Saturday, December 20, 2008

Badar al-Kubra 1

BADAR al-KUBRA

Pengajaran Kepada Umat Islam Kini Dan Akan Datang

Oleh :

Ibnu Mohamad86

Peperangan merupakan satu jalan jihad yang difardhukan oleh Allah taala terhadap umat islam untuk melindungi diri daripada musuh mereka, sebagaimana yang terjadi didalam banyak peperangan didalam islam. Peperangan Badar adalah peperangan penentu untuk tersebarnya ajaran islam di alam maya ini. Saya tertarik untuk menulis artikal ini selepas membaca buku Ma`rifatul Badar al-Kubra al-Hasyimah-ibaratul khas al-Muslimin wal mustaqbal yang dikarang oleh Liwa` Rukun Mahmood syeik Khattib salah seorang tentera Negara arab yang mempunyai gaya tersendiri didalam tulisan beliau.

Buku ini beliau tuliskan untuk menyedarkan masyrakat Arab islam supaya kembali kepada islam, iaitu dirinya bagi menebus kembali kegagalan itu kerana mereka tiada pilihan lain yang lebih baik daripadnya. Tulisan ini juga merupakan reaksi terhadap kekalahan Umat Arab terhadap kekalahan didalam peperangan 1967 dengan Israel dimana sebahagian daripada tanah arab termasuk masjid al-Aqsa jatuh ketangan makhlut la`natullah bani Yahudi.

Sejarah Badar telah menjadi satu kewajipan bagi setiap penceramah dan tenaga pengajar menceritakan hal berlakunya peristiwa hidup dan mati agama islam. Sentiasa peristiwa ini akan disebut setiap kalinya datang bulan Ramadhan setiap tahun. Begitulah Allah sentiasa memuliakan para pejuang Badar sehingga keakhir zaman. Ingatlah ketika mana Allah taala berfirma :

Dan Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan Dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu) “.( surah Ali Imran 123 ).

Yang mana Rasulullah s.a.w bersabda :” Ya Allah, jika musnahlah kumpulan ini engkau tidak akan disembah lagi diatas muka bumi ini “.

Tentara islam pada waktu itu seramai 313 orang atau 314 orang yang mana lawannya seramai 3000 orang. Mungkin perkara kemenangan tentera islam adalah diluar jangkaan kerana bilangan mereka sedikit, tetapi bilangan tidak menentukan kemenangan sebagaimana firman Allah taala :

Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan Yang sedikit berjaya menewaskan golongan Yang banyak Dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang Yang sabar ". ( surah al-Baqarah 149 ).

Bukan atas dasar kekuatan ketenteraan mereka menang, tetapi atas dasar ketaqwaanlah mereka telah menang dengan bantuan Allah taala dengan Allah menghantar tenteranya untuk berjuang bersama tentera islam. Begitu juga kita, adakah kita takut untuk berjuang ketika mana Amerika, Israel dan barat mempunyai kekuatan persenjataan? Kalaulah ketakutan kita ini berpanjangan selama manakah kita akan terus ditindas dan siapakah akan menjadi Umar al-Khattab? Siapakah yang akan menjadi Salahuddin al-Ayubi? Mereka membabaskan tanah suci kita daripada musuh-musuh kita. Saudara-saudaraku, dimanakah kita ketika mana HAMAS berjuang membebaskan Palestin daripada Yahudi? Disini bukan saya ingin mengajak saudara ke Palestin untuk berperang, tetapi ingin mengajak diri saya dan seluruh umat Islam di Malaysia supaya berjuang untuk menjadikan islam sebagai wadah kepimpinan Negara, seterusnya mengorak langkah membentuk daulah islamiyyah didunia ini. insyaAllah..

Apakah pengajaran yang dapat kita ambil daripada peperangan Badar al-Kubra? Tauladan pengajaran daripada peristiwa tersebut dibahagikan kepada 4 bahagian :

1- Pembinaan Umat Islam.

2- Kesatuan Kepimpinan.

3- Perancangan ( peperangan ) bentuk baru.

4- Kekuatan aqidah islamiyyah.

Tauladan Peristiwa Badar Kepada Orang Islam Sekarang Dan Akan Datang

Pengkajian yang cermat dan teliti tentang peristiwa badar merupakan satu keperluan penting kepada umat islam hari ini dan akan datang. Tauladan yang baik terhadap individu, Jamaah, pemerintah dan rakyat. Ia seolah-olah perutusan daripada langit yang datang daripada alam ghaib yang memandu dan membawa umat menuju jalan-jalan kemulian dan kemenangan sebagaimana yang dikecapi oleh generasi pertama islam ketika peristiwa bersejarah Badar al-Kubra. Sebelum peperangan itu mereka hina dan tercela, sentiasa ditindas dan diseksa yang diluar pemikiran akal sihat manusia.

Hari ini, musuh umat islam semakin bertambah banyak, ancama mereka semakin hebat, kesatuan mereka payah untuk di musnahkan untuk menghadapi jamuah hidangan yang lazat iaitu umat islam seluruh dunia. Bukan kerana umat islam itu sedikit, tetapi mereka ramai tetapi jiwanya kosong daripada ajaran islam dan roh jihad. Mereka terlalu cintakan kehidupan keduniaan dan terlalu takut kepada mati, mereka juga alpa dengan banyaknya hiburan. Mereka menjadi hina ketika berhadapan dengan musuh, sanggup menyembah musuh di Negara mereka sendiri. Mereka menjadi rendah diri terhadap musuh-musuh mereka, kehinaan yang tiada ukurnya dikalangan masyarakat antarabangsa.

Umat islam diancam bukan sahaja musuh daripada luar, bahkan dikalangan mereka sendiri yang menjadi musuh yang mana telah saya jelaskan pada artikal yang bertajuk “ rintangan dalam kehidupan pendakwah “ yang telah lepas.

Musuh-musuh islam tidak pernah bersatu sebagaimana bersatunya mereka menentang umat islam, dimana mereka sanggup bertolak ansur didalam kepentingan mereka bertujuan hanya untuk memusnahkan umat-umat islam seluruhnya. Jadi apakah tauladan peristiwa badar kepada umat islam sekarang dan akan datang? Tak lebih atau kurang sebabnya ialah :

Pertama : Pembinaan Umat Islam :

Pemimpin-pemimpin islam khususnya, umat islam daripada kalangan berbagai bangsa umumnya wajiblah belajar daripada panglima Rasulullah s.a.w bagaimana hendak membentuk manusia muslim. Apabila baginda dipanggil menemui Allah taala, baginda telah meninggalkan pengganti dibelakangnya khalifah-khalifah, pemerintah tentera, pemimpin pentadbiran dan politik, ulama-ulama dan pengikut mereka yang belum pernah ditinggalkan oleh seorang pun pemimpin sebelum dan selepas baginda sekumpulan manusia yang teguh keimanannya, teguh amanahnya, kuat ibadatnya, tinggi kepandaiannya, dan sebagainya yang menjadikan agama islam sebuah agama yang bertamadun yang tidak pernah bagi mereka takut akan kematian, tidak juga temak terhadap harta benda, tidak sesekali lalai dengan tuntutan kedunian, lahir padanya generasi yang hebat yang hanya mencintai kematia dan Allah sahaja menjadi matlamat hidup mereka.

Lahir daripada madrasah Rasulullah s.a.w. pemimpin yang lebih miskin daripada rakyat, pejuang yang berdisiplin yang tinggi yang mana mereka berpegan teguh dengan kesatuan, sentiasa mendengar dan patuh, cintakan syahid dan berani mati demi menegakkan agama islam yang tercinta.

Pelajar-pelajar yang lahir daripadanya sentiasa menjadi ikutan dan tauladan sepanjang zaman yang mana belum pernah ada orang yang sebelum dan selepas baginda mereka yang mampu membina satu generasi yang berkauliti. Zaman generasi ini menjadi ingatan sepanjang zaman yang tidak pernah sejarah manusia mengukir akan kehebat sejarah kecuali apa yang mereka lakukan.

Sejak kedatangan islam hingga kehari ini, orang-orang islam diperintah oleh beberapa khalifah, ketua-ketua Negara, ataupu presiden. Daripada mereka ini beberapa pemimpin yang telah merakam kepimpinan mereka dengan tinta emas kerana telah membangunkan Insan Muslim yang bertaqwa kepada Allah taala. Manjadi panduan dan rujukan didalam perbagai bidang sehingga kehari in dan masa akan datang.

Jikalau kita bandingkan kepimpinan mereka dengan kepimpina sekarang banyak bezanya , jauh bezanya antara langit yang tidak bertiang dengan bumi yang terbentang luas.

Jika kita lihat terhadap mereka yang meruntuhkan manusia muslim bagi memenuhi kepentingan peribadi dan keluarganya telah mati sebelum sampai ajalnya, apabila sejarah mereka disebut tidak ada seorang pun yang mengaguminya bahkan hanya mencela terhadap mereka ini sebagai balasan yang setimpal dengan kejahatan yang mereka lakukan.

Untuk mencapai sebagaimana yang dilahirkan oleh madrasah Rasulullah s.a.w bukanlah sesuatu yang mudah terutama sekali melupakan kepentingan demi kepentingan ummah. Ia merupakan usaha yang payah dan memerlukan satu pengorbanan yang besar untuk mencapai cita-cita tersebut demi melahirkan seorang pemerintah yang berjiwa rakyat, bukan bertujuan untuk pengampu-pengampunya dan kepentingan dirinya sahaja. Benarlah sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w :

Sesiapa yang memberikan tugas kepada seseorang daripada satu kumpulan, sedangkan dikalangan mereka ada orang yang Allah lebih suka, maka sesungguhnya orang itu telah megkhianati Allah dan Rasulnya serta orang muslimin keseluruhannya “. ( Sahi, diriwayatkan oleh al-Hakim dalam Mustdraknya no.7123 dan juga lihat Mukhtasar Syarah al-Jami`ul Saghir, an-Nawawi m/s 278 ).

No comments: