Friday, February 5, 2010

Masalah Berkaitan Dengan Azan

HUKUM AZAN

Azan bagi solat maktubah sunah muakad disisi jumhur Ulama` dan adalah fardhu kifayah disisi mazhab Hambali. Ia juga adalah sunat kifayah bagi jamaah dan sunat aini bagi munfaridah ( seorang diri ) disisi mazhab Syafie.

Adapun dalil sunat azan itu adalah hadis-hadis yang menggalakkan azan dan antaranya hadis yang diriwayatkan oleh Iman Bukhari dan Muslim :
إذا حضرت الصلاة فليؤذن لكم أحدكم
Ertinya :”apabila masuk waktu sembahyang hendaklah azan seseorang kamu”.

Dan adalah dalil bukan wajib ialah hadis yang diriwayatkan daripada Iman Muslim daripada Jabir  :
أن النبي صلى الله عليه وسلم أتى المزدلفة فصلى بها المغرب والعشاء بأذان واحد وإقامتين
Ertinya :”bahawasanya nabi s.a.w sembahyang magrib dab Isya` ( jama` taakir ) di Muzdalifah dengan satu azan dan dua Iqamah ( iaitu Rasulullah s.a.w hanya azan pada solat yang pertama ).

Berkata Iman Syafie r.a  dalam kitabnya Al-Um :
وفى أن المؤذن لم يؤذن له صلى الله عايه وسلم حين جمع بمزدلفة والخندق دليل على أنه لو لم يجزئ المصلي إلا بأذان لم يدع النبي صلى الله عليه وسلم أن يأمر بالأذان وهو يمكنه
Ertinya :” dan sesungguhnya tidak adapun Muazin bagi Rasulullah s.a.w ketika baginda menhimpunkan enbahyang di Muzdalifah dan Khandak adalah menjadi dalil bahawa jika tidak memadai pada sembahyang melaingkan dengan azan, nescaya tidaklah Rasulullah s.a.w meninggalkan untuk melaungkan azan pada hai baginda mampu ( untuk menyuruh ).

Itu adalah pendapat dalam Mazhab Syafie, tetapi terdapat juga pendapat dalam Mazhab Syafie mengtarjihkan mereka yang mengatakan bahawa azan itu adalah Fardhu Kifayah sebagaimana Mazhab Hambali. Ini kerana sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Iman Bukhari dan Muslim tadi bererti jika datang waktu sembahyang maka hendaklah azan seseorang daripada kamu. Itu jika kerana azan adalah Syiar dalam Islam dan tidak ada tanda yang lebih cantik untuk menunjukkan syiar Islam selain daripada azan. Demikianlah adanya syiar Islam jika azantidak didirikan oleh kesemua penduduk kerana mengganggap ia adalah sunat sahaja? Kerana itulah golongan Salaf dan Khalaf tidak meninggakkan azan kerana ia merupakan Fardhu Kifayah bagi kaum Muslimin.

MASALAH

1- HUKUM AZAN BAGI SOLAT SUNAT :
Tidak di sunatkan azan bagi solat-solat sunat dan begitu juga tidak disunatkan iqamah bagi solat sunat. Adapun solat gerhana matahari maka disunatkan mengucapkan “ As-solatul Jamiah “ kerana hadis yang diriwayatkan oleh Iman Bukhari dan muslim daripada Abdullah bin Amru r.a :
لما انكسفت الشمس على عهد رسول الله صلي الله عليه وسلم نودي " الصلاة جامعة "
Ertinya :” tahkala terjadi gerhana matahari pada masa Rasululah s.a.w diseru “ As-Solatul Jamiah “. Tetapi sebahagian Ulama` mengatakan disunatkan juga mengatakan “ As-Solatul Jamiah “ pada sembahyang-sembahyang sunat yang dituntukkan berjamaah seperti sembahyang sunat dua hari raya, sunat Istisqa, sunat tarawih dan juga witir Ramadhan kerana qias pada hadis tersebut. Tetapi qias ini tidak sah kerana sebahagian solat ini terdapatpada zaman Rasulullah s.a.w, tetapi baginda tidak mengucapkannya. Maka mengapa mereka boleh mengatakan perkara tersebut adalah sunat sedangkan Rasulullah s.a.w dan para khulafa ar-syidin  mengikutinya. Qias itu juga berlawanan dengan kaedah “ iaiu tiada Qias dalam Ibadah “. Ini kerana ibadat hanyalah apa yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w sahaja dan ibadah-ibadah rangkaian adalah bid`ah dan bukannya ibadah. Wallahu a`lam…

2- hukum azan pada solat sunat aidil fitri dan aidil adha :
tidak disunatkan azan pada solat sunat dua hari raya sebagaimana sembahyang-sembahyang sunat yang lain, begitu juga tidak disunatkan iqamah dan mengucapkan “as-solatul jamiah “. Dalil bagi pendapat itu ialah hadis berikut :
1- hadis daripada Jabir r.a :
عن جابر بن سمرة رضى الله عنه قال : صليت رسول الله صلي الله عليه وسلم العيدين غير مرة ولا مرتين بغير أذان ولا إقامة
Ertinya :”aku telah bersembahyang dua hari raya bersama-sama Rasulullah s.a.w bukan sekali dan bukan dua kali( bahkan banyak kali ) tanpa azan dan iqamah”.( riwayat Muslim ).

2- Hadis riwayat Muslim daripada `Ata katanya :

أخبرنى جابر أن لا أذان للصلاة يوم الفطر حين يخرج الإمام ولا بعد ما يخرج ولا إقامة ولا نداء ولا شئ

Ertinya :” Jabir telah memberitahu kepadaku bahawa tiada azan bagi hari raya aidil Fitri samada keluar Iman dan tidak juga selepas keluar Iman dan tidak ada juga iqamah dan tidak ada seruan dan tidak ada satu pun”.

Berdasarkan hadis inilah tidak disunatkan mengucapkan “ as-Solatul jamiah “ pada hari raya aidil Fitri dan aidil Adha.

Kerana itulah Ibnu Qayyim r.h berkata :
كان صلي الله عليه وسلم إذا انتهى إلى المصلى أخذ فى الصلاة من غير أذان ولا إقامة ولا قول الصلاة جامعة والسنة أن لا يفعل شئ من ذلك
Ertinya “ sesungguhnya Rasulullah s.a.w apabila ia sampai ke musala ( tempat sembahyang hari raya dan bukan masjid ) baginda terus sembahyang tanpa azan dan tanpa iqamah dan juga tanpa ucapan ( as-solatul jami`ah ).

Al-Amirul al-son`ani pula berkata dalam kitabnya Subulus salam syarah kepada Bulughul Maram :
وأما القول بأنه يقال فى العيد عوضا عن الأذان " الصلاة جامعة " فلم ترد به سنة فى الصلاة العيدين.... إذ لا دليل على الاستحباب ولو كان مستحبا لما تركه صلى الله عليه وسلم والخلفاء الرشدون من بعده, نعم ثبت ذلك فى الصلاة الكسوف لا غير, ولا يصح فيه قياس لأن ما وجد سببه فى عصره ولم يفعله بعد عصره بدعة فلا يصح فيه قياس
Ertinya “adapun pendapat yang mengatakan bahawa diganti daripada azan pada solat Aidil “as-solatul jami`ah “ maka ia tidak terdapat dalam sunnah….dan tidak ada dalil untuk mengatakan ia sunat dan kalaulah ia adalah sunat nescaya tidaklah Rasulullah s.a.w meninggalkannya dan tidak juga para Khulafa ar-Syidin selepasnya. Ya, memang ucapan itu tetap pada solat Gerhana Matahari tetapi tidak pada yang lain, dan tidak sah qias kerana ( solat-solat tersebut ) ada pada zaman Rasulullah s.a.w dan baginda tidak membuatnya, maka yang dibuat selepasnya adalah bid`ah dan tidak sah pada qias.( semata-mata kita menghudupkan sunnah  Rasulullah s.a.w semampu-mampu kita ) . wallahu `alam.

3- Hukum azan bagi solat jenazah

Tidak disentuhkan azan bagi solat jenazah kerana tidak sabit baginya hadis sebagaimana pada solat-solat sunat. Wallahu `alam.

4- Hukum azan bagi perempuan

tidak disunatkan bagi perempuan azan pada barang yang dengan itlak semada ia baginya atau untuk jamaah sesame mereka dan hukumnya adalah makruh jika tidak lelaki yang bukan mahram dan haram jika terdapat lelaki yang bukan mahram, tetapi diharuskan dengan tidak makruh azan perempuan bagi dirinya atau jamaah sesama mereka jika dengan perlahan sekira-kira di dengar oleh rakan-rakannya sahaja dan tidak orang yang bukan mahramnya. Begini juga hukum iqamah sbagaimana kata Iman Syafie dalam kitabnya al-Um :
قال الشافعى : وليس على النساء أذان, وإن جمعن الصلاة أذن فأقمن فلا بأس ولا تجهر المرأة بصوتها تتؤذن فى نفسها وتسمع صواحباتها إذا أذنت وكذلك إذا أقامت.
عن عائشة رضي الله عنها : أنها كانت تؤذن وتقيم وتؤم النساء وتقف وسطهن
Ertinya “ daripada aisyah r.a bahawa beliau pernah azan dan juga iqamah dan mengimankan perempuan dan berdiri di tengah-tengah mereka.
حديث : ليس على النساء أذان ولا إقامة ولا جمعة ولا اغتسال للجمعة ولا تتقدمهن امرأة لكن تقوم وسطهن
Adalah hadis maudu` atau hadis yang direka-reka.
Ertinya :“tidak ada bagi perempuan itu azan dan tidak iqamah dan tidak juga jamaah dan tidak juga mandi berramai-ramai dan tidak berdiri seorang perempuan dihadapan perempuan ( untuk menjadi Iman ) tetapi berdiri ditengahnya.

5- Hukum azan bagi sembahyang seorang diri  
disunatkan azan walaupun bagi seseorang yang bersembahyang seorang diri ( sama ada Adaan atau Qadha ), dan diangkatkan juga suara melaingkan di dalam masjid yang ada padanya jamaah supaya tidak memberikan gangguan dan syak wasangka orang lain terhadap masuk waktu solat kerana hadis Ibnu Said al-Khudri r.a yang diriwayatkan oleh Iman Bukhari, Malik, an-Nasai dan Ibnu Majah, tetapi harus meninggalkannya dan ada riwayat daripada Ibnu Mas`ud r.a bahawa beliau bersembahyang di rumahnya tanpa azan dan iqamah.
عن ابن مسعود رضى الله عنه أنه كان يصلي فى داره بغير أذان ولا إقامة ويقول : يجزينا أذان المقيمين حولنا
Ertinya :”adalah Ibnu Mas`ud r.a pernah bersembahyang di rumahnya tanpa azan dan iqamah dan dia berkata :memadai kepada kita dengan azan orang yang bermukin di sekeliling kita”.

6- Hukun azan dan iqamah bagi yang berhadas kecil atau besar

harus bagi orang berhadas kecil atau besar azan dan iqamah dengan makruh. Ini kerana thaharah ( suci ) tidaklah menjadi syarat bagi sah azan, tetapi azan tanpa thaharah tidak sepatutnya dilakukan kerana hadis daripada Abi Hurairah r.a daripada Rasulullah s.a.w bersabda : ( لا يؤذن إلا متوضئ ) ertinya : janganlah seseorang itu azan melainkan dalam keadaan berwuduk. Juga kerana hadis Maukuf daripada az-Zuhairi daripada Abu Hurairah r.a katanya : ( لا ينادي بالصلاة كادائن بروضوء )  ertinya : janganlah sesorang itu menyeru kepada sembahyang melainkan dalam keadaan berwuduk. Tetapi kedua-dua hadis itu adalah Dha`if .

terdapat juga hadis daripada Ibnu Abbas r.a :( إن الأذان متصل بالصلاة فلا يؤذن أحدكم إلا وهو طاهر ) ertinya : seseorang azan itu berhubung dengan sembahyang, maka janganlah seseorang itu azan melainkan dalam keadaan suci, kerana inilah Iman Ahmad dan lain-lainnya mensyaratkan bagi azan itu suci daripada hadas kecuali sebagaimana kata al-Amirul al-Son`ani dalam Subulus salam.

7- Hukum azan bagi solat yang telah luput

Sesiapa yang telah luput daripadnya samada sebab tertidur atau terlupa, maka disunatkan baginya azan dan iqamah ketika mana dia ingin bersembahyang, itu kerana terdapat hadis yang sahih bahawa Rasulullah s.a.w dan para sahabat tidur dan tidak terjaga daripada tidur sehingga keluar waktu subuh, maka Rasulullah s.a.w menyuruh saidina Bilal r.a azan, peristiwa ini berlaku ketika baginda pulang daripada peperangan Khaibar ( hadis ini adalah hadis yang panjang dan penulis tidak berhajat untuk menulis matannya ).

Dan juga berbilang-bilang maka disunatkan baginya azan pada solat yang pertama sahaja dan disunatkan iqamah bagi tiap-tiap solat, ini kerana Rasulullah s.a.w dalam peperangan Khandak iaitu peperangan melawan tentera bersekutu musyirikin. Mereka telah menyebabkan baginda terluput empat solat ( zohor, asar, magrib dan isya` ) sehingga tiba waktu malam baginda menyuruh Bilal r.a azan dan Bilal pun azan dan kemudian iqamah, maka Rasulullah s.a.w pun solat zuhur dan kemudian baginda menyuruh iqamah, maka Bilal iqamah dan baginda pun solat asar begitulah seterusnya sehingga solat isya`. Itu juga berdasarkan hadis  daripada Jabir r.a yang diriwayatkan oleh Iman Bukhari dan Muslim bahawa Rasulullah s.a.w menghimpungkan solat magrib dan isya` dengan satu azan dan dua iqamah.

7- Hukum azan daniqamah bagi solat jama`.

Solat jama` ialah menghimpunkan dua solat fardhu dalam satu masa kerana sebab-sebab yang diharuskan syara` seperti musafir bagi yang tidak bermukim ataupun musyakah yang sangat untuk berjamaah bagi yang bermukim seperti sejuk atau salji atau hujan bagi yang bermukim. Maka disunatkan bagi solat yang pertama sahaja dan disunatkan iqamah bagi kedua-dua solat, ini kerana Rasulullah s.a.w telah pun menghimpungkan solat magrib dan isya` di Muzdhalifah dengan satu azan dan dua iqamah.

No comments: