Sunday, May 31, 2009

Di waktu Hening Pagi


Sucikan jiwamu wahai insan dari segala dosa dan noda, tiada yang dapat menjamin keselamatan bagi dirimu melainkan Allah...
ingatlah kita hanya hidup melalui 3 hari :
1- kemarin, sejarah yang xakan berubah selama-lamanya.
2- hari ini, sedang kita laluinya masih boleh kita mengubahnya.
3- esok suatu yang belum pasti menjamin kehidupan kita. rancangkanlah sebaik-baiknya demi masa depan diri & Islam tercinta..

Monday, May 11, 2009

Cabaran Politik Gerakan Islam

CABARAN POLITIK GERAKAN ISLAM
DALAM ERA ‘PENDEMOKRASIAN’ DI ALAF BARU[1]

PENGENALAN
Kertas ini membincangkan faktor-faktor ‘contemporary’ mengenai cabaran politik Gerakan Islam terutamanya penglibatan mereka dalam proses ‘democratization’ atau ‘pendemokrasian’ menjelang alaf baru ini. Penglibatan politik gerakan Islam yang ada di Malaysia juga tidak dapat dipisahkan dengan gelombang ‘Islamic revival’ yang ada ini.

Namun realitinya gerakan Islam di tahun-tahun kebelakangan ini sedang menghadapi berbagai-bagai tragedi yang sambung-menyambung serta pelbagai suasana yang sukar lagi menyulitkan. Ini menyebabkan gerakan Islam di merata pelusuk dunia cuba menoleh kembali kepada ‘garis percubaan’ yang telah ditempuhi oleh mereka sejak jatuhnya kerajaan Islam Othmaniah di Turki.


REALITI CABARAN YANG ADA

Kita kian hampir dengan realiti alaf baru yang akan menjadi mercu kepada ‘a strange new world of change and uncertainty’. Ia mungkin amat menarik bagi sesetengah orang namun realitinya adalah suatu yang tidak menentu dan berkemungkinan amat menggerunkan. Penulis amat bersetuju dengan pandangan yang di utarakan oleh Hamish Mcrae[2] yang mengolah realiti alaf baru ini. Antara lain beliau menyatakan;

“Few of us can easily imagine a future which is not, at best, insecure; many fear social breakdown, poverty, technological tyranny, environmental catastrophe, war, despair. Are they right ?”[3]


Begitu juga dengan prospek serta masa depan gerakan Islam terutamanya selepas ‘kemenangan’ demokrasi Barat ke atas faham serta ideologi Komunis. Bagi penulis persoalan-persoalan berikut harus di jawab;

Apakah gerakan Islam akan mampu ‘survive’ dengan pelbagai cabaran yang lebih besar di dalam kerangka ‘demokrasi’ yang di‘iktiraf’ sebagai paling ‘legitimate’ di abad mendatang ini?

Apakah gerakan Islam juga akan mampu turut ‘bersaing’ dengan perkembangan teknologi yang lebih canggih berbentuk ‘boarderless world’ ini?

Atau apakah kedudukan gerakan Islam dari sudut masa depan sosio-politik di negara-negara umat Islam sendiri?

Bagi penulis ‘era pendemokrasian’ yang sedang berjalan sekarang ini juga sedang menjadi ‘test case’ ke atas kebanyakan negara-negara umat Islam terutamanya di Timur Tengah – samada mereka terus menerus di lindungi oleh Barat tanpa sebarang usaha ke arah pendemokrasian yang lebih baik dan mereka terus kekal sebagai negara yang bersifat autokratik ataupun ruang ‘demokrasi’ akan di buka untuk mereka. Penulis amat bersetuju dengan pandangan yang diberikan oleh Frank Comes dan Christoper Power;

“Global politics is aslo entering a new age. Constitutional democracy is sweeping through Central Europe, Rusia, Latin America, Korea and Taiwan. Ideas transmitted by satellite broadcasts, fax machines, and Internet ports are praying open even authoritarian regimes”.[4]

Namun apa yang jelas, kemenangan demokrasi Barat ke atas ideologi Komunis sering digembar-gemburkan sebagai kemenangan ‘prinsip keadilan dan persamaan’ sejagat ke atas sistem kuku besi yang menindas. Barat sering mencanangkan agar dunia Islam kembali melakukan perubahan ke arah wujudnya sistem bernegara yang lebih demokratik dengan memberi kebebasan kepada rakyat untuk membuat pilihan. Namun Barat juga menyedari bahawa ‘kepentingan mereka’ akan terancam dengan ‘democratic reform’ yang sedang berlaku di dunia Islam kerana ia akan memberi ruang yang luas kepada perkembangan ‘Muslim rule’.

Walaupun di kebanyakan negara-negara umat Islam terdapat percampuran pelbagai ideologi, namun gerakan Islam yang berjuang samada melalui proses demokrasi atau sebaliknya dilihat sebagai saingan terpenting golongan elit yang memerintah dalam proses mendapatkan kuasa. Sejarah awal serta kepentingan sosial dan politik arus kebangkitan Islam yang sedang berlaku sekarang ini juga telah dikelirukan dengan label golongan ‘fundamentalis Islam’ atau ‘militan Islam’ yang begitu rakus mahukan kuasa politik. Perkembangan ini menjadi suatu fenomena yang paling disalah faham oleh Barat sendiri.

Begitu juga dengan ‘salah faham’ Barat terhadap kebangkitan Islam yang mengenepikan langsung akar-umbi dan dan pemahaman terhadap gerakan Islam. Revolusi Iran yang berlaku pada tahun 1979 adalah merupakan satu kejutan yang amat besar bukan saja kepada Barat tetapi juga kepada golongan cendekiawan yang mengkaji mengenai politik sejak tiga abad yang lalu. Mereka sendiri tidak langsung menjangkakan bahawa kerajaan Shah akan jatuh ke tangan golongan ulama yang diangggap sebagai golongan fundamentalis.

Namun bagi penulis, realitinya tetap seperti gambaran yang ada sekarang ini. Kalau di abad ini gerakan Islam dianggap sebagai suatu ‘ancaman’ maka begitulah juga dengan abad yang mendatang ini. Malahan cabaran terhadap gerakan Islam adalah dijangkakan lebih hebat lagi.

Cuba kita sama-sama renungkan senario berikut; Pada bulan Ogos 1998 telah berlaku peristiwa pengeboman ke atas dua kedutaan Amerika di Afrika iaitu di Tanzania dan Kenya yang mengakibatkan banyak nyawa yang terkorban. Pada bulan yang sama juga beberapa bom telah diletupkan di Omagh, Ireland Utara yang juga mengorbankan banyak nyawa. Seperti yang dijangkakan media-media utama dunia terus mengaitkan peristiwa di Afrika dengan serangan dari kelompok ‘Islamic terrorist’ dan ‘fundamentalists’ manakala apa yang berlaku di Ireland hanya di kaitkan dengan kumpulan ‘the real IRA’.

Malahan Washinghton mengambil sikap untuk ‘retaliate’ peristiwa ini dengan menyerang dan mengebom Khartoum di Sudan dan Khost di Afghanistan yang dianggap sebagai sarang kepada ‘Islamic terrorist’ ini.. Apa yang menariknya Setiausaha Negara Amerika, Madeleine Albright telah menegaskan bahawa peristiwa Ogos yang berlaku di Afrika adalah merupakan “the war of the future”.

Jika kita teliti pula era tamatnya ‘Cold War’, banyak perkembangan serta peristiwa penting yang telah berlaku di dunia ini – perjanjian damai antara Palestin dan Israel, usaha pengurangan penggunaan senjata nuklear, kehancuran Bosnia serta peperangan di Chechnya - yang kesemuanya ini menunjukkan perubahan yang menakjubkan selepas kehancurann Kesatuan Soviet.


ISU PENENTU UTAMA DI ALAF BARU

i. Perubahan kuasa dunia dari bentuk ‘Bi-polar’ kepada ‘Unipolar’

Kejatuhan Kuasa Besar Soviet Union serta tamatnya era ‘Cold War’ kini telah merubah ‘International System’ yang wujud sejak dari Perang Dunia Kedua lagi. Dunia yang dahulunya berbentuk ‘bipolar’ di mana Kuasa Besar Soviet sentiasa bersaing dengan Amerika Syarikat dalam segenap bidang kini sudah hancur. Ini menjadikan Amerika Syarikat di anggap sebagai satu-satu Kuasa Besar, kini tidak lagi menghadapi saingan ynag hebat dari kuasa-kuasa besar lain.

Namun peringatan yang diutarakan oleh Garry Wills[5] perlu diberi perhatian oleh kita. Beliau menyatakan bahawa;

“The United States considered itself not only a legitimate leader but actually more legitimate than indigenous leaders who did not meet the U.S. definition of freedom-loving behavior. Washington ‘led’ people by removing inauthentic leaders-the enemies of freedom-even when the people has chosen them”[6]

Inilah yang sedang di lakukan oleh kuasa besar Amerika dalam menentukan penguasaan mereka terhadap kebanyakan negara di dunia ini terutamanya negera-negara umat Islam. Banyak pemimpin dunia yang telah ‘diganti’ atas desakan Amerika yag lebih berbentuk ‘covert action, sabotage and threats’

Sebagai contohnya penguasaan Washington di Timur Tengah yang dianggap begitu penting bagi keutuhan politik serta ekonomi mereka. Sehingga kini mereka terus menerus mengekalkan ‘hegemony’ mereka kerana terlalu banyak kepentingan yang ada di rantau ini. Usaha untuk mengekalkan regim berbentuk ‘puppet leadership’ dilakukan untuk menjamin penguasaan Amerika. Mereka tidak lagi menjajah secara ‘fizikal’ tetapi menguasai hampir keseluruhan sektor pentadbiran yang ada di sesebuah negara. Ini ditegskan sendiri oleh Wills yang menyatakan bahawa; “It did not want to annex the countries but to use them - call it ‘security imperialism’[7]

Malahan menurut Robert Blackwill[8] seorang pakar mengenai keselamatan di Timur Tengah, beliau menyatakan bahawa Amerika Syarikat mempunyai 3 kepentingan utama di Timur Tengah;[9]
i. Mempastikan pejalanan ‘energy’ seperti minyak dan gas berjalan secara baik.
ii. Menyekat sebarang kemasukan senjata yang boleh memusnahkan.
iii. Mempertahankan keselamatan negara Israel.

Beliau menambah lagi, kini terdapat 6 ancaman utama terhadap kepentingan Amerika Syarikat di Timur Tengah. Cita-cita bersifat ‘hegemonic’ Iran dan Iraq di Teluk. Senjata berbentuk ‘mass destruction’ dan peluru berpandu yang di kendalikan oleh Iran. Kelemahan dalaman regim di negar-negara Arab. “Stalemate’ dalam perjanjian Israel-Palestin. Fundamentalis Islam. Beliau turut menggaris dari sudut ‘operational objectives’ Amerika Syarikat di Timur Tengah. Antaranya;[10]

Mempertahankan perjalanan minyak – Amerika berjaya mencapai objektif ini “Keep Saddam in the box” – berjaya. ‘Isolate’atau menyepikan Iran – gagal. Memperlambatkan rancangan senjata peluru berpandu Iran – kejayaan bercampur-campur. Mempertahankan ‘pro-status quo’ pemimpin-pemimpin negara Arab yang di anggap ‘moderate’ atau ‘sederhana’ - berjaya. Inilah reliti yang perlu di fahami oleh gerakan Islam terutamanya di Timur tengah di dalam menghadapi cabaran-cabaran yang begitu besar ini. Kuasa besar Barat khususnya Amerika Syarikat tidak akan secara mudah ‘melepaskan’ kepentingan mereka di rantau tersebut kerana ‘stake’ nya adalah amat tinggi bagi masa depan penguasaan sosio-politik mereka.


ii. Perlumbaan penguasaan ‘natural resources’ dunia terutamanya minyak dan gas.

Abad mendatang ini juga menjangkakan akan berlakunya suatu bentuk ‘perebutan’ penguasaan pengunaan kuasa ‘energy’ dunia yang lebih sengit. Melihat kepada jadual 1 adalah jelas bahawa pengunaan minyak dan gas akan tetap merupakan bahan ‘natural resource’ terpenting di abad akan datang ini. Negara yang maju seperti Amerika Syarikat, Perancis, Jerman, Jepun serta Britain akan terus bergantung kepada sumber asli ini untuk menggerakkan ekonomi serta pembangunan industri mereka meskipun telah ada peningkatan penggunaan kuasa nuklear sebagai sumber tenaga yang penting (sila rujuk lampiran 1).

Namun apa yang menariknya jika kita teliti Jadual 2, adalah jelas bahawa ‘crude oil reserve’ yang akan masih tinggal di dunia ini akan tertumpu di negara-negara umat Islam. 'Reserve' yang ada di Amerika Syarikat serta kebanyakan negara Eropah lain di jangkakan tidak akan kekal lama berbanding dengan di negara-negara umat Islam.


iii. Sikap ‘double standard’ Barat khususnya Amerika Syarikat terhadap kebangkitan Islam

Sikap ‘double standard’ polisi Amerika Syarikat terhadap negara umat Islam adalah amat jelas. Sekiranya kita perhatikan persoalan ‘hak asasi manusia dan demokrasi’ yang di canangkan oleh mereka di kebanyakan negara di dunia ini, namum ianya tidak berlaku di kebanyakan negara-negara Islam terutamanya di Timur Tengah. Cuba kita perhatikan dua ‘kes’ yang penting ini;

a. Perjanjian damai Israel-Palestin

Apa yang berlaku dalam perjanjian damai yang di 'brokered' oleh Amerika Syarikat yang membawa kepada kepada perjanjian ‘Wye Memorandum’. Menurut Richard Norton[11] perjanjian ini tidak sekali-kali menunjukkan bahawa Amerika (atau Israel) tidak memberi sebarang perhatian terhadap persoalan ‘rule of law’ di kalangan rakyat Palestin. Apa yang lebih mengejutkan lagi adalah pendedahan Norton bahawa “so long as the Palestinian Authority corrals the alleged extremists, thereby satisfying Israeli demands, it is clearly permissible to dispense with legal niceties’.[12]

b. Documen National Security Council ((NSC)

Menurut Norton[13], dokumen bertajuk ‘A National Security Strategy for a Century’ yang di sediakan oleh NSC pada bulan Mei 1997 dengan jelas mengenepikan sebarang pandangan mengenai ‘demokrasi dan hak asasi manusia’ di Timur Tengah. Walaupun dokumen tersebut menekankan persoalan kepentingan Amerika di wilayah itu, namun ‘it does not consider the promotion of democracy in the Middle East as a particular aim”. Sebaliknya matlamat mereka di Timur Tengah didefinasikan sebagai ‘peace and stability’[14]

Bagi penulis, polisi bagi mengenepikan persoalan ‘demokrasi dan hak asasi manusia’ di Timur Tengah ini dengan jelas bertentangan dengan sikap Amerika Syarikat di wilayah-wilayah lain seperti Afrika, Asia serta Eropah Timur.

Malahan Edward Djerejian yang merupakan Timbalan Setiausaha Negara mengenai Hal Ehwal Timur Tengah apabila melihat kekuatan pergerakan Islam FIS yang hampir mencapai kemenangan melalui sistem demokrasi dan pilihanraya, beliau menegaskan bahawa; ‘democratic’ system that permitted one man, one vote, one time would find no support in Washington’

Sikap ‘double standard’ berterusan Amerika ini terhadap keganasan rampasan kuasa tentera Algeria pada tahun 1992 lebih menjelaskan lagi ‘pekung’ Amerika Syarikat terhadap gerakan Islam. Sehingga kini konflik peperangan di Algeria telah memakan korban lebih dari 100,000 nyawa penduduk tempatan dan tidak ada tanda-tanda penyelesaian yang konkrit yang sedang diusahakan oleh mana-mana badan antarabangsa sehingga sekarang.

Dalam konfllik di Algeria ini, penulis amat bersetuju dengan satu pandangan yang diberikan oleh akhbar pojok Asian Wall Street Journal. Antara lain ia menyatakan;

“It might be that the secular government was concerned that truly free elections would empower leaders who seek to shroud Algeria in a veil of intolerant religious fanaticism. If that is the case, its fear are unwarranted. In a truly open system, a radical, Islamic government would not stay in office long if it took its agenda too far, trampling on the lifestyles of those who elected it. By contrast, stifling Islamic voices only breeds discontent, the sustenance of all extremist groups”[15]


iv. Konsep ‘dual containment’ Amerika Syarikat

Amerika Syarikat serta sekutunya juga turut melaksanakan konsep ‘dual containment’ ini apabila berhadapan dengan konflik. Menurut Gary Sick,[16] polisi Amerika dengan meletakkan Iran sebagai ‘principal target’ di negara Teluk bermula pada awal 1990an. Ini adalah akibat dari ‘penemuan’ Israel bahawa ‘Iran was the greatest existing and potential threat to world peace and regional stability’[17]

Namun menurut Gary Sick kedua-dua negara iaitu Israel dan Amerika Syarikat mempunyai ‘hidden agenda’ mereka tersendiri dengan meniupkan ‘anti-Iran rhetoric’. Kerajaan Israel pada waktu itu sedang mencari jalan untuk berdamai dengan musuh tradisinya iaitu Palestin, manakala, Amerika Syarikat pula sentiasa memberikan ‘full and unquestioning support’ kepada Israel yang mengambil risiko untuk ‘berdamai’ dengan Palestin. Maka strategi mereka menjadikan Iran sebagai musuh utama lebih merupakan satu strategi untuk ‘divert attention’[18]


v. Pengunaan Information Technology (IT) sebagai senjata ‘peperangan’

Perkembangan yang sedang berlaku dalam teknologi IT adalah amat penting bagi gerakan Islam memanfaatkannya. Ini adalah kerana senjata ‘internet’ sekarang sedang menjadi satu-satu senjata berbentuk ‘publicity/propaganda’ yang begitu efektif. Ianya murah dan mampu sampai kepada sasaran yang lebih luas dari bahan bercetak. Seperti kata Cathy Gormley;[19] “The internet is just one of the new weapons used to plunge the world’s conflict into other dimensions. The computerwizards and information Technology (IT) prodigies are now as important as the conventional warriors, with his gun and ammunition. These It experts are able to wage a war of words on their enemy, in an arena never before more public”[20]. Begitu juga dengan pandangan yang diutarakan oleh Richard Norton; “Pan-Islam also includes the new media of global communications. Scholars are only beginning to explore the phenomenon of networks of Muslims communicating over the internet, where new versions of politics and the fundamentals of Islam are actively debated”[21].


GERAKAN ISLAM DAN ‘ERA PENDEMOKRASIAN’

Persoalan sekarang adalah apakah benar telahan awal Barat serta sekutunya bahawa Islam dan gerakan Islam adalah tidak sesuai dengan proses demokrasi? Malahan tuduhan bahawa gerakan Islam yang seringkali digembar-gemburkan sebagai anti-demokrasi kembali menjadi persoalan pokok. Ruang bernafas yang diberikan kepada gerakan Islam di kebanyakan dunia Islam untuk turut terlibat dalam proses demokrasi sejak awal tahun 1980’an kini kembali dinafikan seperti mana yang sedang berlaku di Mesir, Algeria, Tunisia, Turki dan Jordan.

Contoh kedudukan beberapa gerakan Islam dalam proses percaturan politik di dunia Islam, (lihat Lampiran 3). Carta tersebut dengan jelas menunjukkan bahawa dikebanyakan negara-negara umat Islam tidak wujud sebarang bentuk perjalanan demokrasi dalam ertikata yang boleh diterima oleh Barat ataupun pertubuhan hak asasi manusia. Tetapi kebanyakan kerajaan ini terus menerus ‘dipertahankan’ oleh Barat kerana kepentingan geografi yang strategik bagi menjamin masa depan Israel serta ekonomi minyak dan gas yang menjadi sumber terpenting bagi perkembangan industri dunia.

Pada hakikatnya penglibatan gerakan Islam dalam proses demokrasi adalah lebih merupakan satu proses berorientasikan ‘safety valves’ di mana selagi gerakan Islam dilihat sebagai tidak menjadi ancaman kepada golongan ‘establishment’ yang berkuasa maka selagi itulah mereka akan dibenarkan turut terlibat dalam proses demokrasi. Garis pemisah telah ditetapkan kepada gerakan Islam di dalam kerangka demokrasi itu sendiri.

Apa yang berlaku di Turki dan Algeria adalah contoh terbaik di mana penglibatan gerakan Islam dalam proses demokrasi telah dianggap sebagai ‘ancaman’ kerana telah dianggap melampaui garis pemisah yang telah ditentukan oleh golongan establishment. Apabila dirasakan kepentingan mereka tergugat maka dengan mudah dilemparkan tuduhan bahawa jika gerakan Islam dibenarkan terlibat dalam proses demokrasi mereka sendiri akan menghancurkan demokrasi itu.

Banyak contoh-contoh yang membuktikan bahawa gerakan Islam sanggup bergerak di bawah bidang kuasa dan undang-undang yang ada, tetapi mereka telah dinafikan segala hak yang ada di dalam sistem demokrasi itu sendiri seperti yang berlaku di Tunisia, Moroko, Algeria dan baru-baru ini di Turki. Negara-negara seperti Yaman, Pakistan dan Malaysia di mana gerakan Islam dibenarkan bergerak di dalam proses demokrasi dan pilihanraya, mereka telah dapat membuktikan suatu sikap dan tanggungjawab yang amat tinggi serta menghormati prinsip-prinsip demokrasi itu sendiri.

Walaubagaimanapun, di tempat-tempat di mana gerakan Islam hampir-hampir dapat mengambil alih kuasa politik melalui proses pilihanraya, prinsip demokrasi pula telah dicabuli oleh golongan elit yang berkuasa. Ini menampakkan seolah-olah ada perancangan rapi supaya gerakan Islam hilang kepercayaan mereka terhadap sistem demokrasi dan mengambil sikap konfrantasi dan keras terhadap pemerintah. Nampaknya bagi gerakan Islam, apabila ianya mendapat sokongan yang ramai ianya akan menjadi satu dosa yang perlu dikenakan hukuman yang berat oleh golongan sekular dan Barat. Inilah yang telah berlaku di Algeria, Mesir dan Turki.


PENUTUP

Cabaran yang ada pada masa depan gerakan Islam adalah amat besar. Persoalan samada meneka akan diberikan peluang untuk ‘menyesuaikan diri’ dengan perubahan ini adalah suatu persoalan yang amat penting. Lebih-lebih lagi ‘era pendemokrasian’ yang ada sekarang menjadi penentu bagi ‘survival’ dalam penglibatan mereka di alaf mendatang ini.

Bagi penulis, apa saja polisi yang diambil oleh Barat serta sekutunya mengenai masa depan gerakan Islam dalam proses ‘pendemokrasian’ - adalah amat penting bagi mereka meneliti dan melihat dengan penuh tolenrasi bagi memahami kebangkitan Islam dan Islam itu sendiri, yang kedua-duanya di peringkat yang boleh diterima dan pengkususan yang lebih mendalam. Setiap keputusan yang dibuat oleh rakyat dalam proses demokrasi sepatutnya diterima walaupun ia dianggap pahit oleh mereka yang berkuasa serta kuasa Barat yang berkepentingan.

Mungkin ada benarnya apa yang diperkatakan oleh seorang tokoh sains politik Amerika Syarikat, Profesor Graham Fuller yang menulis di dalam sebuah makalah mengenai sikap Barat terhadap gerakan Islam. Beliau berkata;

“Biarlah Islam dan gerakan Islam itu keluar dari bawah tanah dan belajar untuk hidup di dalam proses demokrasi sebagaimana ianya telah hidup di di dunia Islam. Berilah sedikit masa kepada mereka. Evolusi politik sentiasa ada masa-masa ketidakstabilannya, tetapi yakinilah bahawa politik Islam tidak akan menjadi suatu impian ngeri yang amat ditakuti oleh Barat"[22].

Namun bagi penulis, sikap Barat yang jelas ‘inconsistence and double standards’ dalam menentukan ‘position’ mereka terhadap penglibatan gerakan Islam dalam proses demokrasi bukan sahaja telah mencabul prinsip mereka sendiri tetapi ia juga akan memberi kesan yang hebat kepada masa depan hubungan serta sikap toleransi antara gerakan Islam dengan Barat serta sekutu mereka dalam menuju ke alaf baru ini. Hanya dengan ‘membuka kembali’ ruang perbincangan serta hubungan antara Barat dengan gerakan Islam agar mereka saling memahami antara satu sama lain, maka akan menjamin keamanan serta kedamaian dunia di alaf baru ini.

[1] Kertas pembentangan Konvensyen Gerakan Islam Agenda 2000, 16-17 Oktober, 1999 anjuran Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

[2] Hamish Mcrae adalah pengarang akhbar The Independent Sunday, England. Beliau telah membuat satu liputan tiga siri bertajuk "How to Survive the 21st Century" dalam majalah The Sunday Review, 26/3/95.
[3] Ibid.
[4] Sila rujuk, rencana Frank J. Comes & Christoper Power, 21st Century Capitalism, Business Week, 12/12/1994.

[5] Garry Wills adalah pengarang buku terkenal Certain Trumpets: The Nature of Leadership.

[6] Ibid

[7] Ibid

[8] Blackwell, R. Beliau adalah seorang pensyarah dari Harvard yang juga merupakan seorang pakar Polisi Luar Amerika Syarikat. Sila rujuk kertas kerja ‘Responding of Security Threats in the Midle East’, Conference Report, Jaffee Center for Strategic Studies, Tel Aviv University, December 1998.

[9] Ibid

[10] Ibid

[11] Augustus Richard Norton adalah merupakan seorang Profesor Antropologi dan Hubungan Antarabangsa di Boston University, USA. Beliau pernah mengetuai Council on Foreign Relations mengenai hal ehwal Amerika dan dunia Islam dari 1997-1998.

[12] Norton, Richard, Rethinking United States Policy Toward the Muslim World, dalam Current History, February 1999.

[13] Sila rujuk, Richard Norton

[14] Ibid

[15] Sila rujuk rencana Algeria Stays the Same, dalam Asia Wall Street Journal, 23 March 1999.

[16] Gary Sick adalah merupakan research scholar di Columbia University. Beliau pernah berkhidmat di National Security Council (NSC) di bawah Presiden Ford, Carter dan Reagan.

[17] Sila rujuk rencana Gary Sick, The Ghost at the Table, dalam majalah The World Today, February 1999.

[18] Ibid

[19] Cathy Gormley adalah Research Officer bagi Conflict Data Service (CDS) di Institute on Conflict Resolution and Ethnicity (INCORE), University of Ulster/United Nations University.

[20] Sila rujuk rencana Cathy Gormley, Getting Wired for Peace, The World Today, March 1999.

[21] Norton, Richard, Rethinking United States Policy Toward the Muslim World, dalam Current History, February 1999.

[22] Sila lihat penulisan Graham Fuller, Deterring Islam, Echo of Islam, 1995.

Wednesday, April 8, 2009

Ad-Din An-Nasihah

AD-DIN AN-NASIHAH

Daripada Tamim bin ‘Aus ad-Dari r.a., bahawa Nabi SAW bersabda: mafhumnya:

“Din itu adalah nasihah (diulang tiga kali).” Kami (sahabat-sahabat) bertanya, “Untuk siapa, wahai Rasulullah?”. Jawab Baginda, “Untuk Allah ‘Azza Wa Jalla, untuk kitab-Nya, untuk Rasul-Nya SAW, untuk barisan kepimpinan ummah Islam dan untuk ummah Islam seluruhnya.” (Hadith Riwayat Muslim)

Kepentingannya

Hadith ini mempunyai kedudukan yang amat tinggi sehingga Abu Daud telah menjelaskan dengan katanya, “Ilmu Fiqh bersekitar atas lima hadith, iaitu:

1. hadith: “Perkara yang halal itu jelas dan perkara yang haram itu jelas...”,
2. hadith: “Tiada kemudharatan dan tiada sesuatu yang boleh memudharatkan.”,
3. hadith: “Sesungguhnya setiap amalan itu bermula dengan niat...”,
4. hadith: “Apa yang aku larangkan terhadap kamu daripada melakukannya maka jauhkanlah.”,
5. hadith: “Apa yang diperintahkan terhadap kamu melakukannya maka lakukannya sedaya upaya kamu.”.

Mengikut Imam al-Hafiz Abu Naim bin Abdullah bin al-Asbahi, seorang muhaddith dan sejarawan, menyatakan: “Bagi hadith ini suatu kedudukan yang begitu besar.” Sementara Muhammad bin Aslam at-Tusi pula menekankan dengan katanya: “Bahawasanya salah satu daripada seperempat mengenai ad-Din.”

Sesungguhnya penekanan yang diulang-ulangkan oleh Rasulullah SAW pada perkataan an-Nasihah sebanyak tiga kali menunjukkan an-Nasihah amat penting dalam Islam. Ia dianggap jauhar (intisari) ad-Din.

Kalimah an-Nasihah

An-Nasihah dari segi bahasa membawa erti suci murni, manakala dari segi istilah pula diikatkan dengan dua keadaan: Pertama: bila dihubungkan dengan Allah SWT, maka ia bererti keikhlasan semata-mata. Kedua: bila dihubungkan sesama manusia, maka ia bererti kalimah yang membawa tujuan kebaikan kepada seseorang yang dimaksudkan oleh kalimah itu.

Para sahabah r.a. telah bertanyakan Rasulullah SAW tentang bentuk-bentuk an-Nasihah. Kemudian baginda menjawab dengan sabdanya, “... An-Nasihah untuk Allah, Kitab-Nya (al-Quran), Rasul-Nya barisan kepimpinan ummah Islamiyyah dan untuk ummah Islam seluruhnya.”

Huraian Hadith

a. An-Nasihah Li Allah

An-Nasihah Li Allah membawa maksud keikhlasan yang yakin, bersungguh-sungguh dan semata-mata untuk Allah SWT dalam rangka menerima segala kewajipan yang ditentukan-Nya. Kewajipan-kewajipan itu hendaklah dilaksanakan dengan sebaik-baiknya
hingga dapat merasai kelazatannya. Keikhlasan yang tinggi tidak akan tercapai jika segala kewajipan yang dipertanggungjawabkan tidak dilakukan melalui proses tarbiyyah yang melahirkan kesungguhan, keyakinan dan ihsan.

Sifat ihsan itu tergambar apabila seseorang yang beribadah bersungguh-sungguh, yakin dan bermuraqabah Allah SWT.

Jalan untuk mencapai tahap ihsan ialah dengan melalui proses kefahaman yang syumul dan mendalam. Juga beriltizam dengan pembentukan yang menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang diharamkan Allah SWT dengan penuh keinsafan dan keikhlasan. Lebih tinggi lagi, menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang dimakruhkan sekaligus menunaikan segala perkara yang difardhu atau diwajibkan. Lebih tinggi daripada itu, melakukan amalan-amalan yang membawa taqarrub kepada Allah SWT iaitu amalan-amalan an-Nawafil (sunat).

Inilah jalan tarbiyyah dan pembentukan. Jalan untuk melahirkan al-Muslim al-Rabbani al-Multazim. Inilah jalan penting harakah Islamiyyah yang inginkan keredhaan Allah SWT.

Amalan ikhlas untuk Allah SWT semata-mata akan tercapai dalam bentuknya yang tertinggi apabila seseorang itu berjihad secara ‘azimah. Jihad seperti ini memerlukan kemampuan serta kerelaan hakiki, kesungguhan yang berterusan dan memusatkan segala kepentingan kepada Allah SWT semata-mata.

Para al-Hawariyyun (penyokong) Nabi Isa a.s. telah meminta penjelasan, “Apakah an-Nushu Lillah itu? “. Jawab Isa a.s, “Bahawa kamu utamakan hak Allah SWT daripada hak manusia. Dan sekiranya kamu berhadapan dengan dua keadaan yang jelas, satu untuk Allah SWT dan satu lagi untuk keperluan dunia, maka urusan Allah SWT itulah yang mesti disempurnakan terlebih dahulu.”

Kesimpulan an-Nasihah Li Allah itu ialah i’tiqad yang sejahtera dalam mentauhidkan Allah SWT. Serentak dengannya ialah mengabdikan diri secara syumul dan penuh jujur.

b. An-Nasihah Li Kitab Allah

An-Nasihah Li Kitab Allah bermaksud menerima Kitab Allah SWT dengan penuh keimanan dan menghayatinya mengikut proses pembentukan secara berperingkat-peringkat. Penghayatan itu mesti dipertahan, dikekalkan, seterusnya dikembangkan kepada manusia lain dengan jihad yang ikhlas.

Penerimaan Kitab Allah SWT mestilah dengan pembacaan yang betul, penelitian yang mendalam, pengamalan kewajipan yang diperintahkan dan penghindaran segala larangannya.

c. An-Nasihah Li Rasulillah

An-Nasihah Li Rasulillah membawa erti beriman dengan kukuh terhadap kebenaran kenabian Rasulullah SAW dan da’wahnya. Keimanan ini mencetuskan kepatuhan terhadap pembawaan dan sunnahnya. Keimanan ini juga mengambil Rasulullah SAW sebagai Qudwah Hasanah sama ada dalam bentuk percakapan mahupun amalan.
Sementara Muhammad bin Aslam at-Tusi pula menekankan dengan katanya: "Bahawasanya salah satu daripada seperempat mengenai ad-Din.”

Sesungguhnya penekanan yang diulang-ulangkan oleh Rasulullah SAW pada perkataan an-Nasihah sebanyak tiga kali menunjukkan an-Nasihah amat penting dalam Islam. Ia dianggap jauhar (intisari) ad-Din.

Kalimah: an-Nasihah

An-Nasihah dari segi bahasa membawa erti suci murni, manakala dari segi istilah pula diikatkan dengan dua keadaan: Pertama: bila dihubungkan dengan Allah SWT, maka ia bererti keikhlasan semata-mata. Kedua: bila dihubungkan sesama manusia, maka ia bererti kalimah yang membawa tujuan kebaikan kepada seseorang yang dimaksudkan oleh kalimah itu.

Para sahabah r.a. telah bertanyakan Rasulullah SAW tentang bentuk-bentuk an-Nasihah. Kemudian baginda menjawab dengan sabdanya, “... An-Nasihah untuk Allah, Kitab-Nya (al-Quran), Rasul-Nya barisan kepimpinan Ummah Islamiyyah dan untuk ummah Islam seluruhnya.”

Sifat ihsan itu tergambar apabila seseorang yang beribadah bersungguh-sungguh, yakin dan bermuraqabah Allah SWT.

Jalan untuk mencapai tahap ihsan ialah dengan melalui proses kefahaman yang syumul dan mendalam. Juga beriltizam dengan pembentukan dan menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang diharamkan Allah SWT dengan penuh keinsafan dan keikhlasan. Lebih tinggi lagi, menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang dimakruhkan sekaligus menunaikan segala perkara yang diperintahkan.

An-Nasihah Li Aimmah al-Muslimin Wa Wulatihim

An-Nasihah Li Aimmah al-Muslimin Wa Wulatihim membawa erti An-Nasihah untuk barisan kepimpinan umat Islam dan untuk siapa sahaja yang dipertanggungjawabkan sebagai pemimpin.

An-Nasihah kepada mereka juga memberi erti cinta dan kasih kepada mereka, memperingatkan mereka supaya sentiasa berada dalam tausih dan musyawarah dan membantu mereka dalam islah dan ketaatan terhadap perkara-perkara hak. Juga memperingatkan mereka daripada sebarang keadaan yang boleh menimbulkan fitnah dan kerosakan yang menggugurkan hak kepatuhan dan wala’.

d. An-Nasihah Li ‘Ammah al-Muslimin

An-Nasihah Li ‘Ammah al-Muslimin membawa maksud pembentukan umat Islam seluruhnya. Juga menunjukkan kepada umat Islam jalan kesejahteraan sebenar untuk dilalui dan kekal di atasnya. Di samping itu ia memberikan penjelasan dan peringatan akan jalan-jalan kerosakan agar mereka menghindarinya.

Pembentukan ukhuwwah tercapai dengan cara mengasihi mereka seperti mana kita mengasihi diri sendiri. Seterusnya membenci terhadap perkara-perkara yang boleh menyesatkan mereka.

Umat Islam adalah satu jamaah di bawah lindungan kesatuan ‘aqidah dan kesatuan matlamat. Daripada hakikat ini memancar syari’at Allah SWT dan akhlak al-Quran yang tunggal lagi qudus.

Beberapa perkara penting

1. Jihad adalah bukti kewujudan an-Nasihah untuk Allah SWT dan Rasulullah SAW. Ketiadaan jihad tanpa uzur syar’i adalah bukti ketiadaan an-Nasihah untuk Allah SWT dan Rasulullah SAW. Firman Allah SWT:

“Tiada dosa (lantaran tidak berjihad) ke atas orang-orang yang lemah, orang-orang yang sakit dan orang-orang yang tidak memperolehi apa yang mereka nafkahkan, apabila mereka berlaku ikhlas kepada Allah dan Rasul-Nya. Tiada sebarang jalan sedikitpun untuk menyalahkan orang-orang yang berbuat baik dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (at-Taubah: ayat 91)

Orang berkeuzuran syar’ie yang terhalang untuk keluar berjihad tidaklah berdosa selagi mana dia benar-benar ikhlas kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW. Jika dia membawa sifat-sifat munafiq dan berpura-pura uzur untuk berpaling daripada jihad, bermakna dia melakukan pendustaan dan tipu helah terhadap orang-orang Islam. Jelaslah dia tidak berjihad dan tidak jujur.

2. An-Nasihah untuk barisan pemimpin, pada pandangan Islam, adalah sangat penting. Rasulullah SAW bersabda (yang bermafhum):

“Sesungguhnya Allah meredhai kamu dalam tiga keadaan: yang menyembah-Nya dan tidak mensyirikkan-Nya dengan sesuatu, yang berpegang dengan tali-Nya sepenuhnya dan tidak berpecah-belah, dan yang nasihat-menasihati wali-wali Allah dan pemerintahnya.”

“Tiga golongan yang tidak digelincirkan atas mereka: hati muslim yang mengikhlaskan amalan kepada Allah, nasihat-menasihati pemerintah-pemerintah dan sentiasa berada dalam jamaah umat Islam.”

3. Rasulullah SAW menjelaskan (yang bermafhum):

“Sesiapa yang tidak mengambil berat dengan urusan yang berkaitan umat Islam maka dia bukanlah daripada kalangan mereka.”

4. Dalam konteks Tarbiyyah Islamiyyah Harakiyyah, ad-Din an-Nasihah ialah berusaha melahirkan kumpulan Muslim Mu’min Muttaqi ‘Amil atau al-Jil ar-Rabbani al-Multazim atau Jil al-Quran.

Thursday, March 26, 2009

Kaedah Mengkritik

Kaedah Mengkritik Sesama Ahlus Sunnah Wal Jamaah


Ust Dr Abdullah Yasin

عَنْ ابْنِ عُمَر رَضِى اللهُ عَنْهُمَا قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: يَا مَعْشَرَ مَنْ اَسْلَمَ بِلِسَانِهِ وَلمْ يَدْخُلِ الاِيمَانُ فِى قَلْبِهِ، لاَ تُؤْذُوا الْمُسْلِمِيْنَ وَلاَ تعيرُوْهُمْ وَلاَ تَتَّبِعُوا عَوْرَاتِهِمْ فَإِنَّ مَنِ تَّبَعَ عَوْرَةَ أخِيْهِ الْمُسْلِمِ تَتَبَّعَ اللهُ عَوْرَتَهُ وَمَنْ تَتَبَّعَ اللهُ عَوْرَتَهُ يُفَضِّحْهُ وَلَوْ فِى جَوْفِ رَحْلِهِ.

(رواه الترمذى - صحيح)

Terjemahan:

Daripada Ibnu Omar (ra) katanya: Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) telah bersabda: “Wahai sekalian orang yang hanya Islam pada lidahnya, yang belum lagi sampai iman ke dalam hatinya; Janganlah kamu menyakiti orang-orang Islam, dan janganlah kamu memburuk-burukkan mereka, dan janganlah kamu suka mencari-cari kelemahan atau keburukan mereka, karena sesungguhnya sesiapa yang (gemar) mencari-cari keburukan saudaranya sesama Islam, niscaya Allah akan mencari-cari keburukannya, dan sesiapa yang Allah cari-cari kelemahannya niscaya Allah akan bongkarkan keburukannya walaupun ia ketika itu sedang berada di tengah-tengah rumahnya (di tempat yang tersembunyi).

[Hadis Sahih Riwayat Imam Tarmidzi]

Mukaddimah:

Golongan Ahlus Sunnah Wal Jamaa’ah adalah satu golongan yang bukan saja mempunyai keistimewaan dari sudut Akidah dan cara mereka beribadah tetapi juga memiliki keistimewaan atau ciri-ciri khas dalam pergaulan, lebih-lebih lagi dalam mereka menilai atau mengkritik sesama golongan Ahlus Sunnah Wal Jamaa’ah. Pembahasan ini tidak termasuk kritikan mereka kepada Kuffar atau Golongan Luar Ahlus Sunnah Wal Jamaa’ah.

Pada garis besarnya terdapat 3 puak dalam Ahlus Sunnah Wal Jamaa’ah dalam mereka membuat kritikan atau tegoran kepada rakan-rakan mereka sesama Ahlus Sunnah Wal Jamaa’ah:

1. Puak yang terlalu bertolak ansor. Mereka bersikap berdiam diri hatta terhadap perkara-perkara asas yang menjadi pembeda utama antara mereka dengan golongan yang lain.

2. Puak yang tidak bertolak ansor dalam segala hal. Puak ini lupa bahwa perbedaan pandangan dalam masalah cabang telah wujud pada zaman para Sahabat Rasul (sallallahu alaihi wasalam) lagi. Tidak ragu lagi bahwa puak yang ekstrim ini seolah-olah ingin mencari sesuatu yang mustahil.

3. Puak yang wasatha (pertengahan) di antara dua puak di atas. Mereka tidak akan bertolak ansor dalam hal yang berkaitan dengan akidah. Mereka akan terus berusaha mengajak umat manusia kepada akidah yang sahih (betul) melalui tarbiyah dan ta’liim (pendidikan dan pengajaran). Tetapi pada waktu yang sama puak ini dapat menerima realiti akan adanya perbedaan pandangan di kalangan mereka dalam hal yang berkaitan dengan masalah ijtihad. Mereka berusaha untuk memperbetulnya dengan cara hikmah. Perbedaan ijtihad itu tidak menghalang untuk mereka terus membimbing masyarakat.

Uraian Al-Hadis:

Dari hadis di atas dapat diambil beberapa kesimpulan:

  1. Sikap suka menyakiti muslim lain, mencela dan mencari-cari kelemahan mereka, lebih-lebih lagi kalau sasarannya para ulama adalah di antara tanda muslim yang belum beriman.

  1. Hati yang diliputi oleh iman akan dapat membentuk prilaku manusia berkenaan untuk menjadi muslim mukmin yang baik.

  1. Allah memberi amaran keras akan membongkar kesalahan dan keburukan orang yang gemar menceritakan aib muslim lain.

Kaedah Membuat Kritikan:

Terdapat beberapa kaedah atau adab dalam kita membuat kritikan atau tegoran terhadap sesama golongan Ahlus Sunnah Wal Jamaa’ah:

(1) Takut Kepada Allah

Sungguh banyak ayat Al-Quran ataupun hadis Nabi yang melarang kita mengumpat atau menceritakan keburukan orang lain. Allah seolah menyamakan perbuatan itu seperti memakan daging saudara kita yang sudah mati.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ

Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada sangkaan, sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa.

(Al-Hujurat 49:12)

Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) bersabda: “Riba ada 70 pintu, pintunya yang paling rendah ialah berzina dengan ibunya, dan pintu riba yang paling tinggi ialah menceritakan keburukan saudaranya (seagama)”.

[Hadis Sahih Riwayat Thabarany daripada Al-Barraa dalam Al-Ausath dan lihat Silsilah Hadis Sahih no. 3531]

Hal ini tidak mengherankan karena Nabi (sallallahu alaihi wasalam) pernah menyebut dalam hadis yang lain bahwa dosa pengumpat adalah lebih besar daripada berzina karena dosa zina boleh diampuni oleh Allah SWT tetapi dosa mengumpat mesti mohon maaf kepada manusia yang diumpat.

(2) Dahulukan Baik Sangka

Asas kaedah ini ialah firman Allah dalam Al-Hujurat:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ

Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada sangkaan, sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa.

(Al-Hujurat 49:12)

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَأٍ فَتَبَيَّنُوا

Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti.

(Al-Hujurat 49:6)

Dan Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) bersabda: “Memadailah seseorang itu dibebankan dosa jika ia menceritakan setiap apa yang dia dengar”.

[HR Muslim]

Jadi pada asalnya: Muslim mestilah menyembunyikan ‘aib muslim lain dan berbaik sangka sentiasa terhadap mereka kecuali ketika darurat.

(3) Berilmu Dan Adil

Jika kita memperkatakan tentang seseorang maka hendaklah kita memperkatakannya berdasarkan ilmu dan bersikap adil. Dan asas kaedah ini ialah antara lain firman Allah:

وَلاَ يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَى أَلاَّ تَعْدِلُواْ اعْدِلُواْ هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى

Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil: Berlaku adil-lah, karena adil itu lebih dekat kepada taqwa.

(Al-Maaidah 5:8)

وَلاَ تَبْخَسُواْ النَّاسَ أَشْيَاءهُمْ

Dan janganlah kamu-kamu merugikan manusia terhadap hak-hak mereka

(Huud 11:85)

Ibnu Taimiyah berkata: Memperkatakan keburukan manusia lain mestilah berlandaskan keilmuan dan keadilan, bukan berdasarkan kejahilan dan kezaliman, sebagaimana yang dilakukan oleh Ahlul Bid’ah (Minhajus Sunnah 4/337).

Juga termasuk keadilan yang dituntut ialah kita tidak sepatutnya hanya melihat keburukan seseorang tanpa melihat kebaikannya. Kita tidak sepatutnya menguburkan atau melupakan kebaikan seseorang hanya karena padanya terdapat satu atau dua keburukan. Renunglah tentang rahasia yang tersirat di dalam sabda Nabi Muhammad (sallallahu alaihi wasalam): “Air jika sampai dua kulah tidak menanggung najis” [HR Daramy dan Daruquthny].

Keadilan tersebut wajib ditegakkan walaupun kita berbeda dengan mereka dalam akidah, mazhab dan aliran.

Memperkatakan keburukan orang lain tanpa ilmu dan keadilan inilah penyebab utama perpecahan dikalangan umat, dan timbul sifat hasad dengki dan saling benci-membenci. Bahkan ini juga penyebab kegagalan usaha penyatuan kekuatan umat.

(4) Kebaikan Yang Banyak Sebagai Ukuran

Jika air sampai batas dua kulah maka air tersebut dalam pandangan Islam dihukumkan suci dan tidak bernajis walaupun terdapat sedikit najis di dalamnya. Mengapa? Karena yang menjadi ukuran ialah banyaknya air yang bersih itu, bukan diukur berdasarkan najis yang sedikit yang menimpanya.

Demikian juga dalam kita menilai manusia. Tidak ada manusia yang tidak pernah melakukan kesalahan kecuali para nabi dan para rasul. Oleh sebab itu jika seorang manusia banyak melakukan kebaikan tetapi pada waktu yang sama dia juga pernah melakukan kesalahan atau kesilapan, maka yang menjadi ukuran di sini ialah kebaikannya, bukan keburukannya.

Adalah zalim jika kita lupakan kebaikan yang banyak hanya karena kesalahannya yang sedikit. Lebih-lebih lagi jika hal tersebut berkaitan dengan masalah ijtihad. Menurut Hadis Nabi (sallallahu alaihi wasalam) bagi mereka yang telah memenuhi syarat berijtihad, jika tepat ijtihadnya maka mereka mendapat dua ganjaran, dan jika mereka keliru dalam ijtihadnya maka mereka mendapat satu ganjaran.

Mengapa di kalangan umat Islam masih wujud lagi orang yang begitu lantang mempersalahkan dan sinis dengan pandangan Imam-imam Mazhab? Padahal Allah SWT dan Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) tidak mempersalahkan mereka walaupun mereka tersalah?

Kita tidak ragu lagi bahwa sesiapa yang berijtihad mencari kebenaran (Al-Haq) dan agama (Ad-diin) berdasarkan panduan Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam), lalu terkeliru dalam beberapa hal, maka Allah SWT akan mengampuni dosanya sebab Allah SWT telahpun mengabulkan doa Nabi dan Mukminiin: Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah (Al-Baqarah 2:286).

Dan sehubungan dengan ini maka timbullah kaedah dari Imam Ibnu Taimiyah:

العِبْرَةُ بِكَمَالِ النِّهَايَةِ لاَ بِنَقْصِ الْبِدَايَةِ

“Yang menjadi ukuran ialah kesempurnaan pada akhirnya, bukan kekurangan pada permulaannya”.

(5) Ukuran Kasih Dan Benci

Asas kaedah ini ialah firman Allah: Dan (ada pula) orang-orang yang mengakui dosa-dosa mereka, mereka mencampur-baurkan pekerjaan yang baik dengan pekerjaan lain yang buruk. Mudah-mudahan Allah menerima taubat mereka. (At-Taubah :102)

Berdasarkan ketentuan di atas nyatalah bahwa setiap muslim biasanya terdapat dua perkara:

  1. Perkara yang baik; dan dengan sebabnya seseorangdikasihi

  1. Perkara yang buruk; dan dengan sebabnya seseorang dibenci

Adapun kasih dan walaa’ yang mutlak adalah kepada orang-orang yang beriman, sedangkan kebencian dan barraa’ yang mutlak adalah kepada orang-orang kafir, sesungguhnya konsep kasih dan benci ini dihitung sebagai perkara prinsip dalam masalah keimanan.

Hanya saja jika kaedah ini diterapkan pada orang Islam yang mencampur adukkan amalannya yang baik dengan yang jahat. Dia mestilah dikasihi karena amal salehnya, dan selanjutnya dia hendaklah dipuji sewajarnya. Sebaliknya dia juga patut dibenci karena amal jahatnya, dan selanjutnya mendapat celaan yang setimpal.

Atas dasar itu, jika seorang muslim melakukan kesalahan atau kesilapan, maka tidaklah wajar kalau dia dibenci dan dicaci secara mutlak sebagaimana yang dilakukan oleh puak khawarij yang mengkafirkan setiap muslim yang melakukan dosa besar atau maksiat. Sebagaimana juga kita tidak boleh memuji seseorang secara mutlak dan tidak akan mengangkat derjatnya ke tahap Abu Bakar dan Omar atau tahap Jibrail dan Mikail (as) seperti yang dilakukan oleh Murji-ah.

Sikap kita sebagai pengikut setia puak Ahlus Sunnah Wal Jamaa’ah adalah senantiasa WASATHA iaitu pertengahan, bukan GHULUW dan bukan pula TAQSHIR (Lihat Makalah: Umatan Wasatha).

Kesimpulan:

1. Golongan Ahlus Sunnah Wal Jamaa’ah adalah golongan yang akan selamat. Namun golongan ini ada beberapa ciri-cirinya yang tidak ada pada golongan yang lain.

2. Di antara ciri-cirinya ialah mereka mempunyai kaedah atau formula atau adab-adab tersendiri bagaimana cara menilai kesalahan sesama mereka.

3. Ahlus Sunnah Wal Jamaah bukan hanya mengutamakan aspek Akidah dan Cara Ibadah tetapi juga memberi penekanan pada aspek mualamat atau pergaulan dengan sesama insan.

Saturday, March 14, 2009

TARIKH KELAHIRAN DAN KEWAFATAN NABI

PENILAIAN SEMULA TARIKH KELAHIRAN DAN KEWAFATAN NABI MUHAMMAD S.A.W.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wata’ala, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. serta para sahabatnya.

Masyarakat Islam di negara kita umumnya menerima tarikh 12hb. Rabiul Awwal sebagai hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. ( Maulidur Rasul ) . Fakta ini perlu di kaji semula kerana didapati bercanggah dengan fakta sejarah, hadis dan sains.

Disamping itu, sekiranya diterima juga tarikh wafat Nabi s.a.w. pada 12hb. Rabiul Awwal, (sebagaimana dipercayai umum), ia akan menimbulkan satu konflik di dalam jiwa masyarakat yang mana di satu pihak mereka merayakan kelahiran Nabi s.a.w. dan bergembira kerananya sedangkan di pihak lain pula pada hari yang sama sepatutnya mereka bersedih dan tidak boleh merayakan hari tersebut kerana ia juga merupakan hari kewafatan Nabi saw. Jadi di manakah adanya kewajaran masyarakat merayakan Maulidur Rasul yang juga merupakan hari perkabungannya? (Tanpa mengambil kira perayaan Maulidur Rasul itu sendiri adakah bersesuaian dengan sunnah atau ia satu bida’ah).

Di samping itu angka 12 yang dipilih untuk hari lahir dan hari wafat Nabi saw berkemungkinan besar berpunca daripada Syiah Imam Dua Belas. Justeru angka 12 ini bagi mereka merupakan angka sakti yang mereka kaitkan sekian banyak keistimewaan dengannya. Apalagi jika orang yang mula-mula mempopularkan tarikh ini adalah Ibnu Ishaq yang juga seorang Syiah. (Taqribut Tahdzib, Al Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani, jilid 2, halaman 144).

Pendapat yang menyatakan bahawa Nabi s.a.w. dilahirkan pada 12hb. Rabiul Awwal itu walaupun masyhur tetapi ia berasaskan riwayat yang lemah kerana ia berpunca daripada Ibmu Ishaq seperti mana yang diriwayatkan oleh Ibnu Hisyam di dalam kitab sirahnya. Menurut ulama-ulama rijal hadis, Ibnu Ishaq selain dianggap sebagai seorang Syiah, dia juga seorang yang lemah dalam riwayat-riwayatnya. Imam Nasa’i mengatakan bahawa dia tidak kuat. Daraqutni mengatakan hadisnya tidak boleh menjadi hujjah. Imam Abu Daud ada berkata, “Dia adalah seorang yang berfahaman Qadariah dan Mu’tazilah.”

Imam Sulaiman At-Taimy, Hisyam bin Urwah, Yahya bin Said Al-Qatthan dan Imam Malik mengatakan dia seorang pendusta besar. Malah Imam Malik pernah berkata, “Dia seorang dajjal” (Mizanul I’tidal, Imam Zahabi, jilid 3, halaman 468 – 475). Ibnu Ishaq sendiri tidak menyebutkan sanad-sanad tempat ambilannya.

Pendapat yang sahih dan kuat bagi tarikh kelahiran Baginda ialah pada hari Isnin, 9hb Rabiul Awwal Tahun Gajah. Di antara ulama yang berpendapat sedemikian ialah Humaidi, Uqail, Yunus bin Yazid, Ibnu Abdillah, Ibnu Hazam, Muhammad bin Musa Al-Khuwarazmi, Abdul Khattab Ibnu Dihyah, Ibnu Taimiyyah, Ibnu Qayyim, Ibnu Kathir, Ibnu Hajar dan Badruddin `Aini (Al-Bidayah wa An Nihayah, jilid 2 halaman 260-26 1)

Pendapat ini juga disokong oleh penyelidikan yang dibuat oleh seorang ahli falak yang terkenal iaitu Mahmud Pasya yang cuba menentukan tarikh gerhana matahari dan gerhana bulan yang berlaku semenjak zaman Nabi s.a.w. hingga ke zaman beliau. Berdasarkan kajian beliau, hari Isnin tidak mungkin bertepatan dengan 12hb. Rabiul Awwal mengikut perkiraan bagaimana sekalipun bahkan hari


Isnin pada bulan berkenaan (Rabiul Awwal) jatuh pada 9 haribulan. Beliau mengemukakan beberapa alasan untuk menyokong hasil kajiannya. Antara alasan-alasan yang dikemukakan oleh Mahmud Pasya ialah:

· Dalam Sahih Bukhari disebut ketika anak Rasulullah saw iaitu Ibrahim wafat, telah berlaku gerhana matahari iaitu pada tahun ke 10 Hijrah dan Nabi Muhammad saw ketika itu berusia 63 tahun.

· Berdasarkan kaedah kiraan falak, diketahui bahawa gerhana matahari yang berlaku pada tahun 1 0H itu adalah bertepatan dengan 7hb. Januari 632M pukul 8.30 pagi.

· Berdasarkan kepada kiraan ini, sekiranya kita undurkan 63 tahun ke belakang mengikut tahun qamariah, maka kelahiran Nabi saw jatuh pada tahun 571M. Berdasarkan kira-kira yang telah dibuat beliau, 1hb. Rabiul Awwal menepati 12hb. April 571M.

· Perselisihan pendapat berlaku tentang tarikh kelahiran Nabi saw, walau bagaimanapun semua pihak telah sepakat mengatakan ia berlaku pada hari Isnin bulan Rabiul Awwal tersebut. Tetapi Mahmud Pasya mendapati hari Isnin jatuh pada 9hb. Rabiul Awwal bersamaan 20hb. April 571 M. Ini menguatkan lagi pendapat ulama-ulama muktabar yang telah disebutkan di atas.

Di antara penulis sirah mutaakhir yang menyokong pendapat ini ialah Syeikh Muhammad Al Khudhori Bik di dalam “Nurul Yaqin” (hal. 6), Safiyyuul Rahman Al Mubarakpuri di dalam “Ar Rahiqul Makhtum” (halaman 54), `Allamah Sibli Nu’mani di dalam “Siratun Nabi” (jilid 1 hal. 176), Maulana Abdul Kalam Azad di dalam “Rasul Rahmat” (hal. 37) dan lain-lain.

Berhubung dengan tarikh wafat Nabi Muhammad s.a.w. pula, beberapa perkara yang telah diterima oleh ulamak hadis dan sirah perlu diletakkan di hadapan untuk menentukan tarikhnya iaitu:

· Tahun kewafatan Baginda s.a.w. ialah 1 1H

· Dalam bulan Rabiul Awwal

· Antara 1hb. Hingga 12hb.

· Hari Isnin (Sahih Muslim, jld. 8 hal. 5 1-52)

· Hari wuquf di Arafah dalam Haji Wada’ pada 9 Zulhijjah tahun ke 1 0H jatuh pada hari Jumaat. (Tafsir Al Quraanul ‘Adzim, Ibnu Katsir, jld. 2, hal. 15, Sahih Al Bukhari, Sahih Muslim, dll).

· Daripada hari itu (wuquf) sampai kepada hari wafatnya Nabi Muhammad SAW adalah 81 hari. (Tafsir Al Quraanul ‘Adzim, Ibnu Katsir, jld. 2 hal. 15, At Tafsir Al Kabir, Fakhrul Razi, j.1 1 hal. 139, Tafsir Baghawi, Fathul Bari).

Berdasarkan kepada beberapa perkara yang telah diterima oleh para ulama tadi, maka boleh diandaikan tarikh kewafatan Baginda s.a.w. seperti berikut:

1. Diandaikan ketiga-tiga bulan Zulhijjah, Muharram dan S afar mempunyai 30 hari (walaupun tidak pernah berlaku begitu tetapi diandaikan mungkin juga berlaku) maka hari Isnin menepati 6 atau 1 3hb. Rabiul Awwal.

2. Jika diandaikan ketiga-tiga bulan Zulhijjah, Muharram dan Safar mempunyai 29 hari (walaupun ini juga tidak pernah berlaku) maka hari Isnin menepati 2, 9 atau 1 6hb. Rabiul Awwal.

Selain daripada dua andaian tersebut itu, terdapat enam andaian lagi seperti yang terdapat dalam jadual berikut:


Zulhijjah (30) Muharram (29) Safar (29) 1 8 15

Zulhijjah (29) Muharram (30) Safar (29) 1 8 15

Zulhijjah (29) Muharram (29) Safar (30) 1 8 15

Zulhijjah (30) Muharram (29) Safar (30) 7 14 21

Zulhijjah (30) Muharram (30) Safar (29) 7 14 21

Zulhijjah (29) Muharram (30) Safar (30) 7 14 21

Daripada tarikh-tarikh yang diandaikan tadi; 6, 7, 8, 9, 13, 14, 15 dan 16hb. Rabiul Awwal tidak dapat diterima kerana selain daripada alasan-alasan yang tersebut tadi, tidak ada satupun riwayat yang menyokongnya. Berkenaan dengan 2hb. pula , selain daripada tidak mungkin terjadinya ketiga-tiga bulan Zulhijjah, Muharram dan Safar terdiri daripada 30 hari di dalam kesemuanya, tidak ada juga riwayat yang sahih mengenainya. Apa yang ada hanyalah riwayat Hisyam bin Muhammad Al Kalbi dan Abu Mikhnaf yang dianggap sebagai pendusta oleh ulama-ulama hadis.

Berhubung dengan 1hb. pula, ia adalah daripada riwayat tokoh utama sirah iaitu Musa bin Uqbah dan ulama hadis yang terkenal Imam Laith bin Saad, Abu Nua’im Fadhal bin Dukain dan lain-lain. Pendapat ini juga disokong oleh Imam Suhaili dan Al Khuwarazmi. (Fathul Bari, Jilid 16. hal. 206, “Ar Raudhul Unuf,” jilid 7, hal. 579). Daripada kenyataan-kenyataan yang disebut di atas, tarikh yang lebih

tepat bagi kewafatan Nabi S.A.W. ialah pada hari Isnin 1hb. Rabiul Awwal tahun 1 1H bersamaan dengan 25hb. Mei 632M.

Berdasarkan kepada fakta-fakta yang telah kami kemukakan pihak kami berharap agar masyarakat menilai semula tarikh sebenar kelahiran nabi s.a.w. dan tidak merayakan suatu hari yang kononnya hari kelahiran Nabi s.a.w. padahal ia bukanlah harinya yang sebenar.


Petikan: http://www.darulkautsar.com/pemurniansejarah/teks/nabidob.htm