Sunday, November 30, 2008

Rintangan Dlm Perjuangan 3

RINTANGAN PERJUANGAN DALAM KEHIDUPAN PENDAKWAH

Oleh :

Ustaz Fathi Yakan

Bab 2

1.1- ORANG MUKMIN YANG DENGKI KEPADANYA

Sebagai satu lumrah alam yang mana sebuah kehidupan tidak akan sunyi daripada hasad dengki. Sedangkan hasad adalah penyakit hati yang sangat parah untuk diubati dikalangan orang yang beriman. Hasad adalah satu virus yang merebakk dengan cepat dikalangan pengerak-pengerak harakan, sesuai dengan sabda Rasulullah s.a.w :

دب إليكم داء الأمم قبلكم الحسد والبغضاء والبغضاء هي الحالقة أما إني لا أقول تحلق الشعر ولكن تحلق الدين

Maksubnya :” Penyakit umat sebelum kamu telah menular kepada kamu; iaitu hasad dengki dan permusuhan. Permusuhan tersebut ialah pengikis atau pencukur, Saya tidak maksudkan ia mencukur rambut, tetapi (yang saya maksudkan) ialah ia mengikis agama “.( Hasan lighairih, riwayat al-baihaqi dengan sanad yang jayid ( sahih targhib wal tarhib no.2888 juz 3 m/s 63 ).

Sabda Rasulullah s.a.w lagi :

ما ذئبان جائعان أرسلا في غنم بأفسد لها من حرص المرء على المال والشرف لدينه

Maksubnya :” Bencana melepaskan dua ekor serigala lapar di dalam kandang kambing tidak lebih besar daripada bencana yang menimpa pegangan agama seorang Muslim dan sifat serakah terhadap harta (tamakkan harta) dan hasad dengki. Sesungguhnya sifat hasad memamah segala kebaikan persis seperti api menjilat kayu kering ”.( hasan sahih, sunan Tirmizi no. 2298 ).

Para Du’at menyeru manusia ke jalan Allah Subhanahu Wata’ala, khasnya yang mendapat sambutan baik, yang cergas, yang masyhur dan berbakat sentiasa terdedah kepada cacian lidah orang-orang yang hasad serta tipu-daya mereka. Golongan tersebut merasa dengki pada ilmu dan kelebihan-kelebihan yang ada pada para du’at. Mereka sentiasa mengintai dan menunggu-nunggu masa yang baik untuk mencetuskan pertembungan antara mereka dan menjatuhkan imej mereka. Ibnu Mu’taz pernah berkata:

Orang yang hasad itu marah kepada orang yang tidak berdosa, kikir terhadap sesuatu yang bukan kepunyaannya dan sentiasa mencari atau meminta sesuatu yang tidak akan diperolehinya

Allah taala telah menjeskan kepada kita supaya kita berhati-hati dengan sifat para penghasad ini sebagaimana firmanNya didalam surah al-Falaq :

Maksubnya :” Katakanlah (Wahai Muhammad); "Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan Yang menciptakan sekalian makhluk, Dari bencana makhluk-makhluk Yang ia ciptakan; Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; Dan dari kejahatan makhluk-makhluk Yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); Dan dari kejahatan orang Yang dengki apabila ia melakukan dengkinya ".

Rasulullah s.a.w juga berpesan kepada umatnya tentang hasad ini sebagaimana sabdanya yang bermaksub :

Awas kalian daripada sifat prasangka. Sesungguhnya prasangka itu adalah kata-kata yang paling dusta. Jangan saling olok-mengolok, intai-mengjntai, atas-mengatasi, dengki mendengki, benci-membenci dan jebak menjebak. Jadilah kalian laksana hamba-hamba Allah yang bersaudara seperti yang telah diperintahkan kepada kalian. Seorang Muslim itu adalah saudara bagi seorang Muslim yang lain. Janganlah ia menzalimi saudaranya; janganlah ia membiarkannya (apabila ia dizalimi); janganlah ia menghina saudaranya. Taqwa itu (letaknya) di sini, seraya baginda menunjuk ke dadanya. Cukuplah bagi seorang Muslim itu kejahatan (dosa) menghina saudaranya yang Mukmin haram bagi seseorang Muslim itu (menceroboh) darah (nyawa) nama baik dan harta seseorang Muslim yang lain ”.( Hadis riwayat Muslim no.4650 ).

Sifat hasab inilah yang dicatatkan oleh Allah taala didalam al-Quran tentang kisah anak Nabi Adam a.s yang mana sanggup membunuh demi mendapatkan apa yang di cita-citakannya. Begitu juga Aisyah difitnah hanya kerana cemburu kepada Rasulullah s.a.w menjadi pemimpin di Madinah.

Banyak sudah tercatat didalam sejarah, hanya kerana hasad saidina Ali di cemuh didalam khutbah zaman Umaiyyah sehingga datang orang yang membersihkannya iaitu Khalifah Umar Abdul Aziz.

Rasulullah s.a.w juga mengingatkan kepada penghasad sebagaimana sabdanya :

أيما رجل أشاع على رجل مسلم بكلمة و هو منها بريء يشينه بها في الدنيا كان حقا على الله تعالى أن يدنيه يوم القيامة في النار حتى يأتي بإنفاذ ما قال

Maksubnya :” Sesiapa yang mengembar-gemburkan (pada orang ramai) sesuatu perkara (perkataan) terhadap seseorang Muslim untuk menjatuhkan maruah orang tersebut di dunia pada hal ia tidak demikian maka wajiblah Allah mencairkan pembawa fitnah tersebut pada hari Qiamat dalam api neraka sehinggalah ia dapat membuktikah kebenaran apa yang telah dikatakannya ”.( Hadis dhaif targhin wa tarhib no.1359, Dhaif sahih wa dhaif jamiul saghir no.5044 ).

Begitu juga firman Allah taala didalam surah at-Taubah ayat 49-51 :

Dan di antara mereka (yang munafik itu) ada Yang berkata: "Izinkanlah Aku (supaya tidak pergi berperang) dan janganlah Engkau menjadikan daku dipengaruhi oleh fitnah ". ketahuilah, mereka telah pun tercebur ke Dalam fitnah (dengan dalihan Yang dusta itu). dan Sesungguhnya azab jahannam meliputi orang-orang Yang kafir. Jika Engkau (Wahai Muhammad) beroleh sesuatu kebaikan, (maka) kebaikan itu menyebabkan mereka sakit hati; dan jika Engkau ditimpa sesuatu bencana, mereka berkata: "Sesungguhnya Kami telahpun mengambil keputusan (tidak turut berperang) sebelum itu", dan mereka berpaling (meninggalkanmu) sambil mereka bergembira. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Tidak sekali-kali akan menimpa Kami sesuatu pun melainkan apa Yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung Yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang Yang beriman bertawakal ".

Alangkah baiknya kalau manusia pendengki tersebut memahami betapa ruginya akibat dengki khianat tersebut. Sesungguhnya Allah Subhanahu Wata’ala telah menjanjikan untuk orang-orang sepertinya siksa yang pedih. Lebih-lebih lagi untuk orang yang terus-menerus mengembangkan fitnah tanpa bertaubat dan sedar diri.

Ringkasan oleh :
Ibnu Mohamad

No comments: