Tuesday, January 6, 2009

Selama manakah kita hanya akan melihat

Peristiwa NUQBA Palestin telah berpuluh tahun berlalu, sehingga ke hari ini umat islam menjadi hina di bumi sendiri. Semenjak kejatuhan Palestin ke tangan Yahudi laknatullah 1967, umat Arab dan islam menjadi kaku tiadak bernyawa lagi. Hidup tidak mati pun tidak. Tiada satu langkah pun yang diambil oleh pemimpim dunia islam yang betul-betul memperjuangkan islam, mereka hanya berseronok dengan kemewahan duniawi yang mempersonakan kehidupan mereka, mereka tidak ubah seumpama binatang ternakan semata-mata.

Pada awal Muharram lalu, satu lagi keganasan Yahudi terhadap saudara kita di Palestin dilakukan, mereka dibunuh dengan begitu kejam, kezaliman yang akan kami tuntut suatu hari nanti di dunia ini, mahupun di Akhirat nanti. Kami anak-anak islam tidak pernah gentar atau takut untuk menghadapinya. Apa yang mengaibkan kami sebagai umat islam ialah apa bila kesatuan liga arab dan islam bertegas dengan PBB untuk melakukan gencatan senjata di Palestin, ianya hanya di tolak mentah-mentah oleh Setiausaha PBB seorang Korea yang celaka yang dibelakangnya hanyalah Kapitalis Yahudi dan Amerika.

Yang amat menghairankan kami, Negara islam adalah Negara pengeluar minyak dunia, Saudi Arabi, Iran, Iraq, Malaysia, dan lain-lainnya tidak mampu untuk menghalang keganasan tersebut. Sedangkan nikmat yang Allah kurniakan kepada Negara Islam adalah nikmat kuasa dunia dengan adanya minyak. Apa salahnya jikalau Negara-negara islam pengeluar utama minyak dunia melakukan pemberhentian pengeluaran minyak untuk menunjukkan bantahan terhadap kekejaman tersebut. Tetapi tidak mereka hanya mementingkan keuntungan mereka semata-mata. Tetapi Allah taala tidak pernah lalai terhadap apa yang mereka lakukan sebagaimana janjiNYA :

“ Sesiapa Yang menghendaki (kesenangan hidup) dunia, Kami akan segerakan kepadanya dengan apa yang di ingini merekan, kemudian Kami sediakan baginya neraka jahannam (di akhirat kelak), untuk membakar mereka Dalam keadaan Yang hina lagi tersingkir dari rahmat Allah. Dan sesiapa Yang menghendaki akhirat dan berusaha mengerjakan amal-amal Yang baik untuk akhirat Dengan usaha Yang layak bagiNya, sedang ia beriman, maka mereka Yang demikian keadaannya, diberi pahala akan amal usahanya “.( Surah Isra` ayat 18 & 19 ).


Iman Muhadith al-Bukhari meriwayatkan satu hadis yang cukup bermakna kepada umat islam daripada Rasulullah s.a.w dan beliau memasukan hadis tersebut dalam bab khusus di dalam Jami` as-Sahihnya iaitu Bab Nasrul Mazlum ( Bab Menolong orang yang dizalimi ) sabda Rasulullah s.a.w :

“ Orang yang beriman bagi orang yang beriman yang lain seumpama satu binaan yang teguh yang mana mereka saling menguatkan antara satu sama lain “. ( Al-Bukhari no.459,2266 & 5567. Muslim no.4684. Tirmizi no.1851 dan an-Nasae` no.2513 ).

Tetapi sangatlah menghairankan, adakah mereka tidak pernah mendengar hadis ini? Atau sengaja mereka melupakanya semata-mata hanya mencari kesenangan keduniaan semata-mata dan menanti kesiksaan yang menghinakan di Akhirat kelak inilah mereka yang Allah taala maksubkan didalam firmanNYA :

“ Dan Sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia Yang mempunyai hati (Tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan Yang mempunyai mata (Tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan Yang mempunyai telinga (Tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang Yang lalai “.( surah Al-A`raaf ayat 179 ).

Itulah hakikat sebenar kehidupan mereka diatas muka bumi ini, gilakan kuasa dan pangkat semata-mata dan ada juga dikalangan mereka ulama-ulama yang menyokong kehidupan jahat mereka yang mana mereka ini hanya senang membincangkan tentang perkara kecil sahaja sehingga melupakan musuh sebenar yang Allah taala nyatakan didalam al-quran iaitu YAHUDI dan NASRANI (KRISTIAN). Mereka hanya memperjuangkan mazhab mereka sahaja yang mengikut as-Sunnah, mereka ini tidak ubah sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w :

“ Sehingga mereka mengambil para pemimpin mereka daripada orang-orang yang bodoh (celaka), apabila mereka bertanya, dia memberikan fatwanya tanpa ilmu, mereka ini adalah orang yang sesat lagi menyesatkan orang lain “. (Mutafqun alaihi, al-Bukhari no. 98 & Muslim no.4828).

Ingatlah, kami akan terus memperjuangkan Islam walaupun mereka membencinya, kerana harapan kami adalah balas kebaikan daripada Allah taala semata-mata.

Syed Qutb
PESANAN TERAKHIR

Saudara,
Seandainya kautangisi kematianku
dan kausirami pusaraku dengan air matamu
maka di atas tulang-tulangku yang hancur luluh
nyalakanlah obor buat umat ini
teruskanlah perjalanan ke gerbang jaya.

Kematianku adalah suatu perjalanan
mendapatkan kekasih yang sedang merinduiku
Bahagialah hidupku di alam syurga

biarlah rohku terbang mendapatkan rindunya
janganlah gentar berkelana di alam abadi
nun di sana fajar sedang memancar.

(Ditulis beberapa ketika sebelum menemui syahid pada tahun 1966.)


Monday, January 5, 2009

Keganasah Israel Berterusan

Sumber :http://minipavilion.blogspot.com
Hari ke-10 : Eksperimen senjata Israel di Gaza

Hari kedua serangan darat. Dinyatakan, serangan Israel telah memasuki peringkat kedua.

Mereka terlalu hebat membincangkan tentang perdamaian, mereka juga melaungkan demokrasi sehingga memaksa semua orang mengikut demokrasi. Mereka juga dikatakan mempertahankan hak asasi manusia kononnya kuasa pendamai dan kuasa keamanan. Hari ini telah jelas, bagaimana sikap mereka yang sebenarnya.

Ketetapan Arab telah mereka tolak, diganti dengan inisiatif Kesatuan Eropah(EU). EU akan membentuk keadaannya hari ini di Timur Tengah. Mungkin sudah jemu agaknya kerana pihak yang lain lebih mendapat untungnya.

Kebanyakan pihak mengecam HAMAS kerana menyerang Israel, bahkan dalam masa yang sama Israel terus mengganas membunuh dan mengebom insan-insan di Gaza. Israel berjaya pengaruhi mereka yang tidak menyedari sesuatu atau mereka memang bersama Israel.
________________________________________

[MAP] Semalam, seorang pemuda Palestin syahid ketika menyertai satu tunjuk perasaan di Tebing Barat. Dinyatakan, pemuda-pemuda Palestin bertempur dengan pasukan penakluk(Israel). Penakluk menggunakan peluru hidup dalam menghadapi pemuda-pemuda Palestin.

[MAP] Jumlah mangsa yang syahid berikutan serangan Israel di Gaza meningkat ke angka 520, manakala 2500 cedera termasuk yang kritikal.

[MAP] 7.00 pagi (waktu Mesir). Israel berterusan mengebom beberapa sasaran di Gaza. Awal pagi tadi, apache Israel menggugurkan bom berangkai di bandar Gaza. Pejuang Palestin menembak ke arah apache menggunakan penangkis kapal terbang.

[MAP] Awal pagi tadi, Kapal perang Israel menembak ke arah penempatan penduduk Palestin di Mukhayyam Shatie(persisiran laut Gaza) yang mengorbankan sebuah keluarga(ayah, ibu dan 5 anaknya).

Sebanyak 7 buah rumah lagi menjadi sasaran serangan Israel pagi ini.

Menurut sumber, setakat ini masih ramai lagi penduduk Palestin yang parah dan cedera namun ambulan tidak mampu sampai ke kawasan-kawasan yang diserang Israel kerana terlalu bahaya disebabkan serangan membuta-tuli.

Di Khan Yunus, sebuah rumah yang dipercayai dimiliki seorang pemimpin HAMAS turut menjadi sasaran serangan Israel. Sementara itu, Israel mengebom sebuah masjid dan sebuah yayasan kebajikan.

[MAP] Ummu Misr, Gaza. Beribu-ribu penduduk diancam serangan darat Israel. Serangan peluru Israel turut mengebom kawasan yang berhampiran dengan tembok pemisah. Dinyatakan, sebahagian besar tempat-tempat di Gaza terputus bekalan elektrik berikutan pengeboman dan serangan yang bertalu-talu.

[MAP] Sempadan Rafah Gaza. Menurut sumber, sebuah pasukan tentera Israel sedang bergerak menghala ke Rafah Gaza. Dinyatakan, pasukan tersebut telah berada di lapangan terbang Gaza(tidak beroperasi).

Penutupan sempadan Rafah Gaza berikutan pengeboman di garisan sempadan Mesir-Gaza sebelum ini. Semalam, Mesir membenarkan beberapa trak bantuan masuk ke Gaza. Bagaimanapun hingga setakat ini, sempadan Rafah Gaza terpaksa ditutup. Mesir akan membuka sekitar tempoh yang tidak lama selepas ini.

Penutupan sempadan Rafah Gaza mendapat kecaman umum ekoran bantuan-bantuan kemanusiaan malah pasukan perubatan juga tidak dapat masuk ke Gaza.

Terkini : Mesir akan membuka sempadan Rafah hari ini. Dinyatakan, tempoh masa pembukaan sempadan tidak makan masa yang lama.

[MAP] Beit Lahiya, utara Gaza. Sumber dari 'Askalan, Israel menyatakan penduduk Israel menjalankan kehidupan seperti biasa. Bagaimanapun, timbul kebimbangan serangan roket.

Dalam pertempuran awal semalam, 5 tentera Israel parah berikutan berhadapan dengan pejuang-pejuang Palestin. Bagaimanapun, tentera Israel tidak mampu menceroboh lebih mendalam ke Gaza melalui Beit Lahiya.

[MAP] Nicholas Sarkuzi, Presiden Perancis akan bertemu dengan Presiden Mesir, Housni Mubarak bagi mengemukakan dan membincangkan inisiatif Eropah berhubung keadaan di Gaza. Menurut sumber, Sarkuzi akan bertemu Mahmoud Abbas di Ramallah atas hal yang sama.

Sarkuzi juga akan bertemu Ehud Olmert, Perdana Menteri Israel.

Mahmoud Abbas, Presiden Palestin hari ini dijadualkan akan bertolak ke Washington selepas perjumpaan dengan Sarkuzi. Menurut sumber, Abbas di Washing akan berjumpa dengan Majlis Keamanan Antarabangsa.

Dalam kenyataannya semalam, Abbas menyeru kepada semua penduduk Palestin agar bersatu. Tambahnya lagi, kesemua kumpulan-kumpulan pembebasan Palestin juga seharus bersatu.

Abbas juga meminta HAMAS dan JIHAD ISLAMI mengadakan dialog dengannya.

[MAP] Delegasi HAMAS akan mengadakan pertemuan dengan wakil Mesir hari ini di Kaherah. Dinyatakan, pertemuan ini adalah untuk mengemukakan cadangan-cadangan HAMAS dan perbincangan keadaan yang berlaku di Gaza.

[MAP] 8.45 pagi (waktu Mesir). 3 kanak-kanak syahid dalam satu serangan Israel setelah rumah dibom. Tidak jauh dari kawasan itu, Sebuah rumah dibom Israel yang mengakibatkan 3 lagi kanak-kanak syahid.

Dinyatakan, keadaan terlalu sukar umpama dilanda bencana kerana ambulan dan pasukan penyelamat tidak mampu sampai ke kawasan-kawasan yang telah dibom Israel berikutan serangan yang membuta-tuli.

Beit Hanoun. Serangan berterusan dari pihak Israel. Pesawat pengintip tanpa juruterbang berlegar-legar di ruang udara Gaza.

Sementara itu, pejuang Palestin sempat melancarkan 5 serangan roket ke Ushkul, Israel.

Selepas itu, pejuang Palestin melancarkan lagi 2 roket ke Israel.

[MAP] Netzerim, barat bandar Gaza telah dikuasai Israel. Menurut sumber, Israel telah membahagikan kepada dua bahagian.

[MAP] Serangan terbaru. F-16 dan kapal perang Israel. Dinyatakan, kapal perang Israel menembak di persisiran laut Gaza, barat laut Gaza. Sumber menjelaskan, sebuah rumah hancur akibat tembakan dari kapal perang Israel. Sejurus kejadian tersebut, sebuah keluarga Palestin(ayah, ibu dan 5 anaknya) terkorban.

[MAP] Pertempuran sengit antara pejuang-pejuang Palestin dengan pasukan tentera Israel timur Jabaliya, Mukhayyam Shujaieyah dan Hayyu Zaitun.

Dinyatakan, pejuang-pejuang Palestin bertempur bagi menghalang kemasukan tentera darat Israel ke pertengahan Gaza.

[MAP] 9.30 pagi (waktu Mesir) Jumlah mangsa yang syahid berikutan serangan Israel di Gaza meningkat ke angka 521, manakala 2500 cedera termasuk yang kritikal.

Sunday, January 4, 2009

Islam Bukan Hanya kata-kata

Islam Tidak Tertegak Dengan Kata-Kata


Masyarakat di setiap darsawarsa adalah reflaksi kepada keperibadian kumpulan yang memimpin manusia dalam period tersebut, melebihi reflaksi undang-undang yang digubal untuk menyusun kehidupan dalam aspek-aspek politik, ekonomi dan kemasyarakatan.

Fenomena ini disebabkan oleh dua perkara:

1. Kefahaman, akhlak, dan tabiat memberi kesan-kesan spritual yang lebih mendalam daripada arahan yang dipaksa agar dilaksananakan melalui kekuatan seperti penguatkuasaan undang-undang. Ia juga menanamkan pengertian tauladan yang tidak boleh digarap oleh kekuasaan.

2. Falsafah, kesusasteraan, dailog dan hujah fuqaha’ mengetuk pasak akal, perasaan dan roh, lalu meninggalkannya dalam pendirian menerima atau menolak. Ketegasan yang kaku tidak pernah berupaya untuk menakluk hati, dan juga tidak ada tempat untuk rasa kasih dan cita.

Dari sini dapat diketahui bahawa seutuh-utuh undang-undang atau syariat ialah undang-undang atau syariat yang disokong dibelakangnya oleh kepercayaan pemimpin yang melaksanakannya. Kerana helah, putar belit atau pencabulan adalah pendekatan yang digunakan oleh pemimpin ketika mana ia tidak mendapat sokongan.

Oleh kerana itu tidak berlaku, Islam tanpa muslimin atau iman tanpa mukminin. Kehidupan Islam tidak akan terbina oleh nas syarak semata-mata, tetapi tiang-tiang Islam ditegakkan oleh kepimpinan daripada kalangan orang-orang yang beriman yang mempunyai kesan yang sepadu, dari kalangan tokoh pengurusan, politikus, ekonomis, industri, fuqaha’, hakim-hakim, sasterawan dan intelektual. Yang mengetuai mereka ialah seorang lelaki yang mengumpul semua kelebihan dan memiliki kepekaan yang syumul. Tidak ada peluang bagi undang-undang Islam untuk melakukan perubahan, tanpa ada memiliki hati yang tersengat dan menganggap perlaksanaan undang-undang Islam satu ibadat.

Kefahaman ini bukanlah suatu yang baru. Tetapi ia adalah konsep lama yang telah diperjelaskan oleh para fuqaha’ salaf. Kerana mereka memahami bahawa para wali Allah yang menolong dan membantu agama-Nya terdapat di kalangan seluruh golongan umat Muhammad (s.a.w.), selagi mereka tidak tergolong daripada kalangan orang yang melakukan bid’ ah dan kefasikan yang nyata. Jadi mereka terdapat di kalangan ahli al­Quran dan ahli ilmu. Mereka terdapat di kalangan ahli jihad dan peperangan. Mereka juga terdapat dari kalangan para peniaga, ahli pertukangan dan peladang.

Imam Ahmad Merasa Pelik

Ketika Imam Ahmad bin Hanbal melihat dengan pandangan hatinya, beliau melihat berlaku penyisihan kepada orang yang thiqah (adil) sedangkan golongan yang tidak disenangi, ditabalkan. Memberi kedudukan kepada ahli bid’ah dan penyerahan tugas kepada orang yang tidak layak, beliau berkata: “Pada hari ini, jika kamu melihat sesuatu yang lurus betul, maka kamu hendaklah merasa hairan dan takjub kepadanya.”

Kehairanan ini ada rasional kebenarannya . Apabila hawa nafsu telah mengatasi iman dalam recommendation yang dilakukan terhadap seseorang untuk satu satu jawatan sehingga seseorang dipuji; “alangkah berakalnya dia” , “alangkah pintarnya dia” dan “alangkah penyabarnya dia” , sedangkan di dalam hatinya tiada keimanan sekali pun sebesar biji sawi. Sehingga terjadi orang-orang zalim dilantik memegang kementerian dan berada di pusat kuasa, serta orang-orang jahil memimpin dan mengetuai majlis-majlis ilmu. Sehingga para ahli sejarah bersepakat bahawa punca segala fenomena kelemahan umat Islam adalah pada kecacatan sifat para perlaksana.

Iktibar Daripada Tragedi

Tragedi keruntuhan Daulah Abbasiyyah tidak berlaku melainkan sebagai natijah semulajadi daripada keadaan penyelewengan yang telah mencapai kemuncaknya. Tiada siapa yang dapat memberikan peringatan dan amaran sebagaimana peringatan dan amaran yang telah diberikan oleh tragedi tersebut. Walaupun demikian, tragedi tersebut tetap menutup pintu hati orang-orang yang terselamat daripada keganasan Tatar untuk mengambil iktibar, seperti muslimin di Syam dan di Mesir. Oleh sebab itulah Syam dan Mesir menyaksikan berbagai-bagai jenis kelemahan dan kekurangan yang amat memeritkan.

Ibnu al-Qayyim telah mengucapkan satu ungkapan yang bersejarah. Ia menggambarkan keadaan yang berlaku pada masa itu. Beliau menyimpulkan bahawa punca kebatilan yang dilakukan golongan batil adalah kerana tipu daya syaitan yang merupakan musuh manusia dan selaras dengan analisis Islam terhadap pertarungan yang berlaku di antara kebaikan dan keburukan, serta bersesuaian dengan akidah Islam.

Pertembungan Islam Dan Jahiliah

Beliau menyebut bagaimana syaitan menemui satu kumpulan pengikutnya. “Lalu syaitan itu membentuk daripada mereka satu kumpulan (hizb) yang menyokongnya dan berwala’kan kepadanya dengan membelakangi Tuhan mereka yang sebenar (Allah). Mereka telah menjadi musuh kepada Tuhan mereka yang sebenar bersama dengan syaitan yang memangpun sudah menjadi musuh kepada Tuhannya. Mereka menyeru kepada kemurkaan-Nya. Mencacat cederakan rububiyyah, uluhiyyah dan keesaan-Nya. Mereka mencela dan mendustakan-Nya. Mereka memfitnah dan menyusahkan para wali­Nya dengan berbagai-bagai jenis kesusahan. Mereka berusaha untuk menghapuskan para wali-Nya daripada kewujudan ini. Mereka juga berusaha keras untuk mendirikan satu negara buat mereka.”

Apa yang menarik di dalam petikan di atas ialah beberapa perkataan dan istilah yang digunakan oleh Ibn al-Qayyim, seolah-olah beliau menyifatkan tabiat pertarungan yang sedang berlaku di antara gerakan-gerakan Islam dengan kem jahiliyyah. Beliau menyebut perkataan kumpulan (hizb), fitnah, kesusahan, penghapusan dan penegakan negara batil. Perkataan-perkataan ini menawan keprihatinan anda, agar anda memberikan perhatian atau tertarik kepada persamaan bentuk peperangan dan pertarungan yang sedang anda hadapi, sebagaimana yang telah dihadapi oleh generasi Ibn al-Qayyim dan sebagaimana yang telah dialami oleh kumpulan yang bersama dengan Imam Ahmad ibnu Hanbal (r.a.)

Pertarungan yang kita lihat, bukanlah suatu yang baru, Ia adalah pelampauan, tetapi dengan nama-nama yang baru. Pertarungan di antara beberapa kumpulan yang saling bercakaran, Tetapi apabila untuk menentang agama, mereka bersatu.

Pertarungan yang berlaku hari ini adalah pertarungan politik kepartian yang tersusun bagi mendirikan negara jahiliyyah. Mereka sebenarnya telah mendirikannya. Pertarungan mereka berterusan untuk mengekalkan kewujudan negara tersebut, untuk mengukuhkannya dan mendidik generasi baru di atas kekufuran. Hakikatnya ia bukanlah kerosakan akhlak, kejahatan dan kegilaan yang hanya boleh ditangani dengan nasihat (ceramah) para pendakwah sahaja.

Dalam keadaan ini, golongan yang mempunyai ghirah (semangat) Islam dan akidah keimanan di setiap tempat hendaklah saling tolong menolong, menyusun tenaga dan strategi, menyempurnakan kekurangan tarbawi dan memperbanyakkan bilangan, di dalam proses melakukan ‘penyelamatan’ melalui praktis jihad politik yang tersusun untuk menegakkan negara Islam yang dipimpin oleh para du’at yang haraki.

Membutakan Mata

Setiap muslim dituntut untuk memberikan sedikit impak dan turut serta membawa kebaikan di dalam proses ‘penyelamatan’ ini berdasarkan kemampuannya. Tiada makna kehidupan seseorang yang berpendirian negatif. Dia hanya mendapat kenikmatan di dunia ini, dengan makan, minum dan wanita, sedang dia tidak berusaha untuk memperlihatkan pendiriannya terhadap ahli fikir di sekitarnya. Para politikus di kiri kanannya juga sedang bertarung; ada yang baik dan ada yang jahat, sedang dia hanya menjadi penonton sahaja.

Sikap negatif, suka mengasingkan diri dan hanya menjadi penonton ini, adalah ungkapan singkat berupa sindiran yang tidak disukai oleh Abdul Rahim bin al-Ikhwah al­Shaibani, seorang penyair dan ahli tafsir. Beliau menganggapnya sebagai kematian. Di sisinya, seseorang manusia dan pedang, jika tidak memberikan sebarang kesan atau impak, walaupun hidup ia adalah mati, walaupun ia dihunuskan, ia adalah bersarung.

Al-Rafie pergi lebih jauh. Beliau melihat tiada sebarang alasan bagi kewujudan seseorang yang berpendirian negatif. Beliau memberi amaran kepada anda tentang keperluan bersikap jelas dan terang. Kerana jika anda tidak menambah sesuatu (kesan atau impak) kepada dunia ini, maka anda adalah barang lebihan kepada dunia ini.

Inilah keadaan orang yang disengat hatinya ketika melihat kesejukan ummat Islam. Sengatan itu melupakannya daripada mengingati lafaz-lafaz yang lembut. Hilang dari ingatannya bahawa anda tidak mampu mendengar ungkapan yang berterus terang, lalu dia berkeras terhadap anda sedangkan anda tidak berdaya menanggungnya!

Friday, January 2, 2009

Indahnya Ukhuwwah

SETEGUH PERSAHABATAN

Afifa agak terkejut apabila membaca nama pengirim surat itu.Tanpa lengah dia terus mengoyakkan sampul surat putih tersebut lalu membaca isinya dengan teliti.

Afifa yang budiman,

Jika surat ini berada ditanganmu, aku tidak tahu apa yang terjadi pada diriku.Segala yang berada disekelilingku telah berubah dengan begitu pantas.Kini hidupku sarat dengan kesunyian dan terasing.Sungguh, aku begitu sepi…kerana yang ada hanya aku dan isteriku.Semua yang berada disisiku begitu memusuhiku.Keluarga sahabat handai dan semua kenalan begitu membenciku.Sehingga keluargaku yangku puja selama ini turut menyingkirkanku.

Pasti kau kebingungan dan hairan dengan kehadiran berita dariku.Aku sendiri tidak menyangka perjalanan hidupku begini rupa.Dan entah mengapa aku begitu ingin menyampaikan berita ini kepadamu.

Afifa yang diingati,

Segalanya bermula dengan kunjunganku ke rumahmu setahun yang lalu.Masih ingatkah kau?Ketika hujan membasahi bandar metropolitan.Kuketuk pintu rumahmu.Pada daun pintunya masih kuingat ada lafaz ‘Assalamualaikum’ tertera indah. Namun tika itu aku tidak mengucapkannya kerana ia tidak memberi apa-apa makna bagiku.

Apa yang terbayang dalam fikiranku ketika itu, kau pasti masih seperti dulu.Kalau berubah pun mesti lebih matang dan bertambah anggun.Aku begitu yakin.Kau rakan karib sekuliah yang lincah, periang, ramah dan cantik.Paling tidak dapatku lupakan matamu yang redup dan tenang serta rambutmu yang ikal berombak indah.Betapa dulu kita begitu akrab.Sehingga ramai kawan-kawan lain yang cemburu melihat keakraban kita.Pelbagai tuduhan dilemparkan kepada kita. Antaranya kata-kata meraka kita “Laila dan Majnun atau Romeo dan Juliet”.Kita lantas tertawa apabila mendengar pelbagai tuduhan dilemparkan.

Ya! Persahabatan kita adalah persahabatan yang ikhlas.Suatu yang sukar dipercayai oleh semua rakan kita.Memang aneh... bagaimana persahabatan kita boleh begitu intim tetapi tulus.Engkau tahu aku telah mengikat tali pertunangan dengan saudaraku.Kita hanya berkawan.Belajar bersama, berjogging bersama, pendek kata melakukan semua aktiviti bersama. Tidak lebih dari itu. Kerana masing-masing kita menyedari bahawa tak mungkin salah seorang dari kita meninggalkan agama yang kita anuti.

Namun apa yang aku bayangkan dalam benak fikiranku, ternyata silap.Aku terkejut besar dan terpegun seketika apabila pintu terkuak.Engkau muncul di hadapanku denga penampilan yang hampir tak kukenali, kalau tidak kerana senyum ramahmu dan pandangan redup dari sudut matamu.Tubuhmu dibaluti baju panjang dan tudung lebar… yang sangat lebar.Menggeleng kepala sambil tetap bersikap sopan dan mesra ketika kuhulurkan tanganku untuk bersalaman. Kini baru kuketahui bahawa aku tidak boleh bersalaman denganmu tempoh hari kerana kau tidak mungkin bersentuhan tangan dengan lelaki yang dihalalkan nikahnya.

Afifa yang dihormati,

Sungguh, ketika itu aku sangat kecewa dan hampa.Setelah lebih kurang sejam aku berbual-bual dengan suamimu, aku pulang. Aku rasa aku telah kehilangan sahabat, ketika kurasakan engkau sangat berubah. Engkau tidak menyambut kedatanganku dengan tawa dan candamu. Engkau hanya duduk diam di sudut sofa rumahmu sambil memangku anakmu.Hanya sesekali kudengar suaramu yang menjawab soalanku. Itupun dengan nada yang cukup sopan seolah-olah aku orang yang terlalu asing bagimu.Aku juga turut menjadi kaku.Kini baru kuketahui bahawa engkau tidak pernah menemui tamu lelaki tanpa izin dan bertemankan suamimu.Hanya aku teman baikmu dulu maka engkau menemaniku, tapi dengan caramu.

Padahal ketika itu aku bersungguh-sungguh menyempatkan diri, mencari waktu dan menemuimu.Hampir lima tahun aku menjejakkan kaki ke Bandar L.Ya, semenjak kita lulus dengan ijazah cemerlang dan membawa haluan masing-masing. Kita terputus hubungan.Sebaik sahaja aku tamat pengajian, keluargaku terus menghantarku ke luar Negara untuk meneruskan pengajianku pada peringkat sarjana.

Oleh itu apabila aku ada urusan di Bandar L ini adalah peluang keemasan yang tidak boleh kulepaskan. Aku singgah di rumah ibumu, kudengar khabar engkau telah mendirikan rumahtangga dan baru sahaja menimang cahayamata. Aku terlalu ingin bertemu denganmu, melihatmu dan anakmu. Sehingga aku nekad mencarimu di Bandar L ini.

Ternyata Tuhan telah menyusun perancangan lain dengan peristiwa pertemuan kita. Kau ingat ketika aku mengundurkan diri tempoh hari?..Suamimu sempat mencapai sesuatu dan menghulurkanya kepadaku.Tanda persahabatan, katanya. Aku pasti tentu banyak tentangku yang telah kau ceritakan kepada suamimu. Terutamanya tentang aku yang hantu buku dan amat suka membaca!!..

Aku tidak sabar menunggu sampai di rumah untuk membaca buku hadiah pemberian suamimu. Aku biarkan pemanduku sepi tanpa berbual-bual seperti biasa.Betapa terkejutnya aku ketika membacanya.Kisah seorang puteri kepada ketua paderi di Sepanyol yang memeluk Islam!. Tiba-tiba aku rasa marah pada suamimu.Dan entah mengapa juga padamu.Apa tujuan suamimu menghadiahkan buku sebegitu rupa kepadaku.Aku terbayang wajahmu dan suamimu seolah-olah mengejekku.Aku benci pada riak wajah itu !.. Hampir-hampir aku campakkan buku itu keluar tingkap keretaku. Tapi tiba-tiba aku bimbang jika buku itu dibaca orang lain. Bila sampai di rumah akan kubakar buku jahannam ini. Itu nekadku. Tapi kejenuhan perjalanan yang panjang menyebabkan aku tergoda untuk membukanya sekali lagi. Kubaca dan kubaca. Ternyata aku semakin tertarik.

Afifa yang sentiasa diingati,

Detik-detik berikut adalah saat membingungkanku. Aku jadi seorang pendiam dan pemikir. Ini di luar tabiatku…

Begitu baik adunan kisah buku tersebut sehingga menggugat-gugat fikiran juga keyakinanku. Terbayang diruang mataku gambaran gadis secantik Isabella.Seorang calon pederi wanita yang sarat didadanya tentang ilmu teologi kristian akhirnya goyah dan bertukar agama. Begitu bijak pengarang itu membentangkan hujah-hujah dan faktar-faktar melalui watak Isabella yang akhirnya memyebabkan watak itu resah gelisah. Seperti aku kemudiannya.

Aku cuba menyajukan beberapa persoalan yang terdapat dalam kisah tersebut kepada ahli agamaku. Termasuk dua abangku yang juga paderi. Ajaib!..Ia seperti yang berlaku dan terjadi dalam kisah yang kubaca. Banyak persoalanku yang tidak mampu dijawab. Keyakinanku terhadap agamaku mula bergoncang.

Aku mula mencari buku-buku dan maklumat tentang mereka yang berhijrah secara intensif. Jaringan internet turut membantu pencarianku. Lebih kurang enam bulan yang lalu Allah memberi petunjuk kepadaku. Melimpahkan anugerah nikmat ISLAM.Memberi kekuatan yang luarbiasa untuk aku menempuh jalan berliku yang sungguh mengerikan. Aku begitu berani ketika melafazkan ikrarku, penyaksianku, dan perisytiharanku ;”Sesungguhnya tiada Tuhan kecuali Allah dan Muhammad pesuruh Allah”. Aku bersyukur kerana isteriku juga mengikuti jejak langkahku.Tidak silap aku memilih dia sebagai pasangan hidupku. Sesungguhnya dia seorang yang tabah, sanggup mengharungi keperitan dan kepedihan ini bersamaku.

Hati Afifa mula sesak. Afifa semakin tak sabar untuk menamatkan adegan kisah rakannya ini. Tapi Muhammad belum boleh lena, mungkin tak selesa kerana selsemanya masih belum reda. Itu sebabnya Afifa ambil cuti hari ini, untuk menjaga Muhammad agar selsemamya tidak berlarutan. Tambahan pula dia ada mengidap lelah,-penyakit keturunan. Alhamdullilah rengetan Muhammad tak lama…

Afifa saudaraku yang dikasihi kerana Allah,

Bermula episod baru dalam kehidupan kami. Apa yang dialami Isabella kini berlaku pada diri kami. Keluargaku juga keluarga isteriku amat marah. Pelbagai cara mereka gunakan untuk memujuk kami ke “pangkal jalan”.Nasihat, ugutan dan ancaman bahkan penyiksaan melanda kami.Pasti kau tahu keluargaku tergolong dalam golongan yang begitu teguh pegangan agamaku yang dulu. Inilah aib besar bagi mereka. Kemarahan mereka tidak terbendung lagi apabila aku dan isteriku masih tetap tidak berganjak dari keputusan kami.

Aku sebelum ini anak bongsu dan kesayangan keluarga telah diusir dari rumah kami.Kerana rumah kami juga hadiah dari keluargaku pada hari perkahwinan kami. Kesemua barang dan perabot kami dibakar dihadapan kami.Bukan setakat itu sahaja. Aku juga dilucutkan jawatan sebagai salah seorang pengarah syarikat milik keluargaku.Lebih menyedihkan lagi semua dokumen kami turut dibakar. Kami tidak punya apa-apa.Kami pergi sehelai sepinggang. Hanya berbekalkan doa dan keyakinan bahawa Tuhan pasti memelihara kami. Sesungguhnya janji Allah itu pasti benar.Amat benar.Kami diberi perlindungan oleh salah seorang ahli jawatankuasa masjid untuk beberapa hari sebelum mereka membantu aku mendapatkan pekerjaan dan bantuan.

Aku akan mulakan hidup ini dari bawah.Hidup yang amat sederhana.Atau mungkin serba kekurangan.Tapi kami bersyukur. Dengan ilmu ISLAM yang setitik ini aku yakin di sana ada orang yang lebih hebat siksaannya berbanding kami.Aku pernah mendengar dari kuliyah di masjid bahawa Mus’ab bin Umair, seorang anak bangsawan dan hartawan lebih hebat disiksa oleh kedua ibu bapanya.Tatkala syahid menjemputnya, hanya sehelai kain kasar yang menutupi sebahagian jasadnya.Jika ditarik kain itu untuk menutup kepala, kakinya nampak.Jika kakinya pula ditutup kepalanya pula yang nampak.Tapi dia bahagia dengan Islam.Kenapa kami tidak?

Afifa saudara seIslam yang seringku ingati,

Aku lupa memberitahumu, aku tidak dapat mengunjungimu selepas memeluk Islam kerana kesihatanku yang tidak mengizinkan.Luka-luka kesan penyiksaan penjahat yang diupah oleh keluargaku mengebabkan sebelah telingaku rosak.Tulang belakangku retak…menyebabkan aku tidak mampu bergerak banyak.Isteriku yang keluar mencari sesuap nasi untuk kami.Dia diterima sebagai pembantu tadika di masjid tempat kami berlindung. Kami takut untuk keluar jauh dari kawasan masjid ini walau ke hospital untuk mndapat rawatan.Aku pasti keluargaku tidak akan membiarkan kami hidup dengan aman.

Sakitku semakin parah.Seorang doktor, kenalan ahli masjid, mengatur dan merancang rawatanku ke sebuah hospital swasta milik orang Islam.Dengan menjamin keselamatan nyawaku dan isteriku,Aku bersetuju…dengan penuh keharuan.Dengan harapan yang menggunung aku bedoa…”Ya Allah berilah aku peluang untuk hidup agar aku dapat berbuat sesuatu untuk Islam pada sisa umurku.Berilah aku ruang untuk menebus dosaku yang telah lalu…”

Afifa melihat tulisan pada warkah ini semakin sukar dibaca.Agak buruk tulisannya..pasti dia menulis dalam keadaan sukar.Manakala Afifa dengan payah menghabiskan perenggan yg akhir.

Afifa saudaraku yang dikasihi,

Ketika warkah ini ditulis, aku sedang menanti waktu untuk dibedah.Tulisanku semakin burukkan?.Tapi aku pasti kau masih boleh membacanya.Afifa…..saat ini aku sudah tidak mampu duduk.Namun aku tidak putus asa dengan rahmat Allah.Aku yakin DIA yang akan menentukan yang terbaik untuk IMANku.Namun begitu Afifa…jika Allah mengkehendaki sesuatu berlaku pada diriku…sesuatu yang lain.Aku amat meminta bantuanmu…inilah permintaan akhirku;tolong jaga isteriku.Engkau satu-satunya sahabat dan saudarakuAku yakin dengan kebaikan hatimu.Pasti kau tidak sanggup melihat saudara seIslam yang baru mengenal erti IMAN ini sendirian?..Tiada lagi disisinya kecuali aku.Aku khuatir dia belum cukup kuat untuk kehilanganku…..bantulah dia.

Samapai di sini warkahku kali ini.Semoga Allah mempertemukan kita…jika tidak di sini, yang pasti di alam sana yang kekal abadi.AMIN

Wassalam.

Sahabatmumu, Philips

dan kini

MUHAMMAD AMMMAR

Afifa terpegun.Afifa memegang warkah itu sambil menyeka air matanya.Namun jelas terdengar, esaknya tak tertahan…Akhirnya deraian air mata begitu deras mengalir….sukar dibendung lagi. Afifa seperti mahu terbang mencari “Ammar”. Namun tiada alamat dan nombor telefon yang tertulis.Cuma yang ada cop tempat surat ini diposkan.

Hari berganti hari.Seminggu berlalu.Afifa dan suaminya masih belum dapat mencari alamat Ammar.Afifa tidak berhenti berdoa untuk sahabatnya.

Pada pagi hari minggu itu,ketika Afifa dan suami bersiap utk mencari Ammar terdengar loceng dipagar berbunyi.Afifa menjengok ke luar.Seorang wanita bertudung yang kurus kering berada di luar pagar.Afifa segera keluar.Kesedihan jelas terbayang di ruang mata wanita tersebut.Dia memperkenalkan dirinya sebagai isteri Ammar.Tak sempat Afifa bertanya lanjut,dia berkata: “Abang Ammar telah pergi…” katanya penuh sendu diiringi dengan esakan yang tertahan-tahan.Afifa terus merangkul tubuh”LATIFA”..kedua-duanya menangis teresak-esak.

“Ya Allah, terimalah taubatnya…”bisik AFIFA.

Thursday, January 1, 2009

AL-QURAN MENDIDIK UMMAH


Ta’rif al-Quran

Kitab suci al-Quran adalah Kalam Allah SWT yang bermukjizat, diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW, ditulis dalam beberapa naskhah mashaf dan dipindahkan daripada baginda SAW dengan riwayat yang mutawatir. Membacanya merupakan satu ibadah. Inilah ta’rif al-Quran yang dipersetujui para ulama’ Usul Fiqh dan bahasa.

Hubungan al-Quran dan as-Sunnah

Kebanyakan hukum yang diterangkan dalam al-Quran bercorak kulli (tidak secara detail atau terperinci). Peranan as-Sunnah yang merangkumi keperibadian, perkataan, perbuatan dan pengakuan Rasulullah SAW memperincikan hukum-hukum al-Quran. Apabila seseorang berpegang dan beramal dengan as-Sunnah bererti dia berpegang dan beramal dengan al-Quran.

Al-Imam Al-Auza’i telah meriwayatkan daripada Hassan Ibnu ‘Atiyyah, katanya: “Ketika wahyu turun kepada Rasulullah SAW, malaikat Jibril membawa as-Sunnah yang mentafsirkan wahyu tersebut. Maka setiap perkara yang lahir daripada Rasulullah SAW samada dalam bentuk perkataan, perbuatan mahupun pengakuan berasal daripada wahyu Allah SWT jua. Allah SWT telah berfirman:

“Tidaklah (Rasul itu) berkata-kata mengikut hawa nafsunya melainkan apa yang telah diwahyukan kepadanya.” (an-Najm: ayat 3-4)

Kehidupan Rasulullah SAW adalah penterjemahan realistik al-Quran al-Karim. Sayyidatina ‘Aisyah r.a. pernah ditanya mengenai akhlak Rasulullah SAW, maka dijawabnya:

“Bahawa akhlaknya (Rasulullah SAW) adalah al-Quran.”

Sumber pembentukan ummah

Sumber pembentukan ummah Islamiyyah ialah al-Quran al-Karim manakala hadith atau sunnah Rasulullah SAW adalah terbitan daripada al-Quran al-Karim.

Rasulullah SAW adalah model yang praktikal bagi didikan Islam. Baginda adalah pentafsir kepada sistem tarbiyyah al-Quran samada dengan amalan, budi pekerti ataupun arahan-arahan.

Didikan al-Quran serta natijahnya

Sistem didikan al-Quran adalah unik. Sistem ini tidak meniru mana-mana sistem yang ada di bumi. Kesan atau natijahnya yang pernah lahir juga unik, iaitu satu generasi yang sungguh mengagumkan dan tiada bandingan dalam sejarah. Generasi yang asal hidup bersengketa dan berperangan sesama sendiri, bersatu-padu, membangun dan menegakkan nilai-nilai Rabbani (nilai yang diturunkan oleh Allah SWT) dalam kehidupan. Mereka menjadi model bagi manusia dan mereka telah mendapat pujian daripada Allah SWT. Firman Allah SWT:

“Kamu adalah sebaik-baik ummah yang diutuskan kepada manusia, kamu menyeru kepada ma’ruf dan mencegah daripada kemungkaran dan kamu beriman dengan Allah.” (‘Ali Imran: ayat 110)

Proses pembentukan adalah Iradah Allah SWT

Ummah terbaik itu dikenali sebagai generasi al-Quran. Ummah itu natijah daripada tarbiyyah Rasulullah SAW berdasarkan wahyu Allah SWT. Tarbiyyah Rasulullah S.A.W. berjalan selama 23 tahun - 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah.

Tiga belas tahun di Mekah adalah masa pembinaan dan pengukuhan aqidah Islamiyyah. Sepuluh tahun di Madinah adalah masa penegakan undang-undang dan hukum-hukum yang mengurus dan mengatur masyarakat dan daulah Islamiyyah yang dibentuk oleh Rasulullah SAW.

Al-Quran membina dan mendidik aqidah ummah itu dalam jangka masa yang begitu lama kerana menurut iradah (kehendak) Allah SWT. Jika Allah SWT mahu, Allah SWT boleh menurunkan ayat-ayat al-Quran secara lengkap sekaligus lalu dibiarkan ummah itu mempelajari dan memahaminya. Sebenarnya iradah Allah SWT tidak sedemikian. Allah SWT menghendaki satu sistem tertentu dan unik dalam pembinaan ummah. Pembentukan aqidah berjalan serentak dengan kematangan ummah dan selaras dengan penurunan ayat-ayat al-Quran yang beransur-ansur. Allah SWT menghendaki agar ummah itu dibina dengan aqidah Islamiyyah, selepas itu Islam yang syumul dapat dipraktikkan dengan baik.

Din al-Islam adalah Din Rabbani. Sistem untuk melaksanakannya juga Rabbani. Sistem ini tidak boleh dipisahkan atau diketepikan. Lantaran Din al-Islam didatangkan oleh Allah SWT untuk membina aqidah dan membentuk ummah, maka sudah tentu sistem pembinaan dan pembentukan itu merupakan perencanaan atau perancangan Allah SWT yang tidak boleh dipandang sepi. Firman Allah SWT:

“Kami (Allah) turunkan al-Quran itu terpisah-pisah supaya engkau bacakan kepada manusia dengan perlahan-lahan dan kami turunkannya sedikit demi sedikit.” (al-Isra’ : ayat 106)

Cara penurunan al-Quran merupakan perencanaan Allah SWT dalam proses pembentukan dan pembinaan ummah agar aqidah Islam benar-benar terbentuk, menjadi pegangan dan lahir dalam pergerakan hidup, bukan sekadar teori atau pengetahuan semata-mata.

Kemuncak natijah

Terbukti dalam sejarah kemanusiaan, didikan al-Quran telah melahirkan generasi yang benar-benar mendokong al-Quran dan as-Sunnah. Itulah proses didikan yang telah menghasilkan generasi Muslimin sejati dan berwibawa mengepalai pimpinan alam ke arah kesejahteraannya. Generasi yang melengkapi sifat-sifat kepimpinan yang tinggi dan mulia, yang mengandungi pemuda-pemuda yang berjiwa Tauhid dan tidak dipengaruhi atau terpengaruh dengan nilai-nilai keduniaan. Cita-cita mereka ialah memenangi keredhaan Allah SWT semata-mata.

Mereka sentiasa bersedia menyahut panggilan Iman dan memandang kehidupan jahiliyyah sesuatu yang tidak bernilai. Nilai mereka sebenar ialah nilai Allah SWT.

Setiap wakil atau delegasi yang dikirimkan Rasulullah SAW ke sesuatu tempat akan bertindak menurut apa yang dikehendaki Allah SWT dan Rasulullah SAW.

Perhatikanlah sikap Mu’az bin Jabal r.a. yang menjadi wakil Rasulullah SAW ke Negeri Yaman. Sebelum beliau bertolak ke Yaman, Rasulullah SAW telah menguji beliau dengan katanya yang bermaksud, “Wahai Mu’az! Bagaimanakah kamu hendak lakukan jika dikemukakan sesuatu masalah kepadamu?” Jawab Mu’az, “Saya akan berhukum dengan apa yang tersebut di dalam Kitab Allah.” Baginda bertanya lagi, “Bagaimana pula jika tidak kedapatan di dalam Kitab Allah?” Jawab Mu’az, “Saya akan berhukum menurut Sunnah Rasulullah SAW.” Baginda bertanya lagi, “ Bagaimana jika tidak terdapat di dalam Sunnah Rasulullah SAW?” Jawab Mu’az, “Saya akan berijtihad dan saya tidak akan mengabaikan.” Kemudian Rasulullah SAW berkata, “Alhamdulillah yang telah memberi pertunjuk kepada utusan Rasulullah SAW mengikut cara yang diperkenankan Rasulullah SAW.”

Jawapan yang diberikan oleh Mu’az itu membuktikan bahawa pegangan hidup generasi sahabat Rasulullah SAW adalah syari’at Allah SWT sahaja. Mereka meletakkan tuntutan al-Quran di tempat pertama dalam hidup mereka. Mereka benar-benar terdidik dengan al-Quran bahkan kebanyakkan dari meraka adalah Huffaz (penghafaz-penghafaz) al-Quran. Dalam tragedi Bi’r al-Ma’unah terdapat 70 orang sahabat huffaz telah gugur syahid. Dalam peristiwa al-Yamamah pada zaman Khalifah Abu Bakar as-Siddiq terdapat 70 para huffaz telah syahid di suatu masa seperti yang pernah dijelaskan oleh Imam al-Qurthubi.

At-Tasyri’ al-Kamil

At-Tasyri’ al-Kamil membawa maksud suatu perundangan yang telah sempurna disyariatkan oleh Allah SWT. Firman Allah SWT:

“Pada hari ini (hari ‘Arafah, 10 Hijrah) Aku (Allah) telah sempurnakan bagi kamu Din kamu dan Aku sempurnakan ni’mat-Ku ke atas kamu dan Aku redha Islam sebagai Din kamu.” (al-Maidah: ayat 3)

Al-Quran telah diturunkan kepada Rasulullah SAW secara beransur-ansur melalui dua tahap, iaitu Tahap Mekah dan Tahap Madinah. Kewujudan tahap-tahap itu menunjukkan adanya pemeringkatan syari’at mulai awal kerasulan Rasulullah SAW hingga saat hampir kewafatan baginda.

Syari’at Islam kini telah lengkap dan sempurna. Oleh itu dalam konteks pembangunan semula Ummah Islamiyyah kini, syari’at itu tidak boleh dibataskan berasaskan Tahap Mekah dan Tahap Madinah. Hukum-hukum dan undang-undang Islam sudah lengkap dan sempurna dengan tamatnya wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah SAW.

Perlaksanaan syari’at dalam jama’ah kini

Bagaimanakah syari’at Islam yang lengkap hendak dilaksanakan oleh jama’ah Islam dalam suasana atau realiti kini ? Iaitu realiti yang tidak membolehkan jama’ah melaksanakan semua tuntutan syari’at Islam.

Dalam hal ini, perlaksanaannya adalah terhenti kepada suasana kelemahan (ad-Da’if) dan suasana kekuatan (al-Quwwah) jama’ah atau Ummah Islamiyyah yang dibentuk. Suasana kelemahan umat Islam yang tidak melaksanakan semua tuntutan syari’at mengharuskan jama’ah Islam mengambil Rukhsah dalam ertikata melaksanakan tuntutan syari’at sekadar kemampuan yang dimiliki oleh jama’ah. Namun penentuan mampu atau tidak mampu itu adalah di bawah tanggungjawab barisan kepimpinan (as-Saf al-Qiyadi) yang mengendalikan jama’ah Islam.

Bagaimanapun jama’ah Islam tidak boleh berpuas hati dengan mengambil rukhsah selama-lamanya. Bahkan sewajibnya kemampuan jama’ah Islam itu dipertingkatkan kerana matlamat besarnya ialah untuk menegakkan Khilafah Islamiyyah. Khilafah dalam pengertian mengurus semua urusan dan memimpin semua makhluk berpandukan syari’at Islam serta melaksanakan semua tuntutan syara’ demi keredhaan Allah SWT.

Jama’ah adalah ‘jalan’

Jama’ah adalah ‘jalan’ yang mesti dilalui untuk menegakkan Khilafah Islamiyyah. Oleh itu pembentukannya adalah wajib. Tahap kekuatan (al-Quwwah) jama’ah Islam perlu ditingkatkan sehingga ia boleh mengambil ‘azimah, bukan rukhsah. Yakni ‘azimah dalam melaksanakan semua hukum yang dituntut oleh syari’at Islam, kecuali dalam keadaan dharurah yang datang kemudian.

Khilafah merupakan natijah (hasil) daripada pembentukan jama’ah atau ummah yang berasaskan didikan iman. Inilah sunnah Allah SWT. Firman Allah SWT:

“Allah menjadikan bagi orang-orang yang beriman antara kamu serta melaksanakan amalan-amalan yang saleh bahawa mereka akan menjadi khalifah di muka bumi sebagai mana orang-orang terdahulu telah menjadi khalifah. Juga Allah telah menetapkan Din mereka yang Allah telah redha bagi mereka dan Allah akan tukarkan suasana ketakutan dengan keamanan; mereka memperhambakan diri kepada Aku (Allah) tanpa syirik sedikitpun dengan Aku. Barang siapa yang kufur selepas itu maka mereka itu sebenarnya orang-orang yang fasiq.”

(an-Nur: ayat 55)

Allah Tertinggi

Khilafah yang dimaksudkan oleh Islam bukanlah orang perseorangan, keluarga atau kelas-kelas tertentu, tetapi Jama’ah Ummah yang ada kepimpinan. Setiap anggotanya pula yakin dan menyerah kepada peraturan-peraturan yang Allah SWT turunkan. Khalifah pula bertanggungjawab mengurus daulah dan semua urusan berdasarkan syari’at Allah SWT.

Khalifah adalah wakil Allah SWT di bumi, bukannya penggubal undang-undang berdasarkan kehendak sendiri. Sesungguhnya Pencipta undang-undang hanyalah Allah SWT.

Hukum-hukum Allah SWT dalam al-Quran dan as-Sunnah adalah hukum-hukum tertinggi. Orang-orang mu’min tiada pilihan lain melainkan mematuhinya. Tiada sebarang hak bagi seseorang muslim atau mu’min untuk membuat hukum sendiri dalam perkara-perkara yang telah ditentukan Allah SWT dalam al-Quran dan as-Sunnah. Sebarang penyelewengan daripada hukum Allah SWT dan Rasul-Nya adalah berlawanan dengan aqidah atau iman. Firman Allah SWT:

“Apabila Allah dan Rasul-Nya menghukum mengenai sesuatu urusan maka tidak boleh lagi bagi orang-orang mu’min lelaki dan perempuan memilih berbuat mengikut kemahuannya. Barang siapa yang durhaka kepada Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya dia benar-benar sesat.” (al-Ahzab: ayat 36)

“Mereka berkata, “Kami telah beriman dengan Allah dan Rasul dan kami telah taat”, kemudian satu puak di kalangan mereka berpaling lagi selepas itu, maka mereka bukan lagi orang mu’min. Apabila mereka diajak kepada hukum Allah dan Rasulnya supaya berjalan hukuman di kalangan mereka tiba-tiba satu puak daripada mereka enggan menurutnya.” (an-Nur: ayat 47-48)

“Sesungguhnya perkataan orang-orang yang beriman itu apabila diajak kepada hukum Allah dan Rasul-Nya supaya berjalan hukuman di kalangan mereka, mereka berkata: “Kami dengar dan kami patuh” dan mereka itulah orang-orang yang berjaya.” (an-Nur: ayat 51 )