Matan Hadis
الحديث في المسجد يأكل الحسنات كما تأكل النار الحطب
Maksudnya :” Bercakap didalam masjid menghapuskan kebaikan sebagaimana api membakar kayu api “.
Kitab Yang Mengeluarkan Hadis Ini
Ihya` Ulumu a-Din oleh Hujjatul Islam al-Ghazali r.h. juzuk 1 m/s 152.
Hukum Hadis Ini
Sebagaimana di katakana oleh Imam Ibnu Iraqi ketika mana membuat takhrij hadis di dalam kitab Ihya` beliau mengatakan bahawa hadis ini dia tidak mendapati hadis ini ada asal baginya (pent- iaitu tidak terdapat didalam kitab hadis ). ( Takhrij Ihya` juzuk 1 m/s 107 ).
Manakala kata Imam Fairuzabady bahawa dia tidak menemuainya ( pent-tidak menemuinya didalam kitab hadis ). ( al-Fawaidul al-Majmuah juzuk 1 m/s 25 ).
Berkata penulis Kasyful Khafa` bahawa yang masyhur didalam hal ini bahawa harus bercakap didalam masjid. ( Kasyful Khafa` juzuk 2 m/s 106 ).
Hadis ini juga di masukkan oleh pengarang Tazkiratul Maudhuah ( peringatan tentang hadis-hadis palsu ). ( Tazkiratul al-Maudhuah juzuk 1 m/s 249 ).
Maka telah jelaslah kepada kita bahawa kalam yang kebanyakan para ustaz-ustaz di Malaysia khususnya itu sebagai Hadis adalah tidak benar, dan yang sebenarnya kalam itu sebenarnya bukan Hadis sehingga ulama` yang muktabar didalam bidang hadis seperti Ibnu Iraqi tidak menjumpainya..
1 comment:
basus x
Post a Comment