Sunday, November 30, 2008

Rintangan Dlm Perjuangan 5

RINTANGAN PERJUANGAN DALAM KEHIDUPAN PENDAKWAH

Oleh :

Ustaz Fathi Yakan

1.3- Bagaimana kita menghadapi pendengki :

Adapun sikap yang perlu diambil oleh para Da’ie Muslim apabila berhadapan dengan orang yang menaruh perasaan hasad dengki ialah sentiasa bersabar menunaikan solat, berlindung diri dengan Allah Subhanahu Wata’ala dari kejahatan orang lain dan bencana prasangka dan hasad-dengki mereka.

Hendaklah ia menguasai dirinya dari sifat amarah atau membalas dengan berbagai helah dan tipu daya dengan tidak mengikut cara dan akhlak sebagai seorang Mukmin. Kalaulah para Da’ie Muslim rela menurut jejak langkah perbuatan mereka yang buruk itu, nescaya ia akan setanding pula dengan mereka. Dengan demikian jatuhlah nilai akhlak dan agamanya, di samping tercemarlah pula ciri-ciri yang membezakannya, dengan orang-orang jahat. Yang lebih utama dan elok dilakukan umpamanya, ialah menyumbangkan apa-apa yang baik yang dapat disumbangkan kepada masyarakat. Segala penanggungan dan penderitaan serahkanlah sahaja kepada Allah Subhanahu Wata’ala Yang Maha Mengetahui. Tidak ada yang luput dan pengetahuanNya baik di langit maupun di bumi. Allah Subhanahu Wata’ala tidak pernah alpa terhadap perbuatan golongan yang zalim.

Para Pendakwah Islam hendaklah berbeza dari makhluk Allah Subhanahu Wata’ala yang lain dengan ciri akhlak yang baik. Sesungguhnya akhlak yang baik ialah buah dan risalah yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Ini bersesuaian dengan apa yang sabda baginda:

إنما بعثت لأتمم مكارم الأخلاق

Maksubnya :” Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlat yang mulia “. ( Diriwayatkan oleh imam Ahmad no.8595 dan di Sahihkan al-Albani dalam sallasilah sahihah no. 45 )

Anas bin Malik meriwayatkan bahawa pada suatu ketika kami duduk bersama Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam, tiba-tiba beliau bersabda:

Sekarang akan muncul seorang lelaki ahli syurga menjenguk kalian.” Tiba-tiba muncullah seorang lelaki Ansar. Pada esok harinya dalam kesempatan yang sama. Rasulullah s.a.w pun berkata seperti itu juga, lantas muncullah orang lelaki yang sama seperti semalam. Pada hari ketiga, Nabi pun berkata demikian juga, lalu muncul lelaki hari pertama tersebut juga. Apabila Rasulullah s.a.w beredar, ‘Abdullah Amar pun mengekori lelaki tersebut. Beliau mengatakan kepadanya: “Saya telah bergaduh dengan bapa saya dan saya bersumpah tidak mahu bersamanya selama tiga hari. Kalau saudara sudi menumpangkan diri saya dalam tempoh itu nescaya saya akan turut saudara pulang.” “Baiklah, saya sudi, “jawab lelaki itu. Anas r.a meriwayatkan bahawa Abdullah menceritakan yang beliau tinggal bersama lelaki tersebut selama tiga malam tetapi tidak pernah melihatnya bangun sembahyang malam.

Cuma apa yang diihatnya ialah apabila lelaki tersebut bertukar kedudukan di tempat tidurnya, ia sentiasa menyebut nama Allah taala dan bertakbir, sehinggalah akhirnya ia bangun menunaikan Solat Fajar. Abdullah menambah: “Aku tidak pernah mendengar lelaki tersebut berkata kecuali dengan perkataan yang baik sahaja.” “Apabila berselang tiga malam maka aku pun hampir-hampir meremehkan amalannya, kata Abdullah. Selepas itu aku pun berkata kepadanya: “Wahai hamba Allah, sebenarnya antara aku dan bapaku tidak ada apa-apa sengketa dan pergaduhan. Cuma aku telah mendengar Rasulullah s.a.w menyebut perihal dirimu sebanyak tiga kali. Beiau berkata: “Sekarang tampil menjengol seorang ahli syurga “. Tiap-tiap kali orang yang muncul itu ialah saudara. Lantaran itulah saya ingin menumpang di rumah saudara untuk melihat apakah amalan saudara supaya dapat saya contohi. Tapi saya tidak nampak saudara melakukan apa-apa amal yang besar” “Apakah yang menyebabkan saudara mencapai martabat seperti yang diungkapkan oleh Rasulullah s.a.w itu. Jawab lelaki itu: “Tidak ada apa-apa yang saya lakukan selain dari apa yang telah saudara lihat. Kata Abdullah, “Ketika saya berpaling dan beredar lelaki tersebut memanggil saya dan berkata lagi: “Tidak ada apa-apa yang saya lakukan, kecuali, apa yang telah saudara lihat. Cuma saya tidak pernah menyimpan dalam hati saya hasrat menipu orang lslam yang lain atau rasa dengki terhadap sesiapa, lantaran inilah yang telah meningkatkan martabat saya.” ( Diriwayatkan oleh imam Ahmad dengan syarat Bukhari dan Muslim ).

Seorang Da’ie memang amat memerlukan kepada hati yang sihat. Akan tetapi ia hendaklah sentiasa bersikap waspada. Ia memerlukan akhlak yang lurus dengan kesedaran. Ia harus kuat dan tidak dapat ditawan oleh sifat marah sehingga kecundang; melakukan perbuatan yang lumrah dilakukan oleh para juhala’ dan orang yang rendah peribadinya. Ia hendaklah yakin bahawa Allah taala yang Maha Mengetahui segala rahsia akan menguruskan segala-galanya.

Sebagaimana firmanNYA didalam surah al-Mujadilah ayat 7 :

Tidakkah Engkau memikirkan, Bahawa Sesungguhnya Allah mengetahui Segala Yang ada di langit dan Yang ada di bumi? tiada berlaku bisikan antara tiga orang melainkan Dia lah Yang keempatnya, dan tiada (berlaku antara) lima orang melainkan Dia lah Yang keenamnya, dan tiada Yang kurang dari bilangan itu dan tiada Yang lebih ramai, melainkan ia ada bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada. kemudian ia akan memberi tahu kepada mereka - pada hari kiamat - apa Yang mereka telah kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu “.

Begitulah Allah taala sangat mengetahui setiap apa yang terdapat didalam hati seseorang hambanya.

Ringkasan oleh :

Ibnu Mohamad

Rintangan Dlm Perjuangan 4

RINTANGAN PERJUANGAN DALAM KEHIDUPAN PENDAKWAH

Oleh :

Ustaz Fathi Yakan

1.2- Faktor yang menyebabkan hasad dengki :

Di dalam Kitab Ihya’ ‘Ulumuddin karangan Imam Al Ghazzali radiyalla’anhu ada disimpulkan sebab-sebab yang menimbulkan perasaan hasad dengki tersebut. Antara lain:

i) Perasaan Permusuhan dan Kebencian

Ini adalah sebab yang paling banyak menimbulkan kedengkian. Kerana sesiapa yang telah disakiti oleh seseorang lain atas sebab-sebab tertentu atau menyangkalnya dalam tujuan-tujuan tertentu lantaran alasan-alasan tertentu, hatinya pasti marah lalu membenci orang yang menyakitinya itu, maka tertanamlah bibit dengki dalam dirinya. Dengki mengundang perlakuan yang aggresif untuk memuaskan hatinya. Pendekata perasaan hasad dengki sentiasa bergandingan dengan perasaan marah dan permusuhan.

ii) Merasa Diri Mulia

Perasaan ini manifestasinya ialah seseorang itu merasa keberatan kalau ada sesiapa yang dianggapnya mengatasi dirinya. Dia tidak rela kalau ada orang lain melebihinya. Kalau ada orang-orang sepertinya yang mendapat lebih pangkat, kuasa, ilmu dan harta; dia bimbang kalau-kalau orang tersebut akan bersikap takabbur terhadapnya. Dia tidak boleh tahan dengan sikap mengatasi yang ditunjukkan oleh saingannya itu. Malah ia tidak boleh menerima apa yang dirasakannya sebagai sikap mengatasinya.

iii) Takabbur

Jelasnya seorang itu mempunyai watak membesarkan diri terhadap orang lain, selalu memperkecilkan dan memperhambakan seseorang. Ia menganggarkan seseorang itu mematuhinya. Apabila orang berkenaan menerima atau memperolehi sesuatu kurnia ia khuatir kalau-kalau orang itu tidak lagi dapat merelakan kepongahannya. Akhirnya orang yang telah mendapat kurnia tersebut akan enggan mengikutinya. Atau boleh jadi ia menganggap orang tersebut akan cuba pula menyainginya.

iv) Ujub

Pernah Allah Subbanahu Wata’ala jelaskan kepada kita perihal umat-umat dizaman silam. Mereka merasa takjub dengan diri mereka sendiri. Hal ini menghalang mereka menurut kebenaran. Golongan tersebut merasa anih melihat orang yang berjaya mendapat pangkat ke Rasulan, menerima wahyu dan martabat yang dekat di sisi Allah Subhanahu Wata’ala ialah manusia seperti mereka. Sebab itu mereka menaruh rasa dengki kepada Rasul-Rasul tersebut.

v) Takut Terlepas Sesuatu Tujuan dan Habuan

Biasanya perasaan ini ujud dalam kalangan orang yang saling berlumbalumba merebut sesuatu habuan. Tiap orang akan merasa dengki kepada saingannya apabila saingannya mendapat suatu kelebihan yang boleh membantu dirinya sahaja membolot habuan yang menjadi tujuan mereka tadi.

vi) Ghairah Menjadi Ketua dan Mencari Populariti

Umpamanya seseorang yang bercita-cita untuk menjadi manusia pertama yang tidak ada tolok bandingannya dalam salah satu cabang seni. Apabila keghairahan terhadap pujian dan jolokan bahawa dialah satu-satunya pakar yang tidak ada taranya di zaman itu telah menguasai dirinya, tiba-tiba dia mendengar ada orang lain yang dapat menandinginya di tempat lain. Hal ini nescaya akan menyusahkan hati perutnya. Ia bercita-cita kalau tandingannya itu mati sahaja atau kemahirannya menurun dan pupus.

vii) Busuk Hati

Keadaan ini kalau ada pada seseorang maka ia akan bersikap tidak suka sesuatu kebaikan diperolehi oleh hamba Allah yang lain. Apabila disebutkan di hadapannya tentang kesenangan mana-mana hamba Allah, sempit hatinya mendengar hal tersebut. Akan tetapi apabila dinyatakan pula sebaliknya, umpamanya tentang kekacauan, kegagalan dan nasib malang menimpa orang lain maka ia merasa gembira dan suka hati.

Begitulah dijalan dakwah yang sukar untuk kita percayai orang yang berhampiran dengan kita menjadi musuh dijalan dakwah. Mereka inilah juga yang dianggap sebagai golongan yang tercicir disepanjang jalan dakwah. Yang mana perlu kita mengerti bahawa mereka perlu diberi bimbingan yang baik, jangan sesekali kita pinggirkan mereka disebabkan sikap mereka terhadap kita.

Ringkasan oleh :
Ibnu Mohamad

Rintangan Dlm Perjuangan 3

RINTANGAN PERJUANGAN DALAM KEHIDUPAN PENDAKWAH

Oleh :

Ustaz Fathi Yakan

Bab 2

1.1- ORANG MUKMIN YANG DENGKI KEPADANYA

Sebagai satu lumrah alam yang mana sebuah kehidupan tidak akan sunyi daripada hasad dengki. Sedangkan hasad adalah penyakit hati yang sangat parah untuk diubati dikalangan orang yang beriman. Hasad adalah satu virus yang merebakk dengan cepat dikalangan pengerak-pengerak harakan, sesuai dengan sabda Rasulullah s.a.w :

دب إليكم داء الأمم قبلكم الحسد والبغضاء والبغضاء هي الحالقة أما إني لا أقول تحلق الشعر ولكن تحلق الدين

Maksubnya :” Penyakit umat sebelum kamu telah menular kepada kamu; iaitu hasad dengki dan permusuhan. Permusuhan tersebut ialah pengikis atau pencukur, Saya tidak maksudkan ia mencukur rambut, tetapi (yang saya maksudkan) ialah ia mengikis agama “.( Hasan lighairih, riwayat al-baihaqi dengan sanad yang jayid ( sahih targhib wal tarhib no.2888 juz 3 m/s 63 ).

Sabda Rasulullah s.a.w lagi :

ما ذئبان جائعان أرسلا في غنم بأفسد لها من حرص المرء على المال والشرف لدينه

Maksubnya :” Bencana melepaskan dua ekor serigala lapar di dalam kandang kambing tidak lebih besar daripada bencana yang menimpa pegangan agama seorang Muslim dan sifat serakah terhadap harta (tamakkan harta) dan hasad dengki. Sesungguhnya sifat hasad memamah segala kebaikan persis seperti api menjilat kayu kering ”.( hasan sahih, sunan Tirmizi no. 2298 ).

Para Du’at menyeru manusia ke jalan Allah Subhanahu Wata’ala, khasnya yang mendapat sambutan baik, yang cergas, yang masyhur dan berbakat sentiasa terdedah kepada cacian lidah orang-orang yang hasad serta tipu-daya mereka. Golongan tersebut merasa dengki pada ilmu dan kelebihan-kelebihan yang ada pada para du’at. Mereka sentiasa mengintai dan menunggu-nunggu masa yang baik untuk mencetuskan pertembungan antara mereka dan menjatuhkan imej mereka. Ibnu Mu’taz pernah berkata:

Orang yang hasad itu marah kepada orang yang tidak berdosa, kikir terhadap sesuatu yang bukan kepunyaannya dan sentiasa mencari atau meminta sesuatu yang tidak akan diperolehinya

Allah taala telah menjeskan kepada kita supaya kita berhati-hati dengan sifat para penghasad ini sebagaimana firmanNya didalam surah al-Falaq :

Maksubnya :” Katakanlah (Wahai Muhammad); "Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan Yang menciptakan sekalian makhluk, Dari bencana makhluk-makhluk Yang ia ciptakan; Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; Dan dari kejahatan makhluk-makhluk Yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); Dan dari kejahatan orang Yang dengki apabila ia melakukan dengkinya ".

Rasulullah s.a.w juga berpesan kepada umatnya tentang hasad ini sebagaimana sabdanya yang bermaksub :

Awas kalian daripada sifat prasangka. Sesungguhnya prasangka itu adalah kata-kata yang paling dusta. Jangan saling olok-mengolok, intai-mengjntai, atas-mengatasi, dengki mendengki, benci-membenci dan jebak menjebak. Jadilah kalian laksana hamba-hamba Allah yang bersaudara seperti yang telah diperintahkan kepada kalian. Seorang Muslim itu adalah saudara bagi seorang Muslim yang lain. Janganlah ia menzalimi saudaranya; janganlah ia membiarkannya (apabila ia dizalimi); janganlah ia menghina saudaranya. Taqwa itu (letaknya) di sini, seraya baginda menunjuk ke dadanya. Cukuplah bagi seorang Muslim itu kejahatan (dosa) menghina saudaranya yang Mukmin haram bagi seseorang Muslim itu (menceroboh) darah (nyawa) nama baik dan harta seseorang Muslim yang lain ”.( Hadis riwayat Muslim no.4650 ).

Sifat hasab inilah yang dicatatkan oleh Allah taala didalam al-Quran tentang kisah anak Nabi Adam a.s yang mana sanggup membunuh demi mendapatkan apa yang di cita-citakannya. Begitu juga Aisyah difitnah hanya kerana cemburu kepada Rasulullah s.a.w menjadi pemimpin di Madinah.

Banyak sudah tercatat didalam sejarah, hanya kerana hasad saidina Ali di cemuh didalam khutbah zaman Umaiyyah sehingga datang orang yang membersihkannya iaitu Khalifah Umar Abdul Aziz.

Rasulullah s.a.w juga mengingatkan kepada penghasad sebagaimana sabdanya :

أيما رجل أشاع على رجل مسلم بكلمة و هو منها بريء يشينه بها في الدنيا كان حقا على الله تعالى أن يدنيه يوم القيامة في النار حتى يأتي بإنفاذ ما قال

Maksubnya :” Sesiapa yang mengembar-gemburkan (pada orang ramai) sesuatu perkara (perkataan) terhadap seseorang Muslim untuk menjatuhkan maruah orang tersebut di dunia pada hal ia tidak demikian maka wajiblah Allah mencairkan pembawa fitnah tersebut pada hari Qiamat dalam api neraka sehinggalah ia dapat membuktikah kebenaran apa yang telah dikatakannya ”.( Hadis dhaif targhin wa tarhib no.1359, Dhaif sahih wa dhaif jamiul saghir no.5044 ).

Begitu juga firman Allah taala didalam surah at-Taubah ayat 49-51 :

Dan di antara mereka (yang munafik itu) ada Yang berkata: "Izinkanlah Aku (supaya tidak pergi berperang) dan janganlah Engkau menjadikan daku dipengaruhi oleh fitnah ". ketahuilah, mereka telah pun tercebur ke Dalam fitnah (dengan dalihan Yang dusta itu). dan Sesungguhnya azab jahannam meliputi orang-orang Yang kafir. Jika Engkau (Wahai Muhammad) beroleh sesuatu kebaikan, (maka) kebaikan itu menyebabkan mereka sakit hati; dan jika Engkau ditimpa sesuatu bencana, mereka berkata: "Sesungguhnya Kami telahpun mengambil keputusan (tidak turut berperang) sebelum itu", dan mereka berpaling (meninggalkanmu) sambil mereka bergembira. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Tidak sekali-kali akan menimpa Kami sesuatu pun melainkan apa Yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung Yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang Yang beriman bertawakal ".

Alangkah baiknya kalau manusia pendengki tersebut memahami betapa ruginya akibat dengki khianat tersebut. Sesungguhnya Allah Subhanahu Wata’ala telah menjanjikan untuk orang-orang sepertinya siksa yang pedih. Lebih-lebih lagi untuk orang yang terus-menerus mengembangkan fitnah tanpa bertaubat dan sedar diri.

Ringkasan oleh :
Ibnu Mohamad

Rintangan Dlm Perjuangan 2

RINTANGAN PERJUANGAN DALAM KEHIDUPAN PENDAKWAH

Oleh :

Ustaz Fathi Yakan

BAB 1 :

Rintangan Perjuangan Kehidupan Pendakwah

Kehidupan pendakwah adalah kehidupan yang dijanjikan oleh Allah taala sebagai sebuah kehidupan yang penuh dengan ujian dan cubaan daripadaNya terhadap ketahanan para pendakwah. Ada diantara mereka yang mengalah, ada juga yang Berjaya menharunginya dengan penuh kemegahan demi mencapai janji yang pasti daripada Allah taala sebagaimana firmanNya :

Maksubnya :” Alif, Laam, Miim. Patutkah manusia menyangka Bahawa mereka akan dibiarkan Dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan Demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang Yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian Yang demikian), nyata apa Yang diketahui Allah tentang orang-orang Yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa Yang diketahuiNya tentang orang-orang Yang berdusta “. (al-ankabut 1-3 ).

Begitulah demi mencapai sebuah keiman yang sempurna, memerlukan satu pengorbanan yang harus ditempuhi dihadapannya jalan-jalan kesusahan yang jelas Allah taala perlihatkannya terhadap hamba-hambanya sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w :

أَشَدُّ النَّاسِ بَلاءً الأَنْبِيَاءُ ثُمَّ الأَمْثَلُ فَالأَمْثَلُ

Maksubnya :” Manusia yang paling berat ujiannya adalah para nabi-nabi, kemudian orang yang baik selepasnya, kemudian orang yang baik selepas itu”. ( di riwayatkan Bukhari, bab manusia yang paling berat ujiannya m/s 381, Hakim dalam Mustadraknya no. 5472 disahihkan oleh al-Albani salasilah sahihah no.143 & sahih Jamiul saghir no.994 & 995 ).

Begitulah pengakuan sebuah keimanan memerlukan bukti. Manakala jalan jihad adalah jalan yang penuh dengan sengsara dan derita didunia tetapi kegembiraan yang berkekalan di hari kemudian :

حفت ألجنة با لمكا ر ه وحفت النار با لشهو ات

Maksubnya :” Jalan kesyurga ialah dipenuhi dengan apa yang kamu tidak suka, dan jalan ke neraka apa yang disukai oleh nafsu ( keghairahan syahwat )”.

Begitulah kesengsaraan yang bakal di hadapi dan yang telah dihadapi oleh orang-orang sebelum kita, kemuncak kesemua itu adalah sebuah kematian yang mana menjadi ketakutan bagi mereka yang berpenyakit pada aqidahnya, menjadi kegembiraan bagi mereka yang benar-benar beriman dengan Allah taala sebagaimana as-syahid pemimpin Hamas Rantisi mengarakan :

Apakah yang kita takutkan? Ialah kematian. Baik disebabkan pembunuhan ataupun kenser, semuanya sama sahaja. Kita semua menanti akhirnya kehidupan kita, tidak akan ada yang berubah.apakah dengan apache atau berhentinya degupan jantung. Saya lebih suka memilih apache “.

Begitulah keberanian seorang pemimpin gerakan Harakan Islamiah Hamas, Alhamdulillah Allah menunaikan cita-citanya didunia lagi menjadi seorang syahid. insyaAllah beliau akan bersama-sama dengan para syuhada` sebelumnya. Alangkah mulianya hidupnya. Itulah yang menjadi moto-moto para pejuang dan para pendakwah iaitu “ Hidup mulia atau mati syahid “.

Kerana mereka faham siapakah mereka dalam kehidupan ini, mereka ingin menjadi sebagai seseorang yang dimaksubkan didalam firman Allah taala didalam surah al-Maidah ayat 54 :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا مَنْ يَرْتَدَّ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللَّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلا يَخَافُونَ لَوْمَةَ لائِمٍ ذَلِكَ فَضْلُ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Maksubnya :” Wahai orang-orang Yang beriman! sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum Yang ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang Yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang Dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang Yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah Yang diberikanNya kepada sesiapa Yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi meliputi pengetahuanNya “.

Ringkasan oleh :
Ibnu Mohamad

Rintangan Dlm Perjuangan 1

RINTANGAN PERJUANGAN DALAM KEHIDUPAN PENDAKWAH

Oleh :

Ustaz Fathi Yakan

Para du`at tidak akan pernah hilang padanya ujian iaitu rintangan dijalan dakwah. Perbagai mehnah dan tribulasi yang harus dihadipi untuk menyempurnakan sebuah kehidupan yang kita qudwahkan Para anbiya terdahulu disebabkan kita adalah mata-mata rantai yang akan terus menyambung perjuangan mereka-mereka yang terdahulu. Ringkasan ini saya akan jadikan beberapa siri supaya tidak menjadi penjang lebar pada ringkaras saya ini.

Atas dasar inilah ingin saya ringkaskan kepada para pembaca sebuah buku yang cukup bernilai tingginya ilmiah didalam perjuangan harakah islamiah.

Disini saya bawakan muqaddimah yang nyatakan oleh ustaz Fathi Yakan sebagai muqaddimah ringkasan saya untuk para pembaca sekelian.

MUQADDIMAH PENGARANG :

PERTAMA : Menyentuh 5 jenis dugaan yang kerap menimpa seorang Muslim lebih-lebih lagi Da’ei yang beriman kepada Allah Subhanahu Wata’ala sebagai Tuhan, kepada Nabi Muhammad Sallallahu’alaihi Wasallam dan Al Qur’an; sebagai perlembagaan, serta ingin ‘committed’ dengan apa yang diyakininya. 5 jenis dugaan yang tersebut di dalam hadith Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam itu ialah:

i) Orang Mukmin yang dengki kepadanya

ii) Orang Munafiq yang membencinya

iii) Orang kafir yang mahu memeranginya

iv) Syaitan yang hendak menyesatkannya

v) Nafsu yang sentiasa bertarung dengannya

KEDUA : Menyentuh muasafat Imaniyyah yang mesti dimiliki oleh para aktivis Muslim dan Da’ei di setiap zaman dan tempat untuk menjadi manusia yang Rabbani, iaitu beberapa sifat-sifat yang terkandung di dalam ayat suci:

i) Orang yang sentiasa bertaubat.

ii) Orang yang ‘abid.

iii) Orang yang sentiasa bertahmid memuji Allah taala.

iv) Orang yang berpuasa atau berkelana.

v) Orang yang rukuk dan sujud.

vi) Orang yang sentiasa menyuruh yang ma’ruf, mencegah yang munkar.

vii) Orang yang sentiasa menghormati batasan-batasan Allah taala.

KETIGA : Menghuraikan bekalan yang harus ada pada penyeru ke jalan Allah Subhanahu Wata’ala untuk menuju hari pembalasan. Bekalan-bekalan tersebut dinyatakan oleh Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam dengan sabdanya:

i) Puasalah pada hari yang amat panas demi hari kebangkitan kelak.

ii) Sembahyang 2 raka’at di malam yang gelap demi kelengangan kubur.

iii) Tunaikanlah Haji demi kegigihan melaksanakan hal-hal yang sukar.

iv) Bertuturlah dengan perkataan yang benar dan kuasailah diri dan memperkatakan yang bathil.

v) Hulurkanlah sedekah dan tunaikan secara senyap-senyap.

KEEMPAT : Huraian ini juga mengajukan beberapa dayung dan bahtera penyelamat. Para Da’ei Muslim, hendaklah mengenderainya moga-moga mereka sampai ke pantai bahagia di dunia dan di akhirat. Antara dayung dan bahtera tersebut ialah:

i) Mengenal Allah Subhanahu Wata’ala dan beriman kepadaNya.

ii) Beribadah kepada Allah Subhnahu Wata’ala dan cenderung kepadaNya.

iii) Mengingati Allah Subhanahu Wata’ala.

iv) Takut kepada Allah Subhanahu Wata’ala.

v) Sentiasa bermuraqabah dengan Allah Subhanahu Wata’ala.

vi) Ikhlas kepada Allah Subhanahu Wata’ala.

vii) Redha.

viii) Mengasihi Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam.

ix) Mengasihi para sahabat Rasulullah Sallahu’alaihi Wasallam.

Sunday, November 16, 2008

HARAKAH ISLAMIAH (siri 4 )

KEWAJIPAN SETIAP MUSLIM

Firman Allah s.w.t di dalam surah An-Nahl ayat 36:

Ertinya :” Dan sungguhnya kami Telah mengutus Rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): "Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah Thaghut itu", Maka di antara umat itu ada orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula di antaranya orang-orang yang Telah pasti kesesatan baginya. Maka berjalanlah kamu dimuka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul) “.

Berdasarkan kepada ayat ini kewajipan setiap orang yang beriman kepada risalah yang dibawa oleh Rasulullah s.a. w ialah:

  1. Menyembah Allah s.w.t dengan pengertian memberi ketundukan kepadaNya dalam semua aspek kehidupan.
  2. Menjauhi Taghut.

Kalau kita meneliti aya-ayat Al-Quran, As-As-Sunnah, dan Sirah-Sirah, maka kita akan mendapati di sana terdapat dua jenis gerakan sepanjang zaman ;

  1. Harakah

Harakah ini berterusan sepanjang zaman kerana risalah Allah s.w.t ini tidak akan lenyap, mesti ada mujahidin-mujahidin dan ansar-ansar yang membantunya.

Firman Allah s.w.t di dalam surah At-Taubat ayat 32:

Ertinya :” Mereka berkehendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan- ucapan) mereka, dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahayanya, walaupun orang-orang yang kafir tidak menyukai ”.

Telah berkata saidina Ali r.a :

Termasuk di dalam harakah ini ialah harakah para nabi dan rasul. Gerakan mereka menyebarkan dakwah menyeru manusia supaya mengabdikan diri kepada Allah s.w.t diceritakan dengan jelas oleh Allah s.w.t di dalam Al-Quran.

Firman Allah s.w.t di dalam surah Al-Baqarah ayat 213 :

Ertinya :” Manusia itu adalah umat yang satu. (Setelah timbul perselisihan), Maka Allah mengutus para nabi, sebagai pemberi peringatan, dan Allah menurunkan bersama mereka Kitab yang benar, untuk memberi Keputusan di antara manusia tentang perkara yang mereka perselisihkan. tidaklah berselisih tentang Kitab itu melainkan orang yang Telah didatangkan kepada mereka kitab, yaitu setelah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang nyata, Karena dengki antara mereka sendiri. Maka Allah memberi petunjuk orang-orang yang beriman kepada kebenaran tentang hal yang mereka perselisihkann itu dengan kehendak-Nya. dan Allah selalu memberi petunjuk orang yang dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus “.

Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w, tamatlah perutusan para Anbiya’ kerana baginda adalah penutup segala nabi dan rasul. Namun demikian gerakan dakwah kepada Allah s.w.t tetap berjalan dan ia merupakan kewajipan yangditaklifkan oleh Allah s.w.t kepada umat Islam. Menyedari hakikat inilah para sahabat tidak berdiam diri selepas kewafan baginda Rasulullah s.a.w. Mereka meneruskan gerakan dakwah menyebarkan risalah Islam dan menegakkan syariat Allah s.w.t ke seluruh pelusuk alam. Selepasa para sahabat, gerakan dakwah ini disambung pula oleh para ulamak semasa. Jadi kemunculan Harakah-harakah Islamiah pada zaman ini ialah sebagai penyambung kesinambungan harakah para Anbiya’ dan Rasul sepanjang zaman.

(2) Harakah

Harakah penyeru kepada taghut ini juga akan berterusan sepanjang zaman selagi mana terdapatnya golongan kuffar dan munafiq.

Firman Allah s.w.t di dalam surah An-Nisa’ ayat 76:



Ertinya :” Orang-orang yang beriman berperang di jalan Allah, dan orang-orang yang kafir berperang di jalan thaghut, sebab itu perangilah kawan-kawan syaitan itu, Karena Sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah “.

Firman Allah s.w.t di dalam surah Al-Baqarah ayat 120:

Ertinya :” Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah Itulah petunjuk (yang benar)". dan Sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, Maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu “.

Berkata pengarang kitab Majmu`at At-Tauhid :

Taghut adalah umum bagi setiap yang disembah selain daripada Allah s.w.t dan ia redha dengan sembahan itu. Setiap yang disembah selain daripada Allah s.w.t atau ditaati selain daripada Allah s.w.t dan Rasul adalah taghut. Taghut-taghut itu adalah banyak tetapi kepalanya ada lima :

1. Syaitan yang menyeru kepada penyembahan kepada selain daripada Allah s.w.t.
2. Hakim yang zalim yang mengubah hukum-hukum Allah s.w.t.

3. Orang yang berhukum dengan hukuman selain daripada yang diturunkan oleh Allah s.w.t.

4. Orang yang disembah selain daripada Allah s.w.t dan ia redha denga keadaan itu.

5. Ketahuilah bahawa sesungguhnya seseorang itu tidak menjadi mukmin melainkan ia mengkufuri akan taghut.

Firman Allah s.w.t di dalam surah An-Nisa’ ayat 60:

Ertinya :” Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang mengaku dirinya Telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu dan kepada apa yang diturunkan sebelum kamu ? mereka hendak berhakim kepada thaghut, padahal mereka Telah diperintah mengingkari thaghut itu. dan syaitan bermaksud menyesatkan mereka (dengan) penyesatan yang sejauh-jauhnya “.

Imam Ibnu Kathir ketika menjelaskan tafsiran ayat ini menyatakan:

Ayat tersebut mencela sesiapa yang berpaling daripada Al-Quran dan As-Sunnah dan berhukum denga apa yang selain daripada keduanya daripada kebatilan. Sesungguhnya itulah taghut yang dimaksudkan dalam ayat ini.
Termasuk di dalam harakah ini ialah harakah-harakah yang dipimpin oleh penentang-penentang para Anbiya’ dan Rasul seperti Firau’n, Namrud, dari kaum Nuh, Hud, Salleh, dan Lut, Abu Jahal, dam pemimpim-pemimpin Quraisy dan sebagainya. Ayat Al-Quran banayk menceritakan tentang pergerakan-pergerakan mereka yang berusaha untuk menyesatkan manusia dan menjauhkan manusia daripada menerima seruan para Anbiya’ dan rasul.
Harakah-harakah penyeru kepada taghut ini peranan mereka adalah sama sepanjang zaman iaitu menyeru manusia kepada jahikiah dan berusaha untuk menghapuskan risalah Allah s.w.t dan penolong-penolong agamanya. Pada zaman ini harakah ini dipelopori oleh golongan sekular, komunis, nasiopnalis, dan lain-lainnya daripada ideologi-ideologi yang bertentangan dengna Islam. Sikap mereka yang memusuhi Harakah Islamiah jelas membuktikah bahawa mereka adalah penyambung gerakan taghut sepanjang zaman.

Firman Allah s.w.t di dalam surah An-Nisa’ ayat 76:

Ertinya :” Orang-orang yang beriman berperang di jalan Allah, dan orang-orang yang kafir berperang di jalan thaghut, sebab itu perangilah kawan-kawan syaitan itu, Karena Sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah “.

Firman Allah s.w.t di dalam surah Al-Baqarah ayat 98:

Ertinya :“ Barang siapa yang menjadi musuh Allah, malaikat-malaikat-Nya, rasul-rasul-Nya, Jibril dan Mikail, Maka Sesungguhnya Allah adalah musuh orang-orang kafir “.

Kewajipan kita dan umat Islam seluruhnya terhadap kedua-dua harakah ini ialah:
Menyahut seruan orang yang menyeru ke jalan Allah s.w.t dan bersama-sama dengan jamaah dan harakah mereka.

Menjauhi seruan orang-orang yang mnyeru kepada Taghut dan menjauhi jamaah dan harakah mereka.

Firman Allah s.w.t di dalam surah Al-Baqarah ayat 256:

Ertinya :” Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); Sesungguhnya Telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Karena itu barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut] dan beriman kepada Allah, Maka Sesungguhnya ia Telah berpegang kepada buhul tali yang amat Kuat yang tidak akan putus. dan Allah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui “.


Firman Allah s.w.t di dalam surah Hud ayat 113:

Ertinya :” Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolongpun selain daripada Allah, Kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan “.

Firman Allah s.w.t di dalam surah At-Taubat ayat 119:

Ertinya :” Hai orang-orang yang beriman bertakwalah kepada Allah, dan hendaklah kamu bersama orang-orang yang benar “.

Firman Allah s.w.t di dalam surah An-Nisa’ ayat 76:

Ertinya :” Orang-orang yang beriman berperang di jalan Allah, dan orang-orang yang kafir berperang di jalan thaghut, sebab itu perangilah kawan-kawan syaitan itu, Karena Sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah “.

Firman Allah s.w.t di dalam surah An-Nisa’ ayat 144:

Ertinya :” Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah, atau berbuat ma'ruf, atau mengadakan perdamaian di antara manusia. dan barangsiapa yang berbuat demikian Karena mencari keredhaan Allah, Maka kelak kami memberi kepadanya pahala yang besar “.

Asy-Syeikh Sai’d Hawwa menyatakan :

Menjadi kewajipan setiap umat Islam untuk memenuhi dua tuntutan :

  1. Menjauhi kesesatan dan para pendokongnya.
  2. Mengikat diri dengan kebenaran di sebelah pihak muslimin dan beriltizam pula dengan jamaah mereka. Sekiranya ada lagi di sana golongan pertengahan maka itulah golongan munafiq.

Allah s.w.t telah menyatakan tentang golongan ini di dalam Al-Quran surah An-Nisa’ ayat 124 :

Ertinya :” Barangsiapa yang mengerjakan amal-amal saleh, baik laki-laki maupun wanita sedang ia orang yang beriman, Maka mereka itu masuk ke dalam surga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun “.











HARAKAH ISLAMIAH (siri 3 )

MATLAMAT PENUBUHAN HARAKAH ISLAMIAH

Berdasarkan kepada fenomena-fenomena yang membawa kepada kemunculan Harakah Islamiah di atas, jelas kepada kita bahawa matlamat Harakah Islamiah ialah:

1. Membentuk individu muslim dan mengembalikan keperibadian yang tulen kepadanya.
2. Mendirikan daulah islamiah di dalam setiap negara umat Islam sebagai langkah pertama ke arah penegakan Khilafah Islamiah.
3. Menyatukan semula umat Islam yang berpecah belah sebagaimana sekarang.

4. Mengidupkan kembali Sistem Khilafah Islamiah yang telah jatuh.
5. Menundukkan alam seluruhnya di bawah kekuasaan Islam atau di dalam ertikata lain: Mendirikan Daulah Islamiah Sejagat.

Kita diperintahkan supaya berjihad untuk menundukkan manusia di bawah kalimah . Ketundukan sempurna selagi mana muka bumi dikuasai oleh kuffar. Namun demikian, matlamat yang digariskan ini ialah matlamat khusus Harakah Islamiah pada abad ini. Adapun matlamat umum bagi seluruh Harakah Islamiah sepanjang zaman ialah :

  1. Mengabdikan diri kepada Allah s.w.t sebagaimana Firman Allah s.w.t di dalam surah Az-Zariyat ayat 56 :

Ertinya :”Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku “.

  1. Mempelopori kerja-kerja amar makruf dan nahi mungkar sebagaiman Firman Allah s.w.t di dalam surah Al-Imran ayat110 :

Ertinya :” Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. sekiranya ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik “.

  1. . Menyampaikan risalah Islam kepada manusia seluruhnya sebagaimana Firman Allah s.w.t di dalam surah As-Syura ayat 21:

Ertinya :”Apakah mereka mempunyai sembahan-sembahan selain Allah yang mensyariatkan untuk mereka agama yang tidak diizinkan Allah? sekiranya tak ada ketetapan yang menentukan (dari Allah) tentulah mereka Telah dibinasakan. dan Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan memperoleh azab yang amat pedih “.

  1. Menghhapuskan fitnah dan kekufuran dari berkuasa di muka bumi ini sebagaimana Firman Allah s.w.t di dalam surah Al-Anfal ayat 39 :

Ertinya :” Dan perangilah mereka, supaya jangan ada fitnah dan supaya agama itu semata-mata untuk Allah. jika mereka berhenti (dari kekafiran), Maka Sesungguhnya Allah Maha melihat apa yang mereka kerjakan “.

MENGAPA PERLUNYA AMAL SECARA JAMAIE?

a) Tuntutan Syarak

Firman Allah s.w.t di dalam surah Al-Imran ayat 104:

Ertinya :”Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar, merekalah orang-orang yang beruntung “.


Firman Allah s.w.t di dalam surah Al-Maidah ayat 2:

Ertinya :”Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. dan bertakwalah kamu kepada Allah, Sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya “.

Firman Allah s.w.t di dalam surah At-Taubah ayat 67:

Ertinya :” Orang-orang munafik laki-laki dan perempuan. sebagian dengan sebagian yang lain adalah sama, mereka menyuruh membuat yang munkar dan melarang berbuat yang ma'ruf dan mereka menggenggamkan tangannya. mereka Telah lupa kepada Allah, Maka Allah melupakan mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu adalah orang-orang yang fasik “.

Firman Allah s.w.t di dalam surah As-Soff ayat 4:

Ertinya :” Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh “.

Firman Allah s.w.t di dalam surah Al-Maidah ayat 54:

Ertinya :” Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, Maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintaiNya, yang bersikap lemah Lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad dijalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha luas (pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui “.

b) Tuntutan Realiti dan Keadaan

  1. Kerja untuk mengembalikan perlaksanaann Islam yang meneluruh di dalam kehidupan dan menegakkan Daulah Islamiah tidak akan mencapa matlamay sekiranya dilakukan hanya dengan ceramah, pidato, penulisan yang bersifat individu sahaja. Kerja yang besar ini memerlukan kepada penggabungan tenaga dan konsep ta’awun daripada individu-individu yang mempunyai kemahiran dan kebolehan di dalam pelbagai bidang ynag dapat di manfaatkan untuk kerja-kerja dakwah. Penggabungan dan ta’awun ini tidak akan berlaku kecuali dengan adanya jamaah yang tersusun dan terancang.
  2. Dakwah Islam adalah seruan yang bersifat meruntuh dan membina iaitu Islam menyeru supaya diruntuhkan binaan jahiliah dan masyarakatnya hingga ke akar umbi dan kemudiannya menegakkan di atas keruntuhan itu Syariat Islam dan masyarakat Islam. Kerja-kerja umntuk meruntuhkan masyarakat jahiliah ini bukanlah kerja yang mampu dilakukan secara individu. Ia menuntut pengorbanan, kenanpuan, dan tenaga yang tidak akan mampu dilakukan oleh orang perseorangan sekalipun dengan sepenuh tenaga dan kegigihan. Terutama sekali pada zaman ini iaitu zaman dimana kuasa-kuasa jahiliah daripada pelbagai golongan telah bergabung untuk meruntuhkan Islam.
  3. Jalan-jalan yang dilalui dalam bekerja untuk Islam penuh dengan mehnah dan teribulasi. Cabaran yang merintangi perjalanan ini cukup besar. Kekuatan buas yang sentiasa menunggu peluang untuk menumpaskan Islam dan penganutnya cukup banyak. Kesemua ini mewajibkan wujudnya satu tanzim pergerakan yang meluas dari segi kuantiti dan kulaitinya untuk menghadapi semua peringkat amal dan jaga untuk berdepan dengan semua keadaan dan tuntutan amal Islami.

Kaedah Fiqh ada menyatakan :

Berdasarkan kepada realiti di atas kita mendapati bahawa matlamat untuk melaksankan Islam dalam seluruh aspek kehidupan dan menegakkan daulah Islamiah tidak akan tercapai kecuali dengan gerak kerja yang dilakukan secara berjamaah. Oleh itu mewujudkan Jamaah Islam yang malakukan kerja-kerja amal Islami manjadi satu kewajipan ke atas umat Islam menyertainya dan juga adalah satu tuntutan yang mesti ditunaikan.