Thursday, February 18, 2010

Derma Darah Membatalkan Wudhu Atau Tidak

Adakah dengan Menderma Darah Membatalkan Wudhu`
Dalam perbincangan mengenai bab ini kita akan dapati beberapa pendapat ulama` di kalangan mazhab menghuraikan hukum dan membawa dalil masing-masing.

Pendapat Pertama : Imam Abu Hanifah
Mereka yang berpegan dengan mazhab ini menganggap apabila keluarnya darah maka batallah wudhu`nya – iaitu dalam jumlah yang banyak – dan tidak membatalkan jika setitik atau dua titik darah.
Di sebabkan itu, apabila keluar darah seperti memdema darah, pendarahan, berbekan dan jugan pemeriksaan kesihatan membatalkan wudhu`. Daripada pendapat mereka : “ Demikianlah yang mengugurkannya ( membatalkan wudhu` ) di sebabkan darah yang di ambil dengan banyak….kerana ianya keluar padanya darah yang mengalir(1) “.
Mereka berhujah dengan mengunakan Sabda Rasulullah s.a.w :
الوضوء من كل دم سائل
Maksudnya :” Berwudhu`lah pada setiap darah yang mengalir “.( Dhaif, Diriwayatkan Daruqutni(2) ).
Dan Sabda Nabi s.a.w kepada Fatimah bin Abi Jaisy kerana dia berdarah:
توضئي لكل صلاة
Maksudnya :” Berwudhu`lah kamu untuk setiap solat “.( Sahih, Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ibnu Majah(3) ).
Dan juga hadis :
من قاء أو رعف فى صلاته فلينصرف, وليتوضوء ولين ( يكمل ) على صلاته ما لم يتكلم
Maksudnya :” Sesiapa yang mumtah atau berdarah hidung di dalam solatnya hendaklah dia mengeringkannya, dan berwudhu`lah dengan sempurna serta sempurnakanlah solatnya bagi sesiapa yang belum bercakap ”. ( Diriwayatkan oleh Daruqutni(4) ).

Pendapat Kedua : Hanabilah ( Mazhab Hambali )
Mereka dalam mazhab ini berpendapat bahawa darah yang keluar dengan banyak sahaja membatalkan wudhu`, dengan dalil Sabda Rasulullah s.a.w kepada Fatimah bin Jaisy :
إنه دم عرق فتوضئي لكل صلاة
Maksudnya : “ Sesungguhnya ia merupakan darah yang mengalir, maka berwudhu`lah untuk setiap solat “. ( Sahih, Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ibnu Majah(5) ).

Pendapat Ketiga : Maliki, Syafie dan Zohiri
Mereka berhujah dengan dalil Hambali bahawa keluarnya darah tidak membatalkan wudhu`.

Pendapat Keempat : Imam Ibnu Taimiyyah
Berkata Ibnu Taimiyyah daripada apa yang diriwayatkan oleh sebahagian sahabat pada wudhu` yang darah keluar ( sedang mengalir ) : “ tiada suatu pun daripada dalil tersebut menjadi dalil wajibnya wudhu` bahkan sunat sahaja berwudhu` “, manakala hadis nabi s.a.w ( قاء فلم يتوضوء )  dan ( احتجم فصلى ولم يتوضأ ) mereka berbekam kemudian solat dan tidak berwudhu(6).

Pendapat Terpilih ( Rajih )
Berpendapat Jumhur Ulama` bahawa keluar darah tiadak membatalkan wudhu` jikalau bukan pada jalannya walaupun keluar darah dengan banyak.
Mereka berpegan dengan padangan ini berdasarkan amalan para Sahabat Nabi s.a.w bahawa mereka solat selepas berbekam tanpa mengambil kisah tentang wudhu` dan tidak terdapat hadis yang sahih yang mana Rasulullah s.a.w memerintahkan Sahabat Baginda mengambil wudhu` selepas berbekam dan mengeluarkan darah. ( Fatwa Ibnu Taimiyyah, jil 25 m/s 238 ).
Terjemahan Kitab :
Feqh Qadhaya at-Tibiyyah al-Mua`soroh m/s 551-552.

Nota Hujung
1- Hasiyah Ibn A`bidin jil 1 m/s 139.
2- Hadis ini dhaif, Diriwayatkan oleh Daruqutni di dalam sunannya jil 1 m/s 157. Di dalamnya terdapat Yazid bin Khalid dan Yazid bin Muhammad, mereka berdua ini tidak diketahui ( Majhul ).
3- Abu Daud, jil m/s 129, 131,132, no 292, 298, 300. Ibnu Majah, jil 1 m/s 204 no 624.
4- Diriwayatkan oleh Daruqutni,jil 1 m/s 154 no 12. Seorang perawinya mempunyai masalah sehingga Ibnu Hibban mengatakan Ismail Bin Iyas tidak boleh dijadikan Hujah. Dhaif.
5- Lihat no 3.
6- iaitu mereka tidak mengambil wudhu` untuk menunjukkan bahawa berbekam tidak membatalkan wudhu`.

No comments: