Saturday, February 6, 2010

Kalimah Azan

PENGERTIAN KALIMAH AZAN

            Erti kalimah ( أذان )  pada bahasa ialah ( إعلام ) iaitu pemberitahuan, samada pemberitahuan tentang azan atau yang lainnya. Berkata Al-fayumi didalam mu`jam
أعلمت وأذن المؤمن بالصلاه أعلم بها )  ( تأذنت ertinya “تأذنت “ bermakna aku memberitahu, dan telah azan muazin dengan solat ertinya memberitahu ( waktu ) solat. Dengan makna inilah Allah Taala berfirman dalam surah taubat ayat 3 :

وَأَذَانٌ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ إِلَى النَّاسِ يَوْمَ الْحَجِّ الْأَكْبَرِ


Ertinya :”Dan (Inilah) suatu permakluman daripada Allah dan rasul-Nya kepada umat manusia pada hari haji akbar

            Azan juga bermakna ( أخبر ) yang juga bermakna memberitahu dengan makna-makna ini, Allah Taala berfirman :
وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ


ertinya:” dan ( ingatlah ) ketika mana tuhan kamu memberitahu kepada kamu semua; jika kamu bersungguh-sungguh aku akan tambahkan lagi ( nikmat ) keatas kamu dan jika kamu ingkar ( atau kafur akan nikmat, ingatlah ) sesungguhnya azabku sangatlah pedih”.
                                                                                                         ( surah Ibrahim: ayat 7 )

azan juga bermakna ( النداء ) iaitu seruan firman Allah Taala :

 tفَأَذَّنَ مُؤَذِّنٌ بَيْنَهُمْ أَنْ لَعْنَةُ اللَّهِ عَلَى الظَّالِمِينَ

Ertinya :”Kemudian seorang penyeru (malaikat) mengumumkan di antara kedua golongan itu: "Kutukan Allah ditimpakan kepada orang-orang yang zalim”,
                                                                                                     ( surah Al-A`raf: ayat 44 )

 firman Allah Taala lagi :

وَإِذَا نَادَيْتُمْ إِلَى الصَّلَاةِ اتَّخَذُوهَا هُزُوًا وَلَعِبًا ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَا يَعْقِلُونَ

Ertinya :”Dan apabila kamu menyeru (mereka) untuk (mengerjakan) sembahyang, mereka menjadikannya buah ejekan dan permainan. yang demikian itu adalah Kerana mereka benar-benar kaum yang tidak mau mempergunakan akal 
( surah Al-maidah : ayat 58 )

manakala Azan pada Istilah syarak ialah :
( الإعلام بدخول وقت الصلاة المفروضة بذكر مخصوص )
Ertinya ialah azan ialah pemberitahuan masuk waktu solat-solat fardhu dengan zikir-zikir ( lafaz ) tertentu.

Berkata ibnu a`rabi dalam menta`rifkan azan : 
الأذان شرعا هو الإعلام بدخول الوقت والدعاء للإجتماع إلى الصلاة فى المسجد. والإقامة هى الدعاء إلى المناجاة الإلاهية. والأذان حقيقة هو الإعلام بالتجلى الإلاهي لتطهر الذوات لمشاهدته. وإقامة هى القيام لتجلية.

Ertinya :” azan pada istilah syara` ialah pemberitahuan tentang masuknya waktu dan seruan untuk berkumpul untuk menunaikan solat berjamaah di masjid. Manakala iqamah pula ialah seruan untuk munajat kepada ilahi ( Allah Taala ) dan azan pada hakikatnya  ( pengertian sebenar ) ialah pemberitahuan tentang kebesaran  ilahi supaya zat-zat ( manusia ) yang ingin bermusyahadah dengannya (Allah Taala ) menyucikan diri  ( daripada  dosa-dosa ) dan iqamah pula ialah bangun kerana menbesarkanNya ( Allah Taala ). Taarif yang di berikan oleh  Ibnu A`rabi menunjukkan zahir dan batin azan. Itu kerana taarif yang pertama tadi oleh Ibnu A`rabi ini telah menjadi zahir dan batin azan.

 Ini adalah karana taarif yang pertama tadi pada pandangan Fuqaha ( Ulama` feqh ) yang hanya memandang dari sudut zahir sahaja , manakala Ibnu A`rabi dipandang dari dua sudut iaitu zahir dan batin. Ibnu A`rabi memberikan taarif pada syara` ( ظاهر ) dan juga taarif pada sudut hakikat ( serta rahsia-rahsia azan ). Ini kerana bukanlah hasl dengan azan itu pemberitahuan masuk waktu solat semata-mata , bahkan ia juga menzahirkan syiar Islam. taarif Ibnu A`rabi ini bersesuian dengan taarif atau gelaran azan yang di berikan Rasulullah s.a.w  ( الدعوة التامة )  yang bermakna  seruan yang sempurna . ini adalah kerana dipandang dari segi zahir dan batin azan.

Berkata Iman Qurtubi :
الأذان على قلة ألفاظه مستمل على مسائل العقيدة لأنه بدأ بالأكبرية, وهى تضمن وجود الله وكماله, ثم ثن بالتوحيد ونفى الشرك, ثم بإثات الرسالة لمحمد صلى الله عليه وسلم ثم دعا إلى الطاعة المخصوصة عقب الشهادة بالرسالة لأنها لا تعرف إلا من جهة الرسول ثم دعا إلى الفلاح وهو البقاء الدائم وفيه الإشارة إلى المعاد, ثم دعا دماعاد توكيدا

 Ertinya : azan dengan zat yang sedikit, mengandungi ( semua aspek dan antara masalahnya ) akidah. Ini kerana ia di mulakan dengan takbir ( الله أكبر )   yang menunjukkkan wujubnya Allah Taala serta kesempurnaanNya, kemudian di ikuti pula  dengan menyatakan keesaanNya dan menafikan Syirik bagiNya melalui lafaz     
 ( أشهد أن اله إلا الله ) kemudian di ikuti dengan pengakuan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w melalui lafaz  ( أشهد أن محمدا رسول الله ) kemudian diikuti pula dengan seruan kepada ketaatan yang khusus iaitu ibadat solat melalui lafaz ( حى على الصلاة ) seruan ini diletakkan selepas pengakuan kerasulan kerena ibadat induk tidak akan di ketahui melainkan dengan khabar dari Rasulullah s.a.w, kemudian diikuti dengan seruan kepada kejayaan melalui lafaz( حى على الفلاح ) iaitu syurga yang kekal abadi dan pada seruan itu isyarat tenteng wujubnya hari pembalasan, kemudian di ulang-ulang kalimah-kalimah tadi untuk menguatkan lagi kebenaran kalimah-kalimah tadi.

No comments: