Sunday, November 30, 2008

Rintangan Dlm Perjuangan 2

RINTANGAN PERJUANGAN DALAM KEHIDUPAN PENDAKWAH

Oleh :

Ustaz Fathi Yakan

BAB 1 :

Rintangan Perjuangan Kehidupan Pendakwah

Kehidupan pendakwah adalah kehidupan yang dijanjikan oleh Allah taala sebagai sebuah kehidupan yang penuh dengan ujian dan cubaan daripadaNya terhadap ketahanan para pendakwah. Ada diantara mereka yang mengalah, ada juga yang Berjaya menharunginya dengan penuh kemegahan demi mencapai janji yang pasti daripada Allah taala sebagaimana firmanNya :

Maksubnya :” Alif, Laam, Miim. Patutkah manusia menyangka Bahawa mereka akan dibiarkan Dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan Demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang Yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian Yang demikian), nyata apa Yang diketahui Allah tentang orang-orang Yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa Yang diketahuiNya tentang orang-orang Yang berdusta “. (al-ankabut 1-3 ).

Begitulah demi mencapai sebuah keiman yang sempurna, memerlukan satu pengorbanan yang harus ditempuhi dihadapannya jalan-jalan kesusahan yang jelas Allah taala perlihatkannya terhadap hamba-hambanya sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w :

أَشَدُّ النَّاسِ بَلاءً الأَنْبِيَاءُ ثُمَّ الأَمْثَلُ فَالأَمْثَلُ

Maksubnya :” Manusia yang paling berat ujiannya adalah para nabi-nabi, kemudian orang yang baik selepasnya, kemudian orang yang baik selepas itu”. ( di riwayatkan Bukhari, bab manusia yang paling berat ujiannya m/s 381, Hakim dalam Mustadraknya no. 5472 disahihkan oleh al-Albani salasilah sahihah no.143 & sahih Jamiul saghir no.994 & 995 ).

Begitulah pengakuan sebuah keimanan memerlukan bukti. Manakala jalan jihad adalah jalan yang penuh dengan sengsara dan derita didunia tetapi kegembiraan yang berkekalan di hari kemudian :

حفت ألجنة با لمكا ر ه وحفت النار با لشهو ات

Maksubnya :” Jalan kesyurga ialah dipenuhi dengan apa yang kamu tidak suka, dan jalan ke neraka apa yang disukai oleh nafsu ( keghairahan syahwat )”.

Begitulah kesengsaraan yang bakal di hadapi dan yang telah dihadapi oleh orang-orang sebelum kita, kemuncak kesemua itu adalah sebuah kematian yang mana menjadi ketakutan bagi mereka yang berpenyakit pada aqidahnya, menjadi kegembiraan bagi mereka yang benar-benar beriman dengan Allah taala sebagaimana as-syahid pemimpin Hamas Rantisi mengarakan :

Apakah yang kita takutkan? Ialah kematian. Baik disebabkan pembunuhan ataupun kenser, semuanya sama sahaja. Kita semua menanti akhirnya kehidupan kita, tidak akan ada yang berubah.apakah dengan apache atau berhentinya degupan jantung. Saya lebih suka memilih apache “.

Begitulah keberanian seorang pemimpin gerakan Harakan Islamiah Hamas, Alhamdulillah Allah menunaikan cita-citanya didunia lagi menjadi seorang syahid. insyaAllah beliau akan bersama-sama dengan para syuhada` sebelumnya. Alangkah mulianya hidupnya. Itulah yang menjadi moto-moto para pejuang dan para pendakwah iaitu “ Hidup mulia atau mati syahid “.

Kerana mereka faham siapakah mereka dalam kehidupan ini, mereka ingin menjadi sebagai seseorang yang dimaksubkan didalam firman Allah taala didalam surah al-Maidah ayat 54 :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا مَنْ يَرْتَدَّ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللَّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلا يَخَافُونَ لَوْمَةَ لائِمٍ ذَلِكَ فَضْلُ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Maksubnya :” Wahai orang-orang Yang beriman! sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum Yang ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang Yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang Dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang Yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah Yang diberikanNya kepada sesiapa Yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi meliputi pengetahuanNya “.

Ringkasan oleh :
Ibnu Mohamad

No comments: