Thursday, November 5, 2009

Hadis Membaca Yasin Malam Jumaat

Matan Hadis

وحدثنا أبو عبد الرحمن السلمي ، أخبرنا أحمد بن علي بن الحسن ، حدثنا أحمد بن يوسف السلمي ، حدثنا عمار بن هارون الثقفي ، حدثنا هشام بن زياد ، عن أبي هريرة ، قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : " من قرأ ليلة الجمعة حم الدخان ويس أصبح مغفورا له " تفرد به هشام وهو هكذا ضعيف ورواه غيره عن الحسن كما مضى ذكره في سورة يس "

Maksudnya :” Sesiapa yang membaca pada malam Jumaat Surah ad-Dukhan dan Surah Yasin diampungkan baginya (dosa) “. (Syu`bah Imam Oleh Imam al-Baihaqi ).


Masalah Hadis


Di dalam hadis ini terdapat dua masalah iaitu kedua-duanya di dalam sanad hadis yang mana perawi pada sanad hadis ini di hukumkan oleh ulama Rijal sebagaimana berikut :-


i- Hasyim Bin Ziyad.


Pendapat Ulama tentangnya :


Imam az-Zahabi di dalam al-Kasyaf1, Imam Ahmad2, Abu Zar`ah dan Imam Tirmizi mengatakan Hasyim adalah seorang yang dhaif ( lemah ). Abu Daud mengatakan tidak Thiqah, Imam Bukhari3 pula mengatakan pada beliau perlu dibincangkan, Ibnu Hajar4, Abu Fatah al-Azdi dan Ali bin Husin al-Janid mengatakan Hasyim adalah Matruk, Abu Hatim ar-Razi5 dan Yahya bin Ma`in6 mengatakan Hisyam Dhaif hadisnya dan tidak bernilai pun (ليس بشئ  ) dan begitu juga pendapat Imam an-Nasaie7. Imam al-A`qili8 juga memasukkan beliau di dalam kitabnya ad-dhuafa`.

ii- Ammar Bin Harun as-Saqafi.


Pendapat Ulama tentangnya :


Ibnu Hajar mengatakan beliau adalah Dhaif9, Ibnu Hibban10 Memasukkan di dalam kitabnya Thiqah dan mengatakan Umpama beliau (Ammar) banyak kesalahannya, Abi Hatim11 pula mengatakannya Matruk dan perlu meninggalkan riwayatnya, Ibnu Udai12 juga memasukkannya di dalam kitabnya Al-Kamal Fi Dhuafa dan begitu juga al-A`qili.


Dah kesemua hadis yang matannya hamper sama dengan masud hadis ini datangnya daripada kedua mereka atau salah satu daripada keduanya.


Hukum Hadis Ini


Sebagaimana kajian saya dan saya telah melihat beberapa pendapat Ulama yang mengatakan hadis ini, ada yang mengatakan palsu, Matruk dan Dhaif Jiddan. Ringkas daripada saya bahawa hadis ini termasuk di dalam hadis Dhaif yang Mardud ( tertolak beramal dengannya ).

Nota Hujung


1-      Al-Kasyaf fi Ma`rifatil man lahu riwayatul fi kutubi as-Sittah, az-Zahabi, juz 2 m/s 336 no5962.
2-      Ilal wa Ma`rifatul ar-Rijal, Imam Ahmad, juz 2 m/s 508 no.3344.
3-      Tarikh Kabir, al-Bukhari, juz 8 m/s 199 no.2702.
4-      Dalam Tazhib at-Tahzib dan Taqrib at-Tahzib, Ibnu Hajar,  juz 11 m/s 36 dan juz 1 m/s 572.
5-      Al-Jar wa Ta`dil, Abu Hatim ar-Razi, juz 9 m/s 58.
6-      Al-Kamal Fi Dhuafa`, Ibnu Udai, juz 7 m/s 105.
7-      Ad-Dhuafa` wa Matrukin, An-Nasaie, juz 1 m/s 104.
8-      Ad-Dhuafa`, al-A`qili, juz 4 m/s 339 no. 1946.
9-      Rujuk nota hujung no 4 dan Lisan al-Mizan, Ibnu Hajar, juz 5 m/s 331.
10-   At-Thiqah li Ibnu Hibban, Ibnu Hibban, juz 8 m/s 518 no. 14782.
11-   Lihat no 5, juz 6 m/s 394.
12-   Lihat no 6, juz 5 m/s 75.
13-   Lihat no 8, juz 3 m/s 319.


“  Apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah mengikuti apa yang diturunkan Allah dan mengikuti Rasul". mereka menjawab: "Cukuplah untuk kami apa yang kami dapati bapak-bapak kami mengerjakannya". dan apakah mereka itu akan mengikuti nenek moyang mereka walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui apa-apa dan tidak (pula) mendapat petunjuk? “. Al-Maidah 104.

P/s : kesimpulan Hadis ini keseluruhan ana akan buat pada akhir pembincangan Hadis Bacaan Yasin InsyaAllah.

4 comments:

zahratul jannah said...

betul ke hadis ni palsu....tp ramai di kalangan kita ni yg masih lg mengamalkannya termasuk mereka yang bergelar ustaz dan ustazah....

Musa Mohamad said...

ya memang betul hadis 2 palsu...ustaza & ustazah tidak boleh menjamin kesahihan amalan..sudah jelas ke palsuaan hadis tersebut...

bab mengamalkannya tiada masalah, cuma kita tidak boleh menyandarkan pada Rasulullah s.a.w.
sebab al-Quran baca bila2 @ di mana juga dapat pahala kan..
bab penetapan malam bila2 pun xpe jgk, cuma mcm yg sy katakan hanya kita jgn sandarkan perkara tersebut pada Rasulullah s.a.w.

ashrafi said...

maaf.. saya kurang faham. boleh terangkan tentang 'jangan sandarkan perkara tersebut pada Rasulullah'.. terima kasih

Musa Mohamad said...

من كذب علي متعمدا فليتبوأ مقعدهم من النار
sesiapa yang mendustakan aku dengan sengaja, maka sedia tempat tggalnya di dalam neraka..mutawatir.

maksudnya..bacaan yasin malam jumaat ini tiada sandaran daripada sunnah yang sahih bahkan palsu..jadi kalu kita sandarkan kepada baginda sudah pasti kita akan termasuk golongan di dalam hadis tersebut.

jadi kalau kita mahu mengamalkan membaca yasin malam jumaat & apa masa sahaja kita sepatutnya meninggalkan segala fidhilat yang di nyatakan dalam hadis ttg hadis yasin..kerana semuanya adalah palsu...wassalam..