Friday, November 13, 2009

Siapa Yang Kenal Diri Maka Kenal Tuhan

Matan Hadis
من عرف نفسه فقد عرف ربه
Maksudnya :” Sesiapa yang kenal dirinya, maka kenallah tuhannya “

Kitab Yang Mengeluarkannya
Kebiasaan kitab yang mengelurkan matan di atas yang di katakana sebagai hadis ialah kitab-kitab Tauhid dan Aqidah. Contohnya Kitab al-Burhanun al-Muayad1, at-Tabysir fi din2, Ni`matu az-Zuri`ah3 dan banyak lagi kitab yang berkaitan dengan aqidah memasukkannya sebagai hujah, tidak terlepas juga kitab-kitab jawi.
Manakala kitab hadis yang memasukkannya pula ialah kitab Huliyyatul al-Auliya4 oleh Abu Naim.

Pendapat Ulama
Berkata penulis Kasyful Khafa5 yang di ambil daripada Imam as-Sayuti bahawa tidak sabit sebagai hadis ( bukan hadis ). Begitu juga pendapat Imam an-Nawawi bahawa matan yang dinyatakan diatas adalah bukan hadis6 dan berkata Ibnu as-Samaani bahawa perkataan iatu adalah perkataan Yahya bin Muaz ar-Razi r.h7. Berkata Syeikh Islam Ibnu Taimiyyah bahawa palsu8.

Kesimpulannya
Kebanyakan para Agamawan di Malaysia mengatakan bahawa matan ayat di atas adalah hadis, tetapi ini adalah tidak benar dan tepat sama sekali, kerana tidak pernah wujub sanad pun bagi matan tersebut untuk kita katakana sebagai hadis. Bagi sesiapa yang telah tersilap mengatakannya sebagai hadis segeralah bertaubat ketika mana pintu taubat masih terbuka. Pesan baginda Rasulullah s.a.w :
من كذب علي متعمدا فليتبوأ مقعده من النار
Maksudnya :” Sesiapa yang sengaja mendustkan keatas aku dengan sengaja, maka sedia tempat tinggalnya di dalam neraka “. ( Riwayat Mutawatir ).

Nota Hujung
1- Al-Burhanun al-Muayad, Ahmad bin Ali bin Thabit ar-Rafie al-Hasiny, tahkik Abdul Ghani Nakah My, cet Pertama 1408H, Dar Kutub al-Nafis Beirut, m/s 208.
2- At-Tabsyir Fi Din, Thahir bin Muhammad al-Isfirayiny tahkik Kamal Yusof al-Hut, cet pertama 1983M, Dar A`lam al-Kitab Beirut, m/s 162.
3- Ni`matu az-Zuri`ah fi Nasratu as-Syariah, Ibrahim bin Muhammad bin Ibrahim al-Halby tahkik Ali Ridha bin Abdullah Ali Ridha, cet pertama 1998M, Dar al-Massir Riyadh, m/s 214.
4- Huliyyatul al-Auliya, Abu Naim al-Asbahan, cet ke-4, Dar al-Kitab al-A`rabi Beirut, juz 10 m/s 208.
5- Kasyful Khafa`, juz 2 m/s 262.
6- Tazkiratul al-Maudhuah, juz 1 m/s 11.
7- Ad-Durr al-Mutanathirah, juz 1 m/s 147.
8- lihat no. 7.

Thursday, November 5, 2009

Hadis Membaca Yasin Malam Jumaat

Matan Hadis

وحدثنا أبو عبد الرحمن السلمي ، أخبرنا أحمد بن علي بن الحسن ، حدثنا أحمد بن يوسف السلمي ، حدثنا عمار بن هارون الثقفي ، حدثنا هشام بن زياد ، عن أبي هريرة ، قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : " من قرأ ليلة الجمعة حم الدخان ويس أصبح مغفورا له " تفرد به هشام وهو هكذا ضعيف ورواه غيره عن الحسن كما مضى ذكره في سورة يس "

Maksudnya :” Sesiapa yang membaca pada malam Jumaat Surah ad-Dukhan dan Surah Yasin diampungkan baginya (dosa) “. (Syu`bah Imam Oleh Imam al-Baihaqi ).


Masalah Hadis


Di dalam hadis ini terdapat dua masalah iaitu kedua-duanya di dalam sanad hadis yang mana perawi pada sanad hadis ini di hukumkan oleh ulama Rijal sebagaimana berikut :-


i- Hasyim Bin Ziyad.


Pendapat Ulama tentangnya :


Imam az-Zahabi di dalam al-Kasyaf1, Imam Ahmad2, Abu Zar`ah dan Imam Tirmizi mengatakan Hasyim adalah seorang yang dhaif ( lemah ). Abu Daud mengatakan tidak Thiqah, Imam Bukhari3 pula mengatakan pada beliau perlu dibincangkan, Ibnu Hajar4, Abu Fatah al-Azdi dan Ali bin Husin al-Janid mengatakan Hasyim adalah Matruk, Abu Hatim ar-Razi5 dan Yahya bin Ma`in6 mengatakan Hisyam Dhaif hadisnya dan tidak bernilai pun (ليس بشئ  ) dan begitu juga pendapat Imam an-Nasaie7. Imam al-A`qili8 juga memasukkan beliau di dalam kitabnya ad-dhuafa`.

ii- Ammar Bin Harun as-Saqafi.


Pendapat Ulama tentangnya :


Ibnu Hajar mengatakan beliau adalah Dhaif9, Ibnu Hibban10 Memasukkan di dalam kitabnya Thiqah dan mengatakan Umpama beliau (Ammar) banyak kesalahannya, Abi Hatim11 pula mengatakannya Matruk dan perlu meninggalkan riwayatnya, Ibnu Udai12 juga memasukkannya di dalam kitabnya Al-Kamal Fi Dhuafa dan begitu juga al-A`qili.


Dah kesemua hadis yang matannya hamper sama dengan masud hadis ini datangnya daripada kedua mereka atau salah satu daripada keduanya.


Hukum Hadis Ini


Sebagaimana kajian saya dan saya telah melihat beberapa pendapat Ulama yang mengatakan hadis ini, ada yang mengatakan palsu, Matruk dan Dhaif Jiddan. Ringkas daripada saya bahawa hadis ini termasuk di dalam hadis Dhaif yang Mardud ( tertolak beramal dengannya ).

Nota Hujung


1-      Al-Kasyaf fi Ma`rifatil man lahu riwayatul fi kutubi as-Sittah, az-Zahabi, juz 2 m/s 336 no5962.
2-      Ilal wa Ma`rifatul ar-Rijal, Imam Ahmad, juz 2 m/s 508 no.3344.
3-      Tarikh Kabir, al-Bukhari, juz 8 m/s 199 no.2702.
4-      Dalam Tazhib at-Tahzib dan Taqrib at-Tahzib, Ibnu Hajar,  juz 11 m/s 36 dan juz 1 m/s 572.
5-      Al-Jar wa Ta`dil, Abu Hatim ar-Razi, juz 9 m/s 58.
6-      Al-Kamal Fi Dhuafa`, Ibnu Udai, juz 7 m/s 105.
7-      Ad-Dhuafa` wa Matrukin, An-Nasaie, juz 1 m/s 104.
8-      Ad-Dhuafa`, al-A`qili, juz 4 m/s 339 no. 1946.
9-      Rujuk nota hujung no 4 dan Lisan al-Mizan, Ibnu Hajar, juz 5 m/s 331.
10-   At-Thiqah li Ibnu Hibban, Ibnu Hibban, juz 8 m/s 518 no. 14782.
11-   Lihat no 5, juz 6 m/s 394.
12-   Lihat no 6, juz 5 m/s 75.
13-   Lihat no 8, juz 3 m/s 319.


“  Apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah mengikuti apa yang diturunkan Allah dan mengikuti Rasul". mereka menjawab: "Cukuplah untuk kami apa yang kami dapati bapak-bapak kami mengerjakannya". dan apakah mereka itu akan mengikuti nenek moyang mereka walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui apa-apa dan tidak (pula) mendapat petunjuk? “. Al-Maidah 104.

P/s : kesimpulan Hadis ini keseluruhan ana akan buat pada akhir pembincangan Hadis Bacaan Yasin InsyaAllah.

Bahaya Bid`ah

Hikmah Pensyariatan


            Di dalam Islam, sesuatu hokum Syariah di fardhukan berdasarkan kepada 5 dasar utama yang perlu di jaga iaitu :
i-                    Agama.
ii-                  Nyawa.
iii-                Harta.
iv-                Maruah.
v-                  Keturunan.
Di dalam tulisan sy pada kali ini saya hanya ingin mengjelaskan tentang tuntutan menjaga agama iaitu bahagian yang pertama kerana menjaga agam adalah perkara yang sebesar-besar perkara di dalam kehidupan seseorang islam.


Jikalau kita meninjau di dalam kitab Qadhawa al-Muasoroh di dalam membincangkan bab menjaga agama, sudah pasti yang terdapat di dalam bab ini dua perkara :-


1-      Murtad iaitu yang kembali kepada kekafiran setelah Islam.
2-      Orang yang melakukan Bid`ah iaitu melakukan sesuatu yang baru di dalam agama setelah sepurnanya wahyu.

Murtad


Riddah atau murtad telah saya jelaskan maksubnya diatas, firma Allah taala :


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا مَنْ يَرْتَدَّ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللَّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلَا يَخَافُونَ لَوْمَةَ لَائِمٍ ذَلِكَ فَضْلُ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ


Maksudnya :” Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, Maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintaiNya, yang bersikap lemah Lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad dijalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha luas (pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui “. Al-Maidah 54.


Manakala sabda Rasulullah s.a.w :
من بدل دينه فاقتلوه
Maksudnya :” Sesiapa yang berpaling daripada Agamanya, maka bunuhlah “. ( Di riwayat Jamaah kecuali Imam Muslim ).


Maka telah jelas bahagian pertama di dalam bab menjaga agama bahawa orang yang murtad yang tidak ingin bertaubat maka wajib dijatuhkan hukuman bunuh keatasnya.

Mubtadik` ( orang yang melakukan Bid`ah )


Di dalam bahagian ini saya akan cuba bincangkan tentang perkara ini secara seringkas boleh, kerana ianya merupakan sesuatu perbahasan yang panjang di kalangan ulama.


Kenapakah golongan ini mesti dihapuskan di dalam menjaga agama? Ini adalah bersesuaian dengan firma Allah taala :


الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا فَمَنِ اضْطُرَّ فِي مَخْمَصَةٍ غَيْرَ مُتَجَانِفٍ لِإِثْمٍ فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Maksudnya :” Pada hari Ini Telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan Telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan Telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu. Maka barang siapa terpaksa Karana kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang “. Al-Maidah 3.


Telah jelas kepada kita bahawa agama Islam telah sempurna berdasarkan ayat diatas, maka sudah tentu mereka yang melakukan perkara Bid`ah telah melakukan sesuatu penambahan dan seterusnya mengingkari bahawa Risalah yang dibawa oleh Baginda Rasulullah s.a.w telah sempurna. Ini bermakna sesiapa yang ingkar kepada rasul sama dengan ingkarnya kepada Allah dan balasannya sudah pasti Api neraka yang panas membinasakan, sabda Rasulullah s.a.w :


أوصيكم بتقوى الله والسمع والطاعة وإن عبدا حبشيا فإنه من يعش منكم بعدي فسيرى اختلافا كثيرا فعليكم بسنتي وسنة الخلفاء المهديين الراشدين تمسكوا بها وعضوا عليها بالنواجذ وإياكم ومحدثات الأمور فإن كل محدثة بدعة وكل بدعة ضلالة


Maksudnya :” Aku berwasiatkan kepada kamu supaya bertaqwa kepada Allah, dengarlah dan taatlah, dan sesungguhnya wahai hamba Allah, kerana sesungguhnya sesiapa di kalangan kamu hidup selepas aku akan mendapati perselisihan yang banyak, maka wajib keatas kamu mengikut sunnahku dan sunnah Khulafa` ar-Rasyidin al-Mahdiyyin berpenganlah dengannaya dan gigitlah dengan gigi gerham kamu dan beringatlah dengan perkara baru yang di ada-adakan (di dalam agama), kerana sesungguhnya setiap yang di ada-adakan itu adalah Bid`ah dan setiap yang Bid`ah itu sesat “. ( Sahih di riwayatkan oleh Muslim, Abu Dawwud, Nasae`dan Ibnu Majah dengan lafaz Abu Dawwud ).


Sabda Rasulullah s.a.w :


ومن عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو رد
Maksudnya :” Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan yang tidak daripada perkara kami sesungguhnya tertolak “. ( Riwayat Bukhari & Muslim).


من أحدث في أمرنا هذا ما ليس فيه فهو رد


Maksudnya :” Sesiapa yang melakukan sesuatu yang baru bukan daripada perbuatan ( amalan ) kami ini, bukan yang kami lakukan sesungguhnya tertolak “. ( Riwayat Bukhari & Muslim).


Telah jelas dalil kepada kita tentang urusan agama yang mana kita tidak boleh taklid tanpa mengetahui apakan sesuatu amalan itu benar-benar datang daripada Rasulullah s.a.w atau tidak. Sebabnya bagi saya, penyebaran hadis palsu di kalangan masyarakat melayu dan para Ustaz sukar hendak di bendung lagi. Ini juga disebabkan para ilmuan Islam di Malaysia dan kepulauan melayu umumnya tidak mahu bergangjak daripada kembali kepada kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w, sehingga urusan adat dikatakan sebagai agama dan ada juga yang lebih menduka citakan lagi mereka mencipta hadis-hadis palsu atau mengutipnya daripada sumber yang tidak muktabar.


Sabda Rasulullah s.a.w
من كذب علي متعمدا فليتبوأ مقعده من النار
Maksudnya :” Sesiapa yang mendustakan keatas Aku dengan sengaja, maka sedia tempat tinggalnya didalam neraka “. ( Mutawatir, Mutafaqun Alaihi ).


Sudah tentu kita ingin sekali menjauhkan diri kita daripada bermahligaikan api neraka, disebabkan kebimbangan inilah saya menulis risalah ringkas ini semoga mendapat manfaat bersama dan sudah pasti bila rumahnya disitu, maka disitulah kehidupannya.

Wednesday, November 4, 2009

Imam Tirmizi

Sejarah ringkas Imam Tirmizi

Khazanah keilmuan Islam klasik mencatat sosok Imam Tirmizi sebagai salah satu periwayat dan ahli Hadits utama, selain Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Abu Daud, dan sederet nama lainnya. Karyanya, Kitab Al Jami’, atau biasa dikenal dengan kitab Jami’ Tirmizi, menjadi salah satu rujukan penting berkaitan masalah Hadits dan ilmunya, serta termasuk dalam Kutubus Sittah (enam kitab pokok di bidang Hadits) dan ensiklopedia Hadits terkenal. Sosok penuh tawadhu’ dan ahli ibadah ini tak lain adalah Imam Tirmizi.

Dilahirkan pada 279 H di kota Tirmiz, Imam Tirmizi bernama lengkap Imam Al-Hafiz Abu Isa Muhammad bin Isa bin Saurah bin Musa bin Ad-Dahhak As-Sulami At-Tirmizi. Sejak kecil, Imam Tirmizi gemar belajar ilmu dan mencari Hadits. Untuk keperluan inilah ia mengembara ke berbagai negeri, antara lain Hijaz, Irak, Khurasan, dan lain-lain.
Dalam lawatannya itu, ia banyak mengunjungi ulama-ulama besar dan guru-guru Hadits untuk mendengar Hadits dan kemudian dihafal dan dicatatnya dengan baik. Di antara gurunya adalah; Imam Bukhari, Imam Muslim, dan Imam Abu Daud. Selain itu, ia juga belajar pada Imam Ishak bin Musa, Mahmud bin Gailan, Said bin Abdurrahman, Ali bin Hajar, Ahmad bin Muni’, dan lainnya.

Perjalanan panjang pengembaraannya mencari ilmu, bertukar pikiran, dan mengumpulkan Hadits itu mengantarkan dirinya sebagai ulama Hadits yang sangat disegani kalangan ulama semasanya. Kendati demikian, takdir menggariskan lain. Daya upaya mulianya itu pula yang pada akhir kehidupannya mendapat musibah kebutaan, dan beberapa tahun lamanya ia hidup sebagai tuna netra. Dalam kondisi seperti inilah, Imam Tirmizi meninggal dunia. Ia wafat di Tirmiz pada usia 70 tahun.

Di kemudian hari, kumpulan Hadits dan ilmu-ilmunya dipelajari dan diriwayatkan oleh banyak ulama, di antaranya; Makhul ibnul-Fadl, Muhammad bin Mahmud Anbar, Hammad bin Syakir, Abd bin Muhammad An-Nasfiyyun, Al-Haisam bin Kulaib Asy-Syasyi, Ahmad bin Yusuf An-Nasafi, Abul-Abbas Muhammad bin Mahbud Al-Mahbubi, yang meriwayatkan kitab Al-Jami’ daripadanya, dan lain-lain. Mereka ini pula murid-murid Imam Tirmizi.

Banyak kalangan ulama dan ahli Hadits mengakui kekuatan dan kelebihan dalam diri Imam Tirmizi. Selain itu, kesalehan dan ketakwaannya pun tak dapat diragukan lagi. Salah satu ulama itu, Ibnu Hibban Al-Busti, pakar Hadits, mengakui kemampuan Tirmizi dalam menghafal, menghimpun, menyusun, dan meneliti Hadits, sehingga menjadikan dirinya sumber pengambilan Hadits para ulama terkenal, termasuk Imam Bukhari.

Sementara kalangan ulama lainnya mengungkapkan, Imam Tirmizi adalah sosok yang dapat dipercaya, amanah, dan sangat teliti. Kisah yang dikemukakan Al-Hafiz Ibnu Hajar dalam Tahzib At-Tahzibnya, dari Ahmad bin Abdullah bin Abu Dawud, berikut adalah salah satu bukti kelebihan sang Imam :

Saya mendengar Abu Isa At-Tirmizi berkata, “Pada suatu waktu dalam perjalanan menuju Mekkah, dan ketika itu saya telah menulis dua jilid buku berisi Hadits-hadits berasal dari seorang guru. Guru tersebut berpapasan dengan kami. Lalu saya bertanya-tanya mengenai dia, mereka menjawab bahwa dialah orang yang kumaksudkan itu. Kemudian saya menemuinya. Dia mengira bahwa ‘dua jilid kitab’ itu ada padaku. Ternyata yang kubawa bukanlah dua jilid tersebut, melainkan dua jilid lain yang mirip dengannya. Ketika saya bertemu dengannya, saya memohon kepadanya untuk mendengar Hadits, dan ia mengabulkan permohonan itu. Kemudian ia membacakan Hadits yang telah dihafalnya. Di sela-sela pembacaan itu ia mencuri pandang dan melihat bahwa kertas yang kupegang ternyata masih putih bersih tanpa ada tulisan sesuatu apa pun. Melihat kenyataan itu, ia berkata, ‘Tidakkah engkau malu kepadaku?’ Lalu aku bercerita dan menjelaskan kepadanya bahwa apa yang ia bacakan itu telah kuhafal semuanya. ‘Coba bacakan!’ perintahnya. Aku pun membacakan seluruhnya secara beruntun. Ia bertanya lagi, ‘Apakah telah engkau hafalkan sebelum datang kepadaku?’ Aku menjawab, ‘Tidak.’ Kemudian saya meminta lagi agar dia meriwayatkan Hadits yang lain. Ia pun kemudian membacakan 40 Hadits yang tergolong Hadits-hadits sulit atau gharib lalu berkata, ‘Coba ulangi apa yang kubacakan tadi!’ Lalu aku membacakannya dari pertama sampai selesai, dan ia berkomentar, ‘Aku belum pernah melihat orang seperti engkau.’ ”

Selain dikenal sebagai ahli dan penghafal Hadits, mengetahui kelemahan-kelemahan dan perawi-perawinya, Imam Tirmizi juga dikenal sebagai ahli fiqh dengan wawasan dan pandangan luas. Pandangan-pandangan tentang fiqh itu misalnya, dapat ditemukan dalam kitabnya Al-Jami’.

Kajian-kajiannya mengenai persoalan fiqh ini pula mencerminkan dirinya sebagai ulama yang sangat berpengalaman dan mengerti betul duduk permasalahan yang sebenarnya. Sebagai tamsil, penjelasannya terhadap sebuah Hadits mengenai penangguhan membayar piutang yang dilakukan si berutang yang sudah mampu, sebagai berikut: “Muhammad bin Basysyar bin Mahdi menceritakan kepada kami. Sufyan menceritakan kepada kami, dari Abi Az-Zunad, dari Al-Arai dari Abu Hurairah, dari Nabi SAW, bersabda: Penangguhan membayar utang (yang dilakukan oleh si berutang) yang mampu adalah suatu kezaliman. Apabila seseorang di antara kamu dipindahkan utangnya kepada orang lain yang mampu membayar, hendaklah pemindahan utang itu diterimanya.”

Bagaimana penjelasan sang Imam? Berikut ini komentar beliau, “Sebagian ahli ilmu berkata: ‘Apabila seseorang dipindahkan piutangnya kepada orang lain yang mampu membayar dan ia menerima pemindahan itu, maka bebaslah orang yang memindahkan (muhil) itu, dan bagi orang yang dipindahkan piutangnya (muhtal) tidak dibolehkan menuntut kepada muhil.’ Sementara sebagian ahli lainnya mengatakan: ‘Apabila harta seseorang (muhtal) menjadi rugi disebabkan kepailitan muhal ‘alaih, maka baginya dibolehkan menuntut bayar kepada orang pertama (muhil). Alasannya adalah, tidak ada kerugian atas harta benda seorang Muslim. Menurut Ibnu Ishak, perkataan ‘Tidak ada kerugian atas harta benda seorang Muslim’ ini adalah ‘Apabila seseorang dipindahkan piutangnya kepada orang lain yang dikiranya mampu, namun ternyata orang lain itu tidak mampu, maka tidak ada kerugian atas harta benda orang Muslim (yang dipindahkan utangnya) itu’.” demikian penjelasan Imam Tirmizi.
Ini adalah satu contoh yang menunjukkan kepada kita, betapa cemerlangnya pemikiran fiqh Imam Tirmizi dalam memahami nash-nash Hadits, serta betapa luas dan orisinal pandangannya itu. Hingga meninggalnya, Imam Tirmizi telah menulis puluhan kitab, diantaranya: Kitab Al-Jami’, terkenal dengan sebutan Sunan at-Tirmizi, Kitab Al-’Ilal, Kitab At-Tarikh, Kitab Asy-Syama’il an-Nabawiyyah, Kitab Az-Zuhd, dan Kitab Al-Asma’ wal-Kuna.

Selain dikenal dengan sebutan Kitab Jami’ Tirmizi, kitab ini juga dikenal dengan nama Sunan At-Tirmizi. Di kalangan muhaddisin (ahli Hadits), kitab ini menjadi rujukan utama, selain kitab-kitab hadits lainnya dari Imam Bukhari maupun Imam Muslim.
Kitab Sunan Tirmizi dianggap sangat penting lantaran kitab ini betul-betul memperhatikan ta’lil (penentuan nilai) Hadits dengan menyebutkan secara eksplisit Hadits yang sahih. Itu sebabnya, kitab ini menduduki peringkat ke-4 dalam urutan Kutubus Sittah, atau menurut penulis buku Kasyf Az Zunuun, Hajji Khalfah (w. 1657), kedudukan Sunan Tirmizi berada pada tingkat ke-3 dalam hierarki Kutubus Sittah.
Tidak seperti kitab Hadits Imam Bukhari, atau yang ditulis Imam Muslim dan lainnya, kitab Sunan Tirmizi dapat dipahami oleh siapa saja, yang memahami bahasa Arab tentunya. Dalam menyeleksi Hadits untuk kitabnya itu, Imam Tirmizi bertolak pada dasar apakah Hadits itu dipakai oleh fuqaha (ahli fikih) sebagai hujjah (dalil) atau tidak. Sebaliknya, Tirmizi tidak menyaring Hadits dari aspek Hadits itu dhaif atau tidak. Itu sebabnya, ia selalu memberikan uraian tentang nilai Hadits, bahkan uraian perbandingan dan kesimpulannya.

Diriwayatkan, bahwa ia pernah berkata: “Semua Hadits yang terdapat dalam kitab ini adalah dapat diamalkan.” Oleh karena itu, sebagian besar ahli ilmu menggunakannya (sebagai pegangan), kecuali dua Hadits, yaitu: Pertama, yang artinya: “Sesungguhnya Rasulullah SAW menjamak shalat Dhuhur dengan Ashar, dan Maghrib dengan Isya, tanpa adanya sebab takut dan dalam perjalanan.” Juga Hadits, “Jika ia peminum khamar, minum lagi pada yang keempat kalinya, maka bunuhlah dia.” Hadits mengenai hukuman untuk peminum khamar ini adalah mansukh (terhapus) dan ijma’ ulama pun menunjukkan demikian. Sedangkan mengenai shalat jamak, para ulama berbeda pendapat atau tidak sepakat untuk meninggalkannya. Sebagian besar ulama berpendapat boleh hukumnya melakukan shalat jamak di rumah selama tidak dijadikan kebiasaan. Pendapat ini adalah pendapat Ibn Sirin dan Asyab serta sebagian besar ahli fiqh dan ahli Hadits juga Ibn Munzir.

Beberapa keistimewaan Kitab Jami’ atau Sunan Tirmizi adalah, pencantuman riwayat dari sahabat lain mengenai masalah yang dibahas dalam Hadits pokok (Hadits al Bab), baik isinya yang semakna maupun yang berbeda, bahkan yang bertentangan sama sekali secara langsung maupun tidak langsung.

Selain itu, keistimewaan yang langsung kaitannya dengan ulum al Hadits (ilmu-ilmu Hadits) adalah masalah ta’lil Hadits. Hadits-hadits yang dimuat disebutkan nilainya dengan jelas, bahkan nilai rawinya yang dianggap penting. Kitab ini dinilai positif karena dapat digunakan untuk penerapan praktis kaidah-kaidah ilmu Hadits, khususnya ta’lil Hadits tersebut.

Sumber: http://www.kotasantri.com
Kitab Minhajul al-Muhadthin

Imam Bukhari

KEAJAIBAN DARI BUKHARA

Buta di masa kecilnya.

Keliling dunia mencari ilmu.
Menghafal ratusan ribu hadits.
Karyanya menjadi rujukan utama setelah Al Qur’an.

Lahir di Bukhara pada bulan Syawal tahun 194 H. Dipanggil dengan Abu Abdillah. Nama lengkap beliau Muhammmad bin Islmail bin Al Mughirah bin Bardizbah Al Bukhari Al Ju’fi. Beliau digelari Al Imam Al Hafizh, dan lebih dikenal dengan sebutan Al Imam Al Bukhari.


Buyut beliau, Al Mughirah, semula beragama Majusi (Zoroaster), kemudian masuk Islam lewat perantaraan gubernur Bukhara yang bernama Al Yaman Al Ju’fi. Sedang ayah beliau, Ismail bin Al Mughirah, seorang tokoh yang tekun dan ulet dalam menuntut ilmu, sempat mendengar ketenaran Al Imam Malik bin Anas dalam bidang keilmuan, pernah berjumpa dengan Hammad bin Zaid, dan pernah berjabatan tangan dengan Abdullah bin Al Mubarak.


Sewaktu kecil Al Imam Al Bukhari buta kedua matanya. Pada suatu malam ibu beliau bermimpi melihat Nabi Ibrahim Al Khalil ‘Alaihissalaam yang mengatakan, “Hai Fulanah (yang beliau maksud adalah ibu Al Imam Al Bukhari, pent), sesungguhnya Allah telah mengembalikan penglihatan kedua mata putramu karena seringnya engkau berdoa”. Ternyata pada pagi harinya sang ibu menyaksikan bahwa Allah telah mengembalikan penglihatan kedua mata putranya.


Ketika berusia sepuluh tahun, Al Imam Al Bukhari mulai menuntut ilmu, beliau melakukan pengembaraan ke Balkh, Naisabur, Rayy, Baghdad, Bashrah, Kufah, Makkah, Mesir, dan Syam.


Guru-guru beliau banyak sekali jumlahnya. Di antara mereka yang sangat terkenal adalah Abu ‘Ashim An-Nabiil, Al Anshari, Makki bin Ibrahim, Ubaidaillah bin Musa, Abu Al Mughirah, ‘Abdan bin ‘Utsman, ‘Ali bin Al Hasan bin Syaqiq, Shadaqah bin Al Fadhl, Abdurrahman bin Hammad Asy-Syu’aisi, Muhammad bin ‘Ar’arah, Hajjaj bin Minhaal, Badal bin Al Muhabbir, Abdullah bin Raja’, Khalid bin Makhlad, Thalq bin Ghannaam, Abdurrahman Al Muqri’, Khallad bin Yahya, Abdul ‘Azizi Al Uwaisi, Abu Al Yaman, ‘Ali bin Al Madini, Ishaq bin Rahawaih, Nu’aim bin Hammad, Al Imam Ahmad bin Hanbal, dan sederet imam dan ulama ahlul hadits lainnya.


Murid-murid beliau tak terhitung jumlahnya. Di antara mereka yang paling terkenal adalah Al Imam Muslim bin Al Hajjaj An Naisaburi, penyusun kitab Shahih Muslim.

Al Imam Al Bukhari sangat terkenal kecerdasannya dan kekuatan hafalannya. Beliau pernah berkata, “Saya hafal seratus ribu hadits shahih, dan saya juga hafal dua ratus ribu hadits yang tidak shahih”. Pada kesempatan yang lain belau berkata, “Setiap hadits yang saya hafal, pasti dapat saya sebutkan sanad (rangkaian perawi-perawi)-nya”.


Beliau juga pernah ditanya oleh Muhamad bin Abu Hatim Al Warraaq, “Apakah engkau hafal sanad dan matan setiap hadits yang engkau masukkan ke dalam kitab yang engkau susun (maksudnya : kitab Shahih Bukhari, pent.)?” Beliau menjawab, ”Semua hadits yang saya masukkan ke dalam kitab yang saya susun itu sedikit pun tidak ada yang samar bagi saya”.


Anugerah Allah kepada Al Imam Al Bukhari berupa reputasi di bidang hadits telah mencapai puncaknya. Tidak mengherankan jika para ulama dan para imam yang hidup sezaman dengannya memberikan pujian (rekomendasi) terhadap beliau. Berikut ini adalah sederet pujian (rekomendasi) termaksud.


Muhammad bin Abi Hatim berkata, “Saya mendengar Ibrahim bin Khalid Al Marwazi berkata, “Saya melihat Abu Ammar Al Husein bin Harits memuji Abu Abdillah Al Bukhari, lalu beliau berkata, “Saya tidak pernah melihat orang seperti dia. Seolah-olah dia diciptakan oleh Allah hanya untuk hadits”.


Abu Bakar Muhammad bin Ishaq bin Khuzaimah berkata, “Saya tidak pernah meliahat di kolong langit seseorang yang lebih mengetahui dan lebih kuat hafalannya tentang hadits Rasulullah Shallallaahu ‘Alaihi Wasallam dari pada Muhammad bin Ismail (Al Bukhari).”

Muhammad bin Abi Hatim berkata, “ Saya mendengar Abu Abdillah (Al Imam Al Bukhari) berkata, “Para sahabat ‘Amr bin ‘Ali Al Fallaas pernah meminta penjelasan kepada saya tentang status (kedudukan) sebuah hadits. Saya katakan kepada mereka, “Saya tidak mengetahui status (kedudukan) hadits tersebut”. Mereka jadi gembira dengan sebab mendengar ucapanku, dan mereka segera bergerak menuju ‘Amr. Lalu mereka menceriterakan peristiwa itu kepada ‘Amr. ‘Amr berkata kepada mereka, “Hadits yang status (kedudukannya) tidak diketahui oleh Muhammad bin Ismail bukanlah hadits”.

Al Imam Al Bukhari mempunyai karya besar di bidang hadits yaitu kitab beliau yang diberi judul Al Jami’ atau disebut juga Ash-Shahih atau Shahih Al Bukhari. Para ulama menilai bahwa kitab Shahih Al Bukhari ini merupakan kitab yang paling shahih setelah kitab suci Al Quran.


Hubungannya dengan kitab tersebut, ada seorang ulama besar ahli fikih, yaitu Abu Zaid Al Marwazi menuturkan, “Suatu ketika saya tertidur pada sebuah tempat (dekat Ka’bah –ed) di antara Rukun Yamani dan Maqam Ibrahim. Di dalam tidur saya bermimpi melihat Nabi Shallallaahu ‘Alaihi Wasallam. Beliau berkata kepada saya, “Hai Abu Zaid, sampai kapan engaku mempelajari kitab Asy-Syafi’i, sementara engkau tidak mempelajari kitabku? Saya berkata, “Wahai Baginda Rasulullah, kitab apa yang Baginda maksud?” Rasulullah menjawab, “ Kitab Jami’ karya Muhammad bin Ismail”.


Karya Al Imam Al Bukhari yang lain yang terkenal adalah kita At-Tarikh yang berisi tentang hal-ihwal para sahabat dan tabi’in serta ucapan-ucapan (pendapat-pendapat) mereka. Di bidang akhlak belau menyusun kitab Al Adab Al Mufrad. Dan di bidang akidah beliau menyusun kitab Khalqu Af’aal Al Ibaad.


Ketakwaan dan keshalihan Al Imam Al Bukhari merupakan sisi lain yang tak pantas dilupakan. Berikut ini diketengahkan beberapa pernyataan para ulama tentang ketakwaan dan keshalihan beliau agar dapat dijadikan teladan.


Abu Bakar bin Munir berkata, “Saya mendengar Abu Abdillah Al Bukhari berkata, “Saya berharap bahwa ketika saya berjumpa Allah, saya tidak dihisab dalam keadaan menanggung dosa ghibah (menggunjing orang lain).”


Abdullah bin Sa’id bin Ja’far berkata, “Saya mendengar para ulama di Bashrah mengatakan, “Tidak pernah kami jumpai di dunia ini orang seperti Muhammad bin Ismail dalam hal ma’rifah (keilmuan) dan keshalihan”.


Sulaim berkata, “Saya tidak pernah melihat dengan mata kepala saya sendiri semenjak enam puluh tahun orang yang lebih dalam pemahamannya tentang ajaran Islam, leblih wara’ (takwa), dan lebih zuhud terhadap dunia daripada Muhammad bin Ismail.”

Al Firabri berkata, “Saya bermimpi melihat Nabi Shallallaahu ‘Alaihi Wasallam di dalam tidur saya”. Beliau Shallallaahu ‘Alaihi Wasallam bertanya kepada saya, “Engkau hendak menuju ke mana?” Saya menjawab, “Hendak menuju ke tempat Muhammad bin Ismail Al Bukhari”. Beliau Shallallaahu ‘Alaihi Wasallam berkata, “Sampaikan salamku kepadanya!”

Al Imam Al Bukhari wafat pada malam Idul Fithri tahun 256 H. ketika beliau mencapai usia enam puluh dua tahun. Jenazah beliau dikuburkan di Khartank, nama sebuah desa di Samarkand. Semoga Allah Ta’ala mencurahkan rahmat-Nya kepada Al Imam Al Bukhari.

Sumber:


Siyar A’laam An-Nubala’ karya Al Imam Adz-Dzahabi dll