Saturday, December 13, 2008

Nikmat Kurniaan Allah

Nikmat Kurniaan Allah

Oleh :

Ibnu Mohamad86

Keimanan dan ketaqwaan bukanlah suatu jalan yang mudah untuk kita tempuhi dan lalui, sesungguhnya ia adalah satu jalan yang penuh dengan mehnah dan tribulasi yang perlu kita lalui untuk mencapai tahap keimanan yang sebebenar terhadap yang Maha Pencipta. Sebagaimana firman Allah taala didalam surah al-Ankabut ayat 1-3 :

Alif, Laam, Miim. Patutkah manusia menyangka Bahawa mereka akan dibiarkan Dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan Demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang Yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian Yang demikian), nyata apa Yang diketahui Allah tentang orang-orang Yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa Yang diketahuiNya tentang orang-orang Yang berdusta “.

Itulah janji Allah taala yang telah dijanjikan untuk hamba-hambanya yang beriman dengan hari Kebangkitan. Segala apa yang dijanjikan adalah suatu yang benar yang tidak dapat kita nafikan lagi kebenarannya itu datang daripada Allah taala sahaja.

Didalam al-Quran Allah taala menceritakan kisah kaum Saba yang mana keadaan mereka ketika beriman dan keadaan mereka ketika mereka mengkufuri nikmat yang Allah taala kurnaikan kepada mereka. firmanNYA didalam surah Saba` ayat 15-19 :

Demi sesungguhnya, adalah bagi penduduk negeri Saba', satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) Yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu: dua kumpulan kebun (yang Luas lagi subur), Yang terletak di sebelah kanan dan di sebelah kiri (kampung mereka). (lalu dikatakan kepada mereka): "Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepadanya; (negeri kamu ini adalah) negeri Yang baik (aman dan makmur), dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan Yang Maha Pengampun!. Maka mereka berpaling ingkar, lalu Kami hantarkan kepada mereka banjir Yang membinasakan, dan Kami gantikan dua kumpulan kebun mereka (yang subur) itu Dengan dua kumpulan kebun Yang berisi Dengan pohon-pohon Yang pahit buahnya, dan pohon-pohon Yang jarang berbuah, serta sedikit pohon-pohon bidara. Demikianlah Kami membalas mereka disebabkan kekufuran mereka; dan sebenarnya Kami tidak menimpakan balasan Yang demikian melainkan kepada orang-orang Yang amat kufur. Dan di antara tempat tinggal mereka (di negeri Yaman) Dengan bandar-bandar (di daerah negeri Syam) Yang Kami limpahkan berkat kepadanya (dengan kemakmuran), - Kami adakan beberapa buah bandar Yang jelas kelihatan (kepada orang-orang Yang melalui jalan itu), dan Kami tentukan jarak perjalanan di antaranya (sekadar Yang dapat dijadikan tempat-tempat persinggahan), (serta dikatakan kepada mereka): " berjalanlah kamu di bandar-bandar itu pada bila-bila masa Yang kamu suka, malam dan siang, Dalam keadaan Yang aman. (maka kamakmuran dan kemudahan itu menjadikan mereka sombong dan kufur) lalu berkata: "Wahai Tuhan kami, jauhkanlah jarak perjalanan Kami (di antara sebuah bandar Dengan Yang lain)", dan mereka berlaku zalim kepada diri mereka sendiri; lalu Kami jadikan (kisah perbuatan derhaka) mereka: buah mulut orang ramai, serta Kami pecah belahkan mereka berkecai-kecai. Sesungguhnya kisah mereka Yang tersebut mengandungi tanda-tanda (yang besar pengajarannya bagi tiap-tiap seorang (mukmin) Yang sentiasa bersikap sabar, lagi sentiasa bersyukur “.

Itulah kisah yang diceritakan oleh al-Quran mengenai kaum yang ingkar terhadap nikmat keimanan yang mana akhirnya mereka mengambil kekufuran yang membinasakan kehidupan mereka didunia dan akhirat. Pengajaran dan iktibar yang perlu kita teliti dan amalkan didalam kehidupan kita, walaupun sesudah beriman kita perlu sentiasa berwaspada dengan ujian yang Allah akan datangkan untuk menguji keimanan kita. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w terhadap nikmat yang selalu manusia lalai terhadapnya :

Maksubnya :” Dua nikmat yang mana manusia selalu lalai terhadapnya ialah kesihatan dan waktu lapang “. ( Diriwayatkan oleh Bukhari, Tirmizi, Ibnu Majah dan Imam Ahmad, berkata Tirmizi hadis ini Hadis Hasan Sahih ).

Rasulullah s.a.w jug berpesan dengan sabdanya :

Maksubnya :” Ingatlah lima perkara sebelum datang lima perkara. Masa muda kamu sebelum datang masa tua, masa sihat kamu sebelum datang sakit, masa kaya kamu sebelum masa miskin, masa lapang kamu sebelum masa sibuk dan kehidupan kamu sebelum kematian “. ( Diriwayatkan oleh al-Hakim, Ibnu Abi Syaibah, al-Baihaqi dan al-Qadhai`. Berkata al-Hakim hadis ini Sahih diatas syarat Bukhari dan Muslim tetapi tidak dikeluarkan keduanya ).

Didalam surah ar-Rahman sebanyak 31 kali Allah taala mengulangi ayat ini :

Maksubnya :” Maka Yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, Yang kamu hendak dustakan (Wahai umat manusia dan jin) “.

Sedangkan semua nikmat itu akan diperhitungkan dihadapan Allah taala kelak, tetapi manusia sentiasa lalai daripada mengingatinya dan sentiasa mengabaikan segala nikmat tersebut. Telah jelas motivasi Rasulullah s.a.w kepada umatnya dengan satu wasiat yang berharga untuk menjadi pedoman kehidupan didunia dan akhirat. Janganlah biarkan diri kita menjadi binasa disebabkan kenikmatan yang kita perolehi sebagaimana yang dilakukan oleh kaum-kaum terdahulu sedangkan janjai Allah taala terhadap orang yang beriman adalah sangat luas sebagaimana didalam firmanNya :

Maksubnya :” Dan (Tuhan berfirman lagi): sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) Yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi ”. ( al-A`raf ayat 96 ).

Tetapi sebagai kesimpulannya, Allah taala berfirman didalam surah al-An`am ayat 44:

Kemudian apabila mereka melupakan apa Yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu Segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria Dengan Segala nikmat Yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana Yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan) “.


13 Disember 2008 bersamaan 15 Zulhijjah 1429H

Aurat dan Kejahilan

Pendedahan Aurat dan Kejahilan Wanita Nama Islam Kini

Berikut ialah situasi kejahilan wanita Islam mempamirkan tubuh badan mereka secara percuma kepada lelaki yang boleh mengawininya dan kepada pandangan orang bukan Islam.

Situasi Kejahilan 1:

Seorang wanita yang nama Islam bekerja di kedai atau pusat jualan pakaian wanita. Ia bekerja sebagai jurujual. Pusat menjual pakaian ini banyak menjual pakaian baju kurung,jubah dan berbagai jenis fesyen yang sesuai untuk dipakai oleh wanita Islam. Pemiliknya adalah orang berbagsa Cina beragama Budha. Apa yang menarik gadis yang berbangsa Cina di kaunter memakai baju kurung tanpa tudung. Malangnya anak Melayu nama Islam berpakaian seksi berseluar ketat, baju Tshirt lengan pendek,singkat bila duduk nampak kulit belakang. Mengapa generasi wanita hari ini jahil agamanya sendiri.Apakah ibu bapa atau suaminya juga jahil syariat Islam. Bekerja ditempat jual pakaian pun tidak mampu berpakaian ikut syariat Islam. Kita boleh lihat sendiri semasa membeli belah dimusim hampir hari raya.

Situasi Kejahilan 2:

Kedai menjual kitab dan buku agama ada di mana-mana. Namun kita juga amat terkejut jika terdapat pekerja wanitanya berpakaian seluar jean ketat dan sendat. Jual kitab tetapi tidak ambil tahu apa yang ada dalam kitab. Kitab khusus bab aurat wanita ada berbagai judul tetapi tidak diambil peduli. Yang penting cukup bulan dapat gaji. Jual kitab agama pun tidak dapat hidayah.

Situasi Kejahilan 3:

Bila hampir menjelang Hari Raya Aidil Fitri, pusat jualan pakaian menjadi tumpuan orang ramai terutama golongan wanita. Ramai wanita yang datang dengan berpakaian seksi, berselur jean ketat, Tshirt- Trend Fesyen Barat Kristian memilih fesyen baju kurung untuk pakai hari raya. Sudah jadi trend bila hari raya hendak ikut ajaran Islam. Lepas raya dedah aurat pula. Mengapa wanita kini jahil sangat ajaran Islam.

Situasi Kejahilan 4:

Seorang ibu dengan berpakaian sopan menutup aurat. Ayah memakai ketayap putih di kepala. Namun anak dara yang bersamanya berpakaian trend wanita barat, tidak menutup aurat. Mengapa ibu bapa yang berketayap putih tidak mampu mendidik anak perempuannya mematuhi syariat Allah. . Mengapa ribuan bapa yang memenuhi majid setiap solat Jumaat tidak ada kesedaran agama. Apakah mereka beragama sebagai adat sahaja. Inilah situasi yang amat menyedihkan dan bakal meninggal generasi yang akan berpakain baju dalam dan seluar dalam dimasa akan datang.

Memadai 4 situasi ini untuk kita fikir bersama. Belum lagi situasi drama dan filem orang Melayu yang pengarahnya mengelirukan Islam dalam berpakaian.

Thursday, December 11, 2008

BEAUTIFUL PRAYER

I asked God to take away my habit.
God said, No.
It is not for me to take away, but for you to give it up.

I asked God to make my handicapped child whole.
God said, No.
His spirit is whole, his body is only temporary

I asked God to grant me patience.
God said, No.
Patience is a byproduct of tribulations;
it isn't granted, it is learned.

I asked God to give me happiness.
God said, No.
I give you blessings; Happiness is up to you.

I asked God to spare me pain.
God said, No.
Suffering draws you apart from worldly cares
and brings you closer to me.

I asked God to make my spirit grow.
God said, No.
You must grow on your own! ,
but I will prune you to make you fruitful.

I asked God for all things that I might enjoy life.
God said, No.
I will give you life, so that you may enjoy all things.

I ask God to help me LOVE others, as much as He loves me.
God said...Ahhhh, finally you have the idea.

If you love God, send this to ten people and
back to the person that sent it.

THIS DAY IS YOURS DON'T THROW IT AWAY

May God Bless You,
"To the world you might be one person, but to one
person you just might be the world"



"Our Job is not to see through one another but rather is to see one another through.."

Wednesday, December 10, 2008

Mutiara Al-Quran

Mutiara Al-Quran

( Dipetik daripada al-Quran surah al-Furqan ayat 63-77 )

63. Dan hamba-hamba tuhan Yang Maha Penyayang itu ialah orang-orang yang berjalan diatas muka bumi dengan perasaan rendah hati ( tidak sombong ) dan apa bila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan dengan perkataan yang baik.

64. Dan mereka mereka yang melalui malam harinya dengan bersujud dan berdiri untuk tuhannya.

65. Dan juga mereka Yang berdoa Dengan berkata: Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab neraka jahannam dari kami, Sesungguhnya azab seksaNya itu adalah kebinasaan yang kekal.

66. Sesungguhnya Neraka Jahannam itu tempat berteduh dan tempat tinggal Yang amat buruk".

67. Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) Yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu.

68. Dan juga mereka Yang tidak menyembah sesuatu Yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa Yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali Dengan jalan Yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan Yang demikian, akan mendapat balasan dosanya.

69. Akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat, dan ia pula akan kekal di Dalam azab itu Dengan menerima kehinaan.

70. Kecuali orang Yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal Yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka Dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

71. Dan sesiapa Yang bertaubat serta beramal soleh, maka Sesungguhnya (dengan itu) ia bertaubat kepada Tuhannya Dengan sebenar-benar taubat.

72. Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) Yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara Yang dilarang, dan apabila mereka bertembung Dengan sesuatu Yang sia-sia, mereka melaluinya Dengan cara membersihkan diri daripadanya.

73. Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) Yang apabila diberi peringatan Dengan ayat-ayat keterangan Tuhan mereka, tidaklah mereka tunduk mendengarnya sebagaimana orang-orang Yang pekak dan buta.

74. Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) Yang berdoa Dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah Kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara Yang menyukakan hati melihatnya, dan Jadikanlah bagi Kami seorang pemimpin yang bertaqwa “.

75. Mereka itu semuanya akan dibalas Dengan mendapat tempat Yang tinggi di syurga disebabkan kesabaran mereka, dan mereka pula akan menerima penghormatan dan ucapan Selamat di dalamnya,

76. Mereka kekal di Dalam syurga itu; amatlah eloknya syurga menjadi tempat penetapan dan tempat tinggal.

77. Katakanlah (Wahai Muhammad kepada golongan Yang ingkar): "Tuhanku tidak akan menghargai kamu kalau tidak adanya doa Ibadat kamu kepadanya; (apabila kamu telah mengetahui Bahawa Tuhanku telah menetapkan tidak menghargai seseorang pun melainkan kerana doa ibadatnya) maka Sesungguhnya kamu telahpun menyalahi (Ketetapan Tuhanku itu); Dengan Yang demikian, sudah tentu balasan azab (disebabkan kamu menyalahi itu) akan menimpa kamu".

Sunday, November 30, 2008

Rintangan Dlm Perjuangan 5

RINTANGAN PERJUANGAN DALAM KEHIDUPAN PENDAKWAH

Oleh :

Ustaz Fathi Yakan

1.3- Bagaimana kita menghadapi pendengki :

Adapun sikap yang perlu diambil oleh para Da’ie Muslim apabila berhadapan dengan orang yang menaruh perasaan hasad dengki ialah sentiasa bersabar menunaikan solat, berlindung diri dengan Allah Subhanahu Wata’ala dari kejahatan orang lain dan bencana prasangka dan hasad-dengki mereka.

Hendaklah ia menguasai dirinya dari sifat amarah atau membalas dengan berbagai helah dan tipu daya dengan tidak mengikut cara dan akhlak sebagai seorang Mukmin. Kalaulah para Da’ie Muslim rela menurut jejak langkah perbuatan mereka yang buruk itu, nescaya ia akan setanding pula dengan mereka. Dengan demikian jatuhlah nilai akhlak dan agamanya, di samping tercemarlah pula ciri-ciri yang membezakannya, dengan orang-orang jahat. Yang lebih utama dan elok dilakukan umpamanya, ialah menyumbangkan apa-apa yang baik yang dapat disumbangkan kepada masyarakat. Segala penanggungan dan penderitaan serahkanlah sahaja kepada Allah Subhanahu Wata’ala Yang Maha Mengetahui. Tidak ada yang luput dan pengetahuanNya baik di langit maupun di bumi. Allah Subhanahu Wata’ala tidak pernah alpa terhadap perbuatan golongan yang zalim.

Para Pendakwah Islam hendaklah berbeza dari makhluk Allah Subhanahu Wata’ala yang lain dengan ciri akhlak yang baik. Sesungguhnya akhlak yang baik ialah buah dan risalah yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Ini bersesuaian dengan apa yang sabda baginda:

إنما بعثت لأتمم مكارم الأخلاق

Maksubnya :” Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlat yang mulia “. ( Diriwayatkan oleh imam Ahmad no.8595 dan di Sahihkan al-Albani dalam sallasilah sahihah no. 45 )

Anas bin Malik meriwayatkan bahawa pada suatu ketika kami duduk bersama Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam, tiba-tiba beliau bersabda:

Sekarang akan muncul seorang lelaki ahli syurga menjenguk kalian.” Tiba-tiba muncullah seorang lelaki Ansar. Pada esok harinya dalam kesempatan yang sama. Rasulullah s.a.w pun berkata seperti itu juga, lantas muncullah orang lelaki yang sama seperti semalam. Pada hari ketiga, Nabi pun berkata demikian juga, lalu muncul lelaki hari pertama tersebut juga. Apabila Rasulullah s.a.w beredar, ‘Abdullah Amar pun mengekori lelaki tersebut. Beliau mengatakan kepadanya: “Saya telah bergaduh dengan bapa saya dan saya bersumpah tidak mahu bersamanya selama tiga hari. Kalau saudara sudi menumpangkan diri saya dalam tempoh itu nescaya saya akan turut saudara pulang.” “Baiklah, saya sudi, “jawab lelaki itu. Anas r.a meriwayatkan bahawa Abdullah menceritakan yang beliau tinggal bersama lelaki tersebut selama tiga malam tetapi tidak pernah melihatnya bangun sembahyang malam.

Cuma apa yang diihatnya ialah apabila lelaki tersebut bertukar kedudukan di tempat tidurnya, ia sentiasa menyebut nama Allah taala dan bertakbir, sehinggalah akhirnya ia bangun menunaikan Solat Fajar. Abdullah menambah: “Aku tidak pernah mendengar lelaki tersebut berkata kecuali dengan perkataan yang baik sahaja.” “Apabila berselang tiga malam maka aku pun hampir-hampir meremehkan amalannya, kata Abdullah. Selepas itu aku pun berkata kepadanya: “Wahai hamba Allah, sebenarnya antara aku dan bapaku tidak ada apa-apa sengketa dan pergaduhan. Cuma aku telah mendengar Rasulullah s.a.w menyebut perihal dirimu sebanyak tiga kali. Beiau berkata: “Sekarang tampil menjengol seorang ahli syurga “. Tiap-tiap kali orang yang muncul itu ialah saudara. Lantaran itulah saya ingin menumpang di rumah saudara untuk melihat apakah amalan saudara supaya dapat saya contohi. Tapi saya tidak nampak saudara melakukan apa-apa amal yang besar” “Apakah yang menyebabkan saudara mencapai martabat seperti yang diungkapkan oleh Rasulullah s.a.w itu. Jawab lelaki itu: “Tidak ada apa-apa yang saya lakukan selain dari apa yang telah saudara lihat. Kata Abdullah, “Ketika saya berpaling dan beredar lelaki tersebut memanggil saya dan berkata lagi: “Tidak ada apa-apa yang saya lakukan, kecuali, apa yang telah saudara lihat. Cuma saya tidak pernah menyimpan dalam hati saya hasrat menipu orang lslam yang lain atau rasa dengki terhadap sesiapa, lantaran inilah yang telah meningkatkan martabat saya.” ( Diriwayatkan oleh imam Ahmad dengan syarat Bukhari dan Muslim ).

Seorang Da’ie memang amat memerlukan kepada hati yang sihat. Akan tetapi ia hendaklah sentiasa bersikap waspada. Ia memerlukan akhlak yang lurus dengan kesedaran. Ia harus kuat dan tidak dapat ditawan oleh sifat marah sehingga kecundang; melakukan perbuatan yang lumrah dilakukan oleh para juhala’ dan orang yang rendah peribadinya. Ia hendaklah yakin bahawa Allah taala yang Maha Mengetahui segala rahsia akan menguruskan segala-galanya.

Sebagaimana firmanNYA didalam surah al-Mujadilah ayat 7 :

Tidakkah Engkau memikirkan, Bahawa Sesungguhnya Allah mengetahui Segala Yang ada di langit dan Yang ada di bumi? tiada berlaku bisikan antara tiga orang melainkan Dia lah Yang keempatnya, dan tiada (berlaku antara) lima orang melainkan Dia lah Yang keenamnya, dan tiada Yang kurang dari bilangan itu dan tiada Yang lebih ramai, melainkan ia ada bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada. kemudian ia akan memberi tahu kepada mereka - pada hari kiamat - apa Yang mereka telah kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu “.

Begitulah Allah taala sangat mengetahui setiap apa yang terdapat didalam hati seseorang hambanya.

Ringkasan oleh :

Ibnu Mohamad