Afifa agak terkejut apabila membaca nama pengirim surat itu.Tanpa lengah dia terus mengoyakkan sampul surat putih tersebut lalu membaca isinya dengan teliti.
Afifa yang budiman,
Jika surat ini berada ditanganmu, aku tidak tahu apa yang terjadi pada diriku.Segala yang berada disekelilingku telah berubah dengan begitu pantas.Kini hidupku sarat dengan kesunyian dan terasing.Sungguh, aku begitu sepi…kerana yang ada hanya aku dan isteriku.Semua yang berada disisiku begitu memusuhiku.Keluarga sahabat handai dan semua kenalan begitu membenciku.Sehingga keluargaku yangku puja selama ini turut menyingkirkanku.
Pasti kau kebingungan dan hairan dengan kehadiran berita dariku.Aku sendiri tidak menyangka perjalanan hidupku begini rupa.Dan entah mengapa aku begitu ingin menyampaikan berita ini kepadamu.
Afifa yang diingati,
Segalanya bermula dengan kunjunganku ke rumahmu setahun yang lalu.Masih ingatkah kau?Ketika hujan membasahi bandar metropolitan.Kuketuk pintu rumahmu.Pada daun pintunya masih kuingat ada lafaz ‘Assalamualaikum’ tertera indah. Namun tika itu aku tidak mengucapkannya kerana ia tidak memberi apa-apa makna bagiku.
Apa yang terbayang dalam fikiranku ketika itu, kau pasti masih seperti dulu.Kalau berubah pun mesti lebih matang dan bertambah anggun.Aku begitu yakin.Kau rakan karib sekuliah yang lincah, periang, ramah dan cantik.Paling tidak dapatku lupakan matamu yang redup dan tenang serta rambutmu yang ikal berombak indah.Betapa dulu kita begitu akrab.Sehingga ramai kawan-kawan lain yang cemburu melihat keakraban kita.Pelbagai tuduhan dilemparkan kepada kita. Antaranya kata-kata meraka kita “Laila dan Majnun atau Romeo dan Juliet”.Kita lantas tertawa apabila mendengar pelbagai tuduhan dilemparkan.
Ya! Persahabatan kita adalah persahabatan yang ikhlas.Suatu yang sukar dipercayai oleh semua rakan kita.Memang aneh... bagaimana persahabatan kita boleh begitu intim tetapi tulus.Engkau tahu aku telah mengikat tali pertunangan dengan saudaraku.Kita hanya berkawan.Belajar bersama, berjogging bersama, pendek kata melakukan semua aktiviti bersama. Tidak lebih dari itu. Kerana masing-masing kita menyedari bahawa tak mungkin salah seorang dari kita meninggalkan agama yang kita anuti.
Namun apa yang aku bayangkan dalam benak fikiranku, ternyata silap.Aku terkejut besar dan terpegun seketika apabila pintu terkuak.Engkau muncul di hadapanku denga penampilan yang hampir tak kukenali, kalau tidak kerana senyum ramahmu dan pandangan redup dari sudut matamu.Tubuhmu dibaluti baju panjang dan tudung lebar… yang sangat lebar.Menggeleng kepala sambil tetap bersikap sopan dan mesra ketika kuhulurkan tanganku untuk bersalaman. Kini baru kuketahui bahawa aku tidak boleh bersalaman denganmu tempoh hari kerana kau tidak mungkin bersentuhan tangan dengan lelaki yang dihalalkan nikahnya.
Afifa yang dihormati,
Sungguh, ketika itu aku sangat kecewa dan hampa.Setelah lebih kurang sejam aku berbual-bual dengan suamimu, aku pulang. Aku rasa aku telah kehilangan sahabat, ketika kurasakan engkau sangat berubah. Engkau tidak menyambut kedatanganku dengan tawa dan candamu. Engkau hanya duduk diam di sudut sofa rumahmu sambil memangku anakmu.Hanya sesekali kudengar suaramu yang menjawab soalanku. Itupun dengan nada yang cukup sopan seolah-olah aku orang yang terlalu asing bagimu.Aku juga turut menjadi kaku.Kini baru kuketahui bahawa engkau tidak pernah menemui tamu lelaki tanpa izin dan bertemankan suamimu.Hanya aku teman baikmu dulu maka engkau menemaniku, tapi dengan caramu.
Padahal ketika itu aku bersungguh-sungguh menyempatkan diri, mencari waktu dan menemuimu.Hampir lima tahun aku menjejakkan kaki ke Bandar L.Ya, semenjak kita lulus dengan ijazah cemerlang dan membawa haluan masing-masing. Kita terputus hubungan.Sebaik sahaja aku tamat pengajian, keluargaku terus menghantarku ke luar Negara untuk meneruskan pengajianku pada peringkat sarjana.
Oleh itu apabila aku ada urusan di Bandar L ini adalah peluang keemasan yang tidak boleh kulepaskan. Aku singgah di rumah ibumu, kudengar khabar engkau telah mendirikan rumahtangga dan baru sahaja menimang cahayamata. Aku terlalu ingin bertemu denganmu, melihatmu dan anakmu. Sehingga aku nekad mencarimu di Bandar L ini.
Ternyata Tuhan telah menyusun perancangan lain dengan peristiwa pertemuan kita. Kau ingat ketika aku mengundurkan diri tempoh hari?..Suamimu sempat mencapai sesuatu dan menghulurkanya kepadaku.Tanda persahabatan, katanya. Aku pasti tentu banyak tentangku yang telah kau ceritakan kepada suamimu. Terutamanya tentang aku yang hantu buku dan amat suka membaca!!..
Aku tidak sabar menunggu sampai di rumah untuk membaca buku hadiah pemberian suamimu. Aku biarkan pemanduku sepi tanpa berbual-bual seperti biasa.Betapa terkejutnya aku ketika membacanya.Kisah seorang puteri kepada ketua paderi di Sepanyol yang memeluk Islam!. Tiba-tiba aku rasa marah pada suamimu.Dan entah mengapa juga padamu.Apa tujuan suamimu menghadiahkan buku sebegitu rupa kepadaku.Aku terbayang wajahmu dan suamimu seolah-olah mengejekku.Aku benci pada riak wajah itu !.. Hampir-hampir aku campakkan buku itu keluar tingkap keretaku. Tapi tiba-tiba aku bimbang jika buku itu dibaca orang lain. Bila sampai di rumah akan kubakar buku jahannam ini. Itu nekadku. Tapi kejenuhan perjalanan yang panjang menyebabkan aku tergoda untuk membukanya sekali lagi. Kubaca dan kubaca. Ternyata aku semakin tertarik.
Afifa yang sentiasa diingati,
Detik-detik berikut adalah saat membingungkanku. Aku jadi seorang pendiam dan pemikir. Ini di luar tabiatku…
Begitu baik adunan kisah buku tersebut sehingga menggugat-gugat fikiran juga keyakinanku. Terbayang diruang mataku gambaran gadis secantik Isabella.Seorang calon pederi wanita yang sarat didadanya tentang ilmu teologi kristian akhirnya goyah dan bertukar agama. Begitu bijak pengarang itu membentangkan hujah-hujah dan faktar-faktar melalui watak Isabella yang akhirnya memyebabkan watak itu resah gelisah. Seperti aku kemudiannya.
Aku cuba menyajukan beberapa persoalan yang terdapat dalam kisah tersebut kepada ahli agamaku. Termasuk dua abangku yang juga paderi. Ajaib!..Ia seperti yang berlaku dan terjadi dalam kisah yang kubaca. Banyak persoalanku yang tidak mampu dijawab. Keyakinanku terhadap agamaku mula bergoncang.
Aku mula mencari buku-buku dan maklumat tentang mereka yang berhijrah secara intensif. Jaringan internet turut membantu pencarianku. Lebih kurang enam bulan yang lalu Allah memberi petunjuk kepadaku. Melimpahkan anugerah nikmat ISLAM.Memberi kekuatan yang luarbiasa untuk aku menempuh jalan berliku yang sungguh mengerikan. Aku begitu berani ketika melafazkan ikrarku, penyaksianku, dan perisytiharanku ;”Sesungguhnya tiada Tuhan kecuali Allah dan Muhammad pesuruh Allah”. Aku bersyukur kerana isteriku juga mengikuti jejak langkahku.Tidak silap aku memilih dia sebagai pasangan hidupku. Sesungguhnya dia seorang yang tabah, sanggup mengharungi keperitan dan kepedihan ini bersamaku.
Hati Afifa mula sesak. Afifa semakin tak sabar untuk menamatkan adegan kisah rakannya ini. Tapi Muhammad belum boleh lena, mungkin tak selesa kerana selsemanya masih belum reda. Itu sebabnya Afifa ambil cuti hari ini, untuk menjaga Muhammad agar selsemamya tidak berlarutan. Tambahan pula dia ada mengidap lelah,-penyakit keturunan. Alhamdullilah rengetan Muhammad tak lama…
Afifa saudaraku yang dikasihi kerana Allah,
Bermula episod baru dalam kehidupan kami. Apa yang dialami Isabella kini berlaku pada diri kami. Keluargaku juga keluarga isteriku amat marah. Pelbagai cara mereka gunakan untuk memujuk kami ke “pangkal jalan”.Nasihat, ugutan dan ancaman bahkan penyiksaan melanda kami.Pasti kau tahu keluargaku tergolong dalam golongan yang begitu teguh pegangan agamaku yang dulu. Inilah aib besar bagi mereka. Kemarahan mereka tidak terbendung lagi apabila aku dan isteriku masih tetap tidak berganjak dari keputusan kami.
Aku sebelum ini anak bongsu dan kesayangan keluarga telah diusir dari rumah kami.Kerana rumah kami juga hadiah dari keluargaku pada hari perkahwinan kami. Kesemua barang dan perabot kami dibakar dihadapan kami.Bukan setakat itu sahaja. Aku juga dilucutkan jawatan sebagai salah seorang pengarah syarikat milik keluargaku.Lebih menyedihkan lagi semua dokumen kami turut dibakar. Kami tidak punya apa-apa.Kami pergi sehelai sepinggang. Hanya berbekalkan doa dan keyakinan bahawa Tuhan pasti memelihara kami. Sesungguhnya janji Allah itu pasti benar.Amat benar.Kami diberi perlindungan oleh salah seorang ahli jawatankuasa masjid untuk beberapa hari sebelum mereka membantu aku mendapatkan pekerjaan dan bantuan.
Aku akan mulakan hidup ini dari bawah.Hidup yang amat sederhana.Atau mungkin serba kekurangan.Tapi kami bersyukur. Dengan ilmu ISLAM yang setitik ini aku yakin di sana ada orang yang lebih hebat siksaannya berbanding kami.Aku pernah mendengar dari kuliyah di masjid bahawa Mus’ab bin Umair, seorang anak bangsawan dan hartawan lebih hebat disiksa oleh kedua ibu bapanya.Tatkala syahid menjemputnya, hanya sehelai kain kasar yang menutupi sebahagian jasadnya.Jika ditarik kain itu untuk menutup kepala, kakinya nampak.Jika kakinya pula ditutup kepalanya pula yang nampak.Tapi dia bahagia dengan Islam.Kenapa kami tidak?
Afifa saudara seIslam yang seringku ingati,
Aku lupa memberitahumu, aku tidak dapat mengunjungimu selepas memeluk Islam kerana kesihatanku yang tidak mengizinkan.Luka-luka kesan penyiksaan penjahat yang diupah oleh keluargaku mengebabkan sebelah telingaku rosak.Tulang belakangku retak…menyebabkan aku tidak mampu bergerak banyak.Isteriku yang keluar mencari sesuap nasi untuk kami.Dia diterima sebagai pembantu tadika di masjid tempat kami berlindung. Kami takut untuk keluar jauh dari kawasan masjid ini walau ke hospital untuk mndapat rawatan.Aku pasti keluargaku tidak akan membiarkan kami hidup dengan aman.
Sakitku semakin parah.Seorang doktor, kenalan ahli masjid, mengatur dan merancang rawatanku ke sebuah hospital swasta milik orang Islam.Dengan menjamin keselamatan nyawaku dan isteriku,Aku bersetuju…dengan penuh keharuan.Dengan harapan yang menggunung aku bedoa…”Ya Allah berilah aku peluang untuk hidup agar aku dapat berbuat sesuatu untuk Islam pada sisa umurku.Berilah aku ruang untuk menebus dosaku yang telah lalu…”
Afifa melihat tulisan pada warkah ini semakin sukar dibaca.Agak buruk tulisannya..pasti dia menulis dalam keadaan sukar.Manakala Afifa dengan payah menghabiskan perenggan yg akhir.
Afifa saudaraku yang dikasihi,
Ketika warkah ini ditulis, aku sedang menanti waktu untuk dibedah.Tulisanku semakin burukkan?.Tapi aku pasti kau masih boleh membacanya.Afifa…..saat ini aku sudah tidak mampu duduk.Namun aku tidak putus asa dengan rahmat Allah.Aku yakin DIA yang akan menentukan yang terbaik untuk IMANku.Namun begitu Afifa…jika Allah mengkehendaki sesuatu berlaku pada diriku…sesuatu yang lain.Aku amat meminta bantuanmu…inilah permintaan akhirku;tolong jaga isteriku.Engkau satu-satunya sahabat dan saudarakuAku yakin dengan kebaikan hatimu.Pasti kau tidak sanggup melihat saudara seIslam yang baru mengenal erti IMAN ini sendirian?..Tiada lagi disisinya kecuali aku.Aku khuatir dia belum cukup kuat untuk kehilanganku…..bantulah dia.
Samapai di sini warkahku kali ini.Semoga Allah mempertemukan kita…jika tidak di sini, yang pasti di alam sana yang kekal abadi.AMIN
Wassalam.
Sahabatmumu, Philips
dan kini
MUHAMMAD AMMMAR
Afifa terpegun.Afifa memegang warkah itu sambil menyeka air matanya.Namun jelas terdengar, esaknya tak tertahan…Akhirnya deraian air mata begitu deras mengalir….sukar dibendung lagi. Afifa seperti mahu terbang mencari “Ammar”. Namun tiada alamat dan nombor telefon yang tertulis.Cuma yang ada cop tempat surat ini diposkan.
Hari berganti hari.Seminggu berlalu.Afifa dan suaminya masih belum dapat mencari alamat Ammar.Afifa tidak berhenti berdoa untuk sahabatnya.
Pada pagi hari minggu itu,ketika Afifa dan suami bersiap utk mencari Ammar terdengar loceng dipagar berbunyi.Afifa menjengok ke luar.Seorang wanita bertudung yang kurus kering berada di luar pagar.Afifa segera keluar.Kesedihan jelas terbayang di ruang mata wanita tersebut.Dia memperkenalkan dirinya sebagai isteri Ammar.Tak sempat Afifa bertanya lanjut,dia berkata: “Abang Ammar telah pergi…” katanya penuh sendu diiringi dengan esakan yang tertahan-tahan.Afifa terus merangkul tubuh”LATIFA”..kedua-duanya menangis teresak-esak.
“Ya Allah, terimalah taubatnya…”bisik AFIFA.
No comments:
Post a Comment