Monday, January 12, 2009

Sunday, January 11, 2009

Hari ke-16: Mampukah diplomasi hentikan perang?

Sumber : Http//:minipavilion.blogspot.com
14 Muharram 1430/11 Januari 2009
Hari ke-8 serangan dan pencerobohan darat di Gaza

_______________________________

[MAP] Delegasi HAMAS yang menggabungkan pimpinan Gaza dan luar Palestin berada di Kaherah. Menurut sumber, delegasi HAMAS akan mengadakan perbincangan dengan wakil Mesir berhubung keadaan di Gaza.

Dinyataka
n, perbincangan antara delegasi HAMAS dengan wakil Mesir turut dihadiri delegasi Turki.

[MAP] Sekit
ar jam 1 pagi tadi, Israel menghebatkan serangan di Semenanjung Gaza. Serangan Israel turut disokong serangan dari kapal perang Israel(laut) telah mengebom beberapa tempat di bandar Gaza.

Dinyatakan, sebuah yayasan kebajikan yang berada di Mukhayyam shatie Bahr(kem pelarian persisiran laut) turut dibom. Sementara itu, Israel juga membedil kawasan di Syiekh Ajlain dan Tel Hawa. Serangan Israel yang disifatkan penyembelihan beramai-ramai ke atas penduduk Gaza itu juga menggunakan bom phosporus putih yang menimbulkan kontroversi.

Sebagaimana yang dinyatakan, bom tersebut tidak boleh digunakan di kawasan yang padat dengan penduduk. Jika digunakan juga, boleh disabitkan jenayah perang. Bagaimanapun hakikatnya telah dan sedang berlaku.

Di Khan Yunus awal pagi tadi, Israel menggunakan bom tersebut setiap kali menyerang di kawasan itu. Bom phosporus putih boleh mengakibatkan kulit terbakar dan sesak nafas.

Hakikatnya,
penduduk Gaza di Khan Yunus melaporkan sebilangan besar mereka merasai sesak nafas kesan daripada pengeboman yang menggunakan phosporus putih. Dinyatakan, 50 penduduk parah. Israel pula menyatakan terpaksa menggunakan bom tersebut kerana untuk mengkaburkan pandangan pejuang-pejuang Palestin ke arah pasukan tentera Israel.

Menurut sum
ber, serangan Israel yang terlalu dahsyat pagi tadi adalah sebagai usaha untuk menguasai bandar Gaza dan mengepung pejuang-pejuang Palestin.

[MAP] 7.00 pagi(waktu Mesir). Pertempuran sengit antara pejuang Palestin dengan tentera Israel masih berterusan di selatan bandar Gaza. Begitu juga di Jabaliya. Menurut sumber, ketika pertempuran sengit kelihatan 10 jentera perang Israel bergerak dan menuju ke 3 paksi serangan.

Selain itu, bot-bo
t perang Israel juga mengebom beberapa kawasan di bandar Gaza. Sementara pertempuran dan berbalas tembakan, tentera Israel juga melakukan pemeriksaan ke kawasan-kawasan berhampiran untuk mencari sasaran.

[MAP] 10/01/09. Mahmoud Abbas, Presiden Palestin kekal di jawatannya sehinggalah pilihanraya akan datang(kemungkinan Januari 2010 atau melebihi tarikh tersebut). Bagi HAMAS, pihaknya tidak akan membincangkan apa jua berhubung pilihanraya dan seumpamanya selagimana peperangan tidak dihentikan.

[MAP] Kerajaan Israel dijadualkan akan mengadakan pertemuan mingguan hari ini yang diketuai oleh Perdana Menterinya, Ehud Olmert. Dinyatakan, agenda pertemuan tersebut adalah membincangkan dari sudut medan perang di Gaza dan politik.

[MAP] 8.00 pagi(waktu Mesir). Barat bandar Gaza, pertempuran yang terlalu sengit tertumpu di kawasan Israel berpusat. Menurut saksi, artileri juga dilihat terlalu kerap membedil rumah dan kawasan yang berhampiran. Di samping itu, pejuang Palestin masih lagi bertahan dari serangan tentera Israel yang disokong kereta kebal.

Timur Gaza, pertempuran di salah satu paksi yang menjadi laluan masuk ke Gaza juga sengit. Menurut sumber, pejuang Palestin berjaya menggagalkan kemaraan musuh. Dalam masa yang sama, pejuang Palestin turut melancarkan 2 serangan roket jenis 'grad' ke pertengahan bandar Beer Sheeba.

Sementara itu, di Khan Yunus, pertempuran masih b
erlanjutan antara pejuang Palestin dengan tentera Israel.

[MAP] Amus Gilad, Penasihat Politik Menteri Pertahanan Israel berada di Kaherah. Menurut sumber, kedatangan Amus ke Kaherah adalah kali kedua sepanjang Israel menyerang Gaza.

Sebagaimana yang dinyatakan, tujuan Amus ke Kaherah adalah untuk membincangkan berkenaan menghentikan perang di Gaza serta mendapat maklum balas berkenaan inisiatif Mesir.

[MAP] Para penunjuk perasaan di Beirut, Lubnan hari ini kebanyakannya adalah kanak-kanak. Kepelbagaian bentuk dan cara melakukan tunjuk perasaan tersebut adalah diharapkan menjadi 'mesej kepada dunia' berikutan peperangan di Gaza menyebabkan berlakunya bencana kemanusiaan yang teramat teruk.

Para penunjuk perasaan dari kalangan kanak-kanak membawa anak-anak patung(baby doll) seiring ambulan bagi menyatakan simpati mereka

terhadap kanak-kanak Gaza yang menjadi mangsa serangan ganas Israel. Selain itu, terdapat dikalangan para penunjuk perasaan menggunakan simbolik sempadan Rafah yang menjadi salah satu bentuk ancaman terhadap penduduk Gaza.

Salah seorang daripada kanak-kanak, mengkritik pemimpin-pemimpin Arab yang disifatkan seperti 'tunduk' kepada kehendak Israel dan Amerika.

[MAP] Britain, tunjuk perasaan yang mengecam kekejaman Israel ke atas Gaza juga disertai pertubuhan yahudi Britain. Mereka juga mendesak supaya Israel menghentikan segera peperangan di Gaza.

Selain itu, penduduk di Los Angeles juga mengadakan tunjuk perasaan berhubung perang di Gaza.

Beberapa buah bandar di Pakistan juga dinyatakan ada tunjuk perasaan yang mengecam kezaliman Israel di Gaza.

[MAP] HAMAS menolak kewujudan pasukan tentera antarabangsa bagi mengawal sempadan antara Gaza-Israel. SARAYA AL-QUDS(sayap tentera JIHAD ISLAMI) juga menyatakan tidak menerima pasukan tentera antarabangsa di Gaza.

HAMAS turut menyatakan, gencatan senjata dengan Israel tidak mungkin melainkan setelah hentikan peperangan, Israel juga berundur dari Gaza, buka semua sempadan yang berhadapan dengan Gaza dan bebaskan Gaza dari sekatan Israel.

Bagaimanapun, Mahmoud Abbas, Presiden Palestin mendesak HAMAS agar menerima inisiatif Mesir sebagai mekanisma perlaksanaan daripada ketetapan Majlis Keselematan Bangsa-bangsa Bersatu baru-baru ini.

[MAP] 10/01/09. Menteri Luar Mesir, Ahmad Aboul Gheit menyatakan Mesir tidak akan meningkatkan bantuan dari sudut ketenteraan ke Gaza tetapi Mesir akan berusaha bagi memastikan penduduk Gaza boleh hidup dengan aman. Beliau juga mengkritik pandangan Hassan Nasrallah yang meminta Negara-negara Arab menghantar bantuan senjata ke Gaza melalui sempadan Rafah Mesir.

[MAP] Israel mengebom tempat pelancar roket bawah tanah yang dimiliki oleh pejuang Palestin. Setakat ini, pejuang Palestin belum memberikan apa-apa maklum balas berkenaan serangan tersebut.

[MAP] KATAIB SYAHID JIBRIL menyatakan pihaknya telah menggagalkan tentera Israel yang cuba menceroboh barat Beit Lahiya.

[MAP] Mangsa perang Israel meningkat ke angka 875 syahid, 3695 mengalami kecederaan tidak terkecuali yang kritikal.
[MAP] KATAIB IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) menyatakan pihaknya telah membalas serangan Israel. Setakat ini, AL-QASSAM telah:

- Mengebom penempatan Sderot dengan 3 serangan roket jenis 'qassam'.

- Melancarkan serangan roket ke 2 buah penempatan Israel, Ushdud dan Nativout dengan roket jenis 'grad'.


- Mengebom pengkalan tentera udara Israel, Belmakhiem bagi kali kedua dengan serangan roket jenis 'grad' dan 'qassam'.

- Bandar Beer Sheeba dengan satu serangan roket jenis 'grad'.


- Seorang ten
tera Israel dari sebuah pasukan turut menjadi sasaran penembak tepat AL-QASSAM di selatan bandar Gaza.

- Berjaya meletupkan sebuah kereta kebal Israel dengan 2 bahan peledak di barat Jabaliya.

[MAP] Sumber tentera Israel: Pejuang Palestin kali pertama menggunakan penangkis kapal terbang ketika Israel menyerang.

[MAP] 5.00 petang(waktu Mesir). Beberapa minit yang lalu, Israel membedil sebuah tempat di Semenanjung Gaza. Kelihatan kepulan asap hitam pekat dan putih di kawasan tersebut. Para penyelamatan dan perubatan bergegas menuju ke tempat kejadian.

[MAP] Beberapa letupan akibat serangan Israel di timur Gaza, berdekatan utara Jabaliya.

Di Rafah, pesawat tempur Israel menggugurkan bom ke kawasan yang dipercayai terdapat terowong bawah tanah yang menghubungi Gaza-Mesir.

Sementara itu, Israel juga mengebom sebuah kereta dengan muatan 4 penduduk Palestin, malah seorang penduduk yang menunggang motosikal turut dibom dan syahid serta-merta.

Di Mukhayyam Nusairat pula, beberapa serangan Israel mensasarkan sebuah rumah dengan bedilan daripada pesawat tempur yang menyebabkan seorang parah dan beberapa lagi kritikal.

[MAP] Mangsa perang Israel meningkat ke angka 879 syahid, 3700 mengalami kecederaan termasuk yang kritikal.
[MAP] 17 mangsa serangan Israel yang mengalami kecederaan teruk telah dibawa ke hospital Mesir melalui sempadan Rafah.

[MAP] Mesir membenarkan sepasukan doktor daripada Persatuan Doktor-doktor Arab memasuki Gaza melalui sempadan Rafah Mesir.

[MAP] 5.05 malam(waktu Mesir). Pesawat tempur Israel meninjau di ruang udara Gaza. Sementara itu, beberapa kepulan asap tebal dan pancaran api di utara bandar Gaza akibat bedilan Israel.

[MAP] Hospital Shifa' yang merupakan sebuah hospital terbesar di Semenanjung Gaza menerima beribu-ribu pesakit sepanjang peperang ini berlaku. Di bahagian merawat mangsa akibat terbakar dan kulit melepuh.

Menurut sumber, doktor mengesahkan Israel menggunakan senjata yang berbeza kerana mangsa serangan Israel kali ini terjejas teruk dari segi kesihatan dan tubuh badannya.

30 penduduk Gaza syahid dalam serangan Israel hari ini.

[MAP] Israel mengebom lagi garisan sempadan antara Gaza-Mesir yang mengakibatkan 3 anggota keselamatan Mesir parah.

[MAP] 5.44 malam(waktu Mesir). Serangan terbaru Israel di kawasan Shujaieah dengan tembakan peluru misil. Menurut sumber, kawasan tersebut padat dengan penduduk.

Dan satu lagi serangan Israel mensasarkan sebuah kilang perindustrian dan sebuah rumah. Kelihatan api marak menjulang ke udara.

[MAP] 5.44 malam(waktu Mesir). Menurut sumber, sekumpulan tentera Israel di Dataran Tinggi Golan, Syria terkejut berikutan tembakan yang menghala ke arah mereka. Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dinyatakan.

Setakat ini, sumber menjelaskan maklumat tentang tembakan tersebut tidak diketahui sama ada dari pihak tentera Syria atau penduduk.

Dinyatakan, Israel telah membuat aduan berhubung kejadian tersebut kepada sebuah pasukan yang mengendalikan aduan.

[MAP] 5.49 malam(waktu Mesir). Hanya beberapa minit selepas wartawan memberikan laporan kepada pemberita, satu serangan roket pejuang Palestin jatuh di selatan Israel.

[MAP] Menurut seorang doktor di hospital Shifa', mangsa-mangsa serangan Israel yang terbakar kulit malah melepuh adalah akibat terkena serangan yang menggunakan kandungan bahan kimia yang tidak diketahui kerana terdapat perbezaan yang amat ketara antara mangsa-mangsa sebelum ini.

[MAP] Doktor Mohammad Osman, jurucakap bagi Persatuan Doktor Arab ketika memasuki Semenanjung Gaza melalui sempadan Rafah Mesir menyatakan beliau teramat sedih melihat keadaan yang berlaku. Jelasnya, bencana di Gaza terlampau teruk.

Beliau bersama doktor-doktor dari berbagai Negara Arab telah mendapat kebenaran daripada Kerajaan Mesir untuk memasuki Gaza. Beliau juga menceritakan terpaksa menempuh perjalanan yang penuh dengan ketakutan dari Khan Yunus menuju ke Gaza.

Beliau merayu kepada semua pihak agar tampil memberikan bantuan kepada penduduk Gaza, khususnya dari segi rawatan.

[MAP] 7.45 malam(waktu Mesir). KATAIB IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) menyatakan pejuang AL-QASSAM berjaya menembak sebuah helikopter apache milik tentera udara Israel.

[MAP] 7.45 malam(waktu Mesir). Mangsa perang Israel meningkat ke angka 880 syahid, 4080 mengalami kecederaan termasuk yang kritikal.

[MAP] 7.45 malam(waktu Mesir). KATAIB IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) menyatakan pejuang AL-QASSAM berjaya menembak sebuah helikopter apache milik tentera udara Israel.

[MAP] Israel masih melakukan serangan ketika tempoh masa 'gencatan senjata' selama 3 jam dalam sehari.

[MAP] Mangsa perang Israel meningkat ke angka 888 syahid, 4080 mengalami kecederaan termasuk yang kritikal.

[MAP] Badan Pengampunan Antarabangsa menyatakan telah ada bukti-bukti yang cukup berhubung serangan Israel malah boleh disabitkan dengan jenayah perang di Gaza.

[MAP] Ahli akademik antarabangsa: Serangan-serangan Israel di Gaza adalah bentuk permusuhan bukan mempertahankan diri.

[MAP] Perdana Menteri Qatar, Syeikh Hamad Bin Jasim ke-2 berkata matlamat sekarang adalah menyelesaikan masalah yang berlaku di Gaza, bukannya mengadakan persidangan tergempar.


Beliau juga menyokong sebarang usaha dari pihak Mesir bagi menyelesaikan permasalahan di Gaza.

Mengulas berkenaan sokongan ketenteraan di Gaza, beliau menyatakan tidak yakin Negara-negara Arab bersedia untuk berperang dengan Israel.


Sebelum ini, Venezuela telah menyingkirkan duta Israel. Bagi Syeikh Hamad pula, Qatar bersedia untuk memutuskan hubungan dengan Israel jika persepakatan Arab(Liga Arab) mengeluarkan ketetapan tersebut.


[MAP] Pejuang dari kumpulan SARAYA AL-QUDS(sayap tentera JIHAD ISLAMI) membedil sepasukan jentera perang Israel di utara dan selatan gaza dengan menggunakan beberapa pelancar roket.


[MAP] AL-QASSAM mengebom Majedal, Israel dengan 2 serangan roket jenis 'grad'.


[MAP] SARAYA AL-QUDS(sayap tentera JIHAD ISLAMI) menyatakan 2 pejuang dari kumpulannya telah syahid.


[MAP] 8.41 malam(waktu Mesir). Israel membedil beberapa buah rumah di Gaza. Menurut sumber rumah yang dibom itu milik Mohamad Dahlan, anggota pihak keamanan Palestin. Bagaimanapun, rumah tersebut kosong dan telah lama ditinggalkan oleh pemiliknya. Antara tempat yang dibedil Israel, adalah dewan Majlis Legislatif Palestin.


Sementara itu, di Jabaliya dan Beit Lahiya tenang seketika, sebelum itu helikopter apache mengebom beberapa buah rumah di situ.
Bagaimanapun di timur Gaza berlaku pertempuran sengit antara pejuang Palestin dengan tentera Israel.

Di Rafah pula, rumah yang dibom Israel juga tidak berpenghuni ekoran memo pekeliling yang digugurkan dari pesawat Israel meminta supaya mengosongkan rumah.
Setakat ini, 5 buah rumah telah dibedil Israel dalam serangan di kawasan yang berbeza.

Di Abbasan(selatan Gaza), pihak Israel menggunakan bom phosporus putih yang ditegah penggunaannya di kawasan yang padat dengan penduduk.


[MAP] 8.53 malam(waktu Mesir). Sumber tentera Israel: Pasukan tentera Israel dari tentera simpanan telah dikerahkan ke Gaza. Menurut sumber, pasukan tersebut antara yang terlatih dan telah menjalani latihan perang.

No comments: