Sunday, November 16, 2008

HARAKAH ISLAMIAH (siri 1 )

Harakah Islamiah ialah gerakan amal islami yang dilakukan secara berjemaah dan tersusun (bertanzim) yang bermatlamatkan untuk mengembalikan kedaulatan islam di dalam masyarakat dam menegakkan hukum Allah di dalam seluruh bidang kehidupan manusia. Gerakan ini timbul hasil daripada kesedaran secara individu atau jemaah terhadap perlunya gerak kerja berjemaah secara serius, bersungguh-sungguh dan sistematik untuk merealisasikan tugas yang besar ini.

Ia merupakan Jamaah Rabbaniah dalam erti kata ia meletakkan sumber Rabbani iaitu Al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan dan rujukan utama. Begitu juga perjuangannya ialah semata-mata kerana Allah s.w.t, melaksanakan perintahNya dan mencari keredhaanNya.

Harakah Islamiah mengimani bahawa hanya Islamlah satu-satunya kekuatan yang asasi yang dapat mengembalikan kekuatan umat Islam dan menyelamatkan alam seluruhnya serta membebaskan golongan Mustadhafin daripada Taghut-taghut yang melakukan kefasadan di muka bumi ini.

Firman Allah s.w.t dalam surah Fatir ayat 10:-

Ertinya : “ Barangsiapa yang menghendaki kemuliaan, Maka bagi Allah-lah kemuliaan itu semuanya. kepada-Nyalah naik perkataan-perkataan yang baik dan amal yang saleh dinaikkan-Nya. Dan orang-orang yang merancangkan kejahatan bagi mereka azab yang keras. dan rancangan jahat mereka akan hancur.”

Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Munafiqun ayat 8:-

Ertinya :” Mereka berkata: "Sesungguhnya jika kita Telah kembali ke Madinah, benar-benar orang yang Kuat akan mengusir orang-orang yang lemah dari padanya." padahal kekuatan itu hanyalah bagi Allah, bagi rasul-Nya dan bagi orang-orang mukmin, tetapi orang-orang munafik itu tiada Mengetahui.”

Telah berkata Saidina Umar Al-Faruq :-

Kita adalah satu kaum yang Allah s.w.t muliakan dengan Islam, maka sekiranya kita mencari keizzahan dan kemuliaan selain daripada yang Allah s.w.t mulikan maka Allah s.w.t akan menghinakan kita ”.

Islam yang dituntut perlaksanaannya oleh Harakah Islamiah bukanlah Islam yang bersifat juz’ie atau penerapan semata-mata tetapi Islam yang dituntut ialah Islam yang sejati seperti yang terkandung di dalam Al-Quran dan As-Sunnah yang mempunyai ciri kesyumulan dan kesejagatan.

Oleh itu Harakah Islamiah bukanlah gerakan dakwah yang hanya terbatas dalam usaha-usaha memperbaiki satu aspek sahaja daripada aspek-aspek kehidupan manusia tanpa menghiraukan aspek-aspek yang lain. Begitu juga bukanlah satu gerakan yang tertumpu kepada golongan-golongan tertentu sahaja, tetapi ia merupakan gerakan universal yang melewati batas kedaerahan, perkauman, keturunan, dan bahasa.

Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Baqarah ayat 208:-

Ertinya :” Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu ”.

Firman Allah s.w.t dalam surah An-Nahl ayat 89:-

Ertinya :” (dan ingatlah) akan hari (ketika) kami bangkitkan pada tiap-tiap umat seorang saksi atas mereka dari mereka sendiri dan kami datangkan kamu (Muhammad) menjadi saksi atas seluruh umat manusia. dan kami turunkan kepadamu Al Kitab (Al Quran) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan kabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri ”.

Firman Allah s.w.t dalam surah Saba’ ayat 28:-

Ertinya :” Dan kami tidak mengutus kamu, melainkan kepada umat manusia seluruhnya sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan, tetapi kebanyakan manusia tiada Mengetahui “.

Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Anbiya’ ayat 107:-

Ertinya :” Dan tiadalah kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam “.

Perubahan yang dikehendaki oleh Harakah Islamiah terhadap masyarakat ialah perubahan bersifat Inqilabiah dan iaitu merobohkan atau meruntuhkan unsur-unsur jahiliyah secara total hingga ke akar umbinya dan kemudiannya membina masyarakat Islam di atas keruntuhan itu. Harakah Islamiah berpegang teguh dengan prinsip bahawa Islam dengan jahiliyah tidak boleh bersatu dan tidak akan bersatu selama- lamanya.
Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Kafirun ayat 1-3:-

Etinya :” Katakanlah: "Hai orang-orang kafir,- Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.- Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang Aku sembah “.

Firman Allah s.w.t dalam surah AL-Baqarah ayat 85:-

Ertinya :” Kemudian kamu (Bani Israil) membunuh dirimu (saudaramu sebangsa) dan mengusir segolongan daripada kamu dari kampung halamannya, kamu bantu membantu terhadap mereka dengan membuat dosa dan permusuhan; tetapi jika mereka datang kepadamu sebagai tawanan, kamu tebus mereka, padahal mengusir mereka itu (juga) terlarang bagimu. apakah kamu beriman kepada sebahagian Al Kitab (Taurat) dan ingkar terhadap sebahagian yang lain? tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian daripadamu, melainkan kenistaan dalam kehidupan dunia, dan pada hari kiamat mereka dikembalikan kepada siksa yang sangat berat. Allah tidak lengah dari apa yang kamu perbuat “.

Ayat Ini berkenaan dengan cerita orang Yahudi di Madinah pada permulaan Hijrah. Yahudi Bani Quraizhah bersekutu dengan suku Aus, dan Yahudi dari Bani Nadhir bersekutu dengan orang-orang Khazraj. antara suku Aus dan suku Khazraj sebelum Islam selalu terjadi persengketaan dan peperangan yang menyebabkan Bani Quraizhah membantu Aus dan Bani Nadhir membantu orang-orang Khazraj. sampai antara kedua suku Yahudi itupun terjadi peperangan dan tawan menawan, Karena membantu sekutunya. tapi jika Kemudian ada orang-orang Yahudi tertawan, Maka kedua suku Yahudi itu bersepakat untuk menebusnya kendatipun mereka tadinya berperang-perangan.

Firman Allah s.w.t dalam surah AL-Maidah ayat 50:-

Ertinya :” Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin ?

Al Imam Syahid Hassan AL-Banna menyatakan :
Wahai Ahli Ikhwan Muslimun….
Bukanlah kita ini sebuah parti siasah…….

No comments: