Wednesday, October 8, 2008

DI ANTARA SEMALAM DENGAN HARI INI



Sejak seribu tiga ratus tujuh puluh tahun yang lalu, Muhammad bin Abdullah Nabi yang ummi telah menyeru di atas kemuncak bukit Safa, Mekah:
“wahai sekalian manusia sesungguhnya saya adalah pesuruh Allah kepada kamu sekalian, yang memiliki seluruh langit dan bumi tidak ada Tuhan melainkan Dia, yang menghidupkan dan yang mematikan. Berimanlah kamu dengan Allah dan RasulNya, Nabi yang ummi yang telah beriman dengan Allah dan kalimahNya. Turunlah kamu sekalian kepadaNya moga-moga kamu mendapat pertunjuk”.
Dakwah yang merangkum itu merupakan satu garis pemisah di seluruh alam di antara silam yang gelap gelita dengan akan datang yang bersinar cahaya dan kini bahagia abadi. Juga sebagai satu pengisytiharan yang terang dan nyata terhadap satu sistem yang baru yang disyarakkan Allah yang amat mengetahui dan amat bijaksana. Disampaikan oleh penyampainya Muhammad s.a.w. pengkhabar gembira dan pengingat manusia bersama kitabNya al-Quran yang terang bersinar, juga bala tenteranya yang dahulu yang terdiri daripada orang Muhajirin dan Ansar dan pengikut-pengikut jejak langkah mereka dengan penuh ihsan.
Dakwah bukan suatu ciptaan manusia, ia adalah ciptaan Allah yang tidak ada ciptaan yang lebih baik selain dariNya. Firman Allah:
“Sebelumnya kamu tidaklah men getahui apakah al-Kitab (al-Quran) dan tidak pula men getahui apakah iman itu tetapi Kami menjadikan al-Quran itu cahaya yang Kami beri petunjuk dengan dia. Siapa yang Kami kehendaki di antara hamba Kami. Dan sesungguhnya kamu benar-benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus (iaitu) jalan Allah yang kepunyaannya segala apa-apa yang ada di langit dan apa yang di bumi, ingatlah bahawa kepada Allahlah kembali semua urusan.”
2. FAKTOR ASAS MEMBAIKI MASYARAKAT YANG DIDATANGKAN OLEH AL-QURAN:
A1-Quran penghimpun segala cara untuk membaiki masyarakat yang menyeluruh telah diturunkan ke atas Nabi s.a.w. dan dibacakan di kalangan orang-orang mukmin dari satu ketika ke satu ketika menurut keadaan, gejala dan munasabah. Firman Allah:
“Demikianlah supaya Kami perkuat hatimu dengannya dan Kami (menurunkannya) dan membacakannya kelompok demi kelompok. Tidaklah orang-orang kafir itu datang kepada mu (membawa) sesuatu yang ganjil melainkan Kami datangkan kepadamu suatu yang benar dan yang paling baik penjelasannya”.
Sehinggalah sempurna wahyu itu diturunkan dan dihafal di setiap dada dan baris dalam masa dua puluh dua tahun lebih kurang. Allah telah kumpulkan di dalamnya untuk umat ini penjelasan tiap-tiap perkara
Dasar-dasar membaiki masyarakat yang sempurna yang didatangkan oleh al­Quran itu bertitik-tolak tentang:
(a) Ketuhanan (rabbaniah)
(b) Ketinggian jiwa manusia
(c) Ketetapan aqidah terhadap pembalasan
(d) Pengisytiharan persaudaraan di kalangan manusia
(e) Kebangkitan lelaki dan wanita seluruhnya serta pengisytiharan tanggungjawab dan persamaan di antara keduanya dan penentuan tugas masing-masing.
(f) Jaminan dari masyarakat dengan ketetapan hak-hak hidup, kerja, kesihatan, kebebasan, pelajaran, keselamatan individu dan penentuan sumber laba.
(g) Memelihara dua sifat semulajadi; memelihara jiwa dan mengatur kehendak mulut dan seks.
(h) Kesungguhan dalam memerangi jenayah-jenayah besar.
(i) Men guatkan kesatuan umat ini men ghapuskan seluruh unsur-unsur dan sebab pecah belah umat.
(j) Mewajibkan umat supaya berjihad dalam menegakkan prinsip-prinsip kebenaran yang didatangkan oleh sistem ini.
(k) Meletakkan negara bertanggungjawab melindunginya dan melaksanakan objektfinya dalam masyarakat yang tertentu dan men yampaikannya kepada seluruh manusia.
3. CIRI-CIRI PRAKTIK BAGI SISTEM INI
Sistem al-Quran ini berbeza dengan segala sistem ciptaan manusia dan teori­teori falsafah mereka. Ia tidak meninggalkan segala prinsip dan ajarannya sebagai teori sahaja dalam jiwa juga tidak sebagai pendapat-pendapat dalam buku-buku dan tidak sebagai kata-kata di bibir mulut sahaja. Ia diletakkan untuk dipusatkan, diperkukuhkan dan dimanfaatkan segala kesan dan hasilnya sebagai interpritasi yang praktikal. Dimestikan umat yang beriman dengannya dan bersandar kepadanya supaya bersungguh-sungguh mengamalkannya dan menjadikannya suatu tanggungjawab ke atas mereka yang tidak boleh diterima untuk melemahkannya. Bahkan hendaklah digalakkan melaksanakannya dan didenda orang yang mencuaikannya dengan disingkirkan mereka daripada masyarakat Islam dan diletak di tempat yang terpencil. Di antara tanggungjawab yang penting yang dijadikan oleh sistem ini sebagai satu timbuk untuk memusatkan prinsip-prinsipnya:
(a) Sembahyang, zikir, taubat, istighfar dan sebagainya.
(b) Puasa, menjaga diri, beringat dari boros.
(c) Zakat, sedekah dan berbelanja di jalan kebaikan.
(d) Haji, melancong, mengembara, men yelidik dan memerhati kerajaan Allah.
(e) Mencari keuntungan, bekerja dan menjauhi dari meminta.
(f) Jihad, berjuang, men yediakan pejuang dan menjaga keluarga mereka serta kepentingan mereka dikala mereka berjauhan.
(g) Amar ma’ruf dan memberi nasihat.
(h) Mencegah dari mungkar, pemulauan orang ramai terhadapnya dan orang-orang yang melakukannya.
(i) Menambah pelajaran dan pen getahuan setiap muslim dan muslimat dalam berbagai bidang hidup yang sesuai untuk mereka.
(j) Baik pergaulan dan berakhlak dengan akhlak yang baik.
(k) Sen tiasa menjaga keselamatan tubuh dan memelihara pancaindera.
(l) Jaminan masyarakat di antara pemerintah dengan yang diperintah dengan menjaga dan melindungi.
Setiap Muslim dituntut supaya mempraktikkan kewajipan ini dan bangun memperjuangkannya sebagaimana ia telah diterangkan oleh peraturan al-Quran. Setiap Muslim jangan sekali-kali mencuaikannya walau satu daripadanya. Kesemua kewajipan ini telah tersiar sebutannya dalam al-Quran al-Karim dan telah diterangkan dengan tcrperinci oleh segala perbuatan Nabi s.a.w. bersama para sahabatnya dan mereka-mereka yang mengikuti jejak langkah Nabi dan para sahabatnya dengan baik dalam keadaan mudah dan nyata dan juga tiap­tiap amal atau beberapa amal yang memperkuat prinsip atau beberapa prinsip daripada teori-teori yang lalu yang didatangkan oleh peraturan ini untuk dilaksanakan dan dimanfaatkan oleh manusia segala hasil dan kesannya.
4. NEGARA ISLAM YANG ULUNG
Di atas dasar sistem masyarakat al-Quran yang mulia ini sebuah negara Islam yang pertama sekali telah ditegakkan sebuah negara yang beriman kukuh dengan al-Quran yang melaksanakan segala ajarannya dengan pelaksanaan yang tersusun rapi dan disebarkan ke seluruh dunia. Sehingga khalifah yang pertama ada berkata,
“sekali pun seutas tali pengikat unta hilang dari jagaan saya, saya akan dapatinya dalam kitab Allah”.
Dari pelaksanaan itu juga beliau telah memerangi orang-orang yang enggan mengeluarkan zakat dan menyifatkan mereka itu orang-orang yang murtad yang meruntuhkan salah satu rukun sistem ini. Beliau mengatakan,
“demi Allah kalau mereka itu enggan menunaikan kepada saya seutas tali pen gikat unta seperti mana mereka telah menunaikannya kepada Rasulullah s.a.w. pasti saya akan perang mereka apabila pedang berada di tangan saya”.
Sesungguhnya kesatuan yang penuh erti dan rupa terangkum dalam ummah yang muda ini.
Ertikata kesatuan masyarakat adalah merangkum seluruh sistem al-Quran dan bahasanya. Sementara kesatuan dan politik terangkum di bawah naungan amirul mukminin dan di bawah lambaian bendera khalafah di ibu negara. Idea Islam tidak berlegar dalam tentera sahaja atau di baitul-Mal atau pada tindak laku pemerintah sebab mereka semua bekerja dalam satu aqidah dan dengan arahan yang satu dan menyeluruh.
Prinsip al-Quran ini telah menghambat keluar fahaman-fahaman keberhalaan yang khurafat dan menghapuskannya sama sekali di seluruh semenanjung tanah Arab dan Farsi juga telah menghambat keluar fahaman Yahudi penipu dan menghapuskan terus kekuasaan agama dan politik mereka.
Prinsip ini juga telah berjuang menentang fahaman Kristian sehingga hapus dari benua Asia dan Afrika dan terpaksa berlindung di bawah naungan
kerajaan Rom timur di Konstantinopal dengan ini ia telah memusatkan seluruh kuasa spiritual dan politiknya terhadap kerajaan Islam di dua buah benua yang besar itu. Prinsip ini juga telah berusaha memerangi benua ketiga (benua Eropah) iaitu menyerang Konstantinopal dari Timur dan menyerangnya (benua Eropah) dari barat dengan melanda Andalus. Bala tenteranya telah berjaya sampai ke tengah Perancis serta utara dan selatan Itali. Ia juga telah mendirikan sebuah kerajaan yang agung di Eropah Barat yang disinari dengan ilmu dan peradaban. Dengan ini barulah Konstantinopal sempurna dibuka dan Kristian telah diletakkan di sudut yang kecil di tengah Eropah.
Kapal laut tentera Islam belayar hebat di dua lautan iaitu Laut Mediterannean dan Laut Merah yang mana kedua lautan itu menjadi sebuah tasik Islam. Dengan ini tentera laut negara Islam memegang kunci laut di timur dan di barat, dengan ini juga seluruh kekuasaan di darat dan di laut berada di tangan Islam.
Implikasi dari ini umat Islam dapat menghubungi bangsa-bangsa lain dan berjaya memindahkan segala tamadun mereka itu dengan kekuatan iman dan keteguhan peraturannya. Seluruh tamadun itu telah diubahsuai dengan kehendak-kehendak Islam dengan indah dan hidup. Islam tidak menahan dan mengambil faedah tamadun itu selagi ianya tidak mengesani buruk kesatuan masyarakat Islam dan politiknya.
5. FAKTOR-FAKTOR MERUNGKAI KEADAAN KEHIDUPAN NEGARA DAN RAKYAT ISLAM
Di samping kekuasaan yang memuncak dan kuasa yang meluas ini, faktor­faktor merungkai mula meresap ke dalam kehidupan umat al-Quran ini dengan membesar, mengembang dan menguat sedikit demi sedikit sehingga telah merobik kehidupan ini dan akhirnya relah menghancurkan pusat kerajaan Islam di kurun yang ke 6 Hijrah iaitu di tangan Tatar dan pada kurun 14 hijrah kali kedua. Dan peristiwa ini telah meninggalkan kesan yang amat buruk iaitu umat Islam bertaburan dan negara Islam menjadi negara-negara kecil yang tersangat ingin untuk bersatu dan bangun.
Faktor-faktor penting yang menjadikan demikian:
(i) Krisis politik. fanatik kaum, berebut menjadi pemimpin dan berebut untuk menjadi terkenal. Pada hal Islam sangat-sangat memberi ingat dalam masalah ini dan sangat menyuruh supaya bersifat zuhud dalam masalah pemerintahan. Untuk menjadi perhatian dalam masalah ini iaitu faktor yang merosak dan menghancurkan rakyat dan negara. Allah berfirman;
“Dan taatlah kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berbantahan yang men yebabkan kamu gentar dan hilang kekuatan mu dan bersabarlah, sesugguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar”. Di samping itu, Islam juga sangat berpesan supaya ikhlas kerana Allah semata dalam percakapan, perbuatan dan hindarkan dari suka kemasyhuran dan pujian.
(ii) Krisis agama dan mazhab, menyeleweng dan agama sebagai aqidah, melakukannya hanya dengan cakap sahaja dan dibungai dengan istilah­istilah yang kaku yang tidak mempunyai jiwa dan hidup, cuai dengan kitab Allah sunnah Rasulullah s.a.w., beku dan fanatik terhadap pendapat dan cakap, suka bertengkar, berbahas dan bero1ok-olok sedangkan kesemua perkara-perkara ini telah diingat dan ditegah oleb Islam sehingga Rasulullah s.a.w. ada bersabda:
Maksudnya:
“Tidak sesat sesuatu kaum itu selepas mereka mendapat hidayat kecuali mereka suka bertengkar”
(iii) Tenggelam dalam berbagai warna kemewahan dan kenikmatan, suka berhihuran dan syahwat yang mana perkara ini telab mengesani pemerintah- pemerintah umat Islam di kebanyakkan zaman sedangkan ia tidak mengesani orang lain dan mereka. Pada hal mereka telah membaca firman Allah;
Maksudnya:
“Dan jika kamu hendak membinasakan negeri maka Kami perintahkan kepada orang­orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya men taati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu maka sudah sepatutnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami) kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”
(iv) Peralihan kuasa dan pimpinan kepada bukan Arab; Farsi, Dailam (suku Kurdi), Mamalik, Turki dan lain-lain lagi daripada mereka yang tidak pernah merasa makanan Islam yang sebenarnya, yang mana hati-hati mereka tidak pernah disinari oleh nur al-Quran disebabkan mereka susah memahami makna-maknanya. Sedangkan mereka telah membaca firman Allah;
Maksudnya:
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi teman kepercayaan mu orang-orang yang di luar kalangan mu (kerana) mereka tidak henti-hentinya (menimbulkan) kemudharatan bagi mu. Mcreka men yukai apa yang men yusahkan kamu. Telah nyata kebencian dan mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka
adalah lebih besar lagi. Sun gguh telah Kami terangkan kepada mu ayat-ayat (Kami) jika kaniu memahaminya ”.
(v) Mengabaikan ilmu-ilmu praktikal dan pengetahuan dunia, menghabiskan masa dan tenaga dengan teori-teori falsafah yang dalam dan ilmu-ilmu khayal yang tidak menghasilkan apa-apa. Pada hal Islam menggesa mereka supaya mengkaji dunia ini, menyelidik segala rahsia-rahsia kejadian dan meneroka di muka bumi dan ia juga menyuruh mereka berfikir tentang makhluk Allah sebagaimana firman Allah:
Maksudnya;
“Katakanlah, perhatikanlah apa yang ada di langit dan di bumi”
(vi) Terlalu ghairah dengan kuasa dan tertipu dengan kekuatan diri sendiri di samping itu mereka juga cuai untuk mengkaji perkembangan masyarakat lain sehingga mereka ketinggalan dalam persiapan dan persediaan yang mana akhirnya mereka telah dicakup sekaligus.
Scsungguhnya al-Quran telab memerintahkan mereka supaya sentiasa berwaspada dan mengingatkan jangan lalai. Ia menyifatkan orang-orang yang lalai dan cuai tak ubah seperti binatang bahkan lebih sesat dari itu. Firman Allah:
Maksudnya;
“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka jahannam) kebanyakkan dari jin dan manusia. Mereka mempunyai hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah) dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar {ayat-ayat Allah) mereka itu sebagai binatang ternak bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang lalai”
(vii) Terpedaya dengan tipu muslihat dari orang-orang yang hanya manis di bibir iaitu dari kalangan musuh mereka. Panik dengan kerja dan kemewahan hidup musuh mereka di samping itu terburu-buru meniru mereka dalam perkara-perkara yang membahaya dan tidak bermanfaat.
Padahal al-Quran sangat-sangat menegah jangan meniru mereka. Ia terus terang memerintahkan supaya mengasingkan diri dari mereka dan memlihara unsur-unsur survival umat Islam. Ia telah mengingatkan keaifan meniru ini sebagaimana firman Allah:
“Hai orang-orang yang beriman jka kamu mengikuti sebahagian dari orang-orang yang diberi al-Kitab nescaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi kafir sesudah kamu beriman ”. Di ayat lain,
Maksudnya;
“Hai orang-orang yang beriman jika kamu men taati orang-orang kafir itu nescaya mereka men gembalikan kamu ke belakang (kepada kekafiran) lalu jadilah kamu orang­orang yang rugi”.
6. PERTENTANGAN POLITIK
A. Faktor ini mula merobek tubuh negara Islam dan umatnya.
Bangsa-bangsa (musuh Islam) yang sentiasa mengekori mereka mula menjangka bahawa peluang untuk membalas dendam dan menghapuskan negara Islam ini yang mana telah melanggar negara mereka dan telah merubah segala bentuk cara hidup mereka telah tiba. Dengan ini turunlah bangsa Tatar seperti air mencurah ke atas negara Islam. Mereka telah memutuskan segala untaian negara Islam sepotong-sepotong dan akhirnya sampailah mereka ke Baghdad ibu kota kerajaan Abbasiah dan telah memijak khalifah Mu’tasim sendiri dengan sepatu mereka.
Dengan ini berkecailah untaian negara Islam dan bertaburanlah ikatan khalifah buat pertama kalinya. Seluruh umat Islam berpecah menjadi negara­negara yang kecil yang mana di setiap kabilah mempunyai amirul mukminin dan foramnya yang tersendiri.
Umat Kristian mula sedar dan mengumpulkan sekutu-sekutu mereka. Akhirnya Timur yang Islam itu (Asia dan Afrika) telab ditendang oleh sembilan angkatan tentera Kristian yang mengandungi pahlawan-pahlawan, alat kelengkapan perang dan raja-raja mereka yang pilihan. Akhirnya angkatan tentera ini berjaya mendirikan negara Kristian di Baitul-Maqdis dan menggugat seluruh umat Islam sama ada di timur atau di barat dan menyerang Mesir sebagai salah sebuah negara Islam yang terkuat di masa itu.
B. Kembali segar.
Berikutan dari kemenangan bathil ke atas yang hak, Allah tidak mengizinkan lebih dari itu, iaitu Mesir berjaya mengumpulkan saki baki tentera Islam daripada kecaian negara-negara Islam dan mencampakkannya ke dalam kubu Kristian di bawah pimpinan Salahuddiii al-Aiyubi dan Baitul-Maqdis dapat di
kembalikan semula dan mereka, diperlihatkan juga kepada mereka betapa kekalahan mereka di Hattin.
Selepas ini sekali lagi tentera Islam ini berdiri gagah di hadapan Tatar di bawah pimpinan Sultan Zahir Bibras dan berjaya mengalahkan mereka dengan penuh kehinaan di Ain Jalut dan selepas ini sistem khalifah dihidupkan semula.
Allah menghendaki selepas peristiwa-peristiwa ini Islam kembali tegak sebagai sebuah negara dan pelindung yang mempunyai kekuatan dan paling ditakuti yang dapat menyatukan seluruh umat dan rakyatnya di bawah panji­panjinya. Dia tidak mahu menerima ketinggian himah kecuali setelah diperangi Kristian di hadapan rumahnya sendiri. Dengan ini Konstantinopal dibuka dan kuasanya menjangkau ke tengah benua Eropah sehingga sampai ke Vienna. Inilah dia negara Turki Othmaniah.
C. Penyegeraan kebangkitan Eropah
Negara Islam menjadi tenang dan tertidur di bawah kuasa kerajaan Othmaniah dan akhirnya lalai dari apa yang berlaku di sekelilingnya. Tetapi Eropah yang telah dapat menghubungi sinar Islam dari sebelah barat iaitu di Andalus dan sebelah Timur melalui angkatan perang salibnya, tidak pernah melepaskan peluang, tidak pernah cuai dari mengambil manfaat dari pelajaran­pelajaran yang lalu itu telah mula memperkuatkan diri dan berkumpul di bawah panji-panji Eropah di Portugal. Hasil dari itu mereka telah berjaya menahan kemaraan gelombang perang Islam di Barat dan menaburkan bibit-bibit
perpecahan dan bercakaran sesama sendiri di kalangan umat Islam Andalus dan akhirnya mereka berjaya melontar umat Islam ke seberang laut atau ke seberang Afrika.
Sebagai ganti tempat mereka sebuah negara baru Sepanyol telah bangkit. Eropah terus bersatu, berfikir, belajar, mengelilingi negeri-negeri dan meneroka negeri-negeri yang mana penerokaan Amerika adalah daya usaha Portugis. Timbul di kalangan mereka suara-suara lantang untuk pembaharuan dan lahir ramai para pembaharu (reformer) masyarakat. Eropah juga telah mempelajari ilmu-ilmu dunia dan pengetahuan yang dapat menelurkan hasil. Dari revolusi­revolusi pembaharuan berkesudahan kepada pembentukan fahaman kebangsaan dan pengujudan negara yang kuat yang menjadikan matlamat mereka untuk menghancurkan negara Islam yang telah dicaingkan oleh Eropah itu termasuk Asia dan Afrika. Negara-negara baru in telah membentuk beberapa pakatan yang mana di suatu ketika ia meningkat ke taraf yang tinggi.
D. Serangan baru.
Di bawah dasar dedah, serang dan mengembara, tangan-tangan Eropah telah menjangkau sepanjang-panjangnya sehingga ke negara Islam yang jauh seperti India dan setengah negeri Islam yang berhampiran dengannya. Mereka berusaha sepenuh daya untuk mengkecaikan negara Islam yang luas dan kuat itu. Untuk tujuan itu mereka telah meletakkan berbagai rancangan kadang­kadang digambarkannya dengan “masalah Timur” dan dengan “pembahagian peninggalan harta orang sakit”.
Setiap negara itu mengambil yang terluah itu dan mencipta sebab-sebab yang lemah dan menyerang negara yang terdedah nyanyok itu. Maka bermulalah sedikit demi sedikit anggota-anggotanya berkurangan atau runtuh. Serangan ini berterusan memakan masa yang panjang.
Banyak negara- negara Islam terlucut dari kerajaan Othmaniah jatuh ke dalam kuasa Eropah seperti barat jauh dan utara Eropah. Juga turut sama negara-negara bukan Islam yang tertakhluk di bawah kuasa kerajaan Othmaniah seperti Yunan (Greek) dan negara-negara Bolkan. Pusingan penutup dalam krisis ini dengan munculnya perang dunia petama pada tahun 1914-1918 masihi yang membawa kekalahan kepada Turki dan sekutu-sekutunya.
Dengan ini ia telah memberi kesempatan yang seluas-luasnya untuk bangsa Eropah yang terkuat di masa itu (England dan Perancis) dan disertai Itali meletakkan tangannya ke atas pesaka yang paling banyak itu ialah umat Islam dan rakyar-rakyatnya.
Negara-negara tersebut telah meluaskan kuasanya dalam berbagai nama seperti penaklukan, penjajahan, pengawasan dan perwakilan. Mereka telah membahagi negara-negara Islam seperti berikut;
(i) Afrika utara (Maghribi, Algeria dan Tunis) jajahan Perancis. Di selang pula satu kawasan di bawah kuasa antara bangsa di Tanjah dan jajahan Sepanyol di kampung-kampung
(ii) Tarablos dan Barqah dijajah oleh Itali. Itali tidak mengingini sedikit pun kesan-kesan Islam wujud di situ. Ia telah memaksa penduduk di situ berkerakyatan Itali dan dinamakannya sebagai Itali selatan. Di situ juga dilontarkannya beribu-ribu orang tawanan yang kebuluran dan manusia­manusia jahat.
(iii) Mesir dan Sudan di bawah naungan Inggeris.
(iv) Palestin di bawah jajahan Inggeris yang telah menghalalkan dirinya untuk menjualkan Palestin kepada Yahudi bagi mendirikan negara kebangsaan mereka.
(v) Siria di bawah jajahan Perancis.
(vi) Iraq di bawah jajahan Inggeris.
(vii) Hijaz sebuah kerajaan yang sangat lemah sentiasa menunggu sedekah dan mengharap kepada janji-anji palsu dan perjanjian-perjanjian yang tidak laku.
(viii)Yaman sebuah kerajaan yang (tinggal hanya rangka-rangka rakyatnya yang papa yang terancam dengan peperangan di setiap tempat pada bila-bila masa sahaja.
(ix) Di bahagian lain dan seluruh semenanjung Arab yang tinggal hanya negeri­negeri yang kecil sahaja yang mana para amirnya hidup di bawah ketiak konsol-konsol Inggeris. Mereka berjuang dengan cebisan-cebisan makanan dari meja makan Inggeris. Sementara itu di dada mereka penuh menyala hasad dengki dan benci.
(x) Iran dan Afghanistan adalah kerajaan-kerajaan yang sentiasa bergolak yang cuba dibahagikan oleh golongan tamak dari segenap tempat.
(xi) India jajahan Inggeris.
(xii) Turkistan dan sekitarnya jajahan Rusia yang mana tentera. Rusia ditimpa kesangsaraan yang amat getir (untuk menawannya).
Selain dan ini terdapat beberapa golongan minoriti Islam yang bertaburan di banyak negara yang tidak memberikan sebarang hak untuk melindung dan menjaga mereka seperti orang-orang Islam Habsyah (Ethopia), Cina, Bolkan, Afrika tengah, timur dan barat. Dengan kedudukan ini Eropah telah berjaya dalam sengkita politik, berjaya merobik empayar Islam, berjaya menghapuskan negara Islam dan menyingkirkannya secara politik dari senarai negara-negara yang besar dan hidup.
E. Ke arah kekuatan baru.
Sekalipun kezaliman yang berterangan, perjanjian dan dokumen bohong yang menyenak dada dan memanas jiwa, seluruh umat ini tetap bangun menuntut kemerdekaannya, berjuang mengembalikan kebebasan dan
keangungannya, api revolusi tetap menyala maka dengan ini Turki, Mesir, Iraq, Syria telah bangun berontak. Sementara di Palestin berontakan seringkali berlaku begitu juga di Rif Maghribi. Kesedaran terus berkembang hasilnya umat Islam berjaya mencapai beberapa hak mereka maka merdekalah Turki dalam sempadannya yang baru, Mesir dan Iraq dikira sebagai dua buah negara yang merdeka, Hijaz dan Najd menjadi sebuah negara Saudi, Yaman, Iran dan Afghanistan berjaya mengekalkan kawasannya bebas, Syria hampir berjaya mendapatkan pengiktirafan kemerdekaannya(*).
Perjuangan Palestin telah menarik pandangan dunia ke arahnya. Orang Islam telah berjaya membuat langkah yang baik sekalipun sedikit dan lambat ke arah beberapa matlamat yang murni yang mereka ditumpukan untuk mengembalikan kebebasan dan keagungan dan membangun negara mereka.
Sesungguhnya jika langkah ini menghala ke arah pengertian kebangsaan yang khusus dan setiap umat menuntut kemerdekaannya sebagai satu umat yang bebas, cara pejuang kebangkitan ini sengaja melupakan idea kesatuan sesungguhnya masa depan langkah-langkah ini tidak syak lagi akan menjadi satu kelompok dan pengembalian semula empayar Islam sebagai sebuah negara yang bersatu merangkumi kecaian umat dunia Islam dan panji Islam akan naik membawa dakwahnya. Tidak ada satu umat dalam dunia ini pengumpulannya seperti pengumpulan orang-orang Islam yang terdiri dan satu bahasa dan bersatu dalam kepentingan kebendaan dan rohani sengsara dan harapan yang serupa.
F. Perang baru.
Negara-negara Eropah telah keluar dari kancah perang dunia dan bibir dengki dan benci berakar umbi di dada kebanyakan mereka. Muktamar damai berserta perjanjian-perjanjiannya telah memberikan satu tamparan hebat dari kecaian harapan bagi kebanyakkan negara-negara ini. Keadaan ini telah membawa kepada lahirnya idea-idea baru dan prinsip-prinsip fanatik yang ekstrim. Ini sudah tentu akan berkesudahan di kalangan umat ini (Eropah) satu krisis baru dan perang yang akan menghancur lebur kesatuan mereka dan akan menyedarkan semula mereka dan membuang kezaliman yang mereka lakukan itu. Umat Islam sekali lagi dikurniakan peluang untuk menyatukan barisan mereka dari berkumpul, melengkapkan kebebasan dan kemerdekaan mereka dan mengembalikan negara dan kesatuan mereka di bawah panji-panji Amirul Mukminin. Firman Allah:
Maksudnya:
“Dan Kami hendaklah memberi kurnia kepada orang-orang yang tertindas di bumi (Mesir) itu dan hendak menjadikan mereka pemim pin dan menjadikan mereka orang­orang yang mewarisi (bumi)”
7. PERTENTANGAN MASYARAKAT
Tamadun baru. Seluruh umat Eropah berjaya berhubung dengan Islam dan umatnya di timur melalui perang-perang salib sementara di barat melalui penghampiran mereka dengan umat Islam di Andalus perhubungan itu tidak sahaja ingin mengambil faedah untuk merasakan kuat atau kesatuan politik tetapi inengambil faedah sampingan yang lain iaitu kesedaran mental dan fikiran yang besar dan mengambil ilmu pengetahuan yang tulen dari Islam dan hasilnya telah melahirkan kebangkitan ilmu pengetahuan yang meluas. Gereja telah bangun menyanggah fenomena ini dengan segala kekuatannya yang mana para sasterawan dan cendekiawan telah dilimpari dengan berbagai keazaban, pencabulan dan merangsangkan rakyat dan negara lain supaya sama-sama menentang mereka. Tetapi kesemuanya ini sia-sia belaka, kebangkitan ilmu akhirnya berjaya penuh kemenangan.
Dengan kebangkitan ini negara Eropah telah sedar dan sebaliknya telah menyerang gereja. Dengan kebangkitan ini juga masyarakat Eropah telah menghapuskan sama sekali kuasa gereja dan meletakkan ahli gereja di tempat ibadat dan bertapa sahaja. Ia juga telah memaksa Pope tinggal di Kota Vatican Masyarakat Eropah telah membatasi kerja ahli-ahli agama hanya berhubung dengan beberapa urusan kehidupan dalam lingkungan yang kecil, Mereka tidak boleh keluar dari lingkungan ini. Agama Kristian di Eropah hanya tinggal menjadi sebagai satu pesaka sejarah sahaja dan sebagai satu faktor mendidik rakyat biasa dan sebagai satu jalan untuk menguasai, menjajah dan menghancurkan pengacau-pengacau politik.
Ruang ilmu makin meluas di kalangan umat Eropah. Lapangan ciptaan, pendedahan mula mengembang, jentera-jentera mula menggandakan pengeluaran, kehidupan mula berwajah baru iaitu kehidupan industri. Serentak dengan ini negara mula menjadi kuat, kuasanya menjangkau ke negara-negara lain. Dunia telah berpaling menghadap umat Eropah dan mencurahkan segala hasil kepadanya. Segala harta benda datang melimpah dari segenap tempat. Dengan ini tidak dapat disangkal lagi bahawa kehidupan Eropah dan tamadunnya yang bertunjang kepada penyingkiran agama dan kenyataan hidup bermasyarakat lebih-lebih lagi dari negara, kehakiman dan sekolah. Pandangan ke arah kebendaan yang keterlaluan dan menjadikannya sebagai ukuran dalam setiap perkara. Berikutan ini bentuk tamadun ini adalah bentuk tamadun meterialis dan bercanggah dengan lunas-lunas yang ditetapkan oleh Islam yang
suci ini yang mana menjadikannya sebagai asas tamadunnya yang mempersatukan di antara rohaniah dan kebendaan seluruhnya.
Di antara petanda-pertanda penting yang sentiasa wujud dalam tamadun barat itu:-
1. Athis dan ragu kepada Allah tidak mempercayai ruh, melupakan balasan akhirat, berdiri dalam lingkungan alam kebendaan yang boleh dirasa. Firman Allah:
Maksudnya:
“Mereka hanya mengetahui yang lahir (sahaja) dari kehidu pan dunia sedang mereka tentang (kehidupan) akhi rat adalah lalai”
2. Pengharusan, berebut-rebut kelazatan, mempelbagaikan kenikmatan, merombak tabi’e alam dari undang-undangnya, memenuhi syahwat perut dan kemaluan, melengkapkan wanita dengan berbagai rupa yang menarik, mempesonakan tubuh dan akal menghapuskan sistem keluarga dan meruntuh kebahagiaan rumahtangga. Firman Allah:
Maksudnya:
“Dan orang-orang yang kafir itu bersenang-senang (di dunia ) dan mereka makan seperti makannya binatang-binatang. Dan mereka adalah tempat tinggal mereka”.
3. Mengagungkan individu. Oleh itu tiap manusia hanya mahu kepentingan diri sendiri sahaja. Mengagungkan kelas-kelas maka tiap-tiap kelas cuba meninggi dari yang lain dan masing-masing mengharap dapat harta yang melimpah tidak perlu kelas-kelas lain. Mengagungkan bangsa. Maka setiap umat fanatik terhadap bangsanya cuba merendahkan bangsa lain bahkan ia cuba menelan bangsa lain yang lebih lemah daripadanya.
4. Riba dan memperakui kebendaan dan menyifatkannya sebagai satu dasar dalam perlakuan dan diperindahkan bentuknya, jenisnya serta disebarkan di kalangan negara-negara dan individu. Manifestasi kebendaan tulen ini telah melahirkan dalam masyarakat Eropah kerosakan jiwa, kelunturan akhlak, lemah untuk memerangi segala jenayah, masalah-masalah menjadi kalut, timbul berbagai prinsip yang meruntuhkan, timbul pemberontakan yang menghancurkan sistem ekonomi, masyarakat dan politik tidak mantap, negara berpecah kepada puak-puak dan parti dan akhirnya orang ramai berbunuhan sesama sendiri kerana tamak dan dendam.
Ternyata tamadun moden ini lemah sama sekali untuk menjamin kedamaian masyarakat manusia, menetapkan ketenteraman dan keharmonian di dalamnya. Ia gagal memberikan kebahagiaan kepada manusia sekalipun pintu ilmu pengetahuan telah dibuka kepada mereka segala faktor-faktor kekayaan dan kemewahan. Pencapaian kuasa dan kekuatan untuk mereka hanya berlalu untuk satu kurun sahaja.
CENGKAMAN KEBENDAAN KE ATAS NEGERI ISLAM
Orang-orang Eropah berusaha giat untuk menenggelamkan seluruh negara Islam yang ditimpa malang terjatuh di bawah kuasanya dengan gelombang hidup kebendaan bersama unsur-unsurnya yang merosak dan kuman-kumannya membunuh itu. Di samping itu mereka sangat-sangat berjaga menahan segala faktor-faktor kebangkitan dan kekuatan umat yang terdiri dari ilmu pengetahuan, sains, perkilangan dan sisem yang berfaedah agar tidak terlepas ke dalam umat ini. Mereka telah memperkukuhkan rancangan “serangan masyarakat” ini dengan bantuan tipu helah politik mereka dan kuasa tentera sehingga tercapai apa yang mereka mahu.
Mereka telah mengumpan pembesar-pembesar umat Islam dengan memberi hutang, kerjasama dan segala kemudahan mereka. Dengan ini mereka telah berjaya mendapatkan hak campur tangan ekonomi dan menenggelamkan negeri umat Islam dengan segala modal mereka, bank-bank dan syarikat­syarikat mereka. Ini ditambah pula mereka sendiri yang menguruskan segala kerja ekonomi itu sebagaimana yang mereka mahu dan memonopoli segala keuntungan dan kekayaan yang melimpah ruah itu. Akhirnya mereka berjaya merubah corak pemerintahan, undang-undang dan pelajaran menurut corak politik, undang-undang dan kebudayaan tulen mereka di negara Islam yang terkuat itu.
Mereka juga telah mengimport ke rumah ini (negara Islam) wanita-wanita mereka yang berpakaian separuh bogel, segala jenis arak mereka, pentas mereka, kelab malam mereka, hiburan mereka, centa-cerita mereka, novel-novel mereka, khayalan-khayalan mereka, mainan mereka dan guruan mereka. Di samping ini mereka telah membenarkan di rumah ini (negara Islam) segala jenis jenayah yang tidak boleh di negara mereka. Mereka telah menghiaskan dunia ini dengan kebisingan suara-suara dosa dan memalitkan noda di mata hartawan-hartawan Islam, orang-orang yang berpengaruh, berkedudukan dan berkuasa dari kalangan umat Islam.
Tidak cukup hanya setakat ini sahaja, mereka telah mendirikan sekolah­sekolah, institusi-institusi pengajian tinggi dalam rumah Islam (negara Islam) dengan melontarkan rasa ragu dan atheis ke dalam jiwa anak Islam, mereka mengajar anak-anak Islam bagaimana rendah diri mereka, menghina agama mereka, tanahair mereka, meninggalkan segala adat dan kepercayaan mereka dan mengagungkan tiap-tiap apa yang datang dari barat. Mereka meyakinkan bahawa apa yang dihasilkan oleh orang-orang Eropah sahaja merupakan contoh yang unggul dalam hidup ini. Sekolah-sekolah ini mengandungi anak-anak Islam dan golongan atasan sahaja dan sengaja dikhaskan untuk mereka. Anak­anak Islam dan golongan ini terdiri dari anak-anak para pembesar, pemerintah
dan orang yang akan mengambil alih kuasa pemenintahan umat dan rakyat ini tidak berapa lama lagi. Sesiapa yang masih belum cukup matang lagi di institusi ini hantaran biasiswa sentiasa dijamin untuk mereka bagi menyempurnakan kematangan pelajaran itu.
Perang masyarakat yang teratur hebat itu sangat berjaya menarik hati setengah umat Islam. Dia merupakan suatu perang yang sangat merbahaya lebih bahaya dari perang politik dan tentera berpuluh kali ganda. Setengah dari kalangan umat Islam cukup terpesona dengan tamadun barat itu dan bercita-cita untuk mencelupkannya dengan celupan Islam. Sehingga Turki mengisytiharkan bahawa dia bukan negara Islam dan mengikut Eropah dengan segala paksaan dan kekerasan di setiap apa yang mereka buat.
Amanullah Khan raja Afghanistan cuba mengikut jejak langkah itu tetapi percubaan itu telah digulingkan. Di Mesir trend pak turut ini menular dengan cepat sehingga kalangan yang berpengaruh terus terang mengatakan, “tidak ada jalan lain lagi untuk maju hanya dengan cara kira mengambil bulat-bulat tamadun ini termasuk segala buruk dan baiknya, segala pahit dan manisnya, segala apa yang disuka atau tidak disuka dan segala hina dan mulianya”. Dari Mesir trend ini merebak dengan cepat ke serata negara Islam di sekitarnya hingga sampai ke barat jauh dan ke Hijaz.
Kesan tamaddun kcbendaan dan cengkamannya ini yang mengesani negara-negara Islam boleh kita bahagikan kepada tiga bahagian:
1. Negara yang dikesani begitu teruk sekali sehingga ke hati dan perasaan di samping merubah segala kedudukan dan rupa di antaranya; Turki Mesir. Pengaruh Islam telah merosot di negara-negara ini dari kalangan masyarakat. Islam telah dilontar ke dalam masjid, surau dan pondok­pondok mengaji Islam sahaja.
2. Negara yang terkesan dengan tamadun ini hanya pada beberapa keadaan dan di upacara-upacara rasmi sahaja seperi Iran dan negara-negara Islam utara Afrika.
3. Negara-negara yang tidak terkesan dengan tamadun ini kecuali di kalangan tertentu sahaja terdiri dari golongan intelek dan pemerintah sahaja tetapi tidak melibatkan orang awam seperti Siria, Iraq, Hijaz, bahagian-bahagian di semenanjung tanah Arab dan kerajaan-kerajaan Islam di sekitarnya.
Walaubagaimanapun gelombang bahaya ini bergerak begitu cepat sekali untuk sampai ke tempat yang belum sampai sebelumnya, ke dalam jiwa, lapisan dan kedudukan masyarakat sekitarnya. Musuh-musuh Islam berjaya menipu fikiran umat Islam dan berjaya meletakkan satu tabir yang menutup mata di setengah-setengah umat Islam yang bersemangat terhadap agamanya dengan memberikan gambaran Islam hanya setakat dalam bentuk aqidah, ibadat, akhlak di samping beberapa upacara-upacara tertentu, khurafat dan manifestasi yang tidak bernilai.
Turut membantu dalam penipuan mereka itu kebodohan umat Islam sendiri terhadap hakikat agamanya sehingga ramai di antara mereka yang bcrpuas hati dan rela dengan gambaran yang diberikan itu. Oleh kerana terlalu lama ditelan masa mereka berkeadaan demikian menjadi cukup susah hendak kita fahamkan kepada mereka bahawa Islam itu suatu sistem masyarakat yang sempurna yang mencakup segenap masalah hidup.
Dengan ini boleh kita katakan bahawa tamadun barat dengan prinsip kebendaannya telah menang dalam krisis masyarakat terhadap tamadun Islam hersama prinsip-prinsipnya yang luhur itu yang merangkumi roh dan benda di bumi Islam sendiri (dan dalam perang yang berselirak itu. Medannya jiwa umat Islam, nyawa mereka, aqidah mereka dan fikiran mereka. Sebagaimana mereka juga telah memenangi di medan politik dan tentera. Kcsemuanya ini tidak menjadi pelik, kenyataan hidup tidak berbelah bahagi dan kekuatan itu terletak kepada semua dan begitu juga kelemahan kepada semua. Firman Allah:
Maksudnya:
“Dan masa (kejadian dan kehancuran) itu Kami pergilirkan di antara manusia (agar mendapat pelajaran)”
Sekalipun prinsip-prinsip dan pengajaran Islam itu sendiri kuat, penuh kesuburan, hidup dan indah ia akan tetap abadi sedemikian kerana ia adalah benar. Hidup manusia tidak akan tegak dengan sempurna dan mulia tanpanya. Sebab dia adalah ciptaan Allah, sebagaimana firman Allah:
Maksudnya:
“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.”
Firman Allah lagi:
Maksudnya:
“Allah tidak menghendaki melainkan men yempurnakan cahaya sekalipun orang-orang kafir tidak men yukai”
B. Kesedaran
Hasil dari permusuhan politik telah menimbulkan kesan kesedaran perasaan kebangsaan. Keterlaluan kebendaan dalam masyarakat telah menimbulkan kesan menyebarkan idea Islam. Timbul suara di sana sini menuntut supaya kembali kepada Islam diajarkan segala hukumnya dan dilaksanakan sistemnya.
Kita hari ini yang akan meruntuhkan bangunan-bangunan tamadun kebendaan di atas kepala ahlinya sudah hampir tiba. Di kala itu mereka akan merasakan betapa roh mereka itu lapa menyala di hati dan di jiwa mereka. Di kala itu mereka tidak akan mendapat apa jua makanan, penyembuhan dan pengubatan melainkan dalam ajaran kitab yang mulia ini. Firman Allah:
Maksudnya:
“Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan pen yembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang beriman. Katakanlah dengan kurnia Allah dan rahmatNya hendaklah dengan itu mereka bergembira. Kurnia Allah rahmatNya itu adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan”
8. DAKWAH KAMI DAKWAH KEBANGKITAN DAN MENYELAMAT
1. Peninggalan yang berat.
Beginilah wahai saudara-saudara, Allah menghendaki kita mewarisi peninggalan yang berat dengan mengikut sahaja dan Allah menghendaki sinar dakwah kamu menyinari di segenap sudut yang gelap dan Allah memberi pcluang kepada kamu meninggikan kalimahnya dan merealisasikan syariatnya dan mendirikan semula negaranya yang baru. Firman Allah:
Maksudnya:
“Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agamanya), sesungguhnya Allah benar-benar maha Kuat lagi maha Perkasa”
2. Matlamat am kami:
Apakah yang kita mahu wahai saudara-saudara adakah kita mahu mengumpulkan harta, sedangkan dia adalah bayangan yang akan lenyap atau adakah kita mahu kemasyhuran yang meluas, sedangkan dia adalah benda yang terbatas adakah kita mahu menjadi gagah di muka bumi ini, firman Allah:
Maksudnya:
“Sesungguhnya bumi (ini) kepunyaan Allah, dipesakakannya kepada siapa yang dikehendakinnya dari hamba-hambaNya...”
Dan kita membaca firman Allah tabaraka wata’ala”
Maksudnya:
“Negeri akhirat itu Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin men yombongkan diri dan berbuat kerosakan di (muka) bumi dan kesudahan (yang baik) itu adalah bagi orang-orang yang bertakwa”.
Allah menjadi saksi bahawa kita tidak mahu sesuatu daripada ini dan bukan tujuan inii kita berusaha dan bukan kepadanya kita menyeru tapi saudara sekalian ingatlah selalu bahawa saudara sekalian ada dua matlamat asasi:
1. Membebaskan tanahair Islam dari sebarang kuasa asing, ini adalah hak semula jadi setiap insan tidak boleh dinafikan kecuali orang zalim atau bersifat kuku besi.
2. Sebuah negara Islam yang bebas mengamalkan undang-undang Islam, melaksanakan sistem dalam masyarakat, mempernyatakan prinsip­prinsipnya lurus itu dan menyampaikan dakwahnya kepada manusia mesti ditegakkan. Selagi Ia tidak tertegak sesungguhnya seluruh umat Islam berdosa dan bertanggungjawab di hadapan Allah ‘azza wa jalla tentang kecuaian dan kelemahan mereka mewujudkannya.
Suatu pencabulan ke atas prinsip kemanusiaan dalam suasana yang panik ini jika tertegak sebuah negara yang bersorak dengan prinsip-prinsip zalim dan meneriakkan slogan-slogan zalim dan tidak terdapat di kalangan manusia ini orang yang berusaha menegakkan sebuah negara hak, adil dan sejahtera.
Kita mahu melaksanakan dua matlamat ini di lembah Nil, negen-negeri Arab dan di setiap bumi dibahagiakan oleh Allah dengan aqidah Islam iaitu Ad-Deen, nasionaliti dan aqidah yang menyatukan seluruh umat Islam.
3. Matlamat khas kita.
Kita mempunyai beberapa matlamat khas selepas dua matlamat tadi iaitu masyarakat tidak akan menjadi sempurna Islam kecuali setelah dilaksanakan matlamat ini. Igatlah wahai saudara. lebih daripada enam puluh peratus orang­orang Mesir hidup lebih rendah daripada hidup binatang, mereka mendapat makanan dengan bckcrja hempas pulas. Sesungguhnya Mesir diancam kebuluran yang membunuh dan terdedah kepada timbunan masalah ekonomi
yang tidak dapat diketahui bagaimana mengatasinya kecuali hanya Allah. Di Mesir terdapat lebih dari tiga ratus dua puluh syarikat asing yang memonopoli sektor awam di seluruh negara.
Jentera-jentera perniagaan, perkilangan dan sektor-sektor ekonomi semuanya di tangan asing yang mengenakan riba. Segala kekayaan harta benda secepat kilat berpindah ke tangan mereka dan tangan peribumi. Mesir merupakan negara yang paling teruk menderita berbagai penyakit dan kecacatan dan lebih dari 90% rakyat Mesir diancam oleh kelemahan bentuk tubuh badan dan cacat pancaindera. Mesir masih lagi sampai sekarang mengalami buta huruf. Bilangan yang terpelajar tidak satu perlima ini termasuk lebih dari seratus ribu orang yang berpelajaran tidak lebih dari sekolah yang diwajibkan.
4. Jenayah berganda
Sehingga jel mengeluarkan lebih ramai dari sekolah. Di samping itu Mesir tidak mampu hingga sekarang ini untuk menyediakan satu pasukan tentera yang lengkap dan sempurna hal seumpana ini juga berlaku di seluruh, memerangi ke-hal seumpama ini juga berlaku di seluruh dunia Islam. Menjadi matlamat kamu sekalian berusaha memperbaiki pelajaran, memerangi kemiskinan, kebodohan, penyakit, jenayah dan membentuk masyarakat yang ideal yang berhak diserapkan ke dalani syariat Islam.
5. Cara am kita
Bagaimana kita boleh sampai ke matlamat-matlamat ini. Syarahan­syarahan, ceramah-ceramah, berutus surat, kursus, mengkaji sebab-sebab kelemahan kesemuanya ini tidak mencukupi dan tidak banyak memberi faedah dan tidak dapat melaksanakan matlamat dan tidak dapat menyampaikan mereka yang diseru itu ke matlamat tadi. Walaubagaimanapun untuk berdakwah ada beberapa cara yang perlu diambil dan dilaksanakan. Cara-cara am untuk berdakwah tidak lebih dan tidak kurang dari tiga perkara:
1. Iman yang mendalam
2. Pembentukan yang rapi
3. Kerja terus menerus
Inilah cara am untuk kamu wahai saudara maka imankanlah dengan fikiran kamu, berkumpullah di sekitarnya, berusahalah dan teguhkanlah.
6. Cara-cara sampingan
Selain cara-cara am tadi terdapat cara sampingan yang perlu diambil dan diikuti, diantaranya ada yang positif, ada yang negatif, ada yang selaras dengan adat manusia. ada yang terkeluar, menyalahi dan bertentangan dengan adat manusia, ada yang lembut, ada yang keras. Jadi, perlulah kita melatih diri kita menanggung kesemua perkara tersebut dan bersedia untuknya hingga terjamin kejayaan.
Kadang kala kita diminta supaya menyalahi adat dan kebiasaan. Kita diminta supaya keluar dan sistem dan kedudukan yang telah dibiasakan oleh orang ramai. Maka hendaklah kamu mengenalinya. Sebenarnya tidak dikatakan dakwah melainkan keluar dari kebiasaan manusia dan merobah segala adat dan kedudukan. Apakah kamu sekalian bersedia untuk itu wahai saudara.
7. Kebimbangan
Ramai orang akan berkata risalah-risalah ini apa gunanya. apakah berfaedah dalam membangun umat dan menyusun masyarakat bersama dengan masalah yang berlarutan ini dan keadaan ini sudah menjadi biasa dengan segala kebejatan ini, bagaimana kamu hendak memperbaiki ekonomi tanpa riba, bagaimana kamu hendak lakukan dengan masalah wania, bagaimana kamu hendak mengambil hak kamu tanpa kekuatan?
Ketahuilah wahai saudara segala was-was syaitan yang dicampak ke dalam cita-cita setiap muslim itu (reformer) akan dihilangkan oleh Allah dan Dia amat mengetahui dan bijaksana. Ingatlah wahai saudara, sejarah ada menceriakan kepada kita tentang kisah umat-umat yang telah lalu dan sekarang mengandungi berbagai pengajaran dan penyedaran. Umat yang berjuang untuk hidup tidak boleh mati.
8. Halangan-halangan di jalan kita
Saya suka berterus terang kepada kamu sekalian, sesungguhnya dakwah kamu itu masih tidak dikenali oleh ramai, pada hari mereka mengenalinya dan mengetahui matlamat dan objektifnya ia akan menerima tentangan dan permusuhan yang hebat. Kamu akan dapati di hadapan kamu berbagai kesusahan dan halangan yang akan menghalang kamu. Pada masa itu kamu barulah mula mengikut jalan ahli-ahli dakwah. Adapun sekarang mereka masih tidak mengetahui lagi, kamu masih di peringkat awal dakwah dan kamu tentu bersedia apa jua yang dikehendaki oleh perjuangan dan jihad.
Kejahilan rakyat tentang hakikat Islam akan menjadi penghalang jalan kamu. Kamu akan dapati ahli-ahli agama dan ulama-ulama yang rasmi menjadi orang yang hairan dengan fahaman Islam kamu dan tidak mengakui jihad kamu. Pada pemimpin, ketua, orang-orang kenamaan dan orang-orang yang menpunyai kuasa akan membenci kamu. Semua pemerintah akan bekerjasama menjadi penghalang di hadapan muka kamu dan setiap pemerintah itu akan cuba menyekat aktiviti-aktiviti kamu dan meletak halangan di tengah jalan kamu.
Lanun-lanun juga akan berganding bahu di setiap jalan untuk menyerang kamu dan memadam sinar dakwah kamu. Mereka akan meminta bantuan pemerintah-pemerintah yang lemah dan orang-orang yang akhlaknya dhaif dan tangan-tangan yang sengaja meminta kepada mereka untuk tujuan yang sama. Kamu dimusuhi dan dibenci semuanya akan menimbulkan keraguan dan tuduhan yang zalim tcrhadap dakwah kamu, mereka akan berusaha menimpilkan segala kekurangan terhadap dakwah kamu dan melahirkankepada manusia dalam gambaran yang paling hodoh bergantung kepada kekuatan dan kekuasaan yang adsa pada mereka. Mereka akan menindas dengan harta dan kuasa mereka. Firman Allah:
Maksudnya:
“Mereka itu mahu memadamkan agama Allah dengan mulut mereka dan Allah men yempurnakan agamaNya sekalipun dibenci orang-orang kafir”.
Dengan ini kamu akan memasuki tingkat percubaan dan ujian akan datang iaitu kamu akan dipenjara, ditangkap, dipindahkan, dipencilkan, dan dirampas segala harta benda kamu, disekat kerja-kerja kamu dan rumah kamu digeledah, boleh jadi masa ujian kamu ini panjang. Firman Allah:
Maksudnya:
“Apakah manusia itu men gira mereka ditinggalkan begitu sahaja untuk berkata kami telah beriman sedan gkan mereka tidak diuji.”
Tetapi Allah telah berjanji kepada kamu selepas kesemuanya ini iaitu kemenangan orang-orang mujahidin dan pahala orang yang berusaha baik. Firman Allah:
Maksudnya:
“Hai orang-orang yang beriman, sukalah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat men yelamatkan kamu dari azab yang pedih”
Maka apakah kamu tetap hendak menjadi penyokong-penyokong Allah?
Faktor-faktor kejayaan
Suatu hak kita menyebut wahai saudara di hadapan segala rintangan ini bahawa kita berdakwah dengan dakwah Allah iaitu dakwah yang paling tinggi dari dakwah-dakwah yang lain. Kita menyeru dengan idea Islam suatu idea yang paling kuat dan kita kemukakan kepada manusia syariat Al-Quran iaitu syariat yang paling adil. Firman Allah:
Maksudnya:
“Celu pan Allah dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah”.
Seluruh alam memerlukan dakwah ini, setiap apa yang berada di dalamnya mendorongkannya dan memberikan jalannya. Kita sesungguhnya bersyukur kepada Allah bahawa kita terlepas dari ketamakan diri, jauh dari muslihat diri, kita tidak bermaksud selain dari Allah dan kebajikan manusia, kita tidak bekerja melainkan kerana mencari keredhaanNya, kita sesungguhnya sentiasa menunggu sokongan dan pertolongan dari Allah, sesiapa yang ditolong oleh Allah dia tidak akan kalah. Firman Allah:
Maksudnya:
“Yang demikian itu kerna sesungguhnya Allah adalah pelindung orang-orang yang beriman dan kerana sesungguhnya orang-orang kafir itu tiada mempunyai pelindung”.
Kekuatan dakwah kita, keperluan dunia kepadanya, kemurnian tujuan kita dan sokongan Allah kepada kita adalah faktor-faktor kejayaan kita yang tidak dapat digugat oleh sebarang golongan dan tidak dapat dihalang oleh sebarang halangan di jalannya. Firman Allah:
Maksudnya:
“Dan Allah berkuasa terhadap urusannya tetapi kebanyakkan manusia tiada mengetahuinya ”.
9. WASIAT
Wahai ikhwan muslimin dengarlah!
Apa yang saya mahu dengan kalimat-kalimat ini ialah untuk meletakan fikiran kamu di hadapan pandangan kamu sekalian, boleh jadi detik-detik yang mencemaskan akan menanti kita, yang akan menghalang di antara saya dengan kamu hingga ke suatu ketika, maka di ketika itu saya tidak akan dapat bercakap atau menulis kepada kamu, jadi saya berwasiat kepada kamu sekalian; telitilah segala kalimat ini, ingatilahnya sedaya kamu yang boleh dan bersatulah
padanya dn sesungguhnya di setiap kalimat ini mengandungi erti-erti yang sangat padat.
Wahai saudara; kamu sekalian bukan satu pertubuhan kebajikan, bukan parti politik juga bukan suatu lembaga yang dibentuk untuk tujuan-tujuan yang terbatas. Tetapi kamu adalah suatu jiwa (roh) baru yang mengalir di hati umat ini yang dihidupkan dengan al-Quran. Kamu adalah suatu cahaya baru yang bersinar, yang memusnahkan kegelapan kebendaan dengan mengenali Allah, Kamu adalab suatu suara yang bergema tinggi melaungkan dakwah Rasulullah s.a.w. Adalah suatu hak yang tidak ada tandingnya kamu merasakan bahawa kamu membawa tangungan ini setelah manusia membuang (tidak mahu membawanya).
Andainya kamu ditanya, kepada apa kamu berdakwah. Katakanlah, kami berdakwah kepada Islam yang dibawa oleh Muhammad s.a,w. dan kerajaan sebahagian daripadanya dan kemerdekaan salah satu dari kcfardhuannya. Andainya kamu ditanya ini adalah politik. Katakanlah, inilah dia Islam dan kami tidak tahu pembahagian seperti ini. Andainya kamu ditanya, ini adalah politik. Katakanlah, inilah dia Islam dan kami penyeru revolusi. Katakanlah, kami adalah penyeru kebenaran dan kedamaian yang kami imani dan berbangga dengannya. Jika kamu mengacau kami dan menghalang dakwah kami, Allah membenarkan kami niempertahankan diri kami dan kamu adalah pcngacau yang zalim. Andainya kamu ditanya, kamu minta bantuan dan orang-orang perseorang dan pertubuhan, katakanlah, kami hanya beriman kepada Allah sahaja dan kami kafirkan apa yang kamu persekutukan. Jika mereka berkeras mcneruskan permusuhan mereka katakanlah, kami tidak mahu orang-orang yang bodoh.
10. KEWAJIPAN Wahai saudara;
Berimanlah kamu kepada Allah, perkukuhkanlah mengenal dan bergantung kepadaNya, janganlah kamu takut dan gerun selain dariNya, tunaikanlah segala kewajipanNya dan jauhilah laranganNya. Berakhlaklah kamu dengan akhlak yang mulia dan sempurna. Jadilah kamu orang-orang yang kuat dengan akhlak, mulia dengan apa yang dikurniakan oleh Allah kepada kamu iaitu kemuliaan orang mukmin dan orang-orang yang bertaqwa lagi salihin. Hadapilah Quran untuk mengkajinya dan terhadap sirah nabawiah kamu bermuzakarah. Kamu hendaklah menjadi orang yang praktikal bukan orang­orang yang berhujah sahaja, apabila Allah berikan sesuatu kaum itu hidayat
maka diberinya ilham untuk beramal. Sesuatu kaum itu tidak sesat selepas mereka mendapat pertunjuk kecuali orang-orang yang suka berhujjah.
Kasih mengasihilah di antara kamu dan jaga serapi-rapinya ikatan kamu sebab dia merupakan rahsia kekuatan kamu dan tunjang kejayaan kamu dan tetapkanlah diri kamu sehingga Allah buka di antara kamu kaum kebenaran. Dialah sebaik-baik pembuka.
Dengar dan patuhlah kepada pemimpin kamu di masa susah dan senang, ketika segar dan lesu Dialah simbol idea kamu dan bulatan penghubung di antara kamu. Tunggulah selepas itu kemenangan dan sokongan dari Allah peluang tetap kunjung janganlah ragu terhadapnya.

No comments: