Friday, November 13, 2009

Siapa Yang Kenal Diri Maka Kenal Tuhan

Matan Hadis
من عرف نفسه فقد عرف ربه
Maksudnya :” Sesiapa yang kenal dirinya, maka kenallah tuhannya “

Kitab Yang Mengeluarkannya
Kebiasaan kitab yang mengelurkan matan di atas yang di katakana sebagai hadis ialah kitab-kitab Tauhid dan Aqidah. Contohnya Kitab al-Burhanun al-Muayad1, at-Tabysir fi din2, Ni`matu az-Zuri`ah3 dan banyak lagi kitab yang berkaitan dengan aqidah memasukkannya sebagai hujah, tidak terlepas juga kitab-kitab jawi.
Manakala kitab hadis yang memasukkannya pula ialah kitab Huliyyatul al-Auliya4 oleh Abu Naim.

Pendapat Ulama
Berkata penulis Kasyful Khafa5 yang di ambil daripada Imam as-Sayuti bahawa tidak sabit sebagai hadis ( bukan hadis ). Begitu juga pendapat Imam an-Nawawi bahawa matan yang dinyatakan diatas adalah bukan hadis6 dan berkata Ibnu as-Samaani bahawa perkataan iatu adalah perkataan Yahya bin Muaz ar-Razi r.h7. Berkata Syeikh Islam Ibnu Taimiyyah bahawa palsu8.

Kesimpulannya
Kebanyakan para Agamawan di Malaysia mengatakan bahawa matan ayat di atas adalah hadis, tetapi ini adalah tidak benar dan tepat sama sekali, kerana tidak pernah wujub sanad pun bagi matan tersebut untuk kita katakana sebagai hadis. Bagi sesiapa yang telah tersilap mengatakannya sebagai hadis segeralah bertaubat ketika mana pintu taubat masih terbuka. Pesan baginda Rasulullah s.a.w :
من كذب علي متعمدا فليتبوأ مقعده من النار
Maksudnya :” Sesiapa yang sengaja mendustkan keatas aku dengan sengaja, maka sedia tempat tinggalnya di dalam neraka “. ( Riwayat Mutawatir ).

Nota Hujung
1- Al-Burhanun al-Muayad, Ahmad bin Ali bin Thabit ar-Rafie al-Hasiny, tahkik Abdul Ghani Nakah My, cet Pertama 1408H, Dar Kutub al-Nafis Beirut, m/s 208.
2- At-Tabsyir Fi Din, Thahir bin Muhammad al-Isfirayiny tahkik Kamal Yusof al-Hut, cet pertama 1983M, Dar A`lam al-Kitab Beirut, m/s 162.
3- Ni`matu az-Zuri`ah fi Nasratu as-Syariah, Ibrahim bin Muhammad bin Ibrahim al-Halby tahkik Ali Ridha bin Abdullah Ali Ridha, cet pertama 1998M, Dar al-Massir Riyadh, m/s 214.
4- Huliyyatul al-Auliya, Abu Naim al-Asbahan, cet ke-4, Dar al-Kitab al-A`rabi Beirut, juz 10 m/s 208.
5- Kasyful Khafa`, juz 2 m/s 262.
6- Tazkiratul al-Maudhuah, juz 1 m/s 11.
7- Ad-Durr al-Mutanathirah, juz 1 m/s 147.
8- lihat no. 7.

2 comments:

ashrafi said...

yang selalu 'digunapakai' sebagai penguat ajaran bagi kumpula2 yang mengaku mengamalkan ilmu tasauf

Musa Mohamad said...

ya memang benarlah apa yang saudara katakan tersebut..sebab sepanjang pembacaan dan pengkajian sy dalam matan tersebut semuanya berasal daripada golongan pendokong tasawuf yang batil lagi sesat..yang kebanyakannya puak2 sufi ini datangnya daripada india..

tasauf yang sebenar apa yang sesuai dengan al-quran & as-sunnah..itu yang sepatutnya kita ikutinya..wassalam