Thursday, January 21, 2010

ADAB-ADAB PENDENGAR SELEPAS AZAN

1-      Daripada Said bin Abi Waqas, daripada Rasulullah s.a.w  :
من قال حين يسمع المؤذن : أنا أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأن محمدا عبده ورسوله رضيت بالله ربا وبمحمد رسولا وبلإسلام دينا غفر له ذنبه.
Ertinya :” sesiapa yang mengucapkan bahawa aku bersaksi tiada tuhan melainkan Allah yang Esa dan tiada sekutu baginya dan sesungguhnya Nabi Muhammad hamba dan Rasulnya, aku redha Allah sebagai tuhan, Muhammad sebagai Nabi dan Islam sebagai agama. Diampunkan dosanya ( hadis Sahih riwayat Iman Muslim ).

2-      Disunatkan berselawat kepada Rasulullah s.a.w bagi pendengar setelah selesai azan.
3-      Disunatkan berdoa memohon wasilah kepada Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah bin Amru bin al-Ass bahawasanya beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda :

إذا سمعتم المؤذن فقولوا مثل ما يقول ثم صلوا على فإنه من صلى عليّ صلاة صلى الله عليه بها عشرا ثم سلوا لى الوسيلة فإنها منزلة فى الجنة لا        تنبغي إلا لعبد من عباد الله وأرجو أن أكون أنا هو فمن سأل لى الوسيلة حلت له الشفاعة.
            Ertinya :” apabila kamu mendengar muazin, maka ucapkanlah seperti yang dia sebutkan dan kemudian hendaklah kamu berselawat ke atasku, ( kerana ) sesungguhnya sesiapa yang berselawat ke atasku dengan hanya satu selawat Allah akan merahmatinya dengan sepuluh kali ganda ( selawat tadi ) dan kemudian mintalah kepadaku Wasilah kerana ia adalah satu pangkat dalam syurga yang tidak akan dicapai melainkan oleh seorang sahaja daripada hamba-hamba Allah dan aku berharap akulah orang itu ( yang mendapat wasilah itu ), maka yang memohon kepadaku wasilah maka dapatlah baginya syafaat. ( hadis sahih riwayat Iman Muslim ). 
Ada pun cara memohon wasilah ialah seperti yang terdapat dalam hadis daripada Jabir r.a, sabda Rasulullah s.a.w :
من قال حين يسمع النداء : اللهم رب هذه الدعوة التامة والصلاة قائمة آت محمدا الوسيلة والفضلية وابعثه مقال محمدا الذي وعدته حلت له شفاعة يوم القيامة
Ertinya :” sesiapa yang mengucapkan ketika mendengar azan ( selepas selesai azan )
اللهم رب هذه الدعوة التامة والصلاة قائمة آت محمدا الوسيلة والفضلية وابعثه مقال محمدا الذي وعدته
Maka wajiblah baginya syafaatku di hari qiamat ( hadis Riwayat Iman Bukhari ).dan ditambah dalam riwayat Iman Baihaqi : إنك لا تخلف الميعاد  .ertin doa tersebut ialah :
kalimah
maknanya
اللهم رب هذه الدعوة التامة
Ya Allah tuhan yang mempunyai seruan yang sempurna ini ( azan )
والصلاة القائمة
Dan ( tuhan yang mempunyai ) sembahyang yang didirikan

أن محمدا الوسيلة والفضلة
Anugrahkan kepada ( nabi ) Muhammad wasilah ( kedudukan yang tertinggi di dalam syurga ) dan anugrahkanlah kepada baginda ke utamaan
وابعثه مقماما محمودا الذي وعدته
Dan kurniakanlah kepada baginda maqam ( kedudukan ) yang terpuji yang elah engkau janjikan
إنك لا تخلف الميعاد
Sesungguhnya engkau tidan memungkiri janji

( Perhatian ) وابعثه مقماما محمودا الذي وعدته dibaca dengan وابعثه مقماما محمودن الذي وعدته tetapi jika ditambah " ال " sebagaimana dalam riwayat Iman Nasae dan Ibnu Khuzaimah dibaca dengan kalimah وابعثه مقماما محمود الذي وعدته. Diharap berhati-hati dengan perbezaan kecil ini kerana penulis dapati ada yang tersilap ( tersalah ) dengan mencampurkan " ن " yang ditambah kerana tanwin iaitu " ال " .
4-      Hendaklah bersegera  menyahut seruan azan itu kerana firman Allah Taala :
إنما المؤمنون الذين إذا ذكر الله وجلت قلوبهم
            Ertinya :” hanya sesungguhnya orang-orang yang beriman itu ialah orang yang bila disebut ( atau di peringatkan ) Allah, nescaya gementarlah hati-hati mereka ”.
Juga firman Allah Taala :
يا أيها الذين ءامنوا استجيبوا لله وللرسول إذا دعاكم لما يحييكم
            Ertinya :” wahai orang-orang yang beriman, sahutlah seruan Allah dan Rasulnya apabila baginda menyerumu kepada benda yang member kemudahan kepada kamu.

Pendengar hendaklah memikirkan bahawa seruan azan itu adalah seruan yang datang daripada Allah Taala melalui lidah Rasulullah s.a.w yang perlu disahut olehnya. Manakala muazin ituhanyalah orang yang menyampaikan perkara tersebut dan janganlah ia memikirkan sifat-sifat buruk muazin. Ia juga hendaklah memikirkan betapa besarnya syariat solat dan syariat solat berjamaah dalam Islam. Ia henaklah mengingati kisah Ibnu Umi Makhtum, seorang yang buta, tetapi idak diberi rukhsoh ( keringanan ) oleh Rasulullah s.a.w sembahyang dirumahnya kerana beliau masih mendengar azan.  Ia juga mesti ingat bahawa lidah Rasulullah s.a.w  ( seorang yang sangat penyantum ) sanggup mengeluarkan kata-kata ancamaningin membakar rumah-rumah orang yang tidak mahu hadir menunaikan solat berjamaah dan dia mesti ingat kata-kata Abdullah bin Mas`ud r.a yang mengatakan bahawa orang yang meninggalkan dolat berjamaah adalah orang yang munafiq dan orang yang bersembahyang dirumahnya adalah orang yang susah kerana telah meninggalkan sunnah Rasulullah s.a.w iaitu sembahyang berjamaah. ( riwayat Iman Muslim ).

5-      Dan juga ia telah pun berada di dalam masjid, maka janganlah keluar daripada Masjid kecuali jika tedapat hajat. Daripada Abi as-Sya`sa` katanya :
كنا قعودا فى المسجد مع أبي هريرة فأذن المؤذن فقام رجل من المسجد يمشي فأتبعه أبو هريرة بصرة حتى خرج من المسجد  فقال أبو هريرة : أما أبو القاسم صلي الله عليه وسلم.
 Ertinya :” ketika mana kami berada didalam masjid bersama Abi Hurairah r.a, maka azanlah muazin dan selepas itu bangun seorang lelaki berjalan dan Abi Hurairah r.a melihatnya sehinggalah keluar lelaki itu dari Masjid, maka Abi Hurairah r.a berkata : sesungguhnya orang itu telah menderhakai kepada Aba al-Qasim ( Rasulullah s.a.w ). ( Riwayat Iman Muslim ).

Dan saidina Uthman bin Affan r.a juga ada meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
من أدركه الأذان فى المسجد ثم خرج لم يخرج لحاجة وهو لا يريد الرجعة فهو منافق
Ertinya :” sesiapa yang mendengar azan di masjid dan kemudiannya dia keluar bukan kerana ada hajat dan dia tidak ingin kembali ke masjid maka ia adalah orang yang munafiq. ( riwayat Ibnu Majah dan disahihkan oleh al-Albani ).
6-      Hendaklah dia sembahyangsunat iaitu sembahyang sunat Qabliah bagi sembahyang itu, sekali pun selepas azan sembahyang magrib kerana sabda Rasulullah s.a.w :
بين كل أذانين صلاة بين كل أذانين صلاة بين كل أذانين صلاة لمن شاء
Ertinya :” antara dua azan ( azan dan iqqmah ) itu ada satu solat ( sunat ), antara dua azan ( azan dan iqqmah ) itu ada satu solat ( sunat ), antara dua azan ( azan dan iqqmah ) itu ada satu solat ( sunat ),bagi sesiapa yang mahu.
( Masalah 1 ) dan sepatutnya bagi orang yang baru sampai ke masjid sembahyang sunat qabliah itu dengan di niatkan juga dengan tahytul masjid bersama niat sembahyang itu, supaya terhasil baginya pahala tahyatul masjid, kerana sabda Rasulullah s.a.w :


إذا دخل أحدكم المسجد فليركع ركعتين قبل أن يجلس
Ertinya :” apabila salah seorang daripada kamu memasuki masjid, maka hendaklah ia sembahyang dua rakaat sebelum dia duduk. ( hadis riwayat Iman Bukhari ).

( Masalah 2 ) jika dia sembahyang sunat qabliah itu dengan tidak di niatkan tahyatul masjid, tidaklah terhasil baginya pahala sembahyang sunat tahyatul masjid, bahkan ia hanya dibenarkan duduk sahaja sebagaimana difahami daripada hadis tadi.

7-      Memperbanyakkan berdoa antara azan dan iqamah, ini kerana terdapat hadis daripada Anas bin Malik r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w :
الدعاء بين الأذان والإقامة لا يرد
Ertinya :” doa antara azan dan iqamah tidak akan ditolak “
             

No comments: