Saturday, December 27, 2008

Badar al-Kubra 2

BADAR al-KUBRA

Pengajaran Kepada Umat Islam Kini Dan Akan Datang

Kedua : Kesatuan Kepimpinan

Sebuah kepimpinan mestilah menyatukan bentuk latihan ketenteraan, persenjataan, system pentadbiran, peralatan dan rawatan, juga mengumpulkan segala maklumat mengenai musuh-musuh, melakukan tarbiyyah lapangan untuk menjamin wujubnya kerjasama jamaah dalam keadaan apa jua pun.

Tanpa kepimpinan bersama (bersatu) para penjuang islam tidak mampu untuk berjuang untuk membantu menjaga kepentigan umat islam daripada Timur hingga ke Barat. Bahkan sebaliknya, sebahagian akan berjuang dan sebahagian yang lain akan duduk untuk memerhati daripada jauh sahaja.

Sebagaimana orang-orang arab mempunyai kesatuan didalam kepimpinan sebagaimana yang diputuskan pembentukannya didalam sidang kemuncak arab pertama di Kahirah diantara 13 hingga 17hb. Januari 1964. Akan tetapi orang arab sendirilah telah membunuh kepimpinan selepasnya, ia mati ketika mana orang-orang arab sangat-sangat memerlukannya didalam peperangan menghadapi musuhnya Zionisme ( tentera Yahudi ).

Untuk umat islam sedunia, setiausaha agung badan Dunia Islam mampu berusaha membentuk kepimpinan bersama islam yang mampu untuk mempertahankan kesatuan islam diseluruh dunia dengan menyatukan kekuatan persenjataan. Tetapi in semua tidak pernah berlaku dalam dunia islam pada masa kini lagi.

Didalam peperangan Badar al-Kubra, kepimpinan bersama umat islam sangat berkesan bagi meraih kemenangan daripada orang musyrikin mekah. Sementara itu ketiadaan kepimpinan bersama orang musyrikin didalam peperangan tersebut telah mengakibatkan kekalahan besar mereka walaupun secara menonjol kekuatan mereka mengatasi kekuatan tentera muslimin dari segi kelengkapan persenjataan dan bilangan tentera.

Buat orang islam sekarang mereka tiada pilihan lain melainkan mereka mesti membentukk sebuah kesatuan kepimpinan bagi mengubah keadaan sekarang kepada keadaan yang lebih baik lagi.

Ketiga : Perancangan ( peperangan ) bentuk baru.

Sebagai umat islam kita perlu membentuk satu perancangan peperangan bercorak baru yang memerlukan segala bentuk kemahiran dan kepakaran didalam bidang tersebut yang mana kita perlu meneliti serta mengkaji dengan tekun, teliti dan sabar kerana pengetahuan tentang ketenteraan sekarang menjadi banyak cabang dan sangat luas.

Apabila kita tiada kajian dan ketelitian didalam bidang ketenteraan dan perancangan masa depan sudah pasti kita akan mundur dan menjadi sebuah Negara yang ditindas oleh Negara-negara barat. Sebagaimana yang dapat kita lihat sekarang angkatan bersenjata Negara islam hanya mengamalkan corak ketenteraan mengikut cara barat dan ada setengah yang lain hanya mengikut corak ketenteraan corak timur sahaja sehingga tidak kelihatan sebuah Negara islam pun yang mengamalkan corak ketenteraan mengikut corak yang dilandaskan oleh syariat islamiyyah.

Sebaiknya ketenteraan umat islam kembali kepada ketenteraan mengikut cara yang ditetapkan oleh islam yang mana sebaik sahaja kita mengunakan ketenteraan mengikut cara islam sudah pasti corak inilah yang lebih baik daripada corak barat dan timur. Yang mana dengan corak ini sahajalah yang akan member kemenangan kepada umat islam.

Jadi wajiblah bagi kita supaya kembali kepada doktrin ketenteraan islam yang mana tumbuh daripada agama yang mengawal segala sudut ketenteraan dan pentadbiran islam. Jikalau kita melihat sebagaimana pergerakan komunis sudah pasti islam jauh lebih baik daripada komunis itu sendiri yang mana akan mengorbankan sesiapa sahaja untuk mencapai matlamat mereka yang berkepantingan keduniaan semata-mata.

KeEmpat : Kekukuhan Akidah

Kemenangan baginda Rasulullah s.a.w tanpa ragu-ragu adalah merupakan kemenangan akidah, demikian juga kemenangan menduduki kota mekah dan dikebanyakan peperangan. Ini adalah kerana orang yang mempunyai akidah ialah orang yang mempunyai matlamat didalam kehidupan mereka.

Manakala orang yang tidak mempunyai akidah ialah orang yang tidak mempunyai matlamat kehidupan sebagaimana orang dizaman jahiliyyah yang mana kehidupan mereka berpecah belah dan sentiasa berperang hanya kerana perkara yang remeh dan temeh.

Apabila islam datang, ia Berjaya menyatukan mereka, mengatur barisan dan persaudaraan diantara mereka, pada pedang mereka hanya dihalakan kepada musuh bukan kepada diri sendiri sehingga mereka Berjaya menakluki Rom dan Parsi dua buah kerajaan yang besar.

Tetapi apabila orang islam mula meninggalkan akidah mereka maka larilah kemenangan daripada mereka satu demi satu, sehingga akhirnya mereka menjadi hamba didalam rumah mereka sendiri.

Pada zahirnya, walaupun sebahagian besar orang-orang islam itu tidak meninggalkan islam tetapi pada prektikalnya mereka telah meninggalkan islam, iaitu islam harakah, islam berjihad dengan jiwa raga dijalan Allah taala dengan harta, jasad dan segala yang mereka ada sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w :

تركتم الجهاد سلط الله عليكم ذلا لا ينزعه حتى ترجعوا إلى دينكم

Maksubnya :” Apabila kamu meninggalkan jihad, Allah taala akan selubungkan keatas kamu kehinaan yang tidak akan tinggal sehinggalah kamu kembali kepada agama kamu “. (Sahih, lihat sahih wal dhaif jamiul saghir no.424 jil 1 m/s 424 ).

No comments: