Hadis 1
إن النظر إلى محاسن المرأة سهم من مسموم من سهام إبليس فمن تركها أذاقه الله تعالى طعم عبادة تسره
Maksudnya :” Sesungguhnya memandang pada yang elok pada tubuh wanita itu seperti anak panah yang beracun daripada anak panah Syaitan, sesiapa yang meninggalkan perbuatan tersebut kerana takut kepada Allah taala, nescaya dia mendapat kesedapan di dalam melakukan ibadah “.
Takhrij
Diriwayatkan oleh Abu Nuaim ( Huliyatul al-Auliya`, Jil 6 m/s 101 ). Al-Qaraiti ( I`tilalu Qulubi Bab Ghadil Basari A`nil Al-Maharimi no. 267 ).
Hukum Hadis
Dhaif Jiddan ( Salasilah Dhaifah, no 1065 jil 3 m/s 117 ).
Masalah Hadis
Hadis ini mempunyai dua masalah utama iaitu :-
1- Melalui Kitab Abu Nuaim masalah perawinya yang bernama Said bin Sinan as-Syamy sebagaimana di katakana oleh Ibnu Hajar bahawa beliau adalah Matruk[1] ( Tahzib at-Tahzib, no 877 jil 3 m/s 409 ) dan di tuduh oleh ad-Daruqutny dan selainya dengan Pemalsu Hadis, az-Zahabi pula mengatakan Dhaif Hadisnya ( al-Kasyaf no 1905 jil 1 m/s 438 ). An-Nasaie mengatakanya sebagai Matruk ( Dhuafa` wa Matrukin, no 268 jil 1 m/s 52 )
2- Melalui Kitab al-Qaraiti masalahnya pada seorang perawai yang bernama Anbasah bin Abdul Rahman, Imam Tirmizi mengatakannya sebagai Mungkar al-Hadis ( Tahzib al-Tazib, no 766 jil 6 m/s 366 ). Ibnu Hajar mengatakan Matruk Hadis dan Abu Hatim menuduhnya sebagai Pemalsu Hadis ( Taqrib at-Tahzib, no 5206 jil 1 m/s 433 ), al-A`qily pula mengatakan Anbasah adalah Majhul dan hadisnya tidak Mahfuz dan tiada asal bagi( لا اصل له ) hadis yang di riwayatkan ( Lisan al-Mizan, no 1581 jil 2 m/s 384 ). Al-Bukhari pula mengatakan bahawa beliau mesti di tinggal – Tarquh – ( Al-Kasyaf, no 4303 jil 2 m/s 100 ).
Hadis 2
لكل ابن آدم حظه من الزنا فالعينان تزنيان وزنا هما النظر واليدان تزنيان وزنا هما البطش والرجلان تزنيان وزنا هما المشي والفم يزنى وزناه التقبيل والقلوب يهم ويصدق ذلك الفرج أو يكذبه
Maksudnya :” Bagi setiap manusia itu ada bahagian daripada penzinaan, mata berzina keduanya dengan melihat, tangan berzina keduanya dengan menyentuh – mengambil dsbg – kaki berzina keduanya dengan berjalan, dan mulut juga berzina dan zinanya dengan berkata-kata serta hati itu berhajat dan akan di benarkan oleh kemaluan atau di tolaknya – segala perbuatan kearah kekejian – “.
Takhrij
Diriwayatkan oleh Iman Ahmad ( Musnad Ahmad, jil 2 m/s 343 no 8507 ). Al-Baihaqi ( Syu`bah al-Imam, jil 4 m/s 365 no 5428. Sunan Kubra, jil 7 m/s 89 no 13289 ).
Hukum Hadis
Hadis ini Sahih sanadnya mengikut syarat Imam Muslim ( Tahkik Syeikh Syuib Arnout jil 14 m/s 210 no 8526 ). Hadis Soheh.
Hadis 3
ليس بالكذاب من يصلح بين الناس
Maksdnya :” Bukan satu pendustaan sesiapa yang mendamaikan diantara manusia “.
Takhrij
Diriwayatkan oleh Imam Bukhari ( Soheh Bukhari, jil 2 m/s 958, no 2546 ), Muslim ( Soheh Muslim, jil 4 m/s 2011, no 101 ).
Hukum hadis
Mutafaqun Alaihi, diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.
Hadis 4
إياكم والغيبة فإن الغيبة أشد من الزنا قيل له كيف ؟ قال : إن الرجل قد يزنى ويتوب فيتوب الله عليه وإن صاحب الغيبة لا يغفرله حتى يغفرله صاحبه
Maksudnya :” Jauhkan oleh kamu akan mengumpat, sesungguh mengumpat lebih besar dosanya daripada zina, di Tanya bagaimana ? di jawab : seorang lelaki apabila dia berzina dan bertubat kepada Allah makan Allah akan mengampungkannya, manakala orang yang mengumpat tidak akan di ampungkan sehingga di maafkan oleh saudaranya yang di umpat itu “.
Takhrij
Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Dunya ( as-Somtu wa Adabul Lisan m/s 118, no 164. Al-Ghibah wa an-Namimah m/s 45, no 25 ).
Hukum Hadis
Hadis Palsu
Masalah Hadis
Hadis ini mempunyai masalah pada seorang perawinya yang bernama U`bab bin Kathir as-Saqfi al-Basri sebagaimana kata Ibnu Hajar beliau adalah Matruk[2] dan Imam Ahmad mengatakan beliau meriwayatkan hadis yang dusta ( Taqrib at-Tahzib, jil 1 m/s 290, no 3139 ), az-Zahabi pula mengambil pendapat Imam Bukhari mengatakan bahawa beliau adalah seorang yang perlu di tinggalkan[3] ( Al-Kasyaf, jil 1 m/s 531, no 2572 ).
Hadis 5
آية المنافق ثلاث إذا حدث كذب وإذا وعد اخلف وإذا ائتمن خان
Maksudnya :” Tanda-tanya munafiq itu ada 3, apabila dia bercakap dia berbohong, apabila berjanji dia mungkiri dan apabila di beri amanah dia khianati “.
Takhrij
Diriwayatkan oleh Bukhari ( Soheh Bukhari, jil 1 m/s 21, no 33. Jil 2 m/s 952, no 2536. Jil 3 m/s 1010, no 2598. Jil 5 m/s 2262, no 5744 ), Diriwayatkan juga oleh Muslim ( Soheh Muslim, jil 1 m/s 78 & 85, no 107, 109, 128 ) dan diriwayatkan juga oleh at-Tirmizi ( Sunan at-Tirmizi, jil 5 m/s 19, no 2631 ).
Hukum Hadis
Mutafaqun Alaihi, diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.
Hadis 6
من حسن اسلام المرء تركه ما لا يعنيه
Maksudnya :” Sebahagian daripada kebaikan islam seseorang ialah dia meninggalkan perbuatan yang tidak bermanfaat “.
Takhrij
Diriwayatkan oleh Imam Malik bin Anas ( Muwatta`, jil 2 m/s 903, no 1604 ), Imam Ahmad bin Hanbal ( Musnad Ahmad, jil 1 m/s 201, no 1737 ), Imam Tirmizi ( Sunan at-Tirmizi, jil 4 m/s 558, no 2318 ), Imam Abu Daud ( Sunan Abi Daud, jil 1 m/s 4 ).
Hukum Hadis
Hadis Soheh ( Tahkik Misykah al-Masobih, jil 3 m/s 49, no 4839. Tahkik Al-Iman Li Ibnu Taimiyyah, m/s 49. Soheh Ibnu Majah, jil 2 m/s 306, no 3211 ) dan Ta`lik Syeikh Syuib Arnout Hadis ini Hasan dengan Syawahid hadis-hadis lain ( Tahkik Musnad Ahmad, jil 1 m/s 201, no 1737 ).
Hadis 7
لا يدخل الجنة نمام
Maksudnya :” Tidak akan masuk Syurga orang yang suka mengadu-gadu “.
Takhrij
Diriwayatkan oleh Muslim ( Soheh Muslim, jil 1 m/s 101, no 168 ), Imam Ahmad bin Hanbal ( Musnad Ahmad, jil 5 m/s 391, no 23373 ).
Hukum Hadis
Hadis Soheh, diriwayatkan oleh Muslim di dalam Sohehnya.
Hadis 8
وهل يكب الناس على وجوههم أو مناخرهم إلا خصائد ألسنتهم
Maksudnya :” Adakah manusia itu menumpahkan ( sombong ) ke atas wajah-wajah mereka dan juga batang hidung mereka kecuali apa yang kelihatan jelas daripada perhiasan mereka “.
Takhrij
Diriwayatkan oleh Iman Tirmizi ( Sunan at-Tirmizi, jil 5 m/s 11, no 2616 ), Ibnu Majah ( Sunan Ibnu Majah, jil 2 m/s 1314, no 3973 ), Imam Ahmad bin Hanbal ( Musnad Ahmad, jil 5 m/s 231, 236 & 237, no 22069, 22116 & 22121 ).
Hukum Hadis
Hadis Soheh dengan banyaknya jalan yang menyokong ( Salasilah Sohehah, jil 1 m/s 772, no 412. Jil 3 m/s 114, no 1122. Jil 6 m/s 64, no 3284 ). Begitu juga pendapat Syeikh Syuib Arnout Soheh jalannya dan Syawahidnya ( Tahkik Musnad Ahmad, jil 5 m/s 237, no 22121 ).
Hadis 9
لا يدخل الجنة لحم نبت من حرام – كل لحم نبت من سحت فالنار أولى به
Maksudnya :” Tidak akan masuk syurga setiap daging yang tumbuh daripada benda yang haram – dan setiap daging yang tumbuh dari yang haram, neraka lebih layak baginya “.
Takhrij
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal ( Musnad Ahmad, jil 3 m/s 321, no 14481 ), Ibnu Hibban ( Soheh Ibnu Hibban, jil 5 m/s 9, no 1732 ), Hakim ( Mustadrak, jil 4 m/s 141, 468, no 7163, 8302 ), Imam at-Tabrani ( Mu`jam Kabir, jil 11 m/s 217, no 11544 ) dan diriwayatkan juga oleh selain daripada mereka. Semuanya meriwayatkan dengan lafaz ini :-
لا يدخل الجنة لحم نبت من سحت
Hukum Hadis
Soheh Lighairi, di sebabkan banyaknya sanad hadis ini ( Soheh at-Targhib wa at-Tarhib, jil 2 m/s 149, no 1728 ).
Hadis 10
فمن التقى الشبهات فقد استبرأ لدينه وعرضه
Maksudnya :” Sesiapa yang memelihara dirinya daripada syubhat, sesungguhnya dia telah memelihara agamanya dan juga maruahnya “.
Takhrij
Diriwayatkan oleh Imam Bukhari ( Soheh Bukhari, jil 1 m/s 28, no 52 ), Imam Muslim ( Soheh Muslim, jil 3 m/s 1219, no 107 ), Ibnu Majah ( Sunan Ibnu Majah, jil 2 m/s 1318, no 3984 ).
Hukum Hadis
Mutafaqun Alaihi, Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim.
Hadis 11
كم من قائم ليس له من قيامه إلا السهر وكم من صائم ليس له من صيامه إلا الجوع والظمأ
Maksudnya :” Berapa ramai dari kalangan mereka yang Qiyamullai yang tiada mereka dapati daripada Qiyamullai mereka itu melainkan berjaga malam sahaja dan berapa ramai daripada kalangan orang yang puasa itu yang tiada mereka dapati daripada puasa mereka itu melainkan lapar dan dahaga “.
Takhrij
Hadis ini sebenarnya adalah dua hadis sebagaimana berikut :-
Pertama :
كم من قائم ليس له من قيامه إلا السهر
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal ( Musnad Ahmad, jil 2 m/s 441, no 9683 ) dan Imam ad-Darimi ( Sunan ad-Darimi, jil 3 m/s 390, no 2720 ).
Kedua :
وكم من صائم ليس له من صيامه إلا الجوع والظمأ
Diriwayatkan oleh Ibnu Majah ( Sunan Ibnu Majah, jil 1 m/s 539, no 1690 ), An-Nasaie ( Sunan al-Kubra, jil 2 m/s 239, 256, no 3249, 3333 ), Imam Abu Abdullah al-Qadhaie ( Musnad Syihab, jil 2 m/s 309, no 1424 ).
Hukum Hadis
Hadis Soheh ( Soheh Ibnu Majah, jil 1 m/s 282, no 1371. Jamek Soghir wa az-Ziyadah, jil 1 m/s 581, no 5801 ).
Hadis 12
المؤمن يأكل فى معد واحد والكافر فى سبعة أمعاد حسب ابن آدم لقيمات يقمن صلبه إن كان ولا بد فحقة ثلث للطعام وثلث للشراب وثلث للنفس
Maksudnya :” Orang yang beriman makan dengan bekas yang satu dan orang yang kafir makan dengan 7 bekas, memadai bagi manusia itu beberapa suapan yang akan menguatkan sulbi, dan jika mereka inginkan tambahan maka hendaklah 1/3 itu untuk makanan, 1/3 untuk minuman dan 1/3 untuk bernafas “.
Takhrij
Pada hadis ini di bahagiakan kepada 2 bahagaian iaitu :-
Pertama :
المؤمن يأكل فى معد واحد والكافر فى سبعة أمعاد
Diriwayatkan oleh Imam Bukhari ( Soheh Bukhari, jil 5 m/s 2061, 2062, no 5079, 5082 ). Diriwayatkan dengan lafaz yang berbeza dan maknanya adalah sama.
Kedua :
حسب ابن آدم لقيمات يقمن صلبه إن كان ولا بد فحقة ثلث للطعام وثلث للشراب وثلث للنفس
Diriwayatkan oleh Ibnu Majah ( Sunan Ibnu Majah, jil 2 m/s 1111, no 3349 ), Ibnu Hibban ( Soheh Ibnu Hibban, jil 12 m/s 41, no 5236 ), An-Nasaie ( Sunan al-Kubra, jil 4 m/s 177, no 6769 ).
Hukum Hadis
Hadis Soheh ( Misykah al-Masobih, jil 2 m/s 449, no 4173. Soheh at-Targhib wa at-Tarhib, jil 2 m/s 244, no 2134. Soheh Ibnu Majah, jil 2 m/s 237, no 3340 ).
Hadis 13
تناكحوا تناسلوا فإنى مباه بكم الامم يوم القيامة
Maksudnya :” Berkahwinlah kamu sudah pasti kamu akan mendapat anak, sesungguhnya aku berbangga dengan kamu diantara umat-umat manusia pada hari Qiamat “
Takhrij
Diriwayatkan oleh Abdul ar-Razak ( Musonaf Abdul ar-Razak, jil 6 m/s 173, no 10391 ). Diriwayatkan oleh beliau dengan lafaz ini :-
تناكحوا تكثروا فإني أباهي بكم الأمم يوم القيامة
Hukum Hadis
Hadis Dhaif ( Jamek Soghir wa az-Ziyadah, jil 1 m/s 624, no 6233 ).
Masalah hadis
Ini adalah kerana seorang perawinya Said ibnu Abi Hilal meriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w secara Mursal[4].
Hadis 14
إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث صدقة جارية وعلم ينتفع به وولد صالح يدعوله
Maksudnya :” Apabila mati seorang manusia itu maka terputus segala amalannya melainkan 3 perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya “.
Takhrij
Diriwayatkan oleh Imam Muslim ( Soheh Muslim, jil 3 m/s 1255, no 14 ), Abu Ya`la ( Musnad Abi Ya`la, jil 11 m/s 343, no 6457 ), Al-Baihaqi ( Syu`bah al-Iman, jil 3 m/s 247, 248, no 3347, 3348 ).
Hukum Hadis
Hadis Soheh, Diriwayatkan oleh Muslim.
Hadis 15
إن الله لا ينظر إلى صوركم وأبشاركم وإنما ينظر إلى قلوبكم
Maksudnya :” Sesungguhnya Allah taala tidak melihat pada rupa paras kamu, tidak juga pada tubuh badan kamu, akan tetapi DIA melihat pada hati kamu “.
Takhrij
Diriwayatkan oleh Imam Muslim ( Soheh Muslim, jil 4 m/s 1986, no 34 ), Ibnu Majah ( Sunan Ibnu Majah, jil 2 m/s 1388, no 4143 ). Diriwayatkan oleh mereka berdua dengan lafaz yang sempurna iaitu :-
إن الله لا ينظر إلى صوركم وأموالكم ولكن ينظر إلى قلوبكم
Maksudnya :” Sesungguhnya Allah taala tidak melihat pada rupa paras kamu, tidak pada harta kamu, akan tetapi Allah taala melihat pada hati kamu ( dan juga amalan kamu – lafaz yang lain - ) “.
Hukum Hadis
Hadis Soheh, diriwayatkan oleh Imam Muslim di dalam kitab Sohehnya.
Hadis 16
إن فى الجسد مضغة إذا صلحت صلح الجسد كله وإذا فسدت فسد الجسد كله الا وهى القلب
Maksudnya :” Sesungguhnya pada diri itu ada seketul daging, apabila baik daging itu maka baiklah keseluruhan jasad, jikalau rosak seketul daging itu, maka rosaklah keseluruhanya, ketahuilah bahawa itu adalah Hati “.
Takhrij
Diriwayatkan oleh Imam Bukhari ( Soheh Bukhari, jil 1 m/s 28, no 52 ), Imam Muslim ( Soheh Muslim, jil 3 m/s 1219, no 107 ), Ibnu Majah ( Sunan Ibnu Majah, jil 2 m/s 1318, no 3984 ).
Hukum Hadis
Mutafaqun Alihi, Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.
Hadis 17
الطهور شطر الإيمان
Maksudnya :” Bersuci itu sebahagian daripada Iman “
Takhrij
Diriwayatkan oleh Imam Muslim ( Soheh Muslim, jil 1 m/s 203, no 223 ), Imam Ahmad Bin Hanbal ( Musnad Ahmad, jil 5 m/s 342,344 no 22953, 22960 ), Imam ad-Darimi ( Sunan ad-Darimi, jil 1 m/s 174, no 653 ).
Hukum Hadis
Hadis Soheh, diriwayatkan oleh Imam Muslim.
Hadis 18
ما من عمل أحب إلى الله تعالى من الجوع والعطش
Maksudnya :” Tidak ada suatu amalan yang paling di cintai oleh Allah taala berbanding lapar dan dahaga “.
Takhrij
Saya tidak menemui di dalam kitab manakah yang mengeluarkan hadis ini.
Hukum Hadis
Hadis Batil ( Salasilah Dhaifah, jil 1 m/s 417, no 247 ).
Hadis 19
سيد الأعمال الجوع
Maksudnya :” Penghulu segala amalan ialah lapar “.
Takhrij
Di keluarkan oleh Imam al-Ghazali di dalam Ihya` ( Ihya` Ulumuddin, jil 4 m/s 122 ).
Hukum Hadis
Hadis ini tiada asal baginya ( لا اصل له )[5] ( al-Mughni An Hamali al-Asfar, jil 2 m/s 749, no 2743. Salasilah Dhaifah, jil 1 m/s 417, no 248 ).
Hadis 20
الفكر نصف العبادة وقلة الطعام هى العبادة
Maksudnya :” Berfikir adalah sebahagian daripada ibadah, dan sedikit makan adalah ibadah “.
Takhrij
Di keluarkan oleh Imam al-Ghazali di dalam Ihya` ( Ihya` Ulumuddin, jil 4 m/s 122 ).
Hukum Hadis
Hadis Batil ( Salasilah Dhaifah, jil 1 m/s 417, no 249. Takhrij Ihya`, jil 3 m/s 43, no 6 )
Hadis 21
أفضلكم عند الله تعالى أطولكم جوعا وتفكرا وأبغضكم إلى الله تعالى كل أكول شروب نؤوم
Maksudnya :” Sebaik-baik kamu di sisi Allah taala ialah berpanjangan kamu berlapar dan berfikir, dan semungkar-mungkar Allah kepada kamu yang banyak makan, minum dan tidur “.
Takhrij
Di keluarkan oleh Imam al-Ghazali di dalam Ihya` ( Ihya` Ulumuddin, jil 4 m/s 122 ).
Hukum Hadis
Tiada Asal Baginya ( لا اصل له )[6], ( Takhrij Hadis Ihya`, jil 6 m/s 377, no 2728. Salasilah Dhaifah, jil 1 m/s 416, no 244 ).
Hadis 22
ما ملأ ابن آدم وعاء شرا من بطنه حسب ابن آدم لقيمات يقمن صلبه
Maksudnya :” Tiada yang lebih jahat bekas penuhkan oleh manusia itu melainkan perutnya, memadai oleh manusia itu beberapa suapan yang dapat menguatkan tulang sulbi ( tulang belakang ) “.
Takhrij
Diriwayatkan oleh Ibnu Majah ( Sunan Ibnu Majah, jil 2 m/s 1111, no 3349. Imam An-Nasaie ( Sunan al-Kubra, jil 4 m/s 177, no 6769 ).
Hukum Hadis
Hadis Soheh ( Soheh Ibnu Majah, jil 2 m/s 237, no 3340 ).
Hadis 23
من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فلنقل خيرا أو ليصمت
Maksudnya :” Sesiapa yang beriman dengan hari Qiamat, berkata-katalah yang baik atau pun diam sahaja “.
Takhrij
Diriwayatkan oleh Imam Bukhari ( Soheh Bukhari, jil 5 m/s 2272, 2273, 2375, 2376, no 5784, 5785,5787, 5788, 6110, 6111 ), Imam Muslim ( Soheh Muslim, jil 1 m/s 68, 69, no 75, 77, jil 3 m/s 1352, no 14 ), dan juga diriwayatkan oleh Abu Daud, Tirmizi, An-Nasaie, Ibnu Majah, Imam Ahmad bin Hanbal dan selain daripada mereka.
Hukum Hadis
Mutafaqun Alaihi, Riwayat Jama`ah kecuali an-Nasaie.
Hadis 24
من يتوكل لى بما بين لحييه ورجليه أتوكل له بالجنة
Maksudnya :” Sesiapa yang dapat menjamin ( dapat menjaga ) bagi aku dengan apa yang ada diantara janggutnya ( Mulut ) dan kakinya ( kemaluan ), aku jamin baginya syurga “.
Takhrij
Diriwayatkan oleh Iman Ahmad bin Hanbal ( Musnad Ahmad, jil 4 m/s 398, no 19577 ), Imam al-Hakim ( Mustadrak Ala Sohehaini, jil 4 m/s 397, 399, no 8058, 8063 ), at-Tabrani ( Mu`jam al-Kabir, jil 1 m/s 311 no 919, jil 6 m/s 190, no 5960 ).
Hukum Hadis
Hadis Soheh ( Jamek Soghir wa az-Ziyadah, jil 1 m/s 14, no 140 ).
Hadis 25
من كثر كلامه كثر سقطه ومن كثر سقطه كثرت ذنوبه ومن كثرت ذنوبه فالنار أولى به
Maksudnya :” Sesiapa yang banyak bercakap banyaklah kesalahannya, dan sesiapa yang banyak kesalahannya banyaklah dosanya dan sesiapa yang banyak dosanya, Neraka adalah yang lebih layak baginya “.
Takhrij
Diriwayatkan oleh at-Tabrani ( Mu`jam al-Ausot, jil 6 m/s 328, 334 ), Abu Naim ( Huliyati al-Auliya`, jil 3 m/s 74 ), Abu Abdullah al-Qadhaie ( Musnad as-Syihad, jil 1 m/s 236, 237, no 372, 274 ).
Hukum Hadis
Hadis Dhaif ( Salasilah Dhaifah, jil 10 m/s 145, no 4643. Jamek Soghir wa az-Ziyadah, jil 1 m/s 1259, no 12587 ).
Masalah Hadis
Hadis ini dhaif di sebabkan Umar bin Rasyid, beliau seorang yang Dhaif ( Taqrib at-Tahzib, jil 1 m/s 412, no 4894. Al-Jar wal al-Ta`dil, jil 6 m/s 107, no 567 ).
Hadis 26
عليكم بالصدق فإن الصدق يهدى إلى البر والبر يهدى إلى الجنة ومازال الرجل يصدق ويتحرى الصدق حتى يكتب عند الله صديقا وإياكم والكذب فإن الكذب يهدى إلى الفجور والفجور يهدى إلى النار ومازال العبد يتحرى الكذب حتى يكتب عند الله كذابا
Maksudnya :” Biasakan oleh kamu bercakap benar, sesungguhnya benar itu akan membawa kepada kebaikan dan kebaikan kepada syurga, dan sentiasalah seorang yang benar dan berusaha kepada kebenaran sehingga di tulis di sisi Allah kebenaran. Dan jauhkan oleh kamu akan dusta, sesungguhnya dusta itu membawa kamu kepada kejahatan dan kejahatan itu membawa kamu ke Neraka, dan sentiasalah seorang itu berdusta atau berusaha untuk berdusta sehingga Allah menulisnya Dusta “.
Takhrij
Diriwayatkan oleh Bukhari ( Soheh Bukhari, jil 5 m/s 2261, no 5743 ), Muslim ( Soheh Muslim, jil 4 m/s 2012, no 103, 104 ), Abu Daud ( Sunan Abi Daud, jil 2 m/s 715, no 4989 ), Ibnu Majah ( Sunan Ibnu Majah, jil 1 m/s 18, no 46 ).
Hukum Hadis
Mutafaqun Alaihi, diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.
Hadis 27
إياكم والكذب فإن الكذب مجانب للإيمان
Maksudnya :” Jauhkanlah oleh kamu akan dusta, kerana dusta menjauhkan kamu daripada keimanan “.
Takhrij
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal ( Musnad Ahmad, jil 1 m/s 5, no 16 ), an-Nasaie ( Sunan al-Kubra, jil 10 m/s 196, no 20605 ).
Hukum Hadis
Hadis Soheh Mauquf[7] ( Ta`lik Syeikh Syuib Arnout : Soheh atas syarat Bukhari dan Muslim, jil 1 m/s 5, no 16 ).
Hadis 28
إذا كذب العبد كذبة تباعد عنه الملك ميلا من نتن ما جار به
Maksudnya :” Apabila seseorang itu dusta sudah pasti malaikat menjauhinya sejauh 1 Km di sebabkan busuknya apa yang datang dengannya ( dusta itu ) “.
Takhrij
Diriwayatkan oleh Tirmizi ( Sunan at-Tirmizi, jil 4 m/s 348, no 1973 ), at-Tabrani ( Mu`jam al-Ausot, jil 7 m/s 245, no 7398 ), Abu Nuaim ( Huliyatul al-Auliya, jil 8 m/s 197 ).
Hukum Hadis
Hadis Palsu
Masalah Hadis
Ini di sebabkan seorang perawinya Abdul Rahman bin Harun berseorangan di dalam meriwayatkan hadis ini dan beliau adalah seorang Pendusta oleh ad-Darulqutni ( al-Kasyaf, jil 1 m/s 651, no 3360 ).
Hadis 29
إياكم والغيبة فإن الغيبة أشد من الزنا قيل له كيف ؟ قال : إن الرجل قد يزنى ويتوب فيتوب الله عليه وإن صاحب الغيبة لا يغفرله حتى يغفرله صاحبه
Maksudnya :” Jauhkan oleh kamu akan mengumpat, sesungguh mengumpat lebih besar dosanya daripada zina, di Tanya bagaimana ? di jawab : seorang lelaki apabila dia berzina dan bertubat kepada Allah makan Allah akan mengampungkannya, manakala orang yang mengumpat tidak akan di ampungkan sehingga di maafkan oleh saudaranya yang di umpat itu “.
Lihat Hadis 4
Hadis 30
من ترك المرء وهو محق بني له بيت فى أعلى الجنة ومن تركه وهو مبطل بني له بيت فى ربض الجنة
Maksudnya :” Sesiapa yang meninggalkan berdebat-debat ketika dia berada dalam kebenaran, nescaya akan di buat untuknya sebuah rumah di Syurga yang tinggi dan sesiapa yang meninggalkan berdebat-debat ketika mana dia di dalam kekalahan akan di bina baginya sebuah rumah di pinggir Syurga “.
Takhrij
Diriwayatkan oleh Abu Daud dengan lafaz yang berbeza dan maknanya sama ( Sunan Abi Daud, jil 2 m/s 668, no 4800 ), At-Tabrani ( Mu`jam al-Kabir, jil 8 m/s 98, no 7488. Mu`jam as-Soghir, jil 2 m/s 74, no 805. Musnad as-Syamiyyin, jil 2 m/s 407, no 1594 ), Al-Baihaqi ( Sunan al-Baihaqi al-Kubra, jil 10 m/s 249, no 20965 ).
Hukum Hadis
Hadis Hasan ( Salasilah Sohehan, jil 1 m/s 552, no 273 ).
Hadis 31
إن الرجل ليتكلم بالكلمة يضحك بها جلسائه فيهوى بها أبعد من الثريا
Maksudnya :” Sesungguhnya seorang lelaki berkata-kata dengan satu perkataan dan manusia ketawa dengannya, maka jatuh dia ( kedalam neraka ) lebih jauh daripada bintang suraya “.
Takhrij
Diriwayatkan oleh Ibnu Hibban ( Soheh Ibnu Hibban, jil 13 m/s 24, no 5716 ), dan diriwayatkan juga oleh at-Tabrani dengan lafaz yang lain ( Mu`jam al-Kabir, jil 9 m/s 239, no 9160 ). Dan juga diriwayatkan oleh Imam-imam yang lain dengan lafaz yang berbeza dan makna yang sama.
Hukum Hadis
Hasan Soheh ( Soheh at-Targhib wa at-Tarhib, jil 3 m/s 59, no 2875 ).
Hadis 32
إنى لأمزح ولا أقول إلا حقا
Maksudnya :” Sesungguhnya aku ini bergurau dan tidak aku katakana melainkan yang benar sahaja “.
Takhrij
Diriwayatkan oleh at-Tabrani ( Mu`jam al-Kabir, jil 12 m/s 391, no 13443. Mu`jam al-Ausot, jil 1 m/s 298, no 995, jil 7 m/s 23, 219, no 6764, 7322. Mu`jam as-Soghir, jil 2 m/s 59, no 779 ).
Hukum Hadis
Hadis Soheh ( Soheh Jamek as-Soghir wa az-Ziyadah, jil 1 m/s 426, no 4259 ).
Hadis 33
لا يدخل الجنة عجوز
Maksudnya :” Tidak akan masuk syurga orang yang tua “.
Takhrij
Di keluarkan oleh Ibnu Athir ( Jamek al-Usul Fi Ahadis Rasulullah, jil 11 m/s 54 no. 8523 ). Al-Ghazali ( Ihya` Ulumuddin, jil 4 m/s 236 ).
Hukum Hadis
Hadis Hasan ( Takhrij Hadis Ihya`, jil 6 m/s 477, no 2902. Al-Mughni An Amali al-Asfal, jil 2 m/s 795, no 2920 ).
Hadis 34
يا أبا عمير ما فعل النغير
Maksudnya :” Wahai ayah Umair, apa yang burung itu buat? “.
Takhrij
Diriwayatkan oleh Bukhari ( Soheh Bukhari, jil 5 m/s 2270, 2291, no 5778, 5850 ), Muslim ( Soheh Muslim, jil 3 m/s 1692, no 30 ), Abu Daud ( Sunan Abi Daud, jil 2 m/s 711, no 4969 ), Tirmizi ( Sunan at-Tirmizi, jil 2 m/s 154, no 333, jil 4 m/s 357, no 1989 ).
Hukum Hadis
Mutafaqun Alaihi, Disepakati oleh Imam Bukhari dan Muslim.
Hadis 35
أتأكل التمر وأنت رمد
Maksudnya :” Adakah patut kamu makan Tamar sedangkan engkau sakit mata “.
Takhrij
Diriwayatkan oleh Ibnu Majah ( Sunan Ibnu Majah, jil 2 m/s 1139, no 3442 ), At-Tabrani ( Mu`jam al-Kabir, jil 8 m/s 35, no 7304 ).
Hukum Hadis
Hadis Hasan Soheh ( Soheh Ibnu Majah, jil 2 m/s 253, no 3434 ).
Hadis 36
ويحك قطعت عنق صاحبك
Maksudnya :” Kasihannya engkau, telah engkau potong tengkuk sahabat engkau “.
Takhrij
Diriwayatkan oleh Bukhari ( Soheh Bukhari, jil 5 m/s 2252, no 5714 ), Muslim ( Soheh Muslim, jil 4 m/s 2996, no 65, 66 ), Ibnu Majah ( Sunan Ibnu Majah, jil 2 m/s 1232, no 3744 ).
Hukum Hadis
Mutafaqun Alaihi, Disepakati oleh Bukhari dan Muslim.
Hadis 37
إن الله يغضب إذا مدح الفاسق
Maksudnya :” Sesungguhnya Allah taala Murka ( Marah ) apabila di puji oleh orang fasiq “.
Takhrij
Diriwayatkan oleh at-Tabrani ( Syu`bah al-Iman, jil 4 m/s 230, no 4885 ).
Hukum Hadis
Hadis Mungkar ( منكر )
Masalah Hadis
Masalahnya terletak pada Abu Khalaf iaitu Hazim bin Ato` seorang yang Mungkar dan hadisnya tidak kuat ( al-Jarh wa at-Ta`dil, jil 3 m/s 278, no 1243 ).
Hadis 38
قطعت عتق صاحبك
Maksudnya :” Telah engkau potong tengkuk sahabat engkau “.
Takhrij dan Hukum
Lihat Hadis 36, hadis ini telah di potong daripada hadis tersebut.
Hadis 39
لو وزن إيمان أبى بكر بإيمان العالمين ارجح
Maksudnya :” Sekiranya di timbang Iman Abu Bakar as-Sidiq dengan Iman keseluruhan alam, sudah pasti imannya lebih berat “.
Takhrij
Diriwayatkan oleh at-Tabrani ( Syu`bah al-Iman, jil 1 m/s 69, no 36 ).
Hukum Hadis
Hadis Soheh Mauquf ( Takhrij Hadis Ihya`, jil 1 m/s 130, no 130 ).
Hadis 40
لو لم أبعث لبعثت يا عمر
Maksudnya :” Jikalau tidak dibangkitkan aku ( Sebagai Rasulullah ), Sudah pasti akan dibangkitkan engkau wahai Umar “.
Takhrij
Di keluarkan oleh al-Ghazali ( Ihya` Ulumuddin, jil 4 m/s 257 ).
Hukum Hadis
Hadis Mungkar bahkan palsu dengan lafaz di atas ( Kasyful al-Khafa`, jil 2 m/s 163, no 2120 ).
Masalah Hadis
Hadis ini diriwayatkan melalui 2 jalan, masalah pada jalan pertama terletak pada seorang perawi bernama Abdullah bin Waqidi al-Harani beliau seorang yang Matruk Hadisnya, dan pada jalan ke-2 masalah terletak pada Zakaria bin Yahya seorang pendusta ( Al-Mughni An Hamalil al-Asfar, jil 2 m/s 883, no 3061 ).
Hadis 41
احثوا التراب فى وجوه المداحين
Maksudnya :” Gengamlah tanah dan lemparkan keatas muka orang yang memuji kamu “.
Takhrij
Diriwayatkan oleh Muslim ( Soheh Muslim, jil 4 m/s 2297, no 68 ), Tirmizi ( Sunan at-Tirmizi, jil 4 m/s 559, no 2393 ), Ibnu Majah ( Sunan Ibnu Majah, jil 2 m/s 1232, no 3742 ).
Hukum Hadis
Hadis Soheh, Diriwayatkan oleh Imam Muslim di dalam Sohehnya.
Hadis 42
ليس الشديد بالصرعة إنما الشديد الذى يملك نفسه عن الغضب
Maksudnya :” Bukanlah orang yang kuat itu di ukur dengan pergaduhan, sesungguhnya orang yang kuat itu adalah orang yang dapat mengawal dirinya ketika marah “.
Takhrij
Diriwayatkan oleh Bukhari ( Soheh Bukhari, jil 5 m/s 2267, no 5763 ), Muslim ( 4 m/s 2014, no 2609 ), Malek bin Anas ( Muwwat` Malek, jil 2 m/s 906, no 1613 ).
Hukum Hadis
Mutafaqun Alaihi, disepakati oleh Bukhari dan Muslim.
Hadis 43
لا تغضب
Maksudnya :” Janganlah kamu marah ( janganlah di ikutkan perasaan marah ) “.
Takhrij
Diriwayatkan oleh Bukhari ( Soheh Bukhari, jil 5 m/s 2267, no 5765 ), Malek bin Anas ( Muwwata` Malek, jil 2 m/s 905, no 1612 ).
Hukum Hadis
Hadis Soheh diriwayatkan oleh Bukhari di dalam sohehnya.
Hadis 44
إن الشيطان خلق من النار وإنما تطفأ النار بالماء فإذا غضب أحدكم فليتوضأ
Maksudnya :” Sesungguhnya Syaitan itu dicipta daripada api, dan di padamkan api itu dengan air, apabila salah seorang daripada kamu marah maka hendaklah dia berwudhu` “.
Takhrij
Diriwayatkan oleh Abu Daud ( Sunan Abi Daud, jil 2 m/s 664, no 4784 ). Imam Ahmad bin Hanbal ( Musnad Ahmad, jil 4 m/s 226, no 18014 ).
Hukum Hadis
Hadis Dhaif ( Salasilah Dhaifah, jil 2 m/s 51, no 582, Musnad Ahmad dengan Tahkik Syeikh Syuib Arnout, jil 4 m/s 226, no 582 ).
Masalah Hadis
Masalah hadis ini terletak pada seorang perawi bernama Urwah bin Muhammad as-Sa`di adalah seorang yang Maqbul[8] ( Taqrib at-Tahzib, jil 1 m/s 389, no 4567 ),
Hadis 45
الا إن الغضب جمرة فى قلب ابن آدم الا ترون إلى حمرة عينيه وانتفاخ أو داجه فمن وجد من ذلك فليضرب خده بالأرض
Maksudnya :” Beringatlah bahawa marah itu adalah bara api di dalam jantung manusia, adakah kamu tidak melihat merahnya dua matanya itu dan timbul urat di lehernya, sesiapa yang terdapat padanya sifat itu hendaklah dia memukul pipinya ke bumi “.
Takhrij
Diriwayatkan oleh Tirmizi ( Sunan at-Tirmizi, jil 8 m/s 112, no 2117 ),
Hukum Hadis
Hadis Dhaif ( Dhaif Sunan at-Tirmizi, jil 1 m/s 247, no 385. Takhrij Hadis Ihya`, jil 7 m/s 162, no 3087 ).
Masalah Hadis
Masalah hadis ini terletak pada perawi yang bernama Ali bin Zaid bin Jad`an al-Qarsyi, kata Ibnu Abi Hatim : beliau tidak kuat hafazannya ( al-Jarh wa al-Ta`dil, jil 6 m/s 186, no 1021 ), Berkata Imam Ahmad dan Yahya bin Main : beliau adalah dhaif ( Tazkirah al-Hufaz, jil 1 m/s 141, no 133 ).
Hadis 46
من كظم غيظا ولو شاء أن يمضيه أمضاه ملاء الله قلبه يوم القيامة أمنا وإيمانا
Maksudnya :” Sesiapa yang menahan kemarahan dan jika di kehendaki dia menahan kemarahan itu, Allah taala akan penuhkan hatinya pada hari Qiamat dengan keamanan dan keimanan “.
Takhrij
Diriwayatkan oleh at-Tabrani ( Mu`jam al-Kabir, jil 12 m/s 453, no 13646, Mu`jam al-Ausot, jil 6 m/s 139, Mu`jam as-Soghir, jil 2 m/s 106, no 861 ).
Hukum Hadis
Hadis Hasan ( Salasilah Sohehah, jil 2 m/s 574, no 906 ).
Hadis 47
الحسد يأكل الحسنات كما يأكل النار الحطب
Maksudnya :” Hasad dengki itu memakan segala kebaikan sebagaimana api memakan ( membakar kayu api “.
Takhrij
Diriwayatkan oleh Abu Daud ( Sunan Abi Daud, jil 2 m/s 693, no 4903 ), Ibnu Majah ( Sunan Ibnu Majah, jil 2 m/s 1408, no 4210 ), Abu Ya`la ( Muasnad Abi Ya`la, jil 6 m/s 330, no 3656 ).
Hukum Hadis
Hadis Dhaif ( Salasilah Dhaifah, jil 4 m/s 374, no 1901. Dhaif Sunan Abi Daud, jil 1 m/s 485, no 4257. Dhaif Sunan Ibnu Majah, jil 1 m/s 346, no 4200).
Masalah Hadis
Masalahnya terletak pada Datuk Ibrahim bin Abi Asid, kata al-Mizi dan Ibnu Hajar : tidak di ketahui siapakah dia ( Tahzib al-Kamal, jil 35 m/s 64, no 7773, Taqrib at-tahzib, jil 1 m/s 730 , no 8503 ).
Hadis 48
لا تحاسدوا ولا تقاطعوا ولا تباغضوا ولا تدابروا وكونوا عباد الله إخوانا
Maksudnya :” Janganlah berdengki, janganlah juga memutuskan persaudaraan dan janganlah kamu marah serta janganlah juga kamu membelakangkan setengah yang lain dan jadilah hamba Allah yang bersaudara “.
Takhrij
Diriwayatkan oleh Bukhari ( Soheh Bukhari, jil 5 m/s 2253, 2256, no 5718, 5719, 5726, jil 6 m/s 2474, no 6345 ), Muslim ( Soheh Muslim, jil 4 m/s 1982, 1985, no 23, 28 ), Abu Daud ( Sunan Abi Daud, jil 2 m/s 659, no 4910 ).
Diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan Abu Daud tanpa lafaz ( ولا تقاطعوا ).
Hukum Hadis
Mutafaqun Alaihi, Disepakati oleh Bukhari dan Muslim.
Hadis 49
دب إليكم داء الأمم قبلكم الحسد والبغضاء
Maksudnya :” Datang penyakit umat terdahulu kepada kamu di sebabkan oleh dengki dan marah “.
Takhrij
Diriwayatkan oleh Tirmizi ( Sunan at-Tirmizi, jil 4 m/s 664, no 2510 ), Imam Ahmad bin Hanbal ( Musnad Ahmad, jil 1 m/s 164, 167, no 1412, 1430 ), at-Toyalisi ( Musnad at-Toyalisi, jil 1 m/s 27, no 193 ).
Hukum Hadis
Hadis Soheh ( Salasilah Sohehah, jil 2 m/s 290, no 680 ).
Hadis 50
ثلاث لم تسلم منها هذه الأمة الحسد والظن والطيرة الا أنبئكم بالمخرج منها ؟ إذا ظننت فلا تحقق وإذا حسدت فلا تبغ وإذا تطيرت فامض
Maksudnya :” 3 perkara yang tidak menyenangkan umat ini ialah dengki, buruk sangka dan ingin bersegera, adakah tidak aku ceritakan kepada kamu tempat keluarnya? Apabila engkau berburuk sangka maka jangan engkau berpegan dengannya dan apabila kamu berdengki jangan engkau melampauinya, dan jikalau ingin bersegera maka tahanlah “.
Takhrij
Lihat Jamek as-Soghir oleh Imam as-Sayuti ( jil 1 m/s 312, no 3466 ), beliau mengatakan di keluarkan di dalam kitab Rastuhu fi al-Iman An al-Husnul Mursalan dan saya tidak menjumpai kitab tersebut.
Hukum Hadis
Hadis Dhaif ( Soheh wa Dhaif Jamek as-Soghir, jil 3 m/s 506, no 6275 ).
Masalah Hadis
Hadis ini diriwayatkan secara Mursal.
Hadis 51
إياكم والشح فإنما هلك من كان قبلكم بالشح
Maksudnya :” Jauhkanlah oleh kamu bersifat kedekut ( Bakil ), sesungguhnya telah binasa kaum-kaum sebelum kamu di sebabkan kedekut “.
Takhrij
Diriwayatkan oleh Abu Daud ( Sunan Abi Daud, jil 1 m/s 503, no 1698 ), Ibnu Hibban ( Soheh Ibnu Hibban, jil 11 m/s 579, no 5176 ), at-Tabrani ( Mu`jam al-Kabir, jil 22 m/s 204, no 538. Mu`jam al-Ausot, jil 1 m/s 179, no 629 ).
Hukum Hadis
Hadis Soheh ( Soheh Sunan Abi Daud, jil 5 m/s 380, no 1489 ).
Hadis 52
ثلاث مهلكات شح مطاع وهوى متبع وإعجاب المرء بنفسه
Maksudnya :” 3 perkara yang membinasakan iaitu kedekut yang di ikuti, nafsu yang di turuti dan berasa hebat dengan diri sendiri “.
Takhrij
Diriwayatkan oleh at-Tabrani ( Mu`jam al-Ausot, jil 5 m/s 328, no 5452 ), Abu Nuaim ( Hulliyatul al-Auliya`, jil 2 m/s 160, jil 3 m/s 219 ).
Hukum Hadis
Hadis Hasan ( Salasilah Sohehah, jil 4 m/s 412, no 1802 ).
Hadis 53
السخى قريب من الله قريب من الناس قريب من الجنة والبخيل بعيد من الله بعيد من الناس بعيد من الجنة قريب من النار والجاهل السخى أحب إلى الله من عابد بخيل
Maksudnya :” Orang pemurah lebih dekat kepada Allah, lebih dekat kepada manusia, lebih dekat kepada syurga, manakala orang kededut jauh daripada Allah jauh daripada manusia jauh daripada syurga lebih dekat kepada neraka, dan orang bodoh yang pemurah lebih dicintai oleh Allah daripada seorang yang kuat ibadat tetapi kedekut “.
Takhrij
Diriwayatkan oleh Tirmizi ( Sunan at-Tirmizi, jil 4 m/s 342, no 1961 ), al-Baihaqi ( Syu`bah al-Iman, jil 7 m/s 429, no 10851 ).
Hukum Hadis
Hadis Dhaif Jiddan ( Jamek as-Soghir wa az-Ziyadahatahu, jil 1 m/s 709, no 7084 ).
Masalah Hadis
Hadis ini diriwayatkan secara bersendiri oleh Yahya Ibnu Said, Masalahnya terletak pada perawi bernama Said bin Muhammad al-Waraq, kata Ibnu Main : beliau tidak berguna, dan kata al-A`qili Hadis ini bukan hadis asal Yahya dan bukan juga selainnya ( Dhuafa` al-A`qili, jil 2 m/s 117, no 591 ), Kata an-Nasaie : beliau tidak Thiqah ( Dhuafa` wal al-Matrukin, jil 1 m/s 53, no 273 ).
Pada jalan kedua hadis ini masalahnya terletak pada Said bin Salamah, kata Ibnu Main : Said tidak berguna hadisnya, kata Abdul Rahman daripada ayahnya[9] : Said tidak kuat seorang yang lemah dan hadisnya mungkar ( al-Jarh wal al-Ta`dil, jil 4 m/s 67, no 281 ). Kata Imam Bukhari : Said Mungkar Hadisnya ( Dhuafa` al-A`qili, jil 2 m/s 111, no 586, Dhuafa` as-Soghir, jil 1 m/s 51, no 140 ).
Hadis 54
لا تتخذوا الضيعة فترغبوا فى الدنيا
Maksudnya :” Janganlah kamu ambil kebinasaan, maka bencilah kamu pada dunia “.
Takhrij
Diriwayatkan oleh Tirmizi ( Sunan at-Tirmizi, jil 4 m/s 565, no 2328 ), Hakim ( Mustadrak ala Sohehaini, jil 4 m/s 358, no 7910 ), Iman Ahmad bin Hanbal ( Musnad Ahmad, jil 1 m/s 377, 426, 443, no 3579, 4048, 4234 ), Ibnu Hibban ( Soheh Ibnu Hibban, jil 2 m/s 487 ).
Hukum Hadis
Hadis Soheh ( Salasilah Sohehah, jil 1 m/s 45, no 12 ).
Hadis 55
رجال لا تلهيهم تجارة ولا بيع عن ذكر الله
Maksudnya :” Tiadalah lelaki-lelaki yang sibuk berniaga dan tidak juga berjual beli daripada mengingati Allah taala “.
Takhrij
Diriwayatkan oleh Bukhari ( Soheh Bukhari, jil 2 m/s 726, 727 ), Hakim ( Mustadrak ala Sohehaini, jil 2 m/s 432, no 3506 ),
Hukum Hadis
Hadis Soheh, diriwayatkan oleh Bukhari di dalam Sohehnya.
Hadis 56
نعما المال الصالح للمرء الصالح
Maksudnya :” Sebaik-baik harta yang baik adalah bagi seorang yang baik “.
Takhrij
Diriwayatkan oleh Iman Ahmad bin Hanbal ( Musnad Ahmad, jil 4 m/s 197, no 17789 ), Bukhari (Al-Adat al-Mufrad, jil 1 m/s 112, no 299 ), at-Tabrani ( Mu`jam al-Ausot, jil 9 m/s 22, no 9012 ).
Hukum Hadis
Hadis Soheh ( Tahkik Musnad Ahmad, jil 4 m/s 179, no 17789, soheh dengan syarat Iman Muslim ).
Hadis 57
اللهم اجعل رزق آل محمد فى الدنيا كفافا
Maksudnya :” Ya Allah, Jadikan rezeki bagi keluarga Muhammad s.a.w di dunia mencukupi “.
Takhrij
Diriwayatkan oleh Bukhari ( Soheh Bukhari, jil 5 m/s 2372, no 6095 ), Muslim ( Soheh Muslim, jil 2 m/s 730, no 126, jil 4 m/s 2280, no 18, 19 ), Tirmizi ( Sunan at-Tirmizi, jil 4 m/s 580, no 2361 ), Ibnu Majah ( Sunan Ibnu Majah, jil 2 m/s 1387, no 4139 ).
Hukum Hadis
Mutafaqun Alaihi, disepakati oleh Bukhari dan Muslim.
Hadis 58
لو كانت الدنيا تعدل عند الله جناح بعوضة ما سقى كافر منها شربة ماء
Maksudnya :” Kalaulah dunia itu menyamai disisi Allah taala dengan sebelah sayap nyamuk, sudah pasti tidaka akan di beri pada orang kafir sedikit pun air “.
Takhrij
Diriwayatkan oleh Tirmizi ( Sunan at-Tirmizi, jil 4 m/s 560, no 2320 ), Hakim ( Mustadrak ala Sohehaini, jil 4 m/s 341, no 7847 ).
Hukum Hadis
Hadis Soheh ( Salasilah Sohehah, jil 2 m/s 299, no 686 ).
Hadis 59
الدنيا سجن المؤمن وجنة الكافر
Maksudnya :” Dunia itu adalah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir “.
Takhrij
Diriwayatkan oleh Muslim ( Soheh Muslim, jil 4 m/s 1860, 2272 no 2392, 2956 ), Tirmizi ( Sunan at-Tirmizi, jil 4 m/s 562, no 2324 ), Ibnu Majah ( Sunan Ibnu Majah, jil 2 m/s 1378, no 4113 )
Hukum Hadis
Hadis Soheh diriwayatkan oleh Muslim.
Hadis 60
الدنيا ملعونة وملعون ما فيها إلا ذكر الله وما والاه وعالما ومتعلما
Maksudnya :” Dunia itu di tinggalkan dan di jauhkan apa yang ada di dalamnya kecuali ingat kepada Allah taala dan apa yang taat, orang yang alim dan orang yang belajar “.
Takhrij
Diriwayatkan oleh Tirmizi ( Sunan at-Tirmizi, jil 4 m/s 561, no 2322 ), Ibnu Majah ( Sunan Ibnu Majah, jil 2 m/s 1377, no 4112 ).
Hukum Hadis
Hadis Hasan ( Salasilah Sohehah, jil 6 m/s 300, no 2797 ).
Hadis 61
إنما مثل صاحب الدنيا كالماشى فى الماء هل تستطيع الذى يمشى فى الماء أن لا تبتل قدماه
Maksudnya :” Perumpamaan orang yang cintakan dunia seperti orang yang berjalan di dalam air, adakah mampu mereka yang berjalan di dalam air untuk tidak basah ? “.
Takhrij
Diriwayatkan oleh al-Baihaqi ( Syu`bah al-Imam, jil 7 m/s 360, no 10583 ), Ibnu Abi ad-Dunya ( Zammul ad-Dunya, jil 1 m/s 51, no 89 ).
Hukum Hadis
Hadis Dhaif ( Salasilah Dhaifah, jil 10 m/s 288, no 4741 )
Masalah Hadis
Kata al-Albani : Hadis ini mursal, sanadnya soheh, semua perawinya adalah perawi Bukhari dan Muslim kecuali Ishak dan di isyaratkan oleh al-Munziri dhaif.
Hadis 62
الكبرياء ردائى والعظمة ازارى فمن نازعنى واحدا منهما القبته فى جهنم ولا أبالى
Maksudnya :” Kesombongan itu adalah selendangKU dan kebesaran itu adalah kainKU, maka sesiapa yang mengambil salah satu dari keduanya, AKU akan campakkan kedalam Neraka Jahannam dan tidak akan AKU peduli “.
Takhrij
Diriwayatkan oleh Abu Daud ( Sunan Abi Daud, jil 2 m/s 456, no 4090 ), Ibnu Majah ( Sunan Ibnu Majah, jil 2 m/s no 4174, 4175 ).
Hukum Hadis
Hadis Soheh ( Salasilah Sohehah, jil 2 m/s 79, no 541. Soheh Ibnu Majah, jil 2 m/s 405, no 3365, 3366 ).
Hadis 63
لا يدخل الجنة أحد فى قلبه مثقال حبة من خردل من كبر
Maksudnya :” Tidak akan masuk syurga seseorang yang ada di dalam hatinya sekecil zahrah kesombongan “.
Takhrij
Diriwayatkan oleh Muslim ( Soheh Muslim, jil 1 m/s93, no 148 ), Abdul ar-Razak ( Musonaf Abdul ar-Razak, jil 5 m/s 329, no 26581 )
Hukum Hadis
Hadis Soheh diriwayatkan oleh Muslim di dalam Sohehnya.
Hadis 64
ما زاد الله عبدا بعفو إلا عزا وما تواضع أحد لله إلا رفع الله
Maksudnya :” Allah tidak akan menambahkan untuk hambaNYA dengan sebab memaafkan kesalahan orang lain melainkan kemuliaan ( Mendapat kemuliaan ) “.
Takhrij
Diriwayatkan oleh Muslim ( Soheh Muslim, jil 4 m/s 2001, no 69 ), Imam Malek bin Anas ( Muwatta` Malek, jil 2 m/s 1000, no 1817 ), ad-Darimi ( Sunan ad-Darimi, jil 1 m/s 486, no 1617 ).
Hukum Hadis
Hadis Soheh diriwayatkan oleh Muslim di dalam Sohehnya.
Hadis 65
من ترك اللباس تواضعا لله تعالى وهو يقدر عليه دعاه الله يوم قيامة على رؤس الخلائق حتى يخيره من أى حلل الإيمان شاء يلبسها
Maksudnya :” Sesiapa yang meninggalkan pakaian ( yang elok ) kerana rendah diri kerana Allah taala sedangkan dia mampu untuk itu, Allah akan memanggilnya pada hari Qiamat di atas kepala-kepala semua makhluk sehingga dia diberi pilihan apa sahaja yang dia ingin pakai daripada pakaian iman “.
Takhrij
Diriwayatkan oleh Tirmizi ( Sunan at-Tirmizi, jil 4 m/s 650, no 2481 ).
Hukum Hadis
Hadis Hasan ( Salasilah Sohehah, jil 2 m/s 337, n0 718 ).
Hadis 66
الكبر من بطر الحق وغمط الناس
Maksudnya :” Sombong itu menolak kebenaran dan menghina manusia “.
Takhrij
Diriwayatkan oleh Abu Daud ( Sunan Abi Daud, jil 2 m/s 457, no 4091 ), Bukhari ( al-Adab al-Mufrak, jil 1 m/s 195, no 556 ), al-Baihaqi ( Syu`bah al-Imam, jil 5 m/s 161, no 6193 ).
Hukum Hadis
Hadis Soheh ( Soheh al-Adab al-Mufrak, jil 1 m/s 219, no 433/556 ).
Hadis 67
ثلاث مهلكات شح مطاع وهوى متبع وإعجاب المرء بنفسه
Maksudnya :” 3 perkara yang membinasakan iaitu kedekut yang di ikuti, nafsu yang di turuti dan berasa hebat dengan diri sendiri “.
Lihat Hadis 56.
Hadis 68
إن أخوف ما أخاف عليكم الشرك الأصغر وهو الرياء يقول الله يوم القيامة المرائين إذا جزى الله الناس بأعمالهم اذهبوا إلى الذين كنتم تراءون فى الدنيا انظروا هل تجدون عندهم جزاء
Maksudnya :” Sesungguhnya aku takut apa yang aku takut terjadi pada kamu syirik kecil iaitu Riya`, Allah taala pada hari Qiamat berfirman setelah memberi balasan kepada manusia : pergilah kamu kepada siapa yang kamu melakukan ibadat dan lihatlah samada terdapat disisi mereka balasan baik ? “.
Takhrij
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal ( Musnad Ahmad, jil 5 m/s 428, 429, no 23680, 23681 ), al-Baihaqi ( Syu`bah al-Iman, jil 5 m/s 333, 337, no 6831, 6842, 6843, 6844 ).
Hukum Hadis
Hadis Soheh ( Salasilah Sohehah, jil 2 m/s 634, no 951 ).
Hadis 69
إن الله حرم الجنة على كل مراء
Maksudnya :” Sesungguhnya Allah taala mengharam syurga untuk setiap orang yang riya` “.
Takhrij
Di sebut oleh as-Sayuti hadis ini dan beliau merujuk kepada kitab Huliyatul al-Auliya dan Musnad al-Firdaus oleh Abu Nuaim al-Asbahani ( al-Fath al-Kabir fi dhimi az-Ziyadati ila Jamek as-Soghir, jil 1 m/s 308, no 3331 ).
Hukum Hadis
Hadis Dhaif ( Salasilah Dhaifah, jil 7 m/s 69, no 3068 ).
Hadis 70
ريح الجنة يوجد من خمسمائة عام، ولا يجدها من طلب الدنيا بعمل الآخرة
Maksudnya :” Sesungguhnya bau syurga itu dapat di hidu dari jarak 500 tahun perjalanan dan tidak akan dapat menghidunya sesiapa yang mencari keduniaan dengan perbuatan akhirat “.
Takhrij
Di sebut oleh as-Sayuti di dalam Jamek as-Soghir, beliau mengatakan hadis ini di keluarkan dalam kitab Musnad Firdaus ( Jamek as-Soghir, jil 1 m/s 438, no 4486 ).
Hukum hadis
Hadis Dhaif ( Jamek as-Soghir, jil 1 m/s 438, no 4486 ).
Hadis 71
التائب من الذنب كمن لا ذنب له
Maksudnya :” Mereka yang bertaubat daripada dosanya seumpama orang yang tidak berdosa “.
Takhrij
Diriwayatkan oleh Ibnu Majah ( Sunan Ibnu Majah, jil 1 m/s 594, no 1851, jil 2 m/s 1419, no 4250 ), at-Tabrani ( Mu`jam al-Kabir, jil 10 m/s 150, no 10281, jil 22 m/s 306, no 775 ), al-Baihaqi ( Syu`bah al-Iman, jil 5 m/s 388, 436, 439, no 7040, 7178, 7190. Sunan al-Baihaqi al-Kubra, jil 10 m/s 154, no 20348, 20349, 20350 ), Ibnu Ja`ddu ( Musnad Ibnu Ja`ddu, jil 1 m/s 266, no 1756 ).
Hukum Hadis
Hadis Hasan ( Soheh Ibnu Majah, jil 2 m/s 418, no 3427 ).
Hadis 72
يا أيها الناس توبوا إلى الله فإنى أتوب إليه فى يوم مائة مرة
Maksudnya :” Wahai manusia bertaubatlah kamu kepada Allah, kerana sesungguhnya aku bertaubat kepada Allah 100 kali sehari “.
Takhrij
Diriwayatkan oleh Muslim ( Soheh Muslim, jil 4 m/s 2075, no 42 ), al-Baihaqi ( Sunan al-Baihaqi al-Kubra, jil 6 m/s 114, no 10265 ).
Hukum Hadis
Hadis Soheh ( Misykah al-Masobih, jil 2 m/s 24, no 2325 ).
Hadis 73
إن الله عز وجل يقبل توبة العبد ما لم يغرغر
Maksudnya :” Sesungguhnya Alla taala menerima taubat hambaNYA selama mana roh tidak sampai di halkum “.
Takhrij
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal ( Musnad Ahmad, jil 2 m/s 132, no 6160, jil 3 m/s 425, no 15538, jil 5 m/s 175, no 21562 ), Ibnu Hibban ( Soheh Ibnu Hibban, jil 2 m/s 394, no 628 ), Abi Ya`la ( Musnad Abi Ya`la, jil 10 m/s 81, no 5717 ).
Hukum Hadis
Hadis Hasan ( Soheh at-Targhib wa at-Tarhib, jil 3 m/s 122, no 3143 ).
Hadis 74
من تاب قبل أن تطلع الشمس من مغربها تاب الله عليه
Maksudnya :” Sesiapa yang bertaubat sebelum Matahari terbit daripada barat, Allah akan menerima taubatnya “.
Takhrij
Diriwayatkan oleh Muslim ( Soheh Muslim, jil 4 m/s 2076, no 43 ), Imam Ahmad bin Hanbal ( Musnad Ahmad, jil 2 m/s 395, 427, no 9119, 9505 ).
Hukum Hadis
Hadis Soheh diriwayatkan oleh Muslim.
Hadis 75
الكيس من دان نفسه وعمل لما بعد الموت والعاجز من اتبع نفسه هواها وتمنى على الله الأمانى
Maksudnya :” Orang yang berakal itu adalah orang yang membuat amalan untuk selepas kematian, dan orang yang lemah itu sesiapa yang mengikut hawa nafsu dirinya dan berharap dengan segala angan-angan “.
Takhrij
Diriwayatkan oleh Tirmizi ( Sunan at-Tirmizi, jil 4 m/s 638, no 2459 ), Ibnu Majah ( Sunan Ibnu Majah, jil 2 m/s 1423, no 4260 ).
Hukum Hadis
Hadis Dhaif ( Dhaif Sunan Ibnu Majah, jil 1 m/s 348, no 930. Dhaif sunan at-Tirmizi, jil 1 m/s 279, no 436. Riyadh as-Solihin – Tahkik -, jil 1 m/s 50, no 67 ).
Masalah Hadis
Di sebabkan seorang perawinya yang bernama Abu Bakar bin Abdullah di beri gelaran Ibnu Abi Maryam yang di hukum Dhaif oleh Ibnu Hajar ( Lisan al-Mizan, jil 7 m/s 516, no 5847 ).
Hadis 76
كل أمتى معافى إلا المجاهرين وإن من الجهار أن يعمل الرجل بالليل عملا ثم يصبح وقد ستره الله تعالى فيقول علمت البارحة كذا وكذا بات يستره ربه ويصبح يكشف ستر الله عنه
Maksudnya :” Setiap kesalahan umatku di maafkan melainkan apa yang di lakukan terang-terangan, dan daripada yang terang ( kesalah yang jelas ) itu adalah seorang lelaki yang melakukan perbuatan di malam hari dan telah di tutup oleh Allah taala kemudian dia menceritakan apa yang di lakukan begini-begini, semalam tuhannya menutup kesalahannya, manakala pagi ini dia telah membuka segala kesalahan yang di tutup oleh tuhannya “.
Takhrij
Diriwayatkan oleh Bukhari ( Soheh Bukhari, jil 5 m/s 2254, no 5721 ), Muslim ( Soheh Muslim, jil 4 m/s 2291, no 2990 ).
Hukum Hadis
Mutafaqun Alaihi, disepakati oleh Bukhari dan Muslim.
Hadis 77
ومن سن في الإسلام سنة سيئة كان عليه وزرها ووزر من عمل بها من بعده من غير أن ينقص من أوزارهم شيء
Maksudnya :” Sesiapa yang melakukan di dalam islam Sunnah yang jahat ( jalan yang salah ) maka baginya dosanya dan dosa sesiapa yang mengikutinya selepas itu tanpa ada pengurangan sesuatu pun daripada dosa itu “.
Takhrij
Diriwayatkan oleh Muslim ( Soheh Muslim, jil 2 m/s 704, no 1017, jil 3 m/s 1303, no 1677, jil 4 m/s 2058, no 1017 ), an-Nasaie ( Sunan an-Nasaie, jil 5 m/s 75, no 2554 ), Ibnu Majah ( Sunan Ibnu Majah, jil 1 m/s 74, no 203, 204, 205 ).
Hukum Hadis
Hadis Soheh diriwayatkan oleh Muslim.
Hadis 78
انا أخوفكم لله تعالى
Maksudnya :” Aku ( Rasulullah s.a.w ) lebih takut kepada Allah taala daripada kamu “.
Takhrij
Diriwayatkan oleh Bukhari dengan lafaz ( Soheh Bukhari, jil 5 m/s 1949, no 4776 ) :-
والله إني لأخشاكم لله وأتقاكم له
Maksudnya :” Demi Allah sesungguhnya aku lebih takut daripada kamu kepada Allah dan lebih bertaqwa daripada kamu kepadaNYA “.
Hukum Hadis
Hadis Soheh diriwayatkan oleh Bukhari.
Hadis 79
لا يموتن أحدكم إلا وهو يحسن الظن بالله تعالى
Maksudnya :” Janganlah seseorang kamu mati melainkan dalam keadaan dia bersangka baik terhadap Allah taala “.
Takhrij
Diriwayatkan oleh Muslim ( Soheh Muslim, jil 4 m/s 2205, no 81, 82 ), Imam Ahmad bin Hanbal ( Musnad Ahmad, jil 3 m/s 325, 330, 334, 390, no 14521, 14572, 14620, 15234 ).
Hukum Hadis
Hadis Soheh diriwayatkan oleh Muslim.
Hadis 80
ازهد فى الدنيا يحبك الله وازهد فيما أيدي الناس يحبك الناس
Maksudnya :” Zuhudlah kamu daripada dunia sudah pasti kamu akan di kasihi oleh Allah dan zuhudlah dengan apa yang ada di tangan manusia sudah pasti manusia akan mengasihimu “.
Takhrij
Diriwayatkan oleh Ibnu Majah ( Sunan Ibnu Majah, jil 2 m/s 1373, no 4102 ), Hakim ( Mustadrak Ala Sohehaini, jil 4 m/s 348, no 7873 ).
Hukum Hadis
Hadis Soheh ( Salasilah Sohehah, jil 3 m/s 18, no 944. Soheh Ibnu Majah, jil 2 m/s 392, no 3310. Riyadh as-Solihin dengan Tahkik, jil 1 m/s 226, no 476 ).
Hadis 81
يدخل فقراء أمتى الجنة قبل أغنيائهم بخمسمائة عام
Maksudnya :” Orang-orang miskin akan memasuki syurga 500 tahun terlebih dahulu daripada orang-orang kaya daripada umatku “.
Takhrij
Diriwayatkan oleh Tirmizi ( Sunan at-Tirmizi, jil 4 m/s 557, 558, no 2351, 2352, 2354, 2355 ), Ibnu Majah ( Sunan Ibnu Majah, jil 2 m/s 1380, no 4122 ).
Hukum Hadis
Hadis Hasan Soheh ( Takhrij Hadis Ihya`, jil 8 m/s 395, no 3895. Al-Mughni Min Hamali al-Asfar, jil 2 m/s 1082, no 3918 ).
Hadis 82
اللهم احيني مسكينا وأمتنى مسكينا
Maksudnya :” Ya Allah, hidupkanlah aku dalam keadaan miskin ( rendah diri ) dan matiku juga dalam keadaan miskin ( rendah diri ) “.
Takhrij
Diriwayatkan oleh Hakim ( Mustadrak Ala Sohehaini, jil 4 m/s 358, no 7911 ), al-Baihaqi ( Syu`bah al-Iman, jil 2 m/s 167, no 1453 ).
Hukum Hadis
Hadis Soheh ( Irwal`u al-Ghalil, jil 3 m/s 358 ).
Hadis 83
طوبى لمن اسلم وكان عيشه كفافا
Maksudnya :” Syurga Tuba untuk orang Islam dan hidup dalam kemiskinan “.
Takhrij
Diriwayatkan oleh Tirmizi ( Sunan at-Tirmizi, jil 4 m/s 576, no 2349 ), Ibnu Hibban ( Soheh Ibnu Hibban, jil 2 m/s 480, no 705 ), Hakim ( Mustadrak Ala Sohehaini, jil 1 m/s 90, no 98 ), at-Tabrani ( Mu`jam al-Kabir, jil 18 m/s 305, no 786 ). Mereka meriwayatkan dengan lafaz :-
طوبى لمن هدى إلى الإسلام وكان عيشه كفافا
Hukum Hadis
Hadis Soheh ( Soheh wa Dhaif Sunan at-Tirmizi, jil 5 m/s 349, no 3249 ).
Hadis 84
فى الصبر على ما تكره خير
Maksudnya :” Sabar pada apa yang kamu benci iaitu kebaikan “.
Takhrij
Diriwayatkan oleh Iman Ahmad bin Hanbal ( Musnad Ahmad, jil 1 m/s 307, no 2804 ), Al-Baihaqi ( Syu`bah al-Iman, jil 7 m/s 203, no 10000 ), Abu Nuiam ( Huliyatul al-Auliya`, jil 1 m/s 314 ).
Hukum Hadis
Hadis Soheh ( Tahkik Musnad, jil 1 m/s 370, no 2804 ).
Hadis 85
المجاهد من جاهد نفســه
Maksudnya :” Seorang Mujahid ( Pada jalan Allah ) ialah mereka yang dapat bermujahadah dirinya “.
Takhrij
Diriwayatkan oleh Tirmizi ( Sunan at-Tirmizi, jil 4 m/s 165, no 1621 ), Imam Ahmad Bin Hanbal ( Musnad Ahmad, jil 6 m/s 20, 21, 22, 23, no 23997, 24004, 24011, 24013 ).
Hukum Hadis
Hadis Hasan Soheh sebagaimana pendapat Imam Tirmizi di dalam Sunannya.
Hadis 86
الإيمان نصفان نصف فى الصبر ونصف فى الشكر
Maksudnya :” Keimanan itu ada 2 bahagian, sebagian pada kesabaran dan sebahagian lagi pada kesyukuran “.
Takhrij
Diriwayatkan oleh al-Baihaqi ( Syu`bah al-Iman, jil 7 m/s 123, no 9715 ). Abu Abdullah al-Qadhaie, ( Musnad as-Syihab, jil 1 m/s 127, no 159 ).
Hukum Hadis
Dhaif Jiddan ( Salasilah Dhaifah, jil 2 m/s 89, no 625 ).
Masalah Hadis
Hadis ini bermasalah pada seorang perawinya yang bernama al-A`lak bin Khalid ( العلاء بن خالد ), berkata Musa bin Ismail : beliau di tuduh dusta ( Tahzib al-Kamal, jil 22 m/s 493, no 5464, at-Tarikh al-Kabir, jil 6 m/s 516, no 3171 ).
Hadis 87
الطاعم الشاكر بمنزلة الصائم الصابر
Maksudnya :” Orang yang makan dan bersyurkur sama dengan orang yang puasa dan sabar “.
Takhrij
Diriwayatkan oleh Tirmizi ( Sunan at-Tirmizi, jil 4 m/s 635, no 2486 ), Ibnu Majah ( Sunan Ibnu Majah, jil 1 m/s 561, no 1764 ). Ibnu Hibban ( Soheh Ibnu Hibban, jil 2 m/s 16, no 315 ), Abu Ya`la ( Musnad Abi Ya`la, jil 11 m/s 495, no 6582 ).
Hukum Hadis
Hadis Soheh ( Salasilah Sohehah, jil 2 m/s 255, no 655 ).
Hadis 88
إنما الاعمال بالنيات، وإنما لكل امرئ ما نوى، فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله، فهجرته إلى الله ورسوله، ومن كانت هجرته إلى دنيا يصيبها، أو امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه
Maksudnya :” Sesungguhnya Setiap amalan itu dikira dengan niat, dan bagi setiap orang apa yang di niatkan, dan sesiapa yang hijrahnya kerana Allah taala dan rasulNYA, maka hijrahnya itu kepada Allah dan RasulNYA, dan sesiapa yang hijrahnya kerana dunia yang di kejarnya atau pun wanita yang ingin di kahwininya, maka hijrahnya kepada apa yang dia niatkan kepadanya “.
Takhrij
Diriwayatkan oleh Bukhari ( Soheh Bukhari, jil 1 m/s 3, no 1, jil 6 m/s 2461, 2551, no 6311, 6553 ), Muslim ( Soheh Muslim, jil 3 m/s 1515, no 155 ) dan diriwayatkan selain daripadanya.
Hukum Hadis
Mutafaqun Alaihi, disepakati oleh Bukhari dan Muslim.
Hadis 89
الإخلاص سر من سرى اسودعته قلب من أحببته من عبادى
Maksudnya :” Ikhlas itu adalah rahsia daripada rahsia AKU yang AKU melataknya di hati mereka yang AKU sayangkan daripada hambaKU “.
Takhrij
Di sebut oleh Imam al-Ghazali ( Ihya` Ulumuddin, jil 6 m/s 492 ).
Hukum Hadis
Hadis Dhaif, Hadis Musalsal al-Qazwini ( al-Mughni An Hamalil al-Asfar, jil 2 m/s 1175, no 4262. Salasilah Dhaifah, jil 2 m/s 92, no 630 ).
Hadis 90
تداووا عباد الله تعالى لم يضع له دواء إلا وضع له دواء غير داء واحد ألهر
Maksudnya :” Berubatlah wahai hamba Allah taala, kerana Allah taala tidak akan menghantar sesuatu penyakit melainkan meletakkan bagi setiap penyakit itu ubatnya melainkan satu penyakit iaitu tua “.
Takhrij
Diriwayatkan oleh Abu Daud ( Sunan Abi Daud, jil 2 m/s 396, no 3855 ), Hakim ( Mustadrak Ala Sohehaini, jil 4 m/s 441, no 8206 ).
Hukum Hadis
Hadis Soheh ( Jamek Soghir wa az-Ziyadah, jil 1 m/s 525, no 5241 ).
Hadis 91
اعقلها وتوكل
Maksudnya :” Ikatlah dan bertawakal ( kepada Allah ) “.
Takhrij
Diriwayatkan oleh Tirmizi ( Sunan at-Tirmizi, jil 4 m/s 668, no 2517 ), Ibnu Hibban ( Soheh Ibnu Hibban, jil 2 m/s 510, no 731 ), Abu Nuaiam ( Huliyatul al-Auliya`, jil 8 m/s 390 ), Abu Bakar as-Syaibani ( al-Ahadis wa al-Masthana, jil 2 m/s 215, no 970 ).
Hukum Hadis
Hadis Hasan ( Takhrij Misyakh al-Fakir, jil 1 m/s 23, no 22 ).
Hadis 92
احبوا الله لما يرفدكم به من نعمه واحبوانى لحب الله إياى
Maksudnya :” Cintalah Allah taala kerana nikmat yang di berikan kepada kamu, cintalah aku kerana cinta kepada Allah “.
Takhrij
Diriwayatkan oleh Tirmizi ( Sunan at-Tirmizi, jil 5 m/s 664, no 3789 ), Hakim ( Mustadrak, jil 3 m/s 162, no 4716 ), al-Baihaqi ( Syu`bah al-Iman, jil 1 m/s 366, no 408, jil 2 m/s 130, no 1378 ), Abu Nuaiam ( Huliyatul al-Auliya`, jil 3 m/s 211 ).
Pembetulan
Imam-imam hadis tidak meriwayatkan dengan lafaz tersebut tetapi dengan lafaz demikian :-
أحبوا الله لما يغذوكم به من نعمة وأحبوني لحب الله
Hukum Hadis
Hadis Dhaif ( Jamek Soghir, jil 1 m/s 119, no 1189 ).
Masalah Hadis
Masalahnya terletak pada perawi bernama Abdullah bin Sulaiman an-Naufili yang di hukumkan oleh Ibnu Hajar sebagai seorang yang Maqbul ( Taqrib at-Tahzib, jil 1 m/s 306, no 3362 ).
Hadis 93
أن رجلا سأل النبي صلى الله عليه وسلم متى الساعة يا رسول الله ؟ قال ( ما أعددت لها ) . قال ما أعددت لها من كثير صلاة ولا صوم ولا صدقة ولكني أحب الله ورسوله قال أنت مع من أحببت.
Maksudnya :” Seorang lelaki bertanyakan kepada Rasulullah s.a.w bilakah berlakunya hari Qiyamat wahai Rasulullah s.a.w ? Rasulullah s.a.w bertanya : apakah yang engkau sediakan untuknya? Jawab lelaki itu : Aku sediakan solat yang banyak dan tidak puasa serta sedekah, akan tetapi aku cintai Allah dan RasulNYA. Sabda Baginda : Seseorang itu bersama dengan siapa yang di kasihinya “.
Takhrij
Diriwayatkan oleh Bukhari ( Soheh Bukhari, jil 5 m/s 2283, no 5819 ), Muslim ( Soheh Muslim, jil 4 m/s 2034, no 165 ), Tirmizi ( Sunan at-Tirmizi, jil 4 m/s 595, no 2385 ).
Hukum Hadis
Mutafaqun Alaihi, disepakati oleh Bukhari dan Muslim.
Hadis 94
من سعادة ابن آدم رضاه بما قضى الله ومن شقاوة الن آدم سخطه بما قضى الله له
Maksudnya :” Daripada kebahagian manusia adalah menerima apa yang di tentukan Allah dan daripada kecelakaan manusia itu tidak menerima apa yang di tentukan Allah taala “.
Takhrij
Diriwayatkan oleh Tirmizi ( Sunan at-Tirmizi, jil 4 m/s 455, no 2151 ).
Hukum Hadis
Hadis Dhaif, kata Imam Tirmizi Hadis Gharib ( Soheh wa Dhaif Sunan at-Tirmizi, jil 5 m/s 151, no 2151 ).
Masalah Hadis
Terletak pada perawi bernama Muhammad bin Abi Hamid, Kata az-Zahabi : beliau adalah seorang yang dhaif ( al-Kasyaf, jil 2 m/s 166, no 4812 ).
Hadis 95
ماذا تريدون فتقولون رضاك
Maksudnya :” ( Berfirman Allah taala ) Apakah yang kamu mahu ? jawab mereka : ridha Engkau “.
Takhrij
Di sebut oleh al-Ghazali di dalam kitabnya ( Ihya` Ulumuddin, jil 6 m/s 429 ) dan beliau merujuk kepada Musnad Abi Ya`la.
Hukum Hadis
Hadis Palsu ( al-Ahadis al-lati Fi Ihya` lam Yajid Laha as-Subki Isnadan, jil 6 m/s 376 ).
Hadis 96
أكثروا ذكرها زم اللذات فإنه لا يكون في كثير إلا قلله ولا في قليل إلا أجزله
Maksudnya :” Banyaklah menyebut yang memutuskan kelazatan, kerana sesungguhnya tidak pada yang banyak ( angan-angan ) melainkan sangat sedikit dan tidak pada sedikit ( amalan ) kecuali membanyakkan ( pahala ) “.
Takhrij
Diriwayatkan oleh al-Baihaqi ( Syu`bah al-Iman, jil 7 m/s 353, no 10558 ), Abu Abdullah al-Qadhaie, jil 1 m/s 392, no 671 ).
Pembetulan
Lafaz ( ذكرها زم ) asalanya dengan lafaz ( ذكر هاذم ), lafaz kedua yang menjadi lafaz hadis.
Hukum Hadis
Jumlah hadis ( أكثروا ذكرها زم اللذات ) adalah Soheh.Jumlah keseluruhan adalah Hadis Dhaif ( Jamek as-Soghir wa az-Ziyadah, jil 1 m/s 304, no 3037 ).
Hadis 97
أكثروا ذكر هازم اللذات الموت
Maksudnya :” Perbanyakkanlah nmenyebut yang memutuskan kelazatan iaitu kematian “.
Takhrij
Diriwayatkan oleh Tirmizi ( Sunan at-Tirmizi, jil 4 m/s 553, no 2307 ), Ibnu Majah ( Sunan Ibnu Majah, jil 2 m/s 1422, no 4258 ), Nasaie ( Sunan An-Nasaie, jil 4 m/s 4, no 1824 ).
Hukum Hadis
Hadis Hasan Soheh ( Misyakah al-Masobih, jil 1 m/s 361, no 1607 ).
Hadis 98
أي المؤمنين أكيس ؟ قال : أكثرهم للموت ذكراً ، وأحسنهم له استعداداً أولئك الأكياس
Maksudnya : Siapakah orang beriman yang cerdik ? Jawab Baginda : orang yang banyak mengingati mati di kalangan kamu dan memperelok baginya ( kematian ) itu bekalan, merekalan orang yang cerdik “.
Takhrij
Diriwayatkan oleh Ibnu Majah ( Sunan Ibnu Majah, jil 6 m/s 235, no 7993 ), al-Baihaqi ( Syu`bah al-Iman, jil 7 m/s 351, no 10549, 10550 ), Abu Nuaiam ( Huliyatul al-Auliya`, jil 313 ), Hakim ( Mustadrak, jil 5 m/s 582, no 8623 ).
Hukum Hadis
Hadis Hasan ( Soheh at-Targhib wa at-Tarhib, jil 3 m/s 164, no 3335 ).
Hadis 99
الكيس من دان نفسه وعقل لما بعد الموت
Maksudnya :” Orang yang cerdik itu adalah sesiapa yang menghitung dirinya dan beramal untuk yang akan datang “.
Takhrij
Lihat Hadis 75.
Hadis 100
كفى بالموت واعظا
Maksudnya :” Memadailah mati itu sebagai peringatan “.
Takhrij
Diriwayatkan oleh at-Tabrani ( Syu`bah al-Iman, jil 7 m/s 353, no 10556 ), Abu Nuaiam ( Huliyatul al-Auliya`, jil 1 m/s 217 ), Abu Abdullah al-Qadhaie, ( Musnad as-Syihab, jil 2 m/s 302, no 1401 ).
Hukum Hadis
Dhaif Jiddan[10] ( Salasilah Dhaifah, jil 2 m/s 1, no 502 ).
Masalah Hadis
Terletak pada seorang perawi bernama ar-Rabie` bin Badru, kata Ibnu Hajar : beliau adalah seorang yang Matruk hadisnya ( Taqrib at-Tahzib, jil 1 m/s 206, no 1883 ), kata Bukhari : Dhaif di sisi Qutaibah, kata Abu Daud : beliau adalah dhaif dan tidak di tulis hadisnya, kata an-Nasaie, Yaacob bin Sufian dan Ibnu Kharash : Matruk Hadisnya, kata Abu Hatim : jangan kamu bersamanya dan jangan meriwayatkan hadis daripadanya ( Tahzib at-Tahzib, jil 3 m/s 207, no 462 ).
Hadis 101
كن فى الدنيا كأنك غريب أو عابر سبيل
Maksudnya :” Hiduplah kamu di dunia seumpama orang asing atau pun orang di dalam perjalanan “.
Takhrij
Diriwayatkan oleh Bukhari ( Soheh Bukhari, jil 5 m/s 2358 ), Tirmizi ( Sunan at-Tirmizi, jil 4 m/s 567, no 2333 ), Ibnu Majah ( Sunan Ibnu Majah, jil 2 m/s 1378, no 4114 ).
Hukum Hadis
Hadis Soheh diriwayatkan oleh Bukhari.
Hadis 102
زوروا القبور فإنها تذكر الموت
Maksudnya :” Melawatlah kubur, kerana sesungguhnya ia akan mengingatkan tentang kematian “.
Takhrij
Diriwayatkan oleh Muslim ( Soheh Muslim, jil 2 m/s 671, no 108 ), Abu Daud ( Sunan Abi Daud, jil 2 m/s 237, no 2334 ), an-Nasaie ( al-Mujtaba Min as-Sunan, jil 4 m/s 90, no 2034 ), Ibnu Majah ( Sunan Ibnu Majah, jil 1 m/s 500, 501, no 1569, 1570 ).
Hukum Hadis
Hadis Soheh diriwayatkan oleh Muslim.
Hadis 103
كنت نهيكم عن زيارة القبور فزوروها فإنها تزهد فى الدنيا وتذكر الآخرة
Maksudnya :” Dahulu aku melarang kamu melawat kubur, sekarang melawatlah kubur, kerana dengannya menjadikan kamu zuhud dan mengingati akhirat “.
Takhrij
Diriwayatkan oleh Abu Daud ( Sunan Abi Daud, jil 2 m/s 237, no 3235 ), Ibnu Majah ( Sunan Ibnu Majah, jil 1 m/s 501, no 1571 ), Imam Ahmad bin Hanbal ( Musnad Ahmad, jil 5 m/s 355, no 23055 ).
Hukum Hadis
Hadis Soheh ( Jamek as-Soghir wa az-Ziyadah, jil 1 m/s 424, no 4240 ).
Hadis 104
قلب الشيخ شاب على أحب اثنين طول العيش والمال
Maksudnya :” Adalah hati orang tua muda mencintai 2 perkata iaitu kehidupan yang panjang dan harta yang banyak “.
Takhrij
Diriwayatkan oleh Muslim ( Soheh Muslim, jil 2 m/s 724, no 113, 114, 115 ), Tirmizi ( Sunan at-Tirmizi, jil 4 m/s 570, no 2338 ), Ibnu Majah ( Sunan Ibnu Majah, jil 2 m/s 1415, no 4233 ).
Hukum Hadis
Hadis Soheh diriwayatkan oleh Muslim.
Rujukan
1- Musnad Ahmad, Imam Ahmad bin Hanbal, Cet Muasasah Qurtabah Kaherah, t.t.
2- Musnad Ahmad, Tahkik Syeikh Syuib Arnout dan Selainnya, Cet Muasasah Ar-Risalah, 1420H/ 1999M, Cet Ke-2.
3- Huliyatul al-Auliya Wal Tabaqat al-Asfiya`, Cet Dar al-Kitab al-A`rabi Beirut, 1405H/ 1985M, Cet ke-4.
4- Syu`bah al-Imam, Imam Al-Baihaqi Tahkik Muhammad as-Said Basyuni Zaglul, Cet Dar al-Kutub al-Ilmi Beirut, 1410H/ 1989M, Cet Pertama.
5- Sunan al-Baihaqi al-Kubra, Imam al-Baihaqi Tahkik Muhammad Abdul al-Qadir Ato`, Cet Maktabah Dar al-Baz, 1414H/ 1994M.
6- As-Somtu wa Adabul Lisan, Ibnu Abi Dunya tahkik Abu Ishak al-Huwainy, Cet Dar al-Kitab al-A`rabi Beirut, 1410H/1989M, Cet Pertama.
7- Al-Ghibah wa an-Namimah ,Ibnu Abi dunya, Maktabah Syamilah.
8- Taqrib at-Tahzib, Ibnu Hajar al-Asqolani tahkik Muhammad U`wamah, Cet Dar Ar-Rasyid Syiria, 1406H/ 1986M, Cet Pertama.
9- Al-Kasyaf, Hafiz az-Zahabi Tahkik Muhammad U`wamah, Cet Dar al-Qiblah lil Thaqafah al-Islamiah, 1413H/ 1992M, Cet Pertama.
10- Salasilah Dhaifah, Muhammad Nasruddin al-Albani, Maktabah al-Ma`rif Riyadh, Saudi Arabia, t.t.
11- Jamek Soheh Mukhtasor, Imam Bukhari Tahkik Dr Musthapa Dib Al-Bagha, Cet Dar Ibnu Kathir, 1407H/ 1987M, Cet Ke-3.
12- Soheh Muslim, Imam Muslim Tahkik Dr Muhammad Fuad Abdul al-Baqi, Cet Dar Ihya at-Turath al-A`rabi Beirut, t.t.
13- Sunan at-Tirmizi, Imam Tirmizi Tahkik Ahmad Muhammad Syakir, Cet Dar Ihya at-Turath al-A`rabi Beirut, t.t.
14- Sunan Abi Daud, Imam Abi Daud as-Sijistani tahkik Muhammad Mahyuddi Abdul al-Hamid, Cet Dar Fikr, t.t.
15- Misykah al-Masobih, Muhammad bin Abdullah al-Khatib at-Tabrizi, Tahkik Muhammad Nasruddin al-Albani, Cet Maktabah Islami Beirut, 1405H/ 1985M, Cet ke-2.
16- Al-Iman, Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah, Tahkik Muhammad Nasruddin al-Albani, Cet Maktabah Islami Beirut, 1413H/ 1993M, Cet ke-4.
17- Soheh at-Targhib wa at-Tarhib, Muhammad Nasruddin al-Albani, Cet Maktabah al-Ma`rif Riyadh Saudi Arabia, t.t.
18- Soheh Ibnu Hibban Bi Tartib Ibnu Bilban, Ibnu Hibban, Tahkik Syeikh Syuib Arnout, Cet Muasasah ar-Risalah Beirut, 1414H/ 1993M, Cet ke-2.
19- Mustadrak Ala as-Sohihaini, Imam Hakim al-Naisaburi, Tahkik Musthapa Abdul al-Qadir A`to`, Cet Dar al-Kutub al-I`lmiyyah Beirut, 1411H/ 1990M, Cet Pertama.
20- Mu`jam al-Kabir, Imam at-Tabrani, Tahkik Hamidi Ibnu Abdul al-Majid as-Salafi, Cet Dar al-U`lum wa al-Hikam, 1404H/ 1983M, Cet ke-2.
21- Sunan al-Kubra, Imam an-Nasaie, Tahkik Dr Abdul al-Ghafur Sulaiman al-Bandari dan Said al-Kasruwi Hasan, Cet Dar al-Kutub al-I`lmiyyah Beirut, 1411H/ 1991M, Cet Pertama.
22- Musnad Syihad, Imam Abu Abdullah al-Qadhaie, Tahkik Hamidi ibnu Abdul al-Majid as-Salafi, Cet Muasasah ar-Risalah Beirut, 1407H/ 1986M, Cet Ke-2.
23- Sunan ad-Darimi, Imam Abdullah ibnu Abdul ar-Rahman Abu Muhammad ad-Darimi, Tahkik Fawaz Ahmad Zamrali dan Khalid as-Sabit al-I`lmi, Cet Dar al-Kitab al-A`rabi Beirut, 1407H/ 1986M, Cet Pertama.
24- Jamek Soghir wa az-Ziyadah, Muhamad Nasruddin al-Albani, Cet Maktabah al-Islami, t.t.
25- Musnad Abi Ya`la, Abi Ya`la al-Mousuli, Tahkik Hussin Salim Asad, Cet Dar al-Makmun li at-Turath Damsyik, 1404H/ 1984M, Cet Pertama.
26- Syu`bah al-Iman, Imam al-Baihaqi, Tahkik Muhammad as-Said Basyuni Zaglul, Cet Dar al-Kutub al-I`lmi, 1410H/ 1989M, Cet Pertama.
27- Al-Mughni An Hamali Al-Asfar, Abu al-Fadhil al-Iraqi, Tahkik Asraf Abdul al-Maqsud, Cet Maktabah at-Tabriah, 1415H/ 1995M, Cet Pertama.
28- Ihya` Ulumuddin, Hujjatul al-Islam Iman Al-Ghazali r.a, Tahkik Abu al-Fadhil al-Iraqi,
29- Al-Jar wa al-Ta`dil, Ibnu Abi Hattim ar-Razi, Cet Dar Ihya` at-Turath Beirut, 1271H/ 1953M, Cet Pertama.
30- Soheh Sunan Abi Daud, Muhammad Nasruddin al-Albani, Cet Muasasah Gharas lil Nasyu wa Tawazik, 1423H/ 2002M, Cet Pertama.
31- Al-Adat al-Mufrad, Imam Bukhari, Tahkik Muhammad Fuad Abdul al-Baqi, Cet Dar al-Basyair al-Islamiyyah Beirut, 1409H/ 1989M, Cet ke-3.
32- Soheh al-Adab al-Mufrak, Muhammad Nasruddin al-Albani, Cet Dar as-Soddik, 1421H/ 2000M, Cet Pertama.
33- Al-Fath Al-Kabir Fi Dhimi Az-Ziyadati Ila Jamek As-Soghir, Imam as-Sayuti, Tahkik Yusoff an-Nabhani, Cet Dar al-Fikr Beirut, 1423M/ 2003H, Cet Pertama.
34- Musnad Ibnu Ja`ddu, Ibnu Ja`ddu, Tahkik Amir Ahmad Haidar, Cet Muasasah Nadir Beirut, 1410H/ 1990M, Cet Pertama.
35- Lisan al-Mizan, Ibnu Hajar al-Asqolani, Tahkik Dar al-Ma`rif al-Nazomiyyah Hindi, Cet Muasasah al-A`lami lil Matbuat Beirut, 1406H/ 1986M, Cet ke-2.
36- Riyadh as-Solihin, Imam an-Nawawi, Tahkik Muhammad Nasruddin al-Albani, Cet Maktabah al-Islami Beirut, t.t.
37- Al-Mujtaba Min as-Sunan ( Sunan An-Nasaie ), Imam An-Nasaie, Tahkik Abdul Al-Fatah Abu Ghudah, Cet Maktabah al-Matbuat al-Islamiyyah Beirut, 1406H/ 1986M, Cet Ke-2.
38- Irwal`u al-Ghalil Fi Takhrij Ahadis Manarul as-Sabil, Muhammad Nasruddin al-Albani, Cet Maktabah al-Islami Beirut, 1405H/ 1985M, Cet ke-2.
39- Salasilah Al-Ahadis Ad-Dhaifah Wan Al-Maudhuat, Muhammad Nasruddin al-Albani, Cet Dar al-Ma`rif Riyadh, 1412H/ 1992M, Cet Pertama.
40- Takhrij Misyakh Al-Fakir, Muhammad Nasruddin al-Albani, Cet Maktabah al-Islami Beirut, 1405H/ 1984, Cet Pertama.
41- Al-Ahadis Wa Al-Masthana, Abu Bakar as-Syaibani, Tahkik Dr Basim Faisol Ahmad al-Juwabirah, Cet Dar ar-Rayah Riyadh, 1411H/ 1991M, Cet Pertama.
42- Al-Ahadis Al-Lati Fi Ihya` Lam Yajid Laha As-Subki Isnadan, Imam as-Subki, Tahkik Dr Mahmoud Muhammad at-Thohan & Dr Abdul a-Fatah Muhammad al-Haluw, 1413H/ 1992M, Cet Pertama.
43- At-Tarikh al-Kabir, Imam al-Bukhari Tahkik as-Sayyid Hasyim an-Nadwi, Cet Dar Fikr, t.t.
44- Dhuafa` al-A`qili, Abu Ja`far Muhammad bin Umar bin Musa al-A`qili, Tahkik Abdul al-Muty Amin Qal`aji, Cet Dar al-Maktabah al-A`lmiyyah, 1404H/ 1984M, Cet Pertama.
45- Dhuafa` as-Soghir, Imam Bukhari, Tahkik Mahmood Ibrahim Zayid, Cet Dar al-Waie, 1396H/ 1975M, Cet Pertama.
46- Tazkirah al-Hufaz, az-Zahabi, Dar Fikr, t.t.
[1] Matruk : ialah seorang perawi yang di tuduh dusta oleh Ulama` hadis.
[2] Lihat nota kaki no 1.
[3] Tidak diterima hadis yang diriwayatkannya.
[4] Hadis yang diriwayatkan oleh Tabie` tanpa menyebut nama Sahabat r.h.
[5] Bukan Hadis Nabi s.a.w. Cuma hadis ini di sandarkan kepada Rasulullah s.a.w, Sabda Rasulullah s.a.w : “ sesiapa yang sengaja mendustakan pada aku maka sedia tempat tinggalnya di dalam neraka “. Hadis Mutawatir.
[6] Rujuk nota kaki no 5.
[7] Mauquf : Hadis yang akhir sanadnya hanya kepada Sahabat bukan kepada Rasulullah s.a.w.
[8] Seorang perawi yang di terima periwayatannya, tetapi tarafnya lebih rendah pada perawi hadis yang bertaraf hasan.
[9] Ayah = Abi Hatim ar-Razi.
[10] Hadis yang tersangat lemah yang tidak boleh beramal dengannya untuk Fadhail Amal.
2 comments:
slm..
saya nak tahu apakah mksud sanad mutafaqun alaihi, sanad hasan, dan sanad soheh?
blh saudara terangkan?
trima ksh :)
wlkmslm...
1-Mutafaqun Alaihi = hadith yang riwayatnya di sepakati oleh Imam Bukhari & Imam Muslim ( secara mudah 1 hadis diriwayatkan oleh mereka berdua ).
2. Sanad Hasan : sanad hadis yang terdapat seorang perawi di hukum SODUQ oleh Imam2 Jarh wa Ta`dil.
3. Sanad Soheh : sanad yang perawinya Thiqah kesemuanya pada susur galur torik hadis.
Post a Comment