SYIAH PEMBUNUH SAYYIDINA HUSSIN DI KARBALA
SEORANG tokoh sejarah Islam yang terkenal di Pakistan, Maulana Ali Ahmad Abbasi menulis di dalam bukunya Hazrat Mu'aawiah Ki Siasi Zindagi bahawa di dalam sejarah Islam, ada dua orang yang sungguh kontroversial. Seorang daripadanya Amirul Mukminin Yazid yang makin lama makin dimusnahkan imejnya walaupun semasa hayatnya beliau diterima baik oleh tokoh-tokoh utama di zaman itu. Seorang lagi ialah Mansur Al-Hallaj. Di zamannya dia telah dihukum sebagai mulhid, zindiq dan salah seorang daripada golongan qaramithah oleh masyarakat Islam yang membawanya disalib. Amirul Mukminin Al-Muqtadir Billah telah menghukumkan beliau murtad berdasarkan fatwa sekalian ulama dan fuqaha' yang hidup pada waktu itu, tetapi imejnya semakin cerah tahun demi tahun sehingga akhirnya telah dianggap sebagai salah seorang ‘aulia illah’.
Bagaimanapun semua ini adalah permainan khayalan dan fantasi manusia yang jauh daripada berpijak di bumi nyata. Semua ini adalah akibat daripada tidak menghargai dan memberikan penilaian yang sewajarnya kepada orang-orang pada zaman mereka masing-masing.
Pendapat tokoh-tokoh dari kalangan sahabat dan tabi'in yang sezaman dengan Yazid berdasarkan riwayat-riwayat yang muktabar dan sangat kuat kedudukannya menjelaskan kepada kita bahawa Yazid adalah seorang anak muda yang bertaqwa, alim, budiman, salih dan pemimpin ummah yang sah dan disepakati kepemimpinannya. Baladzuri umpamanya dalam Ansabu Al-Asyraf mengatakan bahawa, “Bila Yazid dilantik menjadi khalifah maka Abdullah bin Abbas seorang tokoh dari kalangan Ahlul Bait berkata: "Sesungguhnya anaknya Yazid adalah daripada keluarga yang salih. Oleh itu tetaplah kamu berada di tempat-tempat duduk kamu dan berilah ketaatan dan bai'ah kamu kepadanya.” (Ansabu Al-Asyraf, j 4, ms 4).
Sejarawan Baladzuri adalah di antara ahli sejarah yang setia kepada para Khulafa' Abbasiah. Beliau telah mengemukakan kata-kata Ibnu Abbas ini di hadapan mereka dan menyebutkan pula sebelum nama Yazid ‘Amirul Mukminin’.
Abdullah Ibnu Umar yang dianggap sebagai orang tua di kalangan sahabat pada masa itu pula bersikap tegas terhadap orang-orang yang menyokong pemberontakan yang dipimpin oleh Ibn Zubair terhadap kerajaan Yazid dan sikap yang begini tersebut di dalam Sahih Bukhari bahawa, bila penduduk Madinah membatalkan bai'ah mereka terhadap Yazid bin Muawiyah maka Ibn Umar mengumpulkan anak pinak dan sanak saudaranya lalu berkata, “Saya pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Akan dipacakkan bendera untuk setiap orang yang curang (membatalkan bai'ahnya) pada hari kiamat. Sesungguhnya kita telah berbai'ah kepadanya dengan nama Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya saya tidak mengetahui kecurangan yang lebih besar daripada kita berbai'ah kepada seseorang dengan nama Allah dan Rasul-Nya, kemudian kita bangkit pula memeranginya. Kalau saya tahu ada sesiapa daripada kamu membatalkan bai'ah kepadanya dan turut serta di dalam pemberontakan ini, maka terputuslah perhubungan di antaraku dengannya.” (Sahih Bukhari-Kitabu Al-Fitan).
Sebenarnya jika dikaji sejarah permulaan Islam kita dapati pembunuhan Sayyidina Husain di zaman pemerintahan Yazidlah yang merupakan fakta terpenting mendorong segala fitnah dan keaiban yang dikaitkan dengan Yazid tidak mudah ditolak oleh generasi kemudian. Hakikat inilah yang mendorong lebih banyak cerita-cerita palsu tentang Yazid diada-adakan oleh musuh-musuh Islam. Tentu sekali orang yang membunuh menantu Rasulullah SAW yang tersayang - dibelai oleh Rasulullah dengan penuh kasih sayang semasa hayatnya kemudian ditatang pula dengan menyebutkan kelebihan dan keutamaan-keutamaannya di dalam hadith-hadith Baginda - tidak akan dipandang sebagai seorang yang berperi kemanusiaan apalagi untuk mengatakannya seorang salih, budiman, bertaqwa dan pemimpin umat Islam.
Kerana itulah cerita-cerita seperti Yazid seringkali minum arak, seorang yang suka berpoya-poya, suka mendengar muzik dan menghabiskan waktu dengan penari-penari, begitu juga beliau adalah orang yang terlalu rendah jiwanya sehingga suka bermain dengan kera dan monyet, terlalu mudah diterima oleh umat Islam kemudian.
Tetapi soalnya, benarkah Yazid membunuh Sayyidina Husain? Atau benarkah Yazid memerintahkan supaya Sayyidina Husain dibunuh di Karbala?
Selagi tidak dapat ditentukan siapakah pembunuh Sayyidina Husain yang sebenarnya dan terus diucapkan “Yazidlah pembunuhnya” tanpa soal selidik yang mendalam dan teliti, maka selama itulah nama Yazid akan terus tercemar dan dia akan dipandang sebagai manusia yang paling malang. Tetapi bagaimana jika yang membunuh Sayyidina Husain itu bukan Yazid? Ke manakah pula akan kita bawakan segala tuduhan-tuduhan liar, fitnah pesona dan caci maki yang selama ini telah kita sandarkan pada Yazid itu?
Jika kita seorang yang cintakan keadilan, berlapang dada, sudah tentu kita akan berusaha untuk membincangkan segala keburukan yang dihubungkan kepada Yazid selama ini dan kita pindahkannya ke halaman rumah pembunuh-pembunuh Sayyidina Husain yang sebenarnya. Apalagi jika kita seorang Ahlus Sunnah Wal Jamaah, sudah tentu dengan adanya bukti-bukti yang kuat dan kukuh daripada sumber-sumber rujukan muktabar dan berdasarkan prinsip-prinsip aqidah yang diterima di kalangan Ahlus Sunnah, kita akan terdorong untuk membersihkan Yazid daripada segala tuduhan dan meletakkannnya di tempat yang istimewa dan selayak dengannya di dalam rentetan sejarah awal Islam.
Sekarang marilah kita pergi ke tengah-tengah medan penyelidikan tentang pembunuhan Sayyidina Husain di Karbala bersama-sama dengan sekian ramai ahli keluarganya.
PEMBUNUH SAYYIDINA HUSAIN ADALAH SYIAH KUFAH
Terlebih dahulu kita akan menyatakan dakwaan kita secara terus terang dan terbuka bahawa pembunuh Sayyidina Husain yang sebenarnya bukanlah Yazid tetapi adalah golongan Syiah Kufah.
Dakwaan ini didasarkan di atas beberapa fakta dan bukti-bukti yang berpunca daripada sumber-sumber rujukan sejarah yang muktabar. Kita membahagi-bahagikan bukti-bukti yang akan dikemukakan nanti kepada dua bahagian:
(1) Bukti-bukti utama
(2) Bukti-bukti sokongan.
I. BUKTI-BUKTI UTAMA
Dengan adanya bukti-bukti utama ini, tidak ada satupun mahkamah di dunia ini yang dibangunkan untuk mencari kebenaran dan mendapatkan keadilan akan memutuskan Yazid sebagai pesalah dan sebagai penjenayah yang bertanggungjawab di dalam pembunuhan Sayyidina Husain. Bahkan Yazid akan dilepaskan dengan penuh penghormatan dan terbongkarlah rahsia yang selama ini menutupi pembunuh-pembunuh Sayyidina Husain yang sebenarnya di Karbala.
Bukti pertamanya ialah pengakuan Syiah sendiri bahawa merekalah yang membunuh Sayyidina Husain. Golongan Syiah Kufah yang mengaku telah membunuh Sayyidina Husain itu kemudian muncul sebagai golongan At-Tawwaabun yang kononnya menyesali tindakan mereka membunuh Sayyidina Husain. Sebagai cara bertaubat, mereka telah berbunuh-bunuhan sesama mereka seperti yang pernah dilakukan oleh orang-orang Yahudi sebagai pernyataan taubatnya kepada Allah kerana kesalahan mereka menyembah anak lembu sepeninggalan Nabi Musa ke Thur Sina.
Air mata darah yang dicurahkan oleh golongan At-Tawwaabun itu masih kelihatan dengan jelas pada lembaran sejarah dan tetap tidak hilang walaupun cuba dihapuskan oleh mereka dengan beribu-ribu cara.
Pengakuan Syiah pembunuh-pembunuh Sayyidina Husain ini diabadikan oleh ulama-ulama syiah yang merupakan tunggak dalam agama mereka seperti Baaqir Majlisi, Nurullah Syustri dan lain-lain di dalam buku mereka masing-masing. Baaqir Majlisi menulis:
“Sekumpulan orang-orang Kufah terkejut oleh satu suara ghaib. Maka berkatalah mereka, “Demi Tuhan! Apa yang telah kita lakukan ini tak pernah dilakukan oleh orang lain. Kita telah membunuh Ketua Pemuda Ahli Syurga kerana Ibn Ziad anak haram itu. Di sini mereka mengadakan janji setia di antara sesama mereka untuk memberontak terhadap Ibn Ziad tetapi tidak berguna apa-apa.” (Jilaau Al-`Uyun, ms 430).
Qadhi Nurullah Syustri pula menulis di dalam bukunya Majalisu Al Mu'minin bahawa selepas sekian lama (lebih kurang 4 atau 5 tahun) Sayyidina Husain terbunuh, ketua orang-orang syiah mengumpulkan orang-orang syiah dan berkata, “Kita telah memanggil Sayyidina Husain dengan memberikan janji akan taat setia kepadanya, kemudian kita berlaku curang dengan membunuhnya. Kesalahan kita sebesar ini tidak akan diampunkan kecuali kita berbunuh-bunuhan sesama kita.” Dengan itu berkumpullah sekian ramai orang-orang syiah di tepi sungai Furat sambil mereka membaca ayat yang bermaksud, “Maka bertaubatlah kepada Tuhan yang telah menjadikan kamu dan bunuhlah dirimu. Itu adalah lebih baik bagimu pada sisi Tuhan yang menjadikan kamu”. (Al Baqarah: 54). Kemudian mereka berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Inilah golongan yang dikenali dalam sejarah Islam dengan gelaran at-Tawwaabun.
Sejarah tidak melupai dan tidak akan melupai peranan Syits bin Rab'ie di dalam pembunuhan Sayyidina Husain di Karbala. Tahukah anda siapa itu Syith bin Rab'ie? Dia adalah seorang syiah pekat, pernah menjadi duta kepada Sayyidina Ali di dalam peperangan Siffin, sentiasa bersama Sayyidina Husain. Dialah juga yang menjemput Sayyidina Husain ke Kufah untuk mencetuskan pemberontakan terhadap kerajaan pimpinan Yazid, tetapi apakah yang telah dilakukan olehnya?
Sejarah memaparkan bahawa dialah yang mengepalai 4000 bala tentera untuk menentang Sayyidina Husain dan dialah orang yang mula-mula turun dari kudanya untuk memenggal Sayyidina Husain. (Jilaau Al 'Uyun dan Khulashatu Al Mashaaib, ms 37).
Adakah masih ada orang yang ragu tentang syiahnya dan tidakkah orang yang menceritakan perkara ini ialah Mulla Baaqir Majlisi, seorang tokoh syiah terkenal? Secara tidak langsung ia bermakna pengakuan daripada pihak syiah sendiri tentang pembunuhan itu.
Lihatlah pula kepada Qais bin Asy'ats ipar Sayyidina Husain yang tidak diragui tentang syiahnya tetapi apa kata sejarah tentangnya? Bukankah sejarah mendedahkan kepada kita bahawa itulah orang yang merampas selimut Sayyidina Husain dari tubuhnya selepas selesai pertempuran? (Khulashatu Al Mashaaib, ms 192).
Selain daripada pengakuan mereka sendiri yang membuktikan merekalah sebenarnya pembunuh-pembunuh Sayyidina Husain, kenyataan saksi-saksi yang turut serta di dalam rombongan Sayyidina Husain sebagai saksi-saksi hidup di Karbala yang terus hidup selepas peristiwa ini juga membenarkan dakwaan ini termasuk kenyataan Sayyidina Husain sendiri yang sempat dirakamkan oleh sejarah sebelum beliau terbunuh. Sayyidina Husain berkata dengan menujukan kata-katanya kepada orang-orang Syiah Kufah yang siap sedia bertempur dengan beliau:
“Wahai orang-orang Kufah! Semoga kamu dilaknat sebagaimana dilaknat maksud-maksud jahatmu. Wahai orang-orang yang curang, zalim dan penghianat! Kamu telah menjemput kami untuk membela kami di waktu kesempitan tetapi bila kami datang untuk memimpin dan membela kamu dengan menaruh kepercayaan kepadamu maka sekarang kamu hunuskan pedang dendammu kepada kami dan kamu membantu musuh-musuh di dalam menentang kami”. (Jilaau Al 'Uyun, ms 391).
Beliau juga berkata kepada syiah:
“Binasalah kamu! Bagaimana boleh kamu menghunuskan pedang dendammu dari sarung-sarungnya tanpa sebarang permusuhan dan perselisihan yang ada di antara kamu dengan kami? Kenapakah kamu siap siaga untuk membunuh Ahlul Bait tanpa sebarang sebab?” (Ibid).
Akhirnya beliau mendoakan keburukan untuk golongan Syiah yang sedang berhadapan untuk bertempur dengan beliau:
“Ya Allah! Tahanlah keberkatan bumi dari mereka dan selerakkanlah mereka. Jadikanlah hati-hati pemerintah terus membenci mereka kerana mereka menjemput kami dengan maksud membela kami tetapi sekarang mereka menghunuskan pedang dendam terhadap kami”. (Ibid).
Beliau juga dirakamkan telah mendoakan keburukan untuk mereka dengan kata-katanya: “Binasalah kamu! Tuhan akan membalas bagi pihakku di dunia dan di akhirat...Kamu akan menghukum diri kamu sendiri dengan memukul pedang-pedang di atas tubuhmu dan mukamu dan kamu akan menumpahkan darah kamu sendiri. Kamu tidak akan mendapat keberuntungan di dunia dan kamu tidak akan sampai kepada hajatmu. Apabila mati nanti sudah tersedia azab Tuhan untukmu di akhirat. Kamu akan menerima azab yang akan diterima oleh orang-orang kafir yang paling dahsyat kekufurannya”. (Mulla Baqir Majlisi - Jilaau Al 'Uyun, ms 409).
Daripada kata-kata Sayyidina Husain yang dipaparkan oleh sejarawan syiah sendiri, Mulla Baqir Majlisi, dapat disimpulkan bahawa:
(i) Diayah yang disebarkan oleh musuh-musuh Islam menerusi penulisan sejarah bahawa pembunuhan Ahlul Bait di Karbala merupakan balas dendam daripada Bani Umayyah terhadap Ahlul Bait yang telah membunuh pemimpin-pemimpin Bani Umayyah yang kafir di dalam peperangan Badar, Uhud, Siffin dan lain-lain tidak lebih daripada propaganda kosong semata-mata kerana pembunuh-pembunuh Sayyidina Husain dan Ahlul Bait di Karbala bukan datangnya dari Syam, bukan juga dari kalangan Bani Umayyah tetapi dari kalangan syiah Kufah.
(ii) Keadaan syiah yang sentiasa diburu dan dihukum oleh kerajaan-kerajaan Islam di sepanjang sejarah merupakan hasil penerimaan oleh Allah SWT akan doa Sayyidina Husain yang telah dipintanya di medan Karbala untuk Syiah.
(iii) Upacara menyeksa tubuh badan dengan memukul tubuhnya dengan rantai, pisau dan pedang pada 10 Muharram dalam bentuk perkabungan yang dilakukan oleh golongan syiah itu sehingga mengalir darah juga merupakan bukti diterimanya doa Sayyidina Husain dan upacara ini dengan jelas dapat dilihat hingga sekarang di dalam masyarakat syiah. Adapun di kalangan Ahlus Sunnah tidak pernah wujud upacara yang seperti ini dan dengan itu jelas menunjukkan bahawa merekalah golongan yang bertanggungjawab membunuh Sayyidina Husain.
iv) Betapa kejam dan kerasnya hati golongan ini dapat dilihat pada tindakan mereka menyembelih dan membunuh Sayyidina Husain bersama dengan sekian ramai ahli keluarganya walaupun setelah mendengar ucapan dan doa keburukan untuk mereka yang dipinta oleh beliau. Itulah dia golongan yang buta mata hatinya dan telah hilang kewarasan pemikirannya kerana sebaik saja mereka selesai membunuh, mereka melepaskan kuda Zuljanah yang ditunggangi Sayyidina Husain sambil memukul-mukul tubuh untuk menyatakan penyesalan. Dan inilah dia upacara perkabungan pertama terhadap kematian Sayyidina Husain yang pernah dilakukan di atas muka bumi ini sejauh pengetahuan sejarah. Dan hari ini tidakkah anak cucu golongan inilah yang meneruskan upacara perkabungan ini setiap kali tibanya 10 Muharam?
Ali Zainal Abidin anak Sayyidina Husain yang turut serta di dalam rombongan ke Kufah dan terus hidup selepas berlakunya peristiwa itu pula berkata kepada orang-orang Kufah lelaki dan perempuan yang meratap dengan mengoyak-ngoyakkan baju mereka sambil menangis, dalam keadaan sakit beliau dengan suara yang lemah berkata kepada mereka, “Mereka ini menangisi kami. Tidakkah tidak ada orang lain yang membunuh kami selain mereka?” (At Thabarsi - Al Ihtijaj, ms 156)
Pada halaman berikutnya Thabarsi menukilkan kata-kata Imam Ali Zainal Abidin kepada orang-orang Kufah. Kata beliau, “Wahai manusia (orang-orang Kufah)! Dengan nama Allah aku bersumpah untuk bertanya kamu, ceritakanlah! Tidakkah kamu sedar bahawasa kamu mengutuskan surat kepada ayahku (menjemputnya datang), kemudian kamu menipunya? Bukankah kamu telah memberikan perjanjian taat setia kamu kepadanya? Kemudian kamu membunuhnya, membiarkannya dihina, celakalah kamu kerana amalan buruk yang telah kamu dahulukan untuk dirimu”.
Sayyidatina Zainab, saudara perempuan Sayyidina Husain yang terus hidup selepas peristiwa itu juga mendoakan keburukan untuk golongan Syiah Kufah. Katanya, “Wahai orang-orang Kufah yang khianat, penipu! Kenapa kamu menangisi kami sedangkan air mata kami belum lagi kering kerana kezalimanmu itu. Keluhan kami belum lagi terputus oleh kekejamanmu. Keadaan kamu tidak ubah seperti perempuan yang memintal benang kemudian dirombaknya kembali. Kamu juga telah merombak ikatan iman dan telah berbalik kepada kekufuran...Adakah kamu meratapi kami padahal kamu sendirilah yang membunuh kami. Sekarang kamu pula menangisi kami. Demi Allah! Kamu akan banyak menangis dan sedikit ketawa. Kamu telah membeli keaiban dan kehinaan untuk kamu. Tompokan kehinaan ini sama sekali tidak akan hilang walau dibasuh dengan air apapun”. (Jilaau Al 'Uyun, ms 424).
Doa anak Sayyidatina Fatimah ini tetap menjadi kenyataan dan berlaku di kalangan syiah hingga ke hari ini.
Ummu Kulthum anak Sayyidatina Fatimah pula berkata sambil menangis di atas segedupnya, “Wahai orang-orang Kufah! Buruklah hendaknya keadaanmu. Buruklah hendaknya rupamu. Kenapa kamu menjemput saudaraku Husain kemudian tidak membantunya bahkan membunuhnya, merampas harta bendanya dan menawan orang-orang perempuan dari ahli rumahnya. Laknat Allah ke atas kamu dan semoga kutukan Allah mengenai mukamu.”
Beliau juga berkata, "Wahai orang-orang Kufah! Orang-orang lelaki dari kalangan kamu membunuh kami sementara orang-orang perempuan pula menangisi kami. Tuhan akan memutuskan di antara kami dan kamu di hari kiamat nanti.” (Ibid, ms 426-428).
Sementara Fatimah anak perempuan Sayyidina Husain pula berkata, “Kamu telah membunuh kami dan merampas harta benda kami kemudian telah membunuh datukku Ali (Sayyidina Ali). Sentiasa darah-darah kami menitis dari hujung-hujung pedangmu...Tak lama lagi kamu akan menerima balasannya. Binasalah kamu! Tunggulah nanti azab dan kutukan Allah akan berterusan menghujani kamu. Siksaan dari langit akan memusnahkan kamu akibat perbuatan terkutukmu. Kamu akan memukul tubuhmu dengan pedang-pedang di dunia ini dan di akhirat nanti kamu akan terkepung dengan azab yang pedih.”
Apa yang dikatakan oleh Sayyidatina Fatimah bt Husain ini dapat dilihat dengan mata kepala kita sendiri di mana-mana syiah berada.
Dua bukti utama yang telah kita kemukakan tadi sebenarnya sudah mencukupi untuk kita memutuskan siapakah sebenarnya pembunuh Sayyidina Husain di Karbala. Daripada keterangan dalam kedua-dua bukti yang lalu dapat kita simpulkan beberapa perkara:
1. Orang-orang yang menjemput Sayyidina Husain ke Kufah untuk memberontak adalah syiah.
2. Orang-orang yang tampil untuk bertempur dengan rombongan Sayyidina Husain di Karbala itu juga syiah.
3. Sayyidina Husain dan orang-orang yang ikut serta di dalam rombongannya terdiri daripada saudara-saudara perempuannya dan anak-anaknya menyaksikan bahawa syiahlah yang telah membunuh mereka.
4. Golongan syiah Kufah sendiri mengakui merekalah yang membunuh di samping menyatakan penyesalan mereka dengan meratap dan berkabung kerana kematian orang-orang yang dibunuh oleh mereka.
Semua mahkamah di dunia ini menerima keempat-empat perkara yang tersebut tadi sebagai bukti yang paling kukuh dan jelas menunjukkan siapakah pembunuh sebenar di dalam sesuatu kes pembunuhan, iaitu bila pembunuh dan yang terbunuh berada di suatu tempat, ada orang menyaksikan ketikamana pembunuhan itu dilakukan. Orang yang terbunuh sendiri menyaksikan tentang pembunuhnya dan kemuncaknya ialah pengakuan pembunuh itu sendiri. Jika keempat-empat perkara ini sudah terbukti dengan jelas dan diterima oleh semua mahkamah sebagai kes pembunuhan yang cukup bukti-buktinya, maka bagaimana mungkin diragui lagi tentang pembunuh-pembunuh Sayyidina Husain itu?
Walau bagaimanapun kita akan mengemukakan lagi beberapa bukti sokongan supaya lebih meyakinkan kita tentang golongan syiah itulah sebenarnya pembunuh Sayyidina Husain. Di antaranya ialah:
1. Tidak sukar untuk kita terima mereka sebagai pembunuh Sayyidina Husain apabila kita melihat kepada sikap mereka yang biadap terhadap Sayyidina Ali dan Sayyidina Hasan sebelum itu. Begitu juga sikap mereka yang biadap terhadap orang-orang yang dianggap oleh mereka sebagai Imam selepas Sayyidina Husain. Bahkah terdapat banyak pula bukti yang menunjukkan merekalah yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan beberapa orang Imam walaupun mereka menuduh orang lain sebagai pembunuh Imam-imam itu dengan menyebarluaskan propaganda-propaganda mereka terhadap tertuduh itu.
Di antara kebiadapan mereka terhadap Sayyidina Ali ialah mereka menuduh Sayyidina Ali berdusta dan mereka pernah mengancam untuk membunuh Sayyidina Ali. Bahkan Ibnu Muljim yang kemudiannya membunuh Sayyidina Ali itu juga mendapat latihan serta didikan untuk menentang Sayyidina Utsman di Mesir dan berpura-pura mengasihi Sayyidina Ali. Dia pernah berkhidmat sebagai pengawal Sayyidina Ali selama beberapa tahun di Madinah dan Kufah.
Di dalam Jilaau Al Uyun tersebut disebutkan bahawa Abdul Rahman Ibn Muljim adalah salah seorang daripada kumpulan yang terhormat yang telah dikirimkan oleh Muhammad bin Abu Bakr dari Mesir. Dia juga telah berbai'ah dengan memegang tangan Sayyidina Ali dan dia juga berkata kepada Sayyidina Hasan, “Bahawa aku telah berjanji dengan Tuhan untuk membunuh bapamu dan sekarang aku telah menunaikannya. Sekarang wahai Hasan jika engkau mahu membunuhku, bunuhlah. Tetapi kalau engkau maafkan aku, aku akan pergi membunuh Muawiyah pula supaya engkau terselamat dari kejahatannya.” Jillau al-uyun, ms 218)
Tetapi setelah golongan Syiah pada ketika itu merasakan perancangan mereka semua akan gagal apabila perjanjian damai di antara pihak Sayyidina Ali dan Muawiyah dipersetujui, maka golongan syiah yang merupakan musuh-musuh Islam yang menyamar atas nama Islam itu memikirkan diri mereka tidak selamat apabila perdamaian antara Sayyidina Ali dan Muawiyah berlaku. Maka segolongan dari mereka telah mengasingkan diri daripada mengikuti Sayyidina Ali dan mereka menjadi golongan Khawarij sementara segolongan lagi tetap berada bersama Sayyidina Ali. Perpecahan yang berlaku ini sebenarnya satu taktik mereka untuk mempergunakan Sayyidina Ali demi kepentingan mereka yang jahat itu dan untuk berselindung di sebalik beliau daripada hukuman kerana pembunuhan Khalifah Utsman.
Sayyidina Hasan pula pernah ditikam oleh golongan syiah pahanya sehingga tembus kemudian mereka menunjukkan pula kebiadabannya terhadap Sayyidina Hasan dengan merampas harta bendanya dan menarik kain sejadah yang diduduki oleh Sayyidina Hasan. Ini semua tidak lain melainkan kerana Sayyidina Hasan telah bersedia untuk berdamai dengan pihak Sayyidina Muawiyah. Bahkan bukan sekadar itu saja mereka telah menuduh Sayyidina Hasan sebagai orang yang menghinakan orang-orang Islam dan sebagai orang yang menghitamkan muka orang-orang Mukmin.
Kebiadaban syiah dan kebusukan hatinya ditujukan juga kepada Imam Jaafar As Shadiq bila seorang syiah yang sangat setia kepada Imam Jaafar As Shadiq iaitu Rabi' menangkap Imam Jaafar As Shadiq dan membawanya kehadapan Khalifah Al Mansur supaya dibunuh. Rabi' telah memerintahkan anaknya yang paling keras hati supaya menyeret Imam Jaafar As Shadiq dengan kudanya. Ini tersebut di dalam kitab Jilaau Al Uyun karangan Mulla Baqir Majlisi.
Di dalam kitab yang sama pengarangnya juga menyebutkan kisah pembunuhan Ali Ar Ridha iaitu Imam yang kelapan di sisi Syiah, bahawa beliau telah dibunuh oleh Sabih Daiiamy, seorang syiah kental dengan perintah Al Makmun. Bagaimanapun diceritakan bahawa selepas dibunuh itu Imam Ar Ridha dengan mukjizatnya terus hidup kembali dan tidak ada langsung kesan-kesan pedang di tubuhnya.
Bagaimanapun syiah telah menyempurnakan tugasnya untuk membunuh Imam Ar Ridha. Oleh itu tidaklah hairan golongan yang sampai begini biadabnya terhadap Imam-imam boleh membunuh Sayyidina Husain tanpa belas kasihan di medan Karbala.
Boleh jadi kita akan mengatakan bagaimana mungkin pengikut-pengikut setia Imam-imam ini yang dikenali dengan syiah boleh bertindak kejam pula terhadap Imam-imamnya? Tidakkah mereka sanggup mempertahankan nyawa demi mempertahankan Imam-imam mereka? Secara ringkas bolehlah kita katakan bahawa kehairanan yang seperti ini mungkin timbul dari dalam fikiran syiah, yang tidak mengetahui latar belakang kewujudan syiah itu sendiri. Mereka hanya menerima secara membabi buta daripada orang-orang terdahulu. Adapun orang-orang yang mengadakan sesuatu fahaman dengan tujuan-tujuan yang tertentu dan masih hidup ketikamana ajaran dan fahaman itu mula dikembangkan tentu sekali mereka sedar maksud dan tujuan mereka mengadakan ajaran tersebut walaupun pada lahirnya mereka menunjukkan taat setia dan kasih sayang kepada Imam-imam itu.
2. Di antara bukti yang menunjukkan tidak ada peranan Yazid dalam pembunuhan Sayyidina Husain di Karbala bahkan golongan syiahlah yang bertanggungjawab membunuh beliau bersama dengan ramai orang-orang yang ikut serta di dalam rombongan itu, ialah adanya hubungan persemendaan di antara Bani Hasyim dan Bani Umayyah selepas berlakunya peperangan Siffin dan juga selepas berlakunya peristiwa pembunuhan Sayyidirja Husain di Karbala. Tidak mungkin orang-orang yang bermaruah seperti kalangan Ahlul Bait akan berkahwin dengan orang-orang yang diketahui oleh mereka sebagai pembunuh-pembunuh atau orang-orang yang bertanggungjawab di dalam membunuh ayah, datuk atau bapa saudaranya Sayyidina Husain. Hubungan ini selain daripada menunjukkan pemerintah-pemerintah dari kalangan Bani Umaiyah yang terdiri daripada anak cucu Muawiyah dan Yazid sebagai orang yang tidak bersalah di dalam pembunuhan ini, ia juga menunjukkan mereka adalah golongan yang banyak berbudi kepada Ahlul Bait dan sentiasa menjalinkan ikatan kasih sayang yang begitu erat di antaranya dan Ahlul Bait.
Di antara contoh yang akan dikemukakan di sini ialah:
(1) Anak perempuan Sayyidina Ali sendiri bernama Ramlah telah berkahwin dengan anak Marwan bin Al Hakam yang bernama Muawiyah iaitu saudara kepada Amirul Mukminin Abdul Malik bin Marwan. (Ibn Hazm-Jamharatu Al Ansab, m.s. 80)
(2) Seorang lagi anak perempuan Sayyidina Ali berkahwin dengan Amirul Mukminin Abdul Malik sendiri iaitu Khalifah yang keempat daripada kerajaan Bani Umaiyah. (Al Bidayah Wa An Nihayah j. 9, m.s. 69)
(3) Seorang lagi anak perempuan Sayyidina Ali iaitu Khadijah berkahwin dengan anak gabenor Amir bin Kuraiz dari Bani Umaiyah bernama Abdul Rahman. (Jamharatu Al Ansab, m.s. 68). 'Amir bin Kuraiz ini adalah gabenor bagi pihak Muawiyah di Basrah dan dalam peperangan Jamal dia berada di pihak lawan Sayyidina Ali.
Cucu Sayyidina Hasan pula bukan seorang dua yang telah berkahwin dengan pemimpin-pemimpin kerajaan Bani Umaiyah bahkan sejarah mencatatkan 6 orang daripada cucu beliau telah berkahwin dengan mereka iaitu:
(1) Nafisah bt Zaid bin Hasan berkahwin dengan Amirul Mukminin Al Walid bin Abdul
Malik bin Marwan.
(2) Zainab bt Hasan Al Mutsanna bin Hasan bin Ali juga telah berkahwin dengan Khalifah Al Walid bin Abdul Malik. Zainab ini adalah di antara orang yang turut serta di dalam rombongan Sayyidina Husain ke Kufah dan dia adalah salah seorang yang menyaksikan peristiwa pembunuhan Sayyidina Husain di Karbala dengan mata kepalanya sendiri.
(3) Ummu Qasim bt Hasan Al Mutsanna bin Hasan bin Ali berkahwin dengan cucu Sayyidina Uthman iaitu Marwan bin Aban. Ummu Qasim ini selepas kematian suaminya Marwan berkahwin pula dengan Ali Zainal Abidin bin Al Husain.
(4) Cucu perempuan Sayyidina Hasan yang keempat telah berkahwin dengan anak kepada Marwan bin Al Hakam iaitu Muawiyah.
(5) Cucu Sayyidina Hasan yang kelima bernama Hammaadah bt Hasan Al Mutsanna berkahwin dengan anak saudara Amirul Mukminin Marwan bin Al Hakam iaitu Ismail bin Abdul Malik.
(6) Cucu Sayyidina Hasan yang keenam bernama Khadijah bt Husain bin Hasan bin Ali juga pernah berkahwin dengan Ismail bin Abdul Malik yang tersebut tadi sebelum sepupunya Hammaadah.
Perlu diingat bahawa se-mua mereka yang tersebut ada meninggalkan zuriat.
Dari kalangan anak cucu Sayyidina Husain pula ramai yang telah menjalinkan perkahwinan dengan individu-individu dari keluarga Bani Umaiyah, antaranya ialah:
(1) Anak perempuan Sayyidina Husain yang terkenal Sakinah - selepas beberapa lama terbunuh suaminya Mus'ab bin Zubair teiah berkahwin dengan cucu Amirul Mukminin Marwan iaitu Al Asbagn bin Abdul Aziz bin Marwan. Asbagh ini adalah saudara kepada Amirul Mukminin Umar bin Abdul Aziz sedangkan isteri Asbagh yang kedua ialah anak kepada Amirul Mukminin Yazid iaitu Ummu Yazid. (Jamharatu Al Ansab).
(2) Sakinah anak Sayyidina Husain yang tersebut tadi pernah juga berkahwin dengan cucu Sayyidina Uthman yang bernama Zaid bin Amar bin Uthman.
Sementara anak cucu kepada saudara-saudara Sayyidina Husain iaitu Abbas bin Ali dan lain-lain juga telah mengadakan perhubungan persemendaan dengan keluarga Umaiyah. Di antaranya yang boleh disebutkan ialah;
Cucu perempuan kepada saudara Sayyidina Husain iaitu Abbas bin Ali bernama Nafisah bt Ubaidillah bin Abbas bin Ali berkahwin dengan cucu Amirul Mukminin Yazid yang bernama Abdullah bin Khalid bin Yazid bin Muawiyah. Datuk kepada Nafisah ini iaitu Abbas bin Ali adalah di antara orang yang ikut serta dalam rombongan Sayyidina Husain ke Kufah. Beliau terbunuh dalam pertempuran di medan Karbala. Sekiranya benar cerita yang diambil oleh ahli-ahli sejarah dari Abu Mukhnaf, Hisyam dan lain-lain tentang kezaliman Yazid di Karbala yang dikatakan telah memerintahkan supaya tidak diberikan setitikpun air walaupun kepada kanak-kanak yang ikut serta dalam rombongan Sayyidina Husain itu sehingga mereka mati kehausan, apakah mungkin perkahwinan di antara cucu kepada Abbas ini berlaku dengan cucu Yazid. Apakah kekejaman-kekejaman yang tidak ada tolok bandingnya dalam sejarah boleh dilupakan begitu mudah oleh anak-anak cucu orang-orang yang teraniaya di medan Karbala itu? Apa lagi jika dilihat kepada zaman berlakunya perkahwinan mereka ini, bukan lagi di zaman kekuasaan keluarga Yazid, bahkan yang berkuasa pada ketika itu ialah keluarga Marwan. Di sana tidak terdapat satupun alasan untuk kita mengatakan perkahwinan itu berlaku secara kekerasan atau paksaan.
Perkahwinan mereka membuktikan kisah kisah kezaliman yang dilakukan oleh tentera Yazid ke atas rombongan Sayyidina Husain itu tidak lebih daripada cerita-cerita rekaan oleh Abu Mukhnaf, Al Kalbi dan anaknya Hisyam dan lain-lain.
Cucu perempuan kepada saudara Sayyidina Husain, Muhammad bin Ali yang terkenal dengan Muhammad bin Hanafiyah bernama Lubabah berkahwin dengan Said bin Abdullah bin Amr bin Said bin Al Ash bin Umaiyah. Ayah kepada Lubabah ini ialah Abu Hisyam Abdullah yang dipercayai sebagai Imam oleh Syiah Kaisaniyyah.
Demikianlah serba ringkasnya dikemukakan hubungan persemendaan yang berlaku di antara keluarga Bani Umaiyah dan Bani Hasyim terutamanya dan anak cucu Sayyidina Ali, Hasan dan Husain sedangkan apa yang disebutkan oleh kitab-kitab Ansab dan sejarah sangat banyak tentang hubungan persemendaan di antara mereka. Untuk mendapat keterangan yang lebih lanjut boleh dilihat kitab-kitab Jamharatu Al Ansab, Nasbu Quraisy, Al Bidayah Wa An Nihayah, Umdatu Al Thalib Fi Ansab Aal Abi Thalib dan lain-lain.
Jika dilihat dari sudut riwayat pula, maka nilainya cerita-cerita di sepanjang peristiwa Karbala itu tidak lebih dari hikayat yang tidak mampu bertahan apabila diuji dengan batu penguji sistem riwayat. Ini ialah kerana tidak ada seorangpun pewarta kisah tersebut terdiri daripada orang-orang yang menjadi saksi mata kepala bagi peristiwa ini. Pewarta paling awal bagi peristiwa Karbala ini ialah Abu Mukhnaf Lut bin Yahya yang hidup pada kurun ke 2H. Boleh dikatakan 90% peristiwa Karbala adalah berpunca daripadanya padahal dia adalah seorang yang telah dihukum oleh tokoh-tokoh ilmu rijal sebagai seorang Syiah yang “hangus” atau Syiah pekat, pembohong dan pereka sekian banyak hadist-hadist palsu. Dia telah menulis beberapa buah buku yang memuatkan cerita-cerita perang saudara di permulaan Islam seperti peperangan Jamal, Siffin, perang di Naharwan juga pertempuran di medan Karbala yang terkenal dengan nama “Maqtal Abi Mikhnaf”.
Buku-buku tersebut penuh dengan gambaran-gambaran yang berlebih-lebihan dan benar-benar mencerminkan method ahli cerita. Banyak pula cerita-cerita itu hasil rekaannya sendiri. Kumpulan tulisan Abi Mikhnaf inilah yang menjadi sumber rujukan utama At Thabari dalam tarikhnya yang terkenal dengan Tarikhu Al Umam Wa Al Muluk atau Tarikh Thabari. Di dalam kitabnya itu Thabari seringkali mengulangi kata-kata “Qaala Abu Mikhnaf” yakni “Berkata Abu Mikhnaf”.
Ahli-ahli sejarah yang datang kemudian pula bersandar terus kepada Thabari dan dengan itu cereka-cereka Abu Mikhnaf ini semakin mendapat tempat di dalam sejarah.
Ketika peristiwa Karbala itu berlaku Abu Mikhnaf belum lagi wujud di dunia ini. Imam Zahabi mengatakan, “Dia (Abu Mikhnaf) mati pada tahun 170H.” Ada pula yang mengatakan dia mati pada tahun 157H. Ertinya lebih kurang 100 tahun selepas berlakunya peristiwa Karbala itu.
Sekarang marilah pula kita melihat kedudukan Abu Mikhnaf ini pada pandangan tokoh-tokoh Ilmu Rijal kerana dengan bercerminkan Ilmu Rijal kita dapat melihat rupa paras pewarta sesuatu cerita. Mukanya akan kelihatan kepada kita melalui cermin ini, sama ada cantik atau hodoh. Imam Zahabi dalam Mi-zan Al I'tidal menulis tentang Abu Mikhnaf ini katanya, “Tidak boleh dipercayai.” Abu Halim dan lain-lain ulama-ulama jarh dan ta`dil yang lain telah meninggalkannya (tidak menerima riwayatnya). Daaraqutni berkata: “Dia seorang yang lemah.” Ibnu Ma'in berkata: “Dia seorang yang tidak boleh dipercayai.” Murrah berkata: “Dia seorang yang tidak bernilai” dan Ibnu Adiy berkata: “Dia adalah seorang Syiah yang hangus, ahli mereka cerita.”
Imam as-Suyuti di dalam Al Laaliu Al Masnuu'ah menghukum Abu Mikhnaf dan seorang lagi ahli cerita sepertinya iaitu Al Kalbi dengan berkata: “Lut (Abu Mikhnaf) dan Al Kalbi adalah dua orang pendusta besar.” Pengarang Taajul Arus pula memperkenalkan Abu Mikhnaf dengan mengatakan: “Dia adalah seorang ahli cerita Syiah, punah dan ditinggalkan riwayatnya.” Berkenaan dengan Muhammad As Saaib Al Kalbi pula Ibnu Hibban berkata: “Kalbi adalah seorang Saba'i (orang yang mengikut jejak langkah Abdullah bin Saba' dan pengikutnya).” Dia adalah dari kalangan orang-orang yang berfahaman bahawa Ali tidak mati bahkan dia akan datang ke dunia ini dan akan memenuhinya dengan keadilan sebagaimana telah dipenuhi dunia ini sebelum itu dengan kezaliman. Ibnu Ma'in berkata: “Kalbi ini seorang yang tidak boleh dipercayai.” Jauzajani dan lain-lain berkata: “Dia adalah seorang pendusta besar.” Daaraqutbni dan sekumpulan besar ulama menghukum dia sebagai matruk (orang yang tidak diterima pewartaannya). Imam A'masy pula berkata: “Waspadalah daripada saba'i ini kerana saya mendapati ramai ulama menyenaraikannya dalam golongan pendusta.”
Begitu juga kedudukan anaknya Hisyam. la adalah seorang yang tidak diterima periwayatannya oleh ulama Rijal, bahkan mereka telah menghukumnya sebagai pendusta besar. Ringkasnya beginilah kedudukan dan latar belakang pewarta-pewarta kisah Karbala. Jadi bagaimanakah akan diterima cerita orang-orang yang seperti ini?
Bukti sokongan keempat yang menunjukkan pembunuh-pembunuh Sayyidina Husain dan orang-orang yang meng-hadapi beliau dengan lengkap bersenjata sebagai musuh itu adalah Syiah Kufah dapat juga dipastikan melalui nama yang disebutkan oleh Sayyidina Husain dan yang ditujukan ucapannya kepadanya seperti:
(1) Sulaiman bin Sharat Khuza'i
(2) Musaiyyab bin Nukhbab
(3) Abdullah bin Sa'ad.
iv. Abdullah bin Wall
Mudzaahir dan lain-lain itulah yang me-ngutuskan surat pertama kepada Sayyidina Husain dengan menyebmkan di dalamnya Sayyidina Muawiyah sebagai A! Jabhar Al 'Anid (diktator yang keras kepala).
Di antara yang ditulis oleh mereka ialah, "Sekarang kami tidak mempunyai imam dan ketua. Tuan datanglah kepada kami. Ka¬mi akan memberikan sepenuh-penuh taat setia kepada tuan. Sebaik sahaja tuan da-tang, kami akan menghalau keluar Nu'man bin Basyir gabenor Kufah daripada Kufah Rl PEMURNIAN
"Sekarang kami tidak mempunyai Imam dan ketua. Tuandatanglah kepada kami. Ka¬mi akan memberikan sepenuh-penuh taat seiia kepada
tuan. Sebaik satiaja tuan da¬tang, kami akan
menghalau keluarNu'man
binBasylr gabenor Kufah daripada Kufah Ini. Wassalam"
Mushir, Abdullah bin Syaddad dan Ammar bin Abdullah. Dua hari selepas itu pendu-duk Kufah menghantarkan pula sural ke-pada beliau melalui Hani' bin Hani' As Sabi'i dan Sa'id bin Abdullah Al Hanafi. Di antara kandungan surat itu ialah:
Selepas Bismillah, "Bahawa segeralah sampai kepada kalangan leman-teman dan pengikut-pengikut luan. Semua kami telah pun bersiap sedia menanti tuan".
Selepas itu Syabats bin Rab'i, Hajjar bin Abjar, Yazid bin Harits, Urwah bin Qais, Amar bin Hajjaj dan Muhammad bin Umair At Tamimi pula mengirimkan surat yang lebih kurang isi kandungannya dengan surat-surat yang lalu. (Jilaau Al Uyun, ms 357,MuntahaAlAamalj 1, ms 303, Tarikh AtThabari.} 4, ms 262, fanAl Kamil Fi At Tarikh, j 3, ms 267).
Walaupun begitu Sayyidina Husain masih teragak-agak menyambut seruan mereka sehinggalah sampai surat-surat mereka kepada beliau sebanyak lebih kurang 12,000 pucuk dan terlalu ramai pula datang orang-orang yang diutuskan oleh perrluduk Kufah. Pada ketika itu barulah Sayyidina Husain membalas surat-surat mereka dengan menulis begini:
"Surat ini adalah daripada Husain bin Ali kepada orang-orang Mukmin dan Mus¬lim dari kalangan Syiah. Surat luan-tuan telah pun saya terima semuanya. Sekarang saya hantarkan saudara kepercayaan saya Muslim bin 'Aqil kepadarau. Nanti kalau dia menuliskan surat kepada saya tentang pengutus-pengutus surat-surat tersebut adalah dari orang-orang yang mulia, bi-jaksana dan bertanggungjawab, maka insya Allah dengan segera saya akan datang kepadamu". (Jilaau Al Uyun, ms 357, Muntaha Al Aamal, j 1, ms 303; Tarikh At Thabari j 4, ms 262; Al Kami! Fi At Tarikh j 3, ms 267).
Apabila menyebut nama orang-orang ini mungkin ada orang berkata bahawa, "Mere¬ka itu sebenarnya adaiah orang-orang yang setia kepada Ibn Ziad dan kerajaan. Mereka hanya menyamar sebagai syiah, bukannya syiah yang sebenar, semata-mata untuk memerangkap Sayyidina Husain. Kerana itujah mudah sekali mereka mengarahkan pemberontak-pemberontak yang berkumpul
di hadapan kediaman gabenor Ibn Ziad di Kufah dan kemudian tampil pula di medan Karbala untuk menentang dan memerangi Husain, seterusnya membunuh beliau dan orang-orang yang ikut serta dengan beliau".
Maka sebagai menjawabnya kita akan berkata, "Alasan seperti ini mungkin boleh diterima oleh orang-orang Ahlus Sunnah dan juga orang-orang yang tidak mem-punyai kepercayaan Imamah. Tetapi orang-orang yang memper- ____„_„___ cayai para Imam itu mempunyai satu buku daftar nama-nama syi-ahnya beserta nama-nama ayah mereka daripada pihak Allah, andaian ini tertolak sama sekali. Kerana itulah di dalam kitatM/ Kafi j 1 ms 223 dinu-kilkan kata-kata Imam Ar Ridha bahawa, "Kami memang me-ngenali seseorang apa-bila kami melihatnya sama ada ia seorang mukmin atau ia seo¬rang munafik, dan se~ sungguhnya syiah ka¬mi tertulis nama mere¬ka bersama nama-na¬ma ayah mereka (da-lam buku catatan yang ada pada kami)".
Demikian juga ter¬sebut di dalam kitabA/ Ihtijaj Thabarsi ten-tang ciri-ciri seseorang Imam bahawa, "Pada-nya ada satu daftar • • ' _. ; • • yang tertulis di dalam-nya nama-nama syiahnya hingga qiamat dan ada satu daftar yang tertulis di dalam-nya nama-nama musuhnya hingga hari qiamat". (Al Ihtijaj, j 2, ms 437).
Jadi bagaimanakah Sayyidina Husain yang dipercayai sebagai Imam oleh orang-orang syiah itu tidak akan mengetahui pula syiahnya (pengikutnya) yang menjemput beliau untuk memberontak itu? Masakan beliau akan mendedahkan diri kepada SIRI PEMURNIAN
bahaya yang mengancam negara beliau dan ahli keluarga sendiri di dalam perjalanan
itu!!
'Makaaku
Bukti sokongan kelima yang menun-
jukkan pembunuh-pembunuh Sayyidina
Husain adalah orang-orang syiah Kufah
adalah nasihat orang-orang tua dari ka-
langan sahabat dan juga sanak saudara
beliau supaya tidak terpengaruh dengan
golongan syiah itu.
: -, , Mereka mengingatkan
, • •' ' . • Sayyidina Husain ten-
tang pengkhianatan
dan kebiadaban syiah
terhadap abang dan
' ayah beliau pada ma-
darlpada kelUar sa-masa yang lalu.
memberontak
dengan nania
Allah kerana
orang yang
memberontak
bukan dengan
sebab yang
wajar adalah
Sebagai contohnya di sini akan dikemuka-" kan nasihat beberapa sahabat beliau. Di an-, taranya ialah:
a) Abu Sa'id Al Khudri menceritakan bahawa, "Husain telah mendorong saya supa¬ya memberontak. Ma¬ka saya pun berkata kepadanya; Bertaq-walah kepada Allah di . dalam hatimu. Tetap-
membunuh dlr!
brangyang ; lahdudukdirumahmu
'•.''_ . ;.; dan janganlah engkau
KelUar memberontak terha¬
dap Imammu" (khali-
fah Yazid)". (Al Bi-
dayah Wa An Niha-
; yah, j 8, ms 163).
. / b) Abu Waqid Al
; • ' • , '' 'ji:j Laitsi menceritakan
tindakannya mengha-
lang Sayyidina Husain untuk berangkat ke
Kufah dengan katanya, "Maka aku mena-
hannya daripada keluar memberontak de¬
ngan nama Allah kerana orang yang mem¬
berontak bukan dengan sebab yang wajar
adalah orang yang keluar membunuh din
sendiri". (Ibid, ms 163).
c) Jaabir bin Abdillah berkata, "Aku telh menasihati Husain dengan kataku; Bertaq-walah kepada Allah dan janganlah engkau
memperlagakan sebahagian orang dengan sebahagian yang lain". (Ibid).
d) Sementara Ibn Omar yang dipanggil dengan gelaran 'Syeikh As Sahabah' pula menasihati Husain dengan katanya, "Ber-taqwalah kepada Allah. Janganlah engkau memecahbelahkan perpaduan ummat Islam". (Tarikh At Thabari, j 4, ms 254).
e) Ibn Abbas yang dianggap sebagai orang tua dari kalangan Ahlul Bait pada masa itu juga puas menasi¬hati Husain seperti juga orang-orang lain tetapi tetap tidak didengar oleh Husain. Mengikut apa yang dikemukakan oleh At Thabari, sampai begini kata-kata Ibn Abbas, "Demi Allah! Kalau aku yakin engkau akan menurut kata-kataku dengan aku me-nyentap rambutmu dan memegang tengkokmu sehingga semua oraiig melihat keadaan itu, nescaya aku lakukan". (TarikhAt Thabari, j 4, ms 288).
Abu Bakar bin Al Harits bin Hisyam pula menasihati Husain de¬ngan katanya, "Bagai-mana engkau akan be¬rangkat demi menyahut jemputan orang-orang yang telah memberon¬tak dan menderhaka terhadap ayah dan abangmu. Bukankah engkau sendiri telah menyaksikan apa yang telah mereka lakukan terhadap abangmu sesudah ayahmu? Apakah dengan mereka engkau akan memerangi penduduk Syam dan Iraq yang lebih kuat daripadamu dan cukup lengkap pula senjata mereka? Bukan¬kah mereka itu orang-orang yang pernah menarlk diri daripada menolong ayahmu setelah berbai'ah kepadanya sehingga sebak S I R I PEMURNIAN
^sungguhhya ' -Allah Tabarakawa-taalaielah ^menentukan
ahun 70 H tetapiapabila Husain terbunuh alta murkalah
"efnunculannya kepada tahun
~"&J4QH:-. '.
dada ayahmu oleh kemarahan, padahal seorang yang febih berpengaruh, lebih perkasa dan lebih dipatuhi ramai?" (Al Mas'ud-Miiruju Az Zahab, j 3, ms 69-70).
Hadits-hadits syiah yang diriwayatkan daripada Imam-imam maksum juga mem-buktikan bahawa pembunuhan Sayyidina Husain dan keluarganya dari awal hingga
akhir telah berlaku di tangan orang-orang syiah dan kerana itu mereka terpaksa menderita bencana dan malapetaka besar hingga ke had ini. Di dalam "Usul Kafi" lersebut satu riwayat daripada Abu Hamzah Ats Tsumali katanya, "Aku mendengar Muhammad Al Baqir berkata, "Wahai Tsabit! Sesungguhnya Allah Tabarakawa-
taala telah menentukan kemunculan Imam Mahdi pada tahun 70 H tetapi apabila Husain terbunuh maka murkalah Allah ke atas penduduk bumi lalu ditundakan ke-munculannya kepada tahun 140 H. Kami ceritakan kepada kamu tetapi kamu heboh-hebohkan cerita kami. Kamu singkapkan tabir rahsia kerana itulah Allah tidak menen¬tukan lagi waktu kemunculannya kepada kita". Berkata Abu Hamzah, "Maka aku kemukakan perkara ini kepada Jaafar As Sha-diq, oleh beliau diakui bahawa memang begi-tulah yang terjadi". (Al Usul Min Al Kafi, j 1, ms368).
Daripada hadits syiah ini dapat difaha-mi bahawa pembunuh-pembunuh Sayyidina Husain itu sememang-nya orang-orang syi¬ah. Jika tidak tentulah kemunculan Imam Mahdi pada tahun 70 H yang telah ditentu-kan Tuhan itu tidak di¬tundakan kerana ti-dakkah kemunculan Imam Mahdi itu meru-pakan nikmat dan rah-mat kepada golongn syiah? Bukankah me-ngikut kepercayaan syiah kedatangan Imam Mahdi akan menghadiahkan kera-jaan dan pemerintahan kepada orang-orang ^;;'••'' •.;•;••->:, i.^_ syiah di seluruh du-nia? Kalaulah pembunuh-pembunuh Sayyidina Husain itu bukan syiah, kenapa pula mereka dihadang daripada mendapat nikmat itu? Bukankah dengan mengatakan begitu bererti kita mencabar keadilan Tuhan yang dicanang oleh gotongan syiah sebagai Rukun Iman mereka? Kenapa pula orang lain yang membuat onar tetapi yang me-nanggung rugi ialah syiah?
Ya, mungkinlah ada satu lagi jalan di SfRI PEMURNIAN
"
perb
engkau perapgl l<#cuanl^ me/nerang/mu dan
tullsfety^ kepadaku tentang
apa '^y# ^
hadapan kita untuk melepaskan syiah
daripada pembunuhan Sayyidina Husain
iaitu kerana terbunuhnya Husain itu Tuhan
begitu murka sehingga tidak dapat membe-
zakan lagi siapa 'kekasih* dan siapa 'mu-
suh'Nya sehingga telah memutuskan kebe-
runtungan kepada pihak musuh dan keru-
gian pula kepada pihak kekasih dengan me-
nundakan kemunculan Imam MahdiM!
____________ Untuk dikatakan
v ., ,,,, , Yazid melalui gabe-
; ^ • nornya Ubaidullah
bin Ziad dan
manya Umar
bunuh Sayyidina
Husain, selain dari¬
pada ianya bercang-
Ote/i liti b&rka- gah denean kenya-
,-
taan-kenyataan dan •> bukti-bukti yang te-; lah dikemukakan se-f belum ini, ia juga bercanggah dan ber-tentangan dengan ? pesanan yang telah diberikan oleh Mua¬wiyah kepada Yazid tentang Sayyidina Husain dan pesanan v itu dicatatkan oleh Thabari di dalam "Tarikh"nya baha¬wa, "Adapun Husain bin AH maka pendu-duk Iraq sekali-kali tidak akan melepas-kannya sehinggalah : mereka mengeluar-;; kannya untuk mem-berontak. Maka se-
",::j.-:'-- ';fA.';-" "•-•--:-' ••':;:::;;. kiranya ia keluar
memberontak terha-
dapmu dan engkau dapat menangkapnya maka maafkanlah dia kerana beliau mem-punyai pertalian rahim yang sangat hampir dengan kita dan juga mempunyai hak yang sangat besar". (Tarikh At Thabari, j 4, ms 238).
Di tempat yang lain dinukilkan begini, "Sekiranya engkau menangkapnya maka maafkanlah dia kerana jika aku sendiri menghadapi perkara ini nescaya aku
memaafkan dia juga". (Ibid j 4, ms 239).
Perkara yang sama juga telah disebutkan oleh Mullah Baqir di dalam kitabnya "Jilaau Al Uyun". Walaupun selepas mengemuka-kan pesanan ini Mulla Baqir menyatakan pendapatnya bahawa wasiat yang diberikan oleh Muawiyah kepada Yazid itu bukanlah kerana memikirkan Sayyidina Husain tetapi untuk menjaga kerajaan Yazid. Kerananya Muawiyah telah pun mengetahui bahawa dengan membunuh Sayyidina Husain akan hancurlah kerajaan Yazid. Tetapi ini tidak lebih daripada dakwaan semata-mata tanpa disokong oleh dalil yang kukuh dan mem-berikan kunci ilmu ghaib pula kepada Mua¬wiyah. Kalaulah Muawiyah memang berni-at begitu, kanapakah beliau tidak mengata-kan terus terang kepada Yazid bahawa, "Jangan sekali-kali engkau membunuh Hu¬sain kerana pembunuhannya menandakan kehancuran kerajaanmu". Walau bagaima-napun pesanan Muawiyah itu telah dike¬mukakan juga oleh beliau seperti mana ahli-ahli sejarah yang lain.
Yazid pula di dalam pesanannya terha-dap gabenornya Ibn Ziad menekankan be¬gini: "Saya mendapat tahu bahawa Husain telah pun menuju ke Iraq. Oleh itu berka-wallah di kawasan-kawasan perbatasan negerh Sesiapa yang diragui, tahanlah dia dan sesiapa yang tertuduh tangkaplah dia. Tetapi jangan engkau perangi kecuali orang yang memerangimu dan tulislah selalu kepa¬daku tentang apa yang berlaku. Wassalam". (Al Bidayah Wa An Nihayah, j 8, ms 165).
Pesanan ini menunjukkan tindakan Yazid yang bijaksana sebagai pemimpin negara yang mahukan keamanan dan ketenteraman di dalam negaranya. Begitu juga terdapat arahan di dalamnya kepada gabenornya su-paya tidak memulakan perang terhadap pi¬hak lawannya dan jika diserang pula, maka langkah-langkah yang mempertahankan diri perlulah diambil. Kata-kata Yazid yang berbunyi, "Tetapi janganlah engkau perangi kecuali orang yang memerangimu", mero-bohkan sama sekali cerita palsu yang memu-atkan kezaliman dan kekejaman oleh pihak kerajaan Yazid terhadap Sayyidina Husain. Begitu juga mana mungkin kekejaman dan tindakan yang melampau terhadap rombo-ngan Sayyidina Husain itu dilakukan oleh SIR! PEMURNIAN
Ibn Ziad, gabenor Yazid di Kufah dalam keadaan terdapat pula surat daripada Marwan bekas gabenor Madinah kepadanya yang berpesan dengan sungguh-sungguh berbunyi:
"Sesungguhnya Husain bin Ali anak Fatimah telah pun menuju ke arahmu dan Fatimah adalah anak perempuan Rasulullah SAW. Demi Allah! Tidak ada seorang pun yang lebih dikasihi kami daripada Husain. Semoga Allah menyelamatkannyji. Oleh itu waspadalah. Jangan sekali-kali kerana kemarahan engkau melakukan sesuatu yang tidak dapat diubati dan tidak dapat dilupakan oleh ummat sampai akhir zaman. Wassalam". (Al Bidayah Wa An Nihayah, j 8, md 165; Naasikhu At Tawarikh, j 6, ms 212).
Surat ini selain daripada menunjukkan betapa ka-sihnya Marwan kepada Sayyidina Husain dan betapa kuatnya peringatan yang diberikannya kepada Ibn Ziad yang mana semua kenyataan ini mendustakan segala cerita-cerita palsu yang dihubungkan kepa¬danya. Dengan adanya pesanan-pesanan dan arahan-arahan seperti ini daripada pemimpin agung dan pemimpin-pemimpin yang lain, mana mungkin scoring pemimpin bawahan seperti Ibn Ziad akan melanggarnya. G
SEJARAH A WAL ISLAM
Oleh
USTAZ MUHAMMAD ASRI YUSOFF
S
elain dari itu kalaulah Yazid bertang-gungjawab di dalam pembunuhan Sayyidina Husain itu maka mengapakah pula rombongan-rombongan sanak saudara Sayyidina Husain yang masih hidup selepas peristiwa Karbala itu dibawakan oleh bala tentera Yazid ke Syam dengan penuh penghormatan? (Al Akhbaru At Thiwal m.s. 270)
Zainab saudara Sayyidina Husain misalnya, setelah berada di Syam dan mendapat
Farsi di zaman Sayyidina Omar. Kejujuran dan kebaikan Omar bin Saad ini dapat kita lihat di celah-celah kitab sejarah yang bercampur baur di antara kebenaran dan kebatilan itu apabila Muslim bin 'Aqil mempercayainya untuk menerima amanah agar disampaikan kepada Sayyidina Husain sebelum sampainya ke Kufah tentang kecurangan dan berpaling tadahnya golongan Syiah yang sebelum itu telahpun mengadakan janji setia dengannya untuk Husain di Kufah dan Umar bin Saad
SYIAH PEMBUNUH SAYYIDINA HUSAIN
bermacam-macam kemudahan dan layanan yang baik daripada pihak kerajaan Yazid tidak mahu lagi pergi kemana-mana walaupun pulang ke Madinah apa lagi akan pergi ke Iraq atau Kufah sementara Ali Zainal Abidin pula dilaporkan oleh ahli-ahli sejarah sebagai seorang yang amat setia kepada Yazid dan tidak terlibat dalam mana-mana pemberon-takan oleh mana-mana pihak sesudah itu sama ada pemberontakan oleh pihak Ibnu Zubair atau pihak Mokhtar bin Abi Ubaid Ats Tsaqafi yang bangkit memberontak dengan alasan membela Ahlul Bait!.
Omar bin Saad pula tidaklah dikaitkan dengan pembunuhan Sayyidina Husain itu melainkan kerana beliau adalah anak kepada sahabat agung Rasulullah s.a.w. iaitu Saad bin Abi Waqqas r.a. yang telah berjaya menakluki
inilah yang menyampaikan amanah Muslin bin 'Aqil itu kepada Sayyidina Husan (Al Akhbaru At Thiwal m.s. 354). Kerananya Sayyidina Husain tidak mahu lagi meneruskan perjalanannya ke Kufah dan terus membelok ke kiri mengambil jalan Syam atau Karbala yang berada di jalan yang menuju ke Syam bukan jalan yang menuju ke Kufah. Semen¬tara Ibnu Ziad pula dengan segala senang hati membenarkan Omar bin Saad yang diketa-huinya sangat bersimpati dan kasih kepada Husain untuk membawa amanah Muslim bin 'Aqil kepada Husain yang sedang dalam perjalanan ke Kufah itu. (A/ Bidayah Wa An Nihayah).
Ini jelas menunjukkan bahawa Sayyidina Husain telahpun meninggalkan maksud asalnya untuk memberontak terhadap SIRI PEMURNIAN
kerajaan Yazid dan telahpun menunjukkan kesediaannya untuk berbai'ah kepada Yazid sebagaimana yang kita lihat di dalam kitab-kitab sejarah tentang pilihan yang telah diberikan kepada Sayyidina Husain oleh pihak kerajaan melalui Omar bin Saad bahawa sama ada beliau berpatah balik ke Mekah atau pergi kemana-mana perbatasan negeri atau menga-lihkan arah tujuannya ke Syam untuk ber¬bai'ah kepada Yazid.
Jika salah satu daripada tiga perkara ini dipilih oleh Sayyidina Husain dan rombo-ngannya akan sekali-kali tidak dibenarkan mereka diganggu dan diceroboh, apa lagi akan dibunuh. (Umdatu At Thalib Fi Ansab Aal Thalib, m.s. 179; At. Thabari, j.4, m.s. 313)
Tak mungkin sama sekali kita menerima Omar bin Saad telah melakukan keganasan dan penghinaan sebegitu rupa sebagaimana yang dinyatakan di dalam buku-buku sejarah kerana takkanlah orang yang diriwayatkan oleh Abu Mikhnaq Lut bin Yahya sendiri bahawa perawi berkata, "Seolah-olah aku masih lagi nampak airmata Omar bin Saad yang mengalir membasahi pipi dan janggutnya". (Tarikh At Thabari j.4, m.s. 245)
Orang yang sekejam dan seganas seperti yang digambarkan oleh sejarah itu tidak mungkin akan menangisi kematian orang yang dibunuhnya sampai begitu sekali .bahkan ta-ngisannya menunjukkan kesedihannya yang amat mendalam sekali di atas kematian Sayyidina Husain yang telah dibunuh secara aniaya itu.
Selain dari itu Omar bin Saad ini telah di-sebut oleh Ibn Saad di dalam "Thabaqaf'nya dalam senarai thabaqah yang pertama dari kalangan tabiin penduduk Madinah.
Hafidz Ibn Hajar pula menyenaraikan nama-nama orang-orang yang meriwayatkan hadis daripadanya. Kata Hafidz Ibn Hajar, "Omar bin Saad bin Abi Waqqas Az Zuhri Abu Hafas Al Madani" tinggal di Kufah. Beliau telah meriwayatkan hadis daripada ayahnya dan dari Abi Sa'id Al Khudri. Sementara orang-orang yang meriwayatkan hadis-hadis daripadanya ialah anaknya Ibrahim dan cucunya Abu Bakar bin Hafas, Abu Ishaq As Sabi'i, Aizar bin Hiraits, Yazid bin Abi Maryam, Qatadah, Suhri, Yazid bin Abi Habib dan lain-lain lagi. •
'Ijli berkata, "Beliau meriwayatkan bebe-rapa^hadis daripada ayahnya dan beliau adalah seorang tabii yang tsiqah (yang dipercayai)" . (Tahzibu At Tahzib j.7, m.s. 396).
Kenyataan Hafidz Ibn Hajar ini menunjukkan bahawa Omar bin Saad adalah seorang yang dipercayai oleh ulama mu-taqaddimin yang dikenali sebagai orang-orang yang kepercayaan dalam periwayatan mereka. Sekiranya keganasan dan kezalimannya terhadap Sayyidina Husain dan rombongannya memang benar-benar berlaku seperti yang digambarkan oleh buku-buku sejarah maka bagaimanakah orang-orang besar yang me-rupakan tunggak dalam meri¬wayatkan hadis menerimanya sebagai seorang yang adil lagi tsiqah? Kenyataan ini juga menunjukkan bahawa kisah-kisah kezaliman yang dihu-bungkan kepada Omar bin Saad ini belum lagi popular pada ketika itu dan tidak diterima oleh ahli ilmu dan cerdik pandai Islam.
Akan tetapi masakan or¬ang-orang Syiah yang ikut serta dalam rombongan Sayyi dina Husain sebagai pengiring mereka seramai lebih kurang 60 orang itu akan senang hati dengan keputusan Sayyidina Husain itu kerana tidakkah bila Sayyidina Husain ber-baiah kepada Yazid mereka sudah pasti akan dibunuh dan habis musnahlah segala pe-rancangan mereka untuk menghancurkan perpaduan umat Islam pada ketika itu de¬ngan tertangkapnya orang-orang yang terlibat dalam pemberontakan tersebut dan dengan terkumpulnya seluruh baiah kepada Yazid.
Apa yang kita ketahui hari "•"^•••••"••i ini sebagai peristiwa Karbala yang menyayatkan hati setiap Muslim yang cintakan Rasulullah s.a.w. dan Ahlul Baitnya sebenarnya dicetuskan oleh golongan Syiah yang mengiringi Sayyidina Husain di samping golongan Syiah yang datang dari Kufah. Merekalah bertanggungjawab membunuh Sayyidina Husain untuk terus mengharubi-rukan suasana dan memecah belahkan kesatu-paduan umat dengan bermodalkan pembunu-han Sayyidina Husain di Karbala oleh pihak Yazid.
Begitulah kebiasaan mereka, se telah SIRI PEMURNIAN
Nabi s.a.w bermaksud:
"Apabila telah dibai'ahkan dua khalifah maka bunuhlah yang terkemudian daripada dua itu". (Muslim)
Begitu juga Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud:
"Jika seseorang tampil untuk menentang seseorang Khalifah (yang sudah dilantik) dengan mendakwa sebagai khalifah, maka penggallah leher orang yang mendakwa khalifah itu". (Muslin, Abu Daud, Nasai, Ahmad, Ibn Majah)
Nabi s.a.w. juga bersabda bermaksud:
"Sesiapa juga yang datang kepadamu dalam keadaan kamu sudah berbai'ah kepada seseorang, dia mahu memecahkan perpaduan
membunuh seseorang mereka letakkan dosa pembunuhan itu di atas belakang orang lain sebagai buktinya boleh dilihat kepada ke-nyataan seofang pengarang sejarah Syiah di dalam bukunya "Umdatu At Talib" dimana beliau menulis begini:
"Setelah mendengar berita pembunuhan Muslim, maka Husain mahu berpatah balik tetapi anak-anak 'Aqil enggan berbuat begitu. Maka beliaupun terus mara ke hadapan se-hingga sampai tidak jauh dari Kufah. Disitu beliau berhadapan dengan Hur bin Yazid Ar Riahi (seorang Syiah) dengan 1,000 pasukan berkudanya. Husain enggan meneruskan per-jalanannya ke Kufah dan beliau membelok ke arah Syam dengan maksud untuk menemui Yazid bin Muawiyah tetapi bila beliau sampai di Karbala disitu beliau ditahan dari meneruskan perjalanannya ke Syam dan dipaksa supaya pergi ke Kufah menurut perintah Ubaidullah bin Ziad tetapi Husain tetap enggan dan tetap memilih jalan yang membawa mereka ke Syam". (Umdatu At Thalib Fi Ansab aal Abi Thalib, m.s. 179).
Kalaupun dikatakan juga Yazid yang bertanggungjawab ke atas pembunuhan Sayyidina Husain dan sebahagian ahli rombongannya ke Kufah itu (walaupun sebelum ini telah terbukti bahawa Yazid bebas daripada tuduhan pembunuhan itu) maka bukankah ada juga jalan bagi Yazid untuk bertindak demikian berdasarkan perintah di dalam sabdanya yang
kamu atau menyelerakkan perpaduan di antara kamu, maka bunuhlah dia". (Muslim)
Begitu juga Rasulullah s.a.w. telah bersabda bermaksud:
"Nanti akan berlaku fitnah yang besar-besar. Maka jika ada isesiapa mahu menye¬lerakkan urusan umat ini ketika mana mereka telahpun bersepakat, maka penggallah le¬her nya dengan pedang, biar siapapun dia itu". (Muslim)
Mungkin ada yang terkeliru apabila melihat kedudukan Sayyidina Husain yang begitu istimewa berbanding Yazid, maka haruslah Sayyidina Husain memberontak terhadap Yazid. Kekeliruan seperti ini seha-rusnya akan hilang dengan adanya hadis-hadis daripada Rasulullah s.a.w. seperti yang bermaksud:
"Turutilah dan taatilah (pemerintahmu) walaupun dilantik memerintah kamu seorang hamba Habsyi yang kepalanya bagaikan buah anggur". (Bukhari, Muslim, Nasai, Ahmad, Ibn Majah)
Begitu juga menurut apa yang di-riwayatkan oleh Ubadah bin As Shamit ba¬hawa, "Rasulullah s.a.w. memanggil kami dan kami berbai'ahlah kepadanya untuk menurut dan mematuhi pemerintah".
Sama ada kami suka atau tidak suka, sama ada sukar ataupun mudah untuk kami menu-rutinya dan sehingga kami mengorbankan apa saja untuknya, kami juga berbai'ah untuk tidak menentang pemerintah kecualilah jika pe¬merintah itu meiakukan kekufuran secara terang-terangan dan kamu pula mempunyai bukti yang terang daripada Allah tentangnya. (Bukhari - Muslim)
Kedua-dua hadis ini menjelaskan bahawa seseorang pemimpin itu wajib ditaati dan tidak boleh memberontak terhadapnya biar dalam keadaan bagaimana sekalipun kecualilah jika pemerintah itu telah meiakukan kekufuran secara terang-terangan dan jelas sekali Yazid belumlah sampai ke peringkat meiakukan ke¬kufuran secara terang-terangan seperti yang tersebut di dalam hadis ini. Oleh itu, dima-nakah letaknya kewajaran menentang beliau dan memberontak terhadapnya?
Berdasarkan hadis-hadis ^ini juga tidaklah ada kewajaran bagi Yazid bertindak meng-halang pemberontakan yang berlaku walaupun sampai menumpahkan darah? Jika diandaikan Husain berada di tempat Yazid sebagai
-4
maka apakah yang seharusnya beliau lakukan ke atas pemberontak yang mahu merampas SIR! PEMURNIAN
•'• '•-: ''•- •'• -•-'>"• " '
t-^&^'^-il^^RI
ifM£&jy$ii
kuasa daripadanya? Bukankah dia akan bertindak mempertahankan kedudukannya sebagai khalifah yang telah dibai'ahkan oleh masyarakat dengan menumpaskan pembe¬rontakan yang berlaku walaupun dengan menumpahkan darah mereka dan jika beliau bertindak begitu, bukankah kita akan berkata, "Bahawa beliau tidak melampaui batas dalam tindakannya itu kerana sememangnya ada perintah Rasulullah s.a.w. berhubung dengan tindakan terhadap pemberontakan atau orang yang mendakwa sebagai khalifah setelah diberikan baiah kepada seseorang sebagai khalifah sebelumnya?
Kerana itulah kita lihat dalam sejarah tidak ada seorangpun sahabat yang turut serta dalam pemberontakan Sayyidina Husain, bahkan mereka telah berusaha sedaya upaya mengha-lang Sayyidina Husain dari maksudnya itu sedangkan pada masa itu terdapat masih ramai lagi sahabat Rasulullah s.a.w.. (Syeikh Muhammad Al Khudhari Bey - Itmamu Al Qafa' Fi Seerati Al Khulafa', m.s. 14).
Demikian juga dari kalangan sanak sau-daranya hanya sebilangan kecil sahaja dari-pada mereka yang ikut serta dalam rombongan itu sehinggakan iparnya Abdullah bin Jaafar At Thayyan suami kepada saudara perempuan Sayyidina Husain yang bernama Zainab kerana tidak bersetuju dengan maksud Sayyidina Husain itu, sedangkan isterinya pula mahu mengikut saudaranya Husain. Akhirnya mereka telah bercerai kerana perbezaan pendapat dalam soal ini.
Disini mungkin pula timbul satu persoalan iaitu, kenapa pula kita mengambil kenyataan dari riwayat yang menyatakan pembunuh-pembunuh Sayyidina Husain adalah Syiah Kufah, bukannya pihak Yazid sebagaimana yang sering didengari dan disebarkan selama ini?
.Maka untuk menjawab persoalan ini kita akan berkata bahawa, "Riwayat yang menga-takan pihak Yazid sebagai pembunuh Sayyi¬dina Husain di Karbala itu. 90% daripadanya adalah berpunca daripada Abu Mikhnaf Lut bin Yahya dan orang-orang seperti Muhammad bin As Saaib Al Kalbi dan anaknya Hisyam yang telah dikenali oleh ulama Rijal sebagai orang-orang Syiah. Bahkan mereka dise-butkan sebagai "Saba/i" (pengikut Abdullah Ibn Saba')".
Riwayat-riwayat yang menyebutkan Syiah Kufah sebagai pihak yang bertanggungjawab dalam pembunuhan Sayyidina Husain itu juga
diriwayatkan oleh Syiah. Bahkan kenyataan-kenyataan ini tersebut di dalam kitab-kitab mereka yang "original".
Jadi kedua-dua riwayat ini adalah berpunca daripada Syiah pengikut Ibn Saba* yang ter-kutuk itu, seolah-olahnya mereka menyimpan bersama mereka fakta yang sebenarnya dan untuk mengelirukan umat Islam terutamanya golongan Ahlus Sunnah wal Jamaah dan manusia semuanya, mereka merancang dengan menciptakan kisah-kisah yang memaparkan pihak Yazid sebagai yang bertanggungjawab di dalam pembunuhan itu melalui orang-orang mereka seperti Abu Mikhnaf Lut bin Yahya, Al Kalbi, Al Waqidi dan lain-lain untuk dikemukakan kepada ahli-ahli sejarah Ahlus Sunnah wal Jamaah seperti At Thabari dan lain-lain.
Dan apa yang dikemukakan oleh Thabari itu telah mendapat sambutan yang baik daripada masyarakat kerana beliau di-percayi sebagai orang Ahlus Sunnah wal Jamaah yang bersi-kap sederhana dalam penyusu-nan kitab sejarahnya. Dengan begitu, berjayalah mereka dalam perancangan mereka yang halus itu dan selama beberapa abad mereka berpesta keriangan lan-taran tertipunya Ahlus Sunnah dan manusia semuanya dengan tipu daya yang mereka sebarkan selama ini.
Walau bagaimanapun, sesua-; tu yang merupakan hakikat tetap akan tersalah walaupun ditutup _______ beberapa lama sekalipun tak ubah seperti matahari yang ditutupi awam tebal untuk beberapa lama tetapi akhirnya tetap akan memancarkan sinarnya yang terang benderang ke segenap pelusuk dunia.
Golongan Ahlus Sunnah wal Jamaah yang terperangkap dengan tipu daya Syiah ini adalah golongan yang meninggalkan dua sumber yang dijamin oleh Rasulullah s.a.w. akan tetap terpeliharanya orang-orang yang berpegang dengan kedua-duanya daripada kesesatan iaitu Al-Quran dan Al Hadis. Mereka itu sebenarnya adalah orang-orang yang malang kerana telah menganggap tidak berperanannya Al-Quran dan As Sunnah dalam mengemukakan fakta-fakta sejarah sepertimana peranannya di dalam menge¬mukakan hukum-hukum agama. SIRI PEMURNIAN
Adapun Ahlus Sunnah wal Jamaah yang berpegang teguh dengan kedua-duanya, sama sekali mereka tidak terkeliru dan terpedaya dengan kepalsuan-kepalsuan sejarah yang disebarkan oleh musuh-musuh Islam.
Di dalam Sahih Bukhari misalnya akan kita temui riwayat dari Ibn Omar yang dengan jelas mengatakan golongan Syiah Kufah atau orang Iraqlah yang telah membunuh cucu Rasulullah sa.w., Sayyidina Husain, iaitu ketika beliau ditanya oleh seorang penduduk Iraq tentang seorang muhrim (orang yang berihram) yang membunuh lalat (apakah fidyahnya?)., Maka sebagai menjawabnya beliau berkata "Orang Iraq bertanya tentang membunuh lalat padahal mereka telah membunuh cucu Rasulullah s.a.w." (Sahih Bukhari, j.l, m.s. 530)
Riwayat ini menunjukkan bahawa para sahabat yang masih hidup pada ketika itu tidak menganggap pembunuhan Sayyidina Husain di Karbala berlaku mengikut perintah Yazid bah-kan mereka menganggap orang-orang Iraq atau orang-orang Kufahlah yang bertanggungjawab membunuh Sayyidina Husain, kerana itulah sikap mereka terhadap Yazid dapat dilihat dengan jelas iaitu mereka tetap setia kepadanya dan tidak terlibat dalam pemberontakan-pemberontakan terhadapnya yang dicetuskan oleh Ibn Zubair atau Mokhtar bin Abi 'Ubaid Ats Tsaqafi.
Di zaman kemudian daripada generasi sahabat pula, walaupun sudah agak meluas tersebarnya riwayat-riwayat yang menuduh Yazid sebagai pembunuh Sayyidina Husain, namun kebanyakan masyarakat pada masa itu masih tidak terpedaya dengannya. Sebagai contohnya dapat dilihat pada pandangan Imam Ghazali tentang Yazid dan juga orang yang menuduh beliau membunuh atau menyuruh membunuh Sayyidina Husain. Kata beliau, "Dan Yazid Islamnya baik, tidak benar pendapat yang mengatakan beliau membunuh Sayyidina Husain atau beliau menyuruh orang membunuhnya atau beliau senang hati dengan pembunuhan itu. Oleh itu, apabila tidak benar pembunuhan itu dilakukannya, maka haramlah berprasangka buruk terhadapnya. Allah s.w.t. berfirman, bermaksud:
"Jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesunggithnya sehahagian dari prasangka itu adalah dosa".
Nabi s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya Allah mengharamkan darah, harta dan kehormatan setiap orang
Muslim (dari dicerobohi)". ' Orang yang menyangka Yazid telah me-merintahkan supaya membunuh Husain dan senang hati pula dengan pembunuhannya adalah terlalu bodoh kerana orang-orang besar, menteri-menteri dan raja-raja yang terbunuh di zamannya tidak diketahuinya siapakah orang yang membunuh, yang menyuruh bunuh dan siapa yang senang hati dengan pembu¬nuhan itu dan siapa pula yang tidak senang, walaupun pembunuhan itu berlaku tidak jauh daripadanya dan semasa hidupnya, bagaimana dia akan mengetahui pembunuhan yang telah berlaku di satu negeri yang jauh dan pada satu masa yang telah lama pula? Bagaimana dia akan mengetahui peristiwa yang telah berlaku hampir 400 tahun yang lampau di suatu tempat yang jauh di tambah pula oleh adanya perasaan ta'sub dan cerita-cerita palsu berhubung de¬ngan peristiwa ini?
Tentu sekali peristiwa ini tidak dapat di-ketahui hakikatnya sama sekali dan apabila kita tidak mengetahui hakikatnya, maka wajiblah kita menyimpan sangka baik terhadap setiap orang Islam. - Imam Al Ghazali (Ihya1 Ulumuddin j.7, m.s. 488 dan Ibn Khallikan -Wafayaatu Al A'yan j.3, m.s. 288 - 289).
Begitulah pendapat Imam Ghazali dan juga muridnya Ibnul Arabi di dalam bukunya "Al Awaasim Min Al Qawaasim". Dengan mele-takkan di hadapan semua kenyataan-kenyataan sebelum ini, hendaknya tidak ada lagi orang yang ragu tentang bersihnya Yazid daripada tuduhan liar ini dan terungkaplah sudah rahsia pembunuh-pembunuh sebenar Sayyidina Husain di Karbala.
Seorang penyair Urdu berkata:
qarib he abltoroze mehsyar
chupe ga kusytonika khun kiunkar
agar na bolilzubane khaujar
lahu pukare/ga aasetin ka
bermaksud:
hari mahsyur sudahpun hampir
darah orang-orang terbunuh takkan tersembunyi lagi
kalaupun lidah khanjar tidak berkata
percikan darah di lengan-lengan baju pasti akan menjadi saksi
Dan akhir sekali renungilah firman Al¬lah s.w.t. ini yang bermaksud:'
"Dan (ingatlah) ketika kamu membunuh seorang manusia lalu kamu saling tuduh menuduh tentang pembunuhan itu dan Allah hendak menyingkapkan apa yang selama ini kamu sembunyikan". (Al Baqarah: 72).
5 comments:
Salam.. sungguh hebat mencopy pandangan seorang anti-Syi'ah. Anda tidak lebih dari seorang Nasibi al-Umawi. Belalah anda Muawiyah dan sekutunya dan pastikan akhirat nanti anda jawab dihadapan Allah.
Mungkin ini yg anda maksudkan akan kesolehan Yazid :
Di masa pemerintahan Yazid bin Mu’awiyah, tahun 61 H/681 M pasukan yang dipimpin oleh Umar Sa’d bin Abi Waqqash yang berjumlah 4,000 orang telah membunuh Husain bin Ali bin Abi Thalib dan keluarga serta sahabat-sahabatnya yang berjumlah 72 orang. Mereka dikepung ke daerah tandus Karbala dan dicegah mengambil air dari sungai Efrat untuk diminum. Sebelum dibunuh tenda mereka yang sedang kehausan itu dibakar. Mereka menginjak-injak tubuh Husain dengan kaki kuda sampai hancur. Semua kepala mereka di pancung dan diarak di kota Kufah. Wanita-wanita diarak sebagai tawanan, milik mereka termasuk pakaian dirampas.
Yang lain lagi terjadi tahun 63 H/683 M, pasukan Yazid yang dipimpin Muslim (baca : Mujrim ) bin ‘Uqbah menyerbu kota Madinah dengan 12,000 tentera, yang terkenal dengan perang Harrah. (Thabari, muqaddimah jil. VII & al-Maliki, al-Iqd al-Farid, juz II)
Sungguh kelakar apabila anda mengkambinghitamkan Syi'ah di Kufah semata2 mahu membela jenayah Yazid. Kelihatannya anda kene bukak kitab sejarah balik.
Mas’udi menyatakan: Mereka membunuh dan membunuh sampai Husain terbunuh dan seorang lelaki dari suku Madzhaj memenggal kepalanya hingga lepas dari tubuh sambil berteriak gembira:
Akulah pembunuh sang raja terselubung..
Putera terbaik telah luluh..
Keturunan termulia telah kubunuh.
Setelah diarak seketiling kota, Ziyad, gubernur Kufah mengirim kepala Husain ke Yazid bin Mu’awiyah di Damaskus. Bersama Yazid ada Abu Burdah al-Islami. Yazid meletakkan kepala itu di depannya dan memukul-mukul mulut kepala itu dengan tongkat sambil bersenandung:
Pecah sudah bagian penting seorang tercinta..
Bagi kami mereka adalah zalim dan pemecah.
ya di dalam sejarah yang di selewengkan syiah memang mcm 2....hanya orang-orang syiah yang menafikannya setelah jelasnya fakta.
dan satu lagi yek...kenape aqidah syiah tidak sama dengan ahlul sunnah?
assalamualaikum, dalam peristiwa Karbala yang melukakan hati ummat Islam ini benar2 menguji iman kita. Bagi saya adalah lebih baik kita menghindarkan diri dari membela Yazid krn ramai ulama Ahlusunnah yang melaknat Yazid atau mengeluarkan fatwa boleh melaknat Yazid. Salah seorangnya ialah Imam Shawkani melaknat Yazid dalam Nail al-Awtar, jilid 11 halaman 409:
الْخِمِّيرِ السِّكِّيرِ الْهَاتِكِ لِحُرُمِ الشَّرِيعَةِ الْمُطَهَّرَةِ يَزِيدَ بْنِ مُعَاوِيَةَ لَعَنَهُمْ اللَّهُ
نيل الاوطار، ج 11، ص 409، بَابُ الصَّبْرِ عَلَى جَوْرِ الْأَئِمَّةِ وَتَرْكِ قِتَالِهِمْ وَالْكَفِّ عَنْ إقَامَةِ السَّيْفِ
“Pemabuk arak itu yang pengoyak hukum syariat yang suci, Yazid bin Muawiyah semoga Allah melaknatnya”
Ulama Ahlusunnah yang terkenal, Imam Jalaluddin as-Suyuthi juga turut melaknat Yazid dalam Tarikh al-Khulafa, jilid 1 halaman 84:
لعن الله قاتله وابن زياد معه ويزيد أيضاً
تاريخ الخلافاء، ج 1، ص 84، باب يزيد بن معاوية أبو خالد الأموي
“Allah melaknat pembunuhnya (Husain) dan Ibnu Ziyad dan Yazid”
dan byk lagi sumber laknat ke atas Yazid telah saya temui, seterusnya Yazid juga telah mengeluarkan arahan pembunuhan Saidina Husain ini...
yang jelas dari kalangan syiah bahawa mereka telah mengaku melakukannya sebagaimana yang di nyatakan di dalam artikal M.Asri tersebut..
jd kesilapan ulama ahlu sunnah di sebabkan Taqiyyah syiah yang masuk & mengubah fakta sejarah yang sebenar...jadi LAKNAHLAH SYIAH.
as-Sayuti juga tersilap kerana mengambil pendapat yang syiah yang jahat dan mendalam dendam mereka terhadap sunni sebagaimana terjadi di IRAQ sekarang ini.
jelas menunjukkan MUNAFIQnya syiah yang bersekongkol dengan AMERIKA.
YA ALLAH LAKNAH LAH SYIAH.
Post a Comment