Friday, January 29, 2010

Pemikiran Salafi

Definisi Pemikiran Salafi
Telah kami bincangkan definisi Fikry ( pemikiran ) di dalam kitab kami iaitu Madkhal ila dirasat al-Fikry al-Islamiy yang telah di cetak di Kaherah oleh Dar al-Hadith pada tahun 2004 untuk terbitan pertama. Di sebabkan itu, maka tidaklah perlu kita bincangkan definisi perkataan Fikry ( pemikiran ) dan memadai bagi kita untuk membincangkan definisi perkataan Salaf pada sudut bahasa dan juga istilah ( konsep ) dan kita akan akhiri pengajian kita dengan melihat pendapat ulama-ulama dan juga para pengkaji untuk memahami pemikiran Salafi secara umum dan khusus.

Perkataan Salaf Pada Bahasa
            Perkataan Salaf di ambil daripada kata kerja : سلف – يسلف – سلفا seperti طلب – يطلب – طلبا iaitu lepas. Kaum yang terdahulu, dan telah mendahului seorang lelaki oleh ayahnya – ayahnya dahulu kemudian baru lelaki tersebut – dan perkataan jamaknya ialah أسلاف – وسلاف.
Bagi Salaf itu ada 2 makna iaitu :
i-                    Segala sesuatu yang di dahulukan oleh seorang hamba amalan solehnya atau di lahirkan terdahulu maka inilah yang dinamakan salaf yang mana sesungguhnya terdahulu amalan solehnya.
ii-                  Salaf juga ialah mereka yang terdahulu daripada ayah-ayah kamu dan kaum keluarga yang mana mereka mendahului kamu pada masa, kelebihan dan mendahului.
Dan di katakana juga dengan Salaf ialah mereka yang terdahulu mati dikalangan ayah-ayah kamu dan kaum keluarganya, yang inilah yang di namakan dengan golongan pertama di kalangan Salifus Soleh(1).
Dah di ambil makna perkatan ini daripada kamus-kamus Arab yang lama dan baru di antaranya Kamus al-Muhit oleh Fairuzabady, Misbah al-Munir oleh ar-Rafie`, Mukhtar as-Sohih oleh ar-Razy, al-Wafy oleh al-Bustany, dan Mu`jam al-Wasit li jami` al-Lughah al-Arabiyyah di Kaherah. Dan juga terdapat makna yang lain yang tidak kami nyatakan kepada sesiapa yang berhajat untuk mengetahui makna Salafi maka bolehlah merujuk kepada Kamus-kamus Arab lama dan yang baru seperti Mu`jam al-Wasit yang mana banyak di gunakan pada masa kini.
Inilah makna pada sudut bahasa yang menjadi perhatian perkataan Salafi ini secara istilah, dan demikianlah bangunnya Ulama-ulama dan para pengkaji fokus pada definisi Salafi pada bahasa berbanding pada Istilah ( konsep ).
Apabila kita merujuk Kitab Allah, maka kita akan dapati makna perkataan Salaf akan datang dengan makna yang lepas atau terdahulu sebagaimana di dalam surah-surah berikut :-
1- Surah al-Baqarah ayat 275 :
فَمَنْ جَاءَهُ مَوْعِظَةٌ مِنْ رَبِّهِ فَانْتَهَى فَلَهُ مَا سَلَفَ
Maksudnya :” Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti, Maka baginya apa yang Telah diambilnya dahulu “.
2- Surah an-Nisa` ayat 22 dan ayat 23
وَلَا تَنْكِحُوا مَا نَكَحَ آبَاؤُكُمْ مِنَ النِّسَاءِ إِلَّا مَا قَدْ سَلَفَ
Maksudnya :” Dan janganlah kamu kahwini wanita-wanita yang telah dikawini oleh ayahmu, terkecuali pada masa yang telah lepas “.
حُرِّمَتْ عَلَيْكُمْ أُمَّهَاتُكُمْ وَبَنَاتُكُمْ وَأَخَوَاتُكُمْ وَعَمَّاتُكُمْ وَخَالَاتُكُمْ وَبَنَاتُ الْأَخِ وَبَنَاتُ الْأُخْتِ وَأُمَّهَاتُكُمُ اللَّاتِي أَرْضَعْنَكُمْ وَأَخَوَاتُكُمْ مِنَ الرَّضَاعَةِ وَأُمَّهَاتُ نِسَائِكُمْ وَرَبَائِبُكُمُ اللَّاتِي فِي حُجُورِكُمْ مِنْ نِسَائِكُمُ اللَّاتِي دَخَلْتُمْ بِهِنَّ فَإِنْ لَمْ تَكُونُوا دَخَلْتُمْ بِهِنَّ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ وَحَلَائِلُ أَبْنَائِكُمُ الَّذِينَ مِنْ أَصْلَابِكُمْ وَأَنْ تَجْمَعُوا بَيْنَ الْأُخْتَيْنِ إِلَّا مَا قَدْ سَلَفَ
Maksudnya :” Diharamkan atas kamu (mengawini) ibu-ibumu; anak-anakmu yang perempuan, saudara-saudaramu yang perempuan, Saudara-saudara bapakmu yang perempuan; Saudara-saudara ibumu yang perempuan; anak-anak perempuan dari saudara-saudaramu yang laki-laki; anak-anak perempuan dari saudara-saudaramu yang perempuan; ibu-ibumu yang menyusui kamu; saudara perempuan sepersusuan; ibu-ibu isterimu (mertua); anak-anak isterimu yang dalam pemeliharaanmu dari isteri yang Telah kamu campuri, tetapi jika kamu belum campur dengan isterimu itu (dan sudah kamu ceraikan), Maka tidak berdosa kamu mengawininya; (dan diharamkan bagimu) isteri-isteri anak kandungmu (menantu); dan menghimpunkan (dalam perkawinan) dua perempuan yang bersaudara, kecuali yang Telah terjadi pada masa lampau “.
3- Surah al-Maidah ayat 95
عَفَا اللَّهُ عَمَّا سَلَفَ
Maksudnya :” Allah telah ampunkan apa yang terdahulu “.
4- Surah al-Anfal ayat 38
قُلْ لِلَّذِينَ كَفَرُوا إِنْ يَنْتَهُوا يُغْفَرْ لَهُمْ مَا قَدْ سَلَفَ
Maksudnya :”Katakanlah kepada orang-orang yang kafir itu :"Jika mereka berhenti (dari kekafirannya), niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosa mereka yang sudah lalu".
5- Surah Yunus ayat 30
هُنَالِكَ تَبْلُو كُلُّ نَفْسٍ مَا أَسْلَفَتْ
Maksudnya :” Di tempat itu (padang Mahsyar), tiap-tiap diri merasakan pembalasan dari apa yang Telah dikerjakannya dahulu “.
6- Surah al-Haaqqah ayat 24
كُلُوا وَاشْرَبُوا هَنِيئًا بِمَا أَسْلَفْتُمْ فِي الْأَيَّامِ الْخَالِيَةِ
Maksudnya :” (kepada mereka dikatakan): "Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan amal yang Telah kamu kerjakan pada hari-hari yang Telah lalu “.
7- Surah az-Zuhkruf ayat 56
فَجَعَلْنَاهُمْ سَلَفًا وَمَثَلًا لِلْآخِرِينَ
Maksudnya :”  Dan kami jadikan mereka sebagai pelajaran dan contoh bagi orang-orang yang kemudian .
Dan juga di dalam banyak hadis Nabi s.a.w perkataan Salaf datang dengan makna terdahulu dan yang telah lepas.


Definisi Salafi Pada Istilah ( konsep )
            Ulama-ulama, Para pengkaji baru dan semasa mengambil berat tentang pengkajian tentang Salaf dan di nyatakan oleh Ustaz Dr Muhammad A`marah sesungguhnya Salafiyyah muncul pada Zaman Abasiyyah(2). Ini bermakna, kemunculannya baru iaitu di bawah naungan Daulah Bani Abasiyyah. Munculnya setelah selepas selesainya penterjemahan pemikiran luar daripada Parsi, India, Mesir, Syam, Yunani dan Rom ke dalam bahasa Arab dan orang-orang Islam belajar dan mengambil daripada itu pemikiran yang baru. Mereka melihat kepentingan pemikiran ini pada sudut untuk melawan hujah musuh-musuh Islam yang tidak beriman dengan hujah-hujah Nas – al-Quran dan Sunnah – dan mereka berpendapat berhujah dengan al-Ma`thur – a-Quran dan Sunnah – tidak memadai.
            Di hadapan pemikiran luar yang di ambil oleh orang Islam untuk memberi manfaat kepada Islam mereka berfikiran tersendiri dan para Jumhur Ulama berpendapat bahawa sesungguhnya tidak dapat tidak kita perlu kembali kepada Islam 3 kurun pertama. Ketua mereka di dalam menolak pemikiran luar ini ialah Imam Ahmad bin Hambal r.a (164H – 241H, 780H – 855H ).
            Bermulannya penerangan tentang Gerakan as-Salafiyyah iailah pada kurun pertama dan ke-2 Hijrah, dan terus bergerak Gerakan ini sehingga sekarang. Gerakan ini berpegan dengan pemikiran yang memajukan generasi terdahulu, kerana sesungguhnya Islam sumber rujukannya adalah kekal iaitu sudah memadai untuk melawan musuh-musuh Islam dengan al-Quran dan as-Sunnah dan tidak memerlukan kepada pemikiran luar. Manakala pendapat selain daripada mereka daripada Ulama ilmu Kalam ( Aqidah ), Tafsir dan Falsafah, sesungguhnya pemikiran ini adalah tidak di sukai, tetapi kita memerlukannya untuk menolak hujah-hujah musuh-musuh Islam, kerana mereka tidak beriman dengan Nas al-Quran dan Sunnah, oleh sebab itu, berhujah dengan Nas adalah tidak memadai.
            Maka sehingga sekarang dan akan datang perkara ini akan menjadi suatu perbincangan dan perselisihan di kalangan ulama dan juga para pengkaji.

Terjemahan Muzakirat Fikr al-Islamiy al-Hadith
Prof Dato` Dr Sayyid Aqiel Bin Ali Al-Mahdaly
m/s 1-3
Musa Bin Mohamad
Kuliah Usuluddin
Mejor Hadis wa Ulumhu

No comments: