Friday, February 19, 2010

Pemindahan Darah


Pemindahan Darah Di sisi Ulama` Terdahulu
Pemindahan darah daripada seorang yang sihat kepada seorang yang sakit tidak pernah diketahui di kalangan Ulama` Feqh sebelum ini ( Ulama` silam ), kerana tidak pernah terjadi perkara yang demikian itu pada kurun ke 18M/12H, oleh sebab itu kita tidak akan mendapati jawapan yang jelas daripada mereka.

Hukum Pemindahan Darah
Kami katakan, sesungguhnya pemindahan darah daripada seorang manusia kepada manusia lain yang muncul pada kurun ke 12H/18M akan berkaitan dengan masalah berikut :-

i- Apakah Hukum Syarak bagi Pemindahan ini?
Berbeza pendapat di kalangan Ulama` mengenai masalah ini kepada dua pendapat iaitu :-

Pendapat Pertama : Mereka berpendapat adalah tidak harus ( tidak boleh ) di lakukan pemindahan darah tersebut, mereka berhujah dengan Firman Allah dan Hadis.
1-      Firman Allah taala :
حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ وَالدَّمُ وَلَحْمُ الْخِنْزِيرِ
Maksudnya :” Sesungguhnya di haramkan kepada kamu bangkai, darah dan daging babi “. ( al-Maidah 107 ).

Yang mana ayat ini jelas menunjukan pengharaman melakukan perkara ini, dan tidak di haruskan melakukannya secara jelas, samada pada terapi atau selain daripadanya. Sesiapa yang memisahkannya, sesungguhnya telah memisahkan apa yang Allah kumpulkan di antaranya, dan memesongkan orang awam, demikianlah disebabkan tidak di bolehkan.

2-      Hadis : Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a :
نهى رسول الله (ص) عن الدواء الخبيث...  (1)
Maksudnya :” Rasulullah s.a.w melarang daripada ubat memudharatkan “.

            Dan di riwayatkan pula oleh Abu ad-Darra` :
إن الله أنزل الداء والدواء, وجعل لكل داء دواء فتداووا ولا تتداووا بحرام
Maksudnya :” Sesungguhnya Allah menurunkan penyakit dan penawarnya, dan Allah menjadikan setiap penyakit itu ada ubatnya, maka ubatilah penyakit itu, dan janganlah berubat dengan yang haram(2) “.

Hadis ini pada pandangan biasanya menunjukan bahawa tidak boleh berubat dengan sesuatu yang di haramkan atau yang bernajis sebagaimana pendapat Jumhur Ulama(3).

Sebagaimana mereka berhujah dengan hadis daripada Salim bin Abi Hind al-Hajam katanya :

حجمت رسول الله (ص) فلما فرغت من شريته, فقلت : يا رسول الله (ص), سربته, فقال : ويحك يا سالم أما علمت أن الدم حرام ؟ لا تعد
Maksudnya :” Rasulullah s.a.w menahan aku ketika mana aku telah selesai meminumnya ( minun darah ), kataku : wahai Rasulullah, Aku telah meminumnya. Sabda Baginda : celakalah kamu wahai Salim, adakah kamu tidak mengetahui bahawa darah itu haram? Jangan ulanginya lagi(4) “.

Jelas memperlihatkan bahawa ciri-ciri hujah yang di bawa adalah menunjukan Rasulullah s.a.w melarang daripada meminum darah, inilah yang di katakana Haram kerana sebahagian daripada membasahi ( menghilangkan dahaga ) dengan darah. Pendapat ini kita tolak kerana ianya merupakan HADIS DHAIF.

Pendapat Kedua : Harus Berubat Dengan Melakukan Pemindahan Darah

Mereka berhujah dengan Firman Allah taala :
وما جعل عليكم فى الدين من حرج
Maksudnya :” Dan dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan “.( Surah al-Hajj 78 ).

Dan ayat di atas menunjukan terangkatnya kesempitan disebabkan sakit, dan hikmahnya adalah memudahkan baginya keluar daripada kesakitan itu, kerana luasnya syariat Islam sehingga boleh berubat walaupun dengan menggunakan darah ini adalah kerana ingin mengangkat kesempitan diri daripada mudharat ( binasa ), inilah matlamatnya daripada matlamat Syariyyah keseluruhannya iaitu menjaga nyawa daripada binasa.

Sebagaimana mereka berhujah dengan umumnya maksud ayat yang menunjukan mengutamakan dan semangat tolong menolong diantara seorang saudara kepada saudara Islam yang lain.

Firman Allah taala :
ويؤثرون على أنفسهم ولو كان بهم خصاصة
Maksudnya :” Dan mereka mengutamakan (orang lain) daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka itu berada dalam kesusahan “. ( Surah al-Hasy 9 )

Firma Allah taala juga :
ومن أحياها فكأنما أحيا الناس جميعا
Maksudnya :” Sesiapa yang menghidupkannya, seumpama menghidupkan manusia keseluruhannya “. ( Surah al-Maidah 32 ).

Tidak dapat diragukan lagi bahawa darah merupakan penyambung daripada panjangnya kehidupan diri daripada binasa, sesiapa yang melakukannya seumpama telah memberi kehidupan kepada manusia keseluruhannya dan agama Islam mengalakkan kita supaya tolong menolong serta kita menolong sedikit sahaja, tetapi telah membantu saudara kita keseluruhannya dan juga memberi kehidupan kepadanya.

Dalil Hadis :

Apa yang jelas daripada Rasulullah s.a.w bahawa boleh berubat melalui berbekam, diriwayatkan di dalam kitab Sahih bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :

إن كان فى شئ من أدويتكم خير ففي شربة عسل أو شرطة محجم أو لذعة من نار وما أحب أن أكتوي

Maksudnya :” Adalah pada sesuatu itu baik untuk kamu berubat iaitu meminum Madu, Berbekam dan memanaskan ( berdiang ) dengan api, dan aku suka melakukannya ( memanaskan badan dengan api(5) “.
Sabda Rasulullah s.a.w juga :
احتجم وأعطى الحجام أجره
Maksudnya :” Berbekamlah kamu dan hendaklah kamu memberi upah kepada tukang bekam itu(6) “.
Sabda Baginda s.a.w :
خير ما تداويتم به الحجم والفصد
Maksudnya :” Sebaik-baik cara kamu hendak berubat ialah dengan berbekam dan mengeluarkan darah(7)(8) “.

HUKUM

Maka hukum memindahkan darah adalah di sepakati oleh Fuqaha` sebagaimana di bolehkan berubat dengan cara berbekam ( di Haruskan oleh Ulama`)(9).

Hujah dengan mengunakan dalil yang mengharuskan berbekam dan mengeluarkan darah adalah mempunyai hubungannya dengan pemindahan darah, kerana itulah Nabi s.a.w mensyariatkan berubat dengan berbekam iaitu mengeluarkan darah dan menumpahkannya ( membuangnya ), dan di bolehkan berubat ( merawat ) dengan cara memindahkan darah kepada sesiapa yang memerlukannya, kerana tiada keraguan lagi dengan memasukkan darah kepada mereka yang memerlukannya dapat menyambung lagi kehidupannya adalah lebih utama lagi daripada kita mengeluarkan darah dan membuangnya dan tiada manfaat pun di gunakan untuk darah itu.

Dan mungkin boleh kita mengunakan hujah para Fuqaha` : maka adalah berfatwa sebahagian daripada Ulama` Fuqaha Mazhab Hanafi dan selain mereka dengan mengharuskan meminum darah, air kencing dan memakan mayat untuk berubat apabila diberitahu oleh Doktor Islam bahawa ubatnya hanya dengan perkara tersebut. Dan tidaklah kita dapati cara lain lagi untuk itu, sebagaimana di ambil pendapat Imam al-Qurtubi di dalam tafsirnya :

Sesiapa yang berada dalam keadaan mudharat untuk memakan mayat, darah dan daging khinzir dan tidak memakannya sehingga dia mati, masuklah dia ke dalam neraka kecuali di ampunkan Allah taala padanya(10) “.
Apabila di bolehkan untuk meminum darah apabila berada dalam keadaan Darurat, maka berubat dengan mengunakannya adalah lebih utama kalau kita bandingkan.

Sebagaimana Ijmak Ulama` pada harusnya memakan najis seperti darah dan apa yang sama dengannya ketika mudharat(11)… sebagaimana Doktor yang memperakui pentingnya berbekam untuk membersihkan darah dan menyihatkan badan serta mengaktifkan dan menjalankan fungsi-fungsi dalam badan(12).

Pendapat Yang Terpilih ( Rajih )

Manakala pendapat yang menjadi pilihan mereka yang membenarkan, ini adalah kerana bertepatan dengan matlamat dan tujuan pensyariatan di dalam menjaga nyawa dan menghilangkan kemudharatan walaupun dengan mengunakan sesuatu yang haram dan najis, sebagaimana Firman Allah taala :
إلا ما اضطررتم إليه
Maksudnya :” Kecuali apa yang terpaksa kamu memakannya ( ketika berada di dalam keadaan mudharat ) “. ( Surah al-An`am 119 ).

Apabila hanya jelas sahaja kepada mereka hanya itu sahaja yang di dapati dan tidak pula di dapati sesuatu yang halal lagi bersih untuk di makan.

Apabila kita merujuk pakar perubatan kita akan dapati mereka memperakui bahawa tiadanya perubatan sehingga sekarang suatu alternatif yang lain melainkan darah manusia(13).

Beginilah caranya kita menolak hujah mereka yang menegahnya dengan membawa dalil daripada al-Quran dan hadis yang menunjukkan haramnya darah, mayat dan selain daripada keduanya, kerana Allah taala telah membenarkan perkara tersebut apabila berada di dalam keadaan yang mudharat yang memerlukan darah manusia.

Sebagaimana mereka berhujah dengan hadis yang menegah daripada meminum darah, dalil itu tidaklah boleh di jadika hujah untuk menetapkan hukum ini adalah kerana Dhaifnya hadis tersebut dan tidak boleh di jadikan hujah syarak dengannya(14), sebagaimana meminum yang tidak memasukkan melalui urat untuk tujuan perubatan dan rawatan.

Yang di maksudkan dengan pendapat mereka dengan pemindahan darah ialah kerana Allah memuliakan manusia, kerana mengambil sebahagian daripada manusia di sana bukan atas dasar penghinaan dan perawatan yang ditegah syarak, akan tetapi kerana perubatan dan keperluan lain yang mana di perintahkan oleh Allah dengannya sebagaimana yang telah kita bincangkan sebelum ini bahawa Fuqaha mengharuskan perawatan dengan mengunakan najis dan yang haram apabila di nyatakan oleh seorang Doktor yang Thiqah (Islam lagi baik) dan tidak kita dapati suatu alternatif lain yang di bolehkan syarak. Sebagaimana kaedah feqh “ Mudharat membolehkan apa yang tidak di bolehkan “.

Dan berubat kerana mudharat yang dibolehkan untuk pesakit, sebagaimana di boleh memakan mayat kepada yang kebuluran kerana keperluan yang mendesak padanya. Di dalam bab kebaikan, sedekah dan memudahkan manusia serta menghilangkan kebimbangan mereka.

Terjemahan :
Kitab : Feqh Al-Qadhaya at-Tibiyyah al-Mu`soroh, m/s 543-547
5 Rabiul Awal 1431H/ 19 Feb 2010
8.57PM/Khawarizmy College

.Nota Hujung
1- Diriwayatkan oleh Abu Daud jil 2 m/s 399 no 3870, Dar Fikr t.t. Ibnu Majah jil 2 Bab Nahyu An al-Dawa` al-Khabis m/s 1145 no 3459, Dar Fikr t.t. Di nilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Jamie` Soghir jil 1 m/s 1284 no 12834, Maktabah al-Islamiy t.t.
2- Diriwayatkan oleh Iman Tabrani dalam Mu`jam Kabir jil 24 m/s 254 no 649, Maktabah Ulum wal al-Hikam, cet ke-2 1404H/1983M. Di nilai Hasan oleh al-Albani di dalam Salasilah Hadis Sohihah jil 4 m/s 174 no 1633, Maktabah al-Ma`rifah Riyadh t.t.
3- Nil Al-Awtar, jil 9 m/s 93.
4- Al-Talqis al-Habir, jil 1 m/s 30, Hadis Dhaif.
5- Mutaffaqun Alaihi, Bukhari, Kitab At-Tibb bab Hijamatul min as-Syaqiqati wa as-Sudaie` (باب الحجامة من الشقيقة والصداع), jil 5 m/s 2157 no 5375, Dar Ibnu Kathir al-Yamamah, cet ke 3, 1407H/1987M. Muslim, Kitab as-Salam bab Likuli Dain Dawain wa Istahabab at-Tadwin (باب لكل داء دواء واستحباب التداوي ), jil 4 m/s 1729 no 71, Dar Ihya at-Turas al-A`raby,t.t.
6- Mutaffaqun Alaihi, Bukhari Kitab al-Ijrah dan at-Tibb bab Kharaji al-Hajami dan bab as-Sau`ty, jil 2 m/s 796 no 2159 dan jil 5 m/s 2154 no 5367. Muslim, Kitab Al-Musaqati dan Kitab Salam bab jilli ujrati al-Hajamah  (حل أجرة الحجامة ) dan bab Likuli Dain Dawain wa Istahabab at-Tadwin, jil 3 m/s 1204 no 65 dan jil 4 m/s 1731 no 76.
7- Melakukan proses mengeluarkan darah contohnya seperti derma darah, mengunakan lintah dan sebagainya.
8- Diriwayat oleh al-Hakim dalam Mustadrak, Kitab at-Tibb bab Amma Hadis Syu`bah jil 4 m/s 231 no 7468, Dar al-Kitab al-Ilmy, cet pertama 1411H/1990M dengan Tahkik Mustahfa Abdul Qadir Atto`. Di pandang Dhaif oleh al-Albani di dalam Jamik Soghir wa ziyadah.
9- Fathul Kabir oleh Imam as-Sayuti, jil 2 m/s 102.
10- Jamik li Ahkam al-Quran jil 1 m/s 607.
11- Mausuah Ijamak jil 1 m/s 115.
12- Al-Hajamah al-hadith, Dr Hailina binti Abdullah m/s 25.
13- Iaitu tiada jalan lain untuk mengantikan darah manusia untuk pemindahan darah, contohnya tidak boleh mengunakan darah lembu dan selainnya untuk tujuan rawatan manusia yang kurangnya darah.
14- Di dalam menetapkan hukum syarak hanya boleh di gunakan hadis yang sahih dan hasan sahaja.

No comments: