Sunday, November 30, 2008

Rintangan Dlm Perjuangan 1

RINTANGAN PERJUANGAN DALAM KEHIDUPAN PENDAKWAH

Oleh :

Ustaz Fathi Yakan

Para du`at tidak akan pernah hilang padanya ujian iaitu rintangan dijalan dakwah. Perbagai mehnah dan tribulasi yang harus dihadipi untuk menyempurnakan sebuah kehidupan yang kita qudwahkan Para anbiya terdahulu disebabkan kita adalah mata-mata rantai yang akan terus menyambung perjuangan mereka-mereka yang terdahulu. Ringkasan ini saya akan jadikan beberapa siri supaya tidak menjadi penjang lebar pada ringkaras saya ini.

Atas dasar inilah ingin saya ringkaskan kepada para pembaca sebuah buku yang cukup bernilai tingginya ilmiah didalam perjuangan harakah islamiah.

Disini saya bawakan muqaddimah yang nyatakan oleh ustaz Fathi Yakan sebagai muqaddimah ringkasan saya untuk para pembaca sekelian.

MUQADDIMAH PENGARANG :

PERTAMA : Menyentuh 5 jenis dugaan yang kerap menimpa seorang Muslim lebih-lebih lagi Da’ei yang beriman kepada Allah Subhanahu Wata’ala sebagai Tuhan, kepada Nabi Muhammad Sallallahu’alaihi Wasallam dan Al Qur’an; sebagai perlembagaan, serta ingin ‘committed’ dengan apa yang diyakininya. 5 jenis dugaan yang tersebut di dalam hadith Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam itu ialah:

i) Orang Mukmin yang dengki kepadanya

ii) Orang Munafiq yang membencinya

iii) Orang kafir yang mahu memeranginya

iv) Syaitan yang hendak menyesatkannya

v) Nafsu yang sentiasa bertarung dengannya

KEDUA : Menyentuh muasafat Imaniyyah yang mesti dimiliki oleh para aktivis Muslim dan Da’ei di setiap zaman dan tempat untuk menjadi manusia yang Rabbani, iaitu beberapa sifat-sifat yang terkandung di dalam ayat suci:

i) Orang yang sentiasa bertaubat.

ii) Orang yang ‘abid.

iii) Orang yang sentiasa bertahmid memuji Allah taala.

iv) Orang yang berpuasa atau berkelana.

v) Orang yang rukuk dan sujud.

vi) Orang yang sentiasa menyuruh yang ma’ruf, mencegah yang munkar.

vii) Orang yang sentiasa menghormati batasan-batasan Allah taala.

KETIGA : Menghuraikan bekalan yang harus ada pada penyeru ke jalan Allah Subhanahu Wata’ala untuk menuju hari pembalasan. Bekalan-bekalan tersebut dinyatakan oleh Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam dengan sabdanya:

i) Puasalah pada hari yang amat panas demi hari kebangkitan kelak.

ii) Sembahyang 2 raka’at di malam yang gelap demi kelengangan kubur.

iii) Tunaikanlah Haji demi kegigihan melaksanakan hal-hal yang sukar.

iv) Bertuturlah dengan perkataan yang benar dan kuasailah diri dan memperkatakan yang bathil.

v) Hulurkanlah sedekah dan tunaikan secara senyap-senyap.

KEEMPAT : Huraian ini juga mengajukan beberapa dayung dan bahtera penyelamat. Para Da’ei Muslim, hendaklah mengenderainya moga-moga mereka sampai ke pantai bahagia di dunia dan di akhirat. Antara dayung dan bahtera tersebut ialah:

i) Mengenal Allah Subhanahu Wata’ala dan beriman kepadaNya.

ii) Beribadah kepada Allah Subhnahu Wata’ala dan cenderung kepadaNya.

iii) Mengingati Allah Subhanahu Wata’ala.

iv) Takut kepada Allah Subhanahu Wata’ala.

v) Sentiasa bermuraqabah dengan Allah Subhanahu Wata’ala.

vi) Ikhlas kepada Allah Subhanahu Wata’ala.

vii) Redha.

viii) Mengasihi Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam.

ix) Mengasihi para sahabat Rasulullah Sallahu’alaihi Wasallam.

No comments: