Friday, April 23, 2010

Sesiapa Yang Tidur Selepas Asar Akan Menjadi Gila


Sanad Hadis

حجثنا عمرو بن حصين حدثنا ابن علاثة حدثني الأوزاعي عن الزهري عن عروة : عن عائشة أن النبي  صلى الله عليه وسلم
Matan Hadis
من نام بعد العصر فاختلس عـقله فلا يلومن إلا نفسه
Maksudnya :” Sesiapa yang tidur selepas Solat Asar akan menjadi gila, maka dia tidak boleh menyalahkan orang lain melainkan dirinya sendiri “.

Kitab Yang Meriwayatkan Hadis Ini

Diriwayatkan Oleh Hafiz Abu Ya`la di dalam Musnadnya di dalam Musnad Aisyah r.h ( juz 8 m/s 316 no 4918, cet Dar al-Makmun Lil Turath Damsyik, 1404H/1984M Tahkik Hussin Salim Asad ).

Masalah Pada Hadis Ini

Masalah hadis ini terletak pada seorang perawinya yang bernama Amru Ibnu Husoini sebagaimana di katakana oleh Ibnu Abi Hattim :-

ذاهب الحديث ليس بشيء اخرج أول شيء أحاديث مشبهة حسانا ثم اخرج بعد لابن علاثة أحاديث موضوعة

Maksudnya :” Tidak terpakai hadisnya, dia akan mengeluarkan awal sesuatu hadis seumpama kita ( kita melihatnya ) elok. Kemudian selepas dia mengeluarkan ( meriwayatkan ) selepas Ibnu U`lathah hadisnya adalah Palsu. ( Al-Jarr Wa Ta`dil, Juz 6 m/s 229 rijal no 1272, cet Dar Ihya at-Turath Al-Arabi Beirut, 1271H/1952M ).

Berkata Ibnu Hajar :-

عمرو بن الحصين العقيلي بضم أوله البصري ثم الجزري متروك

Maksudnya :” Amru Ibnu al-Husoini di baca dengan baris hadapan permulaannya, merupakan orang Basrah ( sebuah Bandar di Iraq ), kemudian al-Jazari Mengatakan ianya Matruk “. ( Taqrib at-Tahzib, jil 1 m/s 420, cet Dar ar-Rasyid Suriya ( Syiria ), 1406H/1986M Tahkik Muhammad Awamah ).

Dan hadis ini juga di masukkan oleh Ibnu Jauzi di dalam kitabnya yang bernama Al-Maudhuat - Kitab himpunan hadis-hadis palsu – ( Juz 3 m/s 69 ). As-Sayuti di dalam kitabnya Allahi al-Masnuah. ( juz 2 m/s 279 ). Az-Zahabi di dalam Tartib al-Maudhuat. ( m/s 839 ).

Hukum Hadis Ini

Sebagaimana yang dikatakan oleh Ibnu Abi Hattim bahawa Amru meriwayatkan daripada Ibnu U`lathah adalah Palsu, maka begitulah hukum Hadis ini adalah PALSU. Wallahu A`lam.

8 comments:

BATU BERSURAT said...

Hmmm... terima kasih dengan perkongsian ni. Selama ni, saya pun percaya dengan hadis tu, tambahan lagi org tua-tua yang sampaikan.

Musa Mohamad said...

ooo..mcm 2 ker..sy buat tu pun sebab ramai ustaz2 mengatakan 2 hadis...tp sebenarnya hadis palsu...
tp kan xbek gak 2 tidur lepas asar sb waktu itu lebih sesuai untuk bersukan @ apa2 aktiviti yg baik untuk menjaga kesihatan...
العقل السليم فى الجسم السليم
Akal yang sihat lahir dari tubuh yang sihat.

mamawana said...

Salam...

Lebih baik buat sesuatu yg berfaedah dari tidur waktu ptg. Kekadang sampai terlajak ke mugrib sampai sakit kepala sebab tidur terlalu lama, mata sembab dan bleh cepat marah..

Ada juga rangtuo berpesan, kalu berterusan tidur waktu ptg jadi pemalas. Malas akan mengakibatkan kemiskinan dan menyusahkan diri sendiri, lantas menyusahkan org disekeliling. Lama kelamaan, malas itu yg bleh terdorong membuatkan seseorg tu jadi gila..

ryan kurniawan said...

ga demen tidur siang....


comment please

hannah again said...

saya ingin tahu tajuk lagu anda di blog ini . sangat menarik . harap bagi kerjesame .

Eddie said...

Kadang2 apa yang org tua pesan pada kita tak semestinya 100% tepat... sebab itu kita perlu mengkaji sendiri sesuatu fakta sekiranya ia meragukan.. kalau kita telan bulat2 apa yang org cakap (dengan alasan orang-orang tua berpesan) tanpa membuat sebarang kajian .. takut nanti maklumat tak sampai.. bala yang timbul.. pada saya..selepas dikaji.. kesimpulan yang boleh dibuat.. tidur selepas asar tidak menjadi kesalahan. asalkan tidak terlajak sehingga terlepas waktu maghrib.

Eddie said...

@Hannah- Lagu ni nyanyian Maher Zain - Title : Never forget (ft._Mesut_Kurtis)

aza said...

tumpang share ye.. terima kasih.. :)