Sunday, November 16, 2008

HARAKAH ISLAMIAH (siri 3 )

MATLAMAT PENUBUHAN HARAKAH ISLAMIAH

Berdasarkan kepada fenomena-fenomena yang membawa kepada kemunculan Harakah Islamiah di atas, jelas kepada kita bahawa matlamat Harakah Islamiah ialah:

1. Membentuk individu muslim dan mengembalikan keperibadian yang tulen kepadanya.
2. Mendirikan daulah islamiah di dalam setiap negara umat Islam sebagai langkah pertama ke arah penegakan Khilafah Islamiah.
3. Menyatukan semula umat Islam yang berpecah belah sebagaimana sekarang.

4. Mengidupkan kembali Sistem Khilafah Islamiah yang telah jatuh.
5. Menundukkan alam seluruhnya di bawah kekuasaan Islam atau di dalam ertikata lain: Mendirikan Daulah Islamiah Sejagat.

Kita diperintahkan supaya berjihad untuk menundukkan manusia di bawah kalimah . Ketundukan sempurna selagi mana muka bumi dikuasai oleh kuffar. Namun demikian, matlamat yang digariskan ini ialah matlamat khusus Harakah Islamiah pada abad ini. Adapun matlamat umum bagi seluruh Harakah Islamiah sepanjang zaman ialah :

  1. Mengabdikan diri kepada Allah s.w.t sebagaimana Firman Allah s.w.t di dalam surah Az-Zariyat ayat 56 :

Ertinya :”Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku “.

  1. Mempelopori kerja-kerja amar makruf dan nahi mungkar sebagaiman Firman Allah s.w.t di dalam surah Al-Imran ayat110 :

Ertinya :” Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. sekiranya ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik “.

  1. . Menyampaikan risalah Islam kepada manusia seluruhnya sebagaimana Firman Allah s.w.t di dalam surah As-Syura ayat 21:

Ertinya :”Apakah mereka mempunyai sembahan-sembahan selain Allah yang mensyariatkan untuk mereka agama yang tidak diizinkan Allah? sekiranya tak ada ketetapan yang menentukan (dari Allah) tentulah mereka Telah dibinasakan. dan Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan memperoleh azab yang amat pedih “.

  1. Menghhapuskan fitnah dan kekufuran dari berkuasa di muka bumi ini sebagaimana Firman Allah s.w.t di dalam surah Al-Anfal ayat 39 :

Ertinya :” Dan perangilah mereka, supaya jangan ada fitnah dan supaya agama itu semata-mata untuk Allah. jika mereka berhenti (dari kekafiran), Maka Sesungguhnya Allah Maha melihat apa yang mereka kerjakan “.

MENGAPA PERLUNYA AMAL SECARA JAMAIE?

a) Tuntutan Syarak

Firman Allah s.w.t di dalam surah Al-Imran ayat 104:

Ertinya :”Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar, merekalah orang-orang yang beruntung “.


Firman Allah s.w.t di dalam surah Al-Maidah ayat 2:

Ertinya :”Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. dan bertakwalah kamu kepada Allah, Sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya “.

Firman Allah s.w.t di dalam surah At-Taubah ayat 67:

Ertinya :” Orang-orang munafik laki-laki dan perempuan. sebagian dengan sebagian yang lain adalah sama, mereka menyuruh membuat yang munkar dan melarang berbuat yang ma'ruf dan mereka menggenggamkan tangannya. mereka Telah lupa kepada Allah, Maka Allah melupakan mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu adalah orang-orang yang fasik “.

Firman Allah s.w.t di dalam surah As-Soff ayat 4:

Ertinya :” Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh “.

Firman Allah s.w.t di dalam surah Al-Maidah ayat 54:

Ertinya :” Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, Maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintaiNya, yang bersikap lemah Lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad dijalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha luas (pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui “.

b) Tuntutan Realiti dan Keadaan

  1. Kerja untuk mengembalikan perlaksanaann Islam yang meneluruh di dalam kehidupan dan menegakkan Daulah Islamiah tidak akan mencapa matlamay sekiranya dilakukan hanya dengan ceramah, pidato, penulisan yang bersifat individu sahaja. Kerja yang besar ini memerlukan kepada penggabungan tenaga dan konsep ta’awun daripada individu-individu yang mempunyai kemahiran dan kebolehan di dalam pelbagai bidang ynag dapat di manfaatkan untuk kerja-kerja dakwah. Penggabungan dan ta’awun ini tidak akan berlaku kecuali dengan adanya jamaah yang tersusun dan terancang.
  2. Dakwah Islam adalah seruan yang bersifat meruntuh dan membina iaitu Islam menyeru supaya diruntuhkan binaan jahiliah dan masyarakatnya hingga ke akar umbi dan kemudiannya menegakkan di atas keruntuhan itu Syariat Islam dan masyarakat Islam. Kerja-kerja umntuk meruntuhkan masyarakat jahiliah ini bukanlah kerja yang mampu dilakukan secara individu. Ia menuntut pengorbanan, kenanpuan, dan tenaga yang tidak akan mampu dilakukan oleh orang perseorangan sekalipun dengan sepenuh tenaga dan kegigihan. Terutama sekali pada zaman ini iaitu zaman dimana kuasa-kuasa jahiliah daripada pelbagai golongan telah bergabung untuk meruntuhkan Islam.
  3. Jalan-jalan yang dilalui dalam bekerja untuk Islam penuh dengan mehnah dan teribulasi. Cabaran yang merintangi perjalanan ini cukup besar. Kekuatan buas yang sentiasa menunggu peluang untuk menumpaskan Islam dan penganutnya cukup banyak. Kesemua ini mewajibkan wujudnya satu tanzim pergerakan yang meluas dari segi kuantiti dan kulaitinya untuk menghadapi semua peringkat amal dan jaga untuk berdepan dengan semua keadaan dan tuntutan amal Islami.

Kaedah Fiqh ada menyatakan :

Berdasarkan kepada realiti di atas kita mendapati bahawa matlamat untuk melaksankan Islam dalam seluruh aspek kehidupan dan menegakkan daulah Islamiah tidak akan tercapai kecuali dengan gerak kerja yang dilakukan secara berjamaah. Oleh itu mewujudkan Jamaah Islam yang malakukan kerja-kerja amal Islami manjadi satu kewajipan ke atas umat Islam menyertainya dan juga adalah satu tuntutan yang mesti ditunaikan.

No comments: