga ujian yang paling berat ditimpakan kepada para kekasihNYA. Itulah semua peringkat imtihan yang diberikan oleh Allah taala untuk mentarbiah para kekasihnya. Sering kali kita mengangap sesuatu itu baik bagi kita sedangkan hakikatnya sebaliknya sebagaimana firman Allah taala :

“ Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak Mengetahui”.( al-Baqarah 216 ).

Begitulah hakikat sebuah kehidupan, jikalau dibandingkan ujian yang menimpa kita dengan para anbia` Allah adalah sangat jauh sekali bezanya, begitu juga dikalangan mereka yang terus mengikut petunjuk jalan yang dibawa oleh para nabi-nabi Allah, sabda Rasulullah s.a.w :

أشد الناس بلاء الأنبياء ثم الأمثل فالأمثل

Maksubnya :” yang paling berat bala menimpa ialah Nabi-nabi kemudian orang yang mengikuti mereka dan generasi yang terus mengikuti ”( diriwayatkan oleh Nasae` didalam sunan Kubra jil 4 m/s 352 dan Abu Naim al-Asfahani dalam Hulliyatul Aulia jil 10 m/s 101.

Begitu jelas ujian yang Allah taala timpakan terhadap hamba-hambaNYA yang di kasihi..

Teruskan perjuangan buat semua sahabat..tiada kesenangan didalam berbakti kepada agama kecuali janji-janji yang pasti daripada Allah taala di akhirat.