Wednesday, February 10, 2010

Aku Adalah Kota Ilmu

Ada suatu golongan manusia (yang sikapnya berlebihan terhadap Ahlul Bait, terutama ‘Ali r.a.) mendakwa, dengan berdalil dengan ‘hadis’ ini , bahawa pendapat mereka adalah benar; iaitu bahawa ‘Ali adalah pintu ilmu, oleh itu sesiapa yang ingin memasuki rumah, maka wajiblah melalui pintunya dan –kata mereka- satu-satunya pintu itu adalah ‘Ali, sehingga sekiranya tidak melalui pintu tersebut, maka tidak sah.   
         
Kalau pun hadis ini sahih (padahal hakikatnya tidaklah demikian), maka tidaklah bermakna ianya (iaitu Ali) adalah satu-satunya pintu itu, tetapi menurut para ulama, hanya merupakan salah satu dari pintu-pintu ilmu.

Memang tidak diragukan bahawa ‘Ali merupakan seorang yang berpengetahuan tinggi di kalangan para shahabat dan memiliki banyak keutamaan. Tetapi keutamaan itu tidaklah sepatutnya dilebih-lebihkan sebegitu rupa sehingga diangkat sebagai Tuhan , (sebagaimana yang dilakukan oleh golongan Ghulaat )

Teks Hadis
أَنَا مَدِيْنَةُ اْلعِلْمِ وَعَلِيٌّ بَابُهَا
“Aku (Rasulullah) adalah kota ilmu dan ‘Ali adalah pintunya.”

Hadis ini diriwayatkan oleh at-Tirmizy dari hadis ‘Ali dan katanya , “Hadis Munkar.” Hadis ini juga ditolak oleh al-Bukhary. Di samping itu, hadis ini diriwayatkan juga oleh al-Hakim di dalam kitab al-Mustadrak dari hadis Ibn ‘Abbas. Ia berkatai, “Hadis Sahih.” Walaupun begitu Imam az-Zahaby berkata, “Sebaliknya, ianya hadis Maudu’ (Palsu).”

Ad-darulquthni berkata : tidak sah

Ibn Daqiq al-Ied berkata, “Mereka (ulama hadis) tidak menilainya sebagai sah.” Bahkan Ibn al-Jauzi memasukkannya di dalam kitabnya al-Mawdhuu’aat (kitab yang khusus mengumpulkan hadits-hadits Maudhu’).

Al-Hafizh Abu Sa’id al-‘Alaa`iy berkata, “Yang benar, bahwa ia hadis Hasan bila dilihat dari jalur-jalurnya, tidak sahih dan juga tidak Dha’if
Apa lagi dikatakan hadis Maudhu` ( palsu )

Menurut Imam as-Suyuthi ( pengarang buku rujukan dalam kajian kita ini): “Memang demikian yang dikatakan Syaikhul Islam Ibn Hajar (al-Haitsamy-penyunting) dalam fatwanya. Ucapan al-‘Alaa`iy dan Ibn Hajar tersebut telah beliau paparkan dengan panjang lebar di dalam kitabnya at-Ta’aqqubaat yang menyanggah kenyataan yang terdapat di dalam kitab tersebut al-Mawdhuu`aat tersebut.
sumber : al-ahkam.net

2 comments:

Anonymous said...

Tolong di muat dengan terperinci, sanad dan matan nya. Dan dijelaskan dimana letak kelemahan Hadits tersebut? terima kasih

Anonymous said...

Tolong di muat dengan terperinci, sanad dan matan nya. Dan dijelaskan dimana letak kelemahan Hadits tersebut? terima kasih