Thursday, April 22, 2010

Hadis Membaca Surah Yasin

Matan
إن لكل شيئا قلبا وإن قلب القرآن ( يس ) من قرأها فكأنما قرأ القرآن عشر مرات
Maksudnya :” Bagi setiap sesuatu itu ada hatinya dan hati Al-Quran adalah Surah Yasin, sesiapa yang membacanya ( sekali habis ) seumpama membaca Al-Quran 10 kali “.

Kitab Yang Mengeluarkan Hadis ini
1- Sunnan a-Darimi, Kitab Fadhail Al-Quran, Bab Fadhlul Yasin no 3357.
2- Sunnan at-Tirmizi, Kitab az-Zabaih Abwab Fadhail al-Quran An Rasulullah s.a.w, Bab Ma Jaa Fi Fadhli Yasin, no 2887.
3- Mu`jam A`rabi, Hadis at-Tarqufi, no 2143.
4- Musna Syihad al-Qadhaie`, Ina Likuli Syaiin Qalban, no 961.
5- Qiyamulalli li Muhammad Ibnu Nasrin al-Marwazi, Bab Thawab al-Qiraah bil Laili, no 195.
6- Al-Kunni wal Asma` Lil Duwailabi, Bab Kaf Bab al-Wal wa al-Haau, no 1684.
7- Syu`bah al-Imam Lil al-Baihaqi, Zikru Surah Yasin, no 2355.

Masalah Pada Hadis Ini
Masalah Hadis ini ialah terletak pada seorang perawi yang bernama HARUN BIN ABI MUHAMMAD yang mana beliau merupakan satu-satunya masalah pada sanad hadis, ini adalah kerana semua sanad-sanad hadis yang sampai kepada kitab-kitab yang mengeluarkanya akan melalui jalur periwayatannya yang mana kita kenali di dalam istilah ilmu hadis sebagai Gharib.
Hukum Ulama` Terhadap Beliau :
قال أبو عيسى : هذا حديث غريب لا نعرفه إلا من حديث حميد بن عبد الرحمن وبالبصرة لا يعرفون من حديث قتادة إلا من هذا الوجه و هارون أبو محمد شيخ مجهول
Berkata Abu Isa ( Imam Tirmizi ) : ini adalah hadis Gharib yang tidak di ketahui jalan lain melainkan jalan Hammad Ibnu Abdul Rahman, dan di Basrah tidak di ketahui hadis ini dariwayatkan daripada Qatadah melainkan jalan ini dan Harun Abu Muhammad adalah yang Majhul ( tidak di kenali ). ( Sunnan at-Tirmizi, Jil 5 m/s 162, no 2887, Cet Dar Ihya at-Turas al-A`rabi, t.t ).
Bagitu juga pendapat Ibnu Hajar di dalam Taqrib at-Tahzib perawi no 7249 bahawa Harun Abu Muhammad adalah seorang yang Majhul. ( Taqrib at-Tahzib,jil 1 m/s 596, rijal no 7249, cet Dar ar-Rusd Syuria, 1406H/1986M ).
Al-Imam az-Zahabi juga berpendapat bahawa Harun Abi Muhammad adalah seorang yang Majhul dan tidak di kenali. ( al-Kasyaf lil az-Zahabi, cet Dar al-Qiblah at-Thaqafah al-Islamiyyah Muasasah Ulu, Jeddah, 1413H/1992M ).
Dan berpendapat Ibrahim bin Muhammad di dalam kitabnya Kasyful al-Hasis An Man Ramyi Bi Wadhu al-Hadis :
هارون أبو محمد ت عن مقاتل بن حبان حديث قلب القرآن ياسين قال الترمذي في جامعه مجهول وقال الذهبي أنا أتهمه بما رواه القضاعي في شهابه فساق سند القضاعي إليه ثم إلى أنس مرفوعا
Maksudnya :” Harun Abu Muhammad ( perawi Tirmizi ) daripada Maqatil Bin Hibban Hadis Hati al-Quran Yasin, berkata Imam Tirmizi di dalam kitabnya beliau adalah seorang yang Majhul ( tidak di kenali ). Dan berkata az-Zahabi : Bahawa sesungguhnya dia ( Harun ) aku tuduhnya sebagai apa yang di riwayatkan oleh al-Qadhaie di dalam kitabnya, rosak sanad hadis al-Qadhaie di sebabkan beliau ( Harun ), kemudia jalan kepada Anas r.a bersambung “. (Kasyful al-Hasis An Man Ramyi Bi Wadhu al-Hadis, Jil 1 m/s 271, cet A`lim al-Kitab Maktabah al-Nahdah al-A`rabi Beirut, 1407H/1987M ).
Dan di dalam semua kitab yang meriwayatkan hadis ini mengunakan Sighah ( lafaz ) yang sakit iaitu An ( عن ) dan tidak di dapati langsung lafaz yang sihat, maka di sebabkan itulah hadis ini terputusa sanadnya pada Harun Abu Muhammad dan setiap sanad yang terputus keseluruhanya di dalam susur galur periwayatan hadisnya tidak boleh di jadikan panduan di dalam kehidupan..walahu a`lam.

Hukum Hadis
Hukum hadis ini adalah palsu di sebabkan putusnya sanad oleh Harun Abu Muhammad. Hadis ini Palsu pada keseluruhan sanadnya..

No comments: