Thursday, January 21, 2010

Adab-adab azan dan iqamah serta adab-adab muazin

Adab-adab azan atau sunat-sunat yang perlu dijaga oleh muazin semasa azan dan iqamah itu adalah banyak,antaranya :
1- Ikhlaskan niat kerana Allah Taala, maka sepatutnyalah bagi seorang muazin bahawa untuk tidak meminta upah dengan azannya, tetapi harus bagi muazin mengambil upah atas azannya, kerana terdapat hadis yang diriwayatkan oleh Iman Tirmizi daripada Uthman bin Abi al-Ass katanya :
إن من آخر ما عهد رسول الله صلى الله عليه وسلم أن اتخذ مؤذنا لا يأخذ على أذانه أجرا
Ertinya :”sesungguhnya sebahagian daripada janji ( pesanan ) yang terakhir daripada Rasulullah s.a.w  kepadaku ialah : ambilah muazin yang tidak mengambil upah diatas azannya”. 

Berkata Iman Tirmizi :
والعمل عن هذا عند أكثر أهل العلم : كرهوا أن يأخذ المؤذن على الأذان أجرا وايحتسب فى أذانه
Ertinya :“ beramal dengan hadis ini disisi kebanyakkan ahli ilmu, mereka tidak suka muazin mengambil upah dengan azannya dan mereka lebih suka muazin ikhlas ( tidak mengambil upah ) dengan azannya”.

Berkata Iman Syafie :” aku lebih suka bahawa para muazin itu seoran yang sukarela, dan terdapat riwayat daripada Ibnu Mas`ud r.a bahawa sesungguhnya beliau berkata  :
أربع لا يأخذ عليهن أجر : الأذان وقرائة القرآن والمقاسم والقضاء
Ertinya :” empat perkara yang tidak sepatutnya mengambil upah diatas amalannya dan sebahagiannya adalah azan”.




Terdapat juga riwayat daripada Yahya al-Bakali katanya :
سمعت رجلا يقول لابن عمر : إنى لأحبك فى الله, فقال ابن عمر : إنى لأبغضك فى الله. فقال : سبحان الله أحبك فى الله وتبغضني فى الله قال : نعم, إنك تسأل عن أذائك أجرا
Ertinya :”aku mendengar seorang lelaki berkata kepada Ibnu Umar r.a : sesungguhnya aku sangat sayang kepadamu pada jalan Allah, maka berkata Ibnu Umar r.a kepada lelaki itu : sesungguhnya aku sangat mencintaimu pada jlan Allah, maka orang itu berkata : subahanallah ( menunjukkan dia terkejut ) aku mencintaimu pada jalan Allah pada hal engkau mencintaiku pada jalan Allah, Ibnu Umar r.a menjawab : memang, sesungguhnya engkau meminta upah dengan azanmu itu”.

2- hendaklah azn dalam keadaan berdiri begitu juga iqamah, kerana sabda Rasulullas s.a.w : ya Bilal, bangunlah dan serulah untuk sembahyang. Berkata Ibnu Munzir : ( الإجماع على أن القيام فى الأذان من السنة )  ertinya :” telah berlaku Ijmak ulama` bahawa berdiri ketika azan adalah sunnah. Disunatkan berdiri juga kerana muazin-muazin Rasulullah s.a.w azan dalam keadaan berdiri.

3- hendaklah azan dalam keadaan mengadap kiblat kerana muazin-muazin Rasulullah s.a.w azan mereka dalam keadaan mengadap kiblat, tetapi sah azan dengan tidak mengadap kiblat dan makruh hukumnya kerana menyalahi sunnah.

4- hendakllah suci daripada hadas kecil dan besar dan juga daripada najis-najis yang tidak dimaafkan.

5- hendaklah berpaling ke kanan ketika mengucapkan ( حى على الصلاة ) dan berpaling ke kiri ketika mengucapkan ( حى على الفلاح ) dengan tidak memalingkan dada, iaitu berpaling muka dan lehir sahaja, ini kerana terdapat hadis daripada Abu Hanifah katanya :
وأذن بلال فجعلت أتتبع فاه هاهنا وهاهنا يمينا وشمالا حى على الصلاة حى على الفلاح
Ertinya :” dan azan Bilal r.a, maka aku menurut mulutnya kesana kesini ( dalam keadaan berpaling ) ke kana dan ke kiri (ketika mengucapkan )
( حى على الصلاة حى على الفلاح ) .

6- memasukkan jari telunjuk ke dalam telinga kerana hadis Abi Jahafah r.a katanya :
رأيت بلالا يؤذن وبدور ويتبع فاه هاهنا هاهنا وأصبعاه فى أذنيه.
Ertinya :” aku Bilal r.a azan dan dia berpusing dan menjadikan mulutnya kesana kemari dan kedua telunjuknya berada dalam kedua telinganya”.

Tetapi tidak mengapa meninggalkannya kerana terdapat dalam sahih Bukhari yang menyatakan bahawa Bilal r.a memasukkan jarinya ke dalam telinganya dan Ibnu Umar r.a melakukannya( وكان ابن عمر لا يجعل أصبعيه فى أذنيه ) .
Dan telah menyebut sebahagian Ulama` dua hikmah daripada berpaling dan memasukkan telujuk ke dalam telinga iaitu :
1-      supaya seruan lebih kuat dan nafas lebih panjang.
2-      Ia menunjukkan alamat bahawa seseorang itu sedang azan supaya orang lain jauh dapat mengenal bahawa azan sedang dilakukan dan juga orang yang tuli dapat mengenal bahawa azan sedang berkumandang.

7- hendaklah dipilih orang yang baik dan elok suaranya serta lebih nyaring kerana terdapat hadis riwayat Iman Tirmizi :
فقم مع بلال, فإنه أندى وأمد صوتا منك
Maksubnya :”maka bangunlah kamu ( pergi kepada Bilal r.a ) kerana sesungguhnya Bilal r.a lebih elok suaranya dan lebih panjang daripada kamu ( Rasulullah s.a.w bersabda kepada Abdullah bin Zaid ketika beliau memberitahu Rasulullah tentang azan dalam mimpinya ).

Dan terdapat riwayat daripada Ibnu Khuzaimah :
أن النبي صلى الله عليه وسلم أمر نحوا من عشرين رجلا فأذنوا فأعحبه صوت أبى محذورة فعلمه الأذان
Ertinya :”bahawasanya nabi s.a.w pernah menyuruh lebih kurang 20 orang untuk azan dan mereka pun azan, maka Rasulullah s.a.w takjub dengan suara Abi Mahzurah, maka baginda mengajarkannya azan”.

8- hendaklah membetulkan dan memanjankan kalimah-kalimah azan dan menyegerakan kalimah-kalimah iqamah kerana azan itu untuk memberitahu waktu bagi yang belum ke masjid dan juga kerana dengannya itu lebih mubalaghah dalam memberitahu dan iqamah pula untuk orang yang telah hadir ke masjid, maka tidaklah berhajat kepada kuat. Diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda kepada Bilal r.a.

No comments: