Sunday, November 16, 2008

HARAKAH ISLAMIAH (siri 2 )


Apabila jatuhnya Sistem Pemerintahan Khilafah Islamiah yang terakhir yang berpusat di Turki pada tahun 1924, negara-negara umat Islam telah menghadapi penjajahan daripada kuasa-kuasa kuffar barat (seperti Britain, Perancis, Itali, Rusia, dan sebagainya). Penjajahan yang dilakukan bukan hanya bermatlamatkan untuk menguasai tanah-tanah milik umat Islam dan hasil kekayaan buminya tetapi matlamat utama penjajahan ialah menghancurkan Islam dan menghapuskan ketuanannya di muka bumi serta melenyapkan Sistem Khilafah Islamiah yang telah berlanjutan selama lebih 1000 tahun. Tindakan-tindakan oleh kuasa-kuasa penjajah ini untuk mencapai matlamat mereka ialah:-

  1. Memecahkan kesatuan umat Islam dengan membahagikan negara umat Islam yang dahulunya bersatu di bawah satu pemerintahan khilafah Islamiah kepada negara-negara kecil dan menanamkan semangat As-Sobiyyah bangsa dan tanah air (semanagt Nasionalisme) ke dalam pemukiran umat Islam.

  1. Menghalang undang-undang Islam daripada menjadi undang-undang yang mengatur kehidupan masyarakat dan negara dan kemudiannya menggantikannya dengan undang-undang ciptaan Barat (undang-undang Britain, Perancis dan sebagainya). Ugama Islam hanya dijadikan sebagai agama ibadat, adat dan istiadat sahaja.

  1. Melancarkan serangan pemikiran terhadap umat Islam dengan memasukkan ideologi-ideologi asing (seperti sekular, komunisme, nasionalisme, liberalisme dan sebagainya) ke dalam pemikiran umat Islam dan memperkenalkan teori-teori politik, ekonomi, pendidikan dan sosial yang bertentangan dengan pengajaran Islam melalui pendidikan, penulisan dan sebagainya.

Kesan daripada gerakan yang dilakukan oleh penjajah terhadap umat Islam dan negara Islam ialah :

1. Umat Islam telah mengalami gejala perpecahan yang amat dahsyat. Umat Islam pada asalnya berada di bawah satu khilafah Islamiah. Tidak timbul pada awalnya kerajaan-kerajaan kecil yang mempunyai undang-undang dan identiti sendiri. Setelah datang penjajah mereka telah memusnahkan Sistem Khilafah Islamiah dan membahagikan negara umat Islam kepada kerajaan kecil mengikut identiti bangsa dan sempadan negeri. Maka timbullah negara Mesir, Iran, Iraq, Arab Saudi, Kuwait dan lain-lain lagi. Setiap negara mempunyai identiti, ideologi, undang-undang dan sistem pemerintahannya sendiri. Masing-masing negara tidak berhak mencampuri urusan negara-negara lain walaupun di dalam urusan yang berkaitan dengan agama dan umat Islam sendiri. Bukan sekadar itu sahaja, kita juga melihat negara-negara umat Islam bergaduh dan berperang sesama sendiri. Fenomena-fenomena ini adalah bukti ketara terhadap perpecahan yang melanda umat Islam pada zaman ini. Konsep ini jelas tidak kelihatan. dengan tali Allah s.w.t memang tidak terlaksana.

2. Berlakunya kefasadan dan kerosakan di dalam kehidupan umat Islam. Ia merupakan natijah daripada pengilghakkan undang-undang Islam daripada kehidupan masyarakat.

(a). Kerosakan di dalam pemerintahan dan politik.
Al-Quran telah digugurkan daripada menjadi dasar utama di dalam negara. Syariat Islam dilenyapkan daripada menjadi undang-undang yang mengatur kehidupan manusia. Kuasa-kuasa menghukum dan menggubal undang-undang diberikan kepada aqal dan nafsu manusia.

Firman Allah s.w.t di dalam surah As-Syura ayat 21:-

Ertinya :” Apakah mereka mempunyai sembahan-sembahan selain Allah yang mensyariatkan untuk mereka agama yang tidak diizinkan Allah? sekiranya tak ada ketetapan yang menentukan (dari Allah) tentulah mereka Telah dibinasakan. dan Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan memperoleh azab yang amat pedih “.

Sesungguhnya jenayah menggubah hukum Allah s.w.t dimulai di dalam masyarakat Islam oleh Mohd Ali Basya Kabir di mana dia telah mentaklifkan Rafaah Tahtawi seorang Misioner untuk menterjemahkan undang-undang Prancis dan kemudiannya melaksanakannya di Mesir pada tahun 1863 Masehi. Perkara yang sama juga dilakukan oleh Mustafa Kamal Attarturk di Turki yang telah bertanggungjawab meruntuhkan Khilafah Islamiah yang berpusat di Turki.

(b). Kerosakan di dalam ekonomi.

Sistem Ekonomi Islam dihapuskan dan digantikan dengan Sistem Ekonomi Barat (sosisalis, kaptalis, dan sebagainya). Bank-bank riba berleluasa di dalam negara-negara umat Islam. Penyelenggaran ekonomi berasaskan riba merupakan perkara yang menjadi kebiasaan di dalam kehidupan umat Islam walaupun Islam dengan jelas mengharamkannya.

Perkara yang jelas diharamkan oleh Islam seperti arak, judi diperniagakan dan dijadikan sumber kemasukan wang individu dan negara yang tetap dan besar tanpa mengira ia boleh membawa kerosakan kepada masyarakat atau sebaliknya. Bukan sekadar itu sahaja, bahkan manusia juga dieksplotasikan sebagi sumber untuk mendapatkan keuntungan. Golongan yang menjadi mangsa ialah kaum wanita.

(c). Kerosakan di dalam tarbiyah dan pendidikan.

Rata-rata negara umat Islam pada masa ini meletakkan sistem pendidikan sekular sebagai asas pendidikan negara. Sistem pendidikan yang memisahkan antara agama dan dunia. Maka timbullah golongan umat Islam yang bijak tentang ilmu-ilmu keduniaan tetapi tidak mengenali agamanya. Golongan yang dikenali sebagai manusia sekular ini hanay mengenali agama sebagai gerak kerja kerohanian semata-mata dan bukan agama sebagai peraturan dan undang-undang yang mengatur kehidupan.

Pendidikan adalah uslub yang paling ampuh yang telah digunakan oleh penjajah untuk menguasai pemikiran umat Islam dimana mereka telah berjaya menghasilkan orang-orang seperti Taha Husin, Qasim Amin, Soleh Abu Bakar, Kamal Attarturk, dan sebagainya yang terang-terang mengkritik Islam dan menyeru kepada ideologi kuffar dan ilhad.


(d). Kerosakan di dalam masyarakat umum.

Masyarakat umat manusia telah menjadi masyarakat jahiliah yang hidup semata-mata untuk memenuhi keinginan hawa nafsu dan material. Kefasadan berleluasa di dalam masyarakat. Gejala keruntuhan akhlak, pergaulan bebas, pelacuran, tari-menari, pendedahan aurat, jenayah merupakan fenomena biasa yang berlaku di dalam masyarakat umat Islam sendiri. Banyak lagi kerosakan-kerosakan yang berlaku di dalam masyarakat umat Islam yamng mana asasnya adalah dimulakan oleh gerakan-gerakan penjajahan yang telah bertindak menghapuskan undang-undang daripada kehidupan masyarakat.

3. Berlaku gejala riddah yang berleluasa di dalam negara umat Islam.

Firman Allah s.w.t di dalam surah Al-Maidah ayat 44:-

Ertinya :” Sesungguhnya kami Telah menurunkan Kitab Taurat di dalamnya (ada) petunjuk dan cahaya (yang menerangi), yang dengan Kitab itu diputuskan perkara orang-orang Yahudi oleh nabi-nabi yang menyerah diri kepada Allah, oleh orang-orang alim mereka dan pendeta-pendeta mereka, disebabkan mereka diperintahkan memelihara kitab-kitab Allah dan mereka menjadi saksi terhadapnya. Karena itu janganlah kamu takut kepada manusia, (tetapi) takutlah kepada-Ku. dan janganlah kamu menukar ayat-ayat-Ku dengan harga yang sedikit. barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, Maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir “.

Asy-Syeikh Sai’d Hawwa menyatakan:

Ayat ini jelas mengkafirkan orang-orang yang tidak menghukum dengan hukuman yang telah diturunkan oleh Allah s.w.t. Setengah ulamak menjadikan hukum kafir ini kepada sesiapa yang mendahulukan hukum yang lain ke atas hukum Allah s.w.t atau menghalalkan perbuatan menghukum dengan hukuman yang lain daripada hukum-hukum yang diturunkan oleh Allah s.w.t.
Kalau kita meletakkan ayat di atas dunia Islam pada hari ini maka kita akan mendapati perlaksanaannya adalah banyak sehinggalah kita mendapati bahawa perbuatan menghukum dengan hukuman yang lain daripada hukum yang diturunkan oleh Allah s.w.t merupakan fenomena yang nyata di dalam setiap undang-undang pemerintahan yang wujud di dalam negara umat Islam.
Dikalangan umat Islam terdapat orang-orang yang menteru secara terang-terangan kepada perlaksanaan hukum-huku yang selain daripada hukum-hukum Allah s.w.t seperti menyeru kepda zina, pelacuran, minum arak, penghapusan hukum hudud, qisas, dan berpegang teguh kepada hukum manusia.
Terdapat juga golongan yang kalau kita mengajak mereka kembali kepada Al-Quran dan As-As-Sunnah, maka mereka merpersendakan dan mempermainkan kita. Bahkan ada dikalangan umat Islam yang menyatakan telah tamat giliran Islam untuk memimpin masyarakat dan menganggap hukum-hukum Allah s.w.t adalah lambang kemunduran, sementara hukum-hukum yang lain adalah lambang kemodenan.

Dr. Yusuf Al-Qardhawi menyatakan :

Diantara perkara yang berhak dihukum kafir tanpa keraguan ialah: Pemerintah-pemerintah sekular dan pendokong-pendokong parti sekular yang terang-terang menolak syariat Allah s.w.t dan melaungkan pemisahan negara daripada agama. Apabila diajak kepada hukum Allah s.w.t mereka enggan dan engkar. Lebih dahsyat dari itu lagi, mereka ini bertindak memusuhi dengan keras orang-orang yang menyeru supaya berhukum dengan syariat Islam s.w.t dan kembali kepada Islam.


Ulamak-ulamak Islam yang mempunyai kesedaran Islam dan menyedari bahawa umat Islam perlu dikembalikan kepada Islam dan barisan mereka perlu disatukan semula serta Khilafah Islamiah mesti ditegakkan kembali, tidak berdiam diri melihat tindakan-tindakan penjajah-penjajah barat ini dan tali barut mereka berterusan menjalankan usaha untuk memusnahkan Islam dan menyesatkan umatnya. Mereka telah bertindak menubuhkan Harakah-harakah Islamiah untuk melakukan amal Islami bagi melaksanakan tanggungjawab dakwah dan jihad untuk menyeru umat Islam supaya kembali kepada Islam dan menegakkan semula Khilafah Islamiah.

Maka muncullah Harakah-harakah Islamiah seperti Harakah As-Sanusiah di Libya yang diasaskan oleh Syed Mohd Ali As-Sanusi, Harakah Islamiah di India yang dipelopori oeh Syah Waliyullah Ad-Dahlawi, Harakah Jamaat Islami di Pakistan yang diasaskan oleh Abul A’la Al-Maududi pada tahun 1940, Harakah Fidyan Islami di Iran yang diasaskan oleh Nawab Sofawi, Ikhwanu Muslimin di Mesir yang diasakan oleh Imam Syahid Hassan Al-Banna, Harakah An-Nur di Turki yang diasaskan oleh Syed Badi’uzzaman An-Nursi, Hizbul Masyumi (Majlis Syura Islam) di Indonesia dan PAS di Malaysia yang diasaskan pada tahun 1951 hasil daripada persidangan alim-ulamak yang berlangsung di Kuala Lumpur.
Harakah-harakah Islamiah dini disamping melaksanakan tugas dakwah dan jihad juga mengambil peranan Khilafah Islamiah yang telah digugurkan di dalam mempertahankan Islam dan menjaga kemaslahatan umat Islam serta menyelamatkan mereka daripada terkena gejala riddah kerana memberi walak kepada golongan atau kuasa kuffar.

Harakah Islamiah sejak mula kebangkitannya menghadapi dua gelombang :

Gelombang pertama ialah kebangkitan menghadapi kuasa-kuasa penjajah yang menjajah negara-negara umat Islam. Antara agenda utama perjuangan Harakah Islamiah di dalam gelombang yang pertama ini ialah membebaskan tanah air umat Islam daripada kuasa-kuasa penjajah. Gelombang pertama ini pada zahirnya telahpun berakhir dengan kemerdekaan yang telah dicapai oleh negara-negara umat Islam.

Gelombang kedua ialah kebangkitan menghadapi golongan-golongan talibarut sekular yang ditinggalkan oleh penjajah setelah kemerdekaan. Penjajah-penjajah kuffar yang telah keluar dari bumi umat Islam tidak akan keluar begitu sahaja, sebaliknya meninggalkan kepimpinan negara kepada anak-anak didik mereka dari kalangan umat Islam yang dinamakan dengan nama Islam tetapi pemikiran dan gaya kehidupan mereka adalah sama dengan penjajah. Mereka inilah yang bertindak mempertahankan undang-undang sekular yang ditingalkan oleh penjajah dan menjadi penghalang utama kepada Harakah Islamiah di dalam usaha untuk menegakkan kembali daulah islamiah.

No comments: