Tuesday, December 30, 2008

Indahnya Nilai Sebuah Persahabatan

oleh :
Ibnu Mohamad86

"Tidaklah dua orang saling mencintai kerana Allah, melainkan orang yang paling dicintai Allah, diantara keduanya ialah orang yang paling besar cintanya kepada saudaranya." HR. Ibnu Hibban dan Al-Hakim Sahabat... Rasa cinta adalah fitrah manusia. Kerananya, percintaan adalah rentangan waktu kehidupan manusia yang akan mereka lalui dengan keindahan dan haru biru. Cinta yang tulus, insyaAllah akan menyelamatkan manusia dari api neraka yang maha dahsyat panasnya. Cinta tulus, terbesar dan hakiki adalah cinta kepada Allah. Bukhari dan Muslim meriwayatkan sebuah sabda Rasulullah Saw. melalui Anas ra., "Ada tiga perkara yang barangsiapa dalam dirinya terdapat ketiga perkara itu, dia pasti merasakan manisnya iman, iaitu Allah dan RasulNya lebih dicintainya daripada yang lain; mencintai seseorang tiada lain hanya kerana Allah; dan tidak ingin kembali kepada kekafiran setelah diselamatkan Allah sebagaimana dia tidak ingin kalau dicampakkan ke dalam api."( Sahih, riwayat Bukhari dalam Kitab al-Iman no16 dan Muslim dalam Kitab al-Iman no.67 ).

Sahabat...

Sesungguhnya persaudaraan kita merupakan buah dari ketinggian akhlak, dan tafarruq (perselisihan) kita merupakan akibat dari rendahnya akhlak. Akhlak yang bagus membuahkan rasa saling cinta, saling sayang, dan saling memberikan manfaat. Kerana itu, cinta melahirkan ukhuwah. Ukhuwah yang telah digambarkan secara mengharukan oleh Bilal, Amar dan Zaid, atau Umar, Ali dan Utsman, yang bersanding dan bercinta kerana Allah. Kasih sayang diantara mereka merupakan gambaran janin ukhuwah yang dikandung dalam perut iman, dan terlahir dari ibu yang bernama iman. Ukhuwah bererti bersatunya hati-hati yang ruhnya terikat dengan ikatan akidah. Kerananya, persaudaraan adalah bentuk keimanan yang terikat dengan akidah yang amat kuat. Sementara perpecahannya adalah gambaran kekufuran, yang menempatkan keimanan dan kasih sayang di tempat sampah. Oleh kerana itu, manusia yang benar fikrahnya adalah manusia yang melihat saudaranya lebih utama dibanding dirinya sendiri. Jika perkara ini terjadi, ukhuwah akan terasa sangat indah, nikmat, dan manis.

Sahabat...

Persaudaraan dan saling mencintai kerana Allah adalah salah satu ibadah yang paling utama dalam agama kita. Siapapun yang berupaya mewujudkannya, tiada perkara lain baginya kecuali syurga yang maha indah. Rasulullah Saw bersabda, "Barangsiapa bersaudara dengan seseorang kerana Allah, maka Allah mengangkatnya satu darjat di syurga, yang tidak didapatnya dengan sesuatu amalan lainnya". Ibnu Jarir pun meriwayatkan sabda Rasulullah Saw. dari Ibnu 'Abbas ra., ia berkata, "Barangsiapa mencintai seseorang kerana Allah, membenci seseorang kerana Allah, membela seseorang kerana Allah, dan memusuhi seseorang kerana Allah, maka sesungguhnya kecintaan dan pertolongan dari Allah boleh diperoleh dengan perkara tersebut. Seorang hamba tidak akan menemukan nikmatnya iman, sekalipun banyak sholat dan shaum, sehingga dia bersikap demikian. Persahabatan diantara manusia pada umumnya didasarkan atas kepentingan dunia, namun perkara itu tidak berguna sedikitpun bagi mereka."

Sahabat...

Cinta seorang Mukmin adalah kekuatan. Ia bagaikan pelekat yang mengikat batu bata individu Muslim dalam sebuah bangunan yang kukuh dan tidak mudah roboh. Allah Swt. Berfirman; " Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara." Q.S Al-Hujurat : 10 Sementara itu, Rasulullah Saw bersabda, "Mukmin yang satu terhadap Mukmin yang lain itu bagaikan bangunan yang mengikat antara sebagian dengan sebagian yang lainnya."(Mutafaqun alaihi, Bukhari no.459 dan Muslim no.4684).

Sahabat...

Persaudaraan Islam bukanlah suatu permasalahan sampingan dalam Islam, tetapi ia menjadi salah satu prinsip dasar yang menyertai syahadah (persaksian) terhadap keesaan Allah dan kesaksian terhadap kerasulan Muhammad S.a.w. Persaudaraan merupakan buah dan aspek keimanan yang amat sangat indah. Kerana itu, kita harus sama-sama yakin bahawa keindahanNya qadim. KeagunganNya tinggi. Kekuasaan dan penguasaanNya Maha Dahsyat. KeindahanNya berpadu dengan kemuliaan. KeagunganNya berpadu dengan keluhuran. KebesaranNya tidak pernah berakhir. KeindahanNya pesona hati. KeagunganNya meningkatkan cinta. Sungguh, tiada cinta yang hakiki kecuali cintaNya kepada kita sebagai makhlukNya, dan cinta kita kepadaNya. Adakah kita merasakan semuanya? Wallahualam.

Yesterday is history,
Tomorrow’s a mystery,
Today's a gift,That's why we call it the Present.
"Each day I wake in gratitude.
Thanking Allah,He let me riseAnd
To Him I onlySeek His assistance."

Saturday, December 27, 2008

Aku Tinggalkan cinta Kerana Allah

Wahai teman-teman sekalian,

Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa yang saya rasa dan apa yang saya alami sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkari apa yang telah Allah s.w.t tetapkan kepada saya dan kita semua orang yang beriman dengan-Nya. Kisah ini saya khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya sendiri untuk hari-hari kemudian.

Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan disayangi. Walau bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh hati pada seorang wanita. Saya tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping

hidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh

mengingatkan saya kiranya saya terlupa, dan yang paling penting wanita yang amat saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti. Untuk itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup saya, dan dialah orangnya.

Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian tinggi di Petaling Jaya, banyak perkara yang telah saya pelajari. Yang paling penting buat saya ialah, bagaimana saya mula mengenali wanita-wanita dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendah belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang wanita pun dan saya amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelaki dan wanita

kerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelaki

berasrama penuh. Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir beberapa kali.

Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk mengendalikan sebuah organisasi penting di tempat kami belajar.

Ditakdirkan Allah s.w.t, dia menjadi pembantu saya. Dari situlah
perkenalan kami bermula.

Dia seperti yang telah saya ceritakan, bertudung labuh dan sentiasa mengambil berat tentang auratnya terutama stokin kaki dan tangannya. Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya. Dia amat berhati-hati dalam mengatur butir bicaranya, bersopan-santun dalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri dengan iman dan senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman. Suaranya amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya bersuara ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu. Saya melihat dia sebagai seorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya dan maruah dirinya. Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali dia punya teman di sisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjangkan­panjangkan. Saya seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa

punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya, tetapi dengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga. Bagi saya, itulah wajah sebenar seorang wanita solehah. Dia mampu mengingatkan orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu berkata-kata walau sepatah.


Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yang

perlu saya selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semua itu melibatkan dia. Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu siap, saya mengambil peluang untuk berbual-bual dengan dia. Saya bertanya perihal keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di samping saya untuk waktu yang amat sekejap itu. Alhamdulillah dia memberikan respon yang baik dan dari situlah saya mula mengenali dengan lebih dalam siapa sebenarnya pembantu saya ini. Namun, apa yang memang boleh saya nampak dengan jelas, dia amat pemalu dan dia amat kekok semasa bercakap dengan saya. Selepas itu barulah saya tahu, sayalah lelaki pertama yang pernah berbual-bual dengan dia bukan atas urusan rasmi sebegitu. Di situlah saya mula menyimpan perasaan, tapi tidak pernah saya zahirkan sehinggalah saya berada jauh beribu batu dar i padanya.

Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan

menyatakan hasrat saya secara halus agar dia tidak terkejut. Alhamdulillah, dia menerima dengan baik dan hubungan kami berjalan lancar selama empat bulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia. Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan kami dan dialah yang mengingatkan. Dialah yang meminta agar kami mengehadkan mesej­mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungan kami dan bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya.

Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas,

ummi dapat menghidu perhubungan kami. Saya tahu ummi tidak berapa suka anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummi akan menghalangnya. Tetapi perhitungan saya silap, amat silap.


Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahu ummi sudah tahu perihal saya dan ummi tidak suka. Saya tidak pernah menganggapnya sesuatu yang serius sehinggalah ummi bercakap secara peribadi dengan saya pada satu hari. Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang buat saya tak mampu membalas walau sepatah.

"I haven't found any entry in Islam that permit what you are doing right now. I haven't heard from anyone that love before marriage is permitted. But I know there's no relationship between male and female except for what is very important and official between them. So, may I know what kind of relationship you are having now and I want to hear it from your mouth that it is legal in what you have been learning until now."

"Not a single phrase, nor a word."

"My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you can never build it on what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah p.b.u.h has taught us. A happy and blessed family come from Allah, and you don't even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited. You can't have a happy family if Allah doesn't help you so, and you must know in every family that stands until their dying day, they have Allah on their side. You can't expect Him to help you if you did the wrong step from the very beginning."

Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahu kebenaran itu sudah lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawan kehendak nafsu saya sendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa yang dipanggil fitrah, dan apa yang dipanggil sebagai keperluan manusia. Cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam lingkungan yang Allah redha. Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali selepas tali perkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telah saya pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca, tiada satu pun yang menghalalkannya. Saya tahu kebenaran ini sudah lama dahulu, tetapi saya tidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak mampu untuk menundukkan kemahuan hati saya. Dan kata-kata ummi memberikan saya kekuatan untuk bangkit kembali dari kesilapan saya selama ini.

Ummi berkata:

"It' s not me who want you to make a decision like this, but Allah tells you so."

Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia. Dengan kekuatan itulah saya terangkan kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat faham. Walaupun air matanya seakan air sungai yang tidak berhenti mengalir, tetapi dia tahu itulah yang terbaik buat kami. Dia meminta maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah dengan saya, tetapi ummi memberi isyarat, janganlah bimbang. Andai ada jodoh kamu berdua, insya-Allah, Dia akan temukan kamu dalam keadaan yang jauh lebih baik dari sekarang.


Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan hati saya lagi. Hidup saya lebih suci dan saya boleh bercakap kembali tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh perasaan berdosa. Bagi saya, dan dia, inilah saat untuk kami

muhasabah kembali diri kami dan kami betulkan kembali segala kesilapan yang telah kami buat. Inilah saat untuk kami kejar kembali cita-cita kami dan sediakan diri untuk menjadi seorang ibu dan ayah yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi. Inilah masanya kami insafi kembali keterlanjuran kami dahulu dan memohon moga-moga Allah sudi maafkan kami.

Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah. Aku tidak mampu melawan godaan syaitan yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu yang tidak pernah lesu. Ampunkanlah aku.

Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara. Saya telah
berjanji dengan diri saya sendiri, dialah yang akan jadi teman hidup
saya nanti. Sesungguhnya pencarian saya untuk seorang calon isteri

telah berakhir. Insan seperti dia hanya satu dalam seribu. Mana mungkin saya melepaskan apa yang amat berharga yang pernah hadir dalam hidup saya. Insya-Allah, sekiranya Allah s.w.t panjangkan umur, sebaik sahaja saya tamatkan pengajian saya di sini, saya akan kembali ke Malaysia dan melamarnya untuk menjadi permaisuri di hati saya. Insya-Allah, saya akan setia menunggu saat itu, dan saya akan berusaha sedaya-upaya saya untuk mengekalkan kesetiaan saya.

"Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia
sebagai teman dalam hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita


tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu dengan insan yang

seumpamanya."

Siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga adab berjalan antara lelaki dan perempuan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Musa a. s dan puteri Nabi Syuaib a. s beribu-ribu tahun dahulu?

Badar al-Kubra 2

BADAR al-KUBRA

Pengajaran Kepada Umat Islam Kini Dan Akan Datang

Kedua : Kesatuan Kepimpinan

Sebuah kepimpinan mestilah menyatukan bentuk latihan ketenteraan, persenjataan, system pentadbiran, peralatan dan rawatan, juga mengumpulkan segala maklumat mengenai musuh-musuh, melakukan tarbiyyah lapangan untuk menjamin wujubnya kerjasama jamaah dalam keadaan apa jua pun.

Tanpa kepimpinan bersama (bersatu) para penjuang islam tidak mampu untuk berjuang untuk membantu menjaga kepentigan umat islam daripada Timur hingga ke Barat. Bahkan sebaliknya, sebahagian akan berjuang dan sebahagian yang lain akan duduk untuk memerhati daripada jauh sahaja.

Sebagaimana orang-orang arab mempunyai kesatuan didalam kepimpinan sebagaimana yang diputuskan pembentukannya didalam sidang kemuncak arab pertama di Kahirah diantara 13 hingga 17hb. Januari 1964. Akan tetapi orang arab sendirilah telah membunuh kepimpinan selepasnya, ia mati ketika mana orang-orang arab sangat-sangat memerlukannya didalam peperangan menghadapi musuhnya Zionisme ( tentera Yahudi ).

Untuk umat islam sedunia, setiausaha agung badan Dunia Islam mampu berusaha membentuk kepimpinan bersama islam yang mampu untuk mempertahankan kesatuan islam diseluruh dunia dengan menyatukan kekuatan persenjataan. Tetapi in semua tidak pernah berlaku dalam dunia islam pada masa kini lagi.

Didalam peperangan Badar al-Kubra, kepimpinan bersama umat islam sangat berkesan bagi meraih kemenangan daripada orang musyrikin mekah. Sementara itu ketiadaan kepimpinan bersama orang musyrikin didalam peperangan tersebut telah mengakibatkan kekalahan besar mereka walaupun secara menonjol kekuatan mereka mengatasi kekuatan tentera muslimin dari segi kelengkapan persenjataan dan bilangan tentera.

Buat orang islam sekarang mereka tiada pilihan lain melainkan mereka mesti membentukk sebuah kesatuan kepimpinan bagi mengubah keadaan sekarang kepada keadaan yang lebih baik lagi.

Ketiga : Perancangan ( peperangan ) bentuk baru.

Sebagai umat islam kita perlu membentuk satu perancangan peperangan bercorak baru yang memerlukan segala bentuk kemahiran dan kepakaran didalam bidang tersebut yang mana kita perlu meneliti serta mengkaji dengan tekun, teliti dan sabar kerana pengetahuan tentang ketenteraan sekarang menjadi banyak cabang dan sangat luas.

Apabila kita tiada kajian dan ketelitian didalam bidang ketenteraan dan perancangan masa depan sudah pasti kita akan mundur dan menjadi sebuah Negara yang ditindas oleh Negara-negara barat. Sebagaimana yang dapat kita lihat sekarang angkatan bersenjata Negara islam hanya mengamalkan corak ketenteraan mengikut cara barat dan ada setengah yang lain hanya mengikut corak ketenteraan corak timur sahaja sehingga tidak kelihatan sebuah Negara islam pun yang mengamalkan corak ketenteraan mengikut corak yang dilandaskan oleh syariat islamiyyah.

Sebaiknya ketenteraan umat islam kembali kepada ketenteraan mengikut cara yang ditetapkan oleh islam yang mana sebaik sahaja kita mengunakan ketenteraan mengikut cara islam sudah pasti corak inilah yang lebih baik daripada corak barat dan timur. Yang mana dengan corak ini sahajalah yang akan member kemenangan kepada umat islam.

Jadi wajiblah bagi kita supaya kembali kepada doktrin ketenteraan islam yang mana tumbuh daripada agama yang mengawal segala sudut ketenteraan dan pentadbiran islam. Jikalau kita melihat sebagaimana pergerakan komunis sudah pasti islam jauh lebih baik daripada komunis itu sendiri yang mana akan mengorbankan sesiapa sahaja untuk mencapai matlamat mereka yang berkepantingan keduniaan semata-mata.

KeEmpat : Kekukuhan Akidah

Kemenangan baginda Rasulullah s.a.w tanpa ragu-ragu adalah merupakan kemenangan akidah, demikian juga kemenangan menduduki kota mekah dan dikebanyakan peperangan. Ini adalah kerana orang yang mempunyai akidah ialah orang yang mempunyai matlamat didalam kehidupan mereka.

Manakala orang yang tidak mempunyai akidah ialah orang yang tidak mempunyai matlamat kehidupan sebagaimana orang dizaman jahiliyyah yang mana kehidupan mereka berpecah belah dan sentiasa berperang hanya kerana perkara yang remeh dan temeh.

Apabila islam datang, ia Berjaya menyatukan mereka, mengatur barisan dan persaudaraan diantara mereka, pada pedang mereka hanya dihalakan kepada musuh bukan kepada diri sendiri sehingga mereka Berjaya menakluki Rom dan Parsi dua buah kerajaan yang besar.

Tetapi apabila orang islam mula meninggalkan akidah mereka maka larilah kemenangan daripada mereka satu demi satu, sehingga akhirnya mereka menjadi hamba didalam rumah mereka sendiri.

Pada zahirnya, walaupun sebahagian besar orang-orang islam itu tidak meninggalkan islam tetapi pada prektikalnya mereka telah meninggalkan islam, iaitu islam harakah, islam berjihad dengan jiwa raga dijalan Allah taala dengan harta, jasad dan segala yang mereka ada sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w :

تركتم الجهاد سلط الله عليكم ذلا لا ينزعه حتى ترجعوا إلى دينكم

Maksubnya :” Apabila kamu meninggalkan jihad, Allah taala akan selubungkan keatas kamu kehinaan yang tidak akan tinggal sehinggalah kamu kembali kepada agama kamu “. (Sahih, lihat sahih wal dhaif jamiul saghir no.424 jil 1 m/s 424 ).

Saturday, December 20, 2008

Badar al-Kubra 1

BADAR al-KUBRA

Pengajaran Kepada Umat Islam Kini Dan Akan Datang

Oleh :

Ibnu Mohamad86

Peperangan merupakan satu jalan jihad yang difardhukan oleh Allah taala terhadap umat islam untuk melindungi diri daripada musuh mereka, sebagaimana yang terjadi didalam banyak peperangan didalam islam. Peperangan Badar adalah peperangan penentu untuk tersebarnya ajaran islam di alam maya ini. Saya tertarik untuk menulis artikal ini selepas membaca buku Ma`rifatul Badar al-Kubra al-Hasyimah-ibaratul khas al-Muslimin wal mustaqbal yang dikarang oleh Liwa` Rukun Mahmood syeik Khattib salah seorang tentera Negara arab yang mempunyai gaya tersendiri didalam tulisan beliau.

Buku ini beliau tuliskan untuk menyedarkan masyrakat Arab islam supaya kembali kepada islam, iaitu dirinya bagi menebus kembali kegagalan itu kerana mereka tiada pilihan lain yang lebih baik daripadnya. Tulisan ini juga merupakan reaksi terhadap kekalahan Umat Arab terhadap kekalahan didalam peperangan 1967 dengan Israel dimana sebahagian daripada tanah arab termasuk masjid al-Aqsa jatuh ketangan makhlut la`natullah bani Yahudi.

Sejarah Badar telah menjadi satu kewajipan bagi setiap penceramah dan tenaga pengajar menceritakan hal berlakunya peristiwa hidup dan mati agama islam. Sentiasa peristiwa ini akan disebut setiap kalinya datang bulan Ramadhan setiap tahun. Begitulah Allah sentiasa memuliakan para pejuang Badar sehingga keakhir zaman. Ingatlah ketika mana Allah taala berfirma :

Dan Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan Dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu) “.( surah Ali Imran 123 ).

Yang mana Rasulullah s.a.w bersabda :” Ya Allah, jika musnahlah kumpulan ini engkau tidak akan disembah lagi diatas muka bumi ini “.

Tentara islam pada waktu itu seramai 313 orang atau 314 orang yang mana lawannya seramai 3000 orang. Mungkin perkara kemenangan tentera islam adalah diluar jangkaan kerana bilangan mereka sedikit, tetapi bilangan tidak menentukan kemenangan sebagaimana firman Allah taala :

Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan Yang sedikit berjaya menewaskan golongan Yang banyak Dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang Yang sabar ". ( surah al-Baqarah 149 ).

Bukan atas dasar kekuatan ketenteraan mereka menang, tetapi atas dasar ketaqwaanlah mereka telah menang dengan bantuan Allah taala dengan Allah menghantar tenteranya untuk berjuang bersama tentera islam. Begitu juga kita, adakah kita takut untuk berjuang ketika mana Amerika, Israel dan barat mempunyai kekuatan persenjataan? Kalaulah ketakutan kita ini berpanjangan selama manakah kita akan terus ditindas dan siapakah akan menjadi Umar al-Khattab? Siapakah yang akan menjadi Salahuddin al-Ayubi? Mereka membabaskan tanah suci kita daripada musuh-musuh kita. Saudara-saudaraku, dimanakah kita ketika mana HAMAS berjuang membebaskan Palestin daripada Yahudi? Disini bukan saya ingin mengajak saudara ke Palestin untuk berperang, tetapi ingin mengajak diri saya dan seluruh umat Islam di Malaysia supaya berjuang untuk menjadikan islam sebagai wadah kepimpinan Negara, seterusnya mengorak langkah membentuk daulah islamiyyah didunia ini. insyaAllah..

Apakah pengajaran yang dapat kita ambil daripada peperangan Badar al-Kubra? Tauladan pengajaran daripada peristiwa tersebut dibahagikan kepada 4 bahagian :

1- Pembinaan Umat Islam.

2- Kesatuan Kepimpinan.

3- Perancangan ( peperangan ) bentuk baru.

4- Kekuatan aqidah islamiyyah.

Tauladan Peristiwa Badar Kepada Orang Islam Sekarang Dan Akan Datang

Pengkajian yang cermat dan teliti tentang peristiwa badar merupakan satu keperluan penting kepada umat islam hari ini dan akan datang. Tauladan yang baik terhadap individu, Jamaah, pemerintah dan rakyat. Ia seolah-olah perutusan daripada langit yang datang daripada alam ghaib yang memandu dan membawa umat menuju jalan-jalan kemulian dan kemenangan sebagaimana yang dikecapi oleh generasi pertama islam ketika peristiwa bersejarah Badar al-Kubra. Sebelum peperangan itu mereka hina dan tercela, sentiasa ditindas dan diseksa yang diluar pemikiran akal sihat manusia.

Hari ini, musuh umat islam semakin bertambah banyak, ancama mereka semakin hebat, kesatuan mereka payah untuk di musnahkan untuk menghadapi jamuah hidangan yang lazat iaitu umat islam seluruh dunia. Bukan kerana umat islam itu sedikit, tetapi mereka ramai tetapi jiwanya kosong daripada ajaran islam dan roh jihad. Mereka terlalu cintakan kehidupan keduniaan dan terlalu takut kepada mati, mereka juga alpa dengan banyaknya hiburan. Mereka menjadi hina ketika berhadapan dengan musuh, sanggup menyembah musuh di Negara mereka sendiri. Mereka menjadi rendah diri terhadap musuh-musuh mereka, kehinaan yang tiada ukurnya dikalangan masyarakat antarabangsa.

Umat islam diancam bukan sahaja musuh daripada luar, bahkan dikalangan mereka sendiri yang menjadi musuh yang mana telah saya jelaskan pada artikal yang bertajuk “ rintangan dalam kehidupan pendakwah “ yang telah lepas.

Musuh-musuh islam tidak pernah bersatu sebagaimana bersatunya mereka menentang umat islam, dimana mereka sanggup bertolak ansur didalam kepentingan mereka bertujuan hanya untuk memusnahkan umat-umat islam seluruhnya. Jadi apakah tauladan peristiwa badar kepada umat islam sekarang dan akan datang? Tak lebih atau kurang sebabnya ialah :

Pertama : Pembinaan Umat Islam :

Pemimpin-pemimpin islam khususnya, umat islam daripada kalangan berbagai bangsa umumnya wajiblah belajar daripada panglima Rasulullah s.a.w bagaimana hendak membentuk manusia muslim. Apabila baginda dipanggil menemui Allah taala, baginda telah meninggalkan pengganti dibelakangnya khalifah-khalifah, pemerintah tentera, pemimpin pentadbiran dan politik, ulama-ulama dan pengikut mereka yang belum pernah ditinggalkan oleh seorang pun pemimpin sebelum dan selepas baginda sekumpulan manusia yang teguh keimanannya, teguh amanahnya, kuat ibadatnya, tinggi kepandaiannya, dan sebagainya yang menjadikan agama islam sebuah agama yang bertamadun yang tidak pernah bagi mereka takut akan kematian, tidak juga temak terhadap harta benda, tidak sesekali lalai dengan tuntutan kedunian, lahir padanya generasi yang hebat yang hanya mencintai kematia dan Allah sahaja menjadi matlamat hidup mereka.

Lahir daripada madrasah Rasulullah s.a.w. pemimpin yang lebih miskin daripada rakyat, pejuang yang berdisiplin yang tinggi yang mana mereka berpegan teguh dengan kesatuan, sentiasa mendengar dan patuh, cintakan syahid dan berani mati demi menegakkan agama islam yang tercinta.

Pelajar-pelajar yang lahir daripadanya sentiasa menjadi ikutan dan tauladan sepanjang zaman yang mana belum pernah ada orang yang sebelum dan selepas baginda mereka yang mampu membina satu generasi yang berkauliti. Zaman generasi ini menjadi ingatan sepanjang zaman yang tidak pernah sejarah manusia mengukir akan kehebat sejarah kecuali apa yang mereka lakukan.

Sejak kedatangan islam hingga kehari ini, orang-orang islam diperintah oleh beberapa khalifah, ketua-ketua Negara, ataupu presiden. Daripada mereka ini beberapa pemimpin yang telah merakam kepimpinan mereka dengan tinta emas kerana telah membangunkan Insan Muslim yang bertaqwa kepada Allah taala. Manjadi panduan dan rujukan didalam perbagai bidang sehingga kehari in dan masa akan datang.

Jikalau kita bandingkan kepimpinan mereka dengan kepimpina sekarang banyak bezanya , jauh bezanya antara langit yang tidak bertiang dengan bumi yang terbentang luas.

Jika kita lihat terhadap mereka yang meruntuhkan manusia muslim bagi memenuhi kepentingan peribadi dan keluarganya telah mati sebelum sampai ajalnya, apabila sejarah mereka disebut tidak ada seorang pun yang mengaguminya bahkan hanya mencela terhadap mereka ini sebagai balasan yang setimpal dengan kejahatan yang mereka lakukan.

Untuk mencapai sebagaimana yang dilahirkan oleh madrasah Rasulullah s.a.w bukanlah sesuatu yang mudah terutama sekali melupakan kepentingan demi kepentingan ummah. Ia merupakan usaha yang payah dan memerlukan satu pengorbanan yang besar untuk mencapai cita-cita tersebut demi melahirkan seorang pemerintah yang berjiwa rakyat, bukan bertujuan untuk pengampu-pengampunya dan kepentingan dirinya sahaja. Benarlah sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w :

Sesiapa yang memberikan tugas kepada seseorang daripada satu kumpulan, sedangkan dikalangan mereka ada orang yang Allah lebih suka, maka sesungguhnya orang itu telah megkhianati Allah dan Rasulnya serta orang muslimin keseluruhannya “. ( Sahi, diriwayatkan oleh al-Hakim dalam Mustdraknya no.7123 dan juga lihat Mukhtasar Syarah al-Jami`ul Saghir, an-Nawawi m/s 278 ).

Sukarnya Istiqamah

Sukarnya Istiqamah Mempertahankan Kebenaran

oleh :

Dr MAZA

Perkara yang amat sukar dalam hidup ini adalah istiqamah atas kebenaran. Istiqamah bermaksud berdiri teguh sepanjang masa berada atas kebenaran dan petunjuk, tanpa berpaling ke kiri atau ke kanan. Kata Saidina ‘Umar bin al-Khattab:

“Istiqamah itu kamu berdiri terus mematuhi suruhan dan larangan Allah tanpa berubah­ubah seperti musang” (Ibn Qayyim, Tahzib Madarij al-Salikin, 2/528, Beirut: Muassasah Fuad).

Inilah perkara yang ringkas disebut, berat untuk dilaksanakan dalam hidup. Jadi, istiqamah mempertahankan kebenaran bererti sentiasa berdiri teguh menegakkan kebenaran dalam apa keadaan sekalipun.

Mempertahankan kebenaran secara istiqamah bukanlah tugas yang ringan. Sekalipun ramai yang pandai berceramah atau berslogan sakan tentang kewajipan dan amanah berdiri teguh atas kebenaran, tetapi belum tentu yang berceramah itu sanggup menghadapi badai cabaran pada setiap musim. Jika ada yang sanggup mempertahankan kebenaran dalam beberapa keadaan, malangnya apabila tiba waktu tertentu dia gugur dan layu.

Ada yang lantang mempertahankan kebenaran bukan kerana kebenaran itu dituntut, tetapi kerana merasakan ‘pasaran’ tajuk tersebut laris untuk dilelong, maka dia pun sakan berkempen. Sehingga sekali pandang seakan dia pejuang kebenaran.

Malangnya, apabila tiba pada masa kebenaran itu tidak mendapat sambutan, dia pun menyembunyikan diri dan lari. Bahkan lebih buruk lagi, dia pun mungkin akan bersekongkol dalam menyindir atau menentang kebenaran.

Insan yang beristiqamah tidak sedemikian rupa. Dia akan mempertahankan kebenaran di kala orang ramai suka dan tidak suka. Di kala kebenaran diterima ramai, atau ditolak orang. Tanpa mengira, samada mempertahankan kebenaran itu mengundang untung, atau rugi. Samada dia disukai kerananya, atau dibenci.

Kebenaran adalah kebenaran. Dia tidak akan menukarkan kebenaran dengan kebatilan hanya disebabkan kepentingan habuan yang diharapkan, atau pangkat yang diidamkan.

Ramai insan yang telah mengorbankan kebenaran kerana sayangkan hartanya. Ada yang menolak kebenaran hanya kerana pangkat yang dipegangnya. Bukan kerana mereka tidak tahu yang benar itu benar.

Justeru itu Allah mengingatkan Bani Israil yang merupakan kaum yang mengetahui kebenaran yang pernah turun kepada Nabi Musa a.s. Mereka sepatutnya menjadi orang yang awal beriman dengan Nabi Muhammad s.a.w. kerana mereka memahami kebenaran. Malangnya mereka menolak, atas kepentingan.

Firman Allah: (maksudnya)


“Wahai Bani Israil! Kenangkanlah kamu akan segala nikmat yang telah Aku berikan kepada kamu, dan sempurnakanlah perjanjian (kamu) denganKu, supaya Aku sempurnakan perjanjianKu Dengan kamu; dan kepada Akulah sahaja hendaknya kamu merasa gerun. Dan berimanlah kamu dengan apa yang Aku turunkan (Al-Quran) yang membenarkan kitab yang ada pada kamu, dan janganlah kamu menjadi orang yang mula-mula kafir (engkar) dengannya; dan janganlah pula kamu menjadikan ayat-ayatKu (sebagai harga untuk) membeli perkara-perkara yang murah; dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu bertaqwa.Danjanganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya ”. (Surah al-Baqarah, ayat 40-42).

Maka tidak hairanlah, betapa ramai golongan agama dalam dunia ini yang kerana diberi pangkat ‘mufti’ atau ‘kadi’ atau ‘pengarah itu dan ini’ lalu mereka mendiamkan tanpa menegur kesalahan yang nyata di depan mata sedangkan mereka mampu. Bukan mereka tidak tahu, namun mereka bimbang jawatan mereka dikacau orang. Padahal, dengan jawatan yang diberikan, banyak perkara yang dapat ditegur dan dibetulkan. Namun mereka mendiamkan diri bagaikan ada butiran permata dan berlian yang tersimpan.

Sebenarnya, bukan permata atau berlian yang tesimpan di lisan, tetapi jawatan yang tersimpan dalam perasaan. Bak kata lirik: “Hendak mati di hujung kuku, hendak berkubur di tapak tangan ”. Mungkin jika lirik itu digubal semula maka jadinya: “Hendak mati di atas kerusi, hendaklah berkubur dalam jawatan ”. Apa tidaknya, sesetengah jawatan itu ada kereta khas, pejabat yang besar dan gaji yang besar.

Sepatutnya fungsinya pun besar. Namun, ramai yang berpangkat hanya hebat kerana pangkatnya, tidaklah pula rakyat tahu apakah fungsinya yang telah dimainkan sesuai dengan gaji yang besar yang kaut dengan selesa itu. Jika dibuang pangkatnya, lalu dinilai ucapan, pemikiran, tulisan, bahkan ilmunya, kelihatan tidak lebih, bahkan mungkin kurang daripada sebahagian orang awam yang lain.

Sukarnya untuk kita meminta mereka seperti itu mempertahankan kebenaran sehingga mengorbankan ‘kemeriahan harta’ yang sedang mereka perolehi. Bukan sahaja mereka, ramai yang lain di kalangan manusia yang hanya kerana beberapa kerat harta, atau wang, atau idaman yang dijanjikan, kebenaran diketepikan. Jika mereka tidak tentang pun, mereka diam, sehingga kebenaran itu mati.

Beristiqamah dalam mempertahankan kebenaran bererti seseorang bersedia untuk menanggung risiko sekalipun pahit dan getir. Sanggup dipukul gelombang anti-kebenaran sekalipun menyebabkannya terdampar jauh tersisih ke dataran yang sangat asing. Istiqamah mungkin menyebabkan hilangnya pangkat dan harta.

Namun, kebenaran tidak boleh dijual beli. Itulah jalan para nabi a.s. sepanjang zaman. Para pengikut nabi juga, wajib menyelusuri jalan ini. Di sini kita lihat, besarnya peranan istiqamah dan tidak hairanlah mengapa Allah menjanjikan balasan yang besar kepada mereka yang beristiqamah.

Firman Allah:

“Sesungguhnya orang-orang yang berkata (menegaskan keyakinannya): “Tuhan Kami ialah

Allah”, kemudian mereka istiqamah (tetap teguh di atas jalan yang betul), akan turun


malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham):“Janganlah kamu bimbang dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu. Kamilah penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat; dan kamu akan beroleh - pada hari akhirat - apa yang diingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh - pada hari itu - apa yang kamu cita­citakan mendapatnya. (Pemberian-pemberian yang serba mewah itu) sebagai sambutan penghormatan daripada Allah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani! Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, serta dia sendiri mengerjakan amalan yang soleh, sambil berkata:“Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!” (Surah Fussilat, ayat 30-33).

Kebenaran itu tidak pernah mengenali pangkat, puak, parti, gelaran dan warna kulit. Kebenaran tidak mempunyai identiti daerah, atau negeri atau bangsa atau keluarga. Kebenaran itu tetap kebenaran berdasarkan apa yang ditunjukkan oleh Allah dan RasulNya.

Istiqamah mempertahankan kebenaran bererti terus menegakkan kebenaran tanpa mengira pangkat, atau gelaran atau kedudukan atau puak. Ini tidak dapat dilakukan oleh mereka yang bersifat hizbiyyah (kepuakan). Samada ekstrimis parti ataupun kumpulan atau mazhab, atau organisasi tertentu akan gagal beristiqamah apabila tiba giliran kesalahan itu berada di puak mereka.

Ramai tokoh-tokoh yang bersifat hizbiyyah ini akan lantang menghentam dan mengkritik kemungkaran yang lakukan oleh musuh-musuh mereka. Malang sekali, apabila perkara yang sama dilakukan oleh ‘orang mereka’ atau ‘pemimpin mereka’ atau ‘parti mereka’ mereka akan mendiamkan diri.

Kita boleh lihat gelagat parti-parti politik dalam negara kita ini pun. Ada perkara yang dihukum haram atau sesat pada masa lepas, didiamkan sahaja pada hari ini apabila mereka terjerumus sama. Ada pula perkara yang dianggap salah dan tidak bermoral lalu ditentang habis-habisan, tiba-tiba hari ini mereka atau parti mereka pula melakukannya atau mengiktirafnya.

Maka kita tidak hairan jika golongan yang seperti ini bermakian antara satu sama lain pada hari ini. Mungkin besok lusa, atau setahun dua lagi mereka berpelukan dengan mesra sekali. Padahal kedua-dua pihak belum pun mengubah prinsip atau masih atas ‘mazhab lama’, tetapi segala dosa dan nista dapat dilupakan kerana ‘kita sudah geng’ dalam politik.

Jika ada yang mengumpulkan keratan akhbar beberapa tahun dahulu, lalu dibandingkan dengan pendirian politik pada hari ini, akan melihat betapa berbeza perkataan dan penilitian. Bukan sahaja dalam soal remeh temeh, bahkan soal-soal prinsip mereka pun, sudah ramai yang berubah. Jika perubahan itu ke arah positif, kita alu-alukan. Tetapi jika ia bagaikan musang, bak kata Saidina ‘Umar, itu amat mendukacitakan.

Namun, janganlah pula kita hairan, jika setahun dua lagi orang-orang politik yang berkasih sayang pada hari ini, tiba-tiba akan akan berperang kembali antara satu sama lain. Segala kesalahan semasa ‘persahabahatan’ dahulu akan diungkit kembali, dan segala yang didiamkan akan dibising semula.


Hal ini berbeza dengan mereka yang istiqamah. Dalam menegakkan kebenaran tidak pernah mengira samada kawan atau lawan. Parti sendiri atau parti musuh. Seagama, atau berlainan agama. Ini prinsip yang luhur dan telus. Atas prinsip ini jugalah orang-orang bukan Islam dapat hidup dengan aman di bawah pentadbiran Islam. Perbezaan agama tidak pernah menghalang untuk para pemerintah Umat Islam yang adil seperti al-Khulafa’ al-Rasyidin menegakkan kebenaran. Sekalipun dalam membela mereka terpaksa menghukum orang Islam yang bersalah.

Malang dalam dunia aliran buta fakta, celik lambang puak dan kumpulan, berpendirian bagi mereka diukur dengan kesetiaan kepada parti atau kumpulan, atau mazhab sekalipun ternyata dalam perkara yang silap atau salah. Terus setia tanpa bantahan sekalipun atas kesalahan dianggap sebagai istiqamah atau teguh pendirian. Sementara sesiapa yang menyokong atau mengkritik pandangan-pandangan pemimpin atau tokoh berdasarkan fakta dan alasan yang dikemukakan dianggap tidak berpendirian.

Paksi kebenaran bagi mereka adalah tokoh, kumpulan, puak, parti bukan fakta dan alasan. Inilah asabiyyah yang sebenar. Nabi s.a.w pernah bersabda:

“..Sesiapa yang berperang di bawah rayah ‘immiyyah (bendera kebutaan) dan menyeru kepada ‘asabiyyah atau marah kerana ‘asabiyyah maka kematiannya adalah jahiliyyah ”. (Riwayat Muslim, al-Nasai dan Ibn Majah).

Kata al-Sindi (meninggal 113 8H) dalam mensyarahkan hadis-hadis Sunan Ibn Majah:

“Bendera kebutaan adalah kiasan kepada suatu puak yang berhimpun atas suatu perkara yang tidak diketahui sama ada benar atau batil”. (Al-Sindi, Syarh Ibn Majah, 4/326 Beirut Dar al-Ma’rifah).

Bimbang takut dikatakan tidak berpendirian, maka ramai insan dalam negara ini yang mengambil sikap sangat berpihak. Mereka kehairanan jika ada sesiapa yang bercakap atas kebenaran tanpa melihat kepada warna kumpulan atau parti, sebaliknya atas kebenaran dan fakta. Mereka tertanya: “kenapa awak sekejap menyokong kami, sekejap tidak? Ini tidak berpendirian namanya ”.

Mereka lupa, paksi pendirian itu sepatutnya diukur dengan alasan yang dipegang oleh seseorang. Bukan kumpulan yang disokong. Jika seseorang asyik menyokong kumpulannya sahaja tanpa bertanya samada benar ataupun salah, maka itu namanya ‘pak turut’ atau ‘taklid buta’. Golongan inilah yang sepatutnya dihukum tidak berpendirian.

Malanglah, jika ukuran telah terbalik, maka bak sabda Nabi s.a.w:

“Sesungguhnya sebelum kedatangan dajjal-dalam riwayat yang lain:sebelum kiamat­adanya tahun-tahun yang penuh tipu daya. Ketika itu didustakan orang yang benar, dianggap benar orang yang dusta, dianggap khianat orang yang amanah, dianggap amanah orang yang khianat..” (Hadith ini diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad, Abu Ya’la, al-Bazzar, Ibnu Majah, al-Kharaiti, dan al-Hakim. Al-Hakim menyatakan isnadnya sahih.dan ini disetujui oleh Al-Zahabi).


mampu mneyelamatkan manusia dari jatuh ke lembah penyelewengan hidup. Prinsip yang goyah dipukul badai, dan tidak lapuh dek panas mentari.

Dalam hadis Muslim, Sufyan bin Abdillah r.a. pernah bertanya Rasulullah s.a.w: “Wahai Rasulullah, beritahuku dalam Islam ini satu perkataan yang aku tidakperlu bertanya sesiapa selain engkau ”. Jawab Nabi s.a.w: “Katakan: aku beriman dengan Allah, kemudian kamu beristiqamahlah ”.

Tuesday, December 16, 2008

Pesananku

Terkadang ada saat-saat dalam hidup ketika engkau merindukan seseorang begitu dalam, hingga engkau ingin mengambilnya dari angan-anganmu, lalu memeluknya erat-erat!
Ketika pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain terbuka; tetapi, seringkali kita memandang terlalu lama pada pintu yang tertutup hingga kita tidak melihat pintu yang lain, yang telah terbuka bagi kita.
Jangan percaya penglihatan; penglihatan dapat menipu. Jangan percaya kekayaan; kekayaan dapat sirna. Percayalah pada dia yang dapat membuatmu tersenyum,sebab hanya senyumlah yang diperlukan untuk mengubah hari gelap menjadi terang.Carilah dia, yang membuat hatimu tersenyum
Angankan apa yang engkau ingin angankan; pergilah kemana engkau ingin pergi; jadilah seperti yang engkau kehendaki,sebab hidup hanya satu kali dan engkau hanya memiliki satu kesempatan untuk melakukan segala hal yang engkau ingin lakukan.Semoga engkau punya cukup kebahagiaan untuk membuatmu tersenyum,cukup pencobaan untuk membuatmu kuat,
cukup penderitaan untuk tetap menjadikanmu manusiawi, dan cukup pengharapan untuk menjadikanmu bahagia.
Mereka yang paling berbahagia tidaklah harus memiliki yang terbaik dari segala sesuatu;mereka hanya mengoptimakan segala sesuatu yang datang dalam perjalanan hidup mereka.Masa depan yang paling gemilang akan selalu dapat diraih dengan melupakan masa lalu yang kelabu; engkau tidak akan dapat maju dalam hidup hingga engkau melepaskan segala kegagalan dan sakit hatimu
Ketika engkau dilahirkan, engkau menangis sementara semua orang di sekelilingmu tersenyum.
Jalani hidupmu sedemikian rupa, hingga pada akhirnya engkaulah satu-satunya yang tersenyum sementara semua orang di sekelilingmu menangis.
Kirimkan pesan ini kepada mereka yang berarti bagimu (aku baru saja melakukannya);kepada mereka yang menyentuh hidupmu dengan suatu atau lain cara; kepada mereka yang membuatmu tersenyum ketika engkau sungguh memerlukannya; kepada mereka yang membuatmu melihat sisi baik dari segala hal ketika engkau jatuh; kepada mereka yang persahabatannya engkau hargai; kepada mereka yang begitu bererti dalam hidupmu.
Jika engkau tidak mengirimkannya, janganlah khawatir,tak ada hal buruk yang akan menimpamu;hanya saja engkau kehilangan satu kesempatan untuk menyemarakkan hari seseorang dengan pesan ini!!!Jangan hitung tahun-tahun yang lewat,hitunglah saat-saat yang indah &.Hidup tidak diukur dengan banyaknya napas yang kita hirup;Melainkan dengan saat-saat di mana kita menarik nafas bahagia

Saturday, December 13, 2008

Rintihan Hati

Oleh :

Dr. Ikmal

Ada orang menyangka ibadah itu sekadar rukuk dan sujud di tikar sembahyang. Atau mengalunkan ayat-ayat Al Quran dengan penuh khusyuk dan tawadhuk. Atau menggentel biji tasbih dengan berzikir dan bertahmid. Atau sekadar membahagi-bahagikan harta kepada fakir miskin.

Ibadah itu luas pengertiannya. Seluas lautan yang tak bertepi. Ibadah tidak terbatas pada sembahyang sunat berpuluh-puluh rakaat. Ia tidak terbatas pada puasa sunat seperti puasa Nabi Daud; sehari berpuasa sehari berbuka. Pun tidak dikhususkan kepada membayar zakat, menunaikan haji dan sebagainya.

Ibadah adalah pengabdian diri kepada Allah. Dan antara bentuk pengabdian diri yang tidak ketara dan tidak perlu mengeluarkan tenaga ialah ingatan hati dan rintihan hati kepada Allah. Ia merupakan ibadah yang besar nilainya di sisi Allah. Mudah tetapi tidak ramai yang mampu melakukannya.

Mengingati Allah dikira ibadah kerana ia menandakan seorang hamba itu benar-benar berhati hamba. Hamba yang tak punya apa-apa. Yang sewaktu datang ke dunia, tak membawa walau seurat benang di tubuh. Justeru hati sentiasa ingat kepada Yang Maha Pencipta, sentiasa mengharap bantuan-Nya dan sentiasa bergantung kepadaNya. MengingatiNya menimbulkan rasa syukur atas segala nikmat kurniaanNya.

Namun berapa kerat di antara kita yang ingat akan Allah. Ramai yang lalai dan lupa. Dalam sembahyang, fikiran menerawang entah ke mana. Apatah lagi di luar sembahyang. Renungilah sabda kekasihNya dalam sebuah hadis Qudsi yang bermaksud:

“Wahai anak Adam! Jika engkau ingat kepadaKu, Aku juga tetap ingat kepadamu. Dan jika engkau lupa kepadaKu, Aku masih ingat terus kepadamu. Apabila engkau taat kepadaKu, maka pergilah ke mana saja yang engkau suka, di tempat engkau mematuhiKu dan Aku mematuhimu, dan engkau mengikhlaskan kecintaanKu kepadamu, kemudian engkau memalingkan diri daripadaKu, sedang Aku tetap mengambil berat terhadapmu. Siapakah yang memberimu makan sewaktu engkau masih janin di dalam perut ibumu. Aku tetap menguruskan segala keperluanmu dengan baik, sehingga terlaksana semua takdirKu terhadapmu. Apabila Aku lahirkan engkau ke alam dunia, engkau lalu membuat maksiat. Bukan begini sewajarnya balasanmu terhadap siapa yang berbuat baik kepadamu.”

Memang wajar kita mengingati Allah yang telah banyak memberi nikmat kepada kita. Allah yang sentiasa ingat akan kita. Yang terus saja memerhatikan kita. Yang terus mengasihani kita. Yang terus memberi rezeki kepada kita walaupun Dia seringkali diderhakai.

Dengan apa patut kita balas nikmat Allah yang terlalu banyak itu. Ibarat orang yang sedang bercinta, cukuplah asal dikenang atau diingati orang yang dicintai. Begitu juga dengan Allah. Ingatlah Dia kemana kita pergi. Ingat akan Allah bukan semestinya di tikar sembahyang saja. Biar tubuh bersama manusia tetapi hati bersama Allah. Agar setiap detik kita sentiasa dalam ibadah. Rasulullah bersabda yang maksudnya:

“berfikir sesaat itu lebih baik daripada sembahyang sunat seribu rakaat (yang tidak khusyuk).”

Demikian keutamaan bagi orang yang sentiasa berfikir tentang kebesaran Allah. Akal yang berfikir akan meruntun hati agar sentiasa ingat kepada Allah. Apabila hati selalu mengingatiNya, terasa betapa hampirnya Allah dengan kita. Hati akan selalu bermunajat dengan Allah; menginsafi kelemahan diri, lantas mengharap belas kasihan Allah kepada kita yang terlalu banyak berbuat dosa. Hati merintih dan mengharap rahmat Allah yang maha luas itu. Datanglah perasaan betapa hinanya diri yang berasal dari setitik air mani. Tanpa rahmatnya tinggallah kita dalam kehinaan selama-lamanya.

Rintihan hati inilah tanda kita hamba yang tak punya kuasa apa-apa untuk menghalang kudrat dan iradahNya. Tak berupaya menepis Qadak dan QadarNya. Hanya belas kasihan Allah yang diharapkan dapat menjauhkan diri daripada segala bala bencana. Hati yang tidak pernah ingat, apalagi merintih kepada Allah, adalah hati seorang tuan.

Adakalanya segaja Allah timpakan ujian yang berat ke atas hambaNya. Ketika itu hati si hamba akan merintih walaupun bibir boleh mengukir senyum. Kadang-kadang ujian datang silih berganti; seolah-olah Allah tidak mendengar rintihan hati hambaNya.

Sebenarnya, Allah rindu untuk mendengar rintihan hati si hamba. Tanpa ujian, hati tidak ingat Allah dan ia berasa tenteram, hingga hilanglah rasa kehambaan daripada dalam diri. Lalu kerana itu, Allah datangkan ujian silih berganti agar rintihan hati si hamba tidak terputus kepada Tuhannya.

Hukama berkata: “Allah lebih suka mendengar rintihan hamba yang berdosa (termasuk rintihan hati) daripada seorang abid yang duduk beribadah.”

Demikian tingginya nilai rintihan hati seorang hamba dibandingkan dengan ibadah lahir. Ibadah lahir belum tentu melahirkan rasa kehambaan, kerana boleh jadi seorang yang beribadah itu berasa selamat dengan ibadahnya.

Ingatan hati dan rintihan hati seorang insan terhadap Tuhannya datang daripada rasa kehambaan yang tulen. Rasa kehambaan inilah tanda seorang insan telah mendapat nikmat iman yang tinggi nilainya. Tiada sesuatu yang lebih berharga daripada nikmat iman. Beruntunglah mereka yang dianugerahi nikmat ini. Hanya hamba-hambaNya yang terpilih saja yang akan dikurniai
rasa kehambaan.

Seorang hamba yang hatinya sentiasa ingat dan merintih kepada Allah tidak bangga dengan nikmat, tidak gelisah dengan bala, tidak rasa tenang dengan pujian, dan tidak menderita dengan kejian. Hati sentiasa merasa serba kekurangan dan amat memerlukan Allah dalam semua keadaan. Inilah yang dikatakan hati yang hidup, yang sentiasa dalam beribadah. Apatah lagi jika ditambah
dengan banyaknya ibadah lahir seperti sembahyang, puasa, sedekah dan sebagainya; makin tinggilah darjat si hamba di sisi Khaliqnya.