Saturday, June 16, 2012

KRITIKAN TERHADAP PANDANGAN FATIMA MERNISSI DALAM BUKUNYA “WOMEN AND ISLAM : AN HISTORICAL AND THEOLOGICAL ENQUIRY”



Oleh
Zulkifli Abd Mubin
Mohd Nasir
Khushairain

1.                  LATAR BELAKANG FATIMA MERNISSI

1.1         Pengenalan

Sebelum kedatangan Islam, hubungan diantara manusia tidak seimbang. Sejarah menunjukkan bahawa wujudnya penindasan kaum lelaki terhadap kaum wanita melalui diskriminasi dalam kehidupan sosial dan agama masyarakat ketika itu seperti yang berlaku pada zaman tamadun Greek, Yunani, Romawi dan jahiliah atau dalam tradisi setiap agama sama ada Hindu, Budha, Yahudi atau Kristian. Contohnya pada zaman tamadun Greek, walaupun tamadun Greek dianggap sebagai tahap tamadun yang boleh dibanggakan, namun kehidupan wanita ketika itu amat menyedihkan.(Baterah Alias, Che Zarrina Sa’ari, 2007,hlm. 8). Pada zaman itu wanita terbahagi kepada tiga kelompok. Pertama, kelompok yang menjadi tempat pemuas nafsu lelaki sahaja. Kedua, menjadi pelayan menjaga kesihatan tuaannya. Ketiga, golongan isteri yang tugasnya semata-mata untuk menjaga anak , rumah tangga serta keperluan keluarga.(Baterah Alias, Che Zarrina Sa’ari, 2007, hlm 9)

            Pada zaman jahiliah pula, wanita dianggap sebagai hamba dan harta yang tidak menguntungkan. Kedudukan, maruah dan nilai mereka tidak dibela.Nilai mereka amat rendah apabila bayi-bayi perempuan yang baru dilahirkan ditanam hidup-hidup demi untuk mengelakkan sebuah keluarga itu mendapat malu dan jatuh miskin dan hina di kemudian hari. Sejarah ini telah terpatri kemas dalam al-Qur’an menerusi Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Nahl ayat 58-59 :

#sŒÎ)ur tÏe±ç0 Nèdßymr& 4Ós\RW{$$Î/ ¨@sß ¼çmßgô_ur #tŠuqó¡ãB uqèdur ×LìÏàx. ÇÎÑÈ 3uºuqtGtƒ z`ÏB ÏQöqs)ø9$# `ÏB Ïäþqß $tB uŽÅe³ç0 ÿ¾ÏmÎ/ 4 ¼çmä3Å¡ôJãƒr& 4n?tã Acqèd ôQr& ¼çmßtƒ Îû É>#uŽI9$# 3 Ÿwr& uä!$y $tB tbqßJä3øts ÇÎÒÈ
 (Al-Qur’an : al-Nahl 58:59)

  Dan apabila seseorang dari mereka diberi khabar dengan (kelahiran) anak perempuan, hitamlah (merah padamlah) mukanya, dan dia sangat marah.  Ia menyembunyikan dirinya dari orang banyak, disebabkan buruknya berita yang disampaikan kepadanya. apakah dia akan memeliharanya dengan menanggung kehinaan ataukah akan menguburkannya ke dalam tanah (hidup-hidup) ? Ketahuilah, alangkah buruknya apa yang mereka tetapkan itu.

Agama-agama selain Islam memandang rendah terhadap wanita sebagaimana yang disebutkan dalam kitab agama yang ditulis oleh mereka. Menurut aturan Manu dalam tradisi agama Hindu, kaum wanita diletakkan hanya sebagai pelayan bagi suami dan ayahnya.Mereka tidak diberi hak untuk menggunakan harta apatah lagi memilikinya kerana harta tersebut akan berpindah milik kepada suami , ayah atau anak lelaki. Kesetiaan isteri kepada suami dibuktikan dengan isteri dibakar bersama- sama mayat mendiang suaminya. (al-Sai’di, Milfi ibn Na’im, 1419H, hlm. 18-19 )

            Sekilas pandang, ternyata betapa rendahnya kedudukan wanita dalam tamadun lampau masyarakat dunia. Kedatangan Islam telah mengubah fenomena ini dan mengikis sosiobudaya jahiliah yang jelas menzalimi kaum wanita. Islam adalah agama yang telah menghapuskan driskiminasi diantara lelaki dan wanita dan memberi kebebasan kepada ummatnya `namun pembebasan yang dianjurkan oleh agama islam mempunyai pengertian yang khas semenjak ia diperkenalkan oleh Rasulullah S.A.W.

Tonggak utama dalam risalah islam ialah tauhid iaitu suatu penetapan yang membawa maksud penolakan segala bentuk pengabdian kecuali kepada Allah S.W.T . Di sinilah terletaknya pembebasan dari segala jenis pembelengguan. Kaum wanita juga turut terbela menerusi program pembebasan ini.Mereka diselamatkan dari adat jahiliah yang meletakkan mereka pada tingkat yang paling hina. Rasulullah juga telah menyeru kepada umatnya agar berbuat baik terhadap wanita ketika menyampaikan khutbah wada’ pada tempoh-tempoh terakhir sebelum kewafatan baginda.Wasiat baginda ini memberikan penegasan bahawa paradigma agama islam dalam menjalani kehidupan adalah secara saksama menurut syariat islam dan tidak berdasarkan kepada prinsip jantina.

Allah S.W.T telah menerangkan di dalam beberapa ayat al-Qur’an bahawa kaum lelaki dan wanita memiliki peluang yang seimbang dalam mencapai kebaikan di sisi Allah dan hamba yang paling mulia ialah hamba yang paling tinggi taqwanya.

Firman Allah S.W.T dalam surah al-Hujurat ayat 13 :

$pkšr'¯»tƒ â¨$¨Z9$# $¯RÎ) /ä3»oYø)n=yz `ÏiB 9x.sŒ 4Ós\Ré&ur öNä3»oYù=yèy_ur $\/qãèä© Ÿ@ͬ!$t7s%ur (#þqèùu$yètGÏ9 4 ¨bÎ) ö/ä3tBtò2r& yYÏã «!$# öNä39s)ø?r& 4 ¨bÎ) ©!$# îLìÎ=tã ׎Î7yz ÇÊÌÈ
(Al-Qur’an : al-Hujurat 49:13)

  Hai manusia, Sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal.”


Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Nisa’ ayat 124 :

ÆtBur ö@yJ÷ètƒ z`ÏB ÏM»ysÎ=»¢Á9$# `ÏB @Ÿ2sŒ ÷rr& 4Ós\Ré& uqèdur Ö`ÏB÷sãB y7Í´¯»s9'ré'sù tbqè=äzôtƒ sp¨Yyfø9$# Ÿwur tbqßJn=ôàム#ZŽÉ)tR ÇÊËÍÈ
(Al-Qur’an : al-Nisa’ 4:124)

“ Barangsiapa yang mengerjakan amal-amal saleh, baik laki-laki maupun wanita sedang ia orang yang beriman, Maka mereka itu masuk ke dalam surga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun.”

Kedua-dua ayat di atas, adalah merupakan di antara beberapa potongan ayat al-Qur’an yang menunjukkan bahawa agama islam telah memartabatkan dan memuliakan kedudukan kaum wanita seiring dengan kaum lelaki. Kemuliaan manusia tidak bergantung kepada perbezaan jantina akan tetapi kepada tingginya tingkat ketaqwaan yang berjaya  dimiliki seseorang.

Namun demikian, dari sudut yang berbeza, musuh-musuh islam yang sejak sekian lama tidak selesa melihat kedudukan islam semakin kukuh, selalu memperlihatkan sikap memusuhi islam.Tidak mustahil mereka melontarkan tuduhan-tuduhan yang direkacipta untuk meruntuhkan binaan ajaran islam lantas menimbulkan keraguan ke atas dua sumber utama rujukan umat islam iaitu al-Qur’an dan Hadith terutama terhadap hadith dimana keikutsertaan hadith dalam jaminan penjagaannya masih menjadi bahan perdebatan dan isu bagi mereka untuk menjauhkan hadith dalam kehidupan umat Islam.

            Berhubung isu wanita, persoalan tentang hak-hak dan kedudukan wanita sering menjadi topik perbincangan yang diperdebatkan .Kedudukan wanita dalam agama Islam seringkali menjadi subjek kontroversi di kalangan pengkaji orientalis dan pengkaji muslim terutama apabila umat islam dipengaruhi oleh ketamadunan dan kebudayaan barat.

Justeru, pengkaji akan melihat dan mengkaji  sebuah buku yang telah dikarang oleh seorang yang dikatakan sebagai pejuang hak dan kebebasan  wanita melalui bukunya yang bertajuk “Women and Islam ; An Historical and Teological Enquiry” oleh Fatima Mernissi dari Maghribi. Pengkaji akan melihat beberapa bab dalam buku ini yang menjadi isu tentang bagaimana Mernissi melihat wujudnya hadith-hadith yang seolah-olah membenci atau mendriskriminasi kaum wanita. Semua permasalahan ini akan dikaji, dianalisa , dikritik dan dicari penyelesaiannya. Dalam era globalisasi dan perkembangan kajian menghina islam yang luar biasa pesatnya dikalangan orientalis barat dan kuncu-kuncunya jelas tidak memungkinkan kaum muslimin berdiam diri dalam setiap hal yang berbaur barat untuk dikritik dalam bidang yang melibatkan kajian Islam.




1.2         Latar Belakang Fatima Mernissi Dan Buku Women And Islam

Mernissi adalah seorang yang tidak asing dikalangan pejuang feminisme Muslim di dunia Islam kerana beliau merupakan novelis dan sosiologi Maghribi .Beliau juga merupakan antara perintis aktivis femenisme Muslim terawal selain Amina Wadud, Nawal al-Sa’dawi yang memperjuangkan keserataan hak antara lelaki dan wanita melalui kajian teks–teks hadith Rasulullah S.A.W. Meskipun begitu persoalannya Mernissi tidak dikenali dalam dunia penulisan berhubung isu keagamaan di Negara ini. Siapakah Mernissi?[1]

            Mernissi lahir di sebuah harem[2] di kota Fez, Maghribi pada tahun 1940M. Sewaktu Mernissi lahir, para nasionalis Maghribi Berjaya merebut kekuasaan pemerintahan negara daripada tangan kolonial Perancis. Pejuang Nasionalis ini kemudiannya menjanjikan sebuah negara Maghribi yang baru dengan persamaan hak bagi semua golongan masyarakat. Wanita akan mendapat hak pendidikan dan amalan poligami dihapuskan . Hal ini diakui Mernissi dengan katanya , “ …..jika aku dilahirkan dua tahun lebih awal, aku tidak akan mendapat pendidikan , aku lahir pada waktu yang tepat”.(Mernissi, Fatima, 1999, hlm. 72).

            Mernissi melalui tiga fasa kehidupan iaitu sewaktu zaman kanak-kanak, remaja dan dewasa. Zaman kanak-kanaknya telah digambarkan oleh Mernissi sebagaimana berikut:

“….waktu kecilku sangat bahagia kerana batas-batas itu begitu jelas. Batas pertama adalah pintu hadapan yang memisahkan ruang keluarga dengan halaman utama. Aku tidak dibenarkan untuk pergi ke luar halaman rumah sehingga ibu bangun dan waktu pagi menyinar. Aku akan bermain seorang diri dari jam enam pagi hingga jam lapan pagi tanpa mengganggu sesiapa. Aku bebas duduk di depan pintu yang berlantaikan marmar putih dan dingin namun aku belum berkesempatan untuk bermain dengan sepupu-sepupuku yang lebih tua usia mereka yang terlebih dahulu sudah bermain”. Kata ibu,”kamu belum tahu bagaimana untuk menjaga diri sendiri , kerana bermain itu adalah perang”.(Mernissi, Fatima, 1999,    hlm. 4.)

            Mernissi dibesarkan dalam sebuah harem bersama ibu dan nenek-neneknya serta saudara perempuan lainnya. Salah seorang nenek beliau iaitu Lalla Yasmina merupakan isteri kepada datuknya yang mengamalkan poligami. Hal itu tidak berlaku kepada ibu Mernissi kerana ayah Mernissi  seorang penyokong naionalis yang menolak poligami.Ibu Mernissi buta huruf kerana tidak mendapat pendidikan kerana menghabiskan waktunya di harem. Masa kecil Mernissi dihabiskan bersama ibu dan nenek-neneknya.Sejak kecil Mernissi berperang dengan pemikiran da selalu bertanya dalam hal yang melibatkan batas antara lelaki dan perempuan. Ayah Mernissi telah mengajarnya bahawa Allah S.W.T telah memisahkan lelaki dan perempuan sejak menciptakan langit dan bumi. Kedamaian hanya akan wujud seandainya masing-masing menghormati batas-batas diantara satu dengan yang lain”.(Tamyiz Burhanuddin , 2003, hlm. 129.)

            Mernissi berfikir, jika wujud jurang atau batasan antara lelaki dan perempuan, mengaapa perempuan yang harus dibatasi? Pertanyaan itu dilontarkan kepada neneknya Lalla Yasmina .Lalla Yasmina menganggap soalan itu agak merbahaya dan beliau tidak menjawabnya.Beliau dihantar ke sekolah Al-Qur’an ketika berusia tiga tahun dan mempunyai hubungan yang sangat berbelah bagi dengan agama.(Mernissi, Fatima, 1999, Teras Terlarang, hlm. 3.) Hal ini disebabkan adanya perbezaan cara pandang terhadap al-Qur’an yang diterima disekolahnya dan yang diajarkan oleh Lalla Yasmina. Di sekolah al-Qur’an, Mernissi diajar dengan cara yang keras dan kebanyakan guru lebih menekankan pengajian terhadap kefasihan menghafaz al-Qur’an tanpa menerangkan ertinya. Setiap hari beliau perlu menghafaz dan sekiranya salah melafazkannya dia akan mendapat teguran atau pukulan. Dalam situasi begini Mernissi melihat agama sebagai suatu perkara yang mengerikan dan beliau lebih menerima keindahan agama melalui Lalla Yasmina.(Mernissi, Fatima, 1991, hlm. 62)

            Mernissi amat bernasib baik kerana mempunyai nenek yang banyak memberikan keterangan berharga dan menenangkan hati Mernissi. Yasmina membimbing Mernissi dengan kisah – kisah sejarah yang indah terutama riwayat hidup Nabi Muhammad dan ajaran-ajaran islam yang penuh dengan kasih sayang. Di tangan Yasminalah Mernissi banyak mengetahui tentang aturan perilaku di dalam masyarakat yang banyak menyisihkan wanita.(Mernissi, Fatima, 1991, hlm. 62) Menurut Mernissi,(Mernissi, Fatima, 1991, hlm. 64) al-Qur’an sangat bergantung kepada perspektif dan penerimaan kita terhadapnya. Menurut beliau:

“…Sikap ganda terhadap teks-teks suci ini melekat dalam diriku selama bertahun-tahun .Terserah bagaimana memahaminya , ayat-ayat suci mampu menjadi gerbang untuk menjaga diri atau hambatan yang tidak dapat diatasi. Ia juga mampu menjadi pemandu kita ke dalam mimpi malahan adakalanya pelemah semangat. Semua itu bergantung bagaimana seseorang itu menanggapinya”.

Pengalaman dalam meniti usia remaja menyaksikan suasana yang nyata berbeza.Mernissi mula mendapatkan pengajian agama dengan mempelajari pengajian Hadith. Di sekolah menengah beliau kembali menemukan persoalan-persoalan yang menggelisahkan. Pelajaran hadith yang diterima dari guru-gurunya membuat hati mernissi terluka.

Mernissi berkata:

“…..namun ketika aku meningkat dewasa alunan al-Qur’an seolah-olah semakin pudar, beberapa hadith yang bersumber dari kitab al-Bukhari , didengarkan oleh para guru kepada kami, membuat hatiku terluka. Katanya Rasulullah bersabda bahawa, “……anjing, keldai dan wanita akan membatalkan solat seseorang apabila ia melintas di depan mereka, menyela diantara orang orang yang solat dan kiblat”. Perasaanku amat tersinggung mendengar hadith seperti itu. Aku hamper tidak pernah mengulanginya dengan harapan , kebisuan akan membuat hadith ini luput dari kenanganku. Aku bertanya sendirian,”…..tergamak Rasulullah mengucapkan hadith seperti ini yang melukai hatiku. Bagaimana nabi yang dikasihi, tergamak melukai hati gadis kecil tatkala dia mahu membesar”.(Mernissi, Fatima, 1991,    hlm. 64)

            Sikap emosional terhadap nas-nas yang didapati dari al-Qur’an mahupun hadith ternyata tidak terhenti pada usia kanak-kanak dan remaja Mernissi. Hal ini adalah disebabkan faktor kehidupan yang pernah dilalui sewaktu kecil. Malah ketika mencapai usia dewasa semangat kritikan terhadap hadith Rasulullah S.A.W tampak lebih terserlah. Peristiwa yang dialami ketika di pasar member tamparan hebat sebagai seorang wanita. Menurut Mernissi, hadith itu sudah merasuk kebenak umat islam termasuk masyarakat sekelilingnya. Mernissi bersungguh-sungguh untuk membongkar pemahaman hadith tersebut seterusnya memberikan tafsir alternatif yang sesuai dengan sebuah negara moden.

Ini dapat disoroti melalui pengakuannya:

“….Aku bertanya kepada peniaga sayur, bolehkah wanita menjadi pemimpin kepada kaum muslimin? Meskipun kami berdua merupakan kawan karib, peniaga itu menjawab pertanyaanku dalam keadaan yang menghairankan “Nau’zubillahi min dhalik”.Lantas dia menyerangku dengan sebuah hadith yang membuat aku akur terdiam dengannya seraya berkata,” Suatu kaum yang menyerahkan urusan mereka kepada seorang  wanita tidak akan mengecapi kemakmuran”. Aku terdiam . Dalam sebuah negara Islam , hadith bukanlah sesuatu yang sebarangan. Hadith merupakan karya yang mencatat secara terperinci setiap perkataan dan perlakuan nabi. Al-Qur’an dan hadith merupakan dua sumber hukum untuk membezakan kebenaran dan kebatilan, halal dan haram. Aku tinggalkan geraai tersebut . Terdiam, kalah dan marah mendesakku untuk mengumpulkan maklumat agar dapat difahami dengan lebih baik di dalam sebuah negara yang moden”. (Mernissi, Fatima, 1991, hlm. 1)

            Berdasarkan latar belakang keluarga dan pengalaman yang dilaluinya Mernissi menyimpan hasrat dan menanam azam yang tidak pernah ternoktah dalam mencari pemahaman terhadap persoalan hadith dan teks-teks keagamaan disamping melakukan penelitian terhadap masalah-masalah praktik yang berlaku dalam masyarakat, terutama permasalahan mengenai gender , sosial-politik, status perempuan dan lainnya.Usaha tersebut terlaksana apabila Mernissi dapat meneruskan pendidikan ke tingkat tertinggi di bidang sosiologi dan politik.


1.3         Pendidikan Dan Kerjaya Fatima Mernissi

Mernissi berpeluang mendapat pendidikan moden setelah kaum nasionalis Maghribi membenarkan anak-anak perempuan memasuki sekolah–sekolah kebangsaan.Mendapat pendidikan pertamanya di sebuah sekolah tradisional yang dibangunkan oleh kaum nasionalis Maghribi.( Mernissi, Fatima, 1994, hlm. 4.)

            Mernissi mempelajari ilmu politik dan sosiologi di Universiti Muhammad V, rabat, Maghribi sehingga menjadi antara sarjana feminis yang cukup terkenal dalam bidang yang dipilihnya. Kemudian meneruskan pengajian peringkat ijazah kedoktoran di Universiti Sorbone, Paris dan Universiti Brandeis , Waltham dan Berjaya dianugerahkan ijazah kedoktoran dalam bidang sosiologi. ( Wilaela, 2005, hlm. 22)

            Kerjaya Mernissi bermula pada tahun 1974 sebagai pensyarah dan professor dalam bidang sosiologi di Universiti Muhammad V Rabat, Maghribi sehingga tahun 1980.                ( Mernissi, Fatima, t.th. hlm. 4) kemudian mengikat perjanjian penyelidikan secara kontrak dengan Morocco’s Institute universitaire de Recherce  Scientifique. Sebagai seorang sosiologi feminisme timur tengah, Mernissi sering menghadiri pelbagai seminar dan persidangan antarabangsa, menjadi professor undangan di Universiti California di Berkeley dan di Universiti Harvard (Wilaela, 2005, hlm. 22) dan aktif di kebanyakan organisasi perempuan Afrika Utara yang menyuarakan persoalan-persoalan perempuan Islam dengan mengadakan studi dan penelitian.

            Justeru, penglibatan aktif aktivis feminis liberal radikal berpendidikan barat ini mendapat penghargaan barat sebagai penulis dalam bidang al-Qur’an dan pengajian Islam di mana beliau telah dianugerahkan hadiah dunia pada tahun 2003.(Hasan Shafi’I, 2003, hlm. 104).

            Mernissi mengakui bahawa pegangannya termasuk dalam jajaran tradisi sunni. Mernissi berpegang dengan mazhab Maliki dalam perkara-perkara yang melibatkan fiqh sementara di dalam akidah seperti semua pengamal ajaran sunni yang mengikuti mazhab Asha’irah.(Mernissi, Fatima, 1975, hlm. VII-IX)





1.4         Pengenalan Buku Women And Islam

Satu kajian yang ditulis berdasarkan pendekatan teologi kebebasan perempuan ialah buku “Women and Islam ; An Historical and Teological Enquiry” oleh Fatimah Mernissi dari Maghribi. Melalui pengenalan ringkas yang tertulis dalam buku ini, Mernissi menyatakan sebab yang mendorongnya untuk menulis dan melakukan kajian berbentuk sejarah dan persoalan sekitar hadith baginda sehingga dibukukan.

            Mernissi merakamkan ucapan terima kasih kepada prof. Khamlichi[3] seorang professor tenaga pengajar undang-undang Islam di Universiti Mohammed V, Rabat kerana telah memberi gagasan dan inspirasi untuk menulis buku ini. Beliau juga menyatakan  bahawa semangat untuk melakukan kajian terhadap teks-teks keagamaan terlakar dalam diri apabila mendengar pesanan Khalimci sewaktu menonton satu persidangan yang berlangsung di Masjid Rabat menerusi kaca telivisyen.(Mernissi , Fatima, 1991, hlm. x)

            Mernissi telah membahagikan buku “Women and Islam “ kepada pengenalan, sepuluh bab utama sebagai topik perbincangan dan kesimpulan.[4] Melalui buku ini, Mernissi telah membuat satu kajian yang berbeza. Menurut Mernissi para pengarang kitab klasik bertolak dari anggapan bahawa kaum lelaki adalah dominasi terhadap kaum wanita.Hal ini wajar kerana pada zaman dan tempat mereka menulis lazimnya pendapat memang akan dipengaruhi oleh keadaan. Tetapi pada tahun-tahun terakhir ini , pasar di negara-negara Muslim dibanjiri senario baru melalui edisi kitab-kitab turath yang sangat diskriminatf terhadap kaum wanita sepertinya yang dijual dengan harga yang sangat murah.[5]
            Mernissi mengkritik al-Imam al-Bukhari dan beberapa sahabat sebagai orang-orang yang tidak memperdulikan dan tidak menyanjung kaum wanita dan mengkritik sikap al-Imam al-Bukhari yang secara tidak selektif telah memuatkan hadith yang berunsur misoginis dalam kitab , sahihnya.[6]

            Dalam menghasilkan karya ini Mernissi mengambil al-Qur’an sebagai rujukan kajian dan menggunakan maklumat-maklumat yang bersifat sejarah melalui kronologi sejarah terutama sepuluh tahun pertama kehidupan Rasulullah S.A.W ketika teks-teks keagamaan banyak membicarakan tentang keberadaan wanita. Di samping itu beliau merujuk kitab Sahih al-Bukhari, sunan al-Nasa’i, Sirah Ibn Hisham , kitab-kitab yang membicarakan biografi sahabat seperti al-Isabah karangan Ibn Hajar , Tabaqat al-Kubra karangan Ibn Sa’ad  dan kitab sejarah seperti Tarikh al-Umam wa al-Mulk dan Tafsir al-Tabari karangan al-Imam al-Tabari.(Mernissi, Fatima, 1991,hlm. 217-222)

Buku kajian Mernissi ini diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh Mary Jo Lake land dan dicetak oleh percetakan Basil Blackwell pada tahun 1991M dengan tajuk Women and Islam ; An Historical And Theological Enquiry. Semua pernyataan yang termuat dalam buku ini diadaptasi dari pemikiran Mernissi. Melalui pemikiran , Mernissi meletakkan sebuah metode sebagai panduan dalam rangka melakukan kajian kritik nas-nas hadith Rasulullah S.A.W. Oleh itu pengkaji akan  mengkaji mengenai pemikiran dan metode kritik Mernissi dalam mengkritik Abu Bakrah, Abu Hurayrah, al-Imam al-Bukhari, dan hadith-hadith yang didakwa mesoginis. Metode kritik ulamak hadith turut dikemukakan sebagai perbandingan kepada metode kritik hadith yang diletakkan oleh Mernissi.







2.             PEMIKIRAN DAN METOD KRITIK FATIMA MERNISI DALAM MENGKRITIK HADITH-HADITH MISOGINIS

2.1 Pengenalan
Bab ini akan membahaskan pemikiran dan metod mernissi dalam mengkritk hadith-hadith Rasulullah S.A.W yang didakwa dalam bukunya Women and Islam sebagai misoginis. Sebagai perbandingan metod yang digunakan Mernissi dalam mengkritik hadith, bab ini mengemukakan metod kritik para ulama hadith dan pemahamannya dalam kerangka mereka memastikan keaslian hadith-hadith Rasulullah S.A.W. melalui kritikan terhadap sanad dan matan.

2.2 Pemikiran Mernissi Dan Sebab Beliau Mengkritik Hadith
Pemikiran seseorang individu sering berbeza dari segi kekuatan dan kelemahan bergantung kepada persepsi yang terungkap dari pemikiran seseorang.Dorongan pemikiran yang menyentuh perasaan membuat seseorang cepat merealisasikannya melalui perbuatan dalam bentuk wadah penulisan dan sebagainya.
            Menurut Mulyadi, “inti pemikiran Mernisi pada dasarnya adalah berusaha menjernihkan pemahaman terhadap konsep-konsep agama, khususnya masalah kesamarataan lelaki dan perempuan sehingga akan tetap relevan antara tuntutan tradisi dan modernisasi (Mulyadi Kartanegara, 2003, hlm. 127). Dalam kebanyakan karya Mernissi yang memuatkan terhadap persoalan wanita, persoalan-persoalan utama yang menjadi perhatian beliau adalah sebagaimana berikut :
            Pertama, Mernissi berusaha membela kaum wanita dari kokongan harem. Harem yang membatasi kaum wanita dalam pengertian yang luas, pemisahan ruang sesuai dengan gagasan yang dipegang oleh suku-suku asli di Timur Tengah yang menghendaki kemurnian darah terjaga. Disebabkan sistem patriarch yang mereka anuti, hal ini dilakukan dengan menjaga kapasiti penghasilan wanita. (Mernisi, Fatima, 1999, hlm.xi).
            Kedua, sebagai seorang penganalisis Muslim yang obsesi untuk mengecap kehidupan dan kebahagian dalam masyarakat, Mernissi berusaha menarik minat pembaca dengan mengemukakan kepada mereka data-data, fakta-fakta dan peristiwa-peristiwa politik. (Mernisi, Fatima, hlm. 33). Sebagai contoh, bagaimana sejarah telah membuktikan kemenangan Benazir Bhutto dalam pilihan raya umum pada 16 November 1988 dan pemilihannya sebagai Perdana Menteri Pakistan akan membawa kepada kemorosotan merupakan usaha menyingkirkan wanita dalam arena politik Pakistan. Menurut Mernissi kenyataan lain juga telah dilakukan oleh Nawaz Sharif, Khan Junejo dan mantan dalam pemerintahan Diya’ al-Haq bahawa seorang wanita tidak boleh memangku jabatan dalam pemerintahan negara dalam sebuah Negara Islam.
            Ketiga, sebagai seorang feminis dan sosiolog, Mernissi peka terhadap keinginan yang terpendam, impian yang tidak kesampaian dan dakwaan yang tidak jelas. Sebagai seorang wanita dan memiliki emosi, kepekaan Mernissi terhadap senario yang berlaku ialah melalui kehidupan seharian. Menurut Mernissi, “…sikap berdiam diri tidak bermakna tanda menyerah dan bersetuju. Setiap tindakan dan perlakuan seseorang tidak menggambarkan diri dan keinginannya secara menyeluruh. Meskipun kita terpaksa berhadapan dengan pelbagai halangan untuk mencapai kebahagiaan kita berhak untuk mengatakan kepada diri sendiri tentang keinginan yang ingin kita capai dan impikan”. (Mernisi, Fatima, 1975, hlm. 34)
            Keempat, Mernisi berusaha mengemukakan pemikirannya melalui biografi hidup bermula dari zaman kanak-kanak, remaja dan dewasa. Kisah Mernissi disatukan dalam satu misi iaitu semangat membela kaum wanita.
Kelima, Mernissi berusaha membela wanita dari pengabaian dan pembatasan diruang tempat serta pemberontakan terhadap persepsi peranan yang dipisahkan secara jantina. Kaum lelaki memiliki kebebasan untuk menjalani kehidupan dengan masyarakat luar dan mencari wang. Sebaliknya wanita hanya sebagai tempat penghasilan seksualiti dan kehidupannya terbatas. Menurut Mernissi pada awal perkembangan Islam kaum wanita dipandang tinggi dan terbela namun dalam praktik tradisi zaman selepasnya ternyata kaum wanita dipinggirkan. (Mernisi, Fatima, 1999, hlm. 125-128).
Keenam, Mernissi memandang keadaan umat Islam, realiti peradaban mereka dari aspek produktiviti dan membandingkannya dengan kemajuan peradaban barat. Menurut Mernissi, salah satu faktor kemajuan negara barat adalah melalui produktiviti. Produktiviti di Eropah dan Amerika begitu memberangsangkan hasil dari penglibatan kaum lelaki dan wanita dalam proses produktviti. Menurut Mernissi salah satu punca kelemahan Negara-negara Islam dan kemerosotannya, disebabkan hanya kaum lelaki yang diberi peluang bekerja sebaliknya penglibatan wanita dalam produktiviti diabaikan dan dilarang. Mernissi memberi gagasan pembebasan wanita dalam erti persamaan wanita dengan lelaki secara menyeluruh dalam semua aturan kehidupan social (Mernissi, Fatima, 1975, hlm. 62-63).
Ketujuh, Mernissi berusaha membongkar pelbagai pengertian keagamaan yang lebih memihak kepada satu jantina tetapi sering dijadikan orientasi kehidupan beragama khususnya yang berkaitan hubungan lelaki dan wanita. Mereka menyedari bahawa kebanyakan pengetahuan keagamaan (hukum agama) yang berkaitan sosial dan politik disusun berpandukan sistem patriarch. Semua ini distruktur melalui pandangan negatif masyarakat tentang hijab yang menjadi penghalang dan pembatas yang dominan antara lelaki dan wanita dalam kehidupan masyarakat. (Mansour Fakih, 1996, hlm. 203 – 204).
Menurut Khalif Muammar, kesan paradigma Barat lebih jelas terlihat dalam cara berfikir Mernissi. Mernissi sama sekali tidak melihat pandangan positif daripada kewajipan hijab dalam Islam tetapi hanya melihat ia sebagai satu kaedah masyarakat Islam menindas dan memperhambakan wanita. (Khalif Muammar, 2009, hlm. 168).
Tanpa segan silu Mernissi mengatakan :
“Hijab dapat diterjemahkan sebagai satu simbol mendedahkan bagaimana komuniti Muslim secara kolektif mengimaginasikan satu cara untuk membuat wanita hilang, tidak kelihatan, juga mengenepikan mereka daripada kehidupan bermasyarakat dengan merendahkan martabat mereka bagi menyenangkan kaum lelaki untuk mengawal kaum perempuan. Terbatas berada di rumah untuk menghalang mereka bebas bergerak dan untuk menonjol kedudukan mereka yang tidak sah dalam lingkungan bidang kuasa lelaki dengan cara menghijabkan menghijabkan mereka disebalik sebuah topeng”. (Mernissi, Fatima, 1982, hlm. 189).
            Kelapan, Mernissi mengkritik hadit-hadith Rasulullah S.A.W. yang berunsur misoginis melalui rantaian sanad dan matan hadith. Mernissi mengkritik dua tokoh besar yang mempuyai hubungan akrab dengan Rasulullah S.A.W. tetapi mempunyai sikap berbeza dengan Rasulullah S.A.W. mengenai isu wanita iaitu Saiyidina Umar al-Khattab dan Abu Hurairah. Menurut Mernissi, Umar al-Khattab banyak mengkritik Rasulullah S.A.W. kerana baginda selalu memberi kedudukan pada wanita. Dalam satu riwayat Umar bersikap tidak adil terhadap wanita dengan memberikan bayaran gaji kepada al-Shifa sama seperti bayaran gaji yang diperolehi kaum lelaki sedangkan al-Shifa pada masa tersebut menjadi pegawai pasar. Selain itu, Mernissi turut mengkritik Abu Hurairah yang tidak berkahwin pada sepanjang usianya, merupakan seorang lelaki yang mempunyai kelainan seksual terhadap wanita dan banyak meriwayat hadith yang mendiskriminasi wanita. (Mansour Fakih, 1996, hlm. 248).
            Berdasarkan lapan persoalan utama yang menjadi perhatian Mernissi dapat dirumuskan bahawa pemikirannya jelas terpengaruh dengan pemikiran barat seiring dengan pemikiran dan usaha orientalis. Tumpuan utama orientalis di dunia Islam tidak pernah terhenti. Selain nama-nama wakil perintis mereka iaitu Goldziher[7] dan Schact[8], mereka cuba mencari wakil-wakil mereka di kalangan pengkaji-pengkaji Arab muslim yang terpilih. Mereka mengambil hasil kajian para pengkaji ini yang cenderung ke arah metodologi dan pemikiran mereka kemudian karya-karya tersebut diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa termasuk Bahasa Inggeris.
            Dalam usaha mencapai objektif mereka para orientalis Barat menghilangkan jejak langkah dengan menukar identiti mereka semata-mata untuk mengaburi mata-mata orang Islam. Mereka juga menjemput kalangan penulis muslim yang berpendidikan dari barat agar dapat menjadi perantara dan penyumbang kajian bagi merealisasikan konspirasi jahat mereka untuk menghancurkan Islam. Mernissi merupakan individu muslim yang berpendidikan barat yang terlibat dalam pakatan ini.
            Pendek kata, Mernissi telah diperalat oleh negara-negara sekular seperti Amerika Syarikat serta kuncu-kuncunya dalam usaha orientalis barat mendominasi dunia Islam. Hasil yang disasarkan mereka adalah supaya umat Islam memandang agama mereka sebagai sebuah agama yang jauh mundur, bersifat diskriminatif bukan hanya dalam hubungan sosiolisasi manusia malah turut merebak dalam pentafsiran teks-teks keagamaan.


2.3 Metod Mernissi Dalam Mengkritik Hadith
            Mernissi sependapat dengan ulamak-ulamak lain dengan menyakini bahawa             Al-Qur’an merupakan sumber utama dan Hadith Rasulullah S.A.W pula sebagai sumber kedua dalam agama Islam. Menurutnya Al-Qur’an dan Hadith merupakan dua sumber hokum dan neraca dalam membezakan kebenaran daripada kebatilan, halal dan haram dan membentuk etika serta nilai-nilai muslim. (Mernissi, Fatima , 1991, hlm. 32).
            Menurut Mernissi seorang yang menghafal hadith secara lisan dan mengungkapkannya dalam bentuk tulisan akan menghadapi pelbagai masalah metodologi dari segi ketepatan menulis hadith dan sanad. Perawi hadith itu perlu dikaji dari sudut peribadi, kekuatan ingatan kerana ia amat penting dalam sumber sesuatu hadith. Ilmu hadith tidak hanya berusaha menyajikan matan sesuatu hadith sebaliknya ia juga menyediakan informasi mengenai perihal perawi atau biografinya. Seorang pengkaji berhak untuk mendapatkan semua fakta yang tepat mengenai sanad samada benar atau salah. (Mernissi, Fatima, 1991, hlm.35).
            Mernissi mengatakan sewaktu Islam di Madinah, kehidupan masyarakat sangat baik kerana Allah dan RasulNya menjadi tempat rujukan secara langsung dalam menyelesaikan permasalahan yang berlaku. Permasalahan hadith hanya muncul selepas kewafatan Rasulullah S.A.W pada tahun 632M iaitu sepuluh tahun setelah baginda berhijrah ke Madinah. Pada ketika itu, muncullah pelbagai persoalan siapakah bakal pengganti Rasulullah S.A.W. Orang-orang Islam ketika itu menggunakan teori khalifah. Justeru Mernissi mempersoalkan apakah ciri-iri yang diperlukan untuk menyandang jawatan khalifah dan bagaimana khalifah dipilih oleh masyarakat?
            Mernissi berpandangan bahawa zaman Khulafa’ al-Rasyidin terutama penghujungnya merupakan simbol kekerasan politik moden yang berlaku di negara-negara Islam. Selama dekad pertama sebelum Muawiyah memegang kekuasaan, keputusan politik sering diputuskan kepada persetujuan ahli majlis syura. Bukanlah sesuatu yang sukar, setiap kumpulan berkepentingan menginginkan pembenaran kumpulan mereka melalui teks-teks hadith. Dari sesuatu sudut, terdapat kecenderungan ahli politik lelaki untuk memanipulasi kesucian hadith sementara di sudut yang lain keinginan keras para ulamak untuk menentang mereka melalui penghuraian fiqh dengan konsep-konsep, kaedah-kaedah dan metodnya. (Mernissi, Fatima, 1991, hlm. 43).
            Menurut Tamyiz, (Tamyiz Burhanudin, 2003, hlm. 131) Mernissi mengatakan pada awal permulaan Islam, kaum wanita mendapat tempat oleh para sejarahwan dalam tulisan-tulisan mereka. Namun pada era seterusnya, kedudukan wanita terjejas dan dipinggirkan akibat daripada sistem patriarch dan amalan tradisi yang bersarang dalam kehidupan masyarakat.
            Mernissi menyimpulkan sebagai berikut :
            Pertama : Kurangnya kaum perempuan yang menjadi ahli tentang kitab suci. Mernissi mempersoalkan kenapa wanita muslim tidak banyak menjadi ahli agama berbanding pada zaman awal kemunculan Islam. Kekurangan ini menyebabkan berlakunya dominasi kaum lelaki pada waktu yang sama menyingkirkan kaum wanita untuk sekadar mengisi jawatan sebagai suri rumah.
            Kedua : Munculnya hegemoni (Kekuasaan tertinggi) kaum lelaki yang sangat kuat dalam segenap kehidupan. Hegemoni tersebut telah memberikan autoriti kepada kaum lelaki untuk melakukan pentafsiran teks-teks keagamaan dan menjadikan wanita sebagai penerima akibat pentafsiran tersebut. Menurut Mernisssi banyak kekeliruan pentafsiran tentang perempuan yang dilakukan oleh para ulama lelaki. (Tamyiz Burhanudin, 2003, hlm.              131-133).
Tafsiran ayat al-Qur’an yang dikritik oleh Mernissi antaranya Firman Allah S.W.T :
¨bÎ) tûüÉ)­FãKø9$# Îû BQ$s)tB &ûüÏBr& ÇÎÊÈ   Îû ;M»¨Zy_ 5cqãããur ÇÎËÈ   tbqÝ¡t6ù=tƒ `ÏB <¨ßZß 5-uŽö9tGóÎ)ur šúüÎ=Î7»s)tGB ÇÎÌÈ   y7Ï9ºxŸ2 Nßg»oYô_¨ryur Aqçt¿2 &ûüÏã ÇÎÍÈ  
(Al-Qur’an, al-Dukhan 44 : 51)

Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang Yang bertaqwa (akan ditempatkan) di tempat tinggal Yang aman sentosa. Iaitu di dalam beberapa taman syurga, Dengan matair-matair terpancar padanya. Mereka memakai pakaian dari kain sutera yang halus dan kain sutera tebal yang bersulam (mereka duduk di tempat perhimpunan) sentiasa berhadap-hadapan (di atas pelamin masing-masing). Demikianlah keadaannya dan kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya.
            Mernissi mengkritik pentafsiran ayat di atas terhadap beberapa ulama yang memberikan penafsiran yang berbagai-bagai tentang jumlah bidadari syurga tanpa disertakan ayat-ayat yang menyokongnya. (Tamyiz Burhanudin, 2003, hlm.149). Sebenarnya penelitian Mernissi berkenaan ayat di atas banyak difokuskan pada kitab-kitab yang membicarakan tentang syurga dan neraka dan sebahagian ulama yang banyak dikritiknya adalah al-Imam al-Sindi dan al-Imam Qadi. Seandainya Mernissi berusaha untuk meneliti kecelaruan pentafsiran yang dikatakannya, beliau sewajarnya meneliti kitab-kitab tafsir yang muktabar, bukan kitab-kitab kecil yang karakternya tidak jelas.
            Menurut Mernissi, dalam proses menghindari bias gender dalam penelusuran khazanah sejarah Islam, Mernissi memberikan dua gagasan. Pertama, perlu ada pemurnian antara pandangan konservatif dan fundamentalistik. Adanya pengawalan atau tapisan terhadap bahan sejarah. Campur tangan oleh pihak berkuasa harus dipertimbangkan dalam rangka memahami mengapa kedudukan perempuan menjadi rendah.
            Kedua, Mernissi dengan tegas mengatakan bahawa misteri rendahnya kedudukan perempuan muslim kerana adanya tapisan terhadap bahan sejarah. Bahan sejarah merangkumi al-Qur’an dan Hadith mengalir dalam proses yang rumit, kerap ditapis dan dimanipulasi oleh para penguasa sebelum disalurkan kepada masyarakat. (Tamyiz Burhanudin, 2003, hlm.133).
            Sewaktu menganalisis teks-teks suci, Mernissi menelusuri ayat-ayat al-Qur’an dan Hadith yang membicarakan tentang kesamaan lelaki dan perempuan dan ayat-ayat yang bertentangan. Teks yang pro dan kontra dipastikan dan dicari kesesuaiannya melalui analisis terhadap asbab al-nuzul, peribadi para pentafsir, perawi dan motif-motif yang mempengaruhi bagi setiap zaman. Dari pemikiran-pemikiran dan dua gagasan di atas, maka terungkailah pengembangan dan kekhasan metodologi Fatima Mernissi.
            Pendekatan dan metod ini tampak jelas diaplikasikan Mernissi dalam kajian beliau melibatkan teks keagamaan dalam bukunya Women and Islam melalui timbangan sejarah dan sosiologi. Pemikiran Mernissi sebenarnya bertitik tolak dari anggapan bahawa Islam adalah satu produk kebudayaan dan sewajarnya sentiasa relevan dan berubah menuruti perubahan zaman. Pandangan seumpama ini hanya tepat dan benar dalam konteks agama selain Islam tetapi ia merupakan kesalahan yang amat jelas apabila digeneralisasikan untuk semua agama.
            Dalam menanggapi salah faham ini, al-Attas telah mengingatkan bahawa “Islam sudah terbina, lengkap dan sempurna sejak dari awal mulanya”. (Al-Attas, Syed Muhammad Naquib, 2001, hlm 139). Justeru agama Islam tidak memerlukan sebarang perubahan mahupun penyempurnaan.

2.4 Metod Para Ulama Hadith Dalam Mengkritik Hadith
Perkembangan kajian kritikan hadith sebenarnya telah bermula sewaktu zaman Rasulullah S.A.W. Namun pada waktu itu, ia lebih merupakan pertanyaan atau penambah keterangan dari baginda sendiri kepada para sahabat. Pada zaman sahabat, tidak dinafikan bahawa terlalu sedikit kebarangkalian untuk wujud kesilapan samada sengaja atau tidak dalam periwayatan hadith.
            Dalam pengajian hadith, seseorang mestilah mengetahui ilmu-ilmu yang berkaitan dengan sanad dan matan. Yusuf al-Qaradawi menyebutkan tiga prinsip asas yang mesti dilalui oleh setiap pengkaji hadith demi mengelakkan penyelewengan dan takwilan yang jahil. Pertama, memastikan kethabitan atau kesahihan sesebuah hadith berdasarkan timbangan ilmiah yang terperinci yang diletakkan oleh ulama hadith. Kedua, memastikan kefahaman yang betul terhadap maksud sesebuah hadith . Ketiga, memastikan sesebuah hadith tidak bercanggah dengan nas yang lebih kuat darinya iaitu al-Qur’an atau hadith-hadith lain yang lebih kuat kedudukannya. (al-Qardawi, Yusuf, 2000, hlm. 43-45).
            Tiga prinsip asas yang dikemukakan di atas adalah kewajipan kepada setiap pengkaji hadith ketika berhadapan dengan sesebuah hadith. Malah kritikan terhadap perawi hadith dibenarkan dalam agama Islam dalam usaha memelihara kedudukan syariat Islam.

2.4.1 Kritik Sanad
Kelebihan Islam dibandingkan dengan agama-agama lain adalah sanad atau isnad. Menurut Mustafa al-‘Azami, umat Islam menggunakan isnad dalam hadith Nabawi sejak zaman Rasulullah S.A.W dan mula mencapai perkembangannya menjelang abad pertama. (al’Azami, Muhammad Diya’ al-Rahman,2003, hlm. 1). Ini seiring dengan perkembangannya oleh usaha para ulama untuk memperkasakan penyaringan mereka terhadap hadith bagi mendapatkan riwayat yang benar-benar sahih terus dilaksanakan.
            Pengertian sanad disisi ulama hadith ialah rangkaian para perawi yang menyampaikan kepada sesuatu ungkapan sama ada ianya berbentuk ungkapan Rasulullah S.A.W. atau selain baginda. (Abu Layth, Muhammad, 2003, hlm. 21). Menurut Subhi Salih, keberadaan sanad di dalam suatu hadith adalah amat penting dalam menentukan kualiti hadith. Jika sanad hadith baik dan terjamin kesahihannya, maka hadith tersebut dihukum sahih. Sebaliknya jika sanadnya rosak atau cacat, maka hadith tersebut akan ditolak. (Subhi Salih, 1988, hlm. 139).
            Ibn Sirin mengatakan “hendaklah kalian nyatakan kepada kami para perawi kalian. Seandainya periwayat-periwayat terdiri dari golongan Ahli  al-Sunnah maka hadith mereka diterima dan Seandainya periwayat-periwayat terdiri dari golongan ahli Bid’ah, maka hadith mereka ditolak”. (Muslim, Muslim ibn Hajjaj, t.th., hlm. 9).
            Ibn Sirin memberi pandangan bahawa fitnah yang berlaku adalah merupakan titik permulaan penyaringan terhadap sanad bagi memelihara kesucian dan ketinggian hadith dari sebarang bentuk penyelewengan. Ilmu ini diwarisi dari satu generasi ke satu generasi sehinggalah ke zaman ulama-ulama seperti al-Imam al-Bukhari, Abu Dawud, Abu Zur’ah dan Abu Hatim. Cara mereka mengkaji hadith yang wujud pada zaman itu amat teliti iaitu dengan melihat kepada pelbagai aspek dan tidak hanya kepada sanad semata-mata. (Ibn Rajab, Abu al-Farj, 1987, jil.1, hlm. 256).
            Ibn Abbas r.a berkata “Suatu ketika dahulu kami mendengar seorang lelaki berkata, sabda Nabi S.A.W. lalu kami segera mendengarnya dan kami menumpukan perhatian kepadanya. Tetapi apabila terjadi keadaan yang tidak menentu dan sukar untuk memastikan seseorang itu benar atau dusta, maka kami tidak menerima (hadith) dari mana-mana perawi melainkan apa yang kami ketahui. (al-Nawawi, Abu Zakaria Yahya ibn Sharaf al-Nawawi al-Dimashqi, 1987, jil.1, hlm. 81-82). Ibn Mubarak menyatakan, “Sanad adalah sebahagian dari agama. Jika bukan kerana sanad, nescaya sesiapa sahaja akan berbicara menurut kehendaknya”. (al-Nawawi, Abu Zakaria Yahya ibn Sharaf al-Nawawi al-Dimashqi, t.th., hlm. 95). Dari penjelasan di atas, dapat disimpulkan bahawa budaya pemakaian sanad telah lama dipraktikkan oleh para sahabat Rasulullah S.A.W.
            Menurut al-Imam al-Shafi’i sesebuah hadith dinilai sahih apabila perawinya taat melaksanakan ajaran agama, jujur dalam menyampaikan berita, tidak mengubah susunan kronologi periwayat sanad hadith, memahami erti dan maksud yang terkandung dalam hadith yang diriwayatkannya, mengetahui perubahan lafaz sekiranya terjadi, menghafal redaksi hadith yang diriwayatkan, dabit dari segi ingatan dan tulisan, lafaz dan makna tepat seperti sewaktu menerima dari gurunya dan sekiranya hadith diriwayatkan oleh perawi yang lain maka lafaznya tidak berbeza. Kriteria kesahihan sanad ini turut menjadi kriteria al-Imam al-Bukhari dan al-Imam Muslim. Mereka tidak secara zahir menetapkan syarat-syarat berikut, tetapi ianya dirumuskan oleh para ulama sesudah mereka melalui penelitian terhadap kitab-kitab mereka.
            Meskipun kajian para ulama hadith lebih menumpukan penelitian terhadap kredibiliti perawi sama ada ta’dil atau tajrih, namun dalam memberikan penilaian terhadap seorang perawi, para ulama turut meneliti riwayat-riwayat hadith mereka. Hal ini kerana kecacatan yang berlaku ke atas sanad juga berlaku ke atas matan. Demikian juga sanad hadith yang daif tetapi matannya sahih kerana didokongi dengan jalur periwayatan lain (shahid atau shawahid) yang dapat mengangkatnya ke tingkatan sahih. (Salah al-Din al-Adlabi, 1983, hlm. 115). Hal ini menunjukkan bahawa para ulama hadith cukup mengambil berat terhadap kesahihan sanad dan matan sebagai panduan dan kayu ukur kepada mana-mana pengkaji hadith sewaktu melakukan kajian terhadap sesuatu hadith.

2.4.2    Kritik Matan
Matan adalah merupakan medium kedua kajian ulama hadith kerana memahami maksud yang terkandung dalam matan sesebuah hadith adalah tanggungjawab besar yang diberi perhatian. Kajian terhadap matan hadith adalah melalui pelbagai aspek dan diantara matlamatnya adalah memastikan kesahihan matan agar tidak bertentangan dengan syariat dan kaedah-kaedah yang telah ditetapkan, tidak bercanggah dengan maklumat sejarah dan sebagainya.
            Matan menurut bahasa bermaksud tanah yang keras dan naik ke atas. Menurut istilah merupakan lafaz-lafaz hadith yang terkandung di dalamnya makna-makna tertentu.             (al-Khatib, Muhammad ‘Ajjaj, 1989, hlm. 32).
            Menurut al-Khatib al-Baghdadi sebagaimana dipetik oleh Atjeng Ahmad Kusaeri, matan hadith diperakukan dan dinilai sahih apabila memenuhi syarat-syarat tertentu iaitu tidak bertentangan dengan akal yang sihat, tidak bertentangan dengan al-Qur’an, tidak bertentangan dengan pendapat ulama salaf, tidak bertentangan dengan hadith mutawatir, tidak bertentangan dengan suatu kaedah yang telah dikenal pasti dan tidak bertentangan dengan hadith ahad yang mempunyai kualiti yang lebih tinggi. (Atjeng Ahmad Kusaeri, 1988, hlm. 51-52).
            Menurut al-Dumayni, antara metod yang perlu dilakukan oleh seseorang dalam  melakukan kritik matan hadith ialah :
1.      Membandingkan matan hadith dengan al-Qur’an. Seandainya terdapat percanggahan yang tidak dapat diserasikan (taufiq), maka matan hadith tersebut dinyatakan tidak sahih.
2.      Membandingkan antara periwayatan sesebuah hadith Ahad dengan hadith Ahad yang lain.
3.      Membandingkan matan hadith dengan hadith yang berkualiti sahih.
4.      Membandingkan matan dengan kenyataan sejarah yang berkaitan dengan matn hadith tersebut, meneliti lafaz matan tersebut, sama ada mengandungi keraguan atau kelemahan pada lafaz atau maknanya. (al-Dumayni, t.th, hlm. 116).
            Dalam usaha menyaring dan mengkritik matan, Ali Mustafa Yaqub sebagaimana memetik ungkapan al-‘Azami yang mengatakan bahawa metod perbandingan matan adalah diantaranya  sebagaimana berikut :
1.      Perbandingan antara hafith-hadith dari beberapa orang murid melalui seorang guru.
2.      Perbandingan melalui pernyataan-pernyataan seorang ulama yang diucapkan pada tempoh masa yang berbeza.
3.      Perbandingan antara pengucapan lisan dengan dokumen bertulis.
4.      Perbandingan dengan ayat al-Qur’an yang mempunyai kaitan dengan hadith tersebut. (Ali Mustafa Yaqub, 2004, hlm. 128).
            Melalui metod para ulama hadith seperti yang telah dikemukakan, seutuhnya menolak dakwaan Mernissi bahawa para ulama hadith atau ulama klasik telah mempertahankan hegemoni lelaki dalam sistem patriarch dan bersikap diskriminatif dalam penafsiran teks-teks keagamaan. Para ulama hadith dengan penuh keikhlasan jiwa dan raga telah berjuang mempertahankan autoriti hadith melalui penetapan metod kritikan hadith dan khazanah ilmu lain yang berkaitan. Kriteria penetapan kesahihan sesuatu hadith melalui metod kritik sanad dan matan oleh para ulama hadith bukan merupakan metod yang dibina melalui pemikiran peribadi dan melihat aspek sosio-historis masyarakat setempat semata-mata seperti yang dilakukan Menissi. Metod kritik hadith yang menjadi kayu ukur dalam sebuah kajian hadith adalah gabungan kolektif rumusan metod para ulama hadith sesudah mereka melakukan penelitian terhadap kitab-kitab turath sejak sekian lama dan mencapai tahap penguasaan dalam disiplin ilmu-ilmu hadith.

           














3.             ANALISIS KRITIK HADITH-HADITH MISOGINIS FATIMA MERNISSI DAN PEMAHAMAN HADITH

3.1         Pengenalan
Dalam usaha memahami dan menghayati ajaran Islam yang sebenarnya adalah sangat penting kepada penganutnya untuk memahami secara menyeluruh dan tepat terhadap             al-Qur’an dan hadith. Pengabaian fakta dengan mengambil pendekatan memotong sebahagian nas atau memutarbelitkan fakta sejarah dan tidak mengikut sebagaimana Rasulullah SAW, para sahabat r.a, tabiin serta para ulama memahami dan mengamalkan nas-nas tersebut hanya akan mengakibatkan wujudnya sikap ambivalen (berbelah-bagi) terhadap dua sumber utama ajaran Islam.
Dewasa ini didapati terdapat individu yang meragukan kesahihan hadith Rasulullah SAW sebagai sumber hukum malah ada yang mengajak orang Islam untuk membuang seluruh warisan ilmu pengetahuan al-Qur’an dan kemudian mula membaca al-Qur’an daripada kosong dengan bacaan kontemporari yang tidak terikat oleh suatu ikatan apa pun, tidak berpegang pada ilmu sebelumnya, juga tidak dengan kaedah dan peraturan yang telah ditetapkan oleh ulama Islam semenjak berabad-abad silam ( Utusan 2009 : 1 Sept ). Golongan yang mengaku beragama Islam ini cuba  dengan pemahamannya yang liar mengkritik ajaran Islam dan natijahnya menyalahkan ajaran Islam itu sendiri. Sebagai contoh, akibat kehilangan jati diri Muslim dan menjadi hamba produk pendidikan barat, Fatima Mernissi, feminis Muslim liberal dari Kota Fez Magribi nyata mempertikai dan mempersoalkan kesahihan hadith Rasulullah SAW.
Dalam bukunya Women and Islam: An Historical and Theological Enquiry, Mernissi meragui kebenaran hadith yang akan dibincangkan nanti. Katanya, hadith tersebut perlu diteliti semula bukan hanya dari sudut kebenaran dan kehujahannya tetapi juga identiti para sahabat yang meriwayatkan hadith, situasi yang melingkupi, tujuan periwayatan mahupun rantaian sanad perawinya. Selain itu beberapa persoalan yang membimbangkan diajukan antaranya mengapa baginda SAW sanggup mengucapkan hadith yang berunsur misoginis (anti wanita) dan melukakan hati wanita? Benarkah ia sebuah hadith? Sekiranya benar, dalam konteks apakah hadith tersebut diucapkan dan adakah boleh dipercayai perawi-perawi yang meriwayatkan hadith tersebut? ( Fatima Mernissi 1991 : 49 ).
Sehubungan itu, dalam perbahasan ini kita akan melihat kepada kritikan yang dilontarkan oleh Fatima Mernissi berkaitan dengan perawi hadith serta kritikannya terhadap hadith-hadith yang didakwa beliau sebagai misoginis dan seterusnya sanggahan terhadap semua kritikan tersebut yang akan diperincikan oleh pandangan ulama agar pemahaman sebenar dapat diperjelaskan.

3.2         Kritikan Fatima Mernissi Terhadap Perawi Hadith.

3.2.1   Kritikan Terhadap Abu Bakrah r.a.
Menurut Fatima Mernissi, Abu Bakrah r.a merupakan sahabat yang mengenali Rasulullah SAW semasa hidup beliau dan hidup lama bersama baginda sehingga berkesempatan untuk meriwayatkan hadith tersebut. Rasulullah SAW mengatakan hadith tersebut setelah mengetahui bahawa bangsa Parsi diperintah oleh seorang wanita. Ketika Kisra wafat, siapa yang menggantikannya sebagai pemimpin? Jawapannya ialah kekuasaan diserahkan kepada puteri Kisra. Pada saat itulah Abu Bakrah r.a mengatakan bahawa Rasulullah SAW mengungkapkan ucapan berkaitan wanita ( Mernissi, Fatima 1991 : 49 ).
Fatima Mernissi juga mempersoalkan tentang tujuan Abu Bakrah r.a melafazkan hadith mengenai kepimpinan wanita dan mengucapkannya setelah suku abad selepas kewafatan Rasulullah SAW ketika dalam peperangan Jamal. Fatima Mernissi mengatakan bahawa agama Islam telah memberi keuntungan kepada Abu Bakrah r.a. Sebelum memeluk Islam Abu Bakrah r.a menjalani kehidupan yang sangat hina sebagai seorang haba di kota Taif. Pengislamannya berlaku setelah Rasulullah SAW memerdekakannya. Abu Bakrah r.a dipandang sebagai keturunan keluarga yang kurang terhormat dan salasilah keluarganya tidak dikenali secara jelas. Dalam tradisi masyarakat Arab, kejelasan salasilah keluarga menunjukkan status seseorang. Pandangan ini diperkuat oleh sikap para ahli hadith seperti al-Imam Ahmad bin Hanbal yang acapkali melakukan penelitian terhadap kajian para sahabat. Menurut Fatima Fatima Mernissi, al-Imam Ahmad bin Hanbal hanya menyentuh secara ringkas perihal Abu Bakrah r.a dan mengatakan bahawa beliau tidak menyelidikinya secara terperinci (Mernissi, Fatima 1991 : 50-51 ).
Fatima Mernissi mengatakan bahawa hadith yang diriwayatkan oleh Abu Bakrah r.a perlu untuk dilihat secara kritis dengan menerapkan kaedah metodologi yang didefinisikan oleh para ulama fuqaha’ sebagai asas dalam proses mengenal pasti suatu masalah. Pada era permulaan kajian agama sebagai satu ilmu, al-Imam Malik bin Anas merupakan salah seorang imam yang terkemuka bersama imam yang lain seperti           al-Imam al-Shafie dan al-Imam Abu Hanifah melalui sumbangan mereka dalam menyampaikan pengetahuan kepada umat Islam sehingga mereka dapat menilai antara yang halal dan haram (Mernissi, Fatima 1991 : 58 ).
Al-Imam Malik r.a pernah menegaskan bahawa seseorang yang pernah hidup bersama Rasulullah SAW tidak memadai untuk menjadi sumber hadith Rasulullah SAW. Pertimbangan-pertimbangan lain diperlukan sehingga perlu dikatakan bahawa riwayat seseorang pelupa hendaklah diabaikan. Bagaimana mereka layak untuk dianggap sebagai sumber hadith sekiranya mereka tidak memiliki tahap intelektual dan ketinggian moral yang diperlukan. Seseorang individu tidak boleh dipercayai sebagai perawi hadith sekiranya keadaannya seperti berikut :
“....ilmu tidak boleh diterima dari seorang yang bodoh, seorang yang berada dalam cengkaman nafsu dan orang yang pernah melakukan bidaah, dari seorang pendusta yang menceritakan segala sesuatu kepada orang lain. Akhirnya seseorang tidak boleh menerima pengetahuan dari seorang shaykh (guru) walaupun dia mempunyai kedudukan yang terhormat jika dia tidak menguasai ajaran yang hendak disampaikan” (Mernissi, Fatima 1991 : 59 ).
Fatima Mernissi berpegang kepada pendapat al-Imam Malik dimana beliau menurut Fatima Mernissi mengatakan :
“.......ada beberapa orang perawi yang aku menafikan atau menolak periwayatan hadith mereka, bukan kerana mereka berbohong dalam peranan sebagai seorang yang berilmu dengan menyampaikan hadith-hadith palsu ke atas Rasulullah SAW akan tetapi mereka melakukan pembohongan yang biasa kerana aku melihat mereka berbohong dalam hubungan sesama mereka, iaitu dalah hubungan seharian yang tiada kaitannya dengan ilmu keagamaan.”
Sehubungan dengan itu, menurut Fatima Mernissi sekiranya kaedah ini diaplikasikan kepada Abu Bakrah r.a nescaya periwayatan beliau ditolak kerana pernah dihukum sebat oleh khalifah Umar bin al-Khattab sewaktu memberikan kesaksian palsu atas satu tuduhan zina seorang sahabat iaitu al-Mughirah bin Shu’bah (Mernissi, Fatima 1991 : 60-61 ).

3.2.2   Kritikan terhadap Abu Hurayrah r.a.
Dalam kajiannya, Fatima Mernissi mengkritik tentang keperibadian Abu Hurayrah r.a yang bersikap anti gender. Beliau mengatakan bahawa keperibadian dan nama Abu Hurayrah r.a sewajarnya diteliti semula kerana sikap sangsi belaiu terhadap wanita. Fatima Mernissi mengatakan:
“ bukanlah suatu usaha yang sia-sia untuk mengkaji keperibadian Abu Hurayrah r.a seorang perawi hadith yang begitu membosankan tentang kehidupan seharian wanita muslim moden. Sebaik-baiknya kita terus meneliti dan mengkaji keperibadian Abu Hurayrah r.a. Tanpa membuat analisis yang mendalam, dapat saya nyatakan bahawa sikap ragu Abu Hurayrah r.a terhadap wanita terselubung dalam kisah yang sangat ringkas mengenainya. Nama Abu Hurayrah r.a bermaksud bapa kucing betina kecil dan sebelumnya menggunakan gelaran Abd al-Shams.” (Mernissi, Fatima 1991 : 70-71 )
Fatima Mernissi mengatakan bahawa Abu Hurayrah r.a mempunyai perasaan yang kurang selesa dengan wanita dan tidak mempunyai pekerjaan lelaki sejati. Sebagai mendukung kritikan dan tuduhan beliau terhadap Abu Hurayrah r.a, Fatima Mernissi terus memetik dari kitab al-Isabah bahawa Abu Hurayrah r.a lebih suka bersama Rasulullah SAW dan kadangkala membantu kerja di rumah-rumah kediaman para wanita (Mernissi, Fatima 1991 : 72 ). Fatima Mernissi juga menambah :
“...para sahabat lain mencurahkan jiwa dan raga mereka terhadap perniagaan dan menghabiskan waktu mereka di pasar-pasar. Sementara Abu Hurayrah r.a tidak ada kerjaya lain kecuali mengikuti Rasulullah SAW kemana sahaja baginda pergi. Khalifah Umar al-Khattab yang terkenal dengan kekuatan tubuh badannya tidak suka kepada orang yang malas tanpa melakukan sesuatu pekerjaan. Satu ketika beliau menawarkan kepada Abu Hurayrah r.a pekerjaan namun beliau menolak pelawaan tersebut menyebabkan khalifah Umar r.a amat terkejut. Lantas Umar r.a bertanya, “engkau menolak pelawaanku? Orang yang lebih baik daripada kamu sekalipun meminta untuk bekerja”. “Siapakah orang yang lebih baik itu?” tanya Abu Hurayrah r.a. Khalifah Umar r.a terus menjawab, “Yusuf a.s putera Nabi Ya’qub a.s”. Abu Hurayrah r.a menjawab dengan tanpa merasa dirinya bersalah atau malu lalu berkata “Dia adalah seorang nabi anak kepada salah seorang nabi, tetapi aku, Abu Hurayrah r.a putera Umayma” (Mernissi, Fatima 1991 : 80-81 ).

3.2.3   Kritikan terhadap al-Imam al-Bukhari.
Fatima Mernissi merasa hairan apabila al-Imam al-Bukhari meriwayatkan hadith-hadith misoginis terutama melalui riwayat Abu Hurayrah r.a. Hadith tiga perkara yang membawa bencana atau kecelakaan disebutkan sebanyak tiga kali dengan sanad yang berbeza-beza, tanpa mencantumkan riwayat hadith-hadith lain yang menolaknya. Setelah mendatangkan hadith tersebut, al-Imam al-Bukhari secara berturut-turut menyebutkan hadith misoginis yang lain melalui riwayat ibn Umar iaitu hadith tidak ada penyebab kesulitan yang lebih bahaya bagi seorang lelaki kecuali wanita dan hadith kebanyakan wanita penghuni neraka (Mernissi, Fatima 1991 : 76 ).

3.3 Kritikan Fatima Mernissi terhadap hadith misoginis
Menurut kamus Dewan Bahasa (2005), misoginis ditakrifkan sebagai lelaki yang membenci wanita. Di dalam bukunya Women and Islam, Fatima Mernissi memberikan pengertian misoginis sebagai kebencian terhadap wanita. Apabila hadith disatukan dengan perkataan misoginis maka ia membawa maksud hadith-hadith yang mendiskriminasikan kaum wanita.
Berdasarkan penelitian yang dilakukan ke atas buku Women and Islam didapati lima hadith yang didakwa oleh Fatima Mernissi berunsur misoginis iaitu :
1.      Hadith yang dikemukakan dari riwayat Abu Hurayrah r.a. sabda Rasulullah SAW : “Sesuatu kaum tidak akan mendapatkan kemakmuran sekiranya menyerahkan utusan kepimpinan mereka kepada kaum wanita”.
2.      Hadith yang dikemukakan dari riwayat Abu Hurayrah r.a. sabda Rasulullah SAW :      “ Anjing, keldai dan wanita akan membatalkan solat jika melintas di antara orang yang salat dan kiblat ”.
3.      Hadith dari sabda Rasulullah SAW : “ Ada tiga hal yang membawa bencana, iaitu rumah, wanita dan kuda ”.
4.      Hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar r.a. Sabda Rasulullah SAW :          “ Sepeninggalanku kelak, tidak ada penyebab kesulitan yang lebih bahaya bagi lelaki kecuali wanita ”.
5.      Hadith diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar r.a melalui sabda Rasulullah SAW :       “ Aku melihat ke syurga dan aku saksikan sebahagian besar penghuninya adalah golongan miskin, kemudian aku melihat ke neraka, aku saksikan sebahagian besar penghuninya adalah kaum wanita” (Mernissi, Fatima 1991 : 49-76 ).
Kelima-lima hadith tersebut merupakan hadith misoginis yang tertera di dalam buku Fatima Mernissi “Women and Islam: an historical and theological enquiry”. Kesemua kritikan terhadap hadith tersebut oleh Fatima Mernissi akan diperincikan dan dibincangkan pada perbahasan seterusnya.






3.4 Sanggahan terhadap kritikan Fatima Mernissi ke atas perawi hadith
Golongan ahli al-Sunnah wa al-Jamaah berpendapat bahawa semua sahabat Rasulullah SAW adalah adil.[9] Ini berdasarkan dalil-dalil naqli dan pandangan ulama yang menjelaskan tentang keutamaan dan keadilan sahabt di samping nas-nas yang mengecam keras sesiapa yang mengkritik mereka. Menurut Ibn Kathir semua para sahabat adalah adil menurut ahli   al-Sunnah wa al-Jamaah kerana Allah SWT memuji perilaku dan akhlak merepa seperti mana yang tercatat dalam al-Qur’an dan hadith. Mereka mengorbankan jiwa raga dan harta mereka demi mengharapkan ganjaran yang terbaik ( Ibn Kathir t.th : 145 ).
Justeru mengkritik kredibiliti para sahabat melalui kajian sanad bererti menyangkal dan menolak sifat adil mereka dan ia membawa kepada penolakan terhadap pujian Rasulullah SAW kepada mereka. Para sahabat merupakan pejuang agama yang berjihad bersama Rasulullah SAW demi menyebarkan risalah dakwah yang suci dan benar. Mereka ini merupakan golongan yang sepenuhnya patuh dan setia kepada perintah dan hukum-hukum Allah SWT dengan membela kepentingan umat Islam semata-mata mendapat keredhaan Allah SWT.

3.4.1        Sanggahan terhadap kritikan Fatima Mernissi ke atas Abu Bakrah r.a.
Nama lengkap Abu Bakrah ialah Nafi' bin al-Harith bin Kaldah Bin 'Amr bin Ilaj bin Abi Salamah. Namanya Abd. al-Uzza bin Ghayrah bin Awf bin Qays. Namanya turut dikenali sebagai Masruh ( Ibn Hajar 1984 : 418 ). Menurut al-Hasan al-Basri salah seorang ulama tabiin terkemuka mengatakan, "Tidak ada seorang sahabat pun dari kalangan sahabat Rasulullah SAW yang tinggal di Basrah lebih mulia dibandingkan dengan Imran bin al-Husayn dan Abu Bakrah r.a. Beliau mempunyai banyak pengikut dan merupakan orang terhormat di Basrah" ( Ibn Abd al-Barr 1991 : 1531 ). Para ulama berbeza pendapat tentang tarikh kewafatannya. Al-Mada'ini mengatakan Abu Bakrah wafat pada tahun 50H. Sa'd pula mengatakan Abu Bakrah wafat di Basrah sewaktu pemerintahan Mu'awiyah bin Abi Sufyan. Para ulama berpendapat bahawa Abu Bakrah wafat pada tahun 51H sementara Ibnu Khayyat berpendapat Abu Bakrah wafat pada tahun 52H ( Ibn Khayyat 1982 : 54 ).

Persaksian Al-Mughirah Ibnu Shu'bah
Riwayat tentang peristiwa kesaksian dan hukuman sebat ke atas Abu Bakrah pada zaman Umar al-Khattab banyak dimuatkan oleh ulama sejarah mahu pun ulama tafsir, seperti     al-Tabari, dalam kitab tarikh atau tafsirnya. Demikian juga Ibnu Sa'd dalam al-Tabaqat            al-kubranya dan Ibnu Abd al-Barr dalam al-Isti'ab fi ma'rifat al-ashab. Dalam catatan ahli sejarah, sebagaimana dikutip oleh al-Tabari daripada al-Waqidi, Abu Bakrah pernah bersumpah menyaksikan perbuatan sumbang al-Mughirah bin Shu'bah r.a, yang merupakan salah seorang sahabat Rasulullah SAW ketika sama-sama tinggal di Basrah.
Kedua-duanya adalah jiran yang terpisah oleh sebuah jalan. Al-Mughirah ditemui oleh Abu Bakrah dan beberapa sahabat sedang berada di bawah kedua kaki seorang wanita. Beliau kemudian meminta mereka memberi kesaksian dan mereka sepakat bahawa perempuan itu adalah Ummu Jamil[10] ( Ibn Hajar 1992 : 33) dari suku Amir bin Sa'sa'ah yang sememangnya telah lama menyimpan perasaan dengan al-Mughirah ( al-Tabari 1986 : 493 ). Kejadian ini berlaku pada zaman pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab. Setelah mendengar kes ini, Khalifah Umar r.a mengutuskan Abu Musa al-Ash'ari ke Basrah. Beliau tidak bersedia untuk berangkat seorang diri kerana khuatir adanya shubhat dan sebagainya.
Justeru, beliau meminta keizinan Umar untuk membawa bersamanya 29 orang sahabat. Mereka ialah Anas bin Malik, Imran bin Husayn, dan Hisham bin Amir. Sementara         itu al-Mughirah, Abu Bakrah, Shibl bin Ma'bad al-Bajali dan Ziyad kemudian berangkat ke Madinah untuk menemui Umar bin al-Khattab. Setibanya mereka di hadapan Umar, Abu Bakrah menerangkan kesaksiannya. Kemudian dua daripada tiga saksi yang ada iaitu Nafi' dan Shibl bin Ma'bad al-Bajali memberi kesaksian bahawa apa yang dikatakan oleh Abu Bakrah adalah benar sedangkan Ziyad menyatakan penyaksian yang berbeza.

            Oleh kerana kesaksian ini dianggap tidak cukup, Umar al-Khattab r.a menjatuhkan hukuman sebat ke atas Abu Bakrah, Nafi’ dan Shibl. Mereka kemudian diperintahkan bertaubat. Dua di antaranya, selain Abu Bakrah, telah bertaubat. Sebaliknya Abu Bakrah tidak berbuat demikian sambil menyatakan, "Engkau meminta aku bertaubat semata-mata agar engkau dapat menerima kesaksianku?" Umar menjawab: "Benar". Abu Bakrah membalas kata Umar, "Aku wajib untuk tidak bersaksi antara dua perkara (antara kebenaran dan kesalahan) dalam kes al-Mughirah, selama aku masih hidup" (Ibn Abd  al-Barr 1991 : 1615 ).
Keputusan Khalifah Umar tidak menerima kesaksian Abu Bakrah tidak menghilangkan kredibiliti keadilan Abu Bakrah sebagai perawi. Hukum tersebut berkaitan dengan kesaksian Abu Bakrah bukan periwayatannya. Malah ia berkaitan dengan hukum penolakan kesaksiannya akibat ketidakcukupan jumlah serta ketidaksediaan beliau menarik balik kesaksiannya dan bertaubat di hadapan Umar yang menjadi hakim ketika itu. Pada masa yang sama, keputusan Abu Bakrah juga merupakan hukuman yang dipilih oleh beliau. Lebih baik daripada melakukan pembohongan kepada Allah SWT meskipun kesaksiannya akan diterima kembali.
Sebagaimana kejadian ke atas Abu Bakrah, peristiwa tersebut juga jelas tidak menggugat kredibiliti al-Mughirah sebagai sahabat. Sifat adil al-Mughirah ibn Shu'bah juga tetap terpelihara kerana persaksian Abu Bakrah, Nafi' dan Shibl adalah tidak tepat. Al-Sheikh al-Amin al-Shanqiti mengatakan wanita yang dilihat berada bersama al-Mughirah ibnu Shu'bah ketika angin membuka pintu rumah tersebut ialah isteri al-Mughirah. Kebetulan, wajah isteri al-Mughirah menyerupai seorang wanita lain yang sering dilihat mengunjungi para pemimpin yang lain. Maka mereka membuat andaian bahawa isteri al-Mughirah adalah wanita yang sama tanpa bertujuan buruk, namun sangkaan tersebut adalah salah. Al-Mughirah tidak melakukan sebarang kemungkaran kerana para sahabat Nabi SAW terkenal dengan naluri dan penghayatan iman yang tinggi. Sehingga mereka mampu mencegah diri mereka daripada sesuatu kemungkaran. Sesungguhnya hanya Allah yang mengetahui hakikat yang sebenar ( al-Badr, Abd al-Muhsin 2004 : 24 ).



Periwayatan hadith
Sheikh Muhammad al-Amin al-Shanqiti menegaskan, ulama bersepakat menerima periwayatan Abu Bakrah walaupun beliau dihukum oleh Umar al-Khattab atas persaksiannya tentang perlakuan zina al-Mughirah. Sealiran pendapat dengan gurunya Abd. Al-Muhsin     al-Abbad membuat rumusan antaranya para ulama Muslimin sama ada salaf atau khalaf sekian lama telah bersepakat menerima periwayatan Abu Bakrah r.a ( al-Badr, Abd al-Muhsin 2004 : 26-27 ).
Tuduhan qazaf dengan menggunakan lafaz menghina seperti wahai penzina atau seumpamanya menyebabkan persaksian dan periwayatan seseorang itu tertolak melainkan sekiranya bertaubat dan berlaku baik dan hal ini tidak berlaku pada Abu Bakrah. Tambahan Abd. Al-Muhsin juga menyebut, tidak ada seorang pun di kalangan tabiin atau selepas mereka yang melarang periwayatan Abu Bakrah dan berhujah dengannya. Justeru tidak dijumpai seorang pun perawi hadith yang mentajrihkan Abu Bakrah berkenaan kisah persaksian beliau dalam kes al-Mughirah. Ibnu Qudamah pula mengatakan di dalam perkara qazaf jika berlaku dengan lafaz persaksian maka perkhabaran (periwayatannya) tidak ditolak. Dalam kisah Abu Bakrah kekurangan bilangan saksi bukanlah kehendaknya. Sehubungan itu ramai perawi menerima dan meriwayatkan hadith daripada beliau ( al-Badr, Abd al-Muhsin 2004 : 19-25 ).
Penerimaan periwayatan Abu Bakrah terbukti apabila periwayatannya diriwayatkan oleh para ulama dan mukharrij hadith terkemuka seperti al-Imam al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud, al-Tirmidzi, al-Nasa’i dan Ibn Majah. Riwayat Abu Bakrah terkumpul di dalam keenam-enam kitab ini sebanyak 55 hadith, dan disebut oleh al-Mizzi di dalam Tuhfat al-Ashraf dari hadith 11 654 hingga hadith 11 708, al-Imam Ahmad mengeluarkan hadith Abu Bakrah di dalam Musnadnya sebanyak 152 secara berulang, hadith 20 373 hingga hadith 20 524 ( al-Badr, Abd al-Muhsin 2004 : 16-17 ). Abu Bakrah tidak hanya meriwayatkan satu hadith sebaliknya beliau meriwayatkan 14 hadith yang dimuatkan      al-Imam al-Bukhari dan Muslim dalam kitab sahih mereka. Hadith yang diriwayatkan secara bersama-sama al-Imam Muslim adalah lapan hadith, lima hadith diriwayatkan oleh al-Bukhari dan satu hadith diriwayatkan oleh Muslim. Justeru adalah tidak tepat untuk menolak periwayatan hadith Abu Bakrah sebagaimana yang dilakukan oleh Fatima Mernissi dimana beliau mendakwa bahawa Abu Bakrah meriwayatkan hadith yang berunsur 'anti wanita' dan bermotifkan kepentingan peribadi.
Suatu perkara yang perlu diketahui bahawa Fatima Mernissi hanya mengkritik peribadi dan periwayatan Abu Bakrah r.a terhadap satu hadith sahaja iaitu hadith berkaitan dengan kepimpinan wanita. Fatima Mernissi jelas tidak cuba meneliti periwayatan hadith Abu Bakrah r.a yang lain. Hal ini membuktikan bahawa Fatima Mernissi hanya meperjuangkan emosi dan perasaan dendamnya pada hadith-hadith yang didakwanya berunsur misoginis.

3.4.2        Sanggahan terhadap kritikan Fatima Mernissi ke atas Abu Hurayrah r.a.
Abu Hurayrah ialah tokoh perawi hadith yang terkenal. Beliau merupakan penghafal hadith yang terulung dalam kalangan sahabat Rasulullah s.a.w. Semenjak memeluk Islam, beliau sangat akrab dengan Rasulullah s.a.w. Beliau banyak mengikuti aktiviti dakwah Rasululah s.a.w. Beliau juga dikurniai Allah dengan daya ingatan yang kuat. Oleh sebab itu, beliau dapat meriwayatkan banyak hadith daripada Rasulullah s.a.w. Beliau berasal daripada kabilah al-Dusi, iaitu satu suku kaum yang tinggal di Yaman.
Fatima Mernissi mendakwa bahawa Abu Hurayrah r.a tidak menyukai wanita adalah tertolak kerana apabila dibandingkan teks yang ditulis oleh Fatima Mernissi yang menurutnya dinukil dari kitab al-Isabah dengan teks yang sebenar dari al-Isabah adalah bertentangan. Ini dibuktikan oleh Ibn Hajar dan menyatakan : Abu Hurayrah r.a berkata, “..Aku datang sewaktu Rasulullah SAW berada di Khaybar dan umurku telah melebihi 30 tahun. Aku sering menemani baginda berkunjung ke rumah para isteri baginda, turut serta berjihad di medan peperangan dan menunaikan ibadah haji bersama baginda dan aku orang yang paling arif tentang hadith baginda” ( Mansour Fakih, et. Al 1996 : 11 ). Namun di dalam buku Fatima Mernissi ada menulis, “ Abu Hurayrah r.a melayani Rasulullah SAW dan membantu di rumah kediaman para wanita. Fatima Mernissi tanpa segan silu memanipulasi dan memutarbelitkan fakta mengenai Abu Hurayrah r.a sekalipun beliau mengaku bahawa pengambilannya dari kitab al-Isabah.
Para ulama berselisih pendapat tentang nama beliau. Ibn Hajar menyebut sebanyak dua puluh pendapat tentang nama Abu Hurayrah r.a di antaranya Abd al-Rahman ibn Sakhar, ibn Ghunm, Abd Nahm, Abd Taym, Sakan, Amr, Umayr, Abdullah ibn A’iz, Abd Shams dan beberapa nama lain. Sewaktu zaman jahiliah nama beliau dikatakan sebagai Abd Syams ( Ibn Hajar 1984 : 288 ). Gelaran Abu Hurayrah r.a. adalah kerana kegemarannya bermain dengan anak kucing. Diceritakan pada suatu masa ketika Abu Hurayrah r.a. bertemu Rasulullah SAW dia ditanya apa yang ada dalam lengan bajunya. Apabila dia menunjukkan anak kucing yang ada dalam lengan bajunya lantas dia digelar Abu Hurayrah r.a. oleh Rasullullah SAW. Semenjak itu dia lebih suka dikenali dengan gelaran Abu Hurayrah r.a.  Apabila diteliti dari pelbagai riwayat yang dinukil Ibn Hajar, tidak dapat riwayat yang menyebutkan Abu Hurayrah r.a sebagai Abd al-Shams seperti mana yang dikemukakan oleh Fatima Mernissi sebaliknya diberi gelaran Abd. Syams ( Mansour Fakih, et.al 1996 : 11 ).
Satu daripada keistimewaan Abu Hurayrah ialah daya ingatannya yang sangat kuat. Oleh sebab itu, beliau dapat meriwayatkan banyak hadith Rasulullah s.a.w. Beliau juga amat minat dan rajin menghadiri majlis-majlis ilmu bersama Rasulullah. Walaupun beliau seorang yang miskin, namun, kemiskianannya itu tidak menghalang beliau untuk berusaha sedaya-upaya menimba ilmu pengetahuan. Pernah suatu ketika, khalifah Marwan bin al-Hakam cuba menguji daya ingatan Abu Hurayrah. Beliau telah mengundang Abu Hurayrah ke satu majlisnya. Apabila Abu Hurayrah tiba, Marwan meminta beliau membacakan beberapa hadith. Seorang jurutulis Marwan mencatatkan hadith itu tanpa pengetahuan Abu Hurayrah. Pada tahun berikutnya, sekali lagi khalifah Marwan mengundang Abu Hurayrah ke majlisnya. Apabila Abu Hurayrah tiba, beliau diminta menyebut semula hadith-hadith yang diucapkannya dahulu. Abu Hurayrah pun membacakan semula hadith-hadith itu tanpa satu kesalahan pun. Peristiwa ini menunjukkan keistimewaan daya ingatan Abu Hurayrah. Bahkan Imam Syafie juga mengakui tentang kekuatan daya hafalan Abu Hurayrah. Oleh sebab itu, hadith-hadith yang diriwayatkan oleh beliau tidak diragui.
Dakwaan Fatima Mernissi mengatakan bahawa Abu Hurayrah r.a seorang yang pemalas adalah tidak tepat sama sekali. Fatima Mernissi telah memotong teks tentang penyertaan Abu Hurayrah r.a dalam peperangan bagi mengukuhkan pendapat beliau. Sebenarnya, Abu Hurayrah r.a banyak terlibat di medan peperangan bersama Rasulullah SAW dan sanggup mengorbankan jiwa dan raga beliau dalam peperangan pembebasan Mekah, Hunayn, Tabuk, Taif, Yarmouk dan sebagainya (Badri Khaeruman 2004 : 172 ). Beliau juga merupakan seorang ahli ibadah, mujtahid, guru hadith dan pemberi fatwa di Madinah malah turut juga menyumbangkan tenaga dalam urusan  kenegaraan apabila menjadi Gabenor di Bahrain. Abu Hurayrah r.a bukanlah seorang pemalas seperti kata Fatima Mernissi malah kerjayanya sebagai penghafal hadith merupakan pekerjaan yang mulia. Kerjaya ini merupakan kerjaya yang menjadi impian kebanyakan para sahabat yang lain. Sesungguhnya periwayatan hadith yang dilakukannya merupakan satu anugerah dan kehebatan yang dikurniakan Allah SWT kepadanya.
Beliau banyak memberi sumbangan terhadap Islam. Disebabkan akrabnya beliau dengan Rasulullah, beliau dikatakan meriwayatkan sebanyak 5,374 hadith. Hadith beliau yang disepakati oleh Imam Bukhari dan Muslim berjumlah 325 Hadith, oleh Bukhari sendiri sebanyak 93 hadith. Dan oleh Muslim sebanyak 189 Hadith. Abu Hurayrah r.a wafat pada 57H atau 58H ( 676-678 M ) dalam usia 78 tahun di Madinah.

3.4.3        Sanggahan terhadap kritikan Fatima Mernissi ke atas al-Imam al-Bukhari.
Nama penuh beliau ialah Muhammad Bin Ismail Bin Ibrahim Bin al-Mughirah Bin Bardizbah al-Ja’fa al-Bukhari. Perkataan al-Bukhari diambil daripada perkataan Bukhara iaitu nama suatu tempat di wilayah Uzbekistan. Beberapa orang ulama di dalam pelbagai bidang ilmu lahir dari daerah ini. Imam al-Bukhari telah dilahirkan di Bukhara pada bulan Syawal tahun 194 H. Beliau meninggal dunia pada bulan Syawal tahun 256 H, iaitu setelah berusia 62 tahun. Beliau dilahirkan dari kalangan keluarga yang bertaqwa dan alim ( al-Dhahabi 1992 : 391-392 ).
Kedua-dua ibu bapanya adalah dari kalangan orang-orang yang soleh dan sentiasa menghampirkan diri kepada Allah. Bapanya meninggal dunia sewaktu beliau masih kecil lagi dan beliau diasuh oleh ibunya. Bapanya alim dalam bidang hadith. Beliau mempelajari hadith dari ulama-ulama yang agung pada masa itu seperti Hamad Bin Zaid dan Malik Bin Anas. Seorang tokoh hadith yang terkemuka pada masa itu, Abdullah Bin al-Mubarak menjadi sahabat karib beliau.

Manakala ibu Imam al-Bukhari juga seorang yang solehah, sentiasa menghampirkan diri kepada Allah. Imam al-Bukhari pada masa kecilnya terkena penyakit mata dan beliau tidak dapat melihat. Kemudian pada suatu ketika ibunya telah bermimpi bertemu dengan Nabi Ibrahim a.s. baginda menerangkan kepadanya bahawa penyakit anaknya itu akan sembuh disebabkan doa yang banyak daripada ibu yang solehah.
Semenjak kecil, Imam al-Bukhari memang telah menunjukkan bakatnya yang cemerlang dan luar biasa. Dia mempunyai ketajaman ingatan dan hafalan yang melebihi orang lain. Ketika berusia 10 tahun, Imam al-Bukhari selalu datang dan mempelajari ilmu hadith kepada al-Dakhily, salah seorang ulama yang ahli dalam bidang tersebut. Setahun kemudian, ia mulai menghafal hadith Nabi SAW. Pada usia 16 tahun, dia telah menghafal hadith-hadith yang terdapat dalam kitab karangan Ibnu Mubarak dan karangan Waki’     al-Jarrah ( Mustafa al-Siba’i 1985 : 434-445 ) Ketakwaan imam al-Bukhari memang tidak diragui lagi. Abdullah ibn Said bin Jaafar berkata, “Aku mendengar para ulama Basrah mengatakan, “Kami tidak pernah menjumpai di dunia ini orang seperti Muhammad ibn Ismail dalam keilmuan dan ketakwaan”( al-Dhahabi 1992 : 439-442 ).
Imam al-Bukhari mempunyai karya besar dan agung dalam bidang hadith iaitu kitab beliau yang dinamakan al-Jami’ atau disebut juga al-Sahih atau Sahih al-Bukhari. Kitab ini amat bernilai memandangkan beliau begitu berhati-hati ketika memuatkan hadith-hadith di dalamnya ( al-Suyuti 1966 : 98 ). Para ulama menetapkan bahawa kitab karangan al-Imam al-Bukhari merupakan kitab yang paling sahih selepas kitab suci al-Qur’an. Kedudukan Sahih al-Bukhari sendiri telah diakui oleh semua ulama sebagaimana kata Ibn Taymiyyah, “ Tidak ada kitab di bawah naungan langit ini yang paling sahih setelah al-Qur’an kecuali Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim ( Ibn Taymiyyah t.th : 74 ).
Berkenaan dakwaan Fatima Mernissi bahawa al-Imam al-Bukhari mengambil riwayat Abu Hurayrah r.a yang anti wanita adalah tertolak kerana terbukti al-Imam al-Bukhari telah menulis satu bab khusus mengenai insan yang paling berhak memperolehi layanan yang baik iaitu ibu dalam kitab sahihnya ( al-Bukhari, 5626 : 2227 ). Malah dalam kitabnya juga, al-Imam al-Bukhari telah meriwayatkan banyak hadith daripada 32 sahabat wanita di antaranya Aishah r.a iaitu 242 buah hadith dan Fatimah (Ibn Hajar 1958 : 476-477). Bagi memperkukuhkan bukti bahawa al-Imam al-Bukhari tidak anti wanita atau beranggapan buruk kepada wanita, beliau telah memuatkan hadith-hadith dalam kitab Fadail  al-Sahabah mengenai manaqib Fatimah dan Fadail Aishah r.a ( al-Bukhari 3556-3564 : 1374-1376 ).
Al-Dihlawi mengatakan : “ Siapa saja yang merendahkan kedudukan keduanya ( Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim ) dia adalah pembuat bidaah dan mengikut jejak langkah orang bukan Islam. Mereka ini ibarat orang-orang menghambakan diri kepada para Orientalis.” Abu Zur’ah al-Razi juga mengatakan, “Jika kamu melihat seseorang menuduh salah seorang sahabat Rasulullah SAW dengan tuduhan negatif, ketahuilah bahawa dia adalah seorang Zindiq ( al-Baghdadi, al-Khatib t.th : 49 ).


















4.             PERBINCANGAN HADITH-HADITH MISOGINIS

4.1 Hadith Pertama : Larangan Kepimpinan Wanita.
حدثنا عثمان بن الهيثم حدثنا عوف عن الحسن عن أبي بكرة قال لقد نفعني الله بكلمة سمعتها من رسول الله صلى الله عليه وسلم أيام الجمل بعد ما كدت أن ألحق بأصحاب الجمل فأقاتل معهم قال لما بلغ رسول الله صلى الله عليه وسلم أن أهل فارس قد ملكوا عليهم بنت كسرى قال لن يفلح قوم ولوا أمرهم امرأة.
Uthman bin al-Haytham telah berkata kepada kami, ‘Awf telah berkata daripada          al-Hasan dari Abu Bakrah r.a katanya :  Sesungguhnya Allah SWT telah memberiku manfaat, dari kata-kata yang pernah kudengar dari Rasulullah SAW – pada saat perang Jamal (Unta), setelah semula hampir saja aku mengikuti tentera Jamal (dipimpin oleh Aisyah yang mengenderai unta) dan berperang di pihak mereka”.Ketika sampai berita kepada Rasulullah SAW bahawa bangsa Parsi telah mengangkat puteri Kisro sebagai ratu, maka sabda Baginda Rasulullah SAW: “Tidak akan berjaya/beruntung suatu kaum yang menyerahkan urusan mereka kepada wanita (mengangkat wanita sebagai pemimpin).”[11] 

Analisa Sanad
Dari segi riwayah, para perawi hadith yang dikemukakan oleh al-Imam al-Bukhari seperti Abu Bakrah r.a, al-Hasan, Awf dan Uthman ibn al-Haytham adalah thiqah dan terjamin keaslian mereka dalam meriwayatkan hadith Rasulullah SAW. Hadith riwayat Abu Bakrah r.a ini turut dikeluarkan oleh beberapa mukharrij ain seperti al-Imam       al-Tirmidhi[12], al-Nasa’i[13], al-Hakim[14] dan al-Bayhaqi[15].

Analisa Matan dan pemahaman hadith
Hadith ini menjelaskan kepada kita berkaitan dengan larangan melantik wanita menduduki jawatan awam kerana titik kejayaan dan keberhasilan tidak akan tercapai. Perkara ini berkait rapat dengan peristiwa masyarakat Parsi yang menyerahkan tampuk kepimpinan kepada seorang wanita yang bernama Bawran binti Shiruyah sehingga membawa kehancuran sebagaimana yang disabda oleh Rasulullah SAW (al-Suyuti 1984 : 82-84 ).
Larangan ini sebenarnya disebabkan wanita secara fitrahnya mempunyai emosi dan sikap yang mudah berubah boleh menjejaskan keputusan yang dibuat. Apatah lagi dengan bebanan dan tanggung jawab yang begitu besar akan menyebabkan wanita tersebut berhadapan dengan pelbagai halangan sama ada dari sudut fizikal mahupun mental. Muhammad al-Bahi berpendapat bahawa ketidakberjayaan wanita dalam memegang pucuk pimpinan adalah disebabkan faktor-faktor utama yang berkaitan dengan peribadi wanita seperti tidak berupaya menanggung beban, tergesa-gesa dan tidak sabar serta sikap yang sentiasa berubah-ubah. Di samping itu juga wanita sentiasa berhadapan dengan kitaran haid setiap bulan, kehamilan, bersalin dan menyusukan serta memelihara anak secara tidak langsung faktor ini akan membawa keadaan yang boleh memberi kesan ke atas dirinya ( Muhammad al-Bahi t.th : 49-50 ).
Mohammad Baltaji menjelaskan perkara ini iaitu kalimah “ولوا امرهم khusus berkaitan dengan kepimpinan tertingg . Mustafa al-Sibaie menambah wanita dibolehkan menjadi wakil dalam melakukan sebarang tindakan ke atas harta dan kebun-kebun malah mereka juga dibenarkan untuk menjadi saksi. Justeru nas hadith ini menunjukkan larangan yang kepada wanita untuk memegang jawatan kepimpinan tertinggi negara dan jawatan-jawatan yang mempunyai tanggungjawab dan tugasan yang besar serta berisiko                ( Mustafa al-Siba’i 1998 : 39-40 ).  Namun menurut al-Mawardi dan al-Mawdudi penyertaan wanita menjawat sesuatu jawatan secara hirarki adalah lebih rendah berbanding jawatan sebagai pemimpin negara, menteri serta bidang kehakiman ( al-Buti 1994 : 174-175 ). Walau bagaimanapun kepimpinan sebagai hakim di kalangan wanita, para ulama berselisih pendapat mengenainya dimana ada yang mengatakan tugasan tersebut diserahkan kepada lelaki semata-mata ( al-Dusuki 2004 : 129 ). Menurut mazhab Hanafi dan Ibn Hazm al-Zahiri wanita boleh menjadi hakim tetapi dalam bidang atau urusan yang bukan berkaitan dengan hukum hudud dan qisas ( Ibn Hazm t.th : 429-430 ). Manakala Ibn Jarir al-Tabari dan Hasan al-Basri berpendapat wanita boleh menjadi hakim walaupun dalam bidang hukum hudud dan qisas kerana lelaki tidak menjadi syarat utama dalam penghakiman ( al-Mawardi t.th : 65 ). 
Hikmah larangan ini adalah disebabkan sebahagian besar daripada tanggungjawab khalifah adalah berkait rapat dengan perkara-perkara agama dan bukan semata-mata perkara siasah sahaja. Tugas sebagai khalifah adalah untuk mengumpulkan orang ramai untuk melaksanakan solat jumaat dan menyampaikan khutbah sementara seorang wanita tidak diwajibkan untuk melaksanakan dan menghadiri solat jumaat. Oleh yang demikian itu, bagaimana seseorang wanita boleh memimpin manusia sedangkan dia tidak diwajibkan untuk melaksanakannya bahkan hukum al-Imamah seorang wanita ke atas lelaki adalah tidak sah ( al-Buti 1996 : 70 ).
Pensyariatan seumpama ini sebenarnya tidaklah menjejaskan atau merendahkan martabat wanita bahkan ia merupakan satu penghormatan terhadap kemampuan wanita daripada memikul perkara-perkara yang di luar kemampuannya tanpa wujudnya keadaan darurat yang mewajibkan mereka untuk melakukannya.

Kritikan terhadap hadith Fatima Mernissi  
Setelah memahami kandungan matan hadith tersebut didapati banyak kajian akademik berkaitan dengan hubungan hak dan kewajipan yang diberikan oleh Islam kepada kaum lelaki dan wanita. Pada dasarnya, agama Islam memberikan hak dan kewajipan yang sama kepada lelaki dan wanita cuma terdapat pengkhususan antara mereka. Larangan wanita menjawat jawatan tertinggi dalam pentadbiran negara bukanlah perkara khilafiyyah kerana banyak dalil yang menyokong perbahasan ini. 
Ada pendapat yang beralasan bahawa wanita boleh menjawat jawatan sebagai pemimpin negara sebagaimana permaisuri Balqis tidak boleh diterima. Ini adalah kerana Al-Imam Ibn Kathir mengatakan kepada kita bahawa pemerintahan puteri Balqis adalah berlangsung sebelum kedatangan agama Islam dimana ia bercampur dengan penyembahan berhala dan tidak berpegang kepada agama Allah SWT. Peraturan hukum di Yaman ketika itu juga adalah secara warisan kerana tidak ada waris lelaki ketika itu lalu mengangkat Balqis sebagai pemimpin. Selain itu, kisah umat sebelum Islam dalam ilmu usul fiqh termasuk dalam    شرع من قبلنا(syariat umat Islam sebelum kita) yang sebenarnya tidak merupakan syariat bagi umat Islam kerana syariat Islam yang dibawa oleh baginda Rasulullah SAW telah menasakhkan syariat-syariat sebelumnya. Hal ini bertepatan dengan firman Allah SWT :
9e@ä3Ï9 $oYù=yèy_ öNä3ZÏB Zptã÷ŽÅ° %[`$yg÷YÏBur 4 öqs9ur uä!$x© ª!$# öNà6n=yèyfs9 Zp¨Bé& ZoyÏnºur `Å3»s9ur öNä.uqè=ö7uŠÏj9 Îû !$tB öNä38s?#uä ( (#qà)Î7tFó$$sù ÏNºuŽöyø9$# 4 n<Î) «!$# öNà6ãèÅ_ötB $YèÏJy_ Nä3ã¥Îm6t^ãŠsù $yJÎ/ óOçGYä. ÏmŠÏù tbqàÿÎ=tFøƒrB ÇÍÑÈ  
(Al-Qur’an : al-Maidah 5:48)
Maksudnya : bagi tiap-tiap umat Yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu syariat dan jalan ugama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). dan kalau Allah menghendaki nescaya ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu Dalam ugama Yang satu), tetapi ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa Yang telah disampaikan kepada kamu. oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka ia akan memberitahu kamu apa Yang kamu berselisihan padanya.

Muhammad Abd al-Qadir Abu Faris menjelaskan bahawa umat Islam diwajibkan untuk menuruti dan mentaati setiap sesuatu yang bertepatan dengan syarak merangkumi hukum-hukum yang umum serta apa sahaja yang ditetapkan Rasulullah SAW serta segala apa yang ditegah oleh baginda. Oleh yang demikian itu, Abd al-Qadir memetik kata ibn al-Arabi bahawa wanita tidak wajar menjadi pemimpin sebagaimana larangan yang terdapat dalam hadith tersebut ( Abd al-Qadir 1999 : 158 ).
Larangan ini tidak bermakna agama Islam mendiskriminasikan wanita kerana mereka memainkan peranan utama sebagai ibu dan pembantu perancang rumahtangga. Dalam setiap wanita, Allah SWT menganungerahkan keistimewaan dengan proses kehamilan, kelahiran, penyusuan, pemeliharaan bayi dan pengikat kasih sayang antara suami dan isteri. Tugas yang dipikul oleh wanita adalah merupakan suatu amanah yang hanya mampu dilakukan oleh wanita. Walaupun terdapat aktiviti lain yang terpikul di bahu mereka, tugas sebagai ibu tetap yang terbaik bagi wanita. Dengan sumbangan inilah, maka akan terbentuklah sebuah komuniti yang sejahtera dan generasi yang baik pada masa akan datang. Tugas mulia yang dianugerahkan oleh Allah SWT seperti ini sewajarnya dipandang sebagai positif bukannya kritikan yang membuta-tuli sepertimana dakwaan Fatima  Mernissi dan para pejuang feminisme yang menganggap Islam mendiskriminasikan wanita. Batasan-batasan yang dianugerahkan ini bertujuan untuk mewujudkan keharmonian dan kebaikan bersama sepertimana firman Allah SWT :  
$tBur tb%x. 9`ÏB÷sßJÏ9 Ÿwur >puZÏB÷sãB #sŒÎ) Ó|Ós% ª!$# ÿ¼ã&è!qßuur #·øBr& br& tbqä3tƒ ãNßgs9 äouŽzÏƒø:$# ô`ÏB öNÏd̍øBr& 3 `tBur ÄÈ÷ètƒ ©!$# ¼ã&s!qßuur ôs)sù ¨@|Ê Wx»n=|Ê $YZÎ7B ÇÌÏÈ  
(Al-Qur’an : al-Ahzab 33:36)
Maksudnya : dan tidaklah harus bagi orang-orang Yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. dan sesiapa Yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka Sesungguhnya ia telah sesat Dengan kesesatan Yang jelas nyata.







4.2. Hadith kedua : Wanita, keladai dan Anjing Pemutus Solat.
وحدثنا إسحق بن إبراهيم أخبرنا المخزومي حدثنا عبد الواحد وهو ابن زياد حدثنا عبيد الله بن عبد الله بن الأصم حدثنا يزيد بن الأصم عن أبي هريرة قال  :قال رسول الله صلى الله عليه وسلم يقطع الصلاة المرأة والحمار والكلب ويقي ذلك مثل مؤخرة الرحل.

Maksudnya : Ishaq ibn Ibrahim telah berkata kepada kami, al-Makhzumi telah memberitahu kami, Abd al-Wahid iaitu ibn Ziyad telah berkata kepada kami, Ubaydillah ibn Abdullah ibn al-Asam telah berkata kepada kami, Yazid telah berkata kepada kami daripada Abu Hurayrah bahawasanya berkata : Rasulullah SAW telah bersabda : “solat itu terputus oleh wanita, keladai dan anjing. Dan perkara yang mengelakkan pemutusan itu ialah dengan sutrah(penghadang) seumpama hujung pelana”.[16]

Analisa Sanad
Kesahihan hadith ini tidak diragukan lagi kerana perawi hadith ini merupakan kalangan perawi hadith yang thiqah dan diriwayatkan oleh al-Imma Muslim dalam kitab sahihnya. Hadith ini juga turut dikeluarkan oleh al-Imam Abu Daud, al-Tirmidhi dan Ibn Majah. Malah riwayat ini juga turut dimasukkan oleh al-Shaykh al-Albani dalam kitabnya silsilah ahadith al-sahihah.

Analisa Matan dan pemahaman hadith
Berhubung matan hadith ini, Aishah r.a telah membuat pembetulan dimana Urwah bin Zubayr telah meriwayatkan dalam hadith Aishah r.a :
عن عروة بن الزبير قال قالت عائشة ما يقطع الصلاة قال فقلنا المرأة والحمار فقالت إن المرأة لدابة سوء لقد رأيتني بين يدي رسول الله صلى الله عليه وسلم معترضة كاعتراض الجنازة وهو يصلي

Maksudnya : daripada Urwah bin Zubayr telah meriwayatkan Aishah r.a berkata : “apa saja yang dapat memutuskan solat seseorang? Kami menjawab, “ Perempuan dan keldai”. Aishah r.a berkata, “ jadi kalau begitu, perempuan adalah binatang buruk. Tahukah kalian bahawa aku pernah berbaring melintang di hadapan Rasulullah SAW seperti melintangnya jenazah dan baginda sedang menunaikan solat?”.[17]
Hadith ini dijelaskan lagi dalam riwayat yang lain sepertimana yang dikemukakan oleh al-Imam Muslim :
عن مسروق عن عائشة وذكر عندها ما يقطع الصلاة الكلب والحمار والمرأة فقالت عائشة قد شبهتمونا بالحمير والكلاب والله لقد رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم يصلي وإني على السرير بينه وبين القبلة مضطجعة فتبدو لي الحاجة فأكره أن أجلس فأوذي رسول الله صلى الله عليه وسلم فأنسل من عند رجليه.
Maksudnya : Daripada masruq dari a’shah r.a dinyatakan bahawa apa sahaja yang memutuskan solat anjing, keldai dan wanita. Aishah r.a berkata : kalian telah menyamakan kami dengan keldai dan anjing. Demi Allah SWT, ku telah melihat Rasulullah SAW solat dan aku berbaring di atas tempat tidur, kedudukanku adalah di antara baginda dan kiblat. Jika aku berkeinginan sesuatu aku tidak berbuat demikian kerana khuatir akan menganggu baginda justeru aku hanya melewati baginda namun tidak di hadapan baginda.[18]
Hadith mengenai putusnya solat seseorang lelaki disebabkan wanita telah menyebabkan perbezaan pendapat ulama. Menurut al-Nawawi para ulama berbeza pendapat berkenaan hadith ini. Sebahagian mereka berpendapat solat seseorang akan terputus disebabkan wanita, keldai dan anjing. Al-Imam Malik, Abu Hanifah, Shafie dan kebanyakan ulama berpendapat bahawa solat tidak batal disebabkan tiga perkara tersebut ataupun selain daripada perkara tersebut. Mereka mengemukakan pendapat bahawa makna terputus dalam hadith tersebut adalah kurangnya pahala solat kerana hatinya tidak khusuk dalam solat kerana fikiran terganggu dan terputusnya hubungannya dengan Allah SWT ( al-Yunini, Abu al-Fath Musa 1956 : 283 ). Hal ini berlaku jika seseorang tidak meletakkan sutrah di hadapan dirinya ketika solat. Penghadang dapat dilakukan dengan menggunakan peralatan yang mencapai maksud sebagai penghalang seperti meja, kerusi, beg, bantal, rehal dan sebagainya.
Adapun penghimpunan wanita, keldai dan anjing hitam dalam bab ini tidaklah bererti bahawa ketiga-tiganya adalah dari satu kedudukan atau taraf. Penghimpunan hanyalah kerana masing-masing memiliki kemungkinan mendatangkan gangguan: wanita kerana daya tarikannya, keldai kerana kebiasaannya membawa muatan dagang dan anjing hitam kerana ia berkemungkinan merupakan jelmaan syaitan. Setiap ini boleh mengganggu kesempurnaan solat. Berdasarkan kaedah qiyas dan tujuan hadith (maqasid nas), hendaklah seseorang itu menghadang dirinya daripada apa sahaja yang boleh mengganggu kesempurnaan solatnya tanpa terbatas kepada tiga faktor di atas sahaja.

Kritikan terhadap hadith Fatima Mernissi  
Dalam permasalahan hadith ini, Fatima Mernissi mengakui bahawa hadith Aishah r.a adalah merupakan jawapan kritikan bahawa wanita bukan penyebab batalnya solat. Fatima Mernissi mengakui bahawa hadith ini telah dinukil dalam kitab Sahih al-Bukhari.    Walau bagaimanapun pengakuan Fatima Mernissi ini telah bertentangan dengan tulisan pada halaman yang sama dimana beliau mengatakan bahawa pengaruh riwayat Abu Hurayrah telah menyelinap masuk dalam sahih al-Bukhari sehingga al-Imam al-Bukhari sengaja memasukkan dan merasakan tidak perlu untuk memasukkan kritikan Aishah r.a berkenaan hadith tersebut ( Mernissi, Fatima 1991 : 30 ). Sangka prejudis dan tanggapan buruk terhadap Abu Hurayrah amat menebal dalam diri Fatima Mernissi.
Apabila merujuk kitab sahih al-Bukhari riwayat Abu Hurayrah berkenaan wanita sebagai pembatal solat, kajian tidak mendapati riwayat tersebut pernah dikemukakan oleh            al-Imam al-Bukhari sebaliknya telah termuat di dalam kitab sahih Muslim. Justeru dakwaan Fatima Mernissi bahawa riwayat Abu Hurayrah mempengaruhi al-Imam          al-Bukhari adalah tidak tepat kerana al-Imam al-Bukhari sendiri telah meletakkan satu bab di dalam kitab sahihnya bahawa wanita bukan penyebab batalnya solat seseorang. Setelah penamaan bab tersebut al-Imam al-Bukhari secara langsung meriwayatkan hadith kritikan Aishah r.a bahawa wanita bukan penyebab batalnya solat[19].
Pengertian hadith yang difahami oleh Fatima Mernissi ini adalah tidak tepat. Dakwaan beliau bahawa hadith ini sebagai misoginis tertolak kerana kurangnya kefahaman beliau terhadap hadith serta silap sewaktu mengemukakan bukti. Walaupun Fatima Mernissi menyebut antara buku rujukannya adalah Fath al-Bari Sharh Sahih al-Bukhari namun jelas beliau tidak merujuk secara teliti kitab tersebut dan kitab-kitab sharh hadith yang lain. Sekiranya Fatima Mernissi merujuk kitab-kitab hadith dengan penuh teliti nescaya beliau pasti akan menemukan riwayat-riwayat lain selain riwayat Abu Hurayrah.

4.3. Hadith ketiga : Wanita punca kecelakaan.
حدثنا ‏ ‏أبو اليمان ‏ ‏أخبرنا ‏ ‏شعيب ‏ ‏عن ‏ ‏الزهري ‏ ‏قال أخبرني ‏ ‏سالم بن عبد الله ‏ ‏أن ‏ ‏عبد الله بن عمر ‏ ‏رضي الله عنهما ‏ ‏قال ‏سمعت النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏يقول ‏ ‏إنما الشؤم في ثلاثة في الفرس والمرأة والدار ‏
Maksudnya : Telah berkata Abu al-Yaman telah memeberitahu kami, Shuayb telah memberitahu kami dari al-Zuhri telah berkata : Salim ibn Abdullah memberitahuku bahawa Abdullah ibn Umar telah berkata : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : “Sesungguhnya kecelakaan itu disebabkan tiga perkara iaitu kuda, wanita dan rumah”.[20]

Analisa Sanad
Para perawi yang dikemukakan oleh al-Imam al-Bukhari ini adalah thiqah dan terjamin keaslian mereka dalam meriwayatkan hadith Rasulullah SAW. Justeru sanad hadith ini dihukum sebagai sahih. Selain al-Imam al-Bukhari, hadith di atas turut dikeluarkan oleh beberapa pengeluar hadith (mukharrij) seperti al-Imam Muslim, Abu Dawud, al-Tirmidhi, Ibn Majah, al-Nasa'i , Malik dan Ahmad.

Analisa Matan dan pemahaman hadith
Matan hadith di atas walaupun datang dengan kepelbagaian bentuk riwayat oleh para perawi dan pentakhrij hadith, namun ia tetap menunjukkan atau mempunyai persamaan dengan setiap matan hadith Rasulullah SAW. Pengertian hadith secara tekstual menunjukkan tidak berlaku pertentangan dengan al-Qur’an, al-Sunnah dan hujah akal. Sebabnya, hadith ini menerangkan amalan masyarakat jahiliah yang suka bertenung nasib dengan menggunakan kuda, wanita dan rumah. Perbezaan matan hadith tentang al-syu'm tidak merubah maksud dan tujuan hadith. Dalam riwayat Ibn Umar yang lain Baginda SAW ada bersabda: Jika seandainya wujud kecelakaan maka kebarangkaliannya adalah disebabkan wanita, tunggangan dan rumah. Justeru tidak ada ruang untuk memahami bahawa ketiga-tiga hal di atas sebagai penyebab utama ketidakberuntungan secara mutlak. Baginda SAW menikahi para wanita, mendirikan rumah sebagai tempat tinggal dan menunggang tunggangan ketika keluar bermusafir.
Dakwaan bahawa wanita merupakan penyebab mutlak ketidakberuntungan tertolak oleh hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Hibban sebagaimana sabda rasulullah :
وعن سعد بن أبي وقاص رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من سعادة ابن آدم ثلاثة: المرأة الصالحة، والمسكن الصالح، والمركب الصالح، ومن شقاوة ابن آدم: المرأة السوء، والمسكن السوء، والمركب السوء .
Maksudnya : Daripada Saad bin Abu Waqas r.a berkata : Sabda Rasulullah SAW :               Di antara hal yang akan memberikan kebahagiaan kepada anak cucu adam ialah tiga perkara iaitu : wanita yang solehah, tempat tinggal yang selesa dan tunggangan yang baik. Manakala hal yang memberikan kecelakaan kepada anak cucu Adam ialah tiga perkara iaitu : wanita yang jahat, tempat tinggal yang buruk dan tunggangan yang teruk.[21]

Menurut pendapat Ibn al-Arabi, penyebutan tiga hal pada hadith di atas hanyalah adat atau kebiasaan yang berlaku dan bukan penciptaan mereka sebagai pembawa kesialan. Ibn Qutaybah mengatakan, kaum jahiliah suka membuat ramalan dan bertenung nasib. Hal sedemikian dilarang pada zaman Rasulullah SAW. Namun dalam kalangan orang jahiliah masih terdapat mereka yang enggan meninggalkan amalan khurafat tersebut sehingga tiga hal di atas masih wujud dalam kehidupan mereka untuk digunakan dalam amalan menenung nasib (Ibn Hajar 1986 : 61). Pendapat yang sama turut diketengahkan oleh      Dr. Mohd Baltaji bahawa gambaran yang diceritakan oleh baginda SAW adalah berkenaan dengan perbuatan orang-orang jahiliah (Mohd Baltaji t.th : 373).
Menurut Ibn Hajar al-Asqalani, apabila dikatakan kecelakaan kuda bermaksud ia tidak dapat digunakan dalam peperangan atau ketidaktaatannya atau berkemungkinan harganya yang begitu mahal. Apabila dikatakan kecelakaan rumah maka ia bermaksud sempitnya rumah itu atau kejahatan jiran-jirannya. Kecelakaan perempuan bermaksud kerana ia tidak dapat memiliki anak atau lidahnya yang tajam menyakitkan hati dan keinginannya terhadap perkara-perkara yang meragukan dan tidak berfaedah (Ibn Hajar 1986 : 61). Sebenarnya kecelakaan atau sial kerana tiga hal di atas merupakan hikmah yang diberikan oleh Allah agar manusia melakukan perkara yang lebih baik.  Menurut fatwa Shaykh Muhammad ibn Salih al-Uthaymin, “...berkemungkinan sejumlah tempat tinggal, kenderaan, atau isteri dianggap mendatangkan sial atau kecelakaan. Tersirat hikmah Allah SWT menjadikan kecelakaan itu berpunca dari tiga hal tersebut. Mungkin ia berupa bahaya atau tidak ada manfaat yang diperolehi daripadanya. Seandainya seseorang mengalami hal sedemikian maka hendaklah ia menyedari bahawa semuanya terjadi kerana takdir Allah SWT. ( Majalah Fatwa 2006: 10-11)
Nabi SAW menjelaskan, dalam Islam tiada sebarang perkara yang membawa kecelakaan. Baginda menggalakkan umatnya memberi nama dengan nama yang baik dan indah serta mengandungi makna kegembiraan, kerana ia akan melahirkan perasaan gembira, keredaan bagi yang mendengarnya. Sebabnya, ia mempunyai kesan dari segi pendidikan yang sangat penting dalam membentuk keperibadian seorang muslim dan masyarakat muslim secara umum.

Kritikan terhadap hadith Fatima Mernissi  
Apabila diamati kajian yang dilakukan oleh Fatima Mernissi tentang hadith ini didapati bahawa beliau tidak mengaplikasikan metodologi yang dijadikan sandaran oleh beliau dalam meneliti sanad dan matan sesebuah hadith malah beliau sendiri terperangkap dalam kajian nas-nas keagamaan yang beliau temui tetapi tidak difahami secara tepat. Ini dapat diperhatikan apabila Fatima Mernissi tidak membaca tajuk bab yang ditulis al-Imam        al-Bukhari iaitu باب ما يتقى من شؤم المرأة وقوله تعالى إن من أزواجكم وأولادكم عدوا لكم  serta tidak memahami maksud min dalam ayat yang menunjukkan makna sebahagian. Ibn Hajar menjelaskan bahawa maksud tajuk di atas ialah kecelakaan hanya berlaku pada sebahagian wanita dan bukannya keseluruhan sebagaimana yang dapat difahami dari firman Allah SWT :
$pkšr'¯»tƒ šúïÏ%©!$# (#þqãZtB#uä žcÎ) ô`ÏB öNä3Å_ºurør& öNà2Ï»s9÷rr&ur #xrßtã öNà6©9 öNèdrâx÷n$$sù 4
(Al-Qur’an : al-Taghabun 64:14)
Maksudnya : Wahai orang-orang Yang beriman! Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu Yang menjadi musuh bagi kamu; oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka.
Menurut Ibn Hajar, pemilihan al-Bukhari terhadap hadith dan diletakkan di dalam bab tersebut tidak secara mutlak menunjukkan bahawa hadith tersebut menjelaskan bahawa kaum wanita sebagai penyebab kecelakaan melainkan hanya kepada wanita yang mempunyai akhlak buruk yang mendorong berlakunya fitnah dan permusuhan. Sesiapa yang berprasangka bahawa tiga perkara tersebut membawa kepada kecelakaan maka mereka itu amat jahil dalam memahami hadith tersebut ( Ibn Hajar, 1986 : 138 ).
Ibn Hajar juga mengupas kritikan Aishah r.a terhadap Abu Hurayrah r.a  mengenai kisah dua orang lelaki dari Bani Amir telah datang menemui Aishah r.a dan mengatakan bahawa Abu Hurayrah r.a berkata Rasulullah SAW bersabda “ الطيرة في الفرس والمرأة والدار . Aishah r.a mendengar lalu tersinggung dan berkata, “.....apa yang Abu Hurayrah r.a katakan hanyalah merupakan amalan masyarakat jahiliyah yang suka melakukan amalan bertenung nasib dari perkara itu. Oleh itu kritikan Aishah r.a ke atas Abu Hurayrah r.a tidaklah membawa maksud mengingkari riwayat beliau sebaliknya menerangkan tentang kepercayaan yang berlaku dalam masyarakat jahiliah ( Ibn Hajar 1986 : 61 ).
          Berdasarkan keterangan Aishah r.a, hadith ini tidak bertujuan untuk mendiskriminasikan wanita cuma pernyataan Abu Hurayrah r.a adalah untuk menunjukkan amalan masyarakat jahiliah yang suka bertenung nasib dengan menggunakan kuda, wanita dan rumah. Kebiasaannya, apabila mereka bertenung nasib dengan perkara ini, mereka sering ditimpa kecelakaan sehingga ianya menjadi suatu kepercayaan dalam kehidupan mereka. Justeru, hadith ini tidak boleh difahami secara tekstual sahaja tetapi memerlukan penerangan ulama ke atas matan tersebut.

4.4 Hadith keempat : Wanita sebagai sumber fitnah.
Al-Imam al-Bukhari telah mengeluarkan sebuah hadith dalam kitab sahihnya dengan sanad dan matan sebagaimana berikut :
حدثنا آدم حدثنا شعبة عن سليمان التيمي قال سمعت أبا عثمان النهدي عن أسامة بن زيد رضي الله عنهما عن النبي صلى الله عليه وسلم قال ما تركت بعدي فتنة أضر على الرجال من النساء

Maksudnya : “ Adam menceritakan kepada kami, Syu'bah telah menceritakan dari Sulayman al-Taymi bahawa beliau berkata: Aku telah mendengar Abu Uthman al-Nahdi meriwayatkan daripada Usamah bin Zayd sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda, Aku tidak tinggalkan selepasku (sepeninggalanku) fitnah yang lebih mudarat ke atas kaum lelaki daripada wanita.[22]

Analisa Sanad
Berpandukan rantaian sanad, para perawi hadith di atas iaitu Adam, Shu'bah, Sulayman al-Taymi, Abu Uthman al-Nahdi, Usamah ibn Zayd adalah di kalangan para perawi yang thiqah (dipercayai). Dari sudut penentuan kualiti sanad, rantaian periwayatan di atas dihukum sebagai sahih.

Analisa Matan dan pemahaman hadith
Taqiyuddin al-Subki mengatakan, maksud hadith ini seiring dengan hadith Ibn Umar dan Sahl ibn Sa'd tentang wanita sebagai sumber kesulitan atas sebab-sebab tertentu (kesulitan atau kesialan yang menyebabkan permusuhan dan fitnah) ( Ibn Hajar 1986 : 138 ).          Al-Imam al-Bukhari menyebut dalam kitab sahih beliau, Ibn Umar telah berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, Sesungguhnya sumber ketidakberuntungan itu disebabkan tiga hal iaitu kuda, wanita dan rumah.[23] Pernyataan baginda SAW adalah jika wujud ketidakberuntungan maka kebarangkaliannya adalah disebabkan wanita, tunggangan dan rumah. Justeru tidak ada sudut atau ruang untuk memahami bahawa ketiga-tiga hal di atas sebagai penyebab utama ketidakberuntungan secara mutlak.
Menurut al-Qaradawi dalam Fatawa Mu'asirah, golongan yang merendahkan wanita sering memahami hadith (fitnah) di atas dengan sebuah pemahaman yang salah. Mereka memahami kata fitnah tersebut dengan beranggapan kaum wanita itu amat hina dan merupakan azab, ancaman, musibah yang ditimpa kepada manusia seumpama ditimpa musibah, penyakit, kelaparan dan ketakutan. Mereka alpa kepada satu perkara penting bahawa manusia diuji dengan kenikmatan yang banyak berbanding diuji dengan musibah. Sesungguhnya wanita itu menjadi fitnah tatkala mereka menjadi alat untuk membangkitkan syahwat serta menyalakan api keinginan dalam perasaan kaum lelaki. Hal ini merupakan bahaya yang sangat besar dan dikhuatiri dapat menghancurkan akhlak, mengotori harga diri, mengundang permasalahan rumahtangga serta lumpuhnya sebuah tamadun dan jatuhnya integriti sesebuah komuniti (Erman 2003 : 183).
Oleh itu, isi kandungan dari pesanan Rasulullah SAW melalui hadith ini tidak bererti kaum wanita itu dianggap fitnah dan ralat dalam semua perkara. Yang dimaksudkan oleh Nabi SAW ialah wanita sememangnya mempunyai pengaruh yang dominan terhadap lelaki yang amat dikhuatiri akan mengakibatkan kaum lelaki lalai dari mengingati Allah SWT dan mendapat balasan buruk di akhirat. Sesungguhnya dalam persiapan seorang lelaki melayari alam rumahtangga Rasullullah SAW memberi panduan agar kehidupan yang bakal dilalui membawa kebahagiaan kepadanya di dunia dan di akhirat.
Abu Hurayrah meriwayatkan dari Rasulullah, bahawasanya baginda bersabda: Seseorang wanita dinikahi atas empat perkara kerana hartanya, nasabnya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah agamanya kerana ia akan menjaga dirimu.[24]
Dalam kebanyakan persoalan yang berkaitan hubungan antara kaum lelaki dan kaum wanita sama ada ia mencakupi bidang ibadah atau aspek sosial yang melibatkan pertemuan di antara mereka, para ulama selalu menjadikan hazar dengan tujuan agar tidak berlaku atau tidak timbul sebarang fitnah iaitu sebarang suasana yang boleh mengganggu atau menggoda hati, perasaan dan fikiran kaum lelaki. Contoh, urusan saf dalam solat berjemaah. Kedudukan wanita dan lelaki hendaklah terpisah dan wanita hendaklah di belakang saf kaum lelaki. Kaum wanita tidak wajib solat Jumaat, dilarang menyampaikan khutbah Jumaat atau mengalunkan azan dengan suara yang dapat didengari oleh pendengaran kaum lelaki dan sebagainya. Bahkan mereka dianjurkan solat di rumah berbanding di masjid. (Erman, 2003, hlm.181)
Hadith di atas merupakan salah satu pendapat atau pandangan para fuqaha untuk berpendapat sedemikian. Hal ini disebabkan wujudnya faktor kekhuatiran yang akan mengakibatkan fitnah. Meskipun terdapat mekanisme atau dalam situasi atau ruang tertentu dan dapat dipastikan bahawa kebarangkalian wujudnya fitnah tidak berlaku para ulama fiqh tetap menegah dan menafikan pengimaman seorang wanita. Perkara-perkara yang bersangkutan dengan ubudiyyah hendaklah diterima sebagaimana ia diperintahkan oleh Allah SWT dan Rasul-Nya serta garis panduan agama Islam.
Hadith di atas tidak seharusnya difahami secara tekstual atau makna zahir seolah-olah mendiskriminasikan wanita. Wanita bukan penyebab utama kejahatan atau kerugian yang selama-lamanya buat kaum lelaki. Sejumlah srikandi Islam terulung seperti Ummahat al-Mukminin telah terbukti berjaya memberi sumbangan besar kepada kebangkitan agama Islam.

Kritikan terhadap hadith Fatima Mernissi
Apabila dikaji secara teliti didapati hadith ini yang didakwa misoginis oleh Fatima Mernissi ini mempunyai sumber asal yang bertentangan dengan dakwaan Fatima Mernissi. Mengikut pemahaman beliau hadith ini diriwayatkan oleh Ibn Umar yang dikeluarkan oleh al-Imam al-Bukhari.( Mernissi, Fatima 1991: 76). Akan tetapi setelah merujuk sumber asal hadith ini melalui Sahih al-Bukhari, didapati hadith ini tidak diriwayatkan oleh Ibn Umar tetapi diriwayatkan oleh Usamah bin Zayd.
Walaupun hadith ini dikeluarkan oleh al-Imam Muslim( Sahih Muslim, jld.4, hlm.2096),         al-Tirmidhi(Sunan al-Tirmidhi, jld.5, hlm.103) dan al-Imam Ahmad(Musnad Ahmad, jld.5, hlm.200) didapati tiada satupun riwayatnya oleh Ibn Umar. Hal ini menunjukkan ketidaktepatan dan kesilapan yang dilakukan oleh Fatima Mernissi dalam mengambil sumber asli hadith ini. Kesilapan seumpama ini hanya memberikan kesan yang negatif dan menggugat kredibiliti beliau sebagai inteektual yang cuba melakukan kajian terhadap pengertian dan maksud hadith-hadith Rasulullah SAW.





5.5 Hadith kelima : Kebanyakan Penghuni Neraka adalah wanita.
Al-Imam al-Bukhari telah mengeluarkan sebuah hadith dalam kitab sahihnya dengan sanad dan matan sebagaimana berikut :
حدثنا ‏ ‏أبو الوليد ‏‏حدثنا ‏‏سلم بن زرير ‏‏حدثنا ‏ ‏أبو رجاء ‏ ‏عن ‏ ‏عمران بن حصين ‏عن النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏قال ‏ ‏اطلعت في الجنة فرأيت أكثر أهلها الفقراء واطلعت في النار فرأيت أكثر أهلها النساء

Maksudnya : “Abu al-Walid telah berkata kepada kami, Salm ibn Zarir telah berkata kepada kami, Abu Raja’ telah berkata kepada kami daripada Imran ibn Husayn daripada Rasulullah SAW bersabda : Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.[25]

Analisa Sanad
Hadith riwayat Imran ibn Husayn ini turut diriwayatkan oleh Ibn Abbas dengan matan yang sama. Apabila dikaji dari segi perawinya didapati kedua-dua periwayatannya adalah thiqah dan terjamin periwayatan mereka serta dihukum sebagai sahih.

Analisa Matan dan pemahaman hadith
Sekiranya hadith ini dilihat secara makna tekstual sudah pastinya akan menimbulkan kemusykilan-kemusykilan yang tertentu. Antaranya apakah Islam memandang kemiskinan itu sebagai satu kelebihan dan kekayaan sebagai satu penghalang yang menjauhkan seseorang itu daripada syurga? Atau apakah agama Islam memandang rendah terhadap wanita sehingga kebanyakan mereka menjadi penghuni neraka?
Ibn Hajar berpendapat bahawa dimaksudkan dengan "orang-orang yang miskin " yang disebut oleh Rasulullah s.a.w itu ialah orang-orang miskin yang soleh dan bertaqwa bukanlah semata-mata orang miskin, kerana kemiskinan semata-mata kadang-kadang merupakan satu bala yang boleh membawa seseorang kepada kekufuran dan kejahatan       ( Ibn Hajar 1986 : 279 ). Apabila tekanan kemiskinan itu tidak dapat disabari oleh seseorang ia mungkin menjadi manusia yang berkecil hati dan bersikap membantah terhadap Allah dan ini bukan sahaja menjerumuskannya ke dalam kekufuran, malah mencetuskan dalam hatinya perasaan hasad dengki dan dendam kesumat terhadap manusia sekelilingnya yang lebih bernasib baik darinya, dan akibatnya ia mungkin terlibat dalam perlakuan - perlakuan jenayah dan kekejaman-kekejaman untuk meluahkan dendam.
Ibn Battal dalam kitab " al- Fath " dengan tegas menyarankan bahawa kemasukan ramai orang-orang miskin ke dalam syurga itu bukanlah kerana kemiskinannya, malah kerana kesolehan di samping kemiskinan, sebab orang yang miskin yang tidak soleh itu tidak mempunyai apa-apa kelebihan sementara al-Alamah al-Syeikh Mansyur Ali Nasar berkata dalam kitabnya " at- Taaj" kelebihan orang-orang miskin ( yang banyak masuk syurga ) itu bukanlah kerana kemiskinan, malah kerana kesabaran, taqwa dan amalan-amalan mereka yang soleh yang biasanya menyebabkan mereka menjadi miskin. Termaktub dalam Sahih al-Bukhari :[26]
حدثنا يزيد بن زريع حدثنا التيمي عن أبي عثمان عن أسامة بن زيد قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم قمت على باب الجنة فإذا عامة من دخلها المساكين وإذا أصحاب الجد محبوسون إلا أصحاب النار فقد أمر بهم إلى النار وقمت على باب النار فإذا عامة من دخلها النساء

Maksudnya : “Yazid ibn Zari’ telah berkata kepada kami, al-Taymiy telah berkata kepada kami, daripada Abu Uthman daripada Usamah bin Zaid r.a berkata, Rasulullah SAW telah bersabda " aku berdiri di pintu syurga, tiba-tiba aku melihat kebanyakan orang yang memasukinya ialah orang-orang miskin, sedangkan hartawan-hartawan telah ditahan, melainkan penghuni-penghuni neraka mereka terus diperintah supaya di humbankan ke dalam nereka, dan aku berdiri di pintu syurga tiba-tiba aku melihat kebanyakan orang memasuki neraka adalah kaum wanita."
Menyentuh pemahaman matan kebanyakan penghuni neraka ialah golongan wanita berbanding golongan miskin, ianya tidak bertujuan menggambarkn imej buruk kaum wanita. Hadith ini termasuk dalam bab al-Targhib wa al-Tarhib, iaitu memberi anjuran dan ancaman terhadap sesuatu perkara. Dalam hadith tersebut Rasulullah SAW memberi peringatan bahawa neraka berkemungkinan akan dipenuhi dengan wanita disebabkan hal-hal tertentu. Al-shaykh Muhammad ibn Salih al-Uthaymin menjelaskan penyebab utama golongan wanita raman menjadi penghuni neraka adalah kerana mereka banyak mencela, melaknat, menghina dan mengingkari suami.( al-Uthaymin 2005 : 120-121)
Menurut Abu Shuqqah, kaum wanita boleh menyelamatkan diri mereka dan terhindar daripada api neraka dengan cara membentuk dan membina takwa dan kepatuhan kepada Allah SWT serta suruhan Rasulullah SAW dalam perkara kebaikan termasuk tidak menderhakai suami. Wanita disarankan untuk memperbanyakkan amalan soleh kerana amalan seumpama itu akan dapat menyelamatkan jiwa dan raga mereka daripada azab api neraka kelak ( Abu Shuqqah 2002 : 273 ).

Kritikan terhadap hadith Fatima Mernissi
Hadith yang dikritik Fatima Mernissi dan didakwa misoginis melalui Ibn Umar adalah tidak benar kerana ia diriwayatkan oleh Imran ibn Husayn dan Ibn Abbas seperti yang dibincangkan terdahulu. Hal ini menunjukkan ketidaktepatan dan kesilapan yang dilakukan oleh Fatima Mernissi dalam mengambil sumber asal hadith ini. Dakwaan Fatima Mernissi bahawa hadith ini menghina dan memandang rendah martabat kaum wanita adalah berpunca sikap prejudis beliau terhadap maksud yang sebenar tanpa melihat pandangan para ulama terlebih dahulu. Sesuatu hadith perlu diteliti, difahami dengan baik di samping mengumpulkan riwayat-riwayat yang mempunyai pengertian yang serupa agar pemahaman sebenar terhadap hadith dapat diperolehi.
Fatima Mernissi tidak memahami konteks hadith secara holistik tetapi hanya memahami sebahagian sahaja mengakibatkan banyak keterangan bernilai dan tatacara kehidupan yang sebenarnya di dalam sesuatu hadith tidak dapat dikembangkan isi dan pemahamannya gara-gara paradigma yang sengaja direkacipta. Segala upaya yang dilakukan Fatima Mernissi untuk melemahkan hadith-hadith dengan mencela dan bersikap sangsi ke atas peribadi para perawi dan periwayatan mereka merupakan mengikut selera hati dan emosi. Mernissi mengkaji hadith-hadith bukan berobjektif mencari sebuah pencerahan atau kebenaran ajaran yang terkandung dalam untaian wahyu baginda. Sebaliknya cuba mencari ruang dan membuktikan hipotesis palsu beliau agar apa sahaja yang dikatakan hadith tiada kaitan dengan Rasulullah SAW. Hadith Rasulullah SAW merupakan satu untaian wahyu dan sabdaNya jawami' al-kalim tidak pernah akan menimbulkan kontroversi dan kekeliruan. Agama Islam amat memuliakan wanita tidak seperti umat-umat dan tamadun-tamadun terdahulu. Justeru, mustahil ia berisi ajaran yang menghina dan merendahkan kaum wanita. Para sahabat Rasullullah SAW telah terbukti keadilan mereka dan keadilan mereka telah diperakui oleh Allah dan RasulNya.

6.      PENUTUP
Berdasarkan kajian dan analisis yang telah dilakukan, dapatlah dirumuskan bahawa :
1.      Mernissi telah menggunakan kaedah kajian terhadap sanad dan matn  sewaktu mengkaji suatu hadith. Malangnya , Mernissi jelas tidak mengaplikasikan kaedah tersebut dan tidak menguasai ilmu hadith berkaitan riwayah dan dirayah. Pengabaian kaedah tersebut terbukti dalam kajian kritik Mernissi apabila berlaku pemanipulasian beberapa fakta sejarah, pemotongan pendapat ulama, kesilapan menisbahkan sanad hadith serta perletakan sumber asli hadith.

2.      Mernissi turut tidak menggunakan metode ulama hadith melalui kajian sanad dan analisa matn, al-takhrij, al-tawfiq, al-jam’, perbandingan hadith dengan nas al-Qur’an dan disiplin-disiplin lain.

3.      Kriteria penetapan kesahihan suatu hadith melalui metode kritik sanad dan matn oleh para ulama hadith bukan metode yang dibina melalui pemikiran peribadi atau melihat aspek sosio sejarah masyarakat semata-mata seperti yang dilakukan Mernissi. Metode kritik hadith yang menjadi kayu ukur dalam sebuah kajian hadith adalah gabungan  metode para ulama hadith sesudah mereka melakukan penelitian terhadap kitab-kitab turath sejak sekian lama dan mencapai tahap penguasaan dalam disiplin ilmu-ilmu hadith.Islam membenarkan kajian kritik terhadap para perawi hadith berdasarkan ilmu al-jarh wa al-ta’dil dan ilmu naqd al-hadith dalam menentukan kualiti sanad dan matn. Kajian yang dilakukan mesti disertakan dengan bukti –bukti ilmiah yang kukuh dan bukan berdasarkan dakwaan atau hipotesis yang tidak dapat dibuktikan kebenarannya.

4.      Perjuangan Mernissi jelas tidak membawa kepada ketinggian darjat dan martabat kaum wanita. Perjuangan mereka tidak lebih dari sejenis pemupukan nafsu atau sifat emosional yang tersasar dari norma hidup seperti yang dianjurkan oleh islam.

5.      Setiap individu muslim di Malaysia khususnya wanita sewajarnya berhati-hati terhadap gagasan perjuangan liberal dan usaha mereka menggunakan nas-nas al-Qur’an dan hadith secara tidak telus .Hal ini cara yang paling buruk , berbahaya dan boleh menggelincirkan seorang muslim dari agamanya tanpa disedari atau diluar keinginannya. Golongan wanita islam sewajarnya bangkit dan sentiasa berwaspada dengan propaganda gerakann femenisme liberal yang sering mencari ruang untuk menghilangkan ajaran islam disamping melakukan konspirasi mereka untuk meruntuhkan institusi kekeluargaan islam. Selain mengkaji dan menyelidik isu yang diperdebatkan dengan penuh teliti, perkara yang paling utama ialah mengakui ajaran islam sebagai panduan dan cara hidup berasaskan sumber al-Qur’an dan hadith dalam menangani setiap permasalahan kea rah mencapai kehidupan yang bahagia di dunia dan akhirat.







7. Rujukan
1.                  Al-Quran al-Karim dan Terjemahan.
2.                  Abu Layth, Muhammad, 2003, Ulum al-hadith asiluh wa mu’asiruh. Malaysia : Dar al-Shakir.
3.                  Abu Shuqqah, Abd al-Halim Muhammad, 2002, Tahrir al-Mar’ah fi Asr al-risalah, al-Qaherah : Dar al-Qalam.

4.                  al’Azami, Muhammad Diya’ al-Rahman,2003, Dirasat fi al-Jarh wa al-Ta’dil, Saudi Arabia : Dar al-Salam li al-Nashr wa al-Tawzi’, cet. 2.
5.                  Al-Badr, Abd al-Muhsin ibn Hamad al-Abbad, 2004, al-Difa’ ‘an al-Sahabi Abi Bakrah wa marwiyyatih, Dar al-Imam Ahmad.
6.                  Al-Baghdadi, al-Khatib, t.th, al-Kifayah fi ilm al-riwayah, Bayrut : Dar Al-Kutub Al-Ilmiyyah
7.                  Al-Bukhari, Muhammad Ibn Ismail, 1987, Sahih Al-Bukhari, Bayrut : Dar Ibn Kathir, Al-Yamamah.
8.                  Al-Buti, Muhammad Said Ramadhan, 1996, al-Mar’ah bayna tughyan al-nizam al-gharbi wa lato’if al-tashri’ al-rabbani, bayrut : dar al-Fikr al-Mu’asir, cet.1, hlm.70.
9.                  Al-Dhahabi, Muhammad ibn Ahmad, 1992, Siyar a’lam al-nubala’, Bayrut : Muassasat al-Risalah.
10.              al-Dumayni, t.th, Maqayis fi naqd mutun al-sunnah, Riyadh : al-Su’udiyyah.
11.              Al-Dusuki, Muhammad Arafah, Hashiyah al-Dusuki, Dar al-Fikr, jld.4 hlm.129.
12.              Al-Mawardi, Abu Hasan, t.th. al-Ahkam al-sultaniyyah wa wilayah al-diniyyah, Bairut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, det.2. hlm. 65.
13.              al-Nawawi, Abu Zakaria Yahya ibn Sharaf al-Nawawi al-Dimashqi, 1987, Sahih Muslim bi sharh al-Nawawi, Misr : al-Matba’ah al-Misriyyah wa Maktabatuha.
14.              al-Nawawi, Abu Zakaria Yahya ibn Sharaf al-Nawawi al-Dimashqi, t.th., Sharh Sahih Muslim, tahqiq : Hani al-Haj dan ‘Imad Zaki al-Barudi, Misr : al-Maktabah al-Tawfiqiyyah.
15.              al-Qardawi, Yusuf, 2000, Kayfa nata amal ma’a al-sunnah al-nabawiyyah,Misr : Dar al-Shuruq.
16.              Al-Sai’di , Milfa ibn Na’im 1419. Inayah al-Islam bi al-mar’ah fid aw al-kitab wa al-sunnah,
17.              Al-Shaykh Muhammad ibn Salih al-Uthaymin, 2005, Fatawa arkan al-Islam atau Tuntutan tanya jawab akidah, solat, zakat, puasa dan haji, ptrj. Munir al-Abidin, Dar al-Falah.
18.              Al-Suyuti, Abd al-Rahman, 1966, Tadrib al-rawi fi sharh taqrib al-Nawawi, Tahqiq Abd al-Wahab Abd al-Latif, Dar al-Kutub al-Hadithah.
19.              Al-Suyuti, Abd al-Rahman, 1984, Asbab wurud al-hadith, Bayrut :, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.
20.              Al-Tabari, Abu Jaafar Muhammad ibn Jarir, 1986, Tarikh al-Tabari, Bayrut : Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.
21.              Al-Yunini, Abu al-Fath Musa ibn Muhammad, 1956, Dhayl mir’at al-zaman, India : al-Matba’at al-‘Uthmaniyyah.
22.                          Atjeng Ahmad Kusaeri, Telaah atas sanad hadith-hadith dalam kitab I’anah al-Talibin, Pekan Baru : Susqa Press, 1988
23.              At-Tarmizi, Muhammad Ibn Isa Ibn Saurah, t.th Sunan at-Tarmizi, Dar Ihya’ At-Turath Al-Arabi.
24.              Badri Khaeruman, 2004, Otentitas hadis studi kritik atas kajian hadis kontemporer, Bandung : Rosda.
25.              Baterah Alias, Che Zarrina Sa’ari .2007. Islam dan emansipasi wanita.Kuala Lumpur:
26.              Hasan Shafi’i. t.th. al-Harakah al-Ta’wil al-Sanawi li al-Quran wa al-din wa khatariha A’la  al-Bayan al-Arabiy wa turathi.Majallah mujamma’ al-Lughah al-a’rabiyyah Bi al-Qaherah . bil. 102. Hlm. 104
27.              Ibn Abd al-Barr, 1991, al-Isti’ab fi ma’rifat al-ashab, terj 2660, Bayrut : Dar al-Jil.
28.              Ibn Hajar, Ahmad ibn Ali al-`Asqalani, 1984, Tahdhib al-Tahdhib, terj.848, Bayrut : Dar al-Fikr.
29.              Ibn Hajar, Ahmad ibn Ali al-`Asqalani, 1992, al-Isabah, Bayrut : Dar al-Jil.
30.              Ibn Kathir, Ismail ibn Kathir al-Qurashi Abu al-Fida, t.th, Baith al hathith fi ikhtisar ulum al hadith, Bayrut : Dar al-Fikr.
31.              Ibn Khayyat, Khalifah ibn Khayyat Abu Umar al-Laythi al-Usfuri, 1982, al-Tabaqat, Riyadh : Dar al-Tayyibah.
32.              Ibn Taymiyyah, t.th, Majmu’ fatawa shaykh al-Islam, Riyad : Matba`at al-ukama
33.              Ibn, t.th. Abu Muhammad Ali ibn Ahmad, al-Muhalla, Bayrut: Dar al-Afaq al-Jadidah, jld.9 hlm.429-430.
34.              Majallah al-Jami’ah al-Islamiyyah bi al-madinah al-Munawwarah, bil 133.
35.              Mansour Fakih, 1996, Membincang feminism, Surabaya : Risalah Gusti, cet. 1
36.              Mernisi, Fatima, 1999, Pemberontakan wanita, peranan intelektual kaum wanita dalam sejarah muslim, Bandung : Mizan
37.              Mernissi , Fatima, 1991, Women and Islam : an historical and teological enquiry .trans.      Mary Jo Lakeland , UK: Basil Blackwell
38.              Mernissi , Fatima, 1994. Ratu-ratu Islam yang terlupakan.ptrj. Rahmani Astuti dan Erna Hadi. Bandung:Mizan.
39.              Mernissi, Fatima, 1975. Beyond the veil: seks dan kekuasaan dinamika pria wanita dalam Masyarakat muslim moden.ptrj. Masyur abadi, Surabaya:al-Fikr
40.              Mernissi, Fatima, 1982, Virginity and patriarchy in women and Islam, suntingan Azizah al-Hibri, Oxford : Pergamon Press.
41.              Mernissi, Fatima, 1999, Teras Terlarang ,ptrj. Ahmad Bayquni. Bandung : Mizan.
42.              Mernissi, Fatima, t.th. Pemberontakan wanita .ptrj. rahmani Astuti . Bandung : Mizan
43.              Mohd Baltaji, t.th, Makanah al-mar’ah fi al-Qur’an al-karim wa al-sunnah al-sahihah, Kaherah : Maktabat al-Shabab.
44.              Muhammad Abd al-Qadir Abu Faris, 1999, Huquq al-Mar’ah al-Madaniyyah wa al-siyasah fi al-Islam, Jordan : Dar al-Furqan.
45.              Muhammad al-Bahi, t.th, al-Islam wa ittijah al-mar’ah al-muslimah al-mu’asirah, t.pt.
46.              Muslim Ibn Al-Hajjaj, Sahih Muslim, 1991, Bayrut : Dar Ihya’ at-Turath al-Arabi.
47.              Muslim, Muslim ibn Hajjaj, t.th., Sahih Muslim, Muqaddimat, bab Bayan anna al-isnad min al-din, Bayrut : Dar al-Ma’rifah, jil.1.
48.              Mustafa al-Siba’i, 1998, al-Mar’ah bayna al-Fiqh wa al-qanun, al-Qaherah : Dar al-Salam.
49.              Pustaka al-Turath, Yayasan Majlis al-Turath al-Islami, 2006, Majalah Fatwa.
50.              Salah al-Din al-Adlabi, 1983, Manhaj Naqdal-Matn, Bayrut : Dar al-‘Afaqal-Jadidah.
51.              Subhi Salih, 1988, Ulum hadith wa mustalahuhu, Bayrut : Dar al-‘Ilm.
52.              Tamyiz Burhanuddin. 2003. Fatima Mernissi : Menggugat ketidakadilan gender dalam pemikiran Islam kontemporari . Yogyakarta : Jendela
53.              Wilaela. 2005. Jurnal wanita agama dan gender marwah. Vol IV. No.8. Riau:Pusat studi Wanita UIN Sultan Syarif Kasim.






[1] Pengenalan ini bertujuan untuk melihat kredibeliti intektual Mernissi. Adakah beliau wajar dikagumi sebagai feminis muslim terutamanya dalam menyelesaikan masalah wanita yang berkenaan hal-hal agama melalui timbangan ilmu hadith? Atau di sana terdapat kekurangan Mernissi yang perlu diketahui oleh kaum wanita Malaysia berkenaan femenisme liberal ini?
[2] Kata harem adalah berasal dari kata haram iaitu yang dilarang.Harem adalah tempat di dalamnya seorang lelaki melindungi keluarganya yang terdiri dari seorang atau beberapa orang isteri , anak-anak dan saudara-saudara wanita.Harem juga merujuk kepada rumah yang menunjukkan tempat dan orang yang tinggal di dalamnya.(Mernissi, Fatima, 1999, Teras Terlarang ,ptrj. Ahmad Bayquni , hlm. 69)
[3] Mernissi mengatakan bahawa Prof. khalimchi juga merupakan antara Ahli Majlis ulama di Rabat yang mempunyai kepakaran melalui interaksi beliau dengan permasalahan wanita.(Mernissi, Fatima, 1991, hlm. X)
[4] Topik-topik yang ditulis oleh Mernissi ialah: Pertama, mengenai orang-orang Islam dan waktu, kedua, Rasulullah dan hadith, ketiga dan keempat, hadith-hadith mesoginis  1dan 2, kelima, hijab, keenam, Rasulullah dan ruang lingkup persekitarannya, ketujuh, Rasulullah dan wanita, kelapan, Umar dan lelaki di Madinah, kesembilan, Rasulullah  sebagai ketua tentera dan kesepuluh, Hijab diturunkan di Madinah. Untuk mendapat maklumat terperinci mengenai topik-topik yang dibahaskan oleh Mernissi , sila rujuk Mernissi, Fatima, 1991, hlm. 15-188
[5] Dua kitab yang disebut Mernissi sebagai contoh ialah edisi baru kitab Ahkam Al-Nisa’ oleh Ibn al-Jawzi(Lebonan, 1981) dan Fatawa al-Nisa’ oleh Ibn Taymiyah. Kitab yang pertama sangat ekstrim dalam huraiannya mengenai hijab : wanita dianjurkan untuk tidak keluar dari rumah sama sekali  dan tidak boleh melihat lelaki. Yang kedua merupakan pemilihan fatwa mengenai wanita  dari himpunan besar fatwa-fatwa Ibn Taymiyyah.(Mernissi , Fatima, 1991, hlm. 97-99)
[6] Di antara sahabat yang dikritik hebat oleh Mernissi adalah Abu Hurayrah dan Abu Bakrah r.a.(Mernissi , Fatima, 1991, hlm. 49-81) Pernyataan berkenaan kritikan Mernissi ini akan dinyatakan  pada bab seterusnya.
[7] Beliau adalah orientalis Hungari yang dilahirkan dari keluarga Yahudi pada tahun 1850M.
[8] Beliau adalah Joseph Schacht yang dilahirkan di Silisie Jerman pada 15 Mac 1902. Kerjayanya sebagai orientalis bermula dengan mengikuti pengajian dalam bidang pilologi klasik, teologi dan bahasa-bahasa timur di Universiti Liepzig dan Universiti Berslauw sehingga mendapat ijazah kedoktoran.
[9] Adil yang dimaksudkan di sini adalah kebenaran para sahabat r.a dalam menjaga dan menyampaikan agama. Mereka tidak hanya memiliki ciri-ciri bertakwa dan menjaga maruah malah memiliki sifat atau jatidiri yang murni iaitu menjaga serta menyampaikan agama secara benar kepada generasi sesudah mereka dan tidak menyembunyikan apa jua kebenaran serta tidak mendustakan baginda Rasulullah SAW.
[10] Nama Umm Jamil ialah Umm Jamil binti Amr bin al-Afqamal Hilaliyah. Suaminya bernama al-Hajjaj ibnu Atiq ibnu al-Harith ibnu Awf ibnu Wahb ibnu Amr al-Jashimi.


[11] al-Bukhari, Muhammad ibn Ismail al-Ju'fi, Sahih al-Bukhari, Kitab al-Maghazi, Bab Kitab al-Nabi Ila Kisra 
  wa Qaysar, hadith 4163, jil. 4, hlm. 1610.
[12] al-Tirmidhi, hadith 2262, jil. 4, hlm. 527.
[13] al-Nasa’i, hadith 5388, jil. 8, hlm. 227.
[14] al-Hakim, hadith 1990, jil. 3, hlm. 128.
[15] al-Bayhaqi, hadith 4907, jil. 3, hlm. 90.
[16] Muslim, Muslim ibn al-Hajjaj al-Naysaburi, t.th, Sahih Muslim, Kitab al-Salah, Bab Qadr Ma Yastur              al-Musalli, , hadith 511, jil. 1, hlm. 366.
[17] Muslim, Muslim ibn al-Hajjaj al-Naysaburi, t.th, Sahih Muslim, Kitab al-Salah, Bab al-itirad bayn yadayy al-musalli, hadith 512, jil. 1, hlm. 366.
[18] Muslim, Muslim ibn al-Hajjaj al-Naysaburi, t.th, Sahih Muslim, Kitab al-Salah, Bab al-itirad bayn yadayy    al-musalli, hadith 512, jil. 1, hlm. 366.
[19] al-Bukhari, Muhammad ibn Ismail al-Ju'fi, Sahih al-Bukhari, Kitab al-Salah, Bab Man Qala La Yuqta      al-Salah, hadith 492, jil. 1, hlm. 192.
[20] al-Bukhari, Muhammad ibn Ismail al-Ju'fi, Sahih al-Bukhari, Kitab al-Jihad wa al-Siyar, Bab Ma Yuzkar Min Shu’m al-Mar’ah, hadith 2703, jil. 3, hlm. 1049.
[21] Ibn Hibban, Muhammad ibn Hibban al-Busti, 1993, Sahih Ibn Hibban, Kitab al-Nikah, hadith 4032, jld.9, hlm.340.
[22] al-Bukhari, Muhammad ibn Ismail al-Ju'fi, Sahih al-Bukhari, Bab Ma Yuttaqa min Shu'm al-Mar'ah wa Qawluhu Ta'ala: Inna min Azwajikum wa Awladikum Aduwwan Lakum, hadith 4808, jil. 5, hlm. 1959.
[23] al-Bukhari, Muhammad ibn Ismail al-Ju'fi, Sahih al-Bukhari, Kitab al-Jihad wa al-Siyar, Bab Ma Yuzkar Min Shu’m al-Mar’ah, hadith 2703, jil. 3, hlm. 1049.
[24] al-Bukhari, Muhammad ibn Ismail al-Ju'fi, Sahih al-Bukhari, kitab al-nikah, bab al-ikfa' fi al-din, hadith 4802, jil. 5, hlm. 1958.
[25] al-Bukhari, Muhammad ibn Ismail al-Ju'fi, Sahih al-Bukhari, Kitab al-Riqaq, Bab Fadl al-Faqr, hadith 6084, jil. 5, hlm. 2369.
[26] Muslim, Sahih Muslim, Kitab al-Riqaq, Bab Akthar ahl al-jannah al-fuqara’ wa akthar ahl al-nar al-nisa, hadith 2736, jil. 4, hlm. 2096.