Thursday, January 21, 2010

Fadhilat Azan Dan Muazin

Fadhilat azan dan muazin
Fadhilat azan dan muazin adalah amat banyak, dan sudah memadai kepada kita untuk menyatakan fadhilatnya atau kelebihan azan itu ialah hukum azan yang telah menjadi khilaf dikalangan ulama` samada sunat muakad atau fardhu kifayah.
Ini adalah kerana azan bukanlah hanya untuk menandakan masuk waktu sembahyang sahaja, bahkan merupakan satu syiar daripada syiar-syiar Islam. Kita dapat membezakan antara negara Islam dan negara kafir adalah dengan azan. Azan juga menyeru kepada membangkitkan kembali semangat perjuangan Islam sebagaimana ia menyeru kepada perpaduan dikalangan kaum muslimin dengan solat berjumaah di Masjid. Lafaz-lafaz azan yang terdiri daripada takbir, kalimah syahadah, seruan kepada sembanyang dan seruan kepada kejayaan juga menunjukkan betapa besarnya fadhilat dan kelebihan azan.
Antara ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis yang menunjukkan fadhilat azan ialah :
1- firman Allah Taala :
ô`tBur ß`|¡ômr& Zwöqs% `£JÏiB !%tæyŠ n<Î) «!$# Ÿ@ÏJtãur $[sÎ=»|¹ tA$s%ur ÓÍ_¯RÎ) z`ÏB tûüÏJÎ=ó¡ßJø9$#
Ertinya : “dan tidak ada Yang lebih baik perkataannya daripada orang Yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal Yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya Aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!"

Saidatina Aisyah r.a katanya dalam mentafsirkan ayat diatas :  ومن أحسن قولا ممن دعا إلى الله berkatanya : orang itu ialah muazin dan وعمل صالحا  ialah sembahyang sunat qabliah dua rakaat antara azan dan iqamah dan pada satu riwayat yang lain Aisyah r.a berkata :”aku tidak fikir ayat itu turun melainkan kepada muazin.
2- firman Allah Taala :
#sŒÎ)ur öNçG÷ƒyŠ$tR n<Î) Ío4qn=¢Á9$# $ydräsƒªB$# #Yrâèd $Y6Ïès9ur 4 šÏ9ºsŒ óOßg¯Rr'Î/ ÓQöqs% žw tbqè=É)÷ètƒ
Ertinya :” dan apabila kamu menyeru (azan) untuk mengerjakan sembahyang, mereka menjadikan sembahyang itu sebagai ejek-ejekan dan permainan. Yang demikian itu ialah kerana mereka suatu kaum Yang tidak berakal”.
Dalam ayat ini Allah Taala menyatakan bahawa orang-orang kafir yang mengejek-ejek azan itu adalah orang-orang yang bodoh yang tidak pandai mengunakan akal fikiran. Ini adalah kerana mereka tidak mengetahui dan tidak mengerti betapa besarnya fadhilat dan kelebihan azan itu.

3- hadis abu hurairah r.a :
أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : إذا نودي للصلاة أدبر الشيطان وله ضراط حتى لا يسمع التأذين. فإذا قضي النداء أفبل حتى إذا ثوب بالصلاة أدبر حتى إذا ثوب بالصلاة أدبر حتى إذا قضي التثويب أقبل حتى يخطر بين المرء ونفسه. يقول اذكر كذا اذكر كذا لما لم يكن يذكر حتى يظل الرجل لا يدري كم صلي
Ertinya :rasulullah s.a.w bersabda : apabila diazankan untuk memanggil kepada sembahyang, syaiton akan lari ( ketakutan ) sehinggalah dia tidak mendengar azan dan apabila selesai azan, syaiton akan kembali semula dan apabila iqamah dia akan lari semula sehingga selesai iqamah, ia akan kembali semula untuk menghasut seseorang ( yang sedang sembahyang . ia berkata ingatlah itu, ingatlah ini bagi perkara yang orang itu tidak ingat sebelumnya, sehingga seseorang itu tidak mengetahui berapa rakaat dia sembahyang.
4- daripada Abdullah bin Abdul Rahman bin Abi sokso`ah :
أن أبا سعيد الخدري قال له : إني أراك تحب الغنم والبادية, فإذا كنت فى غنمك أو باديتك فأذنت للصلاة, فارفع صوتك بالنداء, فإنه لا يسمع مدى صوت المؤذن جن ولا إنس ولا شئ إلا شهد له يوم القيامة. قال أبو سعيد : سميعته من رسول الله صلى الله عليه وسلم.
Ertinya : bahawasanya Abu said Al-Khudri r.a berkata kepadanya :sesungguhnya aku melihat kamu sukakan kambing dan pedalaman ( tempat gembala ), maka jika kamu berada bersama kambingmu dan tempat gembala maka azanlah kamu untuk sembahyang dan angkatlah seruanmu dengan azan, maka sesungguhnya tidaklah mendengar seruan azan oleh jin dan tidak juga manusia dan tidak suatu pun melainkan menjadi saksi di hari qiamat. Berkata Abu Said : aku mendengar daripada Rasulullah s.a.w.
Dan dalam riwayat Ibnu Majah ditambah :
ولا حجر ولا شجر إلا شهد له
Ertinya : dan tidak juga batu-bata, dan tidak juga pokok-pokok kecuali menjadi saksi baginya ( azan itu ).dan dalam riwayat Ibnu Khuzimah ditambah ( مدر )  ertinya : tanah.
5- berkata saidina Muawiyah r.a : aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda  :
المؤذنون أطول الناس أعناقا يوم القيامة
Ertinya : para muazin adalah orang yang paling panjang lehirnya dihari qiamat.
Dan berkata Iman Nawawi : telah khilaf para ulama` samada ulama` salaf dan khalaf pada makna ( أطول الناس أعناقا) yang bererti orang yang panjang lehirnya. Maka ada satu pendapat : maknanya ialah orang yang paling banyak melihat akan rahmat Allah Taala, kerana orang yang menjengguk lehirnya kepada apa yang dilihatnya.

6- daripada Abu Hurairah r.a katanya : Rasulullah s.a.w bersabda :
لو يعلم الناس ما فى النداء والصف الأول ثم يجدوا إلا أن يستهموا عليه لا ستهموا, ولو يعلمون ما فى التهجير لا ستبقوا إليه, ولو يعلمون ما فى العتمة والصبح لأتوهما ولو حبوا
Maksubnya :”kalaulah manusia mengetahui apa yang ada pada azan dan soff yang pertama ( dari segi fadhilat dan kebaikan ) dan kemudian mereka tidak dapat ( azan dan soff pertama ) melainkan terpaksa mengundi, nescaya mereka akan mengundi, dan jikalau mereka mengetahui apa yang ada pada “التهجير” iaitu keluar untuk menunaikan solat zohor pada awal waktu nescaya mereka akan berlumba-lumba kepadanya, dan jikalau mereka mengetahui apa yang ada pada ( berjamaah )  solat isya` dan subuh nescaya mereka akan datang walaupun dalam keadaan merangkak”.(riwayat Bukhari dan Muslim )
            Peristiwa menjatuhkan undi untuk azan pernah berlaku sesama orang islam membuka Qadisiah iaitu suatu tempat di Negara Iraq. Peperangan telah berlaku antara kaum muslimin dengan tentera parsi ditempat itu. Peristiwa itu berlaku pada zaman pemerintahan Umar r.a pada tahun ke 10 Hijrah. Dan adalah ketua kaum muslimin pula ialah Saad bin Abi Wakaf dan beliau beliau yang mencabut undi kepada mereka.
7- daripada Jabir r.a katanya, aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda :
إن الشيطان إذا سمع النداء بالصلاة ذهب حتى يكون مكان الروحاء. قال الرواى ( الروحاء ) من المدينة على ستة وثلاثين ميلا
Maksubnya :”sesungguhnya syaiton jika mendengar azan ia akan lari sehingga kesuatu tempat “الروحاء  dan berkata perawi hadis : الروحاء itu 36 batu daripada madinah”. ( riwayat Muslim )

8- daripada Abi Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda :
الشيطان إذا سمع النداء بالصلاة أحال له ضراط حتى لا يسمع صوته فإذا سكت رجع فوسوس فإذا سمع الإقامة ذهب حتى لا يسمع صوته فإذا سكت رجع فوسوس.
Ertinya :” sesungguhnya syaitan apabila dia mendengar azan, ia akan lari jauh dan ada baginya ketentuan sehingga dia tidak mendengar lagi azan itu, apabila selesai azan, maka dia akan kembali dan mewas-waskan ( manusia , dan apabila da mendengari iqamah, dia akan lari sehingga dia tidak mendengar iqamah, dan apabila selesai iqamah, dia akan kembali untuk mewas-waskan ( manusia ),(riwayat iman Muslim )
9- daripa Ibnu Umar r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
يغفر للمؤذن منتهى أذانه ويستغفر له كل رطب ويابس سمعه
Ertinya :”diampunkan bagi muazin sehingga tempatnya yang terhujung (tempat sampai suara)  azannya dan beristgfar baginya segala yang basah dan yang kering yang mendengar azannya. (riwayat iman ahmad dengan sanad sahih an tabrani dan di sahihkan Al-Abani ).
10- daripada abu Umamah r.a katanya :bersaba Rasulullah s.a.w :
المؤذن يغفر له مد صوته, وأجره مثل  أجر من صلى معه
Ertinya :”diampunkan bagi muazin sepanjang sampai suaranya dan baginya pahala seperti pahala orang yang bersembahyang bersamanya. ( riwayat at-tabrani dan di sahihkan al-Abani ).
11- daripada abu hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w  bersabda :
الإمام ضامن والمؤذن مؤتمن اللهم أرشد الأئمة واغفر للمؤذنين
Ertinya :” iman adalah orang yang menjamin ( sembahyang makmum )dan muazin pula orang yang diamanahkan ( dalam menanti masuk waktu ), wahai tuhan kami berikanlah petunjuk kepada para iman dan ampunkanlah bagi para muazin.(riwayat abu daud, tarmizi dan di sahihkan Al-Abani ).
12- dalam satu riwayat daripada Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban :
فأرشد الله الأئمة وغفر مؤذن
Ertinya :” maka Allah member petunjuk kepada para iman dan mengampunkan muazin. ( riwayat Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam sahihnya )
13- daripada Al-Bara bin A`ziba r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
إن الله وملائكة يصلون على الصف المقدم والمؤذن يغفر له مدى صوته ويصدقه من سمعه من رطب ويابس وله أجر من صلى معه
Ertinya :” sesungguhnya Allah ( member rahmat ) dan para malaikatnya ( beristigfar memohon keampunan ) keatas soff yang pertama dan diampunkan bagi muazin sejauh mana kedengaran suara azannya dan membenarkannya setiap benda yang mendengarnya samada yang basah dan yang kering dan baginya pahala orang-orang yang bersembahyang bersamanya. ( riwayat Iman Ahmad, An-Nasai` dengan sanad hasan Jayyid dan disahihkan oleh Al-Abani ).
14- daripada Ibnu Umar r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
من أذن اثنتي عشرة سنة وجببت له جنة وكتب له بتأذينه فى كل يوم ستون حسنة وبكل إقامة ثلاثون حسنة
Ertinya :”sesiapa azan selama 12 tahun maka wajib baginya syurga, dan ditulis baginya dari sebab azannya pada setiap hari 60 kebajikan dan setiap iqamah 30 kebajikan. ( riwayat Ibnu Majah, Daruqutni,dan Hakim dan katanya sahih atas syarat Bukhari dan sahih Al-Abani ).
15- Daripada Ukbah bin A`mir r.a katanya : aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda :
يعجب ربك من راعي غنم فى رأس شيظة الجبل, يؤذن بالصلاة ويصلي فيقول الله عز وجل : انظروا إلى عبدي هذا يؤذن ويقيم الصلاة يخاف مني قد غفرت لعبدي وأدخلته الجنة
Ertinya :”Tuhan ( Allah ) kagum terhadap seseorang pengembala kambing yang berada di kawasan bukit, dia azan untuk sembahyang dan kemudian bersembahyang, maka Allah Azza Wajala berfirman : lihatlah kepada hambaku ini, dia azan dan menunaikan sembahyang kerana takut kepada Aku, sesungguhnya aku telah mengampungkan bagi hambaku ini dan aku akan memasukkannya kedalam syurga”. (riwayat Abu Dawuud dan An-Nasai )
16-  daripada Anas bin Malik r.a katanya :
سمع النبي صلى الله عليه وسلم رجلا وهو فى مسير له يقول :" الله أكبر الله أكبر " فقال نبي الله صلى الله عليه وسلم :" على الفطرة ", فقال :" أشهد أن لا إله إلا الله " قال :" خرج من النار " فاستبق القوم إلى الرجل فإذا راعى غنم حضرته الصلاة فقال يؤذن
Ertinya :” Nabi s.a.w seorang lelaki mengucapkan “ Allahu Akhbar- Allahu Akhbar “ maka sabda baginda :” diatas fitrah “ dan apabila dia mengucapkan “ Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah “, maka sabda baginda “ telah keluar daripada neraka “. Maka berlumba-lumba sahabat ( untuk melihat ) lelaki itu ( yang berada diatas fitrah atau lelaki yang keluar atau terselamat daripada api neraka )maka dia hamyalah seorang pengembala kambing yang apabila datang waktu sembahyang maka ia pun berdiri untuk azan. ( riwayat Ibnu Khuzaimah dalam sahihnya dan begitu juga dalam Muslim ).


17- daripada Sulaiman Al-Farisi r.a katanya : sabda Rasulullah s.a.w :
إذا كان الرجل بأرض فى فحانت الصلاة فليتوضأ فإن لم يجد ماء فليتتمم فإن أقام صلى معه ملكاه وإن أذن وأقام صلى خلفه من جنود الله ما لا يرى طرفاه
Ertinya :” apabila seorang lelaki berada di bumi yang kering kontang ( tiada air dan tumbuhan ) dan hampir waktu sembahyang, maka hendaklah ia berwudu` dan jika tiada air hendaklah dia bertayammum, jika ia iqamah maka sembahyang bersama dia dua orang malaikat dan jika dia azan dan iqamah maka sembahyang di belakangnya tentera-tentera Allah yang tidak dapat dilihat dengan kedua belah matanya. ( riwayat Abdul Razak dalam kitabnya dan di sahihkan oleh Al-Abani ).  
( perhatian ) kesemua hadis-hadis yang diutarakan oleh penulis tadi adalah hadis-hadis yang dikatakan sahih,dan terdapat lagi beberapa hadis dan athar-athar yang menunjukan fadhilat azan, tetepi penulis sengaja tidak memasukkan disini kerana hadis-hadis yang sahih telah pun memadai kepada kita untuk menyatakan fadhilat azan dan iqamah. Hadis-hadis yang dha`if boleh digunakan untuk menunjukan fadhilat-fadhilat amalan-amalan tetapi tidak boleh tetapi tidak boleh menjadikan hadis dha`if sebagai hujah untuk memperkasakan sesuatu amalan.

LAFAZ-LAFAZ AZAN
الله أكبر الله أكبر                            الله أكبر الله أكبر
أشهد أن لا إله إلا الله                       أشهد أن لا إله إلا الله
أشهد أن محمد رسول الله                  أشهد أن محمد رسول الله     
حى على الصلاة                            حى على الصلاة
حى على الفلاح                             حى على الفلاح
الله أكبر                                       الله أكبر
لا إله إلا الله

Saturday, January 16, 2010

Imam al-Nasa’i

Nama Beliau


Nama lengkap Imam al-Nasa’i adalah Abu Abd al-Rahman Ahmad bin Ali bin Syuaib bin Ali bin Sinan bin Bahr al-khurasani al-Qadi. Lahir di daerah Nasa’ pada tahun 215 H. Ada juga sementara ulama yang mengatakan bahwa beliau lahir pada tahun 214 H. Beliau dinisbahkan kepada daerah Nasa’ (al-Nasa’i), daerah yang menjadi saksi bisu kelahiran seorang ahli hadis kaliber dunia. Beliau berhasil menyusun sebuah kitab monumental dalam kajian hadis, yakni al-Mujtaba’ yang pada masa kini masyhur dengan sebutan Sunan al-Nasa’i.

Pengembaraan intelektual



Pada awalnya, beliau membesar dan berkembang di daerah Nasa’. Beliau berhasil menghafal al-Qur’an di Madrasah yang ada di desa kelahirannya. Beliau juga banyak belajar berbagai disiplin ilmu keagamaan dari para ulama di daerahnya. Zaman remaja, seiring dengan peningkatan kekuatan intelektualnya, beliaupun mulai gemar melakukan lawatan ilmiah ke berbagai penjuru dunia. Apalagi kalau bukan untuk guna memburu ilmu-ilmu keagamaan, terutama disiplin hadis dan ilmu Hadis.


Belum genap usia 15 tahun, beliau sudah melakukan mengembar ke berbagai wilayah Islam, seperti Mesir, Hijaz, Iraq, Syam, Khurasan, dan lain sebagainya. Sebenarnya, lawatan intelektual yang demikian, bahkan dilakukan pada usia dini, bukan merupakan hal yang aneh dikalangan para Imam Hadis. Semua imam hadis, terutama enam imam hadis, yang biografinya banyak kita ketahui, sudah gemar melakukan perlawatan ilmiah ke berbagai wilayah Islam semenjak usia dini. Dan itu merupakan ciri khas ulama-ulama hadis, termasuk Imam al-Nasa’i.


Kemampuan intelektual Imam al-Nasa’i menjadi kian matang dan berisi dalam masa pengembaraannya. Namun demikian, awal proses pembelajarannya di daerah Nasa’ tidak boleh di pinggirkankan begitu saja, kerana di daerah inilah, beliau mengalami proses pembentukan intelektual, sementara masa pengembaraannya dinilai sebagai proses pematangan dan perluasan pengetahuan.

Guru dan murid



Seperti para pendahulunya: Imam al-Bukhari, Imam Muslim, Imam Abu Dawud, dan Imam al-Tirmidzi, Imam al-Nasa’i juga tercatat mempunyai banyak pengajar dan murid. Para guru beliau yang nama harumnya tercatat oleh pena sejarah antara lain; Qutaibah bin Sa’id, Ishaq bin Ibrahim, Ishaq bin Rahawaih, al-Harits bin Miskin, Ali bin Kasyram, Imam Abu Dawud (penyusun Sunan Abi Dawud), serta Imam Abu Isa al-Tirmidzi (penyusun al-Jami’/Sunan al-Tirmidzi).


Sementara murid-murid yang setia mendengarkan fatwa-fatwa dan ceramah-ceramah beliau, antara lain; Abu al-Qasim al-Thabarani (pengarang tiga buku kitab Mu’jam), Abu Ja’far al-Thahawi, al-Hasan bin al-Khadir al-Suyuti, Muhammad bin Muawiyah bin al-Ahmar al-Andalusi, Abu Nashr al-Dalaby, dan Abu Bakrbin Ahmad al-Sunni. Nama yang disebut terakhir, disamping sebagai murid juga tercatat sebagai “penyambung lidah” Imam al-Nasa’i dalam meriwayatkan kitab Sunan al-Nasa’i.


Sudah diketahui dikalangan peminat kajian hadis dan ilmu hadis, para imam hadis merupakan sosok yang memiliki ketekunan dan keuletan yang patut diteladani. Dalam masa ketekunannya inilah, para imam hadis kerap kali menghasilkan karya tulis yang tak terhingga nilainya.


Tidak ketinggalan pula Imam al-Nasa’i. Karangan-karangan beliau yang sampai kepada kita dan telah diabadikan oleh pena sejarah antara lain; al-Sunan al-Kubra, al-Sunan al-Sughra (kitab ini merupakan bentuk perampingan dari kitab al-Sunan al-Kubra), al-Khashais, Fadhail al-Shahabah, dan al-Manasik. Menurut sebuah keterangan yang diberikan oleh Imam Ibn al-Atsir al-Jazairi dalam kitabnya Jami al-Ushul, kitab ini disusun berdasarkan pandangan-pandangan fiqh mazhab Syafi’i.

Kitab al-Mujtaba



Sekarang, karangan Imam al-Nasa’i paling monumental adalah Sunan al-Nasa’i. Sebenarnya, bila ditelusuri secara seksama, terlihat bahawa penamaan karya monumental beliau sehingga menjadi Sunan al-Nasa’i sebagaimana yang kita kenal sekarang, melalui proses panjang, dari al-Sunan al-Kubra, al-Sunan al-Sughra, al-Mujtaba, dan terakhir terkenal dengan sebutan Sunan al-Nasa’i.


Untuk pertama kali, sebelum disebut dengan Sunan al-Nasa’i, kitab ini dikenal dengan al-Sunan al-Kubra. Setelah selesai menulis kitab ini, beliau kemudian menghadiahkan kitab ini kepada Amir Ramlah (Walikota Ramlah) sebagai tanda penghormatan. Amir kemudian bertanya kepada al-Nasa’i, “Apakah kitab ini seluruhnya berisi hadis shahih?” Beliau menjawab dengan kejujuran, “Ada yang shahih, hasan, dan adapula yang hampir serupa dengannya”.


Kemudian Amir berkata kembali, “Kalau demikian halnya, maka pisahkanlah hadis yang shahih-shahih saja”. Atas permintaan Amir ini, beliau kemudian menyeleksi dengan ketat semua hadis yang telah tertuang dalam kitab al-Sunan al-Kubra. Dan akhirnya beliau berhasil melakukan perampingan terhadap al-Sunan al-Kubra, sehingga menjadi al-Sunan al-Sughra. Dari segi penamaan saja, sudah bisa dinilai bahawa kitab yang kedua merupakan bentuk perampingan dari kitab yang pertama.


Imam al-Nasa’i sangat teliti dalam menyeleksi hadis-hadis yang termuat dalam kitab pertama. Oleh karenanya, banyak ulama berkomentar “Kedudukan kitab al-Sunan al-Sughra dibawah darjat Shahih al-Bukhari dan Shahih Muslim. Di dua kitab terakhir, sedikit sekali hadis dhaif yang terdapat di dalamnya”. Nah, kerana hadis-hadis yang termuat di dalam kitab kedua (al-Sunan al-Sughra) merupakan hadis-hadis pilihan yang telah ditapis dengan teliti, maka kitab ini juga dinamakan al-Mujtaba. Pengertian al-Mujtaba bersinonim dengan al-Maukhtar (yang terpilih), kerana memang kitab ini berisi hadis-hadis pilihan, hadis-hadis hasil terpilih dari kitab al-Sunan al-Kubra.


Disamping al-Mujtaba, dalam salah satu riwayat, kitab ini juga dinamakan dengan al-Mujtana. Pada masanya, kitab ini terkenal dengan sebutan al-Mujtaba, sehingga nama al-Sunan al-Sughra seperti tenggelam ditelan keharuman nama al-Mujtaba. Dari al-Mujtaba inilah kemudian kitab ini dikenali dengan sebutan Sunan al-Nasa’i, sebagaimana kita kenal sekarang. Dan nampaknya untuk selanjutnya, kitab ini tidak akan mengalami perubahan nama seperti yang terjadi sebelumnya.

Kritikan Ibn al-Jauzy



Kita perlu menilai jawaban Imam al-Nasa’i terhadap pertanyaan Amir Ramlah secara kritis, dimana beliau mengatakan dengan sejujurnya bahwa hadis-hadis yang terdapat dalam kitabnya tidak semuanya shahih, tapi ada pula yang hasan, dan ada pula yang menyerupainya. Beliau tidak mengatakan bahawa didalamnya terdapat hadis dhaif (lemah) atau maudhu (palsu). Ini artinya beliau tidak pernah memasukkan sebuah hadis pun yang dinilai sebagai hadis dhaif atau maudhu’, minimal menurut pandangan beliau.


Apabila setelah hadis-hadis yang ada di dalam kitab pertama dikaji dengan teliti, sesuai permintaan Amir Ramlah supaya beliau hanya menuliskan hadis yang bertaraf shahih semata. Dari sini boleh diambil kesimpulan, apabila hadis hasan saja tidak dimasukkan kedalam kitabnya, hadis yang berkualitas dhaif dan maudhu’ tentu lebih tidak berhak untuk disandingkan dengan hadis-hadis shahih.


Namun demikian, Ibn al-Jauzy pengarang kitab al Maudhuat (hadis-hadis palsu), mengatakan bahawa hadis-hadis yang ada di dalam kitab al-Sunan al-Sughra tidak semuanya berkualitas shahih, namun ada yang maudhu’ (palsu). Ibn al-Jauzy menemukan sepuluh hadis maudhu’ di dalamnya, sehingga memunculkan kritik tajam terhadap kualiti al-Sunan al-Sughra. Seperti yang telah disinggung dimuka, hadis itu semua shahih menurut Imam al-Nasa’i. Adapun orang belakangan menilai hadis tersebut ada yang maudhu’, itu merupakan pandangan peribadi penilai. Dan masing-masing orang mempunyai kaedah-kaedah sendiri dalam menilai kualiti sebuah hadis. Demikian pula kaedah yang ditawarkan Imam al-Nasa’i dalam menilai keshahihan sebuah hadis, nampaknya berbeda dengan kaedah yang diterapkan oleh Ibn al-Jauzy. Sehingga dari sini akan memunculkan pandangan yang berbeda, dan itu sesuatu yang wajar terjadi. Sudut pandang yang berbeda akan menimbulkan kesimpulan yang berbeza pula.


Kritikan pedas Ibn al-Jauzy terhadap kualiti karya monumental Imam al-Nasa’i ini, nampaknya mendapatkan bantahan yang cukup keras pula dari pakar hadis abad ke-9, yakni Imam Jalal al-Din al-Suyuti, dalam Sunan al-Nasa’i, memang terdapat hadis yang shahih, hasan, dan dhaif. Hanya saja jumlahnya relatif sedikit. Imam al-Suyuti tidak sampai menghasilkan kesimpulan bahwa ada hadis maudhu’ yang termuat dalam Sunan al-Nasa’i, sebagaimana kesimpulan yang dimunculkan oleh Imam Ibn al-Jauzy. Adapun pendapat ulama yang mengatakan bahawa hadis yang ada di dalam kitab Sunan al-Nasa’i semuanya bertaraf shahih, ini merupakan pandangan yang menurut Muhammad Abu Syahbah tidak didukung oleh penelitian mendalam dan terperinci. Kecuali maksud pernyataan itu bahawa mejoriti (sebagian besar) isi kitab Sunan al-Nasa’i bertaraf shahih.

Komentar Ulama



Imam al-Nasa’i merupakan seorang yang cermat dan teliti dalam meneliti dan mengkaji para periwayat hadis. Beliau juga telah menetapkan syarat-syarat tertentu dalam proses penyeleksian hadis-hadis yang diterimanya. Abu Ali al-Naisapuri pernah mengatakan, “Orang yang meriwayatkan hadis kepada kami adalah seorang imam hadis yang telah diakui oleh para ulama, ia bernama Abu Abd al Rahman al-Nasa’i.”


Lebih jauh lagi Imam al-Naisapuri mengatakan, “Syarat-syarat yang ditetapkan al-Nasa’i dalam menilai para periwayat hadis lebih ketat dan keras ketimbang syarat-syarat yang digunakan Muslim bin al-Hajjaj.” Ini merupakan komentar subjektif Imam al-Naisapuri terhadap pribadi al-Nasa’i yang berbeza dengan komentar ulama pada umumnya. Ulama pada umumnya lebih mengagungkan ketelitian penilaian Imam Muslim bin al-Hajjaj terhadap al-Nasa’i. Bahkan komentar mejoriti ulama ini pulalah yang meletakan Imam Muslim sebagai pakar hadis kedua selepas al-Bukhari.


Namun demikian, bukan bererti mejoriti ulama merendahkan kredibiliti Imam al-Nasa’i. Imam al-Nasa’i tidak hanya ahli dalam bidang hadis dan ilmu hadis, namun juga dalam bidang feqh. Al-Daruquthni pernah mengatakan, beliau adalah salah seorang Syeikh di Mesir yang paling ahli dalam bidang feqh pada masanya dan paling mengetahui tentang Hadis dan para rawi. Al-Hakim Abu Abdullah berkata, “Pendapat-pendapat Abu Abd al-Rahman mengenai feqh yang diambil dari hadis terlampau banyak untuk dapat kita kemukakan seluruhnya. Siapa yang menelaah dan mengkaji kitab Sunan al-Nasa’i, ia akan terpesona dengan keindahan dan kebagusan kata-katanya.”


Tidak ditemukan riwayat yang jelas tentang pandangan fiqh beliau, kecuali komentar singkat Imam Madzhab Syafi’i. Pandangan Ibn al-Atsir ini dapat diketahui dan difahami, kerana memang Imam al-Nasa’i lama menetap di Mesir, bahkan merasa seronok tinggal di sana. Beliau baru berhijrah dari Mesir ke Damsyik setahun menjelang kewafatannya.

Kerana Imam al-Nasa’i cukup lama tinggal di Mesir, sementara Imam al-Syafi’i juga lama menyebarkan pandangan-pandangan feqhnya di Mesir (setelah kepindahannya dari Bagdad), maka walaupun antara keduanya tidak pernah bertemu, karena al-Nasa’i baru lahir sebelas tahun setelah kewafatan Imam al-Syafi’i, tidak menutup kemungkinan banyak pandangan-pandangan fiqh Madzhab Syafi’i yang beliau ambil melalui murid-murid Imam al-Syafi’i yang tinggal di Mesir. Pandangan fiqh Imam al-Syafi’i lebih tersebar di Mesir berbanding di Baghdad. Hal ini lebih membuka peluang bagi Imam al-Nasa’i untuk mengambil pandangan feqh Syafi’i. Dan ini akan menguatkan pandangan Ibn al-Atsir tentang analisa mazhab feqh al-Nasa’i.



Pandangan Syafi’i di Mesir ini kemudian dikenal dengan qaul jadid (pandangan baru). Dan ini seandainya dugaan Ibn al-Atsir benar, mengindikasikan bahawa pandangan fiqh Syafi’i dan al-Nasa’i lebih di dominasi pandangan baru (Qaul Jadid, Mesir) berbanding pandangan klasik (Qaul Qadim, Baghdad).


Namun demikian, tidak menutup kemungkinan bahawa Imam al-Nasa’i merupakan seorang yang berpandangan terbuka, tidak memihak salah satu pandangan mazhab feqh mana pun, termasuk pandangan Imam al-Syafi’i. Hal ini seringkali terjadi pada imam-imam hadis sebelum al-Nasa’i, yang hanya berpegan pada mazhab hadis. Dan kecederungan pandangan ini merupakan ciri khas imam-imam hadis. Oleh kerana itu, untuk mengetahui pandangan Imam al-Nasa’i telah terpengaruh oleh pandangan orang lain, kita perlu meneliti sumber sejarah yang tepat, bukannya hanya berdasarkan sangkaan semata-mata.

Akhir Usia



Setahun menjelang matiannya, beliau pindah dari Mesir ke Damsyik. Dan nampaknyatidak ada khusus ulama tentang tempat meninggal beliau. Al-Daruqutni mengatakan, beliau di Makkah dan dikebumikan diantara Shafa dan Marwah. Pendapat yang sama dikemukakan oleh Abdullah bin Mandah dari Hamzah al-’Uqbi al-Mishri.


Sementara ulama yang lain, seperti Imam al-Dzahabi, menolak pendapat tersebut. Ia mengatakan, Imam al-Nasa’i meninggal di Ramlah, suatu daerah di Palestina. Pendapat ini didukung oleh Ibn Yunus, Abu Ja’far al-Thahawi (murid al-Nasa’i) dan Abu Bakar al-Naqatah. Menurut pandangan terakhir ini, Imam al-Nasa’i meninggal pada tahun 303 H dan dikebumikan di Bait al-Maqdis, Palestina. Inna lillah wa Inna Ilai Rajiun. Semoga susah payahnya dalam membawa wasiat Rasullullah dengan mengumpulkan hadis mendapatkan balasan yang setimpal di sisi Allah. Amiiin.

Friday, January 15, 2010

Kitinggian Ad-Dai`e

KETINGGIAN AD-DAI'

 Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh, dan berkata: "Sesungguhnya Aku termasuk orang-orang yang menyerah diri? “ Surah Fusilat 33.

Kita wajib melaksana seruan Rasulullah jika kita beriman

Hai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila Rasul menyeru kamu kepada suatu yang memberi kehidupan kepada kamu, Ketahuilah bahwa Sesungguhnya Allah membatasi antara manusia dan hatinya dan Sesungguhnya kepada-Nyalah kamu akan dikumpulkan “. Surah al-Anfal 24.

SERUAN DAKWAH HANYA TERBAHAGI DUA

(Kuasa Allah) yang demikian itu, adalah Karena Sesungguhnya Allah, dialah (Tuhan) yang Haq dan Sesungguhnya apa saja yang mereka seru selain dari Allah, Itulah yang batil, dan Sesungguhnya Allah, dialah yang Maha Tinggi lagi Maha besar “. Surah al-Haj 62

INSAN DI ANTARA 2 JALAN.

Dan janganlah kamu menikahi wanita-wanita musyrik, sebelum mereka beriman. Sesungguhnya wanita budak yang mukmin lebih baik dari wanita musyrik, walaupun dia menarik hatimu. dan janganlah kamu menikahkan orang-orang musyrik (dengan wanita-wanita mukmin) sebelum mereka beriman. Sesungguhnya budak yang mukmin lebih baik dari orang musyrik, walaupun dia menarik hatimu. mereka mengajak ke neraka, sedang Allah mengajak ke surga dan ampunan dengan izin-Nya. dan Allah menerangkan ayat-ayat-Nya (perintah-perintah-Nya) kepada manusia supaya mereka mengambil pelajaran “. Surah al-Baqarah 221.

Dalil Mewujudkan Masyarakat Islam

Dialah yang Telah mengutus RasulNya (dengan membawa) petunjuk (Al-Quran) dan agama yang benar untuk dimenangkanNya atas segala agama, walaupun orang-orang musyrikin tidak menyukai “. Surah at-Taubah 33

Dan kami tidak mengutus kamu, melainkan kepada umat manusia seluruhnya sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan, tetapi kebanyakan manusia tiada Mengetahui “. Surah Saba` 12.

 Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul(Nya), mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, yaitu: Nabi-nabi, para shiddiiqiin, orang-orang yang mati syahid, dan orang-orang saleh. dan mereka Itulah teman yang sebaik-baiknya “. Surah an-Nisa` 69

 Hai nabi, Sesungguhnya kami mengutusmu untuk jadi saksi, dan pembawa kabar gemgira dan pemberi peringatan “. Surah al-Ahzab 45

 Dan untuk jadi penyeru kepada agama Allah dengan izin-Nya dan untuk jadi cahaya yang menerangi “. Surah al-Ahzab 46

Wednesday, January 13, 2010

Salah Faham Terhadap Ibnu Khuzaimah



              Artikel ini bukanlah sebuah artikel yang akan memperincikan tentang biodata Ibn Khuzaimah dan juga bukunya Sahih Ibn Khuzaimah. Ini kerana ana sedang dalam proses pengumpulan artikel-artikel ringkas biodata beberapa muhaddith lain berserta metodologi buku-buku mereka.

            Artikel ini berfokus pada salah faham terhadap Ibn Khuzaimah – terhadap bukunya dan terhadap dirinya. Salah faham ini berpunca daripada sikap sebahagian penuntut ilmu (terutama berkaitan hadith) yang tidak bersungguh-sungguh mencari maklumat berdasarkan fakta yang diyakini. Sebaliknya mereka suka mendengar cakap-cakap orang atau huraian-huraian ringkas lalu menganggapnya sebagai satu kepercayaan yang perlu dianuti tanpa soal.
            Salah faham yang dimaksudkan ialah tentang diri Ibn Khuzaimah yang dianggap ‘mutasaahil’ iaitu bermudah-mudah dalam menerima hadith. Salah faham ini menggambarkan bahawa Ibn Khuzaimah tidak menapis hadith dengan syarat-syarat yang ketat seperti al-Bukhari atau Muslim lalu beliau dengan mudahnya menerima hadith-hadith yang dhaif atau palsu sebagai sahih.
            Salah faham ini juga melibatkan buku beliau iaitu Sahih Ibn Khuzaimah. Apabila seeorang itu meyakini bahawa Ibn Khuzaimah tidak begitu ketat dalam menapis hadith, sudah pasti buku yang ditulis oleh Ibn Khuzaimah juga akan diragui. Sudah pasti kita sukar menerima buku itu kerana penulisnya telah kita anggap sebagai ‘bermudah-mudah’ atau tidak ketat dalam menapis hadith.
            Sayangnya ini adalah satu salah faham yang besar. Lebih malang lagi ia tetap dianuti dan diyakini oleh sebahagian penuntut ilmu hadith. Sedangkan di antara mereka ada yang langsung tidak pernah membaca walau sehelai muka surat buku Sahih Ibn Khuzaimah! Bahkan jika ditanya kepada mereka tentang masa atau zaman hidupnya Ibn Khuzaimah juga pasti mereka akan terkial-kial menjawabnya! Apatah lagi kalau ditanya tentang guru-gurunya atau muridnya! Kalau dah tak kenal, pasti tak cinta!
            Cukup saya katakan dengan ringkas bahawa Ibn Khuzaimah adalah tokoh hadith salaf yang hebat. Beliau berguru dengan tokoh-tokoh hadith terkemuka seperti Ishaq Ibn Rahuyah/Rahawaih, al-Bukhari dan Muslim. Beliau dianggap oleh muridnya (Ibn Hibban – 354H) sebagai ahli hadith paling hebat pernah ditemuinya. Syarat-syarat penerimaan hadith sahih yang beliau gunakan adalah menyamai manhaj ahli hadith sebelumnya daripada kalangan salaf. Beliau meninggal pada tahun 311H. Tidak cukupkah maklumat ringkas ini untuk para pembaca membayangkan kehebatan beliau? Saya tidak perlu memberikan rujukan dari manakah pendapat ini saya ambil. Kalau tak percaya, boleh rujuk sendiri di dalam buku Sahih Ibn Khuzaimah atau buku-buku tentang metodologi penulisan buku-buku hadith terkemuka.
            Cukup juga saya katakan bahawa buku beliau yang dikenali dengan Sahih Ibn Khuzaimah atau nama sebenar buku itu – Mukhtasor al-Mukhtasor...(panjang lagi namanya seperti yang disebut oleh Ibn Khuzaimah sendiri dalam buku itu), adalah antara buku yang menjadi rujukan utama sepanjang zaman. Di dalamnya dimuatkan hadith-hadith yang dipilih oleh Ibn Khuzaimah bertujuan untuk mengumpulkan hadith-hadith sahih. Beliau juga berkata bahawa beliau sekali-kali tidak akan menyebut hadith yang dhaif tanpa memberitahu kedhaifannya. Itu adalah salah satu daripada banyak ciri metodologi penulisan buku beliau yang tidak diketahui oleh mereka yang asyik memandang rendah kepada beliau dan bukunya itu!
            Tahukah anda bahawa buku Sahih Ibn Khuzaimah yang dicetak dan wujud sehingga ke hari ini hanyalah satu perempat daripada buku yang asal? Allah SWT telah mentaqdirkan buku itu hilang sejak zaman berzaman dan apa yang ada hanyalah satu perempat dan jumlah hadith-hadithnya adalah sekitar 3000 hadith.
            Namun begitu, tahukah anda bahawa dalam sejumlah 3000 hadith yang dikumpulkan dan ditemui dalam buku Sahih Ibn Khuzaimah itu, hanya sekitar 200 - 300 hadith dikritik oleh ulama moden berdasarkan kajian mereka. Di antara mereka ialah Dr. Mustafa al-A’zhami dan juga Syeikh al-Albani. Apa maksud statistik ini? Bagaimanakah kita ingin menterjemahkan keadaan ini? 200 daripada 3000?
            Pertama sekali, ia menggambarkan bahawa jumlah hadith yang dikritik sebagai dhaif oleh ulama moden itu hanyalah sekitar 7%! adakah statistik ini menggambarkan Ibn Khuzaimah seorang yang bermudah-mudah, mutasaahil dan tidak ketat syaratnya? Tidakkah jumlah ini memberi petunjuk bahawa beliau adalah seorang imam dalam hadith? 7%, bukannya 70%!
            Perkara kedua, adakah kita yakin bahawa semua kajian Dr. Al-A’zhami dan Syeikh al-Albani adalah 100% tepat? Mungkin mereka tersilap. Kenapa tidak? Mereka tidak sehebat Ibn Khuzaimah dan mereka hanyalah pengkaji moden dan bukannya mujtahid mutlaq dalam hadith! Walaupun begitu, sekiranya kita menerima kajian mereka bulat-bulat (seperti yang selalu dilakukan oleh ahli hadith Malaysia!), ia masih berada dalam jumlah 7%!
            Perkara ketiga, tahukah anda bahawa Ibn Khuzaimah sendiri mengakui bahawa beliau ada menyebut hadith-hadith yang tidak sahih dalam bukunya itu di atas banyak sebab. Namun begitu, sekadar mengulangi ayat sebelum ini, Ibn Khuzaimah telah menyatakan dengan jelas dan terang di dalam bukunya itu bahawa beliau sama sekali tidak akan menyebut hadith yang dhaif tanpa penjelasan. Apa maksud kata-kata beliau ini? Berikut dihuraikan maksud kata-kata itu:
a)      Ibn Khuzaimah kadangkala menyebutkan hadith dhaif dalam bukunya itu di atas sebab-sebab tertentu. Ia kadangkala disebutkan sekadar memberi peringatan kepada pembaca bukunya, atau sebagai maklumat sampingan. Ia tidak dianggap sahih oleh beliau. Ia berlaku pada beberapa keadaan dan tidaklah menjejaskan kedudukan buku Sahih Ibn Khuzaimah.
b)      Ketika menyebut hadith-hadith dhaif itu, Ibn Khuzaimah akan memberikan isyarat berbentuk penjelasan bahawa hadith itu dhaif. Penjelasan dan isyarat ini berlaku dalam keadaan tersurat bahkan juga dalam keadaan tersirat. Ia perlukan kepada kepakaran seorang ahli hadith untuk membaca dan memahaminya.
c)      Ini bermakna terdapat hadith-hadith yang didhaifkan oleh ulama selepas beliau sebenarnya telah pun beliau sendiri dhaifkan. Maka di manakah kehebatan kita untuk menyatakan Ibn Khuzaimah bermudah-mudah?
 
Secebis maklumat yang saya kemukakan ini bertujuan untuk memberi nasihat kepada segolongan peminat ilmu hadith yang tidak berhati-hati dalam mengeluarkan pendapat terutama ketika memberi penilaian terhadap seorang tokoh hadith seperti Ibn Khuzaimah.
Semoga kita dikurniakan Allah SWT sifat rajin dan berhati-hati dalam usaha kita untuk mempelajari ilmu tentang hadith. Semua orang dipersilakan belajar asalkan ada kemampuan dan mengikuti jalan yang betul. Bukan terus melompat dan tiba-tiba berada di atas puncak yang tinggi lantas mampu menilai...ini ok, ini tak ok, buku ini boleh baca, buku ini tak boleh baca, ini sahih, ini dhaif, ini bermudah-mudah, ini keras! Sedarlah wahai insan kerdil di mana kedudukanmu di sisi para imam salaf. Wallahu a’lam.